: Family's Story

My 12 Brothers and I

8 TAHUN KEMUDIAN..

 

            Seorang gadis berkaca mata hitam,memakai hoodie bewarna biru serta seluar jeans melangkah keluar dari lapangan terbang antarabangsa Incheon. Beg bagasi yang agak besar itu diletak di atas troli.

            Teksi sudah sedia menunggunya di situ. Gadis  berkaca mata hitam itu tersenyum memandang teksi tersebut. Bag bagasi yang berada di dalam troli itu diletakkan di dalam bonet kereta tanpa meminta bantuan dari pemandu teksi yang sudah berumur itu.

            Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam  teksi tersebut, gadis itu menyuruh teksi tersebut bergerak menuju ke arah alamat yang dia sudah berikan awal-awal lagi.

            Masih tidak berubah.

 

            Itulah yang berada dalam fikiran gadis  itu apabila dia asyik dengan pandangan di Korea. Sudah 8 tahun dia meninggalkan Korea dan selama 8 tahun itu juga dia terseksa ketika berada di Jepun.

            Janey tersenyum kecil. Tidak sabar hendak berjumpa dengan oppa-oppanya. Sudah 8 tahun tanpa khabar berita serta tidak bertegut sapa.

            Puan Ahn Yeon dan Hyunhee asyik dengan kehidupan mereka yang sudah mewah itu. Mewah? Ye, apabila Janey sudah berumur 18 tahun, dia dipaksa untuk menandatangani surat wasiat yang sudah ditulis oleh arwah ibu dan ayahnya dulu.

            Surat itu adalah surat pelepasan hartnya kepada Puan Ahn Yeon. Tahulah Janey, itu memang  idea asal mereka dari dahulu lagi. Mahu tidak mahu, Janey menurunkan tandatangannya juga. Dia malas hendak ambil kisah lagi. Sudah cukup dengan penderitaan yang ditanggung serta kebahagiaan yang dirampas.

            Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba, teksi tersebut berhenti di hadapan sebuah bangle yang agak besar serta mewah. Janey membayar pemandu teksi tersebut. Dia melangkah keluar dari perut kereta dan terus membuka bonet. Beg bagasi diambil satu demi satu.

            Selepas teksi tersebut hilang dari pandangan, Janey menekan loceng rumah beberapa kali namun tiada siapa yang membukan pintu. Janey menjadi pelik. Biasanya kalau ada yang menekan loceng pintu, cepat sahaja mereka berebut henda membukanya. Mungkin.. ya, itu semua sudah berlalu. Mungkin mereka semua sudah semakin matang.

            Selang beberapa minit, pintu rumah dibuka perlahan. Janey menyepetkan sedikit matanya akibat sinaran matahari yang terik itu. Dia mendapati Sehun sedang berjalan ke arahnya. Sehun tidak berubah! Masih lagi dengan rambutnya yang bewarna perang itu.

            Sehun berjalan mendekati Janey lalu tersenyum. “Errm.. cari siapa ye?” soal Sehun. “Oppa! Tak kenal saya ke? Ni Janey!” Janey menjerit. Sehun membuntangkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Cepat-cepat pintu pagar tersebut dibuka menggunakan alat kawalan yang dipegang.

            “Janey?! OMG! Janey!” Sehun terus memeluk gadis itu.  “Janeylah ni oppa! Rindunya!” pelukan semakin erat sampai tak boleh nak bernyawa dibuatnya Janey.

            “Janey, oppa rindu gila dekat Janey. Hampir 8 tahun!” jerit Sehun. Sehun menolong Janey mengangkat beg-beg tersebut untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Janey tergelak. Dia berlari masuk ke dalam rumah namun... senyumannya hilang apabila dia mendapati rumah ini sangatlah sunyi.

            Biasanya rumah ini sentiasa bising. Kalau sunyi pun, pada waktu malam. “Kai oppa!” Janey menjerit, memanggil nama Kai yang baru sahaja turun dari tangga.

            Apabila Kai mendapati ada seseorang memanggil namanya, Kai memusingkan badannya. Menghadap Janey.

            “janey? Byun Seungmi?” Kai menyoal.

            Janey mengangguk kecil. Kai terus menyerang Janey dengan pelukan. “Rindunya dekat adikku yang seorang ini,” Kai mula buat drama tidak kena tempat. Sehun buat-buat muntah.

            “Oppa, mana yang lain?” Janey menyoal sambil matanya meliar, mencari lagi 10 orang lelaki di dalam rumah ini. Kai tersenyum pahit lalu menarik Janey untuk duduk di atas sofa.

            “Kris hyung.. dah pindah ke Kanada, 2 minggu selepas Janey pergi. Lay dan Tao pula, pindah ke Cina tak lama kemudian. Nak dekat 2 bulan macam tu, Kyungsoo, Lay dan Xiumin pulak pergi ke Cina. Nak buat bisnes dekat sana. Jadi, kafe dekat sini diuruskan oleh perkeja yang mereka dah gajikanlah...” Kai memberitahu Janey.

            Gadis itu diam seketika, cuba untuk memproses setiap ayat yang keluar dari mulut  Kai. “Jadi... siapa yang ada sekat sini? Mana Baek oppa?”

           
            “Ohh budak mulut murai tu eh? Lah takkan tak tahu kot? Diorang dah debut 4 tahun lepas! Chen, Baek dengan Chanyeol satu grup tau,” ujar Sehun dengan bersungguh-sungguh. Janey mengangkat keningnya. Wowiutt?? Sejak bila diorang debut?!

            “Manalah Janey tahu. Ingat dekat Jepun tu bolehlah tengok tv? Eeee.. jap, apa nama grup diorang?” Janey menyaol lagi. Telefon bimbit Kai yang berada di atas meja diambil. “Nama grup diorang Moonlight,” jawab Kai.

            “Moonlight? Asal sedih sangat nama grup ni?” Janey tergelak kecil. Dia mencari nama Moonlight di Wikipedia. “Ahhh... tajuk lagi debut pun moonlight. Perghh pernah datang Jepun kot!” “Haah. Diorang memang dah femes gila! Tapikan.. Sehun, asal nama grup diorang Moonlight ah?” Kai menyoal Sehun juga. Sebenarnya, dia sendiri tertanya-tanya mengenai nama kumpulan hyungnya itu. Sehun hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.

            Telefon Kai diberikan semula. Janey menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara. “Ambil beg Janey, letak dalam bilik. Nanti biar Janey yang masak. Haahaha...” Janey tergelak dan membuatkan Sehun dan Kai menelan air liur. Perkkk? Masak?! Jangan! Tak pasal-pasal nanti masak rumah ni pulak.

            “Ishh.. tunggu Suho hyung jelah,” Kai menggelengkan kepalanya. “Suho? Omo! Rindu tahap gaban dekat pak cik tu!” jerit Janey. “Ha! Pak cik tu tak kahwin sampai sekarang lagi! Nak cari calon untuk pak cik tu, memang ne hi he dia tak mahu,” Kai menyilang kakinya, lagak seperti seorang boss.

            “Kai!! Janey!! Tengok ni!!” Sehun pula yang menjerit secara tiba-tiba. Boleh pekak telinga Kai dibuatnya. Apalah masalah dengan dua orang budak ni? Ketuk kepala baru tahu. Sehun memberi telefonnya kepada Kai. Mesej? Ohh? Dari Luhan? Aik, sejak bila dua orang makhluk ni berbaik? Kai membaca mesej tersebut.

 

From ; stop being manly hyung

Hello adikku yang kusayangi. Your handsome

Hyung akan balik minggu depan

YO YO MAN!!

 

 

            Kai menjulingkan matanya kerana nama yang diberikan oleh Sehun kepada Luhan dan juga mesej annoying tersebut. “Tak pernah berubah ke, Luhan oppa ni?” Janey menyoal. “Huh, dah umur 34 tapi still tak berubah. Aiyaaa..” Sehun membuat bunyi cicak.

            “Ehhh Janey dah habis ke study? Nampak gaya macam tak je?”

            “Hehe.. umurku baru 22 tahun, masih belum habis lagi. Ngeee~”

            “Oeh? So, study dekat mana sekarang?”

            “Lah, sama maca university oppa lah. Tanya lagi,”

 

            Kai menaikkan keningnya. “Woit cop! Baru hari ni balik, dah memandai nak U sekali dengan kitorang?” “Lah Kai, biarlah. Boleh paksa Janey jadi awek kita. Nanti tak payahlah fangirl-fangirl tu cari kita,” Sehun memberi cadangan yang agak bernas juga. Janey memberi jelingan yang tajam. Tu dia, sudah mula dah Sehun nak ambil kesempatan. Ada jugak yang makan selipar ni.

 

 

MALAM ITU....          

 

           

            Kai, Sehun dan Janey bermain tepung di dalam dapur. Diorang kata nak buat kek tapi sudah bertukar jadi parti tepung pulak.

            Kebetulan ketika itu Suho baru pulang dari tempat kerjanya. Penat dow! Baru sahaja masuk ke dalam rumah, dia terdengar bunyi suara tergelak-gelak dari dalam dapur. Suara perempuan? ISH! Dah reti bawak masuk perempuan ke dua orang budak kecik ni?! Suho terus mengorak langkah menuju ke arah dapur, bersedia untuk memberi ceramah di malam hari.

            “Oii?! Apa ni?!” jerit Suho.

            Serentak, mereka bertiga berhenti bermain tepung. “OMG! Suho oppa!” Janey melambai tangannya. Gila nak peluk? Memang tak ahh.. dengan bau badannya yang sudah macam apa tu.

            Suho membuntangkan matanya. “Uit? Janey ke ni? Tingginya!” tekejut beruk dibuatnya Suho.

            Malam itu, mereka berempat berbual bersama-sama sebelum Suho ditenang oleh Sehun. Nak suruh Suho mandi dulu. Bau dah macam kambing okay?

 

 

**

 

           

 

            “S-saya.. suka dekat awak!”

            “Dah heck what?!”

            “Terima saya please.. dah lama saya suka dekat awak!”

            “Hell NO!”

            “Fine! Awak tunggu je nanti!”

 

 

 

**

 

 

            “Kami dah couple lebih dari 4 bulan,”

            “Seriously? Kenapa tak bagi tahu company awak?

            “Kami takut. Boleh tak reveal benda ni? Kesian fans kena tipu dengan dia nanti. Ingat single tak tak pun,”

            “Okay okay.. tapi macam mana ye? Ada ke gambar korang berdua couple?”

            “Errm.. tak ada... tapi saya ada satu cara!”

 

**

 

            “So, kenapa awak nak suruh saya duduk dekat kereta ni dengan awak?”

            “Tak ada apa-apa” Songi tersenyum.

 

**

 

 

 

            Kai, Sehun, Janey dan Suho berlegar-legar di kawasan lapangan terbang itu. Sehun dan Kai sedang sibuk bermain troli sampai Suho tak nak mengaku yang dia kenal dua orang makhlu tak reti duduk diam tu.

            “Yeah! Barista dah sampai!” Sehun mendepakan tangannya apabila dia melihat tiga orang lelaki yang pendek sedang berlari menuju ke arah mereka. “Sehunnie!!” Luhan berlari ke arah Sehun tetapi Sehun menolak Luhan ke tepi lalu memeluk Xiumin. Kai pula tergelak-gelakkan Luhan. Kesian betul mamat ni.

            “Kyungsoo!” Kai ingin memeluk Kyungsoo tetapi Kyungsoo menghadiakan jelingan tajam. “HYUNG! Kyungsoo HYUNG!” “Alaaa.. yelah!” Kai mencebik. Perangai masih tak berubah.

            “Xiumin, macam mana dekat China? Okay?” Suho menyoal Xiumin. Lelaki itu hanya mengangguk sebelum pandangan matanya terarah ke arah Janey yang sibuk bermain dengan telefonnya. “Ehh.. Janey eh?” Xiumin berjalan mendekati Janey.

            “YO oppa!” Janey melambai tangannya sambil tersenyum kecil. “Ahhhh!! Sejak bila balik ni?! Rindunya!!” “Minggu lepas! Janey pun rindu Baozi jugak. Haha”

            Lalu, berlakukah sesi melepaskan rindu di situ. Dah macam drama tidak bersiri pun ada. Adoi.. inilah dikatakan sudah 8 tahun tidak berjumpa. Okay, tak ada kena mengena pun sebenarnya.

            “Nanti kita melawat Moonlight dekat dorm diorang. Uiii tak sabarnya!” Sehun melompat-lompat. “Ye ke? Ehh nak tahu tak? Sehun ada crush dekat Minki..” Kai membuat berita palsu.

PAP!

            Sehun mengetuk kepala Kai. “Bila masanya? Minki tu dah ada boyfriend eh? She just my bestfriend. Dengki ah tu,” Sehun menjelir lidahnya ke arah Kai.

            “Ehh asyik gaduh je. Boleh kena strock muda macam ni. Jom balik, Kyungsoo masak hari ni,” Suho tergelak. Kyungsoo mengembungkan pipinya. Alahai.. nasib dialah.

 

**

 

           

            Chanyeol merenggangkan badannya sebelum memulakan sesi latihannya. Moonlight baru sahaja selesai membuat rakaman lagu terbaru mereka untuk comeback. Mereka bertiga masih tidak tahu mengenai Janey kerana terlampau sibuk untuk menelefon Suho bulan ini.

            Photoshoot, new MV dan macam-macam lagi benda yang mereka perlu lakukan. “Ehh Chanyeol! Kau rasakan, album baru kita ni akan meletop macam nuclear tak?” Chen tiba-tiba menyerang Chanyeol dari belakang.

            “Mestilah meletop! Sebab akukan ada. Moonlight’s voice and visual, Park Chanyeol,” dia tergelak besar. Padahal dia sendiri yang bagi position tu.

 

[A/N : Nak tahu position diorang tak?]

Kim Jongdae a.k.a Chen ; Leader, Main Vocalist (Leader? Sebab dia caring ^^)

Byun Baekhyun ; Lead Vocalist, Rapper (RapByun okay? xD)

Park Chanyeol ; Main Rapper, Visual, Maknae (HAHAH k lawak)

 


            “Hek eleh! Perasan tahap gaban pak cik ni. Ehhh, mana Baekhyun? Membebel Mr.Hong nanti,” Chen tercari-cari Baekhyun di dalam bilik tersebut. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka, kelihatan Baekhyun dengan muka monyoknya masuk ke dalam dengan langkah yang lemah.

            “Wehh Baekhyun! Cheer up lah sikit. Asal monyok je ni?” Chen memeluk bahu Baekhyun yang tengah bersedih itu.

            Dia mengangkat kepalanya memandang Chanyeol dan Chen sebelum bersuara. “Korang...”  “Maaf saya lambat!!” ayat Baekhyun dipotong oleh Mr.Hong yang baru sahaja masuk dalam keadaan yang lelah. Tarik nafas dulu boss! Wak lek.

            “Lepas ni sambung okay?” Chanyeol menepuk perlahan bahu Baekhyun.

 

**

 

 

            “Bosannya,” Danee memuncungkan bibirnya. Kelas dibatalkan kerana Mrs.Hwang tiba-tiba sakit perut. Janey tersenyum kecil. “Jomlah shopping, boleh hilangkan stress!” cadang Janey. Sudah lama dia tak pergi shopping dengan Danee.

            “Jom! Sejak kau pindah Jepun, aku tak ada kawan tau? Sian aku,”

            “Alaaa.. ni aku dah ada. Jangan sedih-sedih eh? Jom pergi shopping,”

 

 

 

           

            Setibanya di mall, mereka berdua terus menyerbu semua kedai yang ada dan berakhir dengan tidak membeli apa-apa. Orang putih kata Window Shopping

            “Lawa gila kasut ni.. pergh mengancam nafsu ku!” Danee membelek kasut-kasut yang berada di atas rak. “Haishh belilah kalau dah mengancam jiwa tu,” Janey menolak-nolak bahu Danee agar dia membeli kasut tersebut. Kasut sneakers high bewarna hitam. Kulit pulak tu. Memanglah lawa. Shinee blink blink lagi.

            Danee memandang kasut itu lama. Memang nak beli. Nak sangat! Tapi duit pokailah bulan ni. “Gaji aku tak masuk lagi,” kata Danee dengan nada yang sedih. Janey mengerutkan dahinya. “Gaji? Kau bekerja ke?” “Yeahh.. ingat family aku kaya macam kau ke? Huh,” Danee mengeluh lalu tersengih. “Nanti akhir bulan kita shopping lagi okay? Yeahh~ lagi 2 tahun graduate, boleh cari calon. Yang kaya punya,” sambil dia meletakkan semula kasut tersebut ke tempat asal, sempat lagi gadis ini ketawa mengilai.

            “Ish.. mana ada aku kayalah. Jom lah, aku lapar gila ni! KFC jom!”

            “Yeahh jom cepat!”

            “Ingat nak bungkus deka Kai jugak ah.. confirm menangis gembira sebab aku beli ayam dekat dia,”

            Mereka berdua tergelak kecil.

 

            Di KFC, mereka berdua bercadang untuk memesan ayam set A (Ayam, air coke je~ haha). Ketika mereka berdua hendak membuat pesanan, Janey terdengar seseorang sedang mengomel panjang dari belakang.

            “Chicken!! Chicken!! I never know chickens is yummy!!”

            Nak tergelak dibuatnya mereka berdua apabila mendengar kata-kata Si Dia itu. Tetapi, Janey rasa seperti dia pernah dengar suara itu tapi dia tidak tahu di mana. Dia menjungkit bahu sebelum membuat pesanan.

            “Weh, cuba kau tengok lelaki dekat hujung tu. Perghh stylo gila. Handsome pulak tu!” Danee menjuihkan bibirnya ke arah seseorang yang sedang melantak ayam goreng macam dah tak ingat dunia. Janey memalingkan mukanya untuk melihat wajah lelaki tersebut tapi tidak berapa Nampak kerana lelaki itu memakai spek hitam dan mukanya terlindung sedikit di sebalik hoodie. Aik? Macam mana Danee boleh tahu mamat tu handsome? Perghh mata arnab ke helang ni?!

            Janey memandang semula Danee yang sedang mengangkat keningnya itu, seperti menyoal pendapat Janey mengenai lelaki itu. “Bolehlah...” jawab Janey separuh berbisik,.Danee mencebik sedikit. “Ishh kau ni, semua lelaki kau cakap bolehlah. Nilah padahnya dikelilingi oleh 12 lelaki yang handsome bukan main tapi otak slow,” bebel Danee seraya menyuap paha ayam tersebut ke mulutnya. Tersedak Janey dibuatnya. Entah kenapalah Danee yang dulunya boleh dikatakan ayu jadi macam ni. Cehh.. cakap orang! Dia sendiri pun berubah.

            “Otak slow kau cakap? Hello, Suho oppa ada company sendiri eh? Semua berjaya sampai ke menara gading k?”

            “Yelah.. kau menang! Cepatlah makan. Lepas tu sambung shopping! Esok ada kelas. Malasnya!!”

           

            Selesai menikmati makanan yang tidak berapa sihat itu, mereka berdua melangkah keluar dari restoran KFC untuk membeli-belah di kedai pakaian pula. Yelah membeli-belah.

            Ketika Janey asyik berjalan, tiba-tiba seseorang terlanggarnya dan membuatkan dia dan Janey terjatuh seperti domino. “Sorry-sorry. Tak sengaja!” kata lelaki tersebut dan terus berlari meninggalkan mereka berdua yang jatuh macam buah nangka tu.

            “Tak guna punya orang. Sorry naik lori ah,” Janey membebel tetapi memperlahankan suaranya. Geram betul dia dengan lelaki tersebut. Sabar sabar!

            “Jumpa lelaki tu lagi, memang makan kasutlah!” giliran Danee pula membebel panjang. Lama Janey memandang lelaki yang berlari keluar dari shopping mall itu. Ehh.. kejap?! Bukankah dia... tak..tak mungkin.

            “Weh, jom balik! Tak ada mood nak sambung shopping,” Danee sudah membuat muka geram. Rakannya itu hanya mengangguk laju. Mereka berdua pergi ke tempat parking kereta yang sedikit tersorok itu.

            Tiba-tiba, seseorang menekup mulutnya dari belakang dan membuatkan Janey terkejut besar. Danee juga tidak ketinggalan, mulutnya ditekup juga.

 

**

 

            Kai tidur di atas sofa berlapikkan paha hyung kesayangnnya, Kyungsoo yang sedang menarik-narik telinga Kai sambil tergelak jahat. Sehun pula mengacau Suho yang sedang asyik menonton tv itu. Memang dari dulu lagi tak reti-reti nak duduk diam. Menyusahkan orang je Sehun ni.

            “Dah pukul 12 malam ni, mana Janey?” Xiumin menyoal dengan nada yang risau. Janey tu masih muda, macam-macam benda boleh berlaku sekarang ni. Kes culiklah, apalah.

            “Nanti dia balik lah tu. Dah try call?” Luhan menyoal sebaik sahaja dia keluar dari dapur, mengambil ais krim batter yang dibuat sendiri. Diakan chef.

            “Dah call. Lebih dari 50 kali!” Xiumin menjawab. Luhan tergelak besar. “50? Hey, tak yah nak tipulah weh!” Luhan gelak lagi. Seronok woii!

            Tiba-tiba, Suho mendapat mesej dari Janey.

 

FROM : HEY JANEY THE JANE!

Oppa, Janey akan sampai sekejap lagi

Kalau nak tidur boleh je tapi

Suho oppa tunggu dekat bawah

Boleh?

 

            Suho mengerutkan dahinya apabila dia membaca mesej tersebut. Pelik tapi benar! Pelik bin ajaib. Sungguh menak- okay stop.

            “Korang, kalau dah ngantuk sangat tu, pergilah tidur. Janey kata dia akan samp-“

            “YAHOO!! TIDUR!! KAI, JOM DATING DENGAN KATIL!!” Sehun menjerit sambil menggoncang bahu Kai. “HAH? DATE? AHH.. JOM JOM,” Kai yang mamai itu segara bangun dari sofa dan terus berjalan tanpa menyedari ada sebuah meja dihadapannya dan membuatkan dia terjatuh di atas lantai.

            “Adoii.. sejak bila Kyungsoo hyung buat kek keras gila ni?” Kai mengerang sambil mengurut lututnya yang sakit itu. Sehun tergelakkan Kai sambil menampar-nampar Luhan yang berada di sebelahnya. Suho menggosok mukanya. Adoii budak-budak ni.

            “Amboi kau, sesedap coklat je kau cakap kek aku keras? Ehh tu mejalah weh!” Kyungsoo menjerit lantang dan membuatkan Kai tersedar. “Oit.. Sehun, jom ah masuk bilik, gua ngantuk!” Kai bangun seperti orang mabuk dan terus memeluk bahu Sehun.

            Meremang dibuatnya Sehun apabila dia melihat Kai berperangai pelik. SAH! SAH ada benda yang tak kena ni.

            Kyungsoo menggeleng kepalanya sebelum masuk ke dalam dapur untuk mengambil sesuatu.

            SPLASH!

 

            Oh, Kyungsoo mengambil sebaldi air lalu dia mencurah air tersebut di atas kepala Kai. “Uwahh.. hujankan? Oh my! Payung mana?!!” Kai jadi tidak keruan. Sehun menjeling Kai. “WOIT!!!!” Sehun terus mencekik Kai sampai nak sesak nafas budak tu dibuatnya.

            “Wehh.. asal kau cekik aku ni?! Asal aku basah?! Asal lutut aku sakit?! Kenapa ni?!!!”

 

            Haii.. sedar jugak pak cik ni. Ingat nak mengarut lagi. “Kai, sedarlah. Aku ini Sehun, lelaki paling handsome berbanding Luhan dan Xiumin yang cute itu,”

            “Hoi, tak payah nak perasanlah!” jerit Luhan dan Xiumin serentak.Sehun tersenyum gedik.

            Suho menjuling matanya ke atas. Still tak segar lagi budak-budak ni. “Ehh dah lah tu. Pergi naik atas sana. Tidur,” arah Suho.

            Mereka semua mengangguk seraya naik ke tingkat atas untuk bertemu dengan katil yang dicintai lagikan dikasihi.

            Jam sudah menunjukkan pada pukul 1:24 malam tetapi Janey masih belum sampai. Suho menguap besar. Dia bangun dan terus berjalan ke dapur untuk membuat kopi bagi menghilangkan rasa ngantuknya itu.

            Selesai membancuh air kopi, Suho berjalan semula ke sofa lalu menempatkan cawan tersebut di atas meja.

            Tiba-tiba, Suho terdengar bunyi pintu rumah terbuka perlahan lalu ditutup. Mungkin Janey? Soal Suho di dalam hati. Dia berjalan ke arah pintu tersebut tetapi belum sempat dia hendak membuka pintu tersebut, seseorang menekup mulutnya dari belakang. “UHmmmm!!” Suho menjerit tetapi tidak mampu didengari oleh mereka yang lain.

            Si Penekup (Oh yeah~ hahaha Si Penekup XD)  tersebut menarik Suho ke arah sofa lalu meletakkan pisau yang tajam di hadapan mata Suho agar Suho berhenti menjerit. Air mata sudah mengalir di pipi Suho. Adakah dia akan mati hari ini? Pelbagai soalan bermain di dalam fikirannya.

            Si Penekup tersebut mengikat mulut Suho menggunakan kain  dan mengikat  tangannya ke belakang. Lelaki tersebut memakai penutup muka bewarna hitam, hoodie bewarna hitam yang sudah koyak rabak dan seluar bewarna hitam. Oh, genetik Kyungsoo! Sempat lagi Suho berkata di dalam hati.   

            Lelaki tersebut berjalan di hadapan Suho lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Suho. Cawan yang diisi dengan kopi diambil. Baru sahaja dia hendak menghirup kopi tersebut, habis basah penutup mulutnya itu.

            “Addeehh!! Panas!” lelaki itu menjerit kecil.

            Suho tergelak kecil. Awat bangang sangat dia ni?

            Lelaki tersebut memandang Suho dengan mata yang berapi. Suho berhenti tergelak dan memandang sekeliling.

            SRENG~

 

            Dengan tiba-tiba, lelaki tersebut mengacukan pisau  di hadapan Suho. “Aku....” sepatah lelaki itu berkata sebelum berdehem. Alahai.. masa nilah tekak aku sakit!

            “Sorry...” lelaki tersebut meminta maaf.

            Si Penekup itu meletakkan pisau tersebut di atas meja sebelum matanya memandang ke sebelah kiri Suho. Matanya tiba-tiba membulat. Suho berasa seperti ada seseorang duduk di sebelahnya tetapi dia tidak tahu siapa.

            Dengan perlahan, dia memalingkan mukanya ke kiri dan terkejut beruk dia dibuatnya apabila dia mendapati seorang perempuan berambut panjang sedang menangis teresak-esak di sebelahnya.

            “Oppa..”

            Suara tu.. suara JANEY!

            “Dia b-bunuh saya....” rintihnya lagi.

            Terasa jantungnya berhenti apabila Suho terdengar kata-kata tersebut.

 

            “HAHAHA...” tiba-tiba Janey tergelak kecil seraya mengangkat kepalanya. “Oppa!!!” Janey tersenyum manis membuatkan Suho tidak keruan. Okno! Muka still lawa lagi.

            “Suho~” sekarang ini, lelaki yang berada di hadapannya pula yang menyeru namanya. Perlahan, Suho memandang lelaki tersebut.

            “Haii!!” lelaki tersebut melambai tangannya sambil tersenyum.

            Janey melihat Suho seperti kematian kata-kata dan telingannya sudah mula berasap. Gadis itu membuka ikatan mulut Suho sebelum,,

 

            “TAK GUNA KAU KRISS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”


Update Update XD nnti update last chapter sebelum or selepas exam PT3 >.< hahahah anw esok ada exam psikologi ntah apa ntah nama benda tu -..- urghhhhh sakit jiwa TT^TT and... hahah enjoy this lame fanfic. urghh tahulah fanfic bagus okay stop!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!