-FOUR-

Last Cindarella

CHAPTER 4

 

Eunji POV

 

Pensel yang aku pegang sejak dari tadi sedang menari-nari di hujung jariku. Alat yang sepatutnya aku gunakan untuk melukis itu hanya menjadi permainan jari-jemariku pada malam ini. Kertas putih di atas meja di hadapanku hampir sahaja lompong dek kerana ketajaman tenunganku. Walaupun sudah hampir dua jam aku duduk di meja kerjaku ini, tapi kertas itu masih putih bersih…tanpa secalit pun garisan.

Seketika,aku menghembuskan nafas berat lalu meletakkan kepalaku di atas kertas itu. “Haish…kenapa malam ni aku tak ada idea??” rungutku sambil menghantukkan kepalaku di atas meja itu beberapa kali dengan perlahan. Berharap yang idea-idea yang bernas akan datang menjenguk neuron-neuron di dalam otakku ini.

Tapi setelah hampir seminit aku berkelakuan seperti itu, idea yang aku harapkan tidak juga kunjung tiba. Sebaliknya, mataku tiba-tiba terarah pada langsir pink yang menutupi sliding door yang menghubungkan ruang tamu dengan balkoni rumahku ini.

Dah lama rasanya aku tidak keluar ke balkoni itu. Patutkah aku keluar sekarang? Manalah tau kalau-kalau bila aku ambil angin malam, idea aku akan muncul?

Aku akhirnya membuat keputusan untuk keluar ke balkoni itu buat kali pertama setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki di balkoni itu.

Aku harap tiada yang melihatku.

Tanpa menunggu lagi,  aku terus bangun dari dudukku dan setapak demi setapak,langkahku atur menuju ke arah sliding door itu.

Perlahan-lahan, langsir pink itu aku selak dan sliding door itu aku buka.

Dan pada saat itu juga, angin malam yang membawa kedinginan tahap beku itu menyentuh kulit mukaku dan membuatkan aku tersenyum. Aku mula melangkah keluar dan berdiri betul-betul di pinggir balkoni itu. Mataku perlahan-lahan aku pejam dan kedua-dua belah  tanganku aku depakan sambil menikmati udara malam.

‘Dah lama rasanya aku tak rasa damai seperti ini.’

Dan tiba-tiba,aku terdengar bunyi sliding door ditutup. Aku segera membuka mataku dan menoleh kebelakang.

“Ohh,masih terbuka.” Pelik, sliding door rumahku masih terbuka dan itu bermakna bunyi yang aku dengar tadi bukan datang dari sliding door ini.

Jadi,dari manakah bunyi tadi datang?

Seketika, aku terpandang balkoni sebelah. Balkoninya cerah akibat sinaran cahaya lampu dari dalam rumah.

“Ohh,dah ada orang pindah rumah tu la. Dan itu bermakna…aku dapat jiran baru.” Aku tersenyum lebar. Entah kenapa,aku rasa gembira . Disebabkan rumahku ini adalah rumah yang paling hujung sekali, jadi satu-satunya jiranku adalah insan yang tinggal di rumah yang terletak di sebelah kanan rumahku ini. Dan setelah sekian lama  rumah itu kosong…akhirnya…ianya telah berpenghuni semula.

“Agaknya,siapa jiranku itu? Lelaki? Wanita? Bujang? Atau dah berkahwin?”

 Haish..apa aku buat ni?!  Sejak bila pulak aku kisah tentang orang lain ni?  Jiran? Huh...kami tak mungkin akan menjadi jiran seperti orang lain. Malah, aku tidak tahu adakah aku berpeluang untuk berjumpanya? Atau mungkin aku hanya berpeluang berjumpanya dalam imiginasi aku sahaja?

Dan tiba-tiba,wajah lelaki di dalam imiginasi aku yang juga merupakan lelaki yang aku jumpa di dalam lif siang tadi muncul kembali di layar mataku.

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala dan memaksa mindaku untuk melupakannya.

“Huh…kenapa tiba-tiba aku boleh teringatkan dia pula? Sudahlah,lupakan dia. Jung Eunji,kau tak boleh sekali-kali ingat dia lagi lepas ni…aracchi?” Seperti manusia yang mempunyai masalah mental,aku bercakap sorang-sorang,kononnya memberi amaran kepada diriku sendiri.

