My Dear Friend Chansung

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Myungsoo mengambil sehelai baju dari dalam lokernya. Dikeluarkan penyangkut dari dalam baju lalu disangkutkan semula di dalam loker. Dia menyarungkan tubuhnya dengan baju yang diambil tadi. Dia memandang luar tingkap dan ternampak Taecyeon di situ.

“Mak kau ayam!” latah Myungsoo akibat terkejut.

Taecyeon menggeleng. “Macam perempuan.” Dia menuju ke pintu untuk masuk ke dalam. “Kau apasal duduk kat sini? Pergilah makan. Kejap lagi kita ada kelas kat dewan.”

“Err..” Myungsoo menggaru-garu kepalanya.

Belum sempat dia membuka mulut, telefon bimbitnya sudah berdering. Terperanjat Myungsoo dibuatnya namun cepat-cepat dia matikan. Taecyeon berkerut melihat kelakukannya yang agak kelam-kabut.

Myungsoo melutut di hadapan laci meja. Ditariknya laci lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berisi pil.

“Myungsoo?” Pantas Taecyeon menghalang Myungsoo yang dilihatnya berkira-kira untuk menelan semua pil dalam kotak tersebut. “Yah!” jeritnya.

“A-Aku kena makan.. semua nie..” Tergagap-gagap Myungsoo beritahu. Mengeleter tangannya mengenggam pil-pil tersebut. Habis bertaburan pil tersebut di atas lantai. Taecyeon memeluk kuat tubuh Myungsoo dari belakang sehingga kedua-dua tangan Myungsoo tidak dapat bergerak langsung.

“Kau dah gila ke? Kau boleh mati tahu tak!” marah Taecyeon. Dikuatkan lagi pelukan mereka berdua.

Myungsoo menggeleng perlahan. Dia masih cuba untuk menelan semua pil tersebut.

“Kenapa nie Myungsoo? Cuba kau cerita kat aku. Kenapa kau kena makan semua benda-benda nie?” tanya Taecyeon risau. Merasakan Myungsoo sudah kembali tenang, perlahan-lahan dia melepaskan Myungsoo dari pelukan. Pil-pil yang masih digenggam oleh Myungsoo segera diambilnya.

“Ubat apa nie?” Taecyeon melihat pil-pil yang sedang digenggam olehnya.

Myungsoo melepaskan keluhan berat sebelum bersandar pada loker. Dia kelihatan penat dan mukanya sangat pucat. “Tu ubat-“

“Kau sakit ke?” Taecyeon berpaling memandang Myungsoo. Ditunjukkan pil-pil tersebut kepada Myungsoo.

“Taklah. Aku sihat je.” Balas Myungsoo lemah. “Sebenarnya tu ubat-“

“Then kenapa makan ubat nie pulak?” tanya Taecyeon lagi. Digeleng-geleng kepala. “Pergilah makan kat kantin tu.”

Myungsoo mengeluh sekali lagi. “Cikgu, tu ubat untuk diet bukannya ubat demam ke apa.”

“Ubat untuk diet?” Dahi Taecyeon berkerut. “Yah.. selama nie kau makan ubat nie jelah? Dah sah kau gila! Kau memang nak rancang nak mati ke apa? Kau bukan manusia kalau macam nie.” Segera laci meja milik Myungsoo ditariknya.

Kali ini dia pula yang mengeluh. “Dah berapa lama kau makan benda nie?” soalnya serius setelah melihat isi laci tersebut. Terdapat banyak ubat-ubatan di dalamnya. Satu persatu ubat dibelek-beleknya.

“Sejak aku kecik lagi.” Jawab Myungsoo, terbatuk-batuk. “Macam kau cakap tadi, aku boleh mati kalau aku terus makan pil nie tapi bagi aku, tak betul pun. Kalau kau nak tahu pil-pil nie..” Sekotak ubat yang masih dibalut dikeluarkan dari lacinya. Ditunjukkan kotak itu kepada Taecyeon.

“Memang berkesan. Aku tak mati tapi aku rasa lemah sangat.”

“Memanglah kau lemah sebab kau tak makan apa yang manusia selalu makan. Hanya bukan manusia je makan benda alah nie.” Taecyeon mengambil kotak itu daripada Myungsoo. “Kau makan ubat nie sebab nak jaga badan ke? Aku tengok badan kau taklah gemuk mana. So nak buat apa diet lagi?”

Myungsoo sekadar merenung jari-jemarinya. “Dulu aku gemuk yang selalu kena buli. Bagi dorang, gemuk tu musuh dorang. Siapa gemuk, dia akan kena buli secukup-cukupnya. Aku jadi trauma dan start makan ubat nie. Kalau nak terus kurus, aku tak boleh makan makanan lain selain ubat nie.” Dia menutup laci meja tersebut.

“Myungsoo..” Taecyeon memaut bahu Myungsoo. “Sebenarnya tak elok makan ubat nie. Aku faham cerita kau walaupun aku sendiri tak pernah alami tapi kau kena tahu, Myungsoo. Cara kau hidup dengan ubat-ubat nie memang salah.”

Myungsoo diam.

“Silapharibulan kau boleh mati. Memanglah kau tak mati lagi sebab kau masih muda lagi. Maybe ubat nie sesuai untuk remaja macam kau. Mana tahu ubat nie dah tak sesuai bila kau dah dewasa nanti.” Sambungnya lagi. Suaranya juga semakin perlahan. Risau dia dibuatnya dengan kesihatan Myungsoo.

“Kau nak mati ke hidup?” soal Taecyeon tiba-tiba.

Myungsoo berpaling memandang Taecyeon yang berada di sebelahnya. “M-Mestilah aku nak hidup. Aku tak nak mati lagi.” Digeleng-geleng kepalanya laju.

Taecyeon sudah tersenyum lega.

“Kalau kau nak mati, teruskan hidup dengan makan benda tu.” Dia bangun lalu dihulurkan tangannya kepada Myungsoo. Myungsoo mendongakkan kepalanya memandang Taecyeon.

“Kalau kau nak terus hidup, jom kita pergi makan.”

Myungsoo diam namun huluran tangannya disambut perlahan. Taecyeon menarik tangan Myungsoo supaya berdiri bersama. Mereka saling menukar pandangan sebelum tersenyum kecil. Sama-sama mereka keluar dari asrama.

“Myungsoo.”

“Ye?”

“Kau masuk sini sebab apa ye?”

Langkah Myungsoo mati tiba-tiba. “Bunuh? T-Tapi aku sebenarnya.. tak sengaja bunuh lelaki tu.” Diangkat kedua-dua tangannya lalu merenungnya lama.

“Seriously.. aku tak sengaja.” Dia menggeleng-geleng kepalanya.

Taecyeon sekali lagi memaut bahu Myungsoo. “Sorrylah kalau aku buat kau ingat balik. Tak apalah. Benda tu dah lepas kan? Dah tiba masanya kau patut lupakan semua tu. Okay?” Dia melemparkan senyuman kepada Myungsoo yang kebetulannya sedang memandangnya.

Myungsoo tersenyum kecil. “Okay..”

Mereka meneruskan perjalanan ke kantin untuk makan.

...........................................

Seusai kelas, Myungsoo orang pertama tiba di asrama. Laju dia menuju ke lokernya dengan sebuah plastik berisi makanan di tangan. Segera dia melutut di hadapan laci mejanya. Ditariknya laci dan keluarkan semua ubat-ubatan.

“Elkim?” tegur Kai yang baru tiba di asrama. Dia datang menghampiri Myungsoo yang dilihatnya sibuk memasukkan semua ubatnya ke dalam beg plastik hitam.

Myungsoo menoleh. “Ooo.. kau rupanya.”

“Kau..” Kai melabuhkan punggungnya di birai katil Myungsoo. Dia memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh kawannya itu. “Kau nak buat apa dengan ubat-ubat tu?” soalnya.

“Aku nak buang.” Jawab Myungsoo ringkas.

Terkelip-kelip mata Kai dengan jawapan Myungsoo. “Haih.. asal tiba-tiba je nak buang nie? Kau yakin ke nie? Mana tahu, tiba-tiba je kau pengsan sebab semua ubat kau dah buang.”

Myungsoo mengangguk laju. “Ye dan kau jangan risau. Sebab aku ada nie.” Ditunjukkan plastik berisi makanan kepada Kai.

“Makanan?” Mata Kai sudah terbeliak luas. “Serius nie?!”

Myungsoo mengangguk lagi.

Kai sudah bersorak gembira lalu tubuh Myungsoo dipeluknya erat. Myungsoo sekadar melepaskan tawa kecil. Diikatnya beg plastik hitam itu setelah selesai memasukkan semua ubatnya.

“Thanks, cikgu Taec.”

............................................

Jam dinding sudah menunjukkan 10 malam. Dilihat Taecyeon khusyuk membaca komik sambil bersandar pada bantal yang diletakkan di kepala katil. Sesekali dia membetulkan bantal agar lebih selesa. 

Tergelak-gelak dia dengan komik yang dibacanya sekarang.

“Lawak... lawak..” Dia ketawa lagi.

Hanya bunyi muka surat diselak mengisi kesunyian pada malam itu. Khusyuknya terganggu apabila telefon bimbitnya berdering. Berketar-ketar telefon bimbitnya di atas meja, meminta tuannya menjawab panggilan tersebut.

Taecyeon sudah mengeluh malas.

“Hisy... burung hantu mana pulak yang call aku nie?” Segera hujung muka surat komik itu dilipatnya sebelum turun dari katil.

Tanpa melihat nama yang tentera pada skrin, dia dengan malasnya menjawab panggilan tersebut. Dia kembali ke katil setelah terdengar suara lelaki di talian. Suara itu menjerit-jerit namanya gembira. Mahu sahaja dia membaling telefon itu keluar melalui tingkap yang kebetulannya sedang terbuka luas.

“Woi.. apa jerit-jerit nie? Gila ke apa?” kutuk Taecyeon selamba. Dia duduk di birai katilnya sebelum kedua-dua kakinya kembali naik ke atas katil.

Suara itu sekadar melepaskan tawa. Aku nak jerit pun salah. Kau nie kan selamba badak je kutuk aku eh?”

“Kau nie siapa doh?” soal Taecyeon malas. Dia sudah berkira-kira hendak mengambil komiknya semula. Malas hendak melayan pemilik suara yang menjengkelkan.

“Suara best friend pun tak kenal ke? Sampai hati jantung usus kau. Nie yang aku sedih nie.”

Taecyeon mengeluh lagi. “Kau tak jawab lagi soalan aku tu. Kau nie siapa? Kau nak apa?”

“Nie akulah Chansung, kawan baik kau yang paling handsome kat dunia nie. Tu pun tak kenal ke?”

“Chansung?” Dahi Taecyeon berkerut. Dengan pelbagai persoalan di fikiran, dia terus membaringkan dirinya di atas katil. “Chansung mana ye? Macam pernah dengar je namakau tu. Chan..” Matanya tiba-tiba terpaku pada kipas yang berpusing.

Seolah-olah kipas yang berpusing itu memberikan jawapan kepadanya.

“Hwang Chansung?” Akibat terlalu terkejut, cepat-cepat dia bangun dari baringnya.

“Ye.. Hwang Chansung. Lambat bebenor kau bagi reaction. Kawan baik siapalah nie ye?”

Taecyeon sudah berdiri di atas katilnya. Mulutnya terlopong luas bagaikan tidak percaya. Dia mengalihkan telefon bimbit dari telinganya lalu nama yang tentera di skrin dilihatnya lama. “Chansung!” jeritnya pada skrin telefon bimbitnya.

“Eh?” Bagaikan baru tersedar, telefon bimbitnya terus diletakkan pada telinganya. “Woi, kenapa baru sekarang nak call aku? Aku risaukan kau tahu tak. Kau okay tak nie? Kris ada cederakan kau tak? Teruk tak luka kau tu? Kalau teruk, letak ubat bagi sembuh!”

Chansung ketawa lagi. “Relakslah Taec. Kau nie risau mengalahkan mak aku jelah. Aku okay je.”

“Betul nie?” tanya Taecyeon risau.

“Ye. Nak buat apa aku tipu best friend aku sendiri.”  Jawab Chansung perlahan.

Taecyeon menghela nafas lega sebelum bibirnya mengukir senyuman. “Baguslah kalau macam tu.”

Selepas dia berkata begitu, suasana sepi datang menyerang mereka. Lama juga Chansung diam membisu di talian sehinggalah terdengar suaranya mengaduh kesakitan. Pada masa yang sama juga, Taecyeon terdengar suara lain di talian, menyuruh Chansung bertanya sesuatu kepadanya.

“C-Chansung?”

“Weh.. Kau kat mana sekarang nie? Boleh aku datang lawat kau tak?”  Berketar-ketar Chansung bertanya di talian. Suaranya itu sememangnya membuatkan Taecyeon mula berasa tidak sedap hati. Betul ke Chansung tidak apa-apa? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

“Chansung.. kau okay tak nie?”

“Aku okay je. Kau nie.. janganlah risau sangat.”  Chansung ketawa lagi. Entah kenapa ketawanya kedengaran agak memaksa. “Taec, kau kat mana sekarang nie?”

Taecyeon yang masih berdiri di atas katil mula turun. Dia menuju ke tingkap untuk menikmati permandangan malam. Angin malam sememangnya menyejukkan lagi suasana. Keluhan berat dilepaskan.

“Aku kat kem motivasi Im Juhwan. Aku tinggal kat sini. Datanglah lawat aku. Aku ada je kat sini, kawan.” Beritahu Taecyeon perlahan.

“Okay. Nanti aku datang lawat kau ye Taec?”  beritahu Chansung di talian. Semakin lama semakin perlahan suara Chansung. Suaranya kedengaran seperti sedang menahan kesakitan. Dia sakit ke? Ombak kebimbangan mula melanda diri Taecyeon. Belum sempat Taecyeon membalas, Chansung sudah matikan panggilan.

Taecyeon beku seketika. Dengan telefon bimbit yang masih diletakkan pada telinganya, merenung keluar tingkap dengan pandangan kosongnya. Perlahan-lahan telefon bimbit dialihkan dari telinga. Dia duduk di birai katil perlahan.

“Chansung.. kau nie.. memang pandai buat orang risau kan?” katanya sendirian sebelum membiarkan dirinya hanyut ke dunia keduanya.

Terdengar sorakan gembira yang agak kuat dari asrama yang tidak jauh dari rumahnya. Sorakan itu mengembalikan Taecyeon ke dalam alam nyata. Terkebil-kebil mata Taecyeon seketika. Dia meraup wajahnya berkali-kali sebelum keluhan kecil dilepaskan.

Sekali lagi sorakan dari asrama kedengaran.

“Dah kenapa tu?” soalnya sendiri sambil matanya melihat keluar melalui tingkap yang masih terbuka luas.

Jam dinding digerlingnya lama. “Hisy.. dah lewat dah nie. Patutnya time macam nie dorang dah masuk tidur. Nampaknya ada jugak yang nak kena belasah dengan aku malam nie.”

Dengan sedikit regangan pada tubuhnya, dia bangun semula. Dia menuju ke pintu setelah memakai jaketnya.

Tombol pintu dipulasnya sambil ibu jari dan jari telunjuknya menarik zip jaket sehingga paras lehernya. Taecyeon memang tidak tahan sejuk orangnya.

Terjengul wajah Yixing di muka pintu dengan tangannya yang dalam posisi ingin mengetuk pintu.

“Yixing?” Terkebil-kebil mata Taecyeon melihat Yixing di situ. Yixing pula terperanjat apabila pintu yang sepatutnya diketuk olehnya telah pun dibuka oleh Taecyeon. Segera dia menurunkan tangannya lalu membuang pandangan ke tempat lain.

“Hai.. tiba-tiba je kau datang sini. Datang malam-malam pulak tu. Kau datang sini sebab nak tidur sekali dengan aku ke?” usik Taecyeon dengan sengihan nakal di bibirnya. Yixing menjadi kaku dengan usikan yang kedengaran hangat itu.

Pantas Yixing menjauhkan dirinya daripada Taecyeon. “Hisy.. kau nie. Sampai ke situ pulak kau. Jangan nak perasan boleh tak? Aku bukan jenis yang macam tu okay.”

“Yelah tu.” Ejek Taecyeon selamba. “Malu tapi mahu.” Dia melepaskan tawa kecil sambil tangannya menutup pintu rumah. Lalu mengorak langkah menuju ke asrama yang tidak jauh dari situ.

“Woi!” jerkah Yixing geram.

Taecyeon masih lagi ketawa. Ditunjal dahi Yixing ketika berjalan melepasinya. “Aku gurau je pun.”

Dia terus berjalan pergi meninggalkan Yixing di hadapan rumah. Yixing sekadar mengusap-usap dahinya akibat ditunjal oleh Taecyeon tadi. Tanpa dia sedar, dia tersenyum lalu menoleh sedikit ke belakang.

Lalu memusingkan badannya ke belakang, melihat Taecyeon sedang berjalan menuju ke asrama.

“Nak ikut!” laungnya manja.

Taecyeon mengangkat sebelah tangannya, memberi isyarat kepada Yixing supaya mengikutnya bersama. Yixing sudah tersenyum lebar. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Taecyeon yang sudah berada jauh daripadanya.

“Kau nak buat apa pergi asrama dorang?” tanyanya setelah berjalan beriringan dengan Taecyeon.

