New Game

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Juhwan membawa Taecyeon menuju ke belakang asrama dimana terdapat sebuah rumah kecil di situ. Taecyeon sedar ramai pelajar yang berada di padang sedang memerhatikannya. Zico dan Yukwon turut memerhati dengan pandangan kosong. Juhwan menepuk-nepuk bahu Taecyeon agar buat tidak peduli dengan mereka.

“Kamu boleh tinggal sini.” Juhwan tersenyum manis seperti selalu.

Taecyeon turut tersenyum. Tangannya erat mengenggam beg bimbit yang berisi wang. Di rumah kecil ini dapatlah dia menyorokkan beg tersebut tanpa diketahui sesiapa pun.

Juhwan berjalan ke pintu rumah lalu membukanya.

Muncul seorang lelaki berwajah selamba di muka pintu. Keluhan berat dilepaskan sebaik terpandang wajah Juhwan di hadapannya.

“Kamu buat apa kat sini?” soal Juhwan. “Kan saya dah bagitahu. Rumah nie bukan tempat untuk kamu melepak.” Beritahunya serius lalu menarik lelaki itu keluar dari rumah tersebut.

“Namjoon pun. Keluar.” Arahnya setelah terhidu minyak wangi seseorang dalam rumah. Muncul seorang lelaki dengan sebatang rokok di bibir di muka pintu. Diletakkan lengannya pada pintu. Sungguh bergaya lelaki itu apabila berbuat begitu.

“Hey.. dah berapa kali aku bagitahu ha?” Lelaki itu sengaja menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya pada wajah Juhwan. Taecyeon terkaku seketika. Sanggup dia berbuat begitu kepada Juhwan? Baru dia tahu kenapa budak-budak bermasalah ini sukar dikawal.

“I’m not Namjoon.” Namjoon menolak bahu Juhwan ke tepi supaya dia dapat keluar dari rumah tersebut.

“Rapmonster. Please ah ingat nama aku nie. Bukan susah pun!” tengking Namjoon sambil membuang rokok yang masih belum habis dihisap ke atas tanah. Lalu dipijak-pijaknya rokok itu. Dia dan lelaki itu beredar ke padang untuk bersama dengan mereka

Taecyeon menghampiri Juhwan yang kelihatan kecewa di depan pintu rumah.

“Pakcik okay ke?” tanyanya berhati-hati setelah lama berfikir untuk memanggil Juhwan dengan panggilan yang sesuai.

Juhwan menoleh lalu tersenyum lemah. “Pakcik okay je..”

Dia terus masuk ke dalam dengan senyuman lemah di bibir. Taecyeon sekadar mengeluh kecil. Sempat lagi dia memandang mereka semua yang sedang bermain di padang. Namjoon atau dikenali sebagai Rapmonster kelihatan gembira apabila bersama mereka.

“Pakcik.. lagi sorang tu siapa nama ye? Dengan Rapmonster tadi.” tanyanya setelah masuk ke dalam.

Kelihatannya Juhwan sedang membetulkan cadar katil yang habis dikedutkan oleh Namjoon dan lelaki tadi.

“Junhyung.” Lemah sahaja suara Juhwan membalas.

“Pakcik..” Taecyeon menghampiri Juhwan lalu menghalang Juhwan membuat kerja.

Juhwan berhenti seketika. Dia mula melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajahnya muram. Taecyeon turut melabuhkan punggungnya di sebelah Juhwan. Risau Taecyeon dibuatnya apabila melihat wajah Juhwan yang muram seperti mendung.

“Budak-budak untuk sesi nie memang payah nak kawal.” Luah Juhwan perlahan. “Dah hampir dua minggu dorang still tak berubah. Perangai sama je masa kitaorang jumpa buat kali pertama. Still same to me. Dah 5 cikgu motivasi quit sebab dah tak tahan dengan perangai dorang. Pakcik dah tak larat nak kawal dorang, Taecyeon. Penat sangat..”

“Uhm..” Taecyeon menggaru-garu kepalanya. “Pakcik sabar jelah ye? Saya yakin dorang akan berubah jugak tapi memakan masa yang lama. Sabarlah ye? Saya tahu pakcik boleh buat.” Dia memberikan kata-kata sokongan kepada Juhwan.

Juhwan hanya tersenyum lemah.

“Papa!” jerit Yixing dari luar rumah.

Taecyeon memanjangkan lehernya untuk melihat melalui tingkap rumah. Dilihatnya Yixing sedang berjalan menuju ke rumah yang mereka duduki sekarang. Tangan Yixing erat memegang fail.

“Ye sayang?” Juhwan bangun lalu menuju ke pintu rumah.

“Cikgu Taeil dah sampai. Nie fail dia.” Segera Yixing menghulurkan fail kepada Juhwan.

Juhwan mengambil fail itu daripada Yixing dengan muka muramnya. Dia masih kecewa dengan perangai Namjoon tadi. Semakin lama semakin kurang ajar dengannya. Setiap helaian dalam fail tersebut dibacanya dengan teliti. Tidak lama kemudian, fail itu ditutup semula.

“Taecyeon, pakcik kena pergi pejabat sekarang. Kamu rehatlah dulu.” Ujar Juhwan lalu bergegas ke pejabat.

Dahi Yixing berkerut seribu. “Taecyeon?”

Segera dia masuk ke dalam untuk melihat namun terlebih dahulu Taecyeon sudah muncul di muka pintu.

