Cikgu Motivasi Yang Baru

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Kelihatan mereka semua sedang berlari menuju ke padang. Kelam-kabut mereka berlari sehingga Jinyoung dan Yukwon terjatuh tergolek-golek sebaik tiba di tangga. Terkejut mereka dibuatnya terutama sekali Zico.

Terbeliak matanya melihat Yukwon sedang tergolek-golek ke bawah.

Jinyoung yang sudah tiba di bawah dihempap pula dengan tubuh Yukwon. Akhirnya mereka selamat tiba di bawah.

“Kwonnie!” laungnya dari atas lalu mengelongsor dirinya ke bawah.

Mereka turut turun ke bawah dengan menggunakan tangga.

Tubuh Yukwon dihampirinya. “Kwonnie.. tak apa-apa ke?” tanyanya lembut sebaik Yukwon mula bangun namun kepalanya terasa pening akibat tergolek-golek tadi.

Jinyoung yang sedang berbaring di sebelahnya mula memerli Zico.

“Tanya dia je? Aku nie kau tak tanya pulak. Kesian aku.” Sengaja Jinyoung membuat muka sedihnya.

Zico mengangkat tubuh Yukwon supaya Yukwon dapat berdiri semula. Dipaut bahu Yukwon. Takut Yukwon merebahkan dirinya akibat pening yang melampau.

“Suruhlah orang lain tanya.” Balas Zico selamba badaknya. Dia memapah Yukwon ke tempat redup seperti di bawah pokok besar yang terletak di sebelah padang. Setelah mereka beredar, barulah Jinyoung bangun semula sambil tangannya laju menggosok-gosok rambutnya dari rumput-rumput yang melekat.

“Kau tak nak tanya aku ke yang aku nie okay ke tak?” tanya Jinyoung kepada Doojoon yang kebetulannya berdiri di sebelahnya. Dia mula tersengih seperti kera hilang arah.

“Tanyalah diri sendiri. Aku penat.” Balas Doojoon lalu beredar ke tepi padang untuk melepak bersama Myungsoo dan Jackson.

Kai turut beredar. Malas hendak melepak bersama mereka. Dia selalu keseorangan tetapi baginya, dia tidak kisah.

Jinyoung melepaskan keluhan lalu mengekori Doojoon.

Tinggal Junhyung di situ. “Mana pulak si Joon nie?” Dia kembali ke tangga untuk naik ke atas namun terlebih dahulu Namjoon sudah kelihatan di tangga untuk turun ke bawah. Masam sahaja mukanya. Junhyung hanya menunggu dari bawah.

“Joon..” Namjoon segera dihampirinya. Hanya Junhyung sahaja yang memanggilnya Namjoon sebagai Joon.

“Aku geram gila dengan lelaki tadi.” luah Namjoon sambil memegang tangannya yang habis dipulas oleh Taecyeon tadi.

Junhyung sekadar mengangguk. “Aku pun. Sebab dia.. kita tak dapat buli cikgu tu sampai habis.”

“Kan?” Namjoon turut mengangguk.             

“Tapi dia tu siapa? Dia buat apa kat sini? Tak pernah nampak pun.”

Junhyung berjongket kedua-dua bahunya. “I don’t know.”

Namjoon mengeluh panjang. “Apa-apa jelah tapi apa yang pasti.. dia akan dapat balasan daripada kita semua. Siapa yang berani cari pasal dengan aku, tunggu jelah nanti.”

......................................................

Setelah menemani Taeil menuju ke pagar untuk pulang, Taecyeon kembali semula ke pejabat. Dia melepaskan keluhan sebaik terpandang Juhwan yang asyik termenung di tepi tingkap. Yixing pula entah ke mana.

“Pakcik..” Juhwan dihampirinya. Taecyeon menepuk-nepuk bahu Juhwan supaya bersabar.

Juhwan memusingkan badannya menghadap Taecyeon.

“Kamu sendiri dah nampak kan apa yang dorang buat kat cikgu Taeil. Sebab tulah ramai cikgu yang mengajar kat sini dah quit. Pelajar-pelajar untuk sesi nie memang payah gila nak kawal.” Juhwan melurut rambutnya sebelum membuang pandangan ke luar tingkap pejabat.

Waktu petang begini memang sesuai untuk bermain. Kelihatan mereka semua sedang melepak di padang. Taecyeon menghampiri tingkap dan matanya terus terpaku kearah Namjoon yang asyik merokok manakala sebelahnya, Junhyung sudah terlena. Penat agaknya.

Terpandangkan Namjoon yang sedang merokok, Taecyeon berasa kesian terhadap Juhwan yang selama ini berusaha untuk mengubah disiplin mereka. Disebabkan umurnya yang hampir mencapai 60 tahun, dia sekadar mampu menjadi pemerhati dari jauh.

“Pakcik..”

“Hmm?”

Segera Taecyeon menunduk 90 darjah di hadapan Juhwan.

Terkejut Juhwan melihat Taecyeon yang tiba-tiba menunduk hormat kepadanya namun senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya mula kelihatan. Dia sebenarnya dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Taecyeon.

“Benarkan saya untuk menjadi cikgu motivasi, pakcik!”

Serta-merta Juhwan mengangguk setuju tanpa Taecyeon sedari.

............................................

“Get away from me!” Yixing yang baru pulang dari bandar asyik diusik oleh Doojoon dan Kai. Rimas Yixing dibuatnya sehingga dia terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalau mereka. Dengan beberapa beg plastik yang mengandungi barang-barangan dapur terus dipusing-pusing laju.

Doojoon dan Kai segera dihampirinya dengan beg plastik yang masih berpusing.

“Baik korang blah sekarang!” jeritnya sambil satu persatu barang dicampaknya.

Tin sardin yang dicampaknya terkena kepala Doojoon.

“Ganas gila minah nie!” Doojoon melindungi kepalanya dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Kai turut melakukan perkara yang sama.

“Whut?” Yixing semakin panas!

Yixing mencampak beberapa beg plastik ke tepi lalu menyinsing lengan bajunya.

“Dia bukan minah doh.” Kai menyiku-nyiku lengan Doojoon memberi amaran. “Dia lelaki.”

“Manalah aku tahu. Kau tak bagitau aku pun yang dia nie lelaki. Salah kaulah nie.” Marah Doojoon.

Kai kelihatan geram. “Apa pulak salah aku? Salah kaulah sebab kau tak tanya!”

“Wei bodoh.” Doojoon menolak bahu Kai kasar. “Bagitahu jelah walaupun aku tak tanya!”

“Aku ingatkan kau dah tahu yang dia nie lelaki. Sebab tulah aku tak bagitahu kau!”

Doojoon dan Kai saling berdebat sehingga kehadiran Yixing di situ langsung tidak peduli oleh mereka. Yixing yang pada mulanya mengamuk dengan mereka akhirnya menjadi pelik. Doojoon asyik menolak-nolak bahu Kai manakala Kai pula asyik menunjal-nunjal dahi Doojoon.

“P-Pulak dah..” Yixing pelik namun dia cuba untuk menghentikan perdebatan mereka yang semakin hangat.

.............................................

Terdengar suara-suara mengaduh kesakitan diiringi dengan bunyi pintu dibuka. Segera Juhwan menoleh lalu bangun setelah lama duduk di mejanya. Habis berselerak mejanya dengan beberapa helaian kertas kerja.

Kelihatan Yixing sedang memulas telinga Doojoon dan Kai di muka pintu. Wajahnya merah. Marah agaknya anak lelaki Juhwan yang seorang ini.

“Papa, tengok dorang dua nie. Asyik bergaduh je!” beritahu Yixing geram seraya menolak Kai dan Doojoon masuk ke dalam sehingga tersungkur di hadapan Juhwan. “Lepas tu suka hati mak bapak je dorang panggil Yixing nie minah!”

Kai cuba untuk bangun tetapi Doojoon sengaja menekan belakang Kai sebagai sokongan untuk bangun. Kai tersungkur semula.

“Bukan saya tapi Kai. Kai yang panggil Yixing tu minah!” adu Doojoon pula.

Kai pantas bangun lalu menepuk kuat kepala Doojoon. Agaknya otak boleh terkeluar dari kepala Doojoon kalau ditepuk kuat seperti tadi.

“Bukan aku tapi Doojoon!” tuduh Kai sambil jari telunjuknya menunjuk tepat pada dahi Doojoon. Sekali lagi dia menunjal-nunjal dahi Doojoon.

Juhwan tersengih pelik.

“Kau nie apahal?” Doojoon menolak tubuh Kai.

“Nak gaduh?” Kai melapangkan dadanya lalu menolak-nolak tubuh Doojoon dengan dadanya yang sengaja ditinggikan.

“Kau..”

Masing-masing merenung geram sebelum pergaduhan antara mereka bermula dengan tumbukan. Doojoon dan Kai melepaskan tumbukan pada waktu yang sama. Wajah mereka ditumbuk secara serentak lalu rebah bersama. Pening Juhwan dan Yixing dibuatnya.

“Macam budak-budak jelah..” Yixing menggeleng perlahan.

Juhwan menarik kerusi untuk duduk. Diletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepala lalu mendongak memandang kipas yang sedang berpusing.

“Papa, bukan dorang nie sepatutnya ada kelas dengan cikgu Taeil ke?” tanya Yixing sambil jari telunjuknya menjalar pada meja Juhwan. Lalu duduk di atasnya dengan pipinya yang kembung. Dipandangnya wajah Juhwan dengan pandangan tidak bersalah.

“Memang pun tapi masalahnya cikgu Taeil dah quit.” Beritahu Juhwan lemah. Dia mengeluh lagi. Fail milik Taeil direnungnya dengan pandangan kecewa. “Tadi dia kena buli dengan dorang. Dia terus quit lepas kejadian tu.”

Kali ini Yixing pula yang mengeluh. “Not again..”

“Tapi papa dah jumpa cikgu motivasi yang baru.” Juhwan memandang Yixing dengan senyuman. Dia berdiri menghadap Yixing yang masih duduk di atas mejanya. Dia menepuk-nepuk peha Yixing lalu menuju ke pintu untuk mempelawa seseorang masuk. Sempat lagi dia mengejutkan Doojoon dan Kai yang masih berbaring di atas lantai supaya beredar.

Yixing hanya memerhati dengan perasaan tidak sabar.

“Masuklah..” Terdengar Juhwan mempelawa orang itu masuk ke dalam.

“Nak masuklah nie.” Terdengar pula suara lelaki garau membalas dengan mesra. Suaranya kedengaran agak macho bagi Yixing.

Yixing sudah tersengih suka. Dia turun dari meja lalu pantas membetulkan rambutnya supaya kelihatan feminin.

Juhwan memandang Yixing yang asyik tersengih. Muncul seorang lelaki berbadan sasa di sebelahnya. Serta-merta sengihan Yixing hilang sebaik matanya tertancap pada wajah lelaki tersebut!

“Nielah cikgu motivasi kita yang baru.” Juhwan memperkenalkan Taecyeon sebagai cikgu motivasi kepada Yixing dengan senyuman manisnya.

“K-Kau?” Mata Yixing terbeliak luas.

Taecyeon mula tersenyum sinis. “Hye girl.” Usiknya, melepaskan tawa.

“I’m not a girl!” jeritnya.

Juhwan turut melepaskan tawa.

.............................................................

Di asrama, masing-masing melakukan hal sendiri. Namjoon sedang merokok seperti biasa di tepi tingkap. Permandangan hutan di luar asrama sememangnya membosankan hidupnya. Junhyung di sebelahnya sudah terlena. Sesekali dia memeluk Namjoon di sebelahnya.

Namjoon malas hendak menolak Junhyung jauh darinya. Dia hanya membiarkan Junhyung terus memeluknya.

Myungsoo dan Jinyoung tidak habis-habis mengusik mereka berdua yang dianggap pasangan kekasih hanya disebabkan mereka berbaring di atas katil yang sama.

“Korang couple eh?” tanya Jinyoung dalam nada mengusik.

