Sahur !!!

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Bismilahirahmanirahim,

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari….

 

BTZZZZ!!!

 

Shake it ! Shake it for me ! Shake it ! Shake it for me ! Nanananana~~

 

“Fulamak ! Sistar ! Hyorin ! I lub You !”

Moon Jongup a.k.a Kecik bersorak fanboy demi melihatkan empat gadis cantik yang sedang membuat persembahan di atas pentas Inkigayo yang ditontonnya melalui kaca TV bersaiz 25 inci di ruang tamu rumahnya itu. Tanpa sedar, empat pasang mata yang ada bersamanya kini sedang memandangnya dengan pandangan yang membunuh. Remote control yang berada di tangannya digenggam kemas. Bimbang ada yang merampas dan mengubah channel kegemarannya ini kepada siaran berita. Sesungguhnya itu adalah mimpi ngeri.

“Astaghfirullah…” Youngjae menggeleng-geleng laju kepalanya sambil mengurut dada yang tiba-tiba terasa sesak. Mana taknya? Tadi dah rasa macam nak lapang dah dada bila tengah tengok pengisytiharan tarikh puasa tapi entah dari mana beruk nama Jongup ni datang, tiba-tiba tukar siaran tu kepada siaran awek-awek Kpop tengah berdansa. Ya Ampun ! Seksinya bukan main. Youngjae yang memang terkenal dengan gelaran Ustaz dah mula beristighfar panjang berjela.

“Woi Kecik ! Kau ni memang nak kena panah petir ke hapa? Orang tengah tengok pengumuman puasa, kau boleh pulak suka-suka hati ubah channel kan? Dah la channel Kpop !” Daehyun yang memang bermulut agak puaka mula sound Jongup.

Pemuda itu tersentak dan menoleh ke arah kawan-kawannya. Sengihan ditarik serba-salah.

“Sorry…aku tak perasan pulak.” jawab Jongup sambil tersengih seperti kerang rebus. Erk !

“Kau tukar balik ! Sekarang !” Himchan mula membebel sambil melibas bontot Jongup dengan hanger baju yang dicapainya di atas meja. Geram pulak dengan perangai budak kecik ni.

Jongup mengeluh kesakitan. Boleh tahan jugak libasan si Diva Himchan ni. Mahu tak mahu, terpaksalah Jongup ubah balik siaran. Namun, pengumuman puasa yang mereka tonton tadi sudah pun tamat dan berganti dengan tayangan iklan D’herbs Terlajak Laris.

“Tidak !!! Bila kita nak start puasa ni ! Aku tak tau !” Zelo menjerit seakan-akan menerima berita kematian labah-labah kesayangannya.

Jongup masih tersengih. Sebab apa? Sebab dia la penyebab empat orang rakan serumahnya ini mental breakdown. Haha! Apa boleh buat? Sengih je la yang mampu.

“Menda korang ni? Dari luar aku dengar  kecoh-kecoh.”

Tak lama kemudian, pintu rumah terkuak dan Yongguk yang baru balik dari kerja muncul. Helmet di tangan diletakkan di atas almari kasut sambil matanya memaku ke arah rakan-rakan serumahnya yang sedang riuh rendah di ruang tamu.

“Lambat kau balik hari ni Brutal.” Himchan menegur Yongguk yang memang digelar Brutal oleh mereka semua.

“Banyak keja nak buat. Maklumlah… esok dah start puasa.” keluh Yongguk sambil melabuhkan punggung di sebelah Daehyun.

“Esok ke puasanya?” mata Daehyun membulat memandang Yongguk.

“Lah? Takkan kome semua tak tau kot? Esok la puasanya ! Pakat tak tengok TV ke kome semua ni? Pengumuman Puasa tak ada ke?” Yongguk menyoal hairan. Terkeluar sikit loghat Perak dia di situ.

“Ada…tapi tergendala sikit.” Himchan berkata dengan nada yang mendatar sambil menjeling Jongup dengan hujung matanya. Jongup sekadar tayang gigi sambil garu-garu cuping telinganya.

“Alhamdulillah. Ramadan datang lagi para sahabat sekalian. Alhamdulillah.” Youngjae yang dari tadi diam dek kerana menundukkan pandangannya dari memandang aurat Sistar kini kembali bersuara. Dia menadah tangan dan mula bersyukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia.

“Alhamdulillah.” yang lain turut ikut sama bersyukur.

“Jadi apa lagi? Moh ler kita semua bersiap-siap.” sambung Youngjae sambil bangun dari sofa yang didudukinya. Ikatan kain pelekat yang dipakai diperkemaskan.

“Nak ke mana Ustaz?” soal Zelo agak blur.

“MasyaAllah. Bukankah Ramadhan sudah tiba? Maka, apa ertinya para sahabat sekalian?” Youngjae menyoal satu persatu rakan serumahnya.

“Err…bazar ramadan?” Daehyun menjawab.

“Tak lah ! Ertinya, Zalora dengan Lazada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun