Bazar Ramadhan

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

Knock! Knock !

Sapa tu?

Rama.

Rama? Rama who?

Ramadhan datang~~~ Ramadhan datang ~~Ewah~~ Ramadhan datang…

 

Daehyun melalak sekuat hatinya di atas sofa sambil memegang sikat rambut Himchan dan dijadikan ala-ala mikrofon. Earphone yang bersumbat di telinganya membuatkan pemuda itu langsung tak mempedulikan keadaan sekeliling.

“Woi Boroi ! Diam ahh ! Makin lapar aku dibuatnya bila dengar kau nyanyi.” sungut Jongup yang sedang terlentang di hadapan kipas dek kerana kepanasan. Zelo pulak tergolek-golek di atas lantai marmar bagi menyejukkan badannya. Mereka berdua baru pulang dari kelas. Sebab tu la kepenatan bukan main.

Daehyun diam seketika.

Jongup menghela nafas lega. Diam pun si Boroi ni. Ingatkan tak reti bahasa. Lantas, Jongup mengambil kesempatan untuk melelapkan matanya bagi merehatkan diri yang keletihan. Tubuh Zelo ditarik ke dakapan dan dia cuba memejamkan matanya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Baru ja nak terlelap, Daehyun kembali buat konsert Kilauan Emas balik.

 

Aduh ! Aduh sayang! Kenapa kau curang !

Aduh ! Aduh Sayang ! Kenapa kau ulang !

Aduh ! Aduh ! Sayang ! Sayang !

Sayanggggggg!!!!

 

Siap tarik high note lagi si Daehyun ni. Sakit hati Jongup dibuatnya. Diikutkan hati keciknya, mahu saja dia baling kipas angin ni kat Daehyun. Tapi, ,memikirkan  yang kipas itu adalah hak milik Bang Yongguk, maka terpaksalah dia bersabar.

“Diam lah Boroi ! Aku nak tido!” marah Jongup lagi.

“Tidur dalam bilik la weh. Ni tempat aku nak karoke.” balas Daehyun endah tak endah.

Jongup geram. Dia menghentak-hentakkan kakinya geram. Bontot Zelo ditendang  bagi melepaskan geram. Tergolek si Panjang itu hingga ke depan muka pintu.

“Angin~~Angin~~aku nak angin.” gumam Zelo di depan muka pintu itu.

Daehyun masih melalak. Saja nak sakitkan hati Jongup. Lawak pulak tengok dia mengamuk-gamuk kat depan Daehyun ni. Makin galak Daehyun mengusik.

 

Biar ku jalan dulu~~

Puas ku tunggu ! Puas ku tunggu !

Bukan hal aku ! Bukan hal aku !

Huarghhh!!!

Bukan hal aku !!!!

 

“Boroi jahat ! Wuaaaaa! Boroi jahat !” Jongup dah merengek macam budak kecik. Rimas telinganya mendengar suara Daehyun yang lari pitching itu.

Seketika kemudian,

Youngjae yang baru pulang dari menghadiri kuliahnya masuk ke dalam perkarangan rumah dengan motosikal Lagendanya. Dia siap bernasyid lagu Raihan lagi sepanjang perjalanannya.

 

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini….penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah…demi selangkah…

 

Langkah Youngjae terhenti bila dia rasakan dia terpijak sesuatu saat ingin menapak masuk ke dalam rumah. Helmet di kepala yang masih belum berbuka ditanggalkan bagi melihat objek apa yang dipijaknya itu.

“MasyaAllah ! Allahuakbar !”

Terbeliak bijik matanya saat terpandangkan susuk tubuh Zelo yang baring terlentang di tengah ruang muka pintu. Youngjae memandang kakinya yang sedang memijak perut Zelo.

“Ya Ampun ! Panjang ! Panjang! Apasal kau tido sini?” dikejutnya pemuda yang sudah terlena itu. Kepalanya yang tak gatal digaru-garu. Apa masalah la si Zelo ni nak tidur kat sini? Apa dah tak cukup ruang sangat dah ke untuk tidur kat dalam?

“Panjang !”

“Apa?”

Sayup-sayup kedengaran Zelo menyahut panggilan Youngjae.

“Yang kau tido sini apahal? Masuk dalam la. Tak senonoh la kau ni. Orang tua-tua cakap tak baik tidur depan muka pintu.” bebel Youngjae. Dia menguis-guis kaki Zelo yang menghalang jalannya.

“Lantak la dengan orang tua-tua tu Ustaz. Yang penting aku panas ni. Rasa macam nak berbuka je.” rungut Zelo. Youngjae menggeleng-geleng mendengar rintihan Zelo itu. Mood nak ceramah dah on dah ni.

“Itulah dugaan di bulan Ramadhan wahai Choi Junhong. Allah nak melatih umatNya bersabar. Kau tau, masa zaman nabi dulu, diorang semua siap berperang lagi time bulan puasa. Tak ada pun diorang merungut nak berbuka. Kau ni? Baru separuh hari puasa dan merengek macam budak kecik. Sabar Panjang ! Sabar…” kan dah khutbah. Kau jangan main-main dengan Youngjae ni. Dia punya ceramah boleh tahan jugak. Macam ada harapan nak jadi Ustaz Azhar Idrus junior dah ni.

Zelo memuncungkan mulutnya ala-ala Donald Duck.

“Kau masuk la rumah tu. Silap hari bulan, kau pun jadi macam aku.” tutur Zelo lemah.

“Apasal?” Youngjae angkat kening sambil membuka ikatan sneakers yang dipakainya.

“Kecik dengan Boroi tengah dok bergaduh kat ruang tamu tu. Naik pening kepala aku dibuatnya.” adu Zelo sebelum mengeluh perlahan. Dia masih terbaring di atas lantai marmar yang sejuk sambil diperhatikan oleh Youngjae yang sekadar menggeleng.

“Apa pulak bergaduh bulan-bulan posa ni? Diorang ni pun nak kena ceramah jugak ni. Tunggu !” Youngjae berkata lantas bergegas meninggalkan Zelo dan menuju ke ruang tamu. Suara Jongup yang merengek dan membentak-bentak Daehyun kedengaran dan diselangi dengan suara sumbang Daehyun yang menyanyikan lagu yang entah apa-apa.

“Diam la Boroi ! Aku nak tido !”

“Tak nak ! Tak nak ! Aku nak nyanyi. Kau la diam.”

Pergaduhan itu masih belum bertemu titik noktahnya sehinggalah Youngjae muncul di antara mereka.

“Astaghfirullahalazim !!! Sudah ! Sudah !”

Youngjae cuba meleraikan suasana kecoh itu.

“Kau jangan masuk campur urusan rumah tangga kitorang ya ustaz !” Jongup memarahi Youngjae pulak. Lelaki itu tergamam seketika.

Daehyun buat pekak telinga. Dia mengangguk-anggukan kepalanya tanda khusyuk melayan lagu.

 

Terpulanglah mahu jadi apa,

Mahu jadi hantu

Mahu jadi buaya

Ooooo….buaya ! Buaya !

 

Youngjae menggeleng pasrah dengan tingkah Daehyun yang dah tak semengah ni. Jongup masih stress dengan kelakuan beruk Daehyun yang tak dapat dikawal.

“Sial la kau Boroi !” bentak Jongup.

“Lantak la aku ! Mak kau hijau !” Daehyun balas.

“Bapak kau kuning !” Jongup serang lagi.

“Awek kau biru !” Daehyun bagi balik.

“Aku mana ada awek ! “

“Kau tak ada awek sebab kau tak hensem.”

“Kau pun tak ada awek.”

Youngjae yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua sudah mula naik juling. Betul cakap Zelo, pening kepala dibuatnya.