Namjoon diam.

“Kalau diam tu maknanya betullah tu.” Kata Myungsoo sambil tergelak-gelak.

“Hisy..” Namjoon berdengus malas. “Bisinglah korang nie. Nanti dia bangun pulak.”

Myungsoo bersorak kecil dengan jawapan Namjoon tadi. Jinyoung menampar belakang Myungsoo berkali-kali diiringi tawanya. Suka benar Jinyoung mengusik Namjoon yang kelihatannya sudah terbiasa dengan usikan mereka.

“Kau dengar tak tadi?” Jinyoung memaut bahu Myungsoo. “Dia kata ‘Nanti dia bangun pulak.’ Tak sangka ketua kita nie memang caring~ Apatah lagi dengan Junnie kesayangan dia.”

Mereka sama-sama ketawa suka.

Sementara di hujung asrama yang mereka duduki sekarang, Zico asyik mengucup Yukwon yang kini dalam pelukannya. Wajah Yukwon ketika merajuk sememangnya mencairkan hati Zico. Habis bibir Yukwon dikucupnya berkali-kali.

“Z-Zi..” Bibir Yukwon diragutnya sekali lagi.

“Bibir Kwonnie buat sayang tak boleh stop kiss..” bisik Zico menggoda di telinga Yukwon. Yukwon menggeliat kegelian. Terdongak kepalanya dan terserlah lehernya yang putih. Naluri Zico berapi sekali lagi.

Zico menyerang leher Yukwon dengan bibirnya.

Jackson yang baru selepas mandi terkejut melihat mereka yang semakin hangat. Segera dia menghampiri Zico yang sekarang ini berada di atas tubuh Yukwon. Tuala yang membalut kepalanya pantas ditanggalkan.

“Yah!” Tualanya terus dibuat untuk mencekik leher Zico lalu menariknya jauh daripada Yukwon.

Yukwon terkejut beruk.

“Dah berapa kali aku dah cakap, Zico. Jangan buat kat sini!” Jackson menarik Zico sehingga Zico terjatuh dari katil namun Jackson buat tidak peduli. Dia sengaja memperkuatkan lagi cekikkan kerana geram dengannya.

“Jackson, dahlah tu!” Yukwon memukul-mukul belakang Jackson dengan penyapu.

“Sakitlah!” marah Jackson lalu menyerang Yukwon pula.

Zico hanya mampu berbaring memandang kipas yang masih berpusing setelah menerima cekikkan pada lehernya tadi.

Mereka berdua saling memukul-mukul sesama sendiri. Pergaduhan yang tidak terlalu serius itu diakhiri dengan rambut mereka yang saling ditarik-tarik sehingga berpusing menghampiri Myungsoo dan Jinyoung yang tidak habis-habis mengusik Namjoon.

“JacKwon tornado!” Pantas Myungsoo dan Jinyoung berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

“Aman dunia aku.” Namjoon menghela nafas lega. Dia kembali merokok tanpa menghiraukan mereka semua.

Kai dan Doojoon yang baru tiba di asrama terkejut melihat Myungsoo dan Jinyoung yang cuba melarikan diri daripada puting beliung Jackson dan Yukwon.

“Aku dekat kem motivasi ke hospital sakit jiwa?” Doojoon menggaru-garu kepalanya dengan dahinya yang berkerut, pelik dengan mereka berempat. Terpandangkan Namjoon yang sedang merokok di katilnya, dia masuk ke dalam.

Kai turut masuk ke dalam.

“Weh Rapmonster.” Namjoon yang sedang merokok itu segera dihampirinya.

Namjoon menghembuskan asap keluar dari mulutnya lalu memandang Doojoon dengan keningnya yang diangkat sebelah tanda menyahut.

“Aku ada bad news untuk kau.” beritahu Doojoon serius.

“Apa dia?”

Doojoon menyilangkan lengannya. “Lelaki yang cari pasal dengan kita tadi jadi cikgu motivasi kita yang baru.”

Serta-merta Namjoon berhenti merokok.

___________________________________________________________________________________________
To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^