: Family's Story

My 12 Brothers and I

 

            Mereka semua berjumpul di tempat letak kereta selepas membeli barang-barang yang mereka mahukan. Tao asyik dengan guchinya yang baru dibeli itu. Sehun, Chanyeol dan Kai dah tak mampu nak berjalan sebab perut mereka sudah penuh diisi dengan makanan yang mereka makan tadi.

            Chen tak beli apa-apa. Dia dalam proses menyimpan duit untuk masa depannya yang tak berapa cerah itu. Kononnyalah.

            Di tangan Kyungsoo penuh dengan beg beg plastik yang dipenuhi dengan bajunya yang pelbagai warna. Terima kasih kepada Xiumin kerana memilihnya dan juga membayar harga baju-baju itu. Luhan pulak, dah okay selepas Xiumin belikan dia anak patung Donald duck edisi terhad. Haishh banyak songeh betullah!

            “Dah siap dah?” soal Kris malas.

            “Dah hyung!” jawab mereka semua hampir serentak. “Ehh kau jangan panggil aku hyung eh? Annoying,” Kris memberi amaran kepada Luhan dan Suho. Mereka berdua menyiku sesame sendiri. “Kita pun tak adalah nak panggil dia hyung,” Luhan berbisik ke telinga Suho.

            “Eshh sudahlah. Asyik gaduh je. Tak habis!” Kyungsoo menggelengkan kepalanya. “Ni nak warning ni. Baekhyun, kalau kau buat bising lagi dalam kereta, hyung sumbat mulut guna stoking yang tak basuh lebih dari 1 minggu ni,” Kris menayang stoking yang berada di tempat duduk belakang keretanya itu. Hampir termuntah mereka dibuatnya. Bau tu, tak payah cakaplah! Hapak!

            Kris tersengih dah menyimpan semula stoking tersebut. “Basuhlah stoking tu. Ni kalau bakal bini Nampak, tak jadi kahwin lah jawabnya,” Tao menggelengkan kepalanya.

            “Buat apa nak ada bini? Aishh jangan nak sibuk urusan orang tua. Kau tu muda lagi. Pergi masuk kereta cepat,” Kris menolak bahu Tao. “Yelah. Jangan tolak-tolak. Rosak guchi ni, hyung nak tanggung?” marah Tao.

**

           

           

            “BANGUN CEPAT!!” Janey menggoncang bahu Sehun dan Kai dengan kasar. Siap menjerit di telinga mereka berdua lagi. “Apa bising-bising ni? Pagi lagi kot..” Kai merengek. Dia menggosok matanya dan menarik selimut tebal untuk menyelimuti tubuhnya itu.

            Mulut Janey hampir ternganga apabila Kai mengatakan bahawa sekarang ini masih lagi pagi (ayat macam pelik je -___-) “Woit! Dah pukul 7:35 lah!! Sekolah start pukul 8 kot,” jerit Janey lagi.

            Serentak mereka berdua bangun dari tidur dan memandang antara satu sama lain. “7:35?!!” jerit mereka serentak. Cepat-cepat mereka berdua berlari masuk ke dalam tandas. “Ehh Sehun oppa. Guna jelah bilik air Baekhyun oppa. Takkan nak mandi.. erm.. berdua kot?” soal Janey sambil mengangkat kening kirinya. Sehun menolak Kai ketepi dan terus berlari keluar dari bilik.

            Mereka hanya mandi selama 5 minit dan terus bersiap memakai baju sekolah. Tetapi, masalah lain pulak yang timbul

 

“Alamak! Buku sekolah tak kemas lagi!” – Sehun

“Mana stoking? Mana beg?!” – Kai

 

            Janey menjulingkan matanya ke atas. Dah mula dah diorang ni. Selalu tak kemas semuanya sehari sebelum pergi ke sekolah. Selalu sangat kemas barang pada waktu pagi walaupun diorang tahu yang dioarang akan bangun lewat.

            “Kenapa Kyungsoo hyung tak kejut?” Sehun menyoal Janey sambil mengemas buku sekolahnya. “Oh.. dia pergi Gangnam dengan Luhan dan Xiumin hyung hari ni. Sebab tu tolak awal,” jawab Janey.

            “Yang Janey ni pulak? Asal kejut kitorang lewat?” Kai menyoal sambil terlompat-lompat di atas lantai kerana sedang sibuk memakai stokingnya. “Janey bangun lambat tadi..”

            Jam sudah menunjukkan pada pukul 7:55 minit pagi. Mereka berdua hanya ada 5 minit sebelum pintu pagar sekolah yang besar dan tinggi itu tutup.

            “Tak boleh jadi. Kita kena rempit jugak! Janey, ikut oppa. Kai, kau rempit sebelah aku,” Sehun memberi arahan. Mereka berdua hanya mengangguk mendengar idea gila Sehun. Ni, kalau Suho tau, mesti kena ikat dekat batang pokok. Tapi, nak buat macam mana. Ini sudah dikira kecemasan.

            Selepas menghidupkan enjen motor, mereka terus memecut laju. Tidak menghiraukan kereta yang lalu-lalang di situ.

            Mereka tiba di hadapan pintu pagar sekolah pada pukul 8:05 minit pagi dan ketika itu, pengawal baru je nak tutup pagar. Lagak seperti seorang atlet yang tidak berbayar, Kai terus memecut motornya, memasuki kawasan sekolah itu.

            “Pengawal yang handsome! Jangan tutup dulu!” jerit Kai. Pengawal itu tersenyum. Bangga ah tu. Padahal kena bahan dengan Kai je.  Pengawal itu membuka semula pagar itu. “Waahh thank you sangat-sangat. Jasamu tetap ku kenang!” jerit Kai sebelum memecut motornya ke kawasan tempat letak motor.

            Sehun menjuling matanya ke atas. “Hek eleh mamat ni, ajet ah. Esok lusa confirm lupa dah pasal pengawal tu,” “Entah. Masa tu, Lay oppa tolong dia beli popcorn and bile Lay oppa suruh dia beli barang, macam-macam alasan bagi,” Janey mencebik. Sehun tergelak besar.

           

 

**

 

            “Macam mana boleh bangun lewat?!” Suho bercekak pinggang di hadapan Janey, Kai dan Sehun yang sedang menikus di atas sofa. Muka masing-masing menunduk. Sehun mengelap pipinya walaupun tiada air mata yang mengalir.

            “Ni, telefon punyalah mahal, tak reti kunci jam?!” Suho mengangkat telefon mereka bertiga yang berjenama Samsung s3 s4 dan macam-macam S lagi. Tapi tiada Samsung Sehun ya?

            “Suho, sabarlah. Budak-budak lagi ni,” Lay cuba menenangkan Suho yang sudah berapi itu. Muka dah macam cili padi. Telinga pun kalau boleh dah macam nak berasap!

            “Hyung, umur dah tua, karang kena sakit jantung nanti,” Chanyeol yang sibuk melantak makanan ringan berkata dengan mulut yang penuh. Kyungsoo mengetuk kepala Chanyeol. Sempat lagi berlawak masa-masa ni.

            Suho menarik nafas sedalam yang boleh. “Okay, lain kali jangan buat lagi. Dan.. Sehun, Kai, korang bukan budak-budak lagi.  Faham?” Suho memandang mereka bertiga satu per satu. Mereka bertiga mengangguk lemah. Ini boleh dikatakan kali pertama kot Suho marah macam ni. Lainlah kalau Kris, wak lek je. Tak marah pun. Even Kris cold nak amat, tapi dia jenis tak marah sangat.

            Suho beredar dari satu dan naik ke tingkat atas. “Ishh.. manusia manalah bagitahu yang kita ni lewat,” Kai mencebik. “Itulah, lain kali tidur awal, macam hyung,” Xiumin berpeluh tubuh. Bangga sebab selalu tidur awal. Padahal tak penting pun.

            “Untuk penjangaan mata yang cantik dari kena eyebag macam Tao, kenalah tidur awal,” ala-ala mak datin yang mempromosikan barangnya, Baekhyun mengurut perlahan bahagian bawah matanya. “Ish, eyebag ni memang dah asli dari dululah,” Tao menjeling Baekhyun. Selalu sangat cari gaduh. Tak ada kerja lain yang lebih berfaedah agaknya. Baekhyun mengikut kata-kata Tao dengan suara yang annoying. Urmm.. nanti mulalah bergaduh WWE edisi bantal lagi.

 

            “Oh My God! My manly hyung ohhh oppaga!!!!” Luhan berlari turun dari tangga sambil menjerit kegembiraan. Mereka yang berada di ruang tamu memandang Luhan pelik. Ni, dah kena sawan ke apa ni?

            “Yeahh.. you guys are lozer. Tengok ni, aku dapat photocard Chorong dalam album Pink Blossom. korang ada? Tak an? Hahaha..” Luhan terus menghempaskan badannya di atas sofa berlapikkan paha Lay. Mereka semua membuat gaya nak muntah. Mamat ni, memang tak habis.

            “Eee.. tak habis dengan bias dia kan?” Lay menepuk perlahan pipi Luhan. Alololo comel je. Macam comel je =3

            “Kau jeles an?”

            “Mana adalah hyung,”

 

 

            “Oppa..” belum sempat Janey menghabiskan ayatnya, tiba-tiba pintu rumah dibuka kasar. Kelihatan Kris sedang menapak masuk ke dalam rumah dengan muka yang frust. Dengan baju di bahagian atas tidak berbutang, tali leher entah ke mana.. aishh hensem doowww ><

 

            “Ni asal pulak? Kena rompak ke apa?” Kyungsoo menyoal selamba.

            “Haa, baru lepas kena attack dengan sorang mak cik ni. Aishh..” Kris berlajan ke arah mereka. “Woit? Mak cik  kau cakap? Dasyatnya dunia ni,” mata Kyungsoo yang sudah bulat itu membulat lagi. Dah nak tersembul keluar pun ada.

            “Baek, Janey..... ni hyung and oppa korang yang handsome ni nak tanya,” Kris memandang mereka. Sempat lagi berbangga diri.

            Baekhyun dan Janey menunggu Kris untuk menyambung ayatnya yang tergantung itu. “Korang ada mak sedara tak?” Kris menyoal serius. Baekhyun menggaru dagunya. “Errm.. tak tahulah? Kenapa hyung?” Baekhyun memandang Kris pelik. Yelah, tiba-tiba je tanya soalan yang macam ni. Amatlah pelik bn. Ajaib

            Kris menarik nafas dalam-dalam. Dia mengeluarkan sehelai kertas dari dalam briefcast (betul ke ejaan ni? Haha) dan dihulurkan kepada Baekhyun. Kebetulan Suho baru turun dari tingkat atas.

            “Surat dari.. mahkamah? Ehhh.. sejak bila Baek buat kesalahan ni?!” membulat mata Baekhyun dibuatnya. Lebih bulat dari Kyungsoo.  Kris mengeluh berat. Susah betul dengan orang yang tak reti nak baca ayat sampai habis. Karang cakap tak masuk tadika, marah.

            “Baca sampai habis..”

 

            Baekhyun membaca semula ayat-ayat yang tertulis di atas kertas tersebut. “haaa..? hak penjanggan kitorang? Wait.. sapa nak jaga Baek dengan Janey ni?” Baekhyun mengangkat kening kanannya. Sungguh pelik.

            “Mak cik korang sebelah ibu. Wanita yang sama datang dekat rumah ni dulu.. Puan Ahn Yeon,” kata-kata Kris mengejutkan mereka semua. Chanyeol sampai tersedak makanan yang dimakannya itu.

            “Habis tu?! Kalau dia mak cik kitorang, kenapa dia nak kahwin dengan Suho hyung?!” soal Baekhyun separuh terkejut. “No way! Janey tak nak dapat mak cik macam tu!” Janey juga terkejut. Memang sampai bulan naik turun ke bawah atas pun, dia tak mahu dapat mak cik macam Puan Ahn Yeon. Pakaian dia, ish-ish-ish, boleh kena sakit mata. Pakai spek berinci-inci!

            “Itulah yang hyung pelik. Maybe sebab..trick kot?”

            “COP!! Kiranya, Hyunhee tu, sepupu dorang. Macam tu?” Kai menyampuk secara tiba-tiba. Yang lain menggaru kepala seraya mengangguk. Begitulah nampaknya. Fakta yang amat menyedihkan untuk didengari. Kai menggoyangkan bahunya. Arrkk.. apakah yang sudah berlaku ini?

            Baekhyun menarik nafas. Mustahil! Arghhh.. macam mana mak cik kebayan tu boleh jadi mak cik kitorang?! NO TO THE WAY!

            “Suho dengan hyung kena pergi mahkamah dengan korang berdua nanti. Untuk perbicaraan hak penjanggan korang berdua,”

            “Tapikan Kris, benda ni dah selesai lama dulukan? Kenapa baru sekarang nak kecoh?”Suho menggeleng kepalanya beberapa kali. Macam ada agenda yang cuba disembunyikan.

            Kris menjongket bahunya menandakan dia tidak tahu. Dia pun pelik jugak asal tetiba je Ahn Yeon hantar benda ni. Mungkin... dia nak harta?

 

**

 

4 HARI KEMUDIAN... (SELEPAS KES SELESAI a.k.a author x pandai bab-bab mahkamah ni. Muehehe =3 oitt betul ke ejaan makhamah tu? Cam salah je.. ahh hentam XD )

           

 

            Baekhyun membenam mukanya ke dalam bantal yang dipeluk erat itu. “Hyung-ah..” Tao memanggil Baekhyun perlahan namun tiada sahutan. Tao mengangkat kepalanya, memandang Chanyeol dan Chen yang juga sedang memanggil Baekhyun.

            Manakan tidak, Baekhyun tak makan hampir 2 hari selepas Janey pergi meninggalkan rumah ini.

 

            YA LAGIKAN BENAR!!!

 

            Puan Ahn Yeon memenangi kes tersebut dan hanya Janey yang dia ambil untuk dijaga. Mereka juga pelik macam mana Ahn Yeon boleh menang kes tersebut walaupun Janey sudah memberi keterangan bahawa dia berasa selesa dengan mereka semua.

 

            Puan Ahn Yeon membawa Janey ke Jepun untuk tinggal di sana. Dia juga tidak membenarkan Janey untuk menghubungi mereka yang lain walaupun pihak mahkamah memberi kebenaran untuk Janey menghubungi mereka.

            Baekhyun mengangkat kepalanya perlahan-lahan, memandang Tao dengan matanya yang sudah membengkak. Rindu gila dia dekat adiknya yang satu itu. KEJAM! Puan Ahn Yeon tersangatlah kejam!

            “Baekhyun, jom makan. Kyungsoo masak best tau,” Chen memujuk Baekhyun. Cuba untuk menarik perhatian Baekhyun namun tidak berjaya. “Hyung, janganlah macam ni,” Tao tiba-tiba menangis. Dia paling benci bila melihat Baekhyun macam ni. Dah macam mayat hidup.

            Perlahan-lahan, Baekhyun bangun dari katil dan berjalan keluar dari dengan lemah gemalai. Mereka bertiga mengikut Baekhyun dari belakang. Haishh.. Dah macam mumia dah!

 

            “Tak adillah! Asal nenek kebayan tu tak bagi kita call Janey?!” marah Kai. Geram betul dia dengan Puan Ahn Yeon. Anak dia pun sama. Tak habis-habis hantar surat rahsia. Hek dia rahsia! Semua surat yang dihantar oleh Hyunhee itu selamat disemadikan di dalam tong sampah.

            “Itulah pasal! Asal hyung tak nak bagi tahu je pihak makhamah pasal ni?” Kai menyaol Suho yang sedang bermain dengan cawan kaca tersebut. Suho mengangkat kepalanya memandang Kai sebelum mengeluh. “Sebelum Janey pergi, dia ada bagi surat. Dia cakap dia dah tak nak naik turun court untuk benda alah ni. So...terpaksalah...” Suho menjawab malas. Memang dia malas. Sudah hampir 2 hari dia tidak bekerja kerana risau dengan kesihatan Baekhyun.

            Kris pula terpaksa pergi bekerja kerana urusan yang penting. Bukan dia tak kisahkan Baekhyun, tapi, dia terpaksa.

            Kai hanya mengangguk kecil apabila mendengar jawapan Suho. “Hai..” satu suara menyapa mereka berdua dengan lemah. Mereka berdua memandang Baekhyun berjalan ke arah meja makan.

            “Baek.. dah okay?” soal Suho prihatin. Baekhyun hanya diam. Makanan yang berada di hadapannya di pandang kosong seperti tiada apa di hadapannya kini. “Baek,” Suho memukul lembut bahu Baekhyun.

            “Urm....?” Baekhyun tersedar. Suho hanya mengeluh. Baekhyun sudah teruk ni. Dia perlu lakukan sesuatu tetapi dia tidak tahu.  

            “OMG!!!!” tiba-tiba kedengaran suara yang kuat dari luar rumah. Mereka mendapati suara itu milik Sehun.

            Sehun muncul di dapur sambil memegang satu sampul surat. Dia berlari ke arah Chanyeol dan menghulurkan surat itu. Chanyeol meletakkan semula sudu yang dipegangnya lalu mengambil surat itu dari tangan Sehun.

            Chanyeol membelek surat itu sebelum berdiri secara mengejut. “Surat dari SM?!!” Chanyeol menjerit dengan nada yang kuat sampai nak pekak mereka yang lain dibuatnya. Chen yang berada di sebelah Chanyeol terus merampas surat itu dan mengoyak sampul tersebut tanpa belas kasihan.

            “WOW!! SM suruh aku, kau dengan Baekhyun pergi audition dekat sana,” Chen berkata dengan nada yang terkejut dan gembira. Wow! Tapi.. macam mana pulak SM boleh hantar surat dekat diorang ni? Chen berfikir sendiri.

            Baekhyun yang bermain dengan garpu mengangkat kepalanya sedikit. Tidak berminat dengan berita tersebut. “Baek..Baek..cita-cita kau akan tercapai nanti! Kaukan nak jadi penyanyi,” Chen menggoncang bahu Baekhyun.

            “Hurm...” balas Baekhyun sepatah. Dia bangun dari kerusinya lalu terus naik ke tingkat atas. Nak sambung nangis lah tu.

            Mereka yang berada di dapur hanya memandang Baekhyun. “Haishh.. hyung, jomlah pergi Jepun!” Sehun berkata kepada Suho. “Ishh,, ingat Jepun tu sekecil kotak ke apa?” Suho bertanya. Sehun mencebik sedikit dan duduk di atas kerusi. Mula dah dengan riaksi merajuk dia tu. Hentak jugak kepala budak ni. Cengeng tak bertempat!

 

            Sementara itu, di bilik Janey, Baekhyun sedang sibuk membelek diari adiknya yang tertinggal di dalam bilik tersebut. Dibelek-belekenya diari tersebut satu demi satu sebelum berhenti di muka surat terakhir. Coretan terakhir adiknya. Cewahhh ayat. Baekhyun tergelak kecil. Ayat dia bukan main lagi!

           

 

9/8/2014

 

            So tadi, Janey ternampak Baek oppa, Chan oppa dan Chen oppa menyanyi dekat tingkat atas. Baru ingat nak tengking cakap suara macam katak tapi bila dengar.. perghh best dow! Suara Chan oppa memang *whisper y words* hihi mood gatal menjelma!!! Vrooommm!!! So Janey rakam nyanyian diorang and hantar dekat SM tanpa mereka sedari. Hahaha.. jahat betul daku ini. Ouo

 

           

           

            Selesai membaca kata-kata tersebut, Baekhyun menutup buku tersebut perlahan. Jadi, macam tulah SM boleh hantar surat sampai ke sini? Dia tersenyum sedikit. Perlukah aku menerima surat cinta dari SM itu? Ehemm.. buat drama sekejap pun bolehkan? Hehe..

            Baekhyun meletakkan semula buku tersebut di dalam almari sebelum berlari keluar dari dari bilik tersebut dan menuju ke dapur.

            “Baiklah, aku terima,” katanya tiga patah. “Ha? Baeklah aku terima? Apa kau merepek ni?” Chanyeol menyoal dengan muka blur.

            PAP!

 

            Chen mengetuk kepala Chanyeol. “BAIKLAH! Bukan BAEK. Ish budak ni, telinga tu kena korek dalam-dalam!” bebel Chen tiba-tiba. Chanyeol tersengih seperti kerang busuk. Lek ah, bukan salah dia pun sebenarnya. Dah telinga dia dengar macam tu, nak buat macam mana? Ish-ish-ish. Dunia dunia.

            “Yey!! Hyung akan jadi famous!” Sehun dan Kai terlompat-lompat kegembiraan. “Esok kita pergi. Tak sabarnya,” Chanyeol mula buat gaya gedik dia. Cehh.. Suho membaling sayur ke arah Chanyeol.

 

**

           

 

            ARGHH!! Diriku sudah ibarat Cinderella di zaman moden ini. Perlu mengelap lantai menggunakan kain, memotong rumput menggunakan gunting kecil begitu juga dengan menyapu sampah. Ada ke guna sapu kecil yang digunakan untuk menyapu kereta tu? Lepas tu bilik pulak bilik store. Apa Puan Ahn Yeon dengan Hyunhee ingat ni cerita Cinderella ke? Ingat ada ke benda magic-magic nak tolong? Putera? Huh, jangan dikata! Kawan dekat Jepun pun tak ada!

 

            Lepas je balik dari sekolah, terus kena balik rumah dan dikunci dalam bilik store selama 1 jam untuk menyiapkan kerja rumah selepas itu dikerah untuk membuat kerja-kerja membersih rumah selama 2 jam dan barulah boleh makan.

            KEJAM DARI CERITA CINDERELLA!

 

            Janey membebel sendiri sambil tangannya sibuk membasuh pinggan mangkuk di situ. Macam manalah Puan Ahn Yeon boleh menang? Ni mesti kes rasuah! Ye, rasuah! Macamlah Puan Ahn Yeon tak berduit. Janey mengetap bibir. Sudahlah dia tidak dibenarkan menelefon oppa-oppanya yang berada nun jauh di sana.

            Tiba-tiba, Hyunhee datang dan meletak beberapa lagi buah pinggan di atas meja. Janey menjeling Hyunhee. Dasar perempuan kuat makan! Makan tak ingat dunia ke apa?! Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Cekik juga betina ni. Geram!!

            Hyunhee tersenyum sinis sebelum berlalu pergi dengan jalannya seperti gaya itik pulang petang. Diikutkan hati, memang nak tendang je Si Hyunhee ni.

            Janey mengeluh kecil. Sungguh, hidupnya seperti neraka di sini. Pun Ahn Yeon cakap, dia dibenarkan pulang ke Korea selepas lapan tahun, bermakna ketika dia berumur 22 tahun. Bermakna Kris, Luhan dan Xiumin  oppa berumur 34 tahun? Pftttt Janey nak tergelak.

            Sehun dan Kai oppa pula berumur 24 tahun. Aishh muda lagi tu. Boleh cari awek lagi. Hehe.. Tao dan Kyungsoo oppa? 25 tahunlah~ tapi tak pastilah kalau Tao oppa boleh jadi matang. Kena gelak jahat ni hehehe...

            BaekChanChen oppa... berumur..okno! 26 tahun?!! Tapi diorang tak matang langsung. Kena nangis tepi longkang ni! Suho dan Lay yang berumur 33 tahun bolehlah. Sudah dikira matang.

            Aiii... rindu betul dengan diorang. Kalau diorang ada, mesti bising gila rumah dengan suara-suara sengau mereka. Janey hendak menangis.

 

**

 

            “Baekkie takut..”

            “Jangan bahaskan diri sebagai Baekkie boleh tak?”

            “Channie!! Baekkie takut!!”

            “Woi mamat ni, aku tendang jugak!”

 

            Chanyeol menarik lengannya yang dipeluk oleh diva ni. Malu pun ada sebab beberapa orang yang join audition ni pun ingat diorang ni couple. Euwww kitorang lagi straight dari korang eh?

            Chen pula tergelakkan mereka berdua siap kata dekat mereka yang lain bahawa Baek dan Chan adalah pasangan couple yang sweet gitu. Memang cari maut betullah mamat ni.

            “Lagi sekali kau menggedik, aku masukkan kau dalam lubang kubur,” Chanyeol memberi amaran keras. Baekhyun mencebik. Benci betul dia!

 

            “Ehh.. turn kita,” Chen mencuit-cuit pinggang Chanyeol. Mereka bertiga cepat-cepat masuk ke dalam bilik tersebut dengan perasaan yang nervous tidak terkata.

            Di hadapannya, kelihatan BoA, Heechul dan Key sedang memandang mereka seperti helang. Mereka bertiga tersengih.

            “Hello, n-nama saya Byun Baekhyun,” =3

            “Saya Park Chanyeol,” =D

            “Kim Jongdae a.k.a Chen di sini” =>

 

            BoA tersenyum sedikit lalu mengangguk. “Baiklah, kami sudah mendengar rakaman yang dihantar oleh kamu bertiga. Suara tu memang best. Tapi, kami nak dengar live kalau boleh. Jadi, bolehlah kamu mulakan.”

            Selepas mendengar kata-kata BoA itu, mereka  mula bernyanyi. Lagu apa, usah ditanya..

 

            Okaylah.. bagi tahu. Lagu.. urmmm... A dari Got7. A~~

 

            Selepas selesai, para juri tersenyum sedikit, “Baiklah, kami akan membuat penilaian dahulu. Dalam masa 1 bulan kot, kamu semua akan dapat tahu keputusannya,” kata Heechul. Mereka bertiga mengangguk sebelum beredar.

            “Uuuu.. takutnya..” kali ini, Baekhyun memeluk Chen dengan erat. Chen menarik muka masam. Hampeh betullah! Apasallah mamat ni wujud? Nak menangis rasanya.

 

**


Short Uupdate =D So!!! Esok ada Balapan mean.. ada perlawanan di antara rumah suukan XD saya rumah merah. korang2? =3 and.. tq sbb masih stay ye? makumlah, ujian PT3 dah nak dekat dah TT^TT update pun ala kadar je. pendek macam cacing! dan sorry sbb typo. tak sempat nak edit. sbb nak cepat. enjoy k? hahaha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!