-ONE-

Last Cindarella

CHAPTER 1

 

Eunji POV

 

‘ Kringgggggggggggggggg!! ’

Jam loceng mickey mouse yang aku tugaskan untuk membangunkan aku pada setiap pagi sedang menjalankan tugasnya. Bunyinya yang sangat nyaring ditambah pula dengan figura jam itu yang sedang terlompat-lompat kecil di atas meja kecil di tepi katil aku itu membuatkan tanganku secara automatik menekan button merah di atas jam itu untuk membuatkan ianya kembali ‘senyap’.

Perlahan-lahan,kelopak mataku terbuka dan benda pertama yang aku lihat adalah kipas yang sedang berputar ligat di syiling bilikku. Aku mengeluh. Dengan lemah-longlai, aku segera bangun dari baringku lalu berada di dalam posisi duduk di atas katilku itu.

Walaupun rasa mengantuk itu masih tersisa kerana malam semalam aku tidur pada pukul 3 pagi kerana menyiapkan kerjaku  yang terpaksa dihantar pada hari ini dek kerana duedatenya telah pun tiba, tapi aku gagahkan diri ini juga untuk bangun.

Tapi tak sampai seminit, aku mula menguap dan mulutku terbuka dengan seluas-luasnya seperti satu lohong hitam yang sedang menyedut apa sahaja yang berada di hadapannya . Dan setelah itu,aku kembali tersengguk dan nasib baikah setelah dua tiga kali tersengguk ,aku tersedar semula.

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala dan menampar pipiku beberapa kali.

‘Jung Eunji  ,wake up! Dah tiba masa untuk kau pergi kerja. Kau kena dapatkan wang yang banyak untuk beli makanan yang banyak! ‘

Mataku terus terbuka luas tatkala kata semangat itu muncul di benak fikiranku.

“Fighting!” Aku terus membuat gerakan semangat itu sambil mengepalkan tanganku.

Begitulah aku,terus bersemangat apabila makanan menjadi topik utama.

Aku mula menarik selimut pink yang tebal itu daripada terus membungkus tubuhku. Dan di saat itu juga, bentuk badanku yang sebenar kelihatan.

Iya,bentuk badanku bukanlah bentuk badan ideal seperti gadis-gadis cantik di luar sana, aku hanyalah gadis gemuk yang kuat makan.

Itulah aku…seorang gadis asing yang bernama Jung Eunji.

 

 

 

 

 

 

 

 

Seperti biasa ,aku akan bersiap untuk pergi kerja dengan merapikan diri sehabis baik. Skirt biru gelap dan baju kemeja warna kelabu bersaiz XXL membaluti tubuhku pada hari ini. Dan rambut paras bahu milikku itu, aku ikat tocang dua. Baru comel!

Aku tersenyum  sendiri di hadapan cermin sambil mengemaskan ikatan rambutku. Tapi tatkala fokusku terarah pada wajahku yang dipenuhi jerawat dan tubuhku yang bersaiz abnormal itu dipantulkan oleh cermin setinggi tubuhku yang berada di hadapan aku ini,senyumanku kian pudar.

 Aku mengeluh dan terus berlalu meninggalkan cermin itu.

‘Cermin itu menipu.’ Sengaja aku kata begitu untuk menyedapkan hati sendiri walaupun aku tahu,aku yang sedang cuba untuk menipu diri sendiri.

Tapi belum sempat aku melangkah keluar dari bilik tidurku ini, langkahku terhenti tatkala mataku tertancap pada penimbang berat badan yang berada disebalik pintu bilik.

Dah lama aku tak timbang berat badan. Patutkah aku timbang berat badan aku sekarang?

“Ahhh…tak perlulah. Tak timbang pun aku dah tahu. Mesti berat badan aku naik lagi. Lainlah kalau aku diet.”

Tapi…

…diet?

Huh..pergi blah la dengan diet !

Aku memang tak pernah buat kerja menyeksakan diri macam itu. Buat apa menyeksa diri hanya untuk kelihatan cantik luaran. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa seorang wanita itu sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi cantik? Mereka sampai sanggup menyeksa diri mereka dengan berlapar sepanjang hari …serta menghabiskan duit dan menyakitkan tubuh badan sendiri dengan menjalani pembedahan plastik pada setiap bahagian badan yang dianggap belum ‘sempurna’.

