: Family's Story

My 12 Brothers and I

2 MINGGU KEMUDIAN...

 

 

Janey membaca buku di halaman rumah sambil mendengar lagu sebelum dia mendapati sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya. Dia mengerutkan dahinya kerana selama ini tiada pun sesiapa yang datang ke rumah ini. Lagipun, kereta itu Nampak mewah.

Pintu kereta tersebut dibuka oleh pemandu kereta dan seseorang melangkah keluar dari kereta itu.

Janey meletakkan buku novel tersebut di atas rumput dan bangun dari duduknya. Janey berjalan menuju ke arah pagar tersebut dan mendapati seorang wanita mungkin dalam lingkungan umur 40-an, dengan lipstick merah menyala, rambut pendek bewarna perang, kasut tinggi 5 inci, baju tanpa lengan serta seluar pendek paras lutut. Bila-bila masa sahaja Janey boleh muntah dekat situ. Tak sesuai langsung dengan umurnya yang sudah berusia itu.

“Maaf, mak cik nak apa?” soal Janey.

Wanita itu membuntangkan matanya. “mak cik?! HEY! I ni muda lagi tau?!” tiba-tiba wanita itu menjerit. Janey yang ketakutan itu terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Oppa! Oppa! Ada nenek kebayan dekat luar!” Janey menjerit. Lay yang mendengar jeritan itu dari dalam biliknya terus berlari keluar. “Apa? Apa?!” belum sempat Lay bertanya, Chen sudah memotong. Entah dari ceruk hilir manalah budak ni muncul.

“Tu, ada nenek kebayan kat luar. Jom ah,” Janey menarik mereka berdua ke halaman rumah untuk berjumpa dengan wanita itu.

“Err.. ada apa ya?” Lay menyoal dengan ramah. Maklumlah, diakan memang macam tu. Ramah je kerja. Dah macam tak ada kerja lain nak buat.

“Ini, rumah Kim Junmyeon ke?”

“Sorry ah. Mana ada junyeon dalam rumah ni. Salah rumah ni,” Chen menyampuk dengan selamba. Janey tergelak. Troll lagi oppa! GO GO! Menyampah wooo tengok mak cik ni dengan pakaiannya yang euwww tu.

Wanita itu menjeling Chen. “Bagi saya masuk,” katanya dengan nada yang sombong. “Eleh.. ajet ajet sombong ah. Nak lawan dengan Kris lah tu,” Chen berbisik ke telinga Janey. Janey mengangguk laju. Menyampah!

“Tak boleh. Saya tak kenal mak- maksud saya. nuna,” dengan penuh keperitan di anak tekaknya, Lay memanggilanya nuna. “ISH! Nama saya Mrs. Yoo Ahn Yeon. Saya datang ke sini untuk berjumpa dengan Kim Junmyeon! Ada hal yang penting untuk dibincangkan dengan dia!” jerit wanita itu. Dia mengibas mukanya yang kepanasan itu. “Maaf, dia tak ada dekat rumah,” Lay menundukkan sedikit kepalanya.

“Okay, fine. Saya akan datang lagi.,” Yeon melangkah masuk ke dalam keretanya semula.

Selepas kereta itu beredar, Janey dan Chen membuat gaya hendak muntah. Lay pula sibuk menyebut perkataan ‘Kau tu Mak cik’ beberapa kali. Memang berat bibirnya untuk memanggil wanita itu sebagai nuna.

“Eh, tapikan, siapa Yoo Ahn Yeon tu ah? Yoo Jae Seuk, Janey kenallah,” soal Janey kepada mereka berdua. Lay dan Chen menjongket bahu tanda tidak tahu. Mereka pun pelik jugak siapakah gerangan nenek kebayan itu. Misteri...

 

 

Malam itu, mereka semua berkumpul untuk menikmati makan malam. Chen menjeling Janey, Janey menjeling Chen dan berakhir dengan mereka berdua mereka berdua menjeling Lay. Lay yang baik itu mengangguk kepalanya dengan perlahan.

“Errm.. nak cakap boleh tak?”

“Cakap jelah. Bukan hyung ni Xiumin pun,”

“Ehh budak Chanyeol ni. Sekeh jugak kepala,”

Xiumin memarahi Chanyeol. Tahulah dia tak suka bercakap. Tapi, tak baiklah buat dekat dia macam tu.

“Suho.. saya ada benda nak tanya ni,” Lay memanggil Suho. Suho mengangkat kepalanya memandang Lay. “Tadikan.. ada sorang wanita ni datang rumah. Tak tahulah untuk apa tapi dia cari Suho. Nama dia Yoo Ahn Yeon. Suho kenal?” soal Lay. Suho menggaru kepalanya. Tidak pernahku kenal nama itu.

“Tak pernah pulak,” jawab Suho. “Dia cakap nanti dia nak datang balik, cari oppa,” Janey memberi matlumat yang sangat penting. Suho menggaru pipinya. Siapalah pulak perempuan tu? Haishh tertanya-tanya jugak dia.

 

**

 

Mereka semua berkumpul di ruang tamu sambil berborak dan bermain game. Kyungsoo menunjukkan skilnya iaitu headlock dan mangsanya adalah Baekhyun, musuh ketat abadinya sampai bila-bila.

DING DONG

 

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Suho bangun dari duduknya untuk memeriksa siapa yang menekan loceng tersebut.

“Eh sapa tu?” soal Suho pelik.

Janey dan Lay mengikut Suho dari belakang. Mereka yakin Ahn Yeon datang semula ke sini untuk berjumpa dengan Suho.

Apabila mereka bertiga berjalan mendekati pagar tersebut, Lay dan Janey terbatuk kecil. Memang betullah Ahn Yeon datang semula.

“You ni, Junmyeon kan?” meremang bulu roma Janey apabila mendengar suara manja Ahn Yeon itu. Suho hanya mengangguk dan menyuruh Lay untuk membuka pagar.

Apabila pagar tersebut dibuka, Ahn Yeon melangkah masuk tetapi mereka mendapati pintu kereta tersebut dibuka oleh seseorang. Seorang perempuan dalam kalangan umur Sehun dan Kai melangkah keluar dengan megah dan melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan gaya diva.

Suho menyuruh mereka berdua duduk di atas sofa itu. “Wohee? Hyunhee? Awat kau buat dekat sini?!” Kai menjerit. Hyunhee tersenyum manis dan  terus berlari untuk memeluk Kai tetapi di halang oleh Kyungsoo. “Whaaa chopp.. ni asal nak peluk adik orang ni?!” Kyungsoo merenung Hyunhee. “Tepi lah!” Hyunhee menolak Kyungsoo ke tepi. “Kai oppa, akan berkahwin dengan saya tak lama lagi.”

 

KRIK KRIK..

 

O_________O

-OO-

-_________________-

 

 .....Kata-kata Hyunhee itu membuatkan 13 orang itu tergelak sampai nak pecah perut. “Minah ni makan apa pagi tadi?” soal Chen sambil tergelak. “Semut kot XD” giliran Baekhyun pula berkata. Mengarut betullah minah ni. Pagi-pagi buta ni sempat lagi buat lawak mega dekat sini.

“Dah Hyunhee. Awak jangan nak mengarut di pagi hari ni eh? Mohon keluar dari rumah saya,” Kai menarik tanggannya dari genggaman Hyunhee. “Tapi.. oppa..” Hyunhee mahu meraih lengan Kai semula tetapi Kyungsoo mengetuk kepala Hyunhee.

“Oppah kau adalah! Keluar! Datang tak dijemput, pulang aku tendang nanti,” Kyungsoo mula membebel. “Ooppss.. You siapa nak tendang anak I ni?!” tiba-tiba Ahn Yeon menengking Kyungsoo. Beliau mengusap lembut rambut anaknya itu. “You, akan berkahwin dengan dia and I don’t care about it!  Dan...” Ahn Yeon mengalihkan pandangannya menghadap Suho yang blur itu.

“This handsome man, akan berkahwin dengan I.”

 

O______________________________O

=================OOOOOOOOOOOOO

Apa

Dia

Kata

Tadi

?

?

?

 

 

Suho cuba memproses ayat pelik wanita itu sebelum terkejut. “Apa yang mak cik merepek ni! Saya tak mahu Sugar Mummy lah!” Suho menjerit marah.

“You, dengar sini. I dah buat tempahan baju khas untuk kita tau?”

“Chopp mak cik! Tapi nanti Si Eun apa entah ni nak kahwin dengan Kai. Kai ni adik saya!”

“Haishh you jangan lah tipu I. You all bukan adik-beradik sebenar pun,”

“Eh, Mak cik tak ada suami ke?!”

“You, kitorang dah lama bercerai tau. Sebab tulah I nak kahwin dengan you. Mesti wed-“

Belum sempat Ahn Yeon a.k.a Mak cik annoying tu menghabiskan ayatnya, Suho mengetuk meja menggunakan batang penyapu. “You You! Apa kau ingat ni ikan Yu ke ah?! Dari tadi dok mengarut pasal kahwin. Sedarlah diri tu dah tua!” Suho berkata marah. Memang dari tadi dia menahan marah kerana kata-kata serta sikap wanita tua di hadapannya ini. Dari tadi cakap pasal wedding lah apalah. Mengarut sangat!

Kris menggosok perlahan belakang Suho. “Patutlah uban naik banyak, asyik marah je,” kata Kris perlahan. Suho hanya mendiamkan diri. Tumpuannya sekarang adalah Ahn Yeon yang sedang ternganga itu. Mohon lalat masuk dalam mulut dia!

“Y-you, apa ni.. I dah siapkan semuanya. Kan sayang?”

“Betullah eomma. KEJAM! Kai oppa kena kahwin dengan saya jugak” Hyunhee menghentak kakinya. Kai menjuling matanya ke atas. Tak sangka pulak dia wujud keluarga pelik  macam diorang ni. Ingat dah tak ada.

“Sorry tapi, mereka ni family saya dan saya tak akan biarkan Kai atau Suho jadi suami korang. Tak layak!” Janey mengetap bibir. Geram!!

“Keluar dan jangan kembali,” sambung Janey.

Ahn Yeon menjeling Janey. Dia mengambil beg tangannya sebelum membuka mulut “Okay, I will-“ “Tak payah. Ni bukannya comeback stage! I will back, I will back. Ingat ni lagu 2PM ke?” Chanyeol  memotong ayat wanita itu.

Selepas sahaja dua orang wanita gila itu pulang, Suho duduk di atas sofa sambil mengurut kepalanya yang sakit. Macam-macam betul perangai orang zaman sekarang ni.

“Eee..tak leh nak imagine if Suho kahwin dengan mak cik tu,” Tao menggerakkan bahunya. Tadi pun dia rasa nak wushu je dua orang tu tapi nasib baik dia masih dapat kawal perasaannya. Eleh... padahal penakut! Sembunyi belakang Sehun adalah. Hampeh!

“Dahlah, jom keluar jenjalan nak. Rimas gila dok dekat rumah,” cadang Suho. Semua orang bersorak gembira kecuali...

“Not my style..”

**

“Saya nak hak penjagaan saya!”

“Tapi mereka berdua dah okay dekat sana..”

“Okay?! Like I care huh?! Saya tak kira, saya perlukan peguam sekarang!”

 

**

            Mereka semua bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar Bandar tersebut. Disebabkan mereka mempunyai 13 orang dalam satu keluarga, Kris membeli 3 buah kereta berjenama Alphard. Yelah, CEO syarikat, mestilah kayanya bukan main lagikan? Petik jari je haha..

 

            Tapi dalam mereka nak bersiap pun, masih lagi boleh bergaduh. Jadi, marilah kita mendengar suara-suara sengau itu bergaduh macam budak kecik.

 

BILIK 92 Liner;

 

 

            “Woi Baekhyun! Tu seluar akulah! Tak ada seluar ke?” Chen menarik seluar yang sudah dipakai oleh Baekhyun itu. “Eee pencabul!! Eeee!!!!” Baekhyun melompat-lompat dengan gaya gediknya itu. “Banyaklah kau! Bagi seluar aku!!” Chen menjerit.

 

 

            Barang-barang, usah dicakaplah. Tak tahulah bilik ni baru lepas kena putting beliung ataupun baru lepas gempa bumi. Baju bersepah atas lantai. Kalau dibuka almari pakaian tu, memang cari maut! Bertimbun baju-baju setinggi gunung kinabalu yang tidak dilipat akan menghempap mangsanya.

 

            Katil pula tidak dikemas, kecuali Chanyeol. Bukan sebab apa, sebab Rilakumanya yang cute-cute itu kenalah duduk dekat tempat yang selesa. Mana boleh kotor-kotor ni..aishh..

 

            “Baekhyun woi, kau pakai gel rambut akukan? Budak ni memang nak kena,” Chanyeol menyerang Baekhyun dengan menarik rambutnya. “TIDAK!! TOLONG!! Ada orang nak cabul Baekkie!!” Baekhyun menjerit sekuat hati tetapi dia siapa yang menjawab ataupun pergi menolong Baekhyun sebab dia sendiri yang mencari masalah. Siapa suruh guna barang orang? Sendiri gali lubang kubur, ambik hang!

 

            “Yelah, aku bagi balik barang korang!” Baekhyun menjerit. Sakit badannya akibat ditindih oleh 2 ekor raksasa gergasi ini. Tahulah yang dia tu kecil lagikan cute. Diorang jeles lah tu.

 

            “Dah ambil barang aku,” Chen merampas seluar itu dan memakainya. “Pinjam okay? Bukan mencuri. Ayat tu jaga sikit,” Baekhyun mencebik.

 

            “Kau ni, macamlah tak ada barang. Tulah, membuta je tau. Makan, tidur je kerja. Sebab tu gemuk!” bebel Chanyeol panjang sambil menyapu gel ke rambutnya. Baekhyun membuat gaya mulut, meniru kata-kata Chanyeol itu semula.

 

BILIK 93 LINER;

 

           

            Bilik ni ehh.. macam mana nak cakap eh. Kemas je. Tersusun rapi, baju dilipat kemas. Tapi satu je..

 

            “Siap bagi kebenaran pijak kawasan aku?” Kyungsoo bercekak pinggang apabila dia mendapati ibu jari Tao memasuki kawasannya. “Errk.. tak sengajalah hyung,” Tao tersengih.

 

            Itulah masalahnya. Disebabkan Kyungsoo terlampau annoying dengan perangai Tao yang takut tidur bersendirian itu dan juga manja, Kyungsoo meletak garis sempadan menggunakan pita pelekat bewarna kelabu di dalam bilik itu. Siapa yang masuk kawasan orang lain, akan didenda. Mereka akan dipaksa untuk membayar duit. Tapi, peraturan ini hanya digunaakan oleh Kyungsoo untuk Tao dan Baekhyun je. Yang lain, masih okay lagi.

 

            “Dah tu?! Alihkan kaki tu. Pergi pakai baju cepat. Jangan nak berkemban depan aku!” Kyungsoo membuntangkan matanya yang besar itu. Terkejut beruk dibuatnya Tao. Kyungsoo ni pelik sikit. Di dalam bilik, perangainya memang jahat, tapi dekat luar bilik, baik semacam je. Kesian betul Tao.

 

BILIK 94 LINER;

 

         

            Bilik yang berkonsepkan dance dance dance. Terdapat satu bilik kecil, khas untuk menari di dalam bilik itu. Bilik dua orang budak ni pun bersih je, Cuma satu. Diorang paling tak suka kemas katil. Bila ditanya, mereka akan menjawab :

            “Lek ah, lepas nikan nak tido pulak,”

 

            Dan berakhir dengan kepala mereka berdua benjol akibat diluku oleh Kyungsoo. Padan muka. Cari nahas sangat.

 

            “Sehun, mana kasut aku,”

            “KaiKai, mana stoking? Eee..”

 

            Berbeza dengan 92 liner, mereka tak guna barang sendiri tapi kena cari barang sendiri. “eh, awat stoking kau dalam drawer aku ni?” Kai mengangkat stoking itu lalu dibaling tepat ke muka Sehun.

            “Choi! Wangi gila bau stoking ni!” Sehun menciumnya beberapa kali sebelum memakainya. Kai membuat muka geli. Sah Sehun punya otak sudah tidak betul! Sementara Sehun   sedang asyik bersawit sawit dengan stokinnya itu, Kai mencari kasutnya di bawah katil Sehun dan.....

            “Oh Thehun! Kau sorokkan kasut aku ye?” soal Kai geram. Sehun memandang Kai dengan senyumannya yang comel itu. “Ish kau ni. Menyesal betullah sapa yang jadi bini kau nanti,” Kai mengambil kotak kasut itu lalu membukanya. “Sehun! Mana kasut aku?!” soal Kai. Sehun memandang siling bilik itu dan Kai mengikut.

            Mata Kai membuntang apabila dia melihat kasutnya tergantung di atas siling tersebut menggunakan tali yang diikat pada paku. Yang Kai peliknya, macam mana Sehun boleh buat macam tu? Misteri..

            ‘Yaaa, ambillah kasut aku tu balik..” Kai menggoncang lengan Sehun sambil membuat muka cutenya yang tidak cute itu. “Eleh, ambik ah sendiri,” Sehun membuat muka tak bersalah. Ada jugak yang naik tangan ni.

            “Okay, nanti aku belanja kau makan okay? Pweaaasseee?” Kai mengerdipkan matanya lagi. “Okaylah, sayangku!” Sehun mengenyit sebelah matanya. Nak termuntah jap..

 

            Sehun mengambil galah yang tersorok di belakang almarinya itu lalu mengambil kasut Kai menggunakan benda itu. Terkejut beruk dibuatnya Kai bila Sehun buat keluar galah tu. Mamat ni betul ke tidak ni? Dari mana dia kaut galah tu?

            “Dah! Belanja makan tau?” Sehun membaling kasut itu ke arah Kai.

 

BILIK 91 LINER;

            Bilik Suho dan Lay. Mestilah kemas jekan?so, tak payah kot cerita keadaannya macam mana. Suho dengan Lay sibuk bersiapa tanpa membuka mulut pun. Hmm.. You Got No Jams!

 

BILIK 90 LINER;

 

            “Nampak manly tak?” soal Luhan kepada Kris yang sibuk membetulka jaket kulitnya. Kris hanya menjeling Luhan dan tidak membalas soalan Luhan itu. “Kris, jawab ah.. jawab eh?” Luhan tersengih. Dia memukul bahu Kris beberapa kali tapi Kris masih diam. Cold gila ni!

 

            Luhan mencebik bibirnya. Spek hitam yang dipakainya itu dibuang.  “Xiuminne, manly tak?” Luhan menyoal Xiumin pula sebaik sahaja XIumin keluar dari tandas, “Ha.. okay..” jawabnya malas. Luhan tersengih, gembira sebab Xiumin menjawab soalannya yang dia ni manly sangat! Happy go lucky!

 

BILIk JANEY;

 

            Janey membetulkan hoodienya yang bewarna kuning itu. Dari tadi dia mendengar suara-suara dari mulut oppa-oppanya dari dalam bilik. Mereka memang tak reti duduk diam even sehari pun. Wajib gaduh! Macam perang dunia ke 3 pun ada.

            Janey mencapai phonennya dan menyimpannya di dalam poket seluar. “Siap!” kata Janey sepatah.

 

**

 

 

            Jumlah kereta; 3

            Kereta 1 ; Baekhyun, Kris(driver), Kyungsoo, Janey

            Kereta 2; Chanyeol, Chen, Sehun, Lay(driver/matilah dia)

            Kereta 4; Tao, Suho(driver), Xiumin, Luhan, Kai

 

 

 

            “Woooo~ I came in like a wrecking ball!!” Baekhyun mula menyanyi sekuat hati. “Naega Jiel Jal Naga,” Kyungsoo membuat gaya tangan seperti di dalam MV I am The Best.

            “Bisinglah! Diam sikit!” Kris menjerit dari tempat duduk pemandu. Dia meletakkan sikunya di pintu. Sungguh terseksa jiwanya kerana terpaksa naik kereta dengan diorang ni. “Ehh tolong tepi sikit, tolong diam sikit,” Baekhyun masih tidak mahu berhenti.

            “Shhh.. nanti Kris oppa cepat tua!” Janey berjenaka. Baekhyun dan Kyungsoo tergelak tapi tidak Kris. “Amboi.. tua-tua oppa pun, masih hensem k?” Kris bangga diri tetapi memang hakikat pun.

            “Kris hyung, jom ah join. Hyung kan pandai rap,” Baekhyun menjongket keningnya. Kris menjeling Baekhyun menggunakan cermin belakang. Hek dia rapping masa drive. Nak mati ke?!

 

            “Ahhhh dia mesti tak nak. Suara tak sodap. Meh kita berdua je yang nyanyi,” Kyungsoo menyambung nyanyiannya manakala Baekhyun membuat rap yang mengarut. “Oiitt.. mula dah RapByun!” Janey berkata.

 

 

 

 

            “Lay hyung....” Chen berbisik  ke telinga Lay yang sedang memandu itu. “Matilah kamu..” sambung Chen di telingan sebelah kiri pula. Chen meniup-niup telinga Lay.”Chen, janganlah, tengah focus ni,” pinta Lay. Dia tidak dapat focus kerana 3 ekor syaiton ni tak habis-habis nak kacau dia.

            “BAAA!!” Chanyeol mengejutkan Lay dengan mukanya yang dipenuhi dengan bedak yang dicuri dari Janey. Dia belum memulangkannya balik sebab tak sempat. “Lay hyung tak takut ye?” Sehun menggosok lengan Lay menggunakan penyapu kecilnya.  

            “Hyung-ah...” Sehun menjongket keningnya sambil menggosok lengan Lay perlahan-lahan. Tiba-tiba, Lay membrek kerta tersebut dan membuatkan tiga orang budak nakal itu terkejut beruk. “FUhh kenapa hyung berhenti tetiba ni?!” jerit Chanyeol. Dia mengurut dadanya kerana terlampau terkejut. Lay tergelak apabila tiga orang adiknya itu mula membebel. “Hahaha.. padan muka. Hahaha..” Lay tergelak lagi dan itu membuatkan mereka yang menjadi takut. Bukan sebab apa, tetapi kerana Lay tetiba je gelak. Pelik lah!

            “Weh, aku takutlah,” Chen memeluk Chanyeol yang berada di sebelahnya.Selalunya Lay akan gelak ramai-ramai jadi tak berapa dengarlah suara dia tu. Tapi... kali ni, Lay gelak seorang diri. Naik meremang bulu roma mereka dibuatnya. “Hyung, dah lah tu. Cepat gerakkan kereta ni,” Sehun mencuit perlahan lengan Lay.  Lay mengangguk kecil sebelum menekan pedal minyak itu semua.

 

 

 

 

 

            Krik Krik...

 

            Diam je manusia-manusia yang berada di dalam kereta itu. Radio pun tidak dipasang. Xiumin menguap kerana mengantuk. Dia okay je kalau tak bukak mulut.  Tao pula dari tadi dok cuit-cuit bahu Kai dan berbisik ke telinganya. Kai pula menepis tangan Tao yang asyik menucitnya itu.

            Luhan yang berada di sebelah Luhan memusing-musingkan alat pembesar suara radio itu. “Diam je korang? Bukak radio eh?” Suho tersenyum sebelum menekan punat radio itu. “JANGAN!!” jerit Luhan tetapi tidak sempat.

            BOOM BOOM BOOM

 

            Bunyi radio yang kuat gila tu membuatkan mereka semua menjerit. “Woit! Kau pasang volume berapa ni?!” Kai menjerit. “Apa, kau kau ah?! Hyung lah!!” Luhan membalas jeritan tersebut. Cepat-cepat dia memusingkan semula alat pembesar suara itu kepada volume yang lebih perlahan.

            “Fuh.. sentap beb!” Tao menggosok telinganya. Boleh pekak ni! “Lain kali janganlah main benda tu lagi. Dah macam disco tadi,” Kai membebel tetapi tidak dihiraukan Luhan. “Dahlah, asyik gadoh je kerja korang ni. Cubalah duduk diam,” Xiumin menjulingkan matanya ke atas. Naik bingit telinganya mendengar suara-suara macam katak panggil hujan ni setiap hari. Cobaan...

 

            Selepas 30 minit, mereka sampai di tempat yang dituju. Bukan taman ataupun tempat permainan, tetapi pusat membeli-belah. Yang bagi idea ni tidak lain tidak bukan Huang ZiTao a.k.a Tao yang tergedik-gedik hendak membeli guchi edisi terbaru. Baekhyun pulak nak beli ais krim dan eyeliner. Naik pening dibuatnya Suho. Macam-macam betul permintaan!

            “Yo Yo Man! Kitorang baru balik dari club,” Luhan menyapa mereka yang lain dengan gayanya yang ‘sopan’ itu. “Kesah..?” Sehun menyoal. Luhan mencebik dan mengunci kepala Sehun. “Ahh kesah ah kesah?” Sehun menjerit.

            Beberapa orang yang lalu lalang di situ hanya mampu menggelengkan kepala mereka.

 

            “Woit, sudah lah tu. Buat malu je,” Kyungsoo memukul kepala mereka berdua.

            “That is why you guys are not my style,”

 

            “Cepatlah. Nak shopping ni. Macam biasa, Suho oppa belanja, haha..” Janey tergelak jahat diikuti Baekhyun. “Belanja Byun’s family okay?” Baekhyun tergelak lagi. Suho membuat muka sedih. Pokai lah dia hari ni kena belanja diorang ni. Tapi, apa yang nak dibuat, memang dia yang kenda tanggung diorang ni semua.

            Mereka semua berjalan masuk ke dalam mall itu secara beramai-ramai. “Jom cari beg guchi dulu!” Tao melompat-lompat. “Eeee.. katak ni dah mula dah,” Chen tersengih. Dia cepat-cepat  menyorok di belakang Sehun. Takut nanti Tao menggunakan wushunya untuk memukul dia. Habis hilang kehandsomeman (ada ke? xD) dia nanti.

            “Ahh tak ada. Kita skodeng ayam goreng berempah ala madu bersama kicap ABC dulu,” Kai berkata. Dari tadi perutnya berbunyi, minta diisi dengan ayam. Sudah terbayang ayam-ayam goreng menari-nari di hadapannya. Aummm~

            “Bubble Tea ahh..” Sehun merengek sambil menarik lengan baju Sehun. “Bisingnya..” Kris mengomel. Dia menarik Suho, Janey dan Lay untuk mengikutnya. “Korang gadohlah dekat sini. Xiumin, mohon jaga yang selebihnya. Boleh kena aku lama-lama,” arah Kris sebelum berjalan pergi bersama yang lain.

            “No!! Someone kidnapped Janey!!” Baekhyun separuh menjerit. Dia nak jadi Queen Of Drama hari ni. “Ai pak cik ni. Cubalah diam sikit!” Kyungsoo menjeling tajam Baekhyun. Baekhyun membuat muka selamba dan berjalan pergi, meninggalkan yang lain di belakang. “Eleh, merajuk lah tu,” ujar Chanyeol. Macamlah dia tak kenal perangai Baekhyun. Kalah perempuan! Menggedik tak habis-habis.

            “Biarkanlah mamat tu. Jom hyung, kita beli bubble tea dan makan ayam!” cadang Sehun gembira. Tidak sabar untuk berjumpa dengan bubble tea dan ajak minuman tu dating. Chanyeol mengangguk setuju. Mereka bertiga berjalan bersama-sama.

            Xiumin, Kyungsoo, Tao dan Chen membatu di situ. Tidak tahu apa yang hendak dibuat. “Jom prank orang,” Chen berkata selamba. Nasib baiklah Kyungsoo tak ketok kepala. “Beli guchi dulu. Lepas tu prank orang,” kata Tao. Chen menarik lengan Tao untuk mengikutnya dan tinggallah Xiumin dan Kyungsoo di situ.

            “Errr.. Kyungsoo, nak buat apa?” soal Xiumin takut-takut. Kyungsoo tersengih di hadapan Xiumin dan membuatkan lelaki itu takut. “Jom, cari aweks,” Kyungsoo tergelak kecil. Best betul dia dapat kacau Xiumin hari ni. “Ish, kau ni janganlah nak mengarut. Jom cari baju. Kau punya baju semua hitam!” Xiumin menarik Kyungsoo ke salah satu kedai pakaian.

 

            “Lah, warna hitamlah lawa. Dahlah kulit aku ni putih, nanti pakai warna putih, macam mana?” Kyungsoo berbangga diri. “Bukan warna putih, apa kata warna-“ “PINK! OMG CUTENYA!!!” kata-kata Xiumin dipotong oleh seseorang yang menjerit di belakangnya. Tapi, suara tu kedengaran familiar di telinga mereka.

            Perlahan-lahan, mereka berdua memusingkan kepalanya dan terkejut apabila mendapati Luhan sedang mencuba beberapa helai baju bewarna pink. “Woi Luhan, aku ingat kau dah kena culik,” Xiumin berjalan ke arah Luhan.

            “Ehh mak kau!” Luhan terkejut dan menyorokkan barang-barangnya itu. Mamposlah kalau diorang Nampak. Mesti kena gelak 40 hari 30 malam. Kyungsoo tersenyum jahat. Best ni kalau dapat kenakan Luhan hari ni. “LuLu beli baju warna pink ya?” Kyungsoo tersenyum comel. Dia mencuit-cuit pinggang Luhan.

            “M-mana adalah!”

            “Tipu. Alah, janganlah nak berahsia dengan kitorang, tahu sangat dah yang hyung suka warna pink,”

            “Ish Kyungsoo, slow lah sikit suara tu. Tak jadilah beli kalau macam ni,” Luhan merajuk. Dia meletakkan semula baju-baju itu dan melangkah keluar dari kedai tersebut. Haishh.,, terpaksalah Kyungsoo dan Xiumin memujuk Luhan.

 

 

 

            Rambang mata Janey dan Lay apabila mereka menapak masuk ke dalam kedai kasut tersebut. Semua kasut lawa-lawa. Rasa macam nak rembat kesemuanya kalau boleh.

 

            “This is heaven,” Janey berkata perlahan. Dia dan Lay menyerbu kasut-kasut yang berad di situ. Satu demi satu kasut diperiksa. Harga, sudah tidak dihiraukan oleh mereka, asalkan kasut tu selesa dan mereka suka. “Cantiknya kasut ni. Kalau buat menari pun best,” Lay membelek kasut bewarna hitam itu.

            “Owahhh cantik, lawa!!” Janey separuh menjerit.

 

            “Aish.. berejamlah duduk dalam kedai ni,” Kris mengeluh perlahan. Dia duduk di atas kerusi yang berada di dalam kedai tersebut. Suho tergelak. “Badan je besar, tapi lemah macam orang tua,””Amboi pak cik ni. Cari gaduh nampak?” “Mana adalah. Gurau manja je,” dia tersengih. “Banyaklah kau punya gurau manja. Yuksss..” Kris mencebik.

            Lay memeriksa harga kasut tersebut. 90,000 won (RM280) . Lay buat muka selamba dan memanggil pekerja di situ untuk mencari saiz kakinya.  “Perghh mahalnya kasut. Sapa bayar?” Janey menegur Lay. “Lay hyung yang bayar,” Lay tersenyum kecil.

            “Kasut Janey mana?” Lay menyoal Janey sebelum pekerja tersebut memberi kasut yang baru diamblinya di dalam bilik store untuk dicuba oleh Lay. “Owhh murah je. 50000 Won (RM 160). Oppa punya mahal gila!” Janey berkata. Lay tergelak apabila mendengarnya. “Kenalah pilih kualiti kasut yang baik. Lagipun kasut Janey tu, Suho hyung yang bayar. Bukan Janey,” kata Lay. Janey hanya mengangguk kecil. Dah tu? Dia manalah ada duit.  Kalau ada pun dalam bank.

            Arwah ibu dan ayahnya sudah meninggalkan harta yang bernilai hampir 321989159 won  (RM1 juta) . Duit itu dipegang oleh Suho buat masa sekarang. 50% dari duit itu sudah dipindah masuk ke dalam account bank milik Baekhyun. Yang selebihnya, akan diberikan kepadanya bila dia berusia 18 tahun.

            “Dah siap dah? Mari oppa bayarkan,” tiba-tiba Suho muncul dibelakangnya.

 

**

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Update this chapter with love and hiatus boring mode~ hahaha.. SO, finally update ^^ hahaha maaf sbb typo and my PT3 is coming soon. sekarang ni tgh trial TT^TT Wish me luck okay? sudah wooo PT3! Yg geng PMR memang tak faham... /nsngis/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!