“Pakcik nak pergi-“ Belum sempat Taecyeon habis bertanya, Yixing sudah terlanggarnya di muka pintu sehingga Taecyeon kehilangan keseimbangan lalu terjatuh ke belakang. Belakang kepalanya terhantuk pada lantai.

Dia mengaduh kesakitan.

Seperti dalam drama, Yixing mendarat dengan cantik di atas tubuh Taecyeon. Akhirnya mereka berdua berpelukan secara tidak sengaja. Terkejut mereka berdua dibuatnya sehingga dahi mereka berdua saling terhantuk

“Ouch!” Yixing segera bangun dari atas tubuh Taecyeon lalu duduk di tepi.

Sekali lagi Taecyeon mengaduh kesakitan.

“Kau lagi! Kau buat apa kat sini? Pergi berambuslah!” tengking Yixing kuat. Diusap-usap dahinya yang mula merah-kemerahan.

“Woi! Nak berambus ke mana? Tempat tinggal aku kat sini.” Balas Taecyeon, bengang dengannya.

“What?” Terbeliak mata Yixing mendengar jawapan Taecyeon.

“Wait, wait. Aku salah dengar ke? K-Kau tinggal sini?” soal Yixing seperti tidak percaya.

Taecyeon mengangguk. “Ya. Aku tinggal sini sebab ayah kau yang ajak. Dan lagi satu, kau nie tak pernah belajar cara-cara nak minta maaf ke? Dahlah langgar aku. Lepas tu marah orang pulak. Tak dapat nak imagine kalau kau jadi bini aku.”

Yixing terus berdiri. “Woi~ Tak payah imagine pun tak apa sebab aku memang tak ingin nak jadi bini kau! For your information, aku benci kau tahu tak.”

“Kalau benci aku pun, blah jelah. Kan senang. Daripada duduk membebel kat situ macam mak minah, baik kau balik.. cuci pinggan.” Selamba Taecyeon menjawab.

“Kau..” Yixing menggenggam kedua-dua tangannya menjadi seperti penumbuk. Mahu sahaja dia menumbuk Taecyeon sampai ke luar negara! Bengangnya dia terhadap Taecyeon. Segera Yixing beredar dengan perasaan marah yang membuak-buak seperti mahu meletup.

Taecyeon hanya tersenyum suka.

...................................................

Juhwan yang dari rumah kecil tadi akhirnya tiba di pejabat. Melalui tingkap pejabatnya, Juhwan sudah ternampak seorang lelaki sedang menunggunya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam sambil membetulkan bajunya.

“Cikgu Taeil kan?” tegur Juhwan berhati-hati.

“Yes.” Segera lelaki itu berpusing ke belakang lalu tersenyum sehingga menayangkan giginya.

Juhwan turut tersenyum. “Maaflah sebab lambat. Saya ada hal tadi.” Ditundukkan badannya di hadapan lelaki itu sebagai tanda minta maaf.

Taeil segera menggeleng sambil tangannya melambai-lambai tanda tidak perlu. “Tak payahlah minta maaf. Lagipun saya baru je sampai sini. Jadi janganlah rasa bersalah ye Encik Juhwan?” pujuknya lembut.

“Yelah cikgu Taeil.” Juhwan berdiri tegak semula. “Apa-apa pun selamat datang, cikgu Taeil.”

Segera tangan kanan Taeil dicapainya lalu digenggam erat.

“Saya gembira sangat sebab cikgu Taeil pilih tempat nie untuk jalankan tugas sebagai cikgu motivasi.” Luahnya gembira.

Taeil hanya mengangguk dengan senyuman.

“Saya harap cikgu Taeil boleh tahan dengan perangai budak-budak kat sini.” Kata Juhwan perlahan. Wajahnya penuh dengan kerisauan yang teramat!

“Perangai dorang teruk sangat ke?” soal Taeil berhati-hati. Melihat wajah Juhwan sahaja, Taeil sudah dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena di sini.

“Nampaknya begitulah, cikgu Taeil.” Keluh Juhwan.

Pada masa yang sama, Zico dan Yukwon lalu di hadapan pejabat sambil bergurau-senda. Tergelak Zico apabila mendengar cerita kekasihnya itu. Tergelak besar sehingga terpandang Juhwan di dalam pejabat tersebut. Serta-merta dia berhenti berjalan.

Yukwon pula berjalan pergi meninggalkannya namun Zico sempat menariknya ke belakang semula.

“Kenapa?” tanya Yukwon dengan muka kosongnya.

“Cuba tengok tu.” Mulut Zico dimuncungkan kearah pejabat dimana Juhwan dan Taeil sedang berada.

“Pakcik Juhwan?” Dahi Yukwon berkerut. “Kenapa dengan dia?”

Zico mengeluh kecil. Digeleng-gelengkan kepalanya dengan mimik mukanya yang seakan-akan tidak berpuas hati.

“Bukan dia tapi sebelah dia tu ha!”

Yukwon yang pada mulanya memandang Juhwan beralih pula ke Taeil. Melihat Taeil sahaja, dia sudah tersengih. Pendek orangnya dan bercermin mata. Cikgu motivasi yang baru untuk kali ini memang senang untuk dibuli! Yukwon sekadar mengangguk dengan senyuman sinis.

Zico dan Yukwon saling bertukar pandangan.

“Ehey~ I know that smile.” Kata Yukwon sambil jarinya menepuk-nepuk bibir Zico yang sedang tersenyum nakal.

Zico mengucup jari Yukwon.

Yukwon sudah tergelak malu.

“You know me baby. New teacher.. new game!” Zico tersenyum sinis.

__________________________________________________________________________________
To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^