Untuk apa semua itu?

Untuk buatkan lelaki suka dan jatuh cinta pada mereka?

Pada aku,itu semua hipokrit .

Kalau benar, lelaki itu ikhlas menyukai seorang wanita, rupa paras bukanlah yang utama. Sebab apa yang  didambakan oleh seorang lelaki yang betul-betul mencintai kita adalah hati kita serta kecantikan dalaman kita ,bukan kecantikan luaran yang diagung-agungkan oleh lelaki-lelaki lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku mula duduk di hadapan komputer yang berada di tengah-tengah ruang tamu rumahku. Di sinilah pejabatku…tempatku bekerja, tempatku menghabiskan waktu siang dan malamku…dengan melukis.

Iya,aku adalah seorang pelukis komik  dan nama samaranku dalam bidang seni itu adalah ….‘Last Cindarella.’

Pada mulanya,melukis watak-watak komik ini hanyalah sekadar hobi aku sejak kecil tapi akhirnya,ianya menjadi periuk nasi bagiku sejak empat tahun yang lalu apabila salah satu syarikat penerbitan komik  yang  terkenal di Korea memberi tawaran kepada aku untuk bekerja bersama mereka setelah melihat hasil-hasil karya aku yang aku muat naik di internet. Dan aku…besar tapak tangan ,niru aku tadahkan. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana ianya aku anggap sebagai peluang keemasan kerana pada masa itu ,aku memang sedang tiada pekerjaan  setelah aku mengambil keputusan untuk berhenti daripada bergelar pelajar universiti  walaupun tempoh belajarku masih berbaki setahun.

Walaupun sudah empat tahun aku berkhidmat dengan syarikat itu, tapi sekali pun,aku tidak pernah menjejakkan kaki ke syarikat tersebut. Semua pekerjaan aku lakukan di rumah dan aku hanya perlu menghantar semua karya aku melalui email. Jadi,pekerjaan ini memang sesuai bagi manusia yang tidak menyukai dunia luar sepertiku.

Iya,dunia luar sangat menakutkan dan mengerikan. Di luar sana, penuh dengan manusia-manusia yang tidak habis-habis menandang rendah dan jijik terhadap manusia seperti aku.

Setiap saat…setiap detik…dan setiap kali aku menarik nafas supaya aku boleh terus hidup…aku selalu terfikir…  berfikir dan terus berfikir tanpa aku menemui jawapannya. Aku juga manusia seperti mereka,aku juga bernafas dalam udara yang sama dengan mereka dan melangkah di atas bumi yang sama dengan mereka tapi kenapa…kenapa hanya aku yang diperlakukan sebegitu?

Kerana itu,kerana aku dianggap berlainan dengan mereka,tiada seorang pun yang sudi berkawan denganku. Kawan-kawanku yang dulu,yang pernah menjadi kawanku sebelum tubuh badanku berubah menjadi seperti ini pun dah hilang. Aku tak tahu mereka semua di mana. Mungkin,semuanya cuba mengelak daripada berjumpa denganku dan mungkin juga mereka  semua malu untuk mengaku yang aku adalah kawan mereka lagi.

Dan kerana itu juga, aku hanya keluar rumah jika ada keperluan yang mustahak. Jika tidak,aku akan terperuk di rumah dan tiada seorang pun dalam dunia ini yang tahu dan perasan akan kewujudan  aku. Pada mereka , Jung Eunji hanya wujud di dalam dunia fantasi …dunia seorang pelukis misteri yang terkenal sebagai ‘Last Cindarella.’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Hello,ini saya… Last Cindarella. Mengenai karya saya yang saya hantar bulan lepas, ianya tiada apa-apa masalahkan?"tanyaku kepada insan di talian.

 “Jangan bimbang...semuanya berjalan dengan lancar."Sebaik sahaja mendengar kata-kata wanita itu,aku terus mengurut dada. Lega!

"Tapi...kenapa tiba-tiba kamu bertanya tentang tu? Selama ini,saya rasa kamu tak pernah telefon ke sini semata-mata ingin bertanyakan tentang komik yang kamu lukis." Aku agak terpaku mendengar pertanyaannya walaupun apa yang dikatakannya itu benar. Kebiasaanya, aku hanya menghantar karyaku dan selepas itu,aku tidak pernah mengambil tahu tentangnya lagi sehinggalah ianya diterbitkan.

"Hurmm...kerana kali ini, ianya istimewa." jawabku jujur dengan suara yang agak bergetar. 

"Istimewa? Kenapa?"

"Kerana ...saya melukisnya dengan ikhlas...untuk seseorang." Aku tersengih sorang-sorang .

"Seseorang? Boleh saya tahu, siapa?" Entah kenapa,majikan aku itu seperti menunjukkan minat terhadap tujuan aku melukis komik itu.

"Seseorang .Hanya seseorang. Seseorang yang saya kenal." Hanya itu sahaja jawapan yang boleh aku berikan.

"Teman lelaki?" Wanita itu seperti cuba untuk meneka. Tapi tekaannya itu membuatkan darahku seperti naik ke muka. Malu!

Justeru,aku cepat-cepat menafikannya. "Bukanlah! Saya mana ada teman lelaki. Dia... benar-benar...hanya seseorang yang saya kenal. "

"Baiklah,baiklah...saya faham." Aku dengar dia tertawa kecil. Haish...boss aku ni betul-betul faham ke ...buat-buat faham?

"By the way, seperti biasa, lukisan kamu memang cantik dan mengagumkan saya. Dan saya yakin,dengan jalan cerita yang bertemakan seorang pembantu wanita yang hodoh dan gemuk akhirnya berjaya menemui putera rajanya yang mencintainya dengan ikhlas akan membuatkan hati pembaca tersentuh dan komik ini pasti akan mendapat sambutan hangat seperti karya-karya awak sebelum ini. Tahniah…Last Cindarella !Saya pasti Last Cindarella akan dikenali di seluruh dunia satu hari nanti.”

“Aissh…puan tak perlu memuji saya sampai begitu sekali. Banyak lagi benda yang perlu saya pelajari untuk sampai ke tahap tu."

"Ah, sebelum saya lupa. Sebenarnya...saya ada satu permintaan yang saya ingin sampaikan pada kamu."

"Permintaan? Apa?" Aku rasa agak berdebar ...kerana inilah kali pertama majikanku ini mengemukakan permintaan.

"Bersempena hari ulang tahun syarikat ini yang ke-10 tak lama lagi...saya inginkan sesuatu yang istimewa. Dan kalau kamu tak keberatan, saya ingin kamu hadir di majlis itu dan beritahu kepada umum........"

"Tak nak!!!!" Akibat panik,aku terus menjerit. Tak mungkin aku akan biarkan semua orang tahu yang gadis seperti aku adalah Last Cindarella yang mereka agung-agungkan itu.

"Kenapa kamu tak nak?"Mungkin kerana terkejut,aku perasan suara majikan aku itu sedikit berubah. 

"Hurmm..bukan saya tak nak. Tapi saya tak boleh. Sebab...sebab..." Alamak,alasan apa aku nak bagi ni?? Takkanlah aku nak bagitahu perkara sebenar yang aku malu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana fizikalku ? Tak boleh! Aku cepat-cepat geleng kepala. Fikir,Eunji! Fikir! Cepat!  

"Misteri. Saya nak jadi penulis misteri. Itu adalah identiti saya. Harap puan faham." Akhirnya,kata-kata itu keluar dari mulutku.

"Baiklah,saya faham. Tapi...kalau suatu hari nanti,kamu berubah fikiran dan inginkan peminat-pemintat kamu tahu siapa Last Cindarella yang sebenar, kamu boleh bagitahu saya. " Fuhh,nasib baik.

"Terima kasih, puan. Kalau tiada apa-apa lagi,saya minta izin untuk letak telefon dulu. “

"Tunggu dulu." Baru sahaja aku ingin menekan button merah di skrin handphone,tapi niatku terbantut apabila aku masih mendengar suara majikan ku ditalian. Alamak,apa pulak la lagi kali ini.

"Iya puan?"

" Saya lupa beritahu kamu tadi, 'The Prince' ...akan dikeluarkan dipasaran pada hari ini."

"Jeongmal? " Mukaku dah berseri-seri. 

Dan setelah menamatkan  talian dengan majikan wanitaku itu, aku terus melompat kegembiraan.

"Akhirnya...dia ...akan dapat melihat hadiahku untuknya."

Sedang aku melompat-lompat ...perutku tiba-tiba berbunyi dan rasa memulas itu datang.

“Aduh…sakitnya.” kataku sambil menekan perutku.

Dan kerana sudah tidak tahan ingin mengeluarkan bahan buangan yang sedang berlumba-lumba untuk keluar daripada perutku ini, aku terus berlari masuk ke dalam tandas.

Dan setelah beberapa minit,’urusan’ku selesai.

“Ahh...leganya.” Aku tersengih kelegaan. Tanpa menunggu lagi, aku pun terus menarik tisu tandas. Tapi …apa yang membuatkan aku terlopong dan mataku membulat…

… adalah…

…apabila aku tidak dapat menarik sehelai pun tisu. Apa yang aku sentuh sekarang hanyalah  silinder besi yang kosong tanpa secarik tisu.

“Dah habis??!!Oh my God! Tisu tandas dah habis!!!”

Macam mana aku…aku nak …

“Tidak!!!!!”

Dan pada petang itu,bergegarlah satu apartment itu dek kerana jeritanku.

 

 

Eunji POV end

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chanyeol POV

 

Dua buah bag roda yang berwarna hitam dan silver yang penuh dengan muatan pakaianku ,aku heret dengan penuh bergaya sambil melemparkan senyuman kepada setiap orang yang berselisih dengan aku di lapangan terbang Incheon ini. Walaupun aku tidak pernah mengenali mereka, tapi dengan berpura-pura yang aku mengenali mereka sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku berasa yang aku memang betul-betul mengenali mereka dan beranggapan yang mereka sedang menyambut kedatanganku dengan hati yang terbuka…sekurang-kurangnya,menerimaku sebagai rakyat Korea.

Perasaan teruja yang bermaharajalela di dalam diriku semenjak aku menapak keluar dari kapal terbang tadi masih belum hilang.

Akhirnya…setelah 15 tahun…aku dapat juga menjejakkan kaki ke tanah airku sendiri.

Korea, Park Chanyeol dah datang!

Sejak berumur lima tahun lagi,aku dan keluargaku telah pun berpindah ke Japan dan kami menetap di sana sehingga sekarang. Pada mulanya ,ayah terpaksa membawa kami sekeluarga ke sana kerana desakan majikannya yang menghantarnya untuk bekerja di Japan tapi setelah beberapa tahun, dengan titik peluh ayahku sendiri, ayahku berjaya membina  syarikatnya sendiri….sebuah syarikat  penerbitan komik yang sekarang sangat terkenal di Japan.

Dan mungkin kerana bergelar anak kepada CEO syarikat penerbitan komik, minatku dalam pembacaan komik sangat mendalam. Sejak kecil,aku sangat suka membaca komik dan minatku itu berkekalan sehinggalah sekarang.

Teet teet…Teet teet…

Sedang aku berjalan menuju ke pintu gerbang lapangan terbang yang gah itu,handphone di dalam poket seluarku berbunyi . Melihat perkataan ‘ibu’ tertera di skrin telefon, aku terus menekan button hijau di skrin handphoneku itu.

“Yeoboseyo,omma.” kataku lembut  sebaik sahaja melekapkan handphoneku itu pada cuping telingaku.

“Anak omma dah sampai?”kata ibuku ditalian.

“Dah…Chanyeol baru je sampai. ”

“Anak omma okey tak tu? Chanyeol tu dah lah baru kali pertama berpisah dengan ibu dan ayah.” Kedengaran suara ibu berubah lemah. Aku tahu ibu risaukan aku.

“Omma…omma tak payah risaulah. Chanyeol dah besar. Chanyeol pandai jaga diri. Lagi pula, Chanyeol datang sinikan sebab nak menuntut ilmu.” Aku cuba menenangkan hati ibuku.

“Chanyeol memang dah fikir masak-masak ke nak belajar kat sana? Kalau Chanyeol nak ubah fikiran sekarang, masih sempat..omma boleh tolong uruskan. Banyak lagi universiti yang bagus kat Japan ni selain …”

“Omma…” Dengan pantas aku segera memotong kata-kata ibu. “ Dah la tu. Omma tahukan, yang keputusan Chanyeol takkan pernah berubah. Chanyeol dan fikir masak-masak dan pilihan Chanyeol untuk menyambung pelajaran di Yongji Universiti…bukan pilihan yang main-main. Chanyeol harap, omma faham dan restu dengan keptusan Chanyeol. “

“ Baiklah...kalau itu keputusan Chanyeol,omma dah tak dapat nak halang Chanyeol lagi. Tapi ingat, jaga diri baik-baik…jangan lupa makan…jangan lupa…”

Suara ibu tiba-tiba menjadi sayup-sayup di pendengaranku dan sampai satu saat, aku langsung tidak mendengar apa yang ibu katakan lagi. Minda sedarku seperti sedang menukarkan fokusnya daripada suara ibu kepada sesuatu yang lain. Sesuatu yang dipamerkan di hadapan salah satu kedai buku di lapangan terbang itu berjaya menarik perhatianku. Aku mula melangkah menuju ke arah kedai tersebut.

Dan kini,apa yang menarik perhatianku tadi telah pun berada di dalam genggamanku.

Sebuah komik. The Prince.

Kulit hadapannya aku tatap dengan penuh teruja.

“ Akhirnya… ia dikeluarkan pada hari ini. Nampaknya aku tak perlu menunggu lagi.” Dan pada ketika itu juga ,pandanganku jatuh pada nama yang tertulis cantik di bucu kanan bahagian bawah kulit hadapan komik itu.

 ‘Last Cindarella.’

Secara automatik, aku tersenyum.

“Chanyeol? Chanyeol dengar tak omma cakap ni? Hello??” Seperti baru tersedar, aku kembali menumpukan fokusku terhadap panggilanku bersama ibu.

“Ahh..iya omma. Chanyeol tengah dengar ni.” Aku terpaksa berbohong untuk menjaga hati ibu dan pada ketika itu juga ,aku dapat mendengar ibu menghembus nafas lega.

“Chanyeol ni, buat takut omma je. Omma ingatkan ada apa-apa berlaku pada Chanyeol tadi sebab tiba-tiba je Chanyeol senyap.Tapi tak apalah,sekarang ibu lega sebab Chanyeol tak apa-apa. Oh,ibu lupa nak tanya ...hari itu,Chanyeol cakap selain daripada sambung belajar...Chanyeol ada satu lagi urusan lain yang Chanyeol mesti buat kat sana? Boleh ibu tahu, apa urusan tu? ”

“Chanyeol nak cari seseorang.” Aku kembali menatap komik yang masih berada di dalam genggamanku. Seketika,senyumanku mengembang kembali.

“Seseorang? Siapa?”

“My Last Cindarella.”

 

TO BE CONTINUED

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Bagi readers yang dah baca chapter 1 ,terdapat sdkit perubahan. iema baru edit.

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 11: Daebak!!!palli update!!!
starlightkim_
#2
Chapter 11: Alahai..asal sweet sangat kata-kata si pendek itu??walaupun kecil tapi kata-kata dia sangatlah sweet..dan kelakat part chanyeol practice nak bagi sebatang pensel kayu dekat eunji..bestlah ff ni..saya suka!update soon tau authornim??
khaisara #3
Chapter 10: oh my......so sweet
UPDATE SOON!!
fighting!..
starlightkim_
#4
Chapter 10: Kenapa sweet sangat authornimmmm??????update soon
b2stFanz
#5
Chapter 10: awwww...sweetnye..update cepat eh
AinUmairah #6
Chapter 9: nk lagiiiii
khaisara #7
Chapter 9: update soon!!