Raya Oh Raya

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Balik kampung !!!

Ooooo…balik kampung~~~

Oooo…ooo…balik kampung…

Hati girangggggg!!!

 

“Hoi ! Jiran sebelah ! Diam la ! Macam kau sorang je yang nak balik kampung !”

Perang jiran sebelah dah mula balik.

Daehyun mencebik. Dia pekakkan saja telinga meskipun suara Hoshi sudah berkali-kali menampar telinganya.  Beg galasnya diheret ke bonet kereta Exora milik Himchan. Heret ok. Tak kuasa dia nak mengangkat. Malas punya fasal.

Hari ni, mereka berenam akan pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Awal pagi lagi semua dah bangun sebab eksaited. Himchan la yang paling eksaited di antara mereka berenam. Siap kejut sahur pukul 2 pagi lagi ! 2 pagi kau bersahur? Agak-agak afdal tak waktu tu?

 

“Sahur ! Sahur ! Bangun sahur kawan-kawan !” Himchan melaung di ruang tamu. Macam biasa. Siap pasang siren yang dia download dalam smartphone dia lagi. Biar satu rumah terjaga.

“Diam la weh !” Yongguk yang kebetulan tidur di ruang tamu sebab tadi stay up tengok gusti terjaga dan memarahi Himchan.

“Ya Ampun…inikah anak muda zaman sekarang? Apa nak jadi ni? Orang kejut sahur,dia marah pulak.” Himchan menendang Yongguk dengan kasar sehinggakan lelaki itu jatuh tergolek dari sofa.

“Diam sebelum aku tendang kau !” omel Yongguk dalam tidur. Tak sedarkah dia yang dia dah ditendang dulu oleh Himchan?

“Ish ! Ish ! Kau jangan sampai kena panah petir pulak nanti ! Orang ajak buat benda baik kau nak marah-marah. Tuhan murka kau tau tak?” Himchan membebel di tepi telinga Yongguk. Bunyi siren dari telefon bimbitnya didekatkan ke telinga Yongguk.

“Diam lah !” raung Yongguk geram. Tubuh Himchan ditolak agar menjauhinya. Semak !

“Oh Tuhan, ampunkanlah hamba-Mu ini.” seakan mengajuk gaya Youngjae, Himchan berkata. Tangannya ditadah sambil memohon doa agar Yongguk ni bertaubat.

Yongguk mengeluh perlahan. Dia membuka matanya dan memandang Himchan dengan geram.

“Cuba kau tengok jam pukul berapa sekarang? Aku bukannya apa. Bukan tak nak bangun sahur tapi, kau lupa ke apa yang Ustaz Don cakap dalam TV dulu, sahur ni seelok-eloknya dilewat-lewatkan. Tak salah kau nak sahur awal tapi sekarang pukul dua kot ! Kau nak sahur ke kau nak supper?” Yongguk pulak yang membebel sekarang.

Tercengang Himchan seketika.

“Pukul dua? Bukan dah pukul 5 ke tadi?” dia garu kepalanya.

“Baru pukul dua Diva oii ! Pukul dua !” Yongguk bangkit dari pembaringan sambil merengus dan melangkah masuk ke dalam bilik.

“Alah ! Tadi jam aku dah pukul 5 kot. Aku salah eh?” Himchan mengejar Yongguk dari belakang.

“Kau tu mamai la bengong ! Pastu kau nak seret aku dalam kemamaian kau.” Yongguk bersungut dan menutup pintu bilik. Siap kunci lagi. Dihalangnya Himchan untuk masuk ke dalam bilik itu.

“Disebabkan kau dah ganggu lena aku, malam ni kau tidur luar.” Yongguk melaung dari dalam bilik.

“Brutal ! Jangan la macam ni !”

 

Begitulah kisah Himchan yang terlebih excited. Berbalik semula kepada Daehyun.

 

Wahai perantau, perantau di kota…

Pulanglah ke desa berhari raya….

Ayah serta bonda…

 

Lepas satu, satu lagu raya yang dia nyanyi. Tak payah sibuk nak pasang lagu raya kat radio, Daehyun dah ada untuk nyanyikan. Sebut je nak lagu raya apa, dia sedia membantu.

“Sumpah aku tak faham dengan dia tu. Tak penat ke melalak non-stop?”  Hoshi meluahkan rasa tak puas hatinya kepada Woozi yang sedang menyiram pokok bunga di laman itu. Daehyun yang sedang terkinja-kinja di halaman rumah sebelah dipandang  geram.

“Biar la dia. Dia kan nak balik kampung. Mungkin dah 50 tahun tak balik, tu yang beria kemain tu.” Woozi menjawab selamba sambil terus menyiram rumput yang ada.

“Macam dia je yang nak balik kampung. Macam dia je yang nak raya.” sungut Hoshi lagi.

