Penyelamat

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Amaran: Terdapat ayat yang tidak beberapa sesuai untuk dibaca.

 

 

Namjoon dan Junhyung sedang melepak di tepi padang. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya setelah menghisap rokok buat kali kelima. Junhyung yang sedang berbaring di sebelahnya laju mengibas tangannya dari terkena asap rokok.

“Woi.. sudah-sudahlah merokok tu.” Keluh Junhyung lalu duduk bersila di sebelah Namjoon.

“Banyak kot kau merokok hari nie.” Wajah Namjoon dipandangnya dengan risau.

Namjoon berpaling memandang Junhyung lalu menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya pada Junhyung.

“Yah!” Laju tangan Junhyung mengibas diiringi dengan batukan.

Namjoon tergelak lalu menghisapnya lagi. Dia membiarkan batang rokok di bibirnya.

“Suka hati akulah nak merokok banyak mana pun.” Kata Namjoon. Ditepuk-tepuk dadanya. “Nie diri aku. So biarlah aku nak buat apa pun.”

Junhyung sekadar memandang Namjoon lalu melepaskan keluhan.

“Suka hati kaulah.” Katanya sambil berbaring semula.

“Rapmonster! Jun!” laung Zico yang sedang turun ke padang.

Junhyung bangun semula. Rambutnya dikusut-kusut malas. Rambutnya sudah seperti sarang burung. Namjoon berhenti merokok sebaik Zico tiba di situ.

“Cikgu baru der.” Beritahu Zico dengan senyuman sinisnya.

Sememangnya berita itu membuatkan Namjoon terus berdiri. Ditepuk-tepuk belakangnya dari rumput-rumput yang melekat. Batang rokok yang hanya tinggal separuh dibuang ke belakang. Junhyung berdiri apabila Namjoon memberi isyarat kepadanya agar memberitahu semua kawan tentang cikgu baru.

“Let’s bully.”

Cermin mata hitam dikeluarkan lalu memakainya. Namjoon kelihatan bergaya sekali.

Zico dan Junhyung hanya tersenyum nakal.

................................................

Puas Taecyeon mencari seluruh tempat di rumahnya untuk menyimpan beg tersebut. Dia berdiri di tengah ruang tamu sambil bercekak pinggang.

“Hisy.. kat mana pulak aku nak sorok beg nie?” soalnya sendiri.

Keluhan berat dilepaskan lalu mendongak memandang siling rumahnya. Bersinar matanya sebaik ternampak garisan berbentuk segi empat pada siling rumah. Dia boleh sorokkan beg bimbit yang berisi duit di dalam bumbung. Taecyeon sudah tersenyum suka.

“Dengan ini.. beg nie akan selamat.”

Beg bimbit disorokkan di bawah katil setelah memeriksa sekelilingnya. Lalu keluar mencari tangga untuk sorokkan beg bimbit di dalam bumbung pula. Tempat yang paling selamat. Dia sekadar hela nafas kelegaan.

Dalam mencari tangga, tiba-tiba perutnya berkeroncong meminta makanan. Diusap-usap perutnya perlahan. Baru dia sedar dia masih belum makan dari pagi tadi.

“Laparnya..”

“Taecyeon?” tegur Juhwan yang kebetulannya lalu di situ. Niatnya hendak menuju ke rumah kecilnya yang kini menjadi milik Taecyeon tetapi memandangkan Taecyeon sudah berada di depan mata, tidak perlulah dia bersusah-payah ke sana.

Segera Taecyeon berpaling memandang Juhwan yang sedang menghampirinya.

“Eh, pakcik.” Taecyeon tersenyum hormat.

“Kamu buat apa kat sini?” tanya Juhwan sambil menepuk-nepuk bahu Taecyeon.

Taecyeon sudah menggaru-garu kepalanya. “Err...”

“Ohya.. kamu dah makan ke belum?”

Mata Taecyeon sudah bersinar kegembiraan. “B-Belum..”

Terbeliak mata Juhwan mendengar jawapan Taecyeon. Digeleng-gelengkan kepalanya. “Laa.. kenapa tak cakap dari tadi? Kesian kamu. Mesti kamu lapar sangat kan?”

Taecyeon jadi segan namun dia hanya mengangguk perlahan.

“Kalau macam tu, pergilah kantin. Rasanya semua makanan dah masak kot. Pergilah makan. Kang kamu kebuluran pulak.” Juhwan tersenyum manis seperti selalu. Ditepuk-tepuk bahu Taecyeon yang sudah tersengih suka.

“Pakcik pergi dulu ye?”

Dahi Taecyeon berkerut. “Pakcik nak pergi mana? Makanlah sekali.”

“Tak apa. Pakcik dah kenyang.” Kata Juhwan sambil berjalan ke asrama mereka.

Taecyeon hanya tersenyum kecil sebelum mengorak langkah ke kantin. Sesekali dia tersesat kerana tidak tahu terletaknya kantin itu. Terpaksa dia bertanya Yixing jalan ke kantin dengan muka selambanya.

“Go straight. Don’t belok-belok. Straight je.” Yixing tersengih nakal.

“Tu bukan jalan keluar ke?” Taecyeon sudah tersengih. “Nampak sangat dia nak halau aku.”

..................................................

Kelihatannya semua pelajar sedang berkumpul di dewan untuk aktiviti yang seterusnya. Hari ini hari yang agak membosankan bagi mereka. Zico dan Yukwon asyik bergurau-senda di belakang dewan tanpa mempedulikan mereka.

Zico dengan geramnya mencubit pipi Yukwon. Geram dengan kecomelan Yukwon!

Namjoon merokok lagi. Junhyung setia bersamanya walaupun terpaksa mengibaskan bukunya agar tidak terkena asap rokok yang dihembuskan oleh Namjoon. Lenguh tangan Junhyung dibuatnya. Semakin laju tangannya mengibaskan buku.

“Elkim!” panggil Namjoon setelah menghembuskan asap rokok berkali-kali.

Myungsoo yang sedang mengusik Kai berpaling memandang Namjoon. Terangkat sedikit kening sebelahnya.

“Apa?”

“Dah prepare ke apa yang Junhyung bagitau tadi?” tanya Namjoon.

Junhyung buat tidak kisah. Sibuk mengibaskan buku agar asap rokok tidak terkenanya.

Myungsoo tersenyum sinis. “Dah.”

“Good.” Namjoon turut tersenyum sinis lalu menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.

Dewan yang mereka duduki sekarang menjadi bising apabila ketiadaan cikgu tetapi bising tidak kekal lama apabila Jinyoung kembali semula ke kelas.

Rambut merahnya menarik perhatian mereka. Dia sekadar berdiri di muka pintu dengan kepalanya menunduk ke bawah.

“Cikgu..” Jinyoung mengangkat wajahnya. “Cikgu pendek.. on the way.”

Namjoon dan Myungsoo sudah tersenyum sinis.

Jinyoung masuk lalu menuju ke tempat duduknya. Sebaik Jinyoung melabuhkan punggungnya di atas kerusi, barulah cikgu Taeil tiba dengan mukanya yang disengajakan garang. Cermin mata dibetulkan agar lebih selesa.

Masing-masing hanya mendiamkan diri namun gaya duduk mereka agak biadap bagi Taeil. Zico dengan beraninya meletakkan kedua-dua kaki di atas mejanya lalu disilangkan. Namjoon sudah melepaskan tawa sinis.

Taeil diam. “Kau nie terencat akal ke apa? Tak reti bezakan kaki dan tangan ke?”

Zico hanya buat tidak peduli. Jari-jemarinya sibuk bermain-main dengan rambut Yukwon yang berada di sebelahnya.

Taeil mengeluh berat. “Korang nie tak reti nak ucap selamat datang kat aku ke? Korang bisu eh?”

Namjoon bangun dengan malas. “Welcome to the hell.” Lalu duduk semula. Doojoon sudah ketawa terbahak-bahak di belakangnya.

“Bagus. Bagus, Rapmonster!” puji Doojoon, menepuk-nepuk tangannya. Suka benar dia dengan ucapan yang diucapkan oleh Namjoon tadi.

Jackson di sebelahnya hanya tersengih.

“Agak biadap kau nie eh? Nama kau siapa?” tanya Taeil sambil menghantar jelingan maut kepadanya.

“Rapmonster.”

Dahi Taeil berkerut. “Peliknya nama. Aku yakin tu bukan real name kau.”

Namjoon mengeluarkan sebatang rokok lalu ditunjukkan kepada Taeil dengan selamba.

“Aku nak rokok boleh tak?” tanya Namjoon malas. Tanpa menunggu izin daripada Taeil, hujung rokoknya sudah dinyalakan dengan pemetik api. Laju dia menghisap rokok lalu hembus asap rokok keluar dari mulutnya.

“Thanks sebab bagi izin, pendek.” Ucapnya sopan lagi suci. Doojoon ketawa lagi.

“Woi!” jerkah Taeil. “Sejak bila aku bagi kebenaran kau untuk merokok? Baik kau buang rokok tu cepat sebelum aku..”

“Kau apa?” Namjoon berdiri sehingga kerusinya jatuh terlentang. “Dahlah pendek. Nak marah aku pulak. Kau tak kenal aku siapa kat sekolah nie. Siapa yang cari pasal dengan aku, memang kena ah!” Hampir semua pelajar berdiri lalu mendekati Taeil.

Zico menolak bahu Taeil berkali-kali sehingga Taeil tidak dapat berdiri dengan betul.

Myungsoo mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluarnya. Bahu Jackson ditepuk sebagai isyarat memulakan rancangan mereka.

Taeil menjadi takut. Hilang suaranya untuk menjerit meminta pertolongan. Terlalu takut!

Jackson membuka penutup botol lalu menuangkannya ke atas Taeil. Namjoon ketawa besar. Diikuti mereka yang lain. Seronok benar mereka membuli Taeil. Habis basah semuanya. Mengigil-gigil dia dibuatnya kerana air yang dituangkan oleh Jackson adalah air sejuk.

Yukwon menolak tubuh Taeil sehingga terlanggar dinding yang berada di belakang.

Taeil mengaduh kesakitan.

Namjoon yang dari tadi asyik ketawa, memandang Jinyoung lalu bibirnya dimuncungkan kearah Taeil.

Jinyoung mengangguk tanda memahami. “Masa untuk melekit.” Sengaja dia membuat mimik muka yang tidak selesa sambil tangannya menyeluk kocek seluarnya. Dua biji telur dikeluarkan. Yukwon menepuk-nepuk tangannya. Siap bersorak lagi.

Zico memuncungkan mulutnya. “Kenapa sorak untuk dia? Kwonnie just boleh sorak untuk sayang je. Faham tak?”

Yukwon tergelak suka.  “Woah~ Zico jealous eh? Alah.. janganlah jealous. Nanti Kwonnie ‘sorak’ untuk sayang ye. Kwonnie bagi special punya.” Dikenyitkan sebelah matanya dengan menggoda. Tergoda Zico dibuatnya.

“Okay baby.” Zico memaut bahu Yukwon.

Jinyoung mengetuk telur yang dikeluarkan tadi pada kepala Taeil lalu pecah. Doojoon dan Jackson ketawa besar. Taeil menjadi geli dengan dirinya yang kini melekit dengan telur yang dipecahkan tadi.

Ketawa mereka besar sehingga menarik perhatian Taecyeon yang kebetulannya lalu di situ. Dia berhenti seketika. Dia baru sahaja pulang dari kantin untuk membeli makanan. Mulutnya penuh dengan karipap intin sardin kegemarannya.

“Eh, dah kenapa tu?” soalnya sendiri.

Tiba giliran Myungsoo untuk mengenakan Taeil. Pisau lipat yang masih digenggamnya sengaja dibuat untuk mengasah kukunya yang panjang. Matanya melirik kearah Namjoon yang berdiri di sebelahnya.

Namjoon mengangguk.

“Pegang dia.” Arah Namjoon lalu menyilangkan lengannya.

Pantas Kai dan Jackson mengangkat tubuh Taeil supaya Taeil berdiri semula. Digeleng-geleng kepala Taeil supaya mereka berhenti membulinya. Hampir sahaja dia menitiskan air mata. Dia akhirnya mengaku kalah dengan mereka yang sememangnya sukar dikawal.

Namjoon berengus sinis. “Tadi bukan main lagi asyik pot pet pot pet. Sekarang diam pulak? Kau tahu tak nie first time kau guna ‘kau, aku’ dengan ketua paling gangster kat sekolah buruk nie. Siapa yang cari pasal dengan aku, nielah akibatnya.”

Taeil diam.

Kai dan Jackson menahan tubuh Taeil yang kecil supaya Taeil tidak dapat melarikan diri.

“Boleh aku start sekarang wahai Rapmonster yang handsome lagi gangster?” Myungsoo tersengih-sengih sambil menunjukkan pisau lipatnya kepada Namjoon.

“Dipersilakan.” Namjoon memusingkan badannya ke belakang dan kini berhadapan dengan Taecyeon yang masih lagi mengunyah.

Mereka semua terkejut beruk terutama sekali Myungsoo. Pisau lipatnya terlepas dari tangan sambil matanya tidak jemu memandang Taecyeon.

“Korang buat apa nie?” soal Taecyeon setelah habis mengunyah. Wajah Myungsoo dipandangnya lalu tersenyum manis seperti Juhwan.

“Kalau aku nak join sekali boleh tak?” Senyuman manis Taecyeon berubah menjadi senyuman yang sangat menakutkan!

Myungsoo menjerit sehingga mampu meretakkan seluruh tingkap kem motivasi. Kelam-kabut dia berlari keluar dari dewan. Sesekali dia tersungkur namun ketakutan yang melanda dirinya, segera dia bangun lalu berlari semula entah ke mana.

“Pulak dah.” Taecyeon menggaru-garu kepalanya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Namjoon, tidak berpuas hati dengannya.

Taecyeon berpura-pura tidak mendengar soalan itu. Dia memandang mereka semua kecuali Namjoon dan Taeil sebelum mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Telefon bimbitnya. Segera dia menghubungi seseorang.

“Hello?” Taecyeon berdehem kuat.

Mereka yang lain hanya memerhati Taecyeon.

“Nie balai polis ke?” soal Taecyeon selamba.

“EH?” Terbeliak mata mereka semua. Kelam-kabut mereka berlari keluar dari dewan sehingga Junhyung dan Zico tersungkur.

Taeil pula terduduk di atas lantai. Kepalanya masih menunduk. Mungkin dia tidak mahu orang lain melihat wajahnya yang sedang kecewa.

“Yah!” Namjoon dengan bengangnya terus menarik lengan Taecyeon sehingga telefon bimbit terlepas dari tangan. Satu tumbukan maut dilepaskan namun Taecyeon sempat menahannya dengan pantas. Terkaku Namjoon seketika.

Taecyeon membalas serangan dengan menggenggam tangan Namjoon seperti mahu meletupkan tangan Namjoon.

Namjoon mengaduh kesakitan. “S-Sakitlah bodoh!”

“Woi..” Taecyeon sengaja menguatkan lagi genggaman sehingga Namjoon menjerit makin kuat. “Suka hati mak bapak kau je panggil aku bodoh. Sebenarnya kau tu yang bodoh lagi tak guna. Buli orang pulak. Aku buli kau kang.”

“Biarlah aku nak buli siapa pun. Nie diri aku. Suka hatilah!” balas Namjoon geram.

Taecyeon mengeluh berat. “Kau nie memang kurang ajar kan? Ohye.. kau Rapmonster kan?”

Namjoon tersenyum sinis. “Dah tahu kenapa tanya lagi?” Dia berengus sinis. “Bodoh.”

“Bodoh ye?” Taecyeon tersenyum sinis. “Nama kau bukan Rapmonster tapi Rapmop or Rapdoh.” Sempat lagi dia tergelak sinis dengan jenakanya sendiri.

Dahi Namjoon berkerut. “Whut?”

“Pekak ke apa?” tanya Taecyeon selamba. “Ke kau tak tahu apa tu Rapmop dengan Rapdoh? Nama sendiri pun tak tahu. Apalah ini punye orang~ First time aku kenal orang yang tak tahu nama dia. Kesian kau. Biar aku bagitahu ye?”

“K-Kau..” Namjoon mengetap bibirnya.

Taecyeon mendekatkan wajahnya dengan wajah Namjoon.

“Rapmop tu Rapmonster Mop sebab rambut kau nampak macam mop. Kau tahu kan mop tu apa? Kalau kau tak tahu, nampak sangat kau bodoh. Sebab tu nama kau jadi rapdoh.” Serta-merta wajahnya berubah menjadi serius.

“Rapmonster bodoh.” Tangan Namjoon dipulasnya sehingga hampir 360 darjah lalu dilepaskan.

“Baik kau blah sekarang sebelum aku belasah kau!” tengkingnya kuat.

Kelam-kabut Namjoon berlari keluar dari kelas.

Digeleng-geleng kepala Taecyeon lalu melepaskan keluhan. “Macam-macam..”

Sebaik terpandang Taeil yang masih duduk di atas lantai, segera dia menghampirinya. Bahu Taeil dipegang. Tangannya merasa melekit sebaik memegang bahu Taeil. Baru dia sedar, hampir seluruh pakaian Taeil melekit akibat telur yang dipecahkan oleh Jinyoung tadi.

Sekali lagi dia mengeluh. Kali ini keluhan yang teramat berat.

Juhwan yang berada di luar dewan hanya memerhati dengan pandangan kecewa. Namun cara Taecyeon memarahi mereka semua telah menarik perhatiannya. Perlahan-lahan dia tersenyum manis seperti selalu.

________________________________________________________________________________________
To be continued-
P/s: Rapmonster tak bodoh pun Dx *hug*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^