“Aku tak ada awek sebab aku memang tak nak ada awek.”

“Aku pun tak ada awek sebab aku tak nak ada awek.”

“Tipu ! Kau tiru aku.” Daehyun ketawa mengejek.

“Kau la tipu ! Kau tu tak ada awek sebab perut kau boroi !” Jongup menjelir lidahnya kepada Daehyun.

“Tak guna la kau ! Tu masa aku kecik ! Sekarang aku dah slim la sial !” Daehyun mengamuk bila Jongup ungkit kisah zaman budak-budaknya.

“Dah la tu ! Hoi ! Hoi !” Youngjae kembali meleraikan pergaduhan mereka. Kali ini nada suaranya makin tinggi. Dia menolak Daehyun ke sebelah kanan dan Jongup ke sebelah kiri. Mereka berdua perlu dijauhkan segera agak pergelutan tak berlaku.

“Boroi ! Yang kau mengusik Kecik ni apahal? Mengalah la sikit dengan dia. Kau kan abang.” Youngjae memandang Daehyun dengan pandangan yang tajam.

“Apa pulak? Sebab aku abang la dia kena hormat aku.” Daehyun membidas. Dia menjeling Jongup geram.

“Tak elok gaduh time-time puasa cam ni la. Kurang pahala nanti. Dah la korang berdua cakap benda tak elok. Habis kurang pahala weh ! Rugi tau tak? Rugi?” Youngjae dah start sesi khutbahnya semula. Baik Daehyun mahupun Jongup masing-masing diam.

“Sekarang korang berdua diam dan muhasabah balik diri tu.” Youngjae berkata. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Helmet yang ditanggungnya tadi diletakkan di atas lantai. Lega bila dia berjaya buat keadaan jadi sedia kala semula.

Tenang dan Damai. Langsung tak ada suara yang mengganggu. Hanya kedengaran deruan bunyi kipas angin yang dipasang bagi mendinginkan ruang tamu itu.

Perlahan-lahan, Youngjae sudah mula terlelap.

 

Hashtag !

Hei kamu, gadis berbaju ungu !

Hei kamu, gadis berbaju hijau !

Hei kamu, mak kau hijau !

 

Lena Youngjae terganggu semula bila Daehyun kembali melalak.

“Jung Daehyun !!!!”

Tanpa berlengah, helmet yang berada di lantai tadi dicapai dan dihalakan ke arah kepala Daehyun. Pemuda itu berlari ketakutan dek kerana dikejar dengan Ustaz Youngjae yang bakal menghentak kepalanya dengan helmet.

“Huargghhh!!” Youngjae mengejar Daehyun dengan bersungguh dek kerana lelaki itu telah mengganggu tidurnya.

“Heh ! Sabar la sangat. Ustaz pun dah tak boleh sabar dengan perangai hantu kau, Boroi.” Jongup tertawa sinis saat melihat gelagat Youngjae dan Daehyun yang sedang kejar-mengejar itu. Sementara Zelo pula masih terbaring di depan muka pintu dan akhirnya menjadi mangsa pijakan Himchan dan juga Yongguk saat mereka berdua balik dari kerja.

 

 

“Aik Boroi, kau diam je hari ni. Apahal?” tegur Himchan yang sedang memandu. Sekarang, mereka berenam dalam perjalanan untuk ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Ntah. Selalu kau la manusia paling eksaited kalau bab-bab makan ni.” Yongguk menyambung. Dia menjeling Daehyun yang tarik muncung di bahagian belakang kereta Exora yang dipandu oleh Himchan.

“Kau pun sama Kecik. Selalu kau bising nak suruh aku bukak lagu Sistar, apasal hari kau diam?” Himchan soal Jongup pulak.

Masing-masing tak menjawab.

Ada yang tak kena.

“Diorang gaduh.” adu Zelo kepada Himchan dan Yongguk. Jongup menyiku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun