: Family's Story

My 12 Brothers and I

**

Mereka bertiga tiba di rumah sambil menjijit beg plastik yang dipenuhi dengan ais krim bermacam-macam perisa.

“Muat ke peti sejuk?” Janey menyoal sambil meletak beg plastik yang dijinjitnya itu di atas meja. Baekhyun menjongket bahu diikuti oleh Chanyeol. Baekhyun berjalan ke arah peti sejuk untuk memeriksanya. “Muat lagi ni. Jom letak. Nanti cair pulak ‘isteri’ oppa ni,” Baekhyun tersengih. Chanyeol dan Janey menarik muka. Oh tolonglah..

“Desak sangat sampai dengan ais krim pun boleh jadi isteri,” Chanyeol menggelakkan Baekhyun. “Apa kau? Cari gaduh Nampak?” Baekhyun menjeling taham Chanyeol sebelum mengambil bekas ais krim tersebut untuk disimpan.

“Dahlah. Janganlah gaduh-gaduh. Nanti cepat tua,” kata Janey. “Tua macam Suho hehe..” Baekhyun menjongket keningnya. “Ni kalau Suho dengar, mati kerat empat ni!” kata Chanyeol.

“Apa mati-mati ni ahh...?” tiba-tiba mereka bertiga terdengar satu suara yang menakutkan ala-ala nenek kebayan nak tanya budak kat mana jalan tu, jalan ni.

Perlahan-lahan mereka memalingkan muka mereka dan terkejut apabila mendapati Suho berada di hadapan mereka sambil menaikkan satu keningnya dan sedang bercekak pinggang. Mereka bertiga tersenyum seperti kerang busuk.

“Tak..ni..Baek kata.. dia nak mati..”

“Hek kau!”

“Bukan oppa. Kitorang bercadang nak main game tipu-tipu mati nanti”

 

Suho menyeringai apabila mereka bertiga sedang memutar belitkan ayat. Macamlah dia tak dengar apa yang budak bertiga ni cakapkan. Sampai hati kata dia tua? Cukup-cukuplah Kris je yang panggil dia tua. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar kata-kata yang boleh melukai hatinya itu. Okay, dah berjiwang. Meremang bulu roma.

“Sampai hati ye, kata hyung dan oppa korang ni tua,”

“Alah hyung, Luhan yang tua tu pun cantik macam princess,”

“Woi Chanyeol. Kalau Luhan dengar, memang gali kubur sendiri weh!” Baekhyun mengetuk kepala Chanyeol. Cakap siang pandang-pandang okay? Chanyeol buat muka deek je. Kesah apa dia pasal Luhan. Tak habis dengan Yo yo man dia tu. Kelepuk karang.

Suho menghela nafas. “Nasib mood hyung baik hari ni,” kata Suho. “Errmm.. oppa, kenapa balik awal hari ni?” soal Janey pelik. Yelah, ni baru pukul 1PM, biasanya lewat malam barulah Suho dan Kris balik. “Oh, saja je. Kris pun ada dekat atas tu. Lapar ni.. jom gi makan dekat luar? Amacam?” cadang Suho. Dia sebenarnya malas nak masak. Benda yang paling malas dia nak buat. Dahlah nanti kena kemas pulak meja-meja tu. Ahh takk.. mereka bertiga bersetuju apabila mendengar cadangan itu. Cepat-cepat bekas ais krim disimpan dan terus berlari ke tingkat atas untuk memanggil Chen dan Tao.

“Mana Lay?” soal Kris apabila Chanyeol hampir terlanggar Kris. “Owh Lay kat cafe. Takut kena ikat lagi,” jawab Chanyeol laju sebelum berlari semula. “I..kat?” muka Kris menjadi blur. Awat pulak dengan ikat ni? Budak-budak ni buat apalah dengan Lay tu? Kris menggelengkan kepalanya. Tak pernah faham dengan karenah mereka itu.

“TAO!!!! CHEN!!!” Baekhyun terus melompat ke atas katil Chen bersama Chanyeol dan melompat di atasnya. Janey pula mengetuk-ngetuk pintu bilik sekuat hatinya. Naik bingit telinga Tao dan Chen dibuatnya. Rasa macam dengan night club pun tapi yang ini Evening Club. Tak dapat untung, dapat sakit telingan dan hati je.

“Nak apa?!” marah Chen lalu membaling bantalnya yang bewarna pink tepat ke muka Chanyeol. “ChenChen!! Bangun cepat. Suho nak belanja makan weh,” perkataan ‘belanja’ itu membuatkan Chen dan Tao bangun sepantas kilat. “Wahh ni miracle ni. Weh, jom mandi cepat. Aku nak makan sambil kembung perut ni,” kata Tao dengan suara yang serak.

Selepas Tao dan Chen masuk ke dalam tandas masing-masing, Baekhyun, Chanyeol dan Janey turun ke tingkat bawah. “Ha, dah siap ke?” Suho menyoal. “Ermm.. actually, Tao and Chen tak siap lagi,” Janey menjawab seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Suho yang bertshirt putih dan berseluar jeans itu. Tidak lupa juga rambut putihnya itu. “Haishh bebudak ni. Tak reti-reti nak mandi lagi? Ni dah pukul berapa ni ah,” Suho melirik jam tangannya yang sudah merujuk pada pukul1:20 petang.

They’re not my style,” Kris menyilang kaki serta tangannya. Dia paling benci dengan orang yang suka melewat-lewatkan masa. Masa itu emas! Lebih berharga dari segalanya.

“Style..style.. habis apa style kau? Jadi cold?” Suho memeluk bahu Kris. “Tak, kerja...kerja..kerja..tengok muka korang ni, sayang Janey. Tu je,” “Eleh.. sayang oppa jugak haha..” Janey mencuit paha Kris. “Amboi, kitorang yang cute ni tak sayang ke?” Chanyeol dan Baekhyun buat muka cute dengan mengembungkan pipi mereka. Cute hotak mereka. Kris rasa nak sekeh kepala tu adalah.

“Sorry lambat!” tiba-tiba Tao menjerit sambil berlari turun dari tangga bersama Chen yang sibuk menyikat rambutnya. “Sorry naik Lorry ah,” Kris menjeling Tao. “Rilek ah hyung. Bukan mati pun!” “Aishh.. korang ni dari tadi lagi sebut pasal benda mati tu. Dah, jom cepat. Tinggal karang baru tahu,” bebel Suho macam nenek. Chen meniru kata-kata Suho dari belakang tanpa Suho sedar.

 

 

 

Setibanya di kedai makan tersebut, laju je budak 4 orang tu mencari meja kosong.

“Nasi goreng 4! Air tembikai kasi 4 juga ya?!” Chanyeol menjerit.

“Amboi korang, laju jekan? Tahulah hari ni ada orang belanja,” Suho menarik kerusi plastik itu seraya duduk di atasnya. “Ehh.. mesti!” jawab Chen sambil tersengih. “Oppa nak order apa ni?” Janey menyoal.  “Kuew teow pun sedap ni,” Suho menjilar bibirnya. “Alah, kau semua sedap!” Kris memukul lembut kepala Suho. “Sakitlah budak! Aishh,” Suho membalas pukulan itu.

Suho membuat order dan kembali ke tempat duduk. Sambil menunggu makanan sampai, mereka bergaduh.

 

**

 

Kyungsoo mengelap meja tersebut sebelum seseorang menutup matanya. “Teka siapa?” satu suara berbisik dengan penuh godaan. Kyungsoo memukul muka orang itu menggunakan kain lap.

“Manusia lah. Habis kau nak aku jawab apa? Oit Kai, dah siap ke kelas kau tu?” soal Kyungsoo dan menyambung semula operasi mengelap meja apabila Kai sudah tidak menutup matanya. “Alah hyung ni. Sweet tak Kai buat macam tu?” soal Kai sambil tersengih. Kyungsoo berhenti mengelap meja dan memandang Kai dengan pandangan yang tajam. Kalah pisau samurai. “Sawit tu adalah! Mana Sehun?” Kyungsoo menolak badan Kai ketepi dan mendapati Sehun sedang menekan butang-butang mesin duit sambil tergelak kecil. Kyungsoo memandang Sehun. Ala.. comelnya mamat ni. Tetapi sekejap je sebelum matanya mula berapi.

Kyungsoo berjalan ke arah Sehun dan menegtuk kepalanya dengan kain lap. “Jangan disentuh harta karunku!” Kyungsoo menolak Sehun ketepi. “Alaaa.. hyung, best kot main. Terutama masa bunyi cha ching!” “Huh! Dah bunyi macam cacing! Eloklah korang berdua pergi tolong Xiumin hyung dengan Luhan hyung, lagi baik!”

“Aaaaa.. kalau Xiumin okay lagi. Ni Luhan? Memang tak ah,” Sehun mengibas tangannya ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu. “Pergi.” Satu  perkataan yang keluar dari mulut Kyungsoo bercampur dengan nada suara yang cold itu membuatkan Sehun dan Kai terus berlari masuk ke dalam dapur.

“Yo yo man! Buat apa kat sini?” Luhan tersenyum. “Saja je. Nak buat party kat sini, asal?” Sehun menyoal. “Coldnya Sehun dengan hyungkan? Bagi sebijik karang,” Luhan menayang buku limanya itu di hadapan Sehun. “Kesah ah?” Sehun menepis buku lima tersebut ke tepi.

“Dahlah Luhan. Jangan dilayan mereka ni. Gi sambung buat kerja. Korang berdua, mari tolong hyung buat kopi ni. Kot-kotlah boleh jadi barista,” Xiumin memanggil Sehun dan Kai ke tempatnya.

Dengan langkah yang malas, mereka dua berjalan ke arah Xiumin dengan muka sposen.. tapi, Xiumin tak pernah hirau dengan muka sposen mereka. Tidak akan menjadi pada Xiumin!

“Eh, mana Lay hyung?”

“Oh, dia keluar tadi. Dah jom sambung,”

Sementara Xiumin mengajar Sehun dan Kai.... di kedai makan...

 

“Pergh, shodap gila makanan ni. Pandai hyung pilih kedai,” Tao mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Yelah tu.. benda free, memanglah semua sedap. Tak ada yang tak sedap kalau free.

Suho membuat muka sombong. “Eleh, baru kena puji dan muka bangga diri,” Chen mengejek Suho. “Jeles lah tu haha..” Suho tergelak.  

**

 

Luhan memandang ke kiri dan ke kanan sebelum mengeluarkan hello kitty yang baru dibelinya tadi seraya diletakkan di atas rak almarinya yang dipenuhi dengan hello kitty dan Donald duck. Bukan Luhan sahaja, Kris pun sama. Macam-macam teady ada dekat atas katil Kris. Xiumin pun sama. Harap cadar katil je gambar wolf tapi atas katil? Bersepah dengan teady bear. Haishh tak macho betullah diorang ni.

“Alalala cayang Hello Kitty. Nuna..hyung.. jangan gadoh-gadoh ye?” Luhan bercakap sendiri. Nasib lah masih waras lagi.

Sedang Luhan sibuk bercakap dengan benda tu, tiba-tiba Baekhyun menyergahnya dari belakang. Hampir terkeluuar jantung Luhan dibuatnya. Luhan mengurut dadanya beberapa kali sebelum memalingkan mukanya memandang Baekhyun.

“Apa yang hyung buat ni? Cakap dengan siapa ni?” Baekhyun tersengih.

“Luku kepala jugak budak ni. Nasib tak mati je hyung tau? Kesian wanita-wanita di luar sana kalau hyung tak ada nanti,” bebel Luhan kepada Baekhyun.

“Eleh hyung, wat lek ah. Ni hidup lagi ni,”

“apa-apa jelah. Nak apa ni?” Luhan menyoal dan mengambil tempat di atas katilnya dan Baekhyun terpaksa duduk di atas lantai. Luhan memang tidak akan bagi sesiapa duduk di atas katilnya. “Hyung, kan Lay ada bagi tahu yang Janey nak buat pemerhatian pasal family kan? Apa kata kita 12 orang bincang pasal benda tu diam-diam?” kata Baekhyun. Luhan mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk sebelum bersuara “Boleh juga. Esok Janey ada kelas tambahan kat sekolah.boleh lah buat proses ni,” Luhan mengenyitkan matanya. “EEee hyung, janganlah buat macam tu. Meremang bulu roma,” Baekhyun membuat gaya henda muntah dan Luhan tergelak. “Manlylah!”

**

 

Keesokannya, seperti yang dijanjikan dan setelah memaksa Kris dan Suho untuk tidak bekerja hari ini membuahkan hasil. Janey sudah pergi ke kelas tambahannya dan 12 orang lelaki yang handsome dan sedikit dumb berkumpul di ruang tamu bersama-sama dengan makanan di atas meja.

“Kalau bersepah, jaga korang!” Kyungsoo memberi amaran keras. Yang lain hanya mengangguk.

“Jadi... untuk projek Janey tukan, apa kata kita make it easy. Kita ikat Janey atas kerusi, acu pistol dekat kepala dia and paksa dia tulis apa yang kita suruh. Amacam?” cadang Chen bersama dengan otaknya yang tak berapa betul tu.

 

PAP

 

Chanyeol memukul kepala Chen. “Salah tu. Patut letak bom je!” mereka berdua tergelak.

 

PAP PAP

 

Kyungsoo memukul kepala dua orang lelaki itu, “Banyaklah korang. Please be serious!” marah Kyungsoo.Chen dan Chanyeol buat muka comel.

“Hmp, first sekali, jangan asyik bergaduh je. Takkan Janey nak tulis yang family dia ni asyik gadoh je memanjang. Macam tak ada kerja nak dibuat,” kata Baekhyun sambil mencatat ayatnya sendiri.

“Eleh, orang yang tak ada kerja tu kau. Melepak kat rumah je tahu,” Sehun bersuara dengan muka yang selamba. Aii mahu juga budak ni dikerjakan oleh Baekhyun. “Cadangan okay?” “Kesah....”

“Aish sini kau. Aku tarik-tarik rambut kau,” Baekhyun menyerang Sehun tetapi sempat dihalang oleh yang lain. “DAH! TADI KATA JANGAN BERGADUH! NI APA?!” Marah Suho. Geram betul dia!

“Paku dulang paku serpih..” Tao memandang Kai “kata orang..” Kai menyambung. “Dia yang lebih,” kata mereka serentak.

Baekhyun duduk di atas riba Chanyeol sebaik sahaja tangannya diikat menggunakan tangan Chanyeol manakala Sehun dipegang oleh Luhan yang dari tadi teraduh aduh sebab Sehun pergi gigit lengan dia.

“Woit lepaslah pak cik!” marah Baekhyun.

“Nak lepas ah ni. Diamlah tua!” marah Chanyeol pulak.

“AAA!! SAKITLAH! DAH GIGIT!! EOMMA!!” Luhan menjerit tetapi Sehun masih lagi menggigit lengannya. Xiumin memandang mereka berempat sambil mengunyah biskut oreo tanpa rasa ada perasaan hendak membantu. Sendiri cari masalah kan?

“Sehun, dah..dah..” Lay menggosok belakang Sehun perlahan-lahan. “Dah ye..” Lay tersenyum lembut. Ni pujuk ke apa ni?

Sehun melepaskan gigitan tersebut dan terus duduk di sebelah Luhan sambil memeluk tubuh. Luhan menangis kerana kesakitan yang tidak dapat ditanggung olehnya. Memang sakit gila! Matilah Sehun lepas ni dia kerjakan. Kerat 14!

Manakala, Baekhyun dan Chanyeol sedang membuat WWE di atas lantai. “Korang, sudah.. kita nak berbincang pasal Janey punya projek ni,” Lay melutut di sebelah dua orang itu lalu  mengetuk perlahan lantai tersebut.

“SIBUK!”

“BUDAK PENDEK NI PANGGIL CHAN PAK CIK! ARGHH!”

“CHAN?! GELI DOWWW”

 

Suho menjuling matanya ke atas. Lebih baik dia pergi ke office dari melihat pergaduhan yang tidak pernah habis ni. “Kris, cubalah cakap dengan diorang tu,” Suho menucit paha Kris yang sedang bermain game di dalam telefonnya. “Emm.” Balas Kris. “Kris, pergilah..” kata Suho lagi. “Bising ah..” Kris buat tidak endah.

Akibat terlalu geram, Suho merampas telefon tersebut dari tangan Kris. “WOit! Aku tengah main Subway Surf kot,” Kris membuntangkan matanya. Dia cuba untuk mengambil telefon tersebut dari tangan Suho tetapi tidak berhasil. Jadi berlakulah pergaduhan di antara Suho dan Kris.

“Apalah yang nak jadi dengan family ni?” Tao menyoal dirinya sendiri. “Entah. Nak oreo tak?” Xiumin menghulurkan biskut oreo kepada Tao. Tao memandang biskut itu sebelum mengambilnya.

“Sehun, sedapnya gigit hyung tadikan? Sini aku patah-patahkan tulang kau,” Luhan menyerang Sehun dengan menarik rambutnya yang cantik dan kemas itu. “Wahh Luhan. Tarik kuat lagi!” Kyungsoo bersorak. Dari tadi dialah yang bersorak dengan memberi sokongan yang moral kepada mereka yang sedang bergaduh itu.

“Dahlah korang. Nanti kalau Janey nam-“ belum sempat Kai menghabiskan ayatnya, dia terdengar bunyi pintu pagar dibuka. “WEH! Janeylah!” Kai menjerit. Apabila terdengar jeritan tersebut, mereka semua cepat-cepat mengambil posisi masing-masing.

Janey membuka pintu rumahnya dan terkejut apabila mendapati 12 orang oppanya berada di ruang tamu sambil berborak dengan gembirnya. Entah apa yang diorang borak, Janey tak tahu.

“Aik? Kenapa tiba-tiba jadi baik pulak ni? Selalu bergaduh semacam je,” Janey meletakkan beg sekolahnya di atas meja. “Mana ada gaduh, ni tengah berpeluk kot,” Sehun memeluk Luhan dengan erat sampai sesak nafas dibuatnya Luhan. “Haah, betul tu,” Luhan membelai rambut Sehun dan menariknya dengan kuat. Nasib baiklah Sehun dapat menahan sakit.

“Baguslah kalau macam tu. Boleh Janey start buat pasal keluarga tu. Lagipun benda tu kena hantar minggu depan,” kata Janey.

“Ha bagus! Buat cepat-cepat. Lepas tu bolehlah pergi bercuti!” jerit Sehun. Janey menjunlingkan matanya ke atas. “Okaylah, Janey nak start buat ni. Nanti dinner panggil tau?” Janey melambai tangannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wahahhaaa >< opps terUPDATE pulak. ajet-ajet haitus 2 bulan =P Tapi tapi.. hahaha ni maybe yang last kot. lepas 2 bulan baru update balik. endahkan typo sbb nak cepat. nnti lepas 2 bulan *hHAHAHA xD* saya fix balik ye? okay guys, enjoy okeyy? sorry kalau cerita makin merapu dan x ada kena mengena dengan FanFic. hoksss.. saya sudah mengarut. feel free to comment okay? Tong kayu sbb baca/ sayang korang TT^TT 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!