-SIX-

Last Cindarella

CHAPTER 6

 

 

Author`s Note:

Hello readers!

Dah bersedia nak baca sambungan chapter sebelumnya??

Adakah Chanyeol akan bertemu Last Cindarella?

Selamat membaca!

 

 

 

 

 

 

15 tahun yang lalu...

" Bila besar nanti,noona nak jadi apa?"

"Ermmm...Cindarella?"

"Cindarella?"

"Iya. Last Cindarella. Cindarella yang dicari oleh puteranya."

"Kalau macam tu, saya akan cari noona."

"Ohhh,kenapa kamu nak cari noona?"

"Kerana saya ...adalah putera Last Cindarella."

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

Teet teet… Teet teet…

Handphone di atas katilku yang bergetar tidak aku hiraukan. Hanya mataku sahaja yang memandang sayu handphone itu dari jauh. Buat masa ini, aku langsung tiada mood untuk melayan sebarang panggilan. Aku ingin bersendirian tanpa sebarang gangguan.

 Aku benar-benar…ingin bersendirian untuk sepanjang malam ini.

Aku duduk berpeluk tubuh di satu sudut bilik. Bilikku yang dihuni dengan kegelapan dan  hanya ditemani oleh samar-samar cahaya bulan dari luar yang menerobos masuk melalui tingkap yang sedikit terbuka itu membuatkan hatiku bertambah sayu dan sakit.

Seketika, aku membuang pandanganku ke luar tingkap dan membuatkan cahaya bulan itu menyinari sebahagian dari wajahku.

Aku ingin mencari secebis ketenangan….ketenangan yang dibawa oleh sang bulan.

 “Eunji-ah, Last Cindarella itu …awak kan? Saya terlampau rindukan awak. Awak …tak rindukan saya ke?”

Air mataku yang aku cuba tahan sejak tadi, akhirnya mengalir.

Dan seketika ,kejadian yang berlaku beberapa jam yang lalu kembali di ingatanku.

 

 

 

 

 

 

 

3 jam  yang lalu

 

Plttakkk…

Pintu rumah aku tutup dengan serapat yang boleh. Tubuhku aku sandarkan pada daun pintu itu. Nafasku pada ketika ini turun naik dengan pantas tanpa dapat aku kawal. Aku memegang dadaku yang sedang berombak dengan tidak keruan itu. Aku dapat merasakan detak jantungku dengan begitu jelas.

Seketika,sebuah senyuman kegembiraan terukir di bibirku.

Kejadian aku menyambutnya daripada terjatuh tadi dengan matanya yang membulat,mulutnya yang sedikit terbuka dan wajahnya yang terkejut melihat aku kembali diingatan.

“Comel. Best jugak dapat kenakan dia.” Perlakuannya yang gelabah tatkala aku mendekatkan wajah kami berdua itu juga berjaya membuatkan ketawaku kembali meletus.

Entah kenapa, kalau ingin aku berkata jujur…aku gembira. Gembira sehingga aku dapat merasakan debaran  di dadaku. Perasaan gembira itu hadir setiap kali aku melihat wajahnya …seperti aku sedang melihat wajah insan yang aku rindui.

Dan kerana itulah, aku akan kembali bersemangat untuk mencari Eunji setiap kali berjumpanya.

Aku kembali memandang kertas kecil milik gadis itu yang berada di tanganku ini.

Seketika,aku terfikir…’Kejam sangat ke aku tadi? Patut ke aku pulangkan kepadanya sekarang?’

Dan pada ketika itu juga, aku terpandang sesuatu yang bukan milikku sedang tersadai di kaki pintu. Ianya adalah sebatang pensel kayu.

Aku mengambilnya. “Pensel siapa ni? Jangan-jangan ini pensel yang gadis ini tadi guna untuk dapatkan kertas ini?”

Aku cuba untuk mengingat kembali kejadian aku menilik di bawah pintu itu kerana ingin tahu siapakah gerangan insan yang sedang menjolokan pensel itu ke dalam rumahku kerana ianya menghasilkan bunyi setiap kali pensel itu berlaga dengan daun pintu itu. Dan pada masa itulah, aku dapat melihat wajah gadis itu dari celahan kaki pintu itu. Aku terus tersenyum dan mula berfikiran nakal. Rancangan untuk mengenakannya bermula!

Aku tersedar dari memikirkan kejadian itu dan kembali menatap pensel yang aku jumpa itu. “Betullah ni pensel dia. Tapi macam mana dia masih boleh ada pensel kayu macam ni lagi pada zaman moden seperti ini? Gadis ini…menarik dari yang aku sangka. “ Aku tersenyum lagi dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memulangkan pensel itu kepadanya kerana khuatir kalau-kalau dia memerlukan pensel ini kerana kelihatannya mata pensel ini telah pun tumpul dan itu bermakna dia sedang menggunakan pensel ini untuk membuat sesuatu.

Pintu yang aku tutup sebentar tadi,aku buka semula. Aku dapat melihat gadis itu sedang berjalan lemah ke rumahnya.

“Kenapa dia berjalan seperti itu? Adakah aku telah membuatnya sedih kerana perlakuan aku tadi?” Perasaan bersalah mula bersarang di dadaku.

“Ya……” Aku baru ingin memanggilnya tapi niatku terbantut apabila aku terasa kakiku terpijak akan sesuatu. Aku melihat ke bawah dan ternyata memang ada sesuatu di bawah kakiku.

Dan disaat aku mengalihkan kakiku,ternyata apa yang aku pijak itu adalah sebuah komik. ‘The Prince’!

Dengan gelabah,aku cepat-cepat mengambilnya dan menyapu debu-debu yang terdapat pada kulit komik itu. Setelah memastikan komik itu bersih dan tiada kesan akibat pijakan aku tadi, aku menghembus nafas lega.

Tapi kelegaan aku itu tidak kekal lama. Hati aku tiba-tiba merasa resah tanpa aku tahu sebabnya.

Aku menatap komik di tanganku itu. “ Adakah aku terpijak ‘The Prince’  tadi adalah petanda yang sesuatu yang buruk akan berlaku?  Last Cindarella...”

 “Saya dah jumpa awak,Last Cindarella.” Dan pada ketika itu juga,aku terdengar sesuatu yang membuatkan jantungku seperti berhenti berdegup. Komik di tanganku hampir sahaja terlepas dari pegangan tanganku dek kerana tanganku yang mula menggeletar.

Aku lantas mengangkat kepalaku. Dan pada ketika itu juga, aku dapat melihat seorang lelaki yang bertubuh tinggi dan kurus sedang berdiri di hadapan gadis itu sambil tersenyum.

Tadi…itu suara lelaki itu kan?

Aku yakin aku tak salah dengar. Dia…menyebut Last Cindarella!

Adakah Last Cindarella yang dia maksudkan adalah…My Last Cindarella?

Tanpa menunggu lagi, aku lantas bersuara dengan lantang. “Apa maksud kau?”

Dan tatkala mendengar suaraku, kedua-dua lelaki dan gadis itu menoleh memandang aku. Tapi kedua-duanya hanya membisu dan menunjukkan eksperisi muka yang tak dapat aku kenal pasti apakah maksudnya.

Aku mula berjalan ke arah mereka berdua . Aku ingin mendapatkan kepastian daripada lelaki itu. Kepastian yang akan menjawab persoalan yang bermain di mindaku  selama ini dan membawa aku kepada  tujuan utama aku datang ke negara ini.

Aku memendang tepat ke arah wajah lelaki yang aku tidak kenali itu. “Apa maksud kau yang kau dah jumpa Last Cindarella. Siapa…Last Cindarella?”

Muka lelaki itu yang pada mulanya terkejut kini bertukar ceria secara tiba-tiba. “Ahh, encik ni mesti peminat Last Cindarella kan?” Dia menudingkan jarinya ke arah komik di tanganku.

“Nampaknya kita berdua sama. Saya peminat Last Cindarella jugak.” kata lelaki itu lagi dan menunjukkan komik The Prince yang dipegangnya sambil tersenyum.

“Aku peminat Last Cindarella ataupun tidak. Itu bukan urusan kau. Dan aku juga tak nak tahu siapa yang kau minat. Yang aku nak tahu sekarang, siapa ..Last Cindarella? Dan di mana dia sekarang?”

Tanpa menjawab soalanku, lelaki itu memandang aku dan gadis di hadapannya itu silih berganti sebelum dia akhirnya ketawa.

Kenapa dia tiba-tiba ketawa?

Dia...ketawakan aku?

Saat ini, kesabaran aku dah mula hilang. Dia ingat aku main-main ke?

Aku terus mencekak kolar baju lelaki itu dan menarik tubuhnya dekat dengan tubuhku. Pada ketika itu juga, ketawanya terus terhenti.

“Jangan pernah bermain dengan perasan orang lain. Manusia bukanlah sebuah patung yang kau boleh ketawakan apabila kau permainkan dia. Mungkin kau ketawa sekarang, tapi kau takkan pernah tahu …ada manusia lain yang sedang menangis disaat kau ketawa…ada manusia lain yang sedang terseksa disaat kau bermain dengan perasaan mereka. Jadi, jebal. Jawab soalan aku. Di mana… Last Cindarella sekarang?” Suaraku dah berubah serak .

Perasaan geram,sakit hati dan takut bersatu di dalam diriku.

Geram dan sakit hati… melihat wajah lelaki ini.

Takut…kalau-kalau dia takkan bagitahu aku dimana Eunji. Takut kalau-kalau…aku takkan pernah tahu dimana Eunji buat selamanya.

Teett teet…Teett tett..

Handphone yang bergetar di dalam poket  seluarku tidak aku hiraukan. Mataku masih mencerlung memandang lelaki ini.

“Chanyeol-ssi,handphone awak berbunyi.” Gadis yang dari tadi diam dan berdiri tegak di sebelah aku dan lelaki itu tiba-tiba bersuara. Tapi aku tak menghiraukannya kerana aku ada hal yang lebih penting daripada gadis itu. Eunji adalah lebih penting bagiku dari dia…dan segalanya.

“Wae? Kenapa kau diam ? Atau jangan-jangan …kau memang tak nak bagitahu aku ?” Aku mencekak kolar bajunya lebih kemas dari sebelumnya.

Dan akhirnya lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas tanda dia menyerah kalah. “ Baiklah. Aku akan beritahu. Last Cindarella…sebenarnya…”

Teet teet..Teet Teet…

“Omma! Chanyeol-sii… omma awak telefon. Cepatlah angkat. Mungkin ada perkara penting yang dia nak bagitahu awak.” Sekali lagi, gadis itu bersuara. Kali ini, dia kelihatan bersungguh-sungguh menyuruh aku menjawab panggilan yang dari tadi berbunyi sambil menggoncangkan tanganku. Aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba bersikap seperti ini,tapi kali ini aku tidak boleh menghiraukannya apabila perihal ibu disebut.

Omma? Haish..kenapa omma menelefonku disaat penting seperti ini?

Aku akhirnya melepaskan kolar baju lelaki itu. Handphone yang berada di dalam poket seluarku aku keluarkan dan skrinnya  terus menjadi tatapanku.

Ternyata apa yang dikatakan gadis ini benar…perkataan ibu terpapar di skrin sebagai nama pemanggil.

Aku menghembuskan nafas berat sebelum memandang ke arah lelaki itu kembali.

“Kau...tunggu sini sekejap. Jangan pergi mana-mana. Urusan kita belum selesai.” kataku sambil menudingkan jari ke arahnya.

Aku mula menjauhi mereka berdua dan memusingkan tubuhku ke arah yang bertentangan untuk menjawab panggilan tersebut.

“Yeoboseyo omma.”kataku sebaik sahaja aku melekapkan handphone itu ke telingaku.

“Ohh,Chanyeol-ah. Anak omma dah makan belum ni?” Suara ibu kedengaran  sungguh ceria di dalam talian.

“Dah,omma. Omma, Chanyeol ada kerja yang perlu diselesaikan sekarang . Bila semuanya dah selesai, Chanyeol janji yang Chanyeol akan telefon omma semula.”

“Cakaman.” Aku baru sahaja ingin menekan button merah untuk mematikan talian tapi niatku terbantut apabila aku masih mendengar suara ibu ditalian.

Aku terpaksa akur dan kembali menyambung perbualanku dengan ibu. “Ye,omma.”

“Omma tak tahu betapa pentingnya urusan kamu itu sehinggakan kamu tergesa-gesa hendak memutuskan panggilan dengan omma…tapi apa yang omma tahu,tujuan omma menelefon kamu pada malam ini jauh lebih penting daripada urusan kamu itu.” Omma kedengaran sangat yakin dengan apa yang dikatakan.

“Jadi,omma nak kamu jawab soalan omma ni dengan jujur. Kenapa kamu bohong omma? Selama ini,kamu tak pernah pergi pun buat pemeriksaan lanjut kat hospitalkan?”

“Omma,apa omma cakap ni. Kan Chanyeol dah bagitahu yang Chanyeol dah pergi buat pemeriksaan lanjut dengan Dr. Riu. Takkan omma tak percayakan Chanyeol?”

“Sebab omma percayakan Chanyeollah, omma tak pernah mempersoalkannya selama ini ! Tapi tadi,Dr. Riu dah bagitahu omma segalanya.”  Haish…doktor ni memang tak boleh pegang janji langsung.

“Omma…Chanyeol…”

Belum sempat aku meneruskan kata-kataku,ibu terus mencelah. “Kenapa Chanyeol buat omma macam ni? Kenapa Chanyeol selalu buat omma risau? Kalau terjadi apa-apa nanti macam mana?”

“Omma! Jebal…jangan layan saya macam budak-budak lagi boleh tak? Saya dah besar …dan saya tahu jaga kesihatan saya sendiri. Lagipun, dah setahun sejak kemalangan itu berlaku dan omma tak kehilangan saya kan? Omma,saya… sangat sihat sekarang. Jadi, saya mohon, omma tak perlu risaukan saya.” Tanpa menunggu balasan ibu, aku terus memutuskan talian.

Maafkan Chanyeol, omma…tapi omma salah…apa yang Chanyeol ingin lakukan sekarang adalah lebih penting…lebih penting daripada nyawa Chanyeol sendiri.

Dan disaat aku menoleh, alangkah terkejutnya aku apabila aku tidak lagi dapat melihat lelaki tadi. Yang ada hanya gadis itu.

“Ke mana lelaki tadi pergi?” Aku memandang ke sekeliling tapi aku langsung tidak nampak kelibatnya.

Aku kembali memandang gadis itu dan menyentak lengannya dengan kuat.

“Aaahh, Chanyeol-ssi. Lepaskanlah. Sakitlah.” Dengan muka berkerut menahan sakit,dia cuba menarik lengannya dari peganganku tapi aku sekali-kali tidak akan melepaskannya sebelum dia menjawab soalanku.

“Di mana lelaki tadi? Jawab!” Kemarahan yang aku cuba tahan sejak tadi,akhirnya meletus. Buat pertama kali, aku menengking seorang gadis.

Aku langsung tak dapat mengawal kemarahanku terhadap gadis di hadapan aku ini sekarang. Pelbagai persoalan bermain di benakku pada ketika ini.

‘Kenapa gadis ini tidak membantuku?’

‘Kenapa dia hanya membiarkan lelaki itu pergi sedangkan dia tahu yang aku telah meminta lelaki itu supaya menunggu aku dan tidak pergi ke mana-mana?’

‘ Dan kenapa …disaat aku berasa gembira setiap kali melihat wajahnya…kenapa dia yang memusnahkan kegembiraan itu dan menukarkannya kepada kebencian?’

Dengan mata yang kemerahan dan berair, gadis itu perlahan-lahan menunjuk ke arah lif.

“Dia… dah balik.” Jawabnya dengan suara yang perlahan,hampir sahaja aku tidak mendengarkannya.

“Bwo?!!” Di saat itu juga,lengannya perlahan-lahan aku lepaskan.

‘Andwae. Aku tak boleh kehilangan lelaki itu. Hanya dia sahaja harapan aku sekarang untuk berjumpa kembali dengan Eunji.’

Aku terus berlari meninggalkan gadis itu dan bergegas menekan butang yang menunjukkan tanda anak panah ke bawah yang terdapat pada lift yang berdekatan. ”Jebal,bukalah cepat.”

Disebabkan lift itu tidak juga terbuka, aku membuat keputusan untuk menggunakan tangga. Walau apa cara sekalipun, aku mesti menuruni  apartment ini dengan segera. Aku mesti berjumpa lelaki itu semula untuk dapatkan jawapan.

Aku mula menuruni setiap anak tangga  dengan sepantas yang boleh. Paru-paruku yang mendambakan oksigen pada ketika itu tidak aku hiraukan . Nafas ku yang mula tercungap-cungap dan peluh yang mula mengalir juga tidak aku peduli.

Tapi di saat hanya satu sahaja lagi tingkat untuk aku turuni ,tiba-tiba,aku dapat merasakan denyutan di kepalaku dan rasanya amat sakit . Sebelah tanganku lantas memegang kepalaku dan sebelah lagi mencapai pemegang tangga itu supaya ianya dapat menampung tubuhku dari rebah. Mungkin disebabkan sudah terlalu lama aku tidak melakukan sebarang senaman  dan sekarang, aku terlalu memaksa tubuhku untuk menuruni bangunan yang setinggi dua belas tingkat ini dalam masa yang singkat,menyebabkan sakit kepalaku yang aku hidapi sejak kebelakangan ini kembali menyerang.

Tapi aku tak boleh berhenti di sini. Aku tak boleh berhenti sekerat jalan. Apa yang aku sudah mulakan,aku kena akhirinya juga.

“Aku mesti dapat lakukannya …demi Eunji.”

Aku kembali  menuruni anak tangga yang masih tersisa . Dan akhirnya, aku berjaya tiba di lobi. Aku memandang ke sekeliling lobi itu untuk mencari kelibat lelaki itu tapi tidak kelihatan. Dan kerana itu, aku terus berlari keluar untuk mencarinya di sekitar taman mini di hadapan apartment ini pula,tapi nampaknya hasilnya juga nihil.  

Aku menghembus nafas berat  dan sebuah senyuman pahit terukir di bibirku.

“Aku sempat berfikir yang kita akan bertemu pada malam ini,tapi nampaknya… ianya takkan berlaku. Eunji-ah,di mana sebenarnya awak sekarang? Saya di sini…kemarilah.” Butiran jernih itu mula keluar dari mataku dan mengalir laju di pipiku.

Dan pada waktu itu juga,aku dapat merasakan titisan-titisan hujan mendarat di tubuhku. Adakah langit juga sedang menangis ?

The Prince, awak cari saya?”

Tiba-tiba, kedengaran satu suara dari arah belakang.

“Eunji?”

 

 

 

To Be Continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!