Kenapa Junhyung?

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Jadual pelajar yang diberikan oleh Juhwan tadi dilihat semula. Taecyeon meneliti jadual itu dengan penuh khusyuk. Sesekali dia mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia mengalih pandangan ke arah sungai yang berdekatan dengan kantin.

Jam tangan digerlingnya. Jam sudah menunjukkan 6 petang.

“Okay.” Taecyeon bangun lalu menuju ke sungai dimana mereka semua sedang bermain di situ.

Dari jauh, dia sudah ternampak Yixing yang gayanya sedang memberi arahan kepada mereka. Namun tiada seorang pun yang memberi perhatian terhadap arahan Yixing. Bengang Yixing dibuatnya sehingga terpaksa beredar dari situ.

“Macam perempuan. Cepat betul dia mengalah.” Taecyeon bermonolog sendirian.

Kembung pipi Yixing sebaik ternampak Taecyeon menuju kearahnya.

“Hump!” Segera Yixing melarikan matanya dari memandang Taecyeon apabila Taecyeon tiba di hadapannya. Kini mereka saling menghadap satu sama lain tanpa bersuara.

“Oit.” Tegur Taecyeon selamba. “Tepat pukul 6 petang, sepatutnya dorang ada kelas kan?”

Yixing mengangguk tanpa memandang Taecyeon yang masih berdiri di hadapannya. Malas hendak menatap wajah Taecyeon yang dibencinya itu lama-lama. Sakit hati dibuatnya! Taecyeon turut mengangguk sambil matanya memerhati mereka.

Terutama sekali Namjoon.

“Okay.” Tubuh Yixing yang agak langsing ditolak ke tepi. Dia berjalan semula tanpa menoleh ke belakang lagi.

Yixing yang ditolaknya tadi segera memusingkan badannya ke belakang. Wajahnya kelihatan terkejut namun tidak kekal lama. Wajahnya merah menahan marah.

“Suka hati kau je tolak aku macam tu. Kau ingat aku nie pokok ke apa?” Yixing bengang.

Sebaik Taecyeon tiba di sungai, lengan bajunya segera disinsingkan. Kehadirannya langsung tidak diendahkan oleh mereka. Seronok benar mereka bermain di sungai sehingga tidak ingat dunia. Dia hanya memerhati mereka sebelum suara garaunya meletus keluar dari mulutnya.

“WOI!” jeritnya kuat.

Yixing yang dari tadi asyik membebel, terkejut dengan suara garaunya itu.

Akibat jeritan maut itu, mereka terkejut beruk sehingga tidak berani hendak bersuara lagi. Mereka sekadar membekukan diri kecuali Namjoon. Namjoon seorang sahaja yang masih berenang-renang di sungai dengan selamba.

“Korang tahu kan sekarang nie dah pukul berapa?” tanya Taecyeon serius.

“Tahu..” jawab mereka serentak.

Taecyeon menyilangkan lengannya. “Kalau tahu, kenapa korang still ada kat sini?”

Mereka membisu sekali lagi.

“Korang semua dah besar panjang. Dah tahu nak buat apa. Takkan aku kena bagitahu apa yang korang kena buat.” Taecyeon menggeleng perlahan.

“Dah, dah.. aku malas nak membebel macam makcik jual karipap. Sekarang nie aku nak korang keluar dari sungai dan pergi mandi sekali lagi. Air sungai yang korang mandi nie dah kotor.” Beritahunya lalu menjeling tajam kearah Namjoon yang kebetulannya sedang memandangnya.

“Air sungai jadi kotor sebab perangai kau yang macam sampah.” Sambung Taecyeon.

Namjoon berhenti berenang. Dia kelihatan tersentak dengan kata-kata Taecyeon tadi.

“Apa lagi? Keluarlah cepat!” arah Taecyeon tegas.

Kelam-kabut mereka keluar dari sungai lalu berlari menuju ke asrama. Namjoon yang masih berada di sungai hanya memandang Taecyeon dengan pandangan tidak puas hati.

“Aku.. sampah?” Namjoon berengus sinis. Dibetulkan rambutnya yang basah sebelum tangannya laju menampar permukaan air sehingga air terpercik mengenai seluar Taecyeon.

Yixing menghampiri Taecyeon yang masih berdiri di tepi sungai. “T-Taecyeon, kau..”

Seakan-akan mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Yixing, Taecyeon segera memotong.

“Aku tahu aku nak buat apa.” potong Taecyeon serius.

Terdiam Yixing setelah mendengar kata-kata Taecyeon yang agak serius baginya. Suaranya juga sudah cukup menakutkan diri Yixing. Terpandangkan wajah Taecyeon ketika serius, terpegun dia seketika.

“Handsomenya dia..” bisiknya dalam hati.

“Kau memang tak puas hati dengan aku kan?” Suara Namjoon yang kedengaran kurang sopan menggembalikan Yixing ke dunia sebenar. Digeleng-geleng kepalanya apabila teringat pujian terhadap Taecyeon yang sendiri terbit dari hatinya tadi.

Taecyeon menjeling tajam. “Aku tak kata pun. Tiba-tiba je kau nie. Dahlah, Rapdoh. Baik kau keluar cepat. Kejap lagi kita ada kelas.” Dalihnya, malas hendak mencari masalah dengan Namjoon. Dikusut-kusut rambutnya.

Sekali lagi Namjoon menampar permukaan air. Geram sungguh Namjoon!

“Aku budah Rapdoh, bangang!”

“Erk..” Yixing terkejut beruk. Wajah Taecyeon dipandangnya semula untuk melihat reaksinya.

“T-Taecyeon..”

Taecyeon masih lagi kelihatan selamba. Wajahnya tetap sama seperti tadi. Diletakkan kedua-dua tangannya pada belakang kepala.

“Whut you say?” soal Taecyeon dalam nada mengejek.

Yixing tersengih.

“Bangang.” Ulang Namjoon sinis. “Kau pekak eh? Aku cakap.. kau bangang.”

Taecyeon tersenyum. “Oh~ Tadi aku dengar Rapbangang.”

Mulut Namjoon terlopong luas. Nampaknya dia mendapat gelaran baru lagi daripada Taecyeon. Kali ini gelaran yang agak melampau baginya. Segera Namjoon keluar dari sungai lalu pantas mendekati Taecyeon.

“T-Taecyeon.” Yixing sudah menyorok di belakang Taecyeon. Kedua-dua tangannya erat mengenggam baju Taecyeon.

Terasa tangannya digenggam pula oleh seseorang. Yixing sudah memandang bawah. Rupanya Taecyeon mengenggam tangannya seperti tidak mahu dilepaskan.

“Nanti baju aku koyak pulak kalau kau genggam kuat sangat.” Bisik Taecyeon seraya mengeratkan lagi genggaman tangan mereka berdua.

Muka Yixing sudah terbakar. Entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang.

Sementara itu Namjoon yang berada di hadapan Taecyeon terus melepaskan tumbukan pada wajah Taecyeon namun sekali lagi Taecyeon menahan tumbukan itu dengan sebelah lengannya. Lalu tangan Namjoon digenggam kuat.

Namjoon sudah menggeletar ketakutan.

“Kau nak aku pulas sampai 360 darjah ke? Hari tu dah 180 darjah.”

“T-Tak nak!” Namjoon menarik tangannya dari genggaman Taecyeon lalu kelam-kabut pulang ke asrama.

Taecyeon menggeleng perlahan. Keluhan juga dilepaskan tetapi genggaman tangan mereka berdua masih belum dilepaskan. Erat sungguh dia mengenggam tangan Yixing sehingga Yixing menjadi patung cendana sepenuhnya.

“Tahu takut.” Taecyeon tersengih suka. Tatkala dia ingin melihat jam, dia merasakan tangannya sedang memegang sesuatu yang lembut. Memang terlalu lembut untuk dipegang. Perlahan-lahan matanya menjeling ke bawah.

Matanya terbeliak luas. “Tangan siapa pulak aku pegang nie?” Dia terkejut beruk seraya tangannya pantas melepaskan tangan tersebut daripadanya.

Akibat suara Taecyeon yang kuat itu, Yixing terus tersedar dari dunianya.

“T-Tangan akulah!” beritahu Yixing tergagap-gagap.

Sekali lagi Taecyeon terkejut sehingga terduduk di atas rumput. Terpandangkan wajah Yixing yang kelihatan bengang, sengihan suka kembali mengukir bibirnya. Segera dia bangun sambil matanya tidak jemu memandang Yixing.

“K-Kau rupanya..” Dia menggaru-garu kepalanya. “Aku ingatkan hantu tadi.”

Yixing bisu seketika. Tangannya yang digenggam oleh Taecyeon tadi diusap-usap perlahan. Genggaman erat itu sememangnya membuatkan dia jadi tidak betul. Sedar akan pandangan mata yang dihadiahkan oleh Taecyeon kepadanya, segera dia berdiri membelakangi Taecyeon.

“Yixing?” Taecyeon pelik.

“Pergilah.” Halau Yixing dengan suaranya yang perlahan.

“Pergi ke mana?”

“Kelas.”

Mulut Taecyeon terlopong apabila teringatkan kelas tersebut. “Ah~ Kelas. Aku lupa pulak yang aku ada kelas dengan dorang. Aku jadi lupa sebab tangan kau. Mati-mati aku ingatkan tangan hantu tadi.” Tergelak dia dengan jenakanya sendiri.

Secara tidak langsung, Yixing tersenyum kecil. Ditepuk-tepuk bibirnya agar senyuman kecil itu hilang dari bibirnya.

“D-Dahlah.” Yixing berdehem untuk menunjukkan dia tidak termakan dengan jenaka itu. “Baik kau blah sekarang. Kang tak pasal-pasal dorang tak ada bila kau sampai nanti.”

Taecyeon mengangguk. “Orait. Aku blah dulu.” Dia mula berjalan dengan kedua-dua tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar. Wajah Yixing dipandangnya sebaik berjalan melepasi Yixing. Pada masa yang sama, Yixing turut memandangnya dengan wajah kosong.

Mata mereka bertembung buat beberapa saat sebelum Taecyeon memandang semula ke hadapan. Dilihatnya dia pantas menuju ke dewan sebaik ternampak Junhyung dan Zico sedang berdiri di luar dewan.

“Taecyeon..”

..............................................

Di dewan yang bersaiz sederhana besar, dilihatnya Taecyeon sedang mengambil kehadiran pelajar. Satu persatu nama disebut dengan suara garaunya. Sunyi-sepi sahaja suasana kelas yang mereka duduki sekarang. Takut untuk bersuara agaknya.

“Kim Namjoon?”

Tiada sebarang respon daripada pelajar yang bernama Namjoon.

Mata Taecyeon masih lagi terpaku pada senarai nama. “Manusia nie datang ke tak?” soalnya malas.

Doojoon yang berada di belakang Junhyung, bangun dari tempatnya lalu memanjangkan badannya untuk menghampiri lelaki itu. “Mana Rapmonster?” tanyanya dalam nada berbisik.

Junhyung mengeluh. “Mana aku tahu.”

“Pulak. Kau kan kawan dia. Mestilah kau tahu dia tu kat mana.” bisik Doojoon lagi. Terpandangkan Taecyeon yang sudah mengalih pandangan kearahnya, pantas dia duduk di tempatnya. Sengaja dia memicit-micit kepalanya tanda pening.

“Junhyung?” panggil Taecyeon tegas.

“Y-Ye cikgu?” Terkejut Junhyung apabila namanya dipanggil. Lebih-lebih lagi suara Taecyeon yang menakutkan itu. Mendengar jeritannya semasa petang tadi sudah cukup membuktikan dia bukan seorang cikgu yang boleh dibuli.

“Kau kawan Namjoon kan? So, aku nak tanya kau satu soalan.” Taecyeon menyilangkan lengan.

Junhyung yang mula berasa takut, diletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Lalu dikait bersama. Lagaknya seperti seorang pencuri baru ditangkap oleh polis.

“Mana Namjoon?” soal Taecyeon serius.

“S-Saya tak tahu.” Junhyung sudah memandang bawah.

Taecyeon mendongakkan kepalanya. Dilepaskan keluhan perlahan sebelum matanya sekali lagi terpaku kearah Junhyung. “Macam mana aku nak pastikan sama ada kau nie tipu ke tak? Aku memang susah sikit nak percaya kat budak-budak macam korang nie.”

Junhyung mengetap bibir.

“Betullah. Dia tak tipu pun.” Zico yang berada di sebelah Junhyung, berdiri.

Taecyeon memandang Zico pula. “Kau Junhyung ke?” soalnya malas.

Zico kelihatan terpinga-pinga dengan soalan Taecyeon. Dia duduk semula tanpa bersuara lagi. Malu agaknya sehingga tidak berani memandang Yukwon yang setia bersamanya di sebelah.

“Betul kau tak tahu?” soal Taecyeon lagi.

Junhyung mengangguk. “Ye, cikgu. Lagipun saya dengan dorang semua nie je dari tadi. Saya tak nampak Namjoon pun lepas mandi sungai petang tadi.”

Terdengar suaranya yang agak perlahan itu, Taecyeon sekadar mengangguk mengerti.

“Okay.” Taecyeon melurut rambutnya. “Korang semua stay sini. Jangan keluar selagi batang hidung aku korang tak nampak.” Pesannya serius sambil menuju ke pintu dewan untuk keluar. Jackson dan Kai sudah memandang sesama sendiri dengan sengihan suka. Serentak mereka bangun dari tempat masing-masing.

“Ohye. Lupa pulak.” Taecyeon berhenti di muka pintu.

“Hisy..” Pantas Jackson dan Kai duduk semula.

Taecyeon berpaling memandang semua semua. Jari telunjuknya diangkat lurus sambil tangannya bergerak-gerak sebelum menunjuk kearah Jackson dan Kai. Dihadiahkan sebuah jelingan maut kepada mereka.

Tertelan liur mereka berdua dengan jelingan maut itu.

“Kalau aku nampak korang merayau-rayau kat luar macam orang gila, siap!” sergah Taecyeon tegas. Matanya disengajakan terbeliak luas seperti mahu tercungkil keluar. Jackson dan Kai terkejut beruk sehingga kerusi yang mereka duduki tertolak sedikit ke belakang.

Bunyi kerusi apabila ditolak ke belakang tanpa mengangkatnya menarik mata Taecyeon memandang mereka berdua.

“Apahal korang dua pulak yang terkejutnya?”

Jackson dan Kai diam membatu.

“Dah, dah.. aku membebel sampai bila pun tak habis. Aku blah dulu.” Taecyeon memandang kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum pergi mencari Namjoon.

.............................................

“Sabun di bilik mandi~ Sabun di bilik mandi.” nyanyi Namjoon dengan seronok sekali. Sabun yang dibawanya dari asrama dicapai lalu menggosok tubuhnya sehingga buih-buih terhasil. Namjoon menyanyi sekali lagi.

Sungguh sepi sekali suasana di bilik air kerana terletak jauh dari kawasan asrama. Lebih-lebih lagi berhampiran dengan kawasan hutan.

Bagi Namjoon, dia sudah biasa dengan suasana yang sunyi-sepi.

“Mesti dorang tengah bosan gila kan sebab cikgu bodoh tu yang ajar!” Tergelak-gelak dia dengan jenakanya sendiri. “Tulah~ Lain kali follow aku. Bukannya follow cikgu bodoh tu. Kan dah kena tahan kat dewan yang menyakitkan jiwa raga tu.” Bebelnya lagi sambil ketawa. Suka benar dia mengutuk Taecyeon.

“Bukan setakat jiwa raga je yang sakit, jantung pun sakit sebab cikgu bodoh tu.” Ketawanya makin kuat sehinggakan Taecyeon yang kebetulannya lalu di situ, terdengar suara Namjoon yang sakan ketawa dari bilik air.

Langkah Taecyeon mati di situ. Bunyi air apabila dicurah membuatkan Taecyeon masuk ke dalam. Tangannya meraba-raba mencari suis lampu. Setelah dia menemuinya, pantas dia menekan-nekan suis lampu namun lampu di bilik air tersebut langsung tidak bernyala.

“Haih.. macam-manalah orang nie boleh mandi dalam gelap? Dahsyat, dahsyat.” Perlahan-lahan dia berjalan di atas lantai yang mula licin akibat air sabun yang baru dibilas oleh Namjoon tadi.

“Siapa pulak yang tengah mandi nie erk?” bisiknya perlahan setelah melihat air sabun yang keluar dari bawah pintu tersebut. Mahu sahaja dia merobohkan pintu yang sebaliknya Namjoon sedang mandi. Berkali-kali bunyi air dicurah kedengaran. “Baik aku check. Mana tahu Rapdoh tu tengah menyorok kat sini ke.”

Pantas dia melihat sekeliling bilik air, mencari cara untuk mengintai tanpa Namjoon sedari. Terdapat sebuah bangku kecil tetapi masih kelihatan tinggi baginya di atas singki. Taecyeon sudah tersenyum sinis.

Diambilnya bangku itu lalu diletakkan di hadapan pintu bilik air tersebut.

“Orait~ Let’s see.” Taecyeon memijak bangku tersebut dengan kedua-dua kakinya. Dijengketkan sedikit kakinya supaya dapat mengintai dengan lebih jelas.

Namjoon yang langsung tidak sedar akan kehadiran Taecyeon di situ, diambilnya syampu kepunyaan Junhyung. Ditekannya kepala syampu tersebut sehingga mengeluarkan cecair pekat berwarna hijau.

Diletakkan pada rambutnya lalu menggosoknya sehingga berbuih-buih rambut Namjoon.

“Yeah~ Rapmonster in da house! Ready to kick Taecdoh out!” Namjoon yang mempunyai bakat dalam rapping mula menunjukkan bakatnya di bilik air. Diangkat kedua-dua tangannya membuat gaya hip-hop.

Taecyeon yang masih mengintai itu mula berasa panas. “Taecdoh? Lawa betul nama aku.” Dia turun dari bangku.

“Meh aku nak bagi pengajaran sikit kat kau.” Taecyeon berjalan keluar dari bilik air.

Sementara Taecyeon berada di luar, Namjoon masih menggosok rambutnya sambil mulutnya rapping tanpa henti. Khusyuk sangat sehinggakan tidak sedar minyak hitam yang dituangkan oleh Taecyeon ke atas dirinya.

Namjoon terkejut beruk.

“Apa nie?” jeritnya kuat lalu terjatuh.

Ternampak Taecyeon sedang menuang minyak hitam dari atas.

“Kau...?” Namjoon cuba bangun namun dia terduduk semula akibat licin.

Terkekek-kekek Taecyeon ketawa melihat Namjoon yang sudah berubah menjadi hitam disebabkan minyak hitam yang dituangkan olehnya.

“Dah tak ada tempat lain ke nak menyorok? Kat sini pun bolehlah ye? Kau ingat kau boleh terlepas macam budak curi epal?”

Namjoon menjeling tajam. “Sejak bila pulak aku nak menyorok? Aku tengah mandilah, bodoh. Kau nie buta ke apa sampai kau cakap macam tu sekali? Buta punya orang!”