“Biarkan je la dia tu…kau masuk rumah lagi bagus. Kemas-kemas barang kau. Kita pun ada kampung jugak kan?” Woozi berkata lagi. Dia menghalau Hoshi masuk ke dalam rumah dan pemuda itu sekadar mencebik. Woozi sambung menyiram rumput di tepi jalan setelah Hoshi lesap dari pandangannya.

 

Indahnya sungguh di hari raya,

Ramainya orang bersuka ria.

Indahnya sungguh di hari raya,

Ramainya orang bersuka ria

Adik ku manis cantik bergaya, bolehkah abang ikut bersama?

Adik ku manis cantik bergaya, bolehkah abang ikut bersama?

 

‘Radio’ Daehyun berbunyi lagi dan kali ini, dia ada rakan duet.

 

Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda

Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sudah menunggu, di hari mulia bertemu mesra

Sanak saudara sudah menunggu, di hari mulia bertemu mesra

 

 Daehyun menoleh saat ada yang menyampuk nyanyiannya. Kelihatan Woozi di halaman rumah sebelah sedang berjoget dengan getah paip sambil menyanyikan lagu raya yang sama dengan Daehyun. Apalagi, makin semangat la Daehyun dibuatnya bila dah ada geng nyanyi sekali.

Mereka berdua mula ligat buat konsert free depan dua rumah itu. Dah macam shooting muzikal pun ada jugak. Lantaklah~~

 

 

“Semua dah ready?”

“Dah!”

Serentak, lima yang lain menjawab soalan Himchan persis kanak-kanak ribena.

Last check sebelum berangkat pulang ke Kuala Kangsar, kampung halaman mereka berenam. Semua dah bersedia dan Himchan pun hidupkan enjin.

“Balik dulu woi !” sempat jugak Himchan menegur Junghan dan S.Coups yang sedang mencuci van di depan rumah mereka.

“Hahaha ! Orang dah nak balik kampung, deme baru nak cuci van !” Zelo ketawakan mereka dan Jongup pun join sekali. Daehyun pula diam saja. Mungkin dah penat berkaroke dan tengah refill energy. Youngjae macam biasa, mula dah nak ceramahkan budak-budak ni.

“Kau dah check semua ke Diva? Tak de apa yang tinggal?” tanya Yongguk sambil mengenakan tali pinggang keledar.

“Confirm ! Memang takde apa yang cacat cela. Kalau aku yang handle, memang perfect la !” tutur Himchan riak.

Yongguk sekadar mengangguk. Percaya je la kat Himchan ni.

 

 

Dah hampir dua jam perjalanan mereka. Dalam sejam lebih lagi, tibalah mereka ke bumi Kuala Kangsar terchenta.

Suasana sunyi sepi di dalam kereta dan hanya ditemani dengan suara Fara Pauzana , DJ Radio Hoq FM kedengaran. Hanya Himchan yang berjaga kerana dia sedang memandu. Yang lain? Semuanya lena. Yongguk siap berdengkur-dengkur lagi tepi Himchan. Youngjae lagi la. Siap mengigau fasal Kak Limah dia. Punya la sedap tidur.

Sedang dia leka memandu sendirian, tiba-tiba enjin kereta semput dan bonet hadapan berasap. Himchan panik dan meraung kuat. Semua yang lena terus terjaga.

“Stop ! Stop ! Menda yang terbako tu?” Yongguk cemas. Himchan memberhentikan kereta di tepi jalan. Zelo dan Jongup turun dari kereta bersama Yongguk dan Himchan untuk memeriksa keadaan kenderaan itu.

Bonet depan yang berasap ditenung lama.

“Enjin problem la ni. Kereta dah tak boleh start.” ujar Himchan setelah cuba untuk menghidupkan semula enjin kereta.

“Cubaan…cubaan…” Daehyun mengeluh.

“Ya Allah…aku redha dengan ujian MU ini.” Youngjae menambah.

Yongguk memandang Himchan dengan pandangan yang tajam.

“Diva, aku tanya kau satu benda ni, kau kena jawab jujur.” Yongguk mendekati Himchan sambil mengepal penumbuk.

“Apa?” Himchan angkat kening sebelah.

“Kau servis tak kereta kau sebelum kita balik kampung ni?” soalan Yongguk membuatkan Himchan terkulat-kulat.

“A…aku…lupa…” dia sengih.

“Aku dah agak ! Perfect la sangat ! Meh sini aku luku kau !” Yongguk mula naik angin dan mengejar Himchan yang dah bukak langkah seribu tu.

“Kan aku dah cakap, Diva tu kuat lupa.” Jongup berbisik kepada Zelo. Zelo mengangguk-angguk setuju. Youngjae dan Daehyun saling berpandangan dan mengeluh.

 

Beberapa jam kemudian,

“Ate mane makeniknya tak sampai-sampai? Teman dah paneh dah ni.” sungut Yongguk setelah lama menunggu.

“Makenik apenye kome? Makenik sume dah cuti ghaye…” Daehyun balas kata-kata Yon

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun