Tradisi (2019)

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Berjengket-jengket Taecyeon berjalan ke kantin dimana semua pelajar sudah pun berkumpul di situ. Diiringi Yixing di sebelah dengan rapat. Takut jikalau lelaki sado itu terjatuh dek luka di pehanya.

Weh, korang nak tahu something tak?” Namjoon memecahkan kesunyian.

Sunyi-sepi. Masing-masing melakukan hal sendiri. Junhyung di sebelah turut melakukan yang sama. Sibuk membelek kuku kakinya dengan bibirnya yang sedikit muncung.

Namjoon menepuk dahi. “Weh, cakaplah something, gila!

Junhyung mengangkat wajah, tiada perasaan. “Something.

Okay lawak.” Doojoon tergelak besar, menepuk-nepuk tangan.

Yang lain sekadar menayang gigi, terhibur. “Lawak sangat.” perli Namjoon sebelum Taecyeon dan Yixing muncul dalam pandangannya.

Sebaik mata Taecyeon dan Namjoon bertemu, terus Namjoon berasa teruja melihat lelaki sado itu. “Eh, Taecyeon!

Taecyeon senyum. “Iye Namjoon?” Dahinya berkerut namun senyumannya kekal manis di bibir. “Pehal kau teruja semacam ni? Geli pulak aku.” Usiknya.

Laaaa salah ke aku macam ni?” Gelak Namjoon kecil. Junhyung di sebelah menjadi pelik. Entah kenapa wajahnya terasa panas.

Menyedari kehadiran Taecyeon di situ, habis kesemua pelajar menyerang Taecyeon dengan penuh teruja. Aduhai, seakan-akan mereka bertemu seorang hero yang baru sahaja menyelamatkan dunia!

Cikgu, cikgu! Cikgu okay tak?” tanya Zico, gelabah.

Peha cikgu okay tu?” tanya Doojoon. Matanya terpaku pada peha Taecyeon. “Yixing balut okay tak tu? Dia balut ketat sangat ke? Ala siannya cikgu aku ni!

Taecyeon menggaru kepalanya, kekok dengan sifat mereka yang mula berubah itu. Dari berperangai seperti sampah sarap sehinggalah berperangai seperti seorang ibu yang baru sahaja melahirkan seorang bayi comel.

Inilah Taecyeon mahukan. Begitu juga dengan Juhwan.

Segera Yixing bertindak dengan berada di hadapan Taecyeon sambil mendepakan kedua-dua tangannya. “Dah, dah. Hero kesayangan korang semua tengah tak sihat. Janganlah soal dia macam-macam. Okay?

Masing-masing sudah mencebik. “Tu dia, bini dia dah bising dah.” Rungut Zico, tidak berpuas hati.

Taecyeon yang sempat mendengar rungutan itu, tergelak kecil. Segera ditekup mulutnya agar tidak didengari Yixing. Wajah Yixing sudah berona merah, terbakar!

B-B-Bini?” Yixing gagap. “Tengkorak kau bini! Sini kau! Biasa kau ni!” Segera dia berlari mengejar Zico.

Zico sudah berlari dengan menghayun-hayun tangannya ke atas, ketakutan.

Aduh, maaflah korang.” Taecyeon menggeleng. “Bini aku memang macam tu.” Guraunya, menaikkan lagi suasana di situ.

Myungsoo sedang meneguk air masak, segera disemburnya. “HA?

“Sejak bila kau kahwin?!” soal Namjoon, terkejut. “Tak ajak!

Jackson menyilangan lengannya sambil bersandar pada tubuh Taecyeon. “Ehem, tadi tu tengah buatlah ye?” usiknya.

Muka Yukwon terbakar mendengarkan soalan cepumas itu. “B-Buat apa..?

Taecyeon ketawa sebelum menyambung lakonannya yang cukup mantap itu. “Buat anaklah. Tapi tak dapat teruskan sebab ada orang ceroboh bilik kitaorang tadi.

Jackson melepaskan tawa besar sebelum gelakannya mati secara tiba-tiba. “A-Aku eh?” Digaru-garu kepalanya.

“Yelah.” Kali ini Taecyeon pulak menyilangkan lengannya. Terus berpaling wajahnya tanda merajuk. Pergh cukup mantap sekali lakonan si lelaki sado. “Ciss, melepas.

Aduh!” Namjoon mencengkam bajunya, seolah-olah memahami perasaan Taecyeon. “Bodohlah kau ni. Kau dah kenapa ceroboh bilik dorang?” marahnya.

M-Mana lah aku tahu, gila!” jerit Jackson marah.

Sementara Zico masih lagi dikejar oleh Yixing dan Namjoon pulak sibuk berdebat dengan Jackson bagai nak rak, barulah Juhwan tiba di kantin.

A-Apa yang dah jadi..?” bisik hati Juhwan dengan dahinya yang berkerut seribu.

Image result for divider png

Chansung masih lagi dikurung. Kali ini bersama Daniel namun mereka tidak diikat dalam cara yang sama dimana Chansung seperti biasa, diikat pada kerusi. Manakala Daniel terbaring di atas lantai yang kotor dengan tangannya diikat di belakang.

Sayu melihat Daniel diikat sebegitu rupa. Apatah lagi tubuh Daniel yang tidak bermaya.

Hei.” Tegur Chansung, ditolak-tolak kerusi bersamanya menghampiri lelaki itu. Dilihat Daniel masih lagi dalam keadaan tidak sedar. “Hei!” tegurnya lagi.

Setelah Daniel dihampiri begitu rapat, ditolaknya tangan Daniel dengan kakinya. “Kau hidup lagi ke tak tu?

Sunyi. Tiada jawapan.

Wei..?” Chansung sudah meneguk liur. “Kris gila ke apa ni sampai kurung aku sekali dengan mayat.

C-Chan-Chansung.. is that you..?” tegur satu suara, halus bunyinya.

Terpandangkan wajah Daniel yang penuh luka akibat dibelasah, terkejut tahap raja dewa Chansung dibuatnya sehingga terjatuh ke belakang bersama kerusi. “HANTU!” jeritnya sambil berusaha untuk menjauhkan diri dengan menolak-nolak kakinya pada lantai.

Apakah daya kerusi yang sentiasa setia di belakangnya, menyukarkan Chansung untuk bergerak.

Tak.. tak.. aku hidup lagi, chansung.. Cuma aku tak bermaya sekarang ni..” terang Daniel perlahan, masih lagi terbaring.

Dalam ketakutan, Chansung perlahan-lahan mengangkat kepalanya untuk melihat Daniel. Disebabkan dia kini dalam keadaan terlentang, sukar dia untuk melihat lelaki lemah itu.

Sorry bro! Aku tak tahu!” Chansung segera meminta maaf. “Tapi macam mana kau tahu nama aku bro?” soalnya pelik.

Daniel mengeluh. “Sebab aku-“ Ayatnya terpotong apabila pintu bilik dikuak perlahan. Muncul Kris di muka pintu sambil lengannya disilangkan. “Aku haus.” Sambungnya walaupun itu bukan jawapan yang hendak disampaikan.

Haus?” Dengan sopannya Kris melutut menghampiri kepala Daniel. “Sian dia. Haus ye?

Chansung sekadar memerhati. Pelbagai soalan datang bertandang di kepalanya.

Kris menepuk tangannya sekali. “Bawakan Daniel air please! Dia tengah haus gila tu.” Arahnya lalu berdiri semula. Muncul sebaldi air besar yang dijinjing oleh orang bawahannya.

Haus sangat kan?” Terus Kris menyimbah air tepat pada wajah Daniel. Terbatuk-batuk Daniel dibuatnya akibat tertelan air yang disimbah itu.

Tersenyum Kris sinis melihat keadaan Daniel, terus baldi tersebut dicampak ke tepi sebelum Chansung muncul dalam pandangan matanya. “Chansung~ Jatuh kerusi lagi ye? Dah berapa kali dah kau jatuh. Kau dah mula cintakan lantai ke?” gelaknya sinis.

Chansung pulak memandang Daniel yang masih batuk. “Kalau ye pun, tolonglah angkat aku. Aku tak selesa sekarang ni.” Pintanya geram.

Tak payahlah kot. Lagi seronok tengok kau macam tu.” Kris membuka langkahnya ke tengah bilik. Dia berdiri diantara mereka berdua. “Aku ada benda nak bagitau korang.

Memandangkan korang berdua adalah orang yang Taecyeon kenal…” Nama Taecyeon menaikkan rasa ingin tahu dalam diri Chansung dan Daniel. Mereka berdua kekal diam namun mata mereka sempat bertemu.

Chansung yakin Daniel juga mengenali Taecyeon.

Aku pasti 100% dengan adanya korang, Taecyeon akan ikut cakap aku 100%.” Kris menggosok-gosok tapak tangan. “Mudah. Kalau Taecyeon tak nak ikut cakap aku, aku boleh buat nyawa korang melayang.”

“Hanya sebabkan duit, kau nak libatkan nyawa kitaorang. Teruk sungguh, Kris.” Luah Chansung geram. “Lebih teruk dari binatang!

Kris ketawa lagak seorang psikopat. “Mestilah! Duit tu aku yang punya! Bukan dia punya! Aku yang lebih berhak dapat duit tu! Bukan Taecyeon!

Chansung terdiam. Tegak bulu roma melihat Kris yang mula berubah menjadi lebih menakutkan.

Kalau dia dah susah sangat nak bagi duit tu kat aku, aku kena buat sesuatu yang boleh menakutkan dia.” Sambung Kris lagi sebelum berlalu pergi. Sebaik sahaja dia berdiri di muka pintu dengan membelakangi mereka.

Aku akan bunuh korang.” Hanya wajah Kris separuh kelihatan. Terukir senyuman paling sinis sekali di bibirnya.

Salahkan kawan kau kalau kau mati nanti.” Terus Kris hilang dari pandangan mereka.

Tak guna..” maki Daniel perlahan. Dihentak-hentak belakang kepalanya pada lantai, membuatkan Chansung terperanjat. “Kalau aku boleh bangun, kalau tangan aku tak kena ikat.. sekarang jugak aku bunuh Kris! Tak guna punya haiwan!” jeritnya geram.

Hei, hei! Tenanglah woi!” jerit Chansung pula. Dia berusaha untuk mendekati lelaki itu namun tidak berjaya.

Daniel mula menangis.

Kau dah kenapa duh?” Chansung mulai serabut. “Asal kau bengang semacam ni? Kau dengan Kris ada apa-apa ke?” soalnya geram.

Daniel mengangguk perlahan, masih lagi menangis. “Aku sebenarnya orang bawahan bintang tu.

Mata Chansung terbeliak luas.

"Not now."

Chansung menghela nafas lega.

Dan aku jugak menyesal tolong kawan kau tu!” pekik Daniel dalam tangisan. Lagi besar mata Chansung apabila kawan yang disebutkan itu ialah Taecyeon. “Kalau aku tak setuju untuk tolong dia menyelamatkan kau, aku takkan ada dalam bilik ni dengan kau!

Chansung sekadar merenung pada siling buruk. Keluhan dilepaskan sebelum senyuman lemah terukir di bibir pucat. “Terima kasih.

Daniel pelik. “Kau ni dah kenapa ucap terima kasih pulak ni..?” soalnya perlahan. Tersedu-sedan dia setelah puas menangis.

Eik? Ucap terima kasih je pun kau dah tenang balik?” Chansung melepaskan tawa kecil. “Baguslah. Lagipun aku ada sesuatu nak diberitahukan.

Aku yakin kau dah jumpa Taecyeon.” Beritahunya sebelum menelan liur untuk membasahkan tekaknya yang kering.

Aku kenal dia dah lama bro. Walau apa pun situasi yang menimpa kitaorang, dia akan pastikan kawan-kawan dia dalam keadaan selamat. Aku tahu dia ada kat kem motivasi. Dan dia boleh keluar bila-bila masa je dia nak tapi kau tahu kan, bila orang kat sana dah mula menerima dia, percayakan dia.. takkan nak lepaskan macam tu je kan?

Daniel tekun mendengar setiap ayat yang diterbitkan dari mulut Chansung. 

Otaknya segar mengimbas kembali wajah Taecyeon, wajah lelaki itu ternyata jelas menunjukkan wajah kerisauan ketika menyebut nama Chansung. Siap menawarkan dirinya untuk dilukai agar rahsia Taecyeon di kem motivasi kekal selamat.

Terima kasih bro sebab sanggup kena belasah dengan binatang tu sebabkan aku dan Taecyeon.” Sambung Chansung, penuh ikhlas.

Daniel perlahan-lahan bangun dari baringnya dan duduk seketika. “C-Chansung..” Luahan ikhlas daripada Chansung membuatkan dirinya tidak berasa kekal dengan keputusan yang dibuatnya. Malah semakin membara semangatnya untuk menunaikan permintaan Taecyeon.

Terpandangkan wajah Daniel dengan jelas, Chansung sedar Daniel memiliki wajah yang tampan tetapi pada masa yang sama, dia… comel.

Chansung sengaja berdehem. “Urm nama kau siapa?

Daniel menyengetkan kepalanya. “Kang Daniel.

Oh.” Tanpa diberikan sebarang amaran dari otaknya, muka Chansung berona merah.

Sebagai balasan, aku akan lindungi kau Daniel.” Yakinnya.

Image result for divider png

Langit gelap ditemani bintang-bintang terang disertai pula dengan angin meniup menaikkan lagi suasana yang tenang. Masing-masing menikmati susu panas dengan sedikit kudapan di kantin.

Zico yang berada di belakang sudah pun dibuai mimpi. Kini kepalanya sedang dilentok lembut pada bahu Yukwon yang setia di sebelahnya.

Yang lain masih lagi tekun mendengar segala taklimat yang diberikan oleh Juhwan. Menyedari segelintir daripada mereka mula menguap, dia hanya menggeleng lalu tersenyum manis. Mereka juga manusia sepertinya.

Dia sedar pada waktu itu sudah pun lewat. Sudah tibanya untuk mereka masuk tidur.

Taecyeon turut menguap. Segera dia menekup mulutnya.

Kamu mengantuk jugak ye Taec?” tanya Juhwan lembut. Tersentak Taecyeon dibuatnya. Segera dia menggeleng laju lalu tersenyum menayang giginya.

Mana ada pakcik. Saya okay lagi. Mata saya segar dari ladang lagi ni.” Gelak Taecyeon kekok. Segera dia memimpin Juhwan untuk menyambungnya lagi. “Teruskan, teruskan.

Yixing berdengus penuh menjengkelkan. “Eleh. Tadi tu apa? Menguap sampai mulut pun sebesar gua. Gajah pun boleh masuk! Bukan sekor tapi berekor-ekor!

Berpaling wajah Taecyeon ke arah Yixing. “Ohyeke? Ada bukti?” Perlahan-lahan wajahnya mendekat wajah Yixing.

Yixing segera berpaling ke tempat lain. “Uh.. kalau kau nak bukti, tak perlu tengok aku dekat-dekat. It really a-annoying you know..

Berjongket kening Taecyeon lalu menyengetkan kepalanya. “Kenapa? Tak boleh?

Yixing mengigit bibir geram. Wajahnya seperti biasa, dalam kebakaran yang tidak dapat diselamatkan lagi.

Sementara Taecyeon dan Yixing dalam dunia mereka, Juhwan menyambung sedikit taklimat sebelum mereka pulang ke asrama.

Sudah menjadi tradisi kem motivasi sebelum kamu semua bebas dari sini, pada penghujung bulan ni akan ada aktiviti dimana kamu semua akan diletakkan di satu hutan. Di situ kamu sendiri akan jumpa diri kamu yang sebenar. Mungkin sekarang ni kamu tak faham apa yang saya cuba sampaikan tapi dalam hutan nanti, kamu akan faham.” Jelas Juhwan tegas.

Masih segar dalam ingatan, pelajar-pelajar sebelum ini turut melakukan tradisi tersebut. Mereka akan diletakkan di satu hutan yang sama namun mereka tidak akan bersama. Lagi menyeramkan apabila mata mereka akan ditutupi dengan kain.

Setelah tiba di tempat yang sepatutnya, barulah kain di mata mereka ditanggalkan. Misi mereka senang sahaja.

Cari.

Jalan.

Keluar.

Disebabkan misi itu, ada yang sesat. Ada yang berjaya secara solo. Ada juga yang berjaya secara berkumpulan.

Paling teruk sekali, ada yang tidak berjaya langsung. Mujur Juhwan sudah expert di hutan, datang menyelamatkan mereka.

Sudah begitu lama Juhwan dalam ingatan, Jackson memecahkan kesunyian. “Haaaa pakcik Juhwan?

Juhwan melurut rambutnya, kononnya dapat menyedarkan dirinya ke realiti. “Ye Jackson?” Dia tersenyum manis lagi.

Boleh tak kitaorang balik asrama? Kitaorang dah ngantuk.” Pinta Jackson lembut, turut tersenyum. Yang lain sekadar mengangguk.

Jangan risau pakcik Juhwan, saya dengar apa yang pakcik cakap tadi.” Sokong Myungsoo separuh mengantuk.

Juhwan tergelak kecil. “Yelah, yelah. Kamu semua boleh balik asrama. Jangan lupa basuh kaki, gosok gigi okay?

Okay.” Jawab mereka serentak lalu berjemaah pulang ke asrama. Junhyung yang sudah tidak dapat menahan rasa ngantuk, dia mula terhuyung-hayang ke asrama. Terasa pinggangnya dipaut lembut.

Orang itu ialah Namjoon.

Mata Junyung sudah terkebil-kebil lemah. “A-Aku okay jelah. Aku bukannya mabuk. Aku cuma-

Mengantuk.” Potong Namjoon. “Dahlah tu. Tak payah nak pertahankan diri kau sangat. Aku risau kau melencong ke sungai pulak kang.” Semakin erat pelukan pada pinggang Junhyung sehingga Junhyung menjadi kekok.

Ha.. yelah Namjoon.” Mengiakan sahaja kata Namjoon, masih lagi kekok. Bersama-sama mereka pulang ke asrama.

Setelah mereka pulang ke asrama, giliran Juhwan, Yixing dan Taecyeon pulang ke bilik masing-masing.

Pakcik Juhwan, macam best je tradisi yang pakcik cakapkan tu.” Taecyeon memecahkan kesunyian, begitu berminat dengan taklimat sebentar tadi.

Mestilah best. Dari situ kita boleh tengok diri mereka yang sebenar.” Juhwan tersenyum lebar sehingga matanya turut tersenyum.

Yixing mengangguk setuju. “Aah betul tu. Boleh katakan diri mereka yang tak pernah dilihat sebelum ni.

Nice.” Taecyeon segera mengangkat kedua-dua ibu jarinya tanda sokongan.

Juhwan memaut bahu Taecyeon. “Taec ada sekali kan nanti?” soalnya lembut. “Pakcik harap Taec ada sekali.” Pintanya.

Taecyeon sekadar melepaskan tawa malu. “Huish boleh ke saya ada sekali ni?

Yixing berdengus lagi. “Jangan, papa! Kang dia belasah dorang dalam hutan tu pulak.” Digeleng-geleng kepalanya.

Eish agaklah kau ni. Dorang dah mula resect aku, takkan aku nak buat macam tu pulak.” Entah bagaimana muncul satu idea untuk mengenakan Yixing semula.

Melainkan kalau kau yang sesat, baru aku belasah kau.” Terjongket-jongket kening Taecyeon.

Woi!” jerkah Yixing geram.

Juhwan menggeleng, sudah lali dengan perangai mereka yang mudah bertengkar itu.

Jangan risaulah dey!” Taecyeon ketawa. “Aku takkan belasah kau tapi..” Ayatnya disengajakan tergantung sepi, membuatkan Yixing jadi tidak sabar.

Tapi apa?

Tapi sebaliknya aku akan angkat kau macam princess, keluar dari hutan. Cari pakcik Juhwan dan minta restu nak kahwin.

Langkah Yixing mati mengejut.

Juhwan menepuk tangannya tanda menyukai idea Taecyeon. “Lepas tu papa pun setuju.

JANGAN MAIN-MAINLAH!” jerit Yixing sekuat hatinya, laju dia mendekati Taecyeon lalu memukul-mukul dada sasa milik Ok Taecyeon.

 

To be continued !

+ little note from cik forteenagerss!

Maaf sebab lewat sangat nak update chapter baru T u T Ohye fanfic ni dah nak sampai penghujungnya, insyaAllah tahun ni habis and yesss! Tak sabar nak buat fanfic baru o u o  See ya!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^