Tomyam

Best. Absolute. Puasa [B.A.P]
Please Subscribe to read the full chapter

“Korang…”

Tersekat-sekat nafas Jongup untuk berbicara. Kedengaran suara Youngjae yang sayu membacakan surah Yasin di sebelah Jongup.

“Bawak mengucap Kecik.” Daehyun membisikkan kata-kata itu ke telinga Jongup sambil menahan rasa sebak.

“Kalau aku mati, tolong cakap dekat Hyorin yang aku sayangkan dia tau.” pesan Jongup sambil memandang Himchan.

Suasana wad Cempaka yang menempatkan beberapa orang pesakit lelaki itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi orang mengerang, bunyi mesin dan juga bunyi flush toilet  dari jamban berdekatan. Boleh dikira sunyi ke macam tu? Bantailah.

“Hotak Lu ! Tak payah nak drama sangat la ! Takat injured kaki je…drama bukan main. Meluat aku !” Yongguk tiba-tiba mencelah dan melibas perut Jongup dengan bantal. Meraung pemuda itu dek hentaman si Brutal yang dari tadi berwajah ketat.

“Sakit la ! Adui !”

“Memang padan dengan muka kau tu ! Aku dah pesan banyak kali. Jangan main meriam. Jangan main mercun ! Main jugak ! Main…tak nak dengar cakap kan? Hah? Ambik la habuan.” bebel Yongguk kepada Jongup yang dah tarik muncung.

“Dah la tu.” Daehyun cuba menenangkan Yongguk.

“Nasib baik tak kena mata. Kalau kena mata, boleh buta tau tak?” Himchan menambah bebelan sambil membelek kaki  kanan Jongup  yang sudah berbalut dan tergantung. Selain kaki, ada juga luka-luka sikit di muka yang telah dirawat.

“Kalau ikutkan aku, aku biar je korang kat sini. Sendiri buat, sendiri tanggung la.” Yongguk bebel lagi. Belum puas nampaknya.

“Dah la tu, Brutal. Makin sakit aku dengar kau membebel.”

Zelo yang terbaring di katil sebelah Jongup tiba-tiba menyampuk. Semua mata yang tadi tumpu pada drama Jongup kini beralih ke arah Zelo.

“Ni sorang lagi!” Yongguk tukar target. Kalau tadi bebel kat Jongup, sekarang dekat Zelo pulak. Yang ni lagi banyak nak dibebelkan. Dah sakit tu, nak banyak komplain pulak.

Youngjae yang sudah selesai membaca Yasin sekadar menggeleng.

“Aku nak minum. Suapkan aku air.” pinta Zelo dengan nada yang meminta simpati.

Yongguk mencebik. Himchan tersenyum sinis. Daehyun pulak buat-buat tak dengar dan Youngjae tengah simpan surah Yasin ke dalam begnya.

“Korang !”

Zelo memanggil lagi. Bukan saja nak bermanja macam budak gedik ni tapi dua-dua belah tangannya dah berbalut disebabkan meriam buluh tu. Nak suap makan sendiri pun dah tak boleh dah ni. Kepalanya juga dah serabut memikirkan macam mana dia nak buang air nanti. Hish !

“Hah ! Tu la …tu la akibat kalau degil. Dulu, masa aku dengan Diva pesan kat kau jangan main meriam, ada kau dengar? Sekarang ni, sapa yang kau nak suruh dengar cakap kau?” Yongguk saja menguji Zelo. Pemuda itu serta-merta tarik muka masam.

“Betul tu. Lain kali, kalau abang-abang kau ni cakap, dengar ! Kami ni makan garam dulu dari korang tau tak?” Himchan pun join Yongguk nak sound si Zelo. Mana taknya, bulan-bulan puasa ni la nak buat perangai. Naik histeria dibuatnya bila dengar yang Jongup dan Zelo kena meriam buluh buatan mereka sendiri. Risau jangan cakap la. Nasib baik tak teruk. Syukur gila masing-masing selamat walaupun terlantar jugak kat hospital macam ni. At least tak masuk surat khabar muka depan untuk esok.

Zelo diam seribu bahasa.

“Ustaz ! Kau settlekan budak ni. Aku dengan Diva nak pergi jumpa Doktor. Nak suruh Doktor cocok je bontot dua-dua ekor ni.” Yongguk berkata seraya menarik Himchan mengikutinya. Arahan diberikan kepada Youngjae sebelum dia beredar dan Youngjae sekadar akur.

Sementara itu,

“Wonwoo ! Jangan mati ! Bangun la, Wonwoo ! Ni semua salah aku ! Aku yang ajak kau main meriam buluh. Wonwoo !” Mingyu meraung  meratapi Wonwoo yang  terbaring tak sedarkan diri di atas katil.

“Dah la tu, Mingyu. Kau jangan la meraung kat sini. Balik la kat katil kau. Kau kan cedera jugak.” Joshua memujuk pemuda itu. Mingyu menggeleng-geleng. Dia menggoncang-goncang tubuh Wonwoo dengan kuat.

“Mingyu ! Naik katil kau sekarang jugak ! Aku cakap sekali je.” S.coups yang sedang menguruskan Vernon di katil berdekatan mula naik angin.  Ahli Geng Tujuh Belas yang lain masing-masing senyap sunyi. Konon, masih dalam trauma. Hukaloh.

“Tak nak ! Aku nak sentiasa ada dengan Wonwoo !” balas Mingyu.

“Hoi ! Kau jangan degil la. Pergi la rehat. Kang luka kau tu susah nak sembuh.” Junghan pula memujuk. Namun, Mingyu masih keras kepala.

“Wonwoo…bangun la. Kau janganlah tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau.” tutur  Mingyu sayu.  Tangan Wonwoo digenggam erat.

“Jangan la kacau Wonwoo.”  Jun menarik Mingyu agar balik ke katilnya.

“Lepaslah ! Aku tak nak pergi. Kalau Wonwoo mati, aku pun nak mati sekali.” ucap Mingyu.

Seungkwan, The8, Dino, Hoshi dan Woozi sekadar memandang adegan itu dengan pandangan yang kosong. DK yang baru pulang dari tandas pula terpinga melihat gelagat Mingyu yang meroyan di tepi katil Wonwoo.

“Wonwoo ! Bangun la !” Mingyu menggoncang lagi badan kawannya itu.

Sungguh dia tak sanggup kehilangan Wonwoo. Kalau Wonwoo mati, sapa nak teman dia pergi jamban kalau dia nak terkencing malam-malam? Itu yang dia fikirkan dari tadi.

“Hish ! Apa benda kau ni? Aku nak tidur pun susah. Dari tadi buat bising. Balik la katil kau. Takdenya mati la aku ni. Syukur masih dipanjangkan umur.  Kau jangan la doa aku mati. Aku belum kawin lagi. Nak jugak rasanya ada bini.” akhirnya, Wonwoo membuka mata dan mengetuk kepala Mingyu. Dari tadi dia cuba buat derk tapi lama kelamaan dia pun rimas.

S.coups hanya tersenyum sinis melihat mereka bertiga yang dah terlantar  itu.

“Lain kali, main la meriam lagi. Nanti masa merdeka, buat meriam buluh lagi tau. Hah, masa raya haji pun sama. Deepavali pun. Raya cina jangan dilupakan. Christmas pun boleh. Buat untuk setiap perayaan. Buat tau.” sindir ketua kumpulan itu. Saja nak sakitkan hati mereka bertiga.

Vernon merengus. Panas telinga la tu.

“Setuju ! Betul cakap kau tu Serkup !”

Tiba-tiba, Daehyun menyampuk. Dia yang sememangnya ada di situ memandangkan mereka ditempatkan di dalam wad yang sama mendengar sindirian S.coups. Geli hati dibuatnya. Bukan cuma Vernon, Wonwoo dan Mingyu yang sentap. Si Jongup dan Zelo pun dah alah malu. Terasa jugak la tu.

“Suka hati kau je panggil aku Serkup ! S.coups la !” Scoup memandang Daehyun.

“Lantak la apa pun. Nama Seungchol tapi mengada-ngada nak taruk nama glamer yang menyusahkan. Terbelit lidah aku ni tau tak?” sungut Daehyun . Fasal nama pun nak gaduh.

“Weh S.coups ! Jom jumpa doktor. Doktor kata nak jumpa penjaga beruk tiga ekor ni. “ Junghan mengajak pemuda itu menemaninya berjumpa dengan doktor. S.Coups yang baru saja nak bertikam lidah dengan Daehyun terpaksa memberhentikan  aktiviti itu dan berjalan malas mengikuti Junghan.

Sempat juga dia buat isyarat mata ‘kau tunggu’ kepada Daehyun sebelum beransur pergi.

 

 

“Aku dah kata. Jiran sebelah rumah tu memang tak guna. Sebab diorang, si Kecik dengan Panjang tu main meriam buluh. Bawak pengaruh tak baik betul. Kalau diorang tak ada, Kecik dengan Panjang tu dah taubat dah main benda mengarut macam tu.” Himchan berkata tak berpuas hati.

Dia dan Yongguk dalam perjalanan untuk bertemu dengan Doktor.

Yongguk hanya diam mendengar bebelan Himchan.

“Geng Tujuh Belas tu memang menyusahkan hidup orang.” tambah Himchan lagi lantas merengus geram.

“Excuse me ! Sapa yang menyusahkan? Ulang balik ayat abang tadi?” tiba-tiba ada suara yang menyampuk dari belakang.

Serentak, Himchan dan Yongguk menoleh.

Kelihatan Junghan dan S.Coups sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh memandang ke arah mereka berdua.

“Suka hati abang je ek cakap kami ni menyusahkan? Eh, hello…dengar sini. Kalau bukan disebabkan adik-adik abang yang berdua tu mengajak budak-budak kami , memang tak la diorang nak masuk hospital cenggini.” Junghan berkata bengang.

“Hei ! Budak-budak kau tu yang pengaruh adik-adik aku tau tak?” Himchan mula bercekak pinggang.

S.Coups dan Yongguk saling berpandangan. Mereka dah rasa ada aura perang yang mengelilingi kawasan itu.

“Junghan! Hospital ni…mana boleh buat bising.” tegur S.Coups cuba menenangkan Junghan.

“Diva oii ! Udah-udah le tu. Ini sepital ni…kome jangan buat kecoh. Malu teman karang.” Yongguk berbisik kepada Himchan.

Namun, mereka berdua langsung tak mendengar nasihat kawan masing-masing dan mula bertekak.

“Korang ni bawak pengaruh buruk tau tak?” Himchan tak mengendahkan kata-kata Yongguk.

“Jangan nak melampau ek abang ! Adik-adik abang tu yang  tak bermoral. Yelah, tengok abang dia la.” Junghan pun sama degil.

Mereka berdua dah mula naik suara dan mengundang perhatian ramai orang di ruang hospital itu. Namun, mereka langsung tak mengendahkan keadaan sekeliling. Masing-masing sibuk bertekak mempertahankan diri.

“Budak kurang ajar !”

Himchan mula naik darah dan menyerang Junghan. Junghan yang tak mahu mengalah turut menerpa ke arah Himchan. Pergaduhan semakin sengit dan mengundang kekecohan di wad itu.

“Kim Hi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MatokiDatangLagi
#1
Chapter 7: YEAY MUSIM 2!!
syixinghun
#2
I cant find this story on wattpad anymore :"")
syixinghun
#3
I cant find this story on wattpad anymore :"")
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Haha...hantu....btw....ni kali ke 3 dh baca dlm mse 2 thun
nur_fan
#5
Chapter 7: First malay fic yg I baca. Well done la youuuu. X cukup nafas I suka hahahaha. Boleh bayang situasi diorang camne.
JunAra
#6
Chapter 6: *Budak Tak Sekolah
*Geng Tujuh Kambing
*Big Bong
*Ting Tong
*Bang Topi
*Sabun TopUp
Adoi.... I cannot lah, author. Takleh blah benda ni. Good job authornim. Thumbs up!
Shadow_warriorangel #7
Chapter 6: Tahun ketiga baca citer ni.. xD x muak langsung.. xD
1a1bxoxo
#8
Excited sangat B. A. P no 'puasa '
BAGUS, BAGUS XD
#LOL
junghafie #9
first time baca ff yg malay punye sbb sblom ni rasa cm pelik baca ff melayu hahaha tp yg ni mmg awesome gilaaa la haha xleh berenti gelak dooo authrnim kau mmg daebak! xD
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 6: HAHAHAHHAA serius saya cakap, sejak foreword saya dah gelak gila gila. Terhibur gila! Walaupun dah lepas puasa and raya, sedih lak sebab cerita ni dah habis. Still, the best story ever! HAHAHAHA sorry saya still tak leh move on. Citer ni lawak gila babun