Taecyeon ketawa sinis. “Kau ingat aku nie bodoh sangat ke? Tak pernah orang mandi sampai 1 jam. Nak menipu aku pun agak-agaklah weh. Kau jangan nak cabar aku eh? Aku tuang minyak hitam lagi kang baru tahu.”

Terdiam Namjoon mendengar ugutan Taecyeon. Dilihatnya Taecyeon sengaja mengacah-acah Namjoon seperti mahu menuangkan minyak hitam tersebut.

“Diam pulak?” perli Taecyeon sebelum turun dari bangku. “Dahlah.. mandi tu cepat sikit boleh tak? Kau jangan nak berlama-lama kat sini. Tahulah aku nak buat apa nanti.” Diatur langkahnya menuju ke pintu.

“Enjoy your ‘mandi’ Rapdoh!” laungnya setelah keluar dari bilik air.

Namjoon mengetap kuat bibirnya. Pengayun yang diletakkan di atas kolah terus diambilnya lalu mencampaknya pada dinding. Geram sungguh Namjoon dengan Taecyeon. Habis seluruh tubuhnya menjadi hitam akibat minyak hitam yang dituangkan oleh lelaki tadi.

“Tak guna!”

.................................................

“Geramnya aku!” Namjoon merebahkan dirinya di atas katil. Dipukul-pukul katilnya sebelum bantal miliknya diambil lalu membaling bantal itu entah ke mana. Junhyung segera menyambutnya sambil menggeleng-geleng.

“Siapa suruh mandi lama sangat? Kan dah kena dengan cikgu tu.” Junhyung menarik langsir yang berdekatan dengan katil Namjoon dan katilnya. Ditutup rapat-rapat agar permandangan malam yang menyeramkan tidak kelihatan.

Namjoon bangun semula. “Backup cikgu bodoh tu nampak?”

“Backup?” Junhyung berpaling memandang Namjoon setelah menutup langsir asrama mereka.

“Nak buat apa aku backup dia? Yah.. aku tak berpihak pada siapa-siapa okay. Lagipun nie masalah korang berdua.” Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sebelum menaikkan kedua-dua kakinya ke atas katil.

Namjoon bengang. “Woi..” Sekali lagi bantal miliknya dibaling tepat pada Junhyung. “Tak kisahlah masalah nie siapa punya pun. Kau kawan aku. Kawan yang baik kena backup kawan baik dia tak kira macam mana pun!"

“Hisy..” Cepat-cepat Junhyung berbaring membelakangi Namjoon. “Aku penatlah, Namjoon. Please ah jangan memekik macam orang hilang bini.”

“Kau nie apahal?” Namjoon bangun dari katilnya. “Takkan sebab aku tak masuk kelas, kau jadi macam nie? Cuba kau bagitahu aku. Dia ada denda kau tak? Tak-“

“Kau diam boleh tak?!” tengking Junhyung kuat sehingga bergema asrama yang mereka semua duduki sekarang. Serta-merta mereka semua berhenti membuat bising kecuali Jackson yang baru keluar dari bilik air.

“Orait. Siapa nak mandi pulak lepas nie?” tanya Jackson sambil menunjuk-nunjuk bilik air yang berada di belakangnya.

Mereka semua kecuali Namjoon dan Junhyung berpaling memandang Jackson. Pandangan yang agak menakutkan.

“T-Tak nak mandi pun tak apa.” Segera Jackson berjalan menuju ke katilnya. Mengigil-gigil dia seketika dengan pandangan tiba-tiba daripada mereka semua.

“Kau nie dah kenapa weh?” Namjoon bersuara semula.

Junhyung yang kini berdiri menghadap Namjoon kembali naik ke atas katilnya. “Kan aku dah cakap tadi. Aku penat. Please? Jangan kacau aku.” Dia berbaring semula. Kali ini dia menarik selimut sehingga paras kepala.

Namjoon duduk di birai katil seketika. “Hisy..” Dia bangun semula lalu keluar dari asrama.

______________________________________________________________________________________________

To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^