Meriam Diamond Warrior

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

Tangisan syahdu memenuhi ruang tamu rumah teres yang dikongsi oleh enam orang pemuda yang masing-masing mempunyai perangai yang pelik.

“Kenapa weh? Kenapa dia buat macam ni?”

“Aku pun tak tau.”

Dua orang insan masih leka menonton televisyen meskipun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Himchan mengesat air matanya yang sudah membasahi pipi manakala Yongguk mengelap hingus yang sudah mula meluncur laju keluar dari lubang hidungnya.

“Apasal Amir tu tinggalkan Maya? Aku tak boleh terima semua ni ! Tak boleh ! Kau tengok tu ! Sekarang, dia nak rindu rindu pulak si Maya tu? Apa ni ! Apa !” dengan penuh emosi Himchan berkata dengan nada yang sebak. Ternyata filem Pilot Café yang ditonton itu memang meruntun emosi. Bukan hanya emosi dia, emosi Yongguk juga turut terganggu.

“Yang si Sharmila ni apasal? Dah ada laki, pegi la kat laki dia. Yang datang jumpa Amir ni apasal?” Yongguk menambah. Meja kecil di tepinya dihentak penuh perasaan.

“Sedih la bodoh ! Apasal diorang berpisah ! Brutal, aku dah tak kuat….aku nak nangis lagi.” Himchan rampas kotak tisu dari tangan Yongguk dan menarik beberapa helai tisu keluar dari kotak. Setelah itu, dia mula mengeluarkan air matanya.

“Bak sini tisu tu !” Yongguk rampas pula tisu tadi. Air matanya juga sudah bergenang bila scene Fahrin Ahmad yang memegang watak sebagai Amir  naik sampan untuk bertemu dengan Izara Aisyah yang berlakon sebagai Maya. Bertambah lagi rasa nak nangis bila Amir akhirnya melamar Maya.

“Huargghhh!” Himchan menangis dan menghembus hingusnya di kain pelekat Yongguk.

Yongguk tak mengendahkan kelakuan Himchan . Dia lebih fokus kepada jalan cerita Pilot Café yang semakin meruntun jiwa itu.

 

Pintu bilik dikuak dari dalam.

Youngjae berlari-lari anak untuk ke tandas. Dah tak tahan. Nak terkucil sangat dah ni.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, dia berjalan riang untuk ke bilik semula. Namun, langkahnya mati tatkala melihat dua orang manusia yang masih bertapa di depan televisyen. Ada esak tangis yang kedengaran dari mereka berdua.

“Hoih ! Dah-dah la tu. Bila nak tido? Esok kang terlajak nak bangun sahur.” Youngjae menegur Himchan dan Yongguk di ruang tamu.

“Diam la kau ! Masuk ! Jangan sibuk.” arah Yongguk.

Youngjae menjulingkan matanya. Malas nak layan. Dia segera masuk ke dalam biliknya dan sambung tidur.

 

Kembali kepada Himchan dan Yongguk.

“Hoiiii ! Takkan kau pergi macam tu je?” marah Yongguk saat Amir meninggalkan Maya dengan lelaki pilihannya, Rasyid.

“Amir! Tak ! Kau tak boleh pergi !” Himchan meraung sedih. Scene itu berjaya membuatkan emosinya jadi tak stabil.

Pilot Café berakhir dengan ending yang mengecewakan Yongguk dan Himchan. Mereka berdua menangisi pengakhiran cerita itu bersama-sama sebelum akhirnya masing-masing tertidur di atas sofa. Tidur dengan nyenyak.

 

 

Himchan membuka matanya saat terasa ada sinar mentari yang mula memancar ke mukanya yang flawless itu.

“Sahur…”

Dia mengomel sendirian dalam separuh sedar sambil bangun dari pembaringan. Kaki Yongguk yang ada di atas perutnya ditolak sambil merengus geram.

Dengan langkah yang malas, dia berjalan menuju ke dapur. Sempat juga dia kerling jam di dinding.

Pukul 10 pagi.

“Dah pukul 10 pagi dah.”

Himchan berkata sebelum berfikir tentang apa yang hendak dihidang untuk sahur.

Kejap !

10 pagi? Sahur?

“Weh bangun!!!!!  Kita dah terlajak !!!!”

 

 

Langkah Daehyun longlai menapak menuju ke ruang tamu. Bahang panas terasa seakan membakar kulitnya. Pasang la kipas laju mana pun. Tetap sama. Tekaknya kering. Dahagakan kasih sayang. Oppss silap. Dahagakan air.

Mana tak dahaga? Hari ni, mereka satu rumah tak bersahur.

Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Belum pun masuk Asar. Lambat sangat-sangat lagi untuk berbuka puasa. Daehyun memang tak boleh tahan lagi. Bukan saja dahaga, perut dia juga lapar.

“Berbukalah Daehyun~~~”

Kedengaran bisikan nafsunya menguasai telinga.

“Tak ! Tak ! Tahan sikit Daehyun.” dia menggeleng. Cuba mengawal nafsunya.

Dalam cuba untuk mengawal, kakinya tanpa sedar melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan dia disambut dengan satu jug air sirap yang berbaki selepas berbuka puasa semalam. Sejuk. Segar. Daehyun tergoda.

Namun, segera dia tutup semula peti ais tersebut.

“Sabar Daehyun. Tahan nafsu kau.” dia berperang dengan diri sendiri.

Tak lama kemudian, dia membuka semula peti sejuk.

“Alamak ! Cheesecake aku !” kali ini, dia terpandangkan pula cheesecake kegemarannya yang belum habis dimakan. Expired date dia hari ni. Ok.

“Rugi la kalau biar dia expired. Aku kena makan sebelum esok dan secepat mungkin.” kek yang masih berbaki separuh itu dicapai dan ditenung lama.

“Berbukalah Daehyun ~~ Tak pa. Hari ni kau terlepas sahur. Puasa je ikut kemampuan kau. Kau kan tak sahur tadi. Kau mana boleh tahan lapar. Nanti kau gastrik kan? Buka je la. Takpe….” nafsunya bersuara lagi dan kali ini…

“Bismillah…”

Daehyun menyuap cheesecake itu ke dalam mulut dan dikunyah-kunyah dengan lahap. Kemudian, air sirap dituang ke dalam gelas lalu diteguk rakus.

Daehyun berbuka sudah. Nampaknya, ada orang kalah dengan nafsu sendiri.

 

“Hoi Boroi ! Kau tak puasa ek? Apasal kau makan ni? Sekarang kan baru pukul 2 petang?”

Tiba-tiba, Youngjae masuk ke dapur dan melihat perbuatan Daehyun. Terus ditegurnya lelaki itu. Tersedak dibuatnya Daehyun. Bersembur air sirap keluar dari mulutnya.

Youngjae terlopong. Matanya memandang tepat ke arah Daehyun menunggu jawapan dari pemuda serumah dengannya itu.

Suasana sunyi seketika. Bunyi dengkuran Jongup di ruang tamu kedengaran hingga ke dapur. Nampak tak betapa sunyinya keadaan sekarang ni? Daehyun cuba memikirkan alasan yang baik untuk tak kantoi dengan Youngjae.

Setelah hampir tiga minit berdiam, akhirnya dia dapat idea.

“Aku…aku…a..aku period !  Aku tak boleh puasa.” tutur Daehyun yakin. Mengharapkan Youngjae termakan ‘alasan’ nya itu.

Youngjae diam lagi. Matanya masih belum lari dari memandang Daehyun. Berpeluh lelaki itu dibuatnya.

“Ohh begitu. Sorry sebab tuduh kau yang bukan-bukan. Maafkan aku, wahai sahabat.” setelah hampir seminit mencerna kata-kata Daehyun, akhirnya Youngjae mengangguk. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

Fuhh ! Lega.

“Takpe. Aku faham.” Daehyun mengangguk senang hati.

“Sambung la makan. Aku pergi dulu.” Youngjae menghela nafas perlahan sebelum menapak keluar dari dapur semula. Kepalanya digaru-garu lagi. Seperti ada yang tak kena. Tapi apa? Otaknya yang lepu sebab tak cukup tenaga memandangkan tak bersahur tadi cuba diperah juga. Mencari jawapan kepada kemusykilan yang menyerang dirinya.

“Aaaa…pergi. Pergi. Jangan datang lagi.” rendah saja suara Daehyun menghalau Youngjae keluar dari dapur. Tak nak kawannya itu lama-lama di situ. Karang tak fasal-fasal kantoi lagi.

Youngjae keluar dari dapur dan kemudian berpatah balik semula !

“Eh ! Kejap ! Macammana kau boleh period? Kau kan lelaki?” suara Youngjae mula meninggi. Dia dah dapat jawapan atas kemusykilannya tadi. Hairan ! Ini kali pertama dia dengar lelaki datang bulan dan lelaki itu adalah housemate merangkap roomate nya sendiri. Beristighfar Youngjae dibuatnya.

“Alamak…dah kantoi !” Daehyun gigit hujung bibir. Rupanya tak mudah nak tipu Pak Ustaz ni.

“JUNG DAEHYUNNNNNN!!!!”

 

 

“Kecikkkk!!!!"

Zelo berlari masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Jongup yang sedang lena di ruang tamu. Termengah-mengah Zelo dek kerana berlari. Penat jangan cakap la. Dah la tak bersahur tadi.

“Kecik !!!!”

Dia menjerit di tepi telinga Jongup yang masih belum jaga dari tidurnya.

“Kecik !!! Bangun ! Ada benda penting nak bagitau ni !” badan Jongup digoncang-goncang kuat agar pemuda itu terjaga namun,

Jongup masih tak memberi respon.

Zelo dah putus asa. Terpaksalah guna cara ni.

“Kecik! Sistar datang taman kita nak buat show ! Bangun ! Sistar !” jerit Zelo ke telinga Jongup lagi.

Terus terjaga Jongup dibuatnya. Dia bangun dari sofa dan mula menjerit fanboy.

“SISTARRRR!!!!”

Zelo merengus. Dah agak dah. Mesti berjaya. Tapi, annoying sungguh la.

“Betul ke Panjang?” soal Jongup teruja.

Zelo mencebik.

“Tipu je. Dah ! Lupakan Sistar ! Aku ada benda penting nak cakap. Penting gila. Lagi penting dari Sistar.” Zelo menggenggam bahu Jongup. Memaksa lelaki itu mendengar perkara yang dia ingin sampaikan itu.

“Apa?” dengan nada yang malas, Jongup menyoal.

“Aku dengar geng Budak Tak Sekolah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun