Jiran Dan Hantu

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

Yongguk, Himchan, Zelo dan Youngjae bertenggek di depan pintu pagar rumah mereka sambil sibuk memerhatikan jiran baru mereka.

“Bang ! Takde rasa teringin nak tolong ke? Bulan Ramadhan ni. Banyak pahalanya?” salah seorang pemuda yang sedang berusaha mengusung peti ais bersama beberapa orang lagi kawan-kawannya menegur empat manusia yang sedang memerhatikan mereka itu.

Serentak, Yongguk dan lain-lain menggeleng.

“Tolong pun tak nak ! Yang duduk melengung dekat sini tu apahal? Saja nak buat semak?” seorang lagi antara mereka bersuara. Rambutnya panjang ala-ala awek dan hampir membuatkan Zelo buat pick-up line saat mereka berjumpa tadi.

“Ikut suka kami la. Rumah kami.” balas Himchan lantas dipersetujui oleh tiga lagi kawannya.

Mereka ketawa mengekek sebab puas hati. Semalam bukan main lagi geng ni mentertawakan mereka. Kali ini, masanya untuk balas dendam.

“Hish! Apasal la diorang ni boleh jadi jiran kita? Dah la annoying.” Zelo merengus. Geram. Peristiwa diejek semalam masih segar diingatannya dan hari ni, orang yang mengejek mereka tampil sebagai jiran baru.

“Ntahnya ! Dah la ramai. Aku tak boleh nak bilang sebab ramai sangat.” Youngjae turut sama bersungut. Sebab mereka yang ramai semalam la, dia hilang sabar.

“Ada 20 orang kot.” tebak Yongguk.

“Impossible. Ramai sangat, tak muat rumah woi.” Himchan menggeleng-geleng.

“Tapi memang ramai pun dan semuanya buat aku sakit hati.” Zelo berkata sambil menyepak batu kecil yang ada di hujung kakinya. Kebetulan, salah seorang jiran baru mereka yang sedang membawa sebuah kotak lalu di hadapan dan batu itu hinggap ke belakang badannya.

“Adoi !” Dia meraung kesakitan.

“Masuk dalam ! Masuk !”

Yongguk and the gang terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Lari setelah buat salah.

 

Pejam celik pejam celik, dah seminggu mereka berpuasa. Dah seminggu juga mereka serumah menerima jiran baru.

Walaupun dah seminggu, namun jiran-jiran itu langsung tak bertegur sapa lagi. Bertegur tu memang ada tapi bukan menegur  yang macam iklan acah-acah ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ tu. Dari mula sampai sekarang, asyik berperang je.

Ada 13 orang semuanya dalam rumah sebelah tu. Mereka gelarkan diri mereka ‘ Geng Tujuh Belas’. Tak tau la kenapa. Ada 13 orang je tapi nama geng sampai 17. Tak reti nak mengira gamaknya tu. Lantaklah, yang penting enam sekawan ni memang anti dengan ‘Geng Tujuh Belas’ sebelah rumah tu. Geng tu pun anti jugak dengan diorang. Sejak peristiwa kena ejek dekat Bazar Ramadhan dan peristiwa jiran goyang kaki tengok jiran baru angkat barang, dua-dua isi rumah tu bermasam muka.

Dan petang tadi, Himchan dan salah seorang jiran baru mereka yang bernama Junghan bergaduh lagi.

 

-FLASHBACK PETANG TADI-

 

“Bang ! Pokok bunga kertas yang abang tanam ni semak ah. Sampai kat kawasan rumah kami tau tak? Tebang la bang.” Junghan berkata kepada Himchan yang sedang leka menyiram pokok bunga kertas kesayangan ketika itu.

Mendengarkan kata-kata Junghan, Himchan terus naik angin.

“Excuse me, kau cakap apa? Semak? Hell…O ! Kalau takde pokok ni, tak dapat la kau oksigen tau tak?” Himchan mula membebel.

Junghan ketawa sinis sambil mengflip rambut panjangnya yang lurus menawan itu.

“Macam la pokok ni sebatang je yang bagi oksigen. Tak payah la, bang ! Berlambak lagi pokok lain boleh bagi oksigen.” balasnya

Himchan bertambah bengang.

“Kau jangan nak sibuk la ! Masuk rumah kau. Semak la aku tengok. Kang tak fasal-fasal aku tarik rambut kau yang macam perempuan tu.” Himchan memberi amaran ganas. Junghan mencebik. Langsung tak takut dengan amaran ala-ala mak cik Himchan itu.

“Tarik la. Rambut aku ni lurus menawan. Tarik la macammana pun, takkan tersekat punya.” Junghan buat ayat riak.

Himchan mula rasa tercabar. Lengan t-shirt yang dipakai dilipat hingga ke siku. Tanda perang dah nak mula.

“Bukan macam rambut abang, tersekat di skala empat ! Kusut masai macam berus basuh baju !” sambung Junghan lagi sebelum ketawa mengekek.

“Kurang asam punya jiran !!!!!”

Dengan segera, Himchan menerpa ke arah Junghan dan menarik rambut cantik pemuda itu.

Huarghhhh!!!

Melolong Junghan dibuatnya. Masing-masing bergelut. Perlawanan tarik rambut bermula di mana Junghan mempunyai potensi untuk kalah kerana rambutnya lebih senang ditarik berbanding dengan rambut Himchan yang pendek.

Kekecohan itu  berlanjutan sehingga kedua-dua isi rumah tak sempat untuk menyediakan juadah berbuka dan terpaksa berbuka dengan biskut kering, mi segera dan juga milo instant. Terima kasih kepada Junghan dan Himchan.

 

 

Selesai solat terawih,

“Weh, laju sikit. Orang cakap kat pokok ni ada hantu.” Jongup yang membonceng di belakang Youngjae berkata dengan nada yang separuh berbisik.

“Hoih ! Mana ada hantu bulan-bulan puasa ni.” Youngjae membidas. Namun, dia tetap melajukan motosikalnya apabila melalui kawasan pokok yang dimaksudkan oleh Jongup itu. Takut jugak.

Mereka berdua baru balik dari solat terawih. Jongup tumpang motosikal Youngjae manakala Daehyun dan Zelo berdua menunggang skuter milik Daehyun.

Setelah sampai di rumah,

“Kau masuk dulu, Kecik. Aku nak beli lauk untuk sahur esok. Kau nak makan apa?” soal Youngjae kepada Jongup.

“Makan nasik la.” Jongup jawab acuh tak acuh.

Mendengarkan jawapan Jongup, Youngjae terus malas nak tanya lagi dan pecut meninggalkan budak tu.

Jongup menghirup udara segar di luar seketika. Dia duduk di atas tembok rendah di hadapan rumahnya sambil membetulkan kain pelekat yang disarung. Dah nak terlucut dari tadi dah.

Tak lama kemudian, Zelo dan Daehyun tiba.

“Lambat bebenor kamu berdua ni.” Yongguk yang kebetulan ada di depan muka pintu menegur.

“Boroi ni ha ! Bungkus lauk moreh macam lapan hari tak makan.” adu Zelo sambil menudingkan jarinya ke arah Daehyun yang tersengih seperti kerang busuk.

“Bukan selalu.” balas pemuda itu.

“Patut la bukan main semangat kau nak ke masjid hari ni, rupanya ada moreh ek?” Yongguk akhirnya dah dapat hidu agenda Daehyun tu. Patutla ! Selalu bukan main liat lagi kal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun