Our Old Story

Cikgu Gangster (will updated soon!)

“Kwon, cikgu nak jumpa kau kat bilik guru.” Beritahu Suho sebaik tiba di meja Yukwon yang habis berselerak dengan buku-bukunya. Terperanjat Yukwon dibuatnya dengan pemberitahuan itu. Dia termenung sekejap sebelum mengangguk sebagai jawapan.

Suho pula laju kembali ke tempat duduknya di belakang.

“Asal tiba-tiba je cikgu nak jumpa aku? Aku ada buat salah ke?” soalnya sendiri sambil mengatur langkahnya menuju ke bilik guru yang terletak di tingkat bawah.

Semasa menuruni tangga, terdapat sekumpulan pelajar perempuan sibuk bergossip di situ. Sakan bergossip sehingga kehadiran Yukwon di situ langsung tidak sedari oleh mereka.

Tapi apa Yukwon peduli sangat dengan mereka itu.

“Eh kau kenal Zico tak?” tanya salah seorang pelajar perempuan. Cepat betul mereka mengubah topik perbualan.

Serta-merta mata Yukwon menjadi bulat seperti bola.

“Mestilah kenal mamat gangster tu. Siapalah tak kenal an? Dia tu paling teruk kat sekolah kita nie. Harap je muka handsome tapi perangai macam entah apa.”

“Kan? Lagipun dia tu seramlah. Takut aku.”

“Aku setuju!”

Terbahak-bahak mereka ketawa.

Yukwon yang masih tidak jauh daripada mereka segera beredar, tidak sanggup mendengar lagi perbualan mereka yang sememangnya menyakitkan hati. Zico tidaklah teruk mana seperti mereka semua sangkakan.

Pandangan mereka kabur dari melihat perangai Zico yang sebenarnya.

“Zico tak teruk.. Zico tak menakutkan..” Dicengkam bajunya ketat sambil laju menuju ke bilik guru yang semakin hampir. Tiba-tiba terasa tubuhnya ditolak ke tepi lalu dihempap kuat pada dinding. Dia mengaduh kesakitan.

“Woi.” Terdapat sepasang kaki berkasut dalam pandangan Yukwon. Lantas didongakkan sedikit kepalanya untuk melihat.

“T-Taehyung..” Yukwon mengetap bibirnya menahan rasa sakit pada bahu sebelah kanannya.

Lelaki yang menolaknya tadi, Taehyung sekadar memandang Yukwon tajam sebelum tangannya laju mencengkam kolar baju Yukwon. Ditariknya Yukwon supaya Taehyung dapat memandang wajah lelaki itu.

“Sampai bila kau nak lari daripada aku? Mana duit aku? Mana?!” tengking Taehyung kuat. Digoncang-goncang tubuh Yukwon.

Yukwon mula berasa takut. Apatah lagi jelingan tajam yang sedang dilemparkan oleh Taehyung. “N-Nanti aku bayarlah. Aku tak ada duit lagi nak bayar..”

Taehyung menolak kuat tubuh Yukwon pada dinding. “Tak ada nanti-nanti dah. Aku nak sekarang!” bentaknya bengang.

“Woi.” Jerkah seseorang, mencelah pertengkaran mereka.

Serentak Yukwon dan Taehyung menoleh dan dilihat seorang pelajar lelaki yang sangat dikenali berdiri di tengah koridor. Wajahnya kosong memerhati mereka berdua. Segera Taehyung yang bengang itu melepaskan Yukwon dari cengkamannya.

Yukwon yang terlalu terkejut itu terduduk.

“Woo Jiho.” Sebut Taehyung dengan penuh sinis. “Aku keliru sekarang nie. Kau nie hero macam superman tu ke atau gangster sekolah?” tanyanya dalam nada mengejek.

Lelaki itu atau Zico diam. Siap mengisap lolipopnya dengan penuh selamba. Dikeluarkan kejap lolipop itu dari mulutnya.

“Aku tak nak jawab soalan bodoh kau tu boleh tak?” Zico tersenyum.

Taehyung berengus sinis. “Soalan bodoh ye?” Digeleng-geleng kepalanya. “Kau nie memang nak kena dengan aku!” jeritnya bengang lalu berlari menuju kearah Zico. Bersedia untuk melepaskan satu tumbukan maut kepadanya.

Zico mengelak dengan menundukkan kepalanya. “Lembap.” Seperti kilat, dia menyiku belakang Taehyung dengan kuat sekali sehingga Taehyung terus tersungkur ke hadapan. “Goodbye bro.” Satu tendangan maut dilepaskan pada belakang Taehyung yang kini meniarap di atas lantai.

Taehyung menjerit kesakitan.

“Nak lagi?” Zico sudah bersedia dalam posisi ingin menendangnya.

Taehyung menggeleng laju. “Tak, tak!”

“Bagus.” Zico tersenyum sinis sebelum menyumbat lolipop semula ke dalam mulutnya. Sibuk menikmati lolipop perisa coklat itu, tiba-tiba dia teringat lelaki yang menjadi mangsa Taehyung tadi.

Segera dia berpusing ke belakang dan muncul figura Yukwon yang masih lagi terduduk di atas lantai dalam pandangan matanya.

Tanpa disangka, Yukwon turut memandang Zico.

“Kau okay..?” tanya Zico perlahan.

“Eh?” Yukwon terkejut kecil apabila Zico menegurnya. Fikirannya tiba-tiba sahaja menjadi kosong.

Zico sedar Yukwon masih terkejut dengan kejadian tadi. Dia berdehem kecil sebelum dia berjalan menghampiri lelaki itu. Dicangkungkan kakinya untuk menyamakan ketinggian mereka berdua. Dia menghulurkan tangannya kepada Yukwon.

“Aku tanya kau okay ke?” soalnya lembut, tidak mahu berkasar dengan lelaki itu.

Yukwon jadi kaku dengan soalan yang agak lembut pada pendengarannya. “Y-Ye aku okay.” Disambutnya huluran tangan Zico dengan penuh berbunga-bunga.

Zico tersenyum kecil. “Baguslah kalau kau okay.” Dia menarik Yukwon supaya dapat berdiri semula. Setelah Yukwon berdiri menghadapnya, dia sedar jarak antara mereka berdua terlalu dekat. Dia terpaksa mendongakkan kepalanya agar bibir mereka tidak bertemu sekiranya Yukwon yang tidak perasan akan keadaan mereka, mendongakkan kepala.

“Thanks Zico..” ucap Yukwon malu, seperti yang Zico jangkakan, Yukwon mendongakkan kepala untuk memandang wajahnya.

“E-Eeh kau cakap apa tadi?” Terpaksa Zico menurunkan kepalanya dan akhirnya bibir mereka bertemu secara tidak sengaja.

Habis terbakar muka mereka dibuatnya!

Namun bibir Yukwon yang dirasakan lembut itu, Zico tidak mahu meleraikan ciuman mereka. Dia mendalamkan lagi ciuman mereka.

“H-Hmmmmph...” rengek Yukwon, seolah-olah menyuruh Zico mendalamkan lagi ciuman yang semakin hangat itu namun dia perlu sedar bahawa mereka berdua sedang berkucupan di koridor kelas. Diletakkan kedua-dua tangannya pada dada Zico.

“You like it?” bisik Zico diantara kucupan, bisikannya agak perlahan dan sangat menggoda.

“N-Not here..” bisik Yukwon kembali.

Zico tersenyum sinis. “Naughty.” Dia mencuit lembut hidung Yukwon.

............................................................

Sejak insiden ciuman hangat daripada Zico, Yukwon menjadi tidak keruan. Lelaki yang dia suka selama ini telah mencuri ciuman pertamanya semalam. Dia tersengih malu tetapi ada satu soalan datang menyerang kotak fikirannya.

Adakah Zico juga menyukainya?

Sengihan di bibir hilang serta-merta. “Dia pun suka aku jugak ke?” bisiknya di dalam hati.

“Patut ke aku jumpa dia dan tanya?” cadangnya tanpa berfikir terlebih dahulu.  

Dilihat bilik guru sangat lenggang. Hanya segelintir guru sahaja yang berada di situ. Kelihatan segelintir pelajar turut berada di situ untuk berjumpa dengan mereka. Bunyi kipas berpusing kedengaran menaikkan lagi suasana yang sunyi.

Perlahan-lahan Yukwon melangkah masuk ke dalam sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang. “Eh mana pulak cikgu nie? Kata nak jumpa aku.” bisiknya perlahan sebaik tiba di meja cikgu yang berkenaan. Sempat lagi dia menyentuh buku-buku yang tidak disusun rapi sebelum memandang sekeliling bilik guru tersebut.

“Ada meeting kot..” tekanya dalam hati, jarinya mula menarik-narik buku dari rak.

“Woo Jiho!”

Jerkahan seseorang membuatkan Yukwon terkaku seketika. Membiarkan jarinya disangkut pada kulit buku. Perlahan-lahan matanya meliar mencari dari mana datangnya suara itu. Beberapa bisikan mula kedengaran.

Masing-masing membisikkan benda yang sama.

“Aku dengar nama penuh Zico..” bisik Yukwon perlahan sebelum matanya terpaku pada seorang lelaki yang sedang menundukkan kepala di hujung bilik guru. Terpandangkan warna rambut lelaki itu, Yukwon yakin lelaki itu ialah Zico.

“Zico..”

Lama dia memerhati Zico sebelum suara garau sedang menengking terus mengembalikan dia ke dunia realiti. Pantas dia menyorok untuk datang menghampiri.

“Cuba kau kira, Jiho. Kau rasa dah berapa kali aku pesan benda yang sama kat kau?” soal cikgu Leo, pemilik suara yang suka menengking beberapa pelajar di sekolah mereka. Senyuman di bibir paling jarang sekali untuk diukirkan.

Paling ditakuti semua pelajar.

“Takkan kau tak faham faham lagi?!” marahnya kuat.

“Saya minta maaf, cikgu.” Laju Zico meminta maaf, kepalanya masih lagi ditundukkan. Rasa lenguh mula terasa namun apa dia peduli sekarang. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan cikgu Leo di hadapan.

“Apa..?” soal cikgu Leo tidak percaya. “Kau minta maaf?” Cikgu Leo tergelak kecil. “Baru hari nie kau nak minta maaf?!”

Sedar akan Zico dan cikgu Leo bakal melancarkan satu peperangan darah, semua guru dan pelajar cepat-cepat beredar. Tinggal mereka berdua dan Yukwon sahaja di bilik guru.

Yukwon yang semakin menghampiri sambil menyorok di belakang beberapa buah meja cikgu, berhenti bergerak. Bulunya meremang tegak. Laju dia mengusap-ngusap lengannya untuk menenangkan dirinya yang mula ketakutan.

Zico mengetap bibir. “Saya dah minta maaf kan? Rasanya sampai sini jelah bebelan cikgu yang macam makcik tua yang dah kerepot tu.” katanya selamba badak, perlahan-lahan dia berpusing untuk beredar namun lengannya ditarik kasar oleh cikgu Leo.

“Kurang ajar!” Satu tumbukan padu tepat pada muka Zico. Terus Zico terduduk di atas lantai dengan bibirnya yang mula berdarah. Yukwon pantai menutup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya, terkejut yang teramat dengan serangan cikgu Leo yang tiba-tiba!

“Tak kisahlah kau dah minta maaf ke belum, perasaan geram aku tetap ada!” Cikgu Leo menyepak perut Zico sekuat hatinya.

Zico sudah mengaduh kesakitan, menjerit sepanjang sepakan kejam itu. “Arghh!”

Menggeletar seluruh tubuh Yukwon di belakang meja. Hatinya juga berdegup kencang dengan hanya mendengarkan suara Zico yang kedengaran sangat menyeksakan itu. Apa yang dia patut lakukan sekarang? Keluar dan menyelamatkan Zico?

Meredakan keadaan? Tidak mungkin! Ketakutan pada diri Yukwon membuatkan dirinya kosong, tidak tahu apa yang dia patut lakukan.

“ARGH!” jerit Zico kuat setelah menerima satu tikaman pada pehanya.

Mata Yukwon terbeliak luas. “Zico!” jeritnya, serta-merta menghentikan kerja cikgu Leo terhadap Zico yang masih lagi terbaring di atas lantai. Darah yang keluar dari peha akibat tikaman mula membasahi seluar dan juga lantai marmar.

“S-Siapa tu?” gagap cikgu Leo, dihalakan sebilah pisau lipat ke pelbagai arah sebagai persiapan. Dia kelihatan cemas.

Perlahan-lahan Yukwon keluar dari belakang meja dengan mengangkat kedua-dua tangannya. Masih lagi menggeletar ketakutan. “T-Tolong hentikan..” rayunya takut. “T-Tolong jangan apa-apakan dia. Maafkanlah dia sebab dia dah minta m-maaf kat cikgu.”

Cikgu Leo mengetap bibirnya bengang. “Ada aku kisah..?” Senyuman sinis mula terukir di bibirnya. “Kalau kau dah lama sangat nyorok kat belakang tu, mesti kau dah dengar apa yang aku cakap tadi kan? Aku tak kisah dia dah minta maaf ke belum, perasaan geram aku tetap ada dan..”

Dia terjeda.

“Aku tak nak maafkan dia. Boleh tak?!” jerit cikgu Leo geram. Laju dia mengatur langkah menuju ke arah Yukwon dengan pisau lipat di tangannya. Yukwon sudah tidak terkata sehingga dia terus menutup matanya seketat-ketatnya.

“Kwonnie!”

Terdengar bunyi hantukan dan juga percikan pada waktu yang sama.

“Kwonnie..!”

Jeritan Zico membuatkan Yukwon sedikit tersentak dengan matanya yang masih dipejam rapat. Terasa kedua-dua lengannya dipegang membuatkan Yukwon kasar menolaknya sehingga lelaki itu terduduk. “T-Tolong jangan apa-apakan saya!” gagapnya, masih lagi takut dengan kejadian tadi.

Lelaki itu melepaskan tawa kecil.

“Nie akulah, Kwonnie.” Segera Zico memberitahu. “Jangan risau, kita dua dah selamat dari singa kejam nie.” sambungnya lagi. Suaranya yang kedengaran selamba itu membuatkan Yukwon terus membuka mata. Apa yang dia nampak sekarang ialah Zico yang sedang duduk di atas lantai.

“Z-Zico..” Laju Yukwon melutut di hadapan Zico. Ternampak darah pada peha Zico yang masih mengalir keluar. “Kau.. kau okay ke?” soalnya risau. “M-Mana cikgu Leo?”

Zico diam namun bibirnya terus dimuncungkan ke arah satu susuk badan di atas lantai. Cikgu Leo kini dalam keadaan meniarap dengan kepalanya yang disengetkan ke sisi. Dahinya berlubang gara-gara terhantuk pada bujur meja. Melihatkan keadaan cikgu Leo, mereka berdua dapat mengagak bahawa cikgu Leo sudah pun meninggal.

“Aku bunuh dia.” Kata Zico memecahkan kesunyian.

“A-Apa..?” soal Yukwon seakan tidak percaya.

Zico ketawa kecil. “Aku bunuh dia, Kim Yukwon. Tengoklah singa kejam tu! Kau rasa dia boleh dengar ke aku ejek dia singa kejam?!” Terus digenggam kedua-dua tangannya ketat. “Baik k-kau blah sekarang, Kwonnie. Aku tak nak pihak polis tahan kau sekali dengan pembunuh macam aku nie. Biar aku je yang ada kat sini dengan singa kejam.”

“Now, Kwonnie.” Sambung Zico tegas.

“I can’t..” Yukwon menggelengkan kepala. Lantas Zico mengenggam kedua-dua lengan Yukwon sebelum muncul sekumpulan anggota polis di muka pintu dengan lengkap bersenjata. Masing-masing sudah membekukan diri.

Zico dan Yukwon saling menukar pandangan.

“Anda berdua dihendaki untuk berdiri dan angkat tangan! Kami tidak akan menembak kamu berdua sekiranya anda mengikut arahan kami!” jelas ketua anggota polis di situ memberi arahan dengan tegas.

_____________________________

Perlahan-lahan langkah Zico dan Yukwon diatur menuju ke sebuah kereta polis yang terletak di luar perkarangan sekolah. Dua anggota polis mengiring mereka keluar. Ramai cikgu dan juga pelajar sekadar memerhati dalam diam. Ada juga yang sedang berbisik-bisik mengenai mereka berdua.

“Kwon..” Suho hanya mampu menyebut nama kawan baiknya. “Tak sangka kau pun terlibat, Kwon.”

Yukwon menundukkan kepalanya tatkala ingin menaiki kereta polis tersebut. Diikuti dengan Zico.

“Okay, okay! Boleh gerak sekarang.” arah salah seorang anggota polis yang bertugas, mengetuk-ngetuk bumbung kereta polis. Setelah menerima ketukan dua kali, barulah kereta polis itu berlalu pergi dari pandangan mereka semua.

Pada waktu yang sama, mayat cikgu Leo diusung dengan menggunakan pengusung dibawa keluar dari perkarangan sekolah.

Dalam perjalanan menuju ke balai polis, Zico yang dari tadi merenung keluar tingkap mula mengalihkan pandangan ke arah Yukwon yang setia berada di sebelahnya. Sesekali dia menjeling ke hadapan dimana seorang polis sedang memandu. Perlahan-lahan dia menghampiri Yukwon dengan kedua-dua tangannya yang masih digari ketat.

“Hey.” tegurnya dalam nada berbisik.

Yukwon diam.

“Kwonnie.” Panggil Zico lagi, ditekan-tekan bahu Yukwon dengan bahunya membuatkan kepala Yukwon sedikit terhantuk pada tingkap. “Kwonnie..” panggilnya lagi, tersenyum kecil dengan gelagat lelaki comel itu.

“H-Hmm? Kau okay ke? Lutut kau still keluar darah lagi ke? Ada rasa nak pengsan tak?” tanya Yukwon bertubi-tubi dalam nada perlahan.

Membuatkan Zico tersenyum lebar namun terdapat satu soalan asyik bermain-main di kotak fikirannya. Dia mula menayangkan muka tidak puas hatinya.

“Z-Zico..?”

“Kenapa kau tak cakap kat polis yang kau nie tak bersalah?” soal Zico tegas.

Mata Yukwon membulat.

“Kenapa kau tak lari?” soalnya lagi.

“Zi-“

“Kenapa kau tak-“

“Sebab kau selamatkan aku d-dari cikgu Leo.” potong Yukwon laju, menggeleng kepalanya tatkala Zico ingin memotong ayatnya. “No.. bagi aku habis cakap dulu!” Dia mengetap bibirnya, bunyi gari menggesel antara satu sama lain menguasai ruang kereta polis.

“Aku nampak kau selamatkan aku dari cikgu Leo.” Sambung Yukwon lagi. “Kau tarik kaki dia sampai kepala dia terhantuk kat meja. Aku nampak. Aku nampak semuanya walaupun aku pejam mata, Woo Jiho. Walapun cara kau tu nampak macam membunuh tapi aku tahu niat kau masa tu. Kau tarik dia sebab kau nak selamatkan aku.. kan?”

Zico diam, merenung tepat ke mata Yukwon yang mula berair.

“T-Tapi bila kau suruh aku tinggalkan kau, aku rasa susah sangat nak bangun dan lari.” Yukwon mula menundukkan kepalanya, membiarkan air mata membasahi pipinya lalu kemudiannya menitik di atas tangannya.

“Ke sebab kau suka aku, kau tak nak tinggalkan aku?” Soalan yang terbit dari mulut Zico sememangnya membuatkan hati Yukwon bergegar dan mula kencang. Seakan-akan Yukwon berhenti menangis hanya kerana soalan yang cepumas itu, Zico mula tersenyum lembut.

“Pandang aku, Kwonnie.”

“A-Apa?”

“Cepatlah.”

Terasa bibir Yukwon ditekan lembut sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya. Zico sedang mengucup bibirnya lama walaupun Yukwon tidak membalas.

“Thank you.” ucap Zico lembut. Terus diragutnya bibir Yukwon sekali lagi. Akhirnya mereka berkucupkan di dalam kereta dengan lebih mendalam.

........................................................

“Bila kitaorang masuk kem nie 3 bulan, terus Zico minta couple dengan aku.” Yukwon tersenyum dengan cerita lamanya. Taecyeon di sebelahnya turut tersenyum. Serentak mereka berdua memandang semula ke padang dimana Zico dan Doojoon masih lagi menjemur di tengah panas.

Dilihat Doojoon mula berguling jauh dari Zico.

“Woi!” jerkah Taecyeon kuat seraya meniup wiselnya kuat, sangat menyakitkan telinga! “Nak guling ke mana tu?”

“S-Saya tak boleh tahan lagi, cikgu..” Menangis Doojoon dibuatnya.

Yukwon melepaskan tawa. “Cikgu Taecyeon, sudah-sudahlah tu. Kesian pulak aku tengok. Lagi-lagi si Zico tu. Langsung tak bergerak dah.” Pujuknya lembut.

Taecyeon menggeleng perlahan. Dia sekadar tersenyum dengan gelagat Doojoon dan juga Zico yang langsung tidak bergerak dari tadi.

“Haih, haih~ Doojoon dengan Zico! Korang dua boleh balik asrama dah!” arahnya kuat sambil mengesat peluh di dahi. Yukwon sudah berdiri. Dia erat memegang sebotol air mineral dan juga sehelai tuala untuk kekasihnya.

“Yukwon.” Panggil Taecyeon.

Segera Yukwon menyahut dengan keningnya yang sedikit terangkat. Dilihat Doojoon sudah melesap ke asrama meninggalkan Zico di tengah padang.

Taecyeon hanya tersenyum kecil. “Kirim salam kat boyfriend kau tu.” Dia mula menggosok kedua-dua tapak tangannya. “Aku blah dulu. Korang semua rehat-rehat dululah ye? Malam nie korang ada aktiviti. So jumpa kat dewan malam nanti okay?” pesannya.

“Okay!” Yukwon segera berlari ke tengah padang, Zico mula bangun dan duduk di atas rumput. Tersenyum mamat itu dengan hanya melihat wajah Yukwon. Sementara mereka mula berjanji temu di tengah panas, Taecyeon beredar menuju ke kantin untuk mengisi perutnya yang kosong.

Ternampak pula si Yixing yang sedang menjamah makanan.

Taecyeon mula tersenyum kambing. “Oit! Makan tak ajak aku!” jeritnya gembira, laju melambai-lambai tangannya kepada Yixing yang hampir tercekik itu.

“Taec!” Yixing bengang, terbatuk-batuk dia dibuatnya. “Kau nie..” Tanpa sedar, dia mula tersenyum suka namun perasaan kecewa datang menyelinap dirinya apabila ayahnya Juhwan mengheret lelaki itu pergi dari pandangan.

“Alah.. baru nak ajak makan sama hmmph!”

Yixing merajuk, terus dikuis-kuis nasi dengan geram!

______________________________________________________________________
To be continued! x) Sorry dah lama tak update, idea tak beranak lagi so yeah.
Thanks to 32 subcribers and also to dryseoul, comment kau memang semangat so thanks a lot xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^