I'm Not Ready (2018)

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Jadi, Taecyeon.. macam mana?” soal Juhwan sebaik mereka tiba di pejabat.

Berdegup kuat jantung Taecyeon apabila diserang dengan soalan Juhwan. “M-Macam mana apa maksud pakcik Juhwan?” tanyanya berhati-hati.

Sedar akan air muka Taecyeon yang mula berubah, Juhwan melepaskan tawa kecil. “Maksud pakcik, macam mana keadaan kat sini? Okay tak jadi cikgu motivasi?

Soalan Juhwan yang kedengaran bimbang membuatkan Taecyeon pantas mengangguk berkali-kali.

Bukan senang nak kawal budak-budak tu. Lepas kamu jadi cikgu motivasi dekat sini, pakcik sedar budak-budak tu mula ikut cakap kamu.” Sambungnya lagi sambil matanya melirik ke arah asrama melalui tingkap pejabat.

Taecyeon sekadar mengangguk setuju. “Eloklah budak-budak tu dengar cakap saya tapi lagi elok kalau budak-budak tu dengar cakap pakcik dan Yixing kat sini.

Juhwan memandang Taecyeon. “Eh kenapa nie? Kamu nak berhenti ke?” tanyanya lirih.

Pantas Taecyeon mengangkat kedua-dua tangannya lalu melambai laju tanda tidak. “Tak, tak! M-Maksud saya..

Ayatnya tergantung apabila bunyi mercun dilepaskan kedengaran kuat. Terkejut mereka dek letupan tersebut.

Juhwan berdiri mengejut dari kerusinya. Diikuti Taecyeon. Masing-masing dapat menangkap satu asap yang dihasilkan oleh mercun dari arah padang.

Sejak bila budak-budak ni ada mercun pulak nie?” keluh Juhwan seraya rambutnya dilurut geram. Terpandangkan Juhwan, Taecyeon turut menjadi geram.

Eish dorang memang nak kena dengan aku nie.

Cikgu!” sergah Junhyung di muka pintu bersama Namjoon.

Serentak Juhwan dan Taecyeon menoleh dengan satu pandangan yang menyeramkan. Pandangan mereka membuatkan Junhyung dan Namjoon mula bermandi peluh.

C-Cikgu..?

Terus bahu Junhyung dicengkam ketat, membuatkan Junhyung menjerit ketakutan. Namjoon yang tidak menerima apa-apa serangan daripada Taecyeon turut menjerit sama.

Diamlah!” marah Taecyeon. Habis tubuh Junhyung digoncang-goncang supaya lelaki itu berhenti menjerit. “Kau pergi menjerit macam nampak hantu dah kenapa?!

Memang kitaorang nampak hantu pun!” Menggeletar jari Namjoon ditunding ke arah Taecyeon yang dikatakan hantu itu.

Dalam sekelip mata, wajah Taecyeon sudah berada di hadapan wajahnya. “Hai.” Mendengar suaranya sahaja sudah membuatkan Namjoon menjerit lagi.

Juhwan sudah menepuk dahi.

Dahlah! Boleh pekak telinga aku kejap lagi.” Taecyeon menolak tubuh mereka jauh daripadanya. “Alang-alang korang kat sini, aku nak soal siasat korang berdua.

K-Kenapa pulak?” tanya Namjoon keliru. “Kitaorang datang nie-

Dari mana korang semua dapat mercun tu? Main dalam pusat motivasi pulak tu!

Cik-

Entah-entah korang nak bakar tempat nie?

CIKGU!” jerit Junhyung dan Namjoon serentak. “Bukan kitaorang yang bakar mercun tu!” beritahu Namjoon geram.

Habis berubah riak muka Taecyeon dan Juhwan. “Habis tu siapa?!

Bukan kitaorang tapi o-orang lain..” Junhyung menelan liurnya, seakan-akan dia berasa gerun dengan orang tersebut.

Taecyeon membulatkan matanya.

Dan orang tu pulak asyik jerit nama… kau.” Beritahu Namjoon berhati-hati. Juhwan diam namun matanya terpaku ke arah Taecyeon, seorang lelaki yang telah banyak menolongnya.

Kata-kata Namjoon membuatkan Taecyeon berlari keluar dari pejabat.

Masing-masing bertukar pandangan sebelum Junhyung dan Namjoon turut berlari keluar meninggalkan Juhwan keseorangan di pejabat.

_______________________________

Mana Taecyeon?! Keluarlah sekarang sebelum aku bakar tempat nie!” ugut salah seorang lelaki bawah Kris, menayang-nayang mercun di tangan.

Lagi menggerunkan apabila terlihat botol-botol yang berisikan minyak petrol di situ.

Terdapat dua orang lelaki yang dihantar oleh Kris iaitu Daniel dan Seongwoo.

Mana Taecyeon ni bro? Sure kita tak salah tempat?” soal Seongwoo sambil matanya meliar mencari lelaki yang dikehendaki Kris. Takut-takut Taecyeon datang menyerang mereka secara mengejut.

Betullah. Boss kita mana pernah silap tempat.” Jawab Daniel dengan yakin.

Tanpa sedar, mereka berdua sedang diperhatikan dari atas. Masing-masing dalam keadaan meniarap supaya dua penjahat tersebut tidak sedar akan kehadiran mereka. Doojoon menyiku Zico sebagai isyarat untuk turun ke bawah.

Turunlah.

Weh tak naklah aku. Aku takut.” Bisik Zico, digeleng-geleng kepalanya.

Doojoon sekadar memaki hamun dengan gerakan mulutnya. Jackson di sebelah Doojoon sudah menepuk dahi.

Eish tadi bukan kemain lagi kata nak belasah dorang.” Jackson geram.

Zico sudah mengigit bibir. Terasa tangannya dipegang erat oleh Yukwon di sebelah. Terus wajah Yukwon ditenung penuh kasih sayang.

Kalau sayang turun, malam nie kwonnie belanja satu kiss. Eh tak, lebih satu kiss.” Bisik Yukwon sebelum jari-jemarinya membentuk mini heart buat Zico. “Fighting!” sokongnya comel.

Aduh Kwonnie!” Terus baju di bahagian dadanya digenggam ketat, dimana jantungnya berdegup kencang seperti mahu melayang dan meletup. “Jom serang!” Dia dengan penuh semangat wajanya terus berlari turun ke padang.

Doojoon dan Jackson terkejut beruk. Apatah lagi mereka yang lain. “Aduh Zico! Ini dah lari dari plan yang kita rancang tadi!

Ah lantaklah! Serang!” arah Doojoon semangat sebelum turun ke padang bersama mereka yang lain. Menjerit-jerit mereka seperti zombie, membuatkan dua penjahat tersebut dilanda perasaan cemas.

Nie siapa pulak ramai-ramai nie?!” soal Daniel penuh cemas sehinggakan mercun di tangan terus dibaling ke arah mereka. Zico yang mengetuai mereka pantas mengelak dari serangan mercun tersebut.

Malangnya mercun yang dielaknya tadi terus terkena kaki Doojoon lalu meletup. Terguling-guling lelaki itu akibat mercun.

Doojoon!” Jinyoung berlari mendapatkan Doojoon yang dalam kesakitan.

Tu dia, tumbang dah satu!” gelak Daniel bersama Seongwoo, mereka saling menepuk tangan.

Myungsoo, Yukwon dan Kai segera mendekati Doojoon, cemas melihat sahabat mereka dalam kesakitan.

“Sakit, sakit..” adu Doojoon, hampir sahaja menitiskan air mata. Melihat kakinya yang berlumuran darah, empangan air matanya terus pecah. “Weh kaki aku dah putus ke weh?!

P-Putus?!” Mendengarkan kata-kata Doojoon itu membuatkan Jinyoung rebah di atas padang. Meraung Doojoon melihat Jinyoung yang tidak sedarkan diri itu.

Jinyoung! Janganlah mati!” Doojoon menangis. Tanpa sedar, Doojoon segera berdiri lalu mendapatkan Jinyoung di sebelah.

Putus kepala otak kau. Kau cuma luka je.” Beritahu Myungsoo geram.

Ohyeke?!” Sekali lagi Doojoon menangis, kali ini tangisan penuh kegembiraan. “Kaki aku okay lagi weh! Kaki aku tak putus lagi weh!” jeritnya gembira.

Aku sepak jugak Doojoon nie kang.” Kai menggeleng.

Sementara Zico dan Jackson pula masih lagi berani ke hadapan, cuba menghampiri dua penjahat tersebut. Mati tawa mereka dengan kehadiran Zico dan Jackson. “Boleh berambus tak? Tempat korang bukan dekat sini tapi dekat hutan amazon sana.” Halau Zico berani.

Asal hutan amazon pulak?” soal Seongwoo dengan keningnya yang sedikit terjongket.

Jackson menghampiri Daniel sebelum dadanya yang tidak begitu bidang itu menolak Daniel dengan kuat. “Sebab muka korang..” Dia menelan liur. “Macam haiwan-haiwan dekat sana?

Tersembur tawa Zico dibuatnya. “P-Peliknya ayat kau.” Gelaknya. “Tapi aku setuju!” Gelaknya lagi kuat.

Jackson sudah memeluk tubuh. “Aku tak pandai nak berkata-kata macam cikgu Taecyeon tu.

Daniel dan Seongwoo hanya berkerut dahi. “Cikgu Taecyeon?

Woi!” jerkah satu suara, membuatkan Jackson dan Zico segera berpaling ke arah suara itu. Daniel dan Seongwoo menyoroti pandangan mereka.

Cikgu Taecyeon! Ada dua pendatang asing masuk sini buat kecoh!” laung Zico, membuatkan Daniel terus mencekiknya dari belakang. “T-Tolong!

Lepaskan dia!” arah Jackson sebelum wajahnya ditumbuk oleh Seongwoo sehingga Jackson terbaring lemah di atas rumput.

Taecyeon segera berlari turun ke bawah bersama Namjoon dan Junhyung. “Woi pendatang asing! Jangan cuba nak apa-apakan budak-budak tu!” laung Taecyeon kuat membuatkan Seongwoo pantas menuangkan minyak petrol ke atas tubuh Jackson.

Jackson!” jerit Namjoon, terkejut melihat sahabatnya dituangkan dengan minyak petrol.

Zico masih lagi dicekik oleh Daniel. “Senang je arahan aku. Datang dekat, aku buat budak nie takkan bernyawa.

Seperti orang yang sudah hilang akal, Daniel mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu diletakkan pada leher Zico.

Serentak Taecyeon, Namjoon dan Junhyung berhenti menghampiri mereka. Yukwon yang berada di tepi padang hanya berdiri kaku dengan matanya yang terbeliak.

Z-Zico..” Yukwon sekadar mampu menyebut nama lelaki itu. “E-Eh?” Merasakan dirinya dibawa ke kisah lalu, wajah Daniel terus berubah menjadi wajah cikgu Leo dimana cikgu Leo pernah cuba untuk membunuh Zico pada ketika dahulu.

Korang nie siapa? Siapa hantar korang?” soal Taecyeon tegas, suaranya membuatkan Yukwon kembali ke realiti.

Dilihat wajah Daniel sudah kembali ke asalnya.

Seongwoo melepaskan tawa sinis. “Kau mesti kenal bos kitaorang siapa. Kan Daniel?” Sambil jarinya bermain-main dengan pemetik api.

You know Kris?” Daniel cuba memancing air muka Taecyeon. “Dah agak.” Pancingnya akhirnya terkena apabila Taecyeon mula berubah wajah. Wajah yang tidak begitu senang. “Aku rasa budak-budak kat sini mesti tak tahu kau nie siapa.

Namjoon berkerut seribu. “Apa pulak maksud kau?” Wajah Daniel direnung sebelum dia merenung wajah Taecyeon pula. “Apa maksud dia nie?

Kau diam.” Arah Taecyeon, cuba berlagak tenang.

Arahan yang diberikan oleh Taecyeon membuatkan Namjoon panas. “Kali ni aku tak nak diam! Aku nak tahu apa maksud dia nie! Aku tak fa-

Terus baju Namjoon ditarik kasar oleh Taecyeon yang semakin berapi itu. Pantas Junhyung meleraikan mereka berdua. “Hei, hei! Sudahlah! Nak Jackson dengan Zico mati macam tu je ke? Tolonglah, cikgu, Namjoon.” Pujuk Junhyung perlahan.

Kenapa tu cikgu Taecyeon?” perli Daniel. “Takut identiti bocorlah tu.” Gelaknya lagi.

Namjoon serabut. “Identiti apa pulak nie aduh..

Diamlah!” jerkah Taecyeon lagi. Semakin panas dengan Daniel yang suka bermain-main. “Kenapa lah Kris hantar dua manusia yang suka menyakitkan hati ni? Balik hutan amazon sanalah!

Bodoh, hutan amazon lagi.” Seongwoo menepuk dahinya.

Kan betul Jackson cakap. Korang tak layak untuk berada kat sini.” Sokong Zico yang masih lagi dalam pelukan Daniel.

Kau memang dah tak sayang nyawa ke?!” Pisau lipat di tangan Daniel terus diacu namun tengkuknya terasa disiku dari belakang, menyebabkan Zico berjaya menyelamatkan diri. Zico segera berlari mendapatkan Taecyeon.

Daniel melutut sambil mengurut lehernya yang habis disiku oleh seseorang. “S-Sakit lah tak guna!” makinya geram.

Seongwoo mula menggelabah apabila Daniel sudah tumbang dek disiku oleh Juhwan. “A-Aku bakar budak nie! Aku bakar budak nie kang!” Api dinyalakannya.

Jackson sudah memejamkan matanya erat. “Selamat tinggal dunia..

Selamat tinggal nak pergi mana tu?” tegur satu suara diikuti suara Seongwoo sedang mengaduh kesakitan. Perlahan-lahan Jackson membuka matanya. Muncul Seongwoo yang tidak sedarkan diri di sebelahnya. “Jackson.

H-Ha?” Mencari-cari siapakah yang telah menolongnya dari dibakar hidup-hidup. “J-Junhyung! You save my life oh my god!” jeritnya sebelum tubuh Junhyung dipeluk erat-erat sehinggakan minyak petrol menyelimuti tubuh Junhyung sekali.

Aduh Jackson, janganlah peluk aku lagi! Habis minyak kena aku sekali!” jerit Junhyung sambil menolak-nolak tubuh Jackson. “Stop it!

Ala biarlah, nanti boleh mandi sama-sama!” gelak Jackson seronok. Namjoon yang tidak berada jauh daripada mereka, entah kenapa ajakan Jackson kepada Junhyung membuatkan dirinya berasa panas semacam.

Cemburu?

Woi jangan lari!” jerit Taecyeon apabila Daniel cuba melarikan diri setelah sakit di tengkuknya hilang. Manakala Juhwan sudah terjatuh akibat ditolak Daniel. “Pakcik!

Jangan risaukan pakcik! Pergi tangkap dia!” Juhwan menghalau Taecyeon supaya Taecyeon tidak datang mendekatinya. “Pergi!” Taecyeon yang dilihat teragak-agak, mula mengejar Daniel yang tidak begitu jauh daripadanya.

Woi!” Terus tubuh Daniel diterkam dari belakang. Habis berguling-guling mereka di atas padang, membuatkan mereka semua diam terkaku. “Sudah-sudahlah tu. Aku malas nak kejar budak bodoh yang Kris hantar nie.

L-Lepaskan aku, tak guna!” Meronta-ronta Daniel dalam tahanan Taecyeon. Akhinya Taecyeon berjaya menahan Daniel dengan kedua-dua lengan Daniel yang dicengkam ketat ke tanah.

Aku boleh lepaskan kau.” Beritahu Taecyeon tercungap-cungap setelah penat mengejar. “Tapi dengan tiga syarat!” sambungnya lagi.

Daniel menjeling tajam. “Apa d-dia?!

Syarat pertama, lepaskan sahabat baik aku si Chansung.

Ked-dua?

Kirim salam rindu dekat Kris si bos kau yang tak guna tu. Cakap dengan dia, lain kali jangan ambik orang dari hutan amazon. Aku tak nak budak-budak sini cedera sebab aku seorang.

Daniel tersenyum sinis. “Sweet sweet pun kau tetap menipu budak-budak tu yang kau nie gengster, cikgu Taecyeon.” Perlinya.

Aku tahu.” Taecyeon terus menghalakan pisau lipat milik Daniel pada wajah Daniel. Terbeliak mata Daniel dengan pisau lipat tersebut. “Syarat ketiga ni senang je.

A-Apa dia?” soal Daniel takut.

Dari jauh, mereka semua dan juga Juhwan hanya memerhati Taecyeon yang masih lagi menahan Daniel dalam diam.

C-Cikgu Taecyeon okay ke tak tu?” tanya Junhyung risau. Namjoon mengenggam bawah bajunya ketat sambil berharap lelaki itu tidak apa-apa.

Tak guna..” maki Namjoon. Tanpa sedar, dia amat merisaukan Taecyeon.

Terdengar jeritan Taecyeon dan dilihat Daniel sedang melarikan diri.

Eh apa yang dah jadi?

____________________________

Ah, sakit. Janganlah tekan luka tu kuat sangat sayang, ah!” Taecyeon mengaduh setiap kali luka di pehanya ditekan-tekan dengan kapas yang telah disaluti dengan ubat. Berona merah pipi Yixing mendengar suara lelaki itu.

Pergh suara macam tengah romen.” Kata Namjoon jujur, menggeleng.

Tulah pasal, aku rasa kita semua patut tinggalkan je cikgu dengan Yixing nie berdua.” Sambung Myungsoo, turut menggeleng.

Yixing yang berusaha merawat luka Taecyeon, wajahnya merah terbakar dek usikan mereka!

Papa, tengoklah dorang nie..” Menggeletar tangan Yixing dibuatnya sehingga tidak sengaja menekan luka Taecyeon dengan kuat.

Ah! Sakit!

Tolong kawal sikit suara tu!” marah Yixing. Terus bahu Taecyeon ditampar-tampar geram.

Mereka semua termasuk Juhwan terkejut beruk. Kelam-kabut mereka semua menyelamatkan Taecyeon dari terus ditampar oleh Yixing. “Cikgu tengah sakit kot. Janganlah sakitkan dia lagi.” Rayu Zico.

Yixing berdiri mengejut. “Korang jelah rawat dia! Hmmph!” Segera dia beredar dengan wajahnya yang masih menyala.

Cikgu Taecyeon okay?” tanya Yukwon risau. Diikuti Kai dan juga yang lain. Melihat mereka semua termasuk Namjoon begitu bimbang dengan keadaan Taecyeon sejak ditikam oleh Daniel semalam, Juhwan mula tersenyum manis.

Amboi kamu semua~ Dulu bukan kemain lagi. Benci sangat dengan cikgu Taecyeon kamu nie. Sekarang apa cerita ni?” Juhwan melepaskan tawa perlahan.

Muka Namjoon berona merah. “Apa m-maksud k-kau, eh maksud aku.. pakcik Juhwan. Apa maksud pakcik Juhwan? Mestilah kitaorang masih bencikan dia.

Taecyeon menggeleng. “Tak kisahlah korang masih bencikan aku ke apa, janji korang semua ikut cakap aku. Tu je aku nak.” Dia mula berpura-pura merajuk.

Kitaorang tak bencikan cikgu pun! Rapmonster je benci cikgu, kitaorang tak.” Junhyung mengangkat tangannya.

Juhwan masih lagi ketawa namun ketawanya mati apabila teringatkan Doojoon dan juga Jinyoung di asrama.

Kamu semua boleh tak balik ke asrama? Tengokkan Doojoon dengan Jinyoung kat sana.” Pinta Juhwan lembut. Mereka semua serentak mengangguk kecuali Namjoon. “Jumpa malam nanti ye kamu semua. Pakcik Juhwan ada announcement nak bagitau malam nie.”

Berjemaah mereka semua pulang ke asrama. Melihatkan Namjoon masih di situ, Taecyeon dengan perlahan-lahan menyandarkan belakangnya pada bantal.

Nama kau siapa eh?” Bibir Taecyeon ditekan-tekan. “Rapdoh or rapbangang-

Panggil je aku Namjoon.” Potong Namjoon malu.

Taecyeon sedikit terkejut namun segera mengukirkan senyumannya yang paling manis. “Namjoon?

Iye, kau tahu kan aku tak suka ulang benda yang sama sampai dua kali.” Beritahu Namjoon perlahan.

Okay, sorry Namjoon. Aku rasa kau patut balik ke asrama sekarang.” pesan Taecyeon lembut. Terus bahu Namjoon ditepuk lembut oleh Juhwan.

Jumpa malam nanti.” ucap Juhwan.

Okay.” Namjoon mengangguk perlahan lalu berpaling pergi. “Oit.” Panggilnya tanpa menoleh ke belakang. “Kalau kau tak ada malam ni, aku tak nak kau panggil aku Namjoon lagi lepas nie. Faham tak?” Cepat-cepat dia berlari pulang ke asrama.

Macam-macam si Namjoon ni.” Gelak Juhwan setelah duduk di birai katil. “Nah.” Dihulurkan sampul yang berisi duit kepada Taecyeon.

Apa nie pakcik?” tanya Taecyeon.

Gaji.” Jawab Juhwan manis. Ditariknya tangan Taecyeon lalu sampul tersebut diletakkan di atas tangan Taecyeon. “Ambiklah. Lagi seronok bila dapat duit atas usaha kita sendiri daripada kita ambik duit orang lain kan?” pesannya mendalam.

Pesanan Juhwan membuatkan Taecyeon terkaku. Segera dia mengangguk setuju dengan satu senyuman paksa di bibir. “Betul jugak tu.” Gelaknya kekok.

Juhwan berdiri setelah menepuk tangan Taecyeon yang berisi sampul itu. “Jumpa malam nanti okay?

B-Baik..

__________________________________

Kirim salam rindu dekat Kris si bos kau yang tak guna tu. Cakap dengan dia, lain kali jangan ambik orang dari hutan amazon. Aku tak nak budak-budak sini cedera sebab aku seorang.

Daniel tersenyum sinis. “Sweet sweet pun kau tetap menipu budak-budak tu yang kau nie gengster, cikgu Taecyeon.” Perlinya.

Aku tahu.” Taecyeon terus menghalakan pisau lipat milik Daniel pada wajah Daniel. Terbeliak mata Daniel dengan pisau lipat tersebut. “Syarat ketiga ni senang je.

A-Apa dia?” soal Daniel takut.

Tikam peha aku dan blah dari sini. Aku tak nak tengok muka kau.” Arah Taecyeon walaupun tidak bersedia untuk ditikam. Daniel pelik.

Tikam kau? Nampak sangat nak tunjuk hero dekat dorang.

Tak.” Taecyeon menggeleng. “Aku tak nak dorang tertanya-tanya kenapa aku lepaskan kau. Sebab tu aku nak tikam peha aku. Aku lepaskan kau sebab aku nak Chansung dilepaskan. Paling penting sekali, aku tak nak dorang tahu identiti aku yang sebenar. Kalau dorang dapat tahu, aku takkan dapat peluang yang aku dapat sekarang nie. Lagipun aku dah mula sayangkan tempat nie termasuk orang-orangnya sekali. Aku nak berubah tapi malangnya aku tak bersedia nak bagitau dorang siapa aku yang sebenarnya..

Tanpa Daniel sedar, pisau lipat sudah pun berada di tangannya. “Tikam cepat.

Kau ni..” keluh Daniel dalam. “Pelik gila.

Belum sempat memberi isyarat, peha Taecyeon ditikam dalam sekelip mata. Menjerit-jerit dia menahan kesakitan pada pehanya. “Pergi!

Kelam-kabut Daniel berlari keluar dari pusat motivasi dan hilang dari pandangan semua.

Cikgu Taecyeon!

Cikgu, cikgu okay tak?!

Taecyeon!

Taecyeon rebah sebelum pandangannya menjadi gelap.

 

Kalau korang tahu aku siapa yang sebenarnya, korang masih panggil aku cikgu lagi ke?

 

To be continued.

A little note from cik Forteenagerss.

" HALOLOLOLOLOLOLO! I'm backkkkk ! Perghh dah lama gila tak update fanfic nie! Aku hampir give up dengan fanfic nie sebab aku dah takde idea tapi disebabkan perjalanan cerita nie dah jauh, kenalah habiskan! Betul tak? T- T Aku tetap berpegang teguh pada satu rule nie. Kalau nak create fanfic baru, kena habiskan fanfic yang lama! So here I am Dx Aku nak create satu fanfic baru. Macam biasa lah, lagi /gelak macam mak datin/ Apa-apa pun aku minta maaf kepada readers sebab aku ambik masa yang lama nak update cerita nie T- T Thank you jugak yang still subscribe fanfic ni! Love ya! Enjoy! " 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^