Taecyeon berpaling memandang Yixing. Diletakkan kedua-dua tangan pada belakang kepalanya. Mereka berdua sama-sama menuju ke asrama.

“Tarzan mana entah panggil aku suruh pergi sana.” Jawab Taecyeon selamba.

Dahi Yixing berkerut. “Tarzan?”

“Ye, tarzan. Kita ada tarzan kat sini. Kau tak tahu ke?” Taecyeon tersengih nakal. Terpandangkan wajah Yixing yang mula kebingungan, dia menggeleng perlahan. “Taklah. Mana ada tarzan kat sini. Maksud aku, tadi aku ada terdengar dorang menjerit. Tu yang aku nak pergi check dorang. Nak kata dorang tengok bola sepak, mana ada tv kat asrama kan?”

Yixing mengangguk faham. “Kau nie cakap biarlah terang sikit. Malam-malam macam nie aku memang blank habis.”

“Blank Yixing.” Taecyeon menjentik kuat pipi Yixing. “Sedarlah weh.”

Yixing sekadar mengaduh kesakitan. Diusap-usap pipinya yang sedikit kemerahan.

Sebaik mereka tiba di asrama, Taecyeon sudah mengeluh panjang. Lampu asrama masih belum dimatikan. Tingkap pula masih terbuka walaupun sudah ditutupi dengan langsir. Terdengar lagu dipasang kuat di situ. Sekali lagi sorakan kuat kedengaran.

“Apa yang dorang tengah buat tu?” soal Yixing dengan dahinya yang berkerut.

“Kau tunggu sini. Biar aku yang pergi tengok.” Arah Taecyeon tegas. Dia dengan berapinya terus menuju ke pintu untuk masuk ke dalam. Langkahnya mati di muka pintu sebaik ternampak Jackson sedang menari di tengah asrama mengikut alunan lagu yang sedang dimainkan.

Jackson yang leka menari itu mula mengangkat sebelah tangannya lalu menunjuk ke arah Junhyung.

“Awak awak, saya nak tanya nie.”

“Tanya apa?” tanya Junhyung penuh minat.

“Awak...” Jackson tergelak kecil. “Meluat tak?”

Sekali lagi sorakan yang agak kuat kedengaran. Kehadiran Taecyeon langsung tidak peduli oleh mereka semua.

“Awak kat mana~ Awak awak kat mana~” Jackson menari lagi seperti orang sedang mabuk. Hampir semua pelajar menari bersamanya. Namjoon sekadar melompat-lompat dengan tubuhnya di atas katil.

Junhyung yang dari tadi asyik berjoget ala-ala disko, mengalihkan pandangan ke arah pintu. Terus terhenti jogetnya. Cepat-cepat dia memberi amaran dalam bentuk isyarat tangan kepada mereka semua kecuali Jackson.

“Woi, dah. Dah!” bisik Junhyung kepada Jackson yang masih menari.

Yang lain cepat-cepat kembali ke katil masing-masing. Hanya Zico sahaja menuju ke katil lain. Katil Yukwon yang kebetulannya terletak di sebelah katilnya.

“Sayang, bukan katil sayang kat sebelah ke?” tanya Yukwon dalam nada berbisik.

“I know.” Balas Zico. “Malam nie sayang nak tidur dengan Kwonnie.” Dia tersengih.

Sementara di bahagian hadapan asrama pula, dilihat Jackson masih lagi menari walaupun musik sudah dimatikan oleh Kai. Junhyung mula naik ke atas katil apabila Taecyeon mula melangkah masuk ke dalam asrama.

Kehadirannya seolah-olah membawa aura seram yang sangat menakutkan!

“Awak..” Taecyeon muncul di belakang Jackson dengan mimik muka seramnya. Kedua-dua tangannya diangkat sehingga ke paras dadanya. Dilembutkan sedikit suaranya agar Jackson tidak dapat mengenali suaranya yang sebenar.

“Awak kenapa belum tidur lagi?” soalnya perlahan masih lagi seram.

Meremang tubuh Jackson dibuatnya dengan suara Taecyeon. Perlahan-lahan kepalanya berpusing ke belakang untuk melihat.

“Awak... kenapa belum tidur lagi nie..?” Sengaja Taecyeon melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan kepadanya!

Mulut Jackson sudah terlopong luas, bersedia untuk menjerit sekuat hatinya.

“HANTUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!” jeritnya sehingga bergema seluruh asrama yang mereka duduki sekarang.

_____________________________________________________________________________

To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^