Terima Atau Tidak?

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Dilihat dua lelaki berpakaian selekeh dan juga menakutkan di mata sesiapa yang melihat, begitu kejam menyepak tubuh Daniel di hadapan bos mereka, Kris. Kris hanya memerhati lelaki itu disepak bertubi-tubi dari mejanya.

Ugh..” Daniel batuk. Terus terlentang lemah dengan darah yang mengalir di bibir.

Tangan Kris yang sudah lama ditongkatkan itu terus diangkat sebelah. “Berhenti!

Serentak dua lelaki itu berhenti menyepak tubuh Daniel lalu berundur ke belakang, memberi laluan kepada Kris yang sedang menghampiri Daniel dengan mimik muka yang disengajakan bimbang dengan keadaan Daniel. “Awww, sakit ye?

Daniel mengangkat sedikit kepalanya. “Tak s-sakit pun.” Terus air liur bercampur darah itu diludahnya pada kasut Kris.

Woi!” jerkah salah seorang dari dua lelaki tersebut. “Berani kau-

Bukan aku dah cakap berhenti ke tadi?” Pantas Kris memotong dengan mengangkat sebelah tangannya.

M-Maaf bos.” Cepat-cepat lelaki tersebut menunduk tanda minta maaf.

Daniel yang masih terbaring lemah itu ketawa. “Apa? Nak sepak aku lagi? Sepaklah! Penakut punya pondan!

Kurang ajar! Aku tak patut biarkan kau hidup je tadi!” Sekali lagi lelaki itu ke depan untuk mendekati Daniel yang masih terlentang di atas lantai kotor. Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa aksi, terasa perut boroinya ditumbuk padu oleh bosnya sendiri.

Terlutut lelaki itu dek tumbukan padu oleh Kris. “Aduhai sayang, aku dah cakap dah tadi. Aku cakap berhenti, berhenti jelah. Bazir air liur aku je.” Bebelnya.

M-Maaf bos..” Menangis lelaki itu sambil menahan kesakitan pada perutnya.

Kris menepuk-nepuk tangannya, puas melepaskan rasa geram pada lelaki tersebut. “Kau dah buang masa emas aku dengan Daniel kesayangan aku. Hanya sebab kau yang tak reti hadam apa arahan aku, kau buat aku tak sengaja pinggirkan dia!

Bodoh.” Makinya dalam diam sebelum duduk mencangkung berhampiran dengan kepala Daniel. Dilihat Daniel sudah menutup mata, menggeletar lelaki itu menahan sakit pada seluruh badannya. “Oit, dah meninggal dah ke?

A-Aku tak boleh mati tanpa kau. Aku nak heret kau sekali.” Selamba badak Daniel membalas.

Kris hanya melepaskan tawa kecil. “Awwww manis sungguh engkau nie ye? Tapi malangnya aku tak nak mati dulu selagi Taecyeon tak mampos lagi dan duit yang dia rompak tu ada dekat tangan aku sekarang nie.” Terus rambut Daniel digenggam ketat.

Daniel sudah mengigit bibir menahan sakit.

And you are fail?” Kris ketawa. Dengan geramnya rambut Daniel ditarik kasar supaya Kris dapat melihat wajah Daniel.

Aku tak tahu lah mamat tu dah hasut apa dekat kau sampai kau dah berani cari pasal dengan aku tapi aku dapat rasakan kau akan khianati aku. Kau maybe akan tolong Taecyeon? Mana tahu?” Kris mula tersenyum sinis.

Walaupun Daniel sudah tidak berdaya lagi untuk dibelasah, dia masih ingin memerangkap dirinya sendiri. “Maybe aku.. akan… khianati… kau.

Senyuman sinis Kris mati dengan kata-kata Daniel sebentar tadi. Terus tumbukan paling padu dilepaskan pada wajah Daniel. “Dahlah fail, tambah minyak dalam api pulak kau.” Kini, Daniel dalam keadaan tidak sedar.

Kurung dia.” Arah Kris tegas. Terus dia bangun setelah lama mencangkung. Kelam-kabut kedua lelaki itu mengangkat tubuh Daniel. “Bawa dia ke bilik lepas tu ikat sekali dengan budak tu.

Baik bos.” Terus Daniel dibawa ke bilik dimana sahabat baik Taecyeon berada.

 

Image result for divider png

Jam sudah menunjukkan 7 malam. Taecyeon menarik langsir di tingkap sehingga pandangan gelap di luar sana tidak kelihatan. Dia duduk semula di birai katil dengan berhati-hati. Dia berdesis kesakitan saat ingin mengangkat kakinya naik ke atas katil. “Hissss pedihnya..

Terdengar bunyi pintu diketuk dan dikuak perlahan. “Dey cepat sikit balut luka aku nie. Pedihlah.” Pinta Taecyeon manja setelah mendengar derapan tapak kaki menuju ke arahnya.

Dia tahu siapa yang datang.

Iye sabar, sabar.” Yixing berjalan mendekati katil dimana Taecyeon berada. Tangannya juga sibuk membimbit peti kecemasan. “Orang sakit memang tak reti duduk sabar ke?” soalnya geram.

Peti kecemasan diletakkan di atas ribanya setelah duduk di birai katil. Taecyeon sudah tersengih-sengih seperti kera hilang arah. “Aah. Kau kan jalan macam mak datin yang baru lepas membawang kat pasar malam.

Yixing sudah bersedia untuk berjentik luka Taecyeon di peha. “Aku jentik kang!

Takmo lah.. kau nie tak nak tengok aku cepat baik ke?” tanya Taecyeon sedih. Terus ditekan-tekan kedua jari telunjuknya manja.

Yixing berdehem tatkala melihat aksi manja Taecyeon. Hatinya berdegup laju. Taecyeon ni bukan sahaja kacak tapi comel juga! Sememangnya satu pakej yang lengkap untuk dijadikan suami. Tanpa dia sedar, peti kecemasan di ribanya terus terjatuh ke bawah.

Membuatkan kedua-duanya terdiam buat seketika sebelum Yixing memecahkan kesunyian. “T-Tengok! Peti kecemasan ni pun tak sanggup nak tengok kau buat aksi yang menjijikkan tu! Sebab tu dia jatuh.” Gelaknya kekok.

Amboi sedapnya mulut tu bercakap.” Taecyeon menggeleng. “Nak kena kiss sikit kot baru mulut tu manis bila bercakap.” Usiknya lagi.

Image result for yixing gif

ARGH! Hati Yixing sekali lagi berdegup kuat, habis kesemua barang dalam peti kecemasan itu jatuh semula, membuatkan Taecyeon melepaskan tawa.

Aduh kau nie. Tak reti kutip ke? Kalau tak reti, meh aku tolong.” Tawar Taecyeon dari atas katil. Dengan berhati-hatinya, tangannya terus dijulur ke bawah untuk mengutip kesemua barang yang habis terburai dari peti kecemasan. Seluruh badannya masih lagi berada di atas katil.

Eh Taec!” Terkejut Yixing apabila Taecyeon sendiri yang mengemas peti kecemasan yang habis dijatuhkan oleh dirinya sendiri. “Dah tahu diri tu tengah sakit, jangan lah gerak banyak sangat! Aku nak kau cepat sembuh..” luahnya perlahan.

Ha apa kau cakap?” Taecyeon berkerut, tersenyum dia apabila berjaya mengutip beberapa barang dari atas lantai lalu dibawa ke atas katil.

Yixing mengeluh sebelum kepalanya didongakkan ke arah Taecyeon. “Aku nak kau-“ Ayatnya tergantung apabila bibirnya begitu hampir dengan pipi Taecyeon. Ini kalau Taecyeon menoleh ke arahnya, pasti bibir mereka berdua ketemu buat pertama kali.

Kau nak aku?” Taecyeon sengaja berlakon terkejut dengan ayat Yixing yang tergantung itu. “Okay boleh. Aku izinkan kau untuk memiliki aku.” Usiknya lagi, masih lagi mengutip barang.

Yixing mengetap bibirnya kuat. Kesemua usikan yang dilemparkan oleh Taecyeon kepadanya telah mengundang satu perasaan aneh dimana keyakinannya semakin membara!

Tak kira jugak! Malam nie aku kena confess jugak!” bisik hatinya penuh semangat.

Setelah kesemua barang disimpan semula ke dalam peti kecemasan, Yixing berdiri semula.

Nah.” Taecyeon menghulurkan peti kecemasan yang lengkap kepada Yixing sambil tersenyum manis. “Balutlah cepat. Pukul 8 nanti, kita semua kena pergi kantin. Malam nie ayah kau nak bagi announcement.

Yixing duduk semula di birai katil setelah mengambil peti kecemasan daripada Taecyeon. “Urm okay.” Sahutnya lemah seraya mengeluarkan balutan. “Meh sini kaki kau.

Okay!” Dengan berhati-hati Taecyeon mengangkat kakinya ke atas peha Yixing. Sementara Yixing sibuk membalut, dia mula menyandarkan belakangnya pada bantal. Matanya tidak jemu merenung wajah Yixing yang khusyuk membalut pehanya sebelum matanya terpaku pula pada sampul di atas meja.

Ambiklah. Lagi seronok bila dapat duit atas usaha kita sendiri daripada kita ambik duit orang lain kan?

Ayat Juhwan masih lagi terngiang-ngiang di telinganya sejak petang tadi. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah kipas yang berpusing. “Haih..” keluhnya perlahan.

Kau okay?” soal Yixing risau. “Aku balut ketat sangat ke?” soalnya lagi.

Cepat-cepat Taecyeon menurunkan pandangannya ke arah Yixing pula. “A-Aku okay je. Kau balut pun tak ketat mana. Kau..” Gelaknya lagi. “Kau balut longgar sangat lah. Nanti aku jalan terus terlondeh bandage tu.

EH? Yeke?!” Mulut Yixing sudah terlopong luas. “Sorry! Nasib baik kau tegur.” Gelaknya dengan perangainya yang begitu cuai.

Yixing..?” panggil Taecyeon.

Iye?

Taecyeon menggosok kedua-dua tapak tangan. “Aku nak tanya nie.

Yixing masih lagi membalut peha Taecyeon dengan penuh cermat. “Tanyalah.

Kalau aku lain dari apa yang kau sangka selama kita kenal, kau masih terima aku sebagai kawan kau lagi tak?” tanya Taecyeon berani.

Maksud kau?” Yixing mengangkat wajahnya, tangannya masih lagi membalut.

Taecyeon menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus perlahan. “Maksud aku, kalau aku seorang gengster yang selalu rompak sana sini, selalu libatkan diri dalam aktiviti yang tak sepatutnya. Paling teruk sekali, ramai polis tengah cari aku sekarang nie.” Dia menelan liurnya. “D-Do you still accepting me?

Tak tahulah, Taec.” Yixing menjongketkan bahunya. “Lagipun aku percaya yang kau ni bukan lelaki yang kau sebutkan tadi. Betul tak?” Senyumannya kepada Taecyeon.

Tapi, aku tetap perlukan jawapan kau Yixing.” Paksa Taecyeon. “Jawapan kau penting buat aku.” Sambungnya lagi. Dia mula mendekati Yixing dengan hanya menggerakkan tubuhnya ke hadapan. Yixing cuba berlagak tenang.

Errr…” Yixing sudah menggaru kepalanya walaupun tidak begitu gatal.

Image result for taecyeon gif

Taecyeon masih lagi merenung wajah Yixing sambil menanti jawapan daripada lelaki itu.

Aku akan terkejut, I guess? Tapi..” Yixing terdiam seketika sebelum menyambung lagi. “Kalau dah sayang, aku akan cuba terima kau walaupun aku terpaksa ambik masa yang lama.” Berona merah pipinya dengan jawapannya sendiri.

Jawapan Yixing bagaikan ubat penenang buat Taecyeon. Dia mula tersenyum sebelum melepaskan tawa kecil. “Kau betul-betul sayangkan aku ke? Serious?

Kau tanya soalan pelik macam tu mesti nak trap aku kan?” tanya Yixing geram, perlahan-lahan dia mengikat balutan supaya tidak tertanggal. “Nak tahu sama ada aku sayang kau ke tak. Kan?

Maybe?” Taecyeon ketawa. “Betul lah kau sayangkan aku?” soalnya lagi.

Yixing mengemas peti kecemasan lalu bangun dari birai katil. “Dah siap. Jumpa lagi.” Segera dia beredar namun Taecyeon lebih pantas daripadanya, terus memaut lengan Yixing lalu menariknya kuat sehingga tubuh Yixing mendarat di atas tubuh Taecyeon.

Masing-masing sudah terkejut beruk !

T-TAEC!” Mendidih wajah Yixing dengan posisi mereka berdua sekarang.

Cikgu Taec! Jom pergi kantin sa-“ Jackson yang tiba-tiba sahaja muncul mengejut dari muka pintu, terus terlopong mulutnya luas.

Begitu juga dengan Myungsoo. Terus wajahnya ditutup separuh. “Halamak, ganggu ke?

Image result for taecyeon smirk

Tatkala Yixing cuba untuk turun, tangan nakal Taecyeon mula memeluk pinggang Yixing untuk merapatkan lagi tubuh mereka berdua. “Tak pun.

Image result for jackson oh my god gif

OH MY GOD!” jerit Jackson sambil kedua-dua tapak tangannya diletakkan pada pipinya.

Sementara di luar, masing-masing sedang menunggu Taecyeon untuk berjemaah ke kantin namun jeritan Jackson yang semakin kuat itu telah mengundang pelbagai jenis ekspresi muka yang pelik daripada mereka semua.

Pehal tu?” soal Namjoon pelik. Junhyung sekadar menjongketkan bahu sebagai jawapan.

 

Image result for divider png
To be continued!

To LixingYifan, fanfic_reader_12 and Youri_Kim97

Thanks untuk comment korang yang betul-ii buat aku tersengih macam kera :) 
Pembakar semangat buat aku untuk teruskan fanfic mengarut nie kahkah!
To fanfic_reader_12 , awak ada layan drama thai ke cane ? I know su su na is like fighting in thailand xD #peminatdramathai 

 

+ behind the scene

Image result for taecyeon yixing
Taecyeon tengah berlatih kiss scene dengan Yixing nanti /slapped/ x _ x
Taec : Tarik, kiss yixing seganas-ganas yang boleh lol

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^