Aku kembali memandang ke hadapan. Dan disaat itu,mataku tertancap pada seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah apartmentku. Dan lelaki yang memakai hoodie brown itu adalah…Kim Jongin!

“Apa yang dia buat kat sini?”

Ini kali pertama aku nampak Jongin selain di pasaraya itu. Aku rasa sangat teruja sekaligus berasa pelik . Aku lihat dia mula memasuki lobi apartmentku.

Patutkah aku berlari pergi mendapatkannya sekarang? Tapi…

Ting Tong…

Pada waktu itu juga,loceng rumahku berbunyi.

Dan sekali lagi, aku termangu. Terkejut bukan main  bagai nak luruh jantung ini. Selama aku tinggal di sini, inilah kali pertama loceng itu berbunyi.

Tapi..siapakah yang datang?

Aku telan air liur dengan susah payah sambil memandang pintu rumahku tanpa berkelip. ”Nak buka ke tak?  Tak buka ke buka?”

Ting Tong…

Alamak,dia berbunyi lagi.

Walaupun ada sedikit perasaan takut dan gemuruh tapi perasaan ingin tahu menandingi semua perasaan itu.

Aku benar-benar ingin tahu… siapakah gerangan insan yang mendatangi rumahku. Insan pertama yang ingin berjumpaku.

Perlahan-lahan, aku menuju ke pintu rumahku yang tertutup rapat itu. Button merah yang berada di bawah skrin di sisi pintu itu aku tenung sebelum jari telunjukku mula menekan button itu. Dan disaat itu juga, apa yang aku dapat lihat di skrin itu membuatkan mataku mengecil.

“Tak mungkin….”

 

 

TO BE CONTINUED

 

 

 

 

5 minit yang lalu...

 

 

Jong in POV

 

Komik ‘The Prince’ yang berada dalam genggamanku aku tatap bersama senyuman yang mengembang di bibir. Langkahku aku atur dengan pantas menuju ke arah sebuah apartment . Dan akhirnya, aku kini  berdiri  betul-betul di hadapan apartment itu. Aku mendongak memandang bangunan yang setingi 20 tingkat itu. Kelihatan lampu terpasang hampir di setiap bilik, hanya beberapa bilik sahaja yang lampunya telah dimatikan.

Teet teet teet…

Dan pada waktu itu juga,handphoneku berbunyi. Tertera di skrin nama pemanggil ‘Last Cindarella.’ Dengan perasaan teruja, aku terus mengangkat panggilan itu.

“Yeoboseyo. Saya dah sampai. Bilik awak yang mana? Yang buka lampu atau tutup lampu?” Aku cuba untuk berjenaka. Dan ternyata jenakaku berhasil apabila aku dapat mendengar tawa kecilnya ditalian.

“Saya ada kat balkoni ni.”

Aku mendongak semula untuk mencari figura gadis itu… tapi aku tak dapat melihat sesiapa pun tengah berada di balkoni. Semua balkoni kelihatan kosong.

“Saya tak nampak awak pun.” beritahuku tapi mataku masih cuba untuk mencari.

Aku dengar dia ketawa. Kali ini lebih kuat dari tadi. “ Tapi saya nampak awak. Awk pakai hoodie warna brown kan?”

Aku agak terkejut dengan pernyataannya. Apa yang dia katakan itu betul. Aku memang memakai hoodie brown dengan seluar jeans biru pada ketika ini. “Iya. Tapi..mana awak? Kenapa saya tak boleh nampak awak?”

Mataku masih melilau mencari kelibatnya sehinggakan aku sudah terasa tengkukku lenguh akibat lama mendongak. Dan pada ketika itu juga, aku ternampak seorang gadis sedang mendepakan tangannya di tepi balkoni.

“Ohh…itukan gadis berbadan besar yang selalu datang ke pasaraya tu. Dia tinggal di sini juga rupanya.” Entah kenapa, mataku tak dapat lari dari melihatnya.  

“Cantik.” Dengan mata tertutup dan senyumannya yang kelihatan sangat tenang membuatkan dia kelihatan sangat cantik.

“Yeoboseyo? Yeoboseyo? Jongin-ssi?” suara ditalian membuatkan aku tersedar. Ya tuhan, aku hampir sahaja terlupa yang aku sedang dalam panggilan.

“Ahh...maaf. Bilik awak nombor berapa? Saya naik sekarang.”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!