: Family's story

My 12 Brothers and I

 

Kyungsoo bercekak pinggang di hadapan dua orang lelaki teruna yang sedang tidur dengan aman lagikan damai di atas katil. Jam sudah menunjukkan pada pukul 12 tengah hari tapi dua orang makhluk ni masih lagi tak bangun-bangun. Ada jugak yang kena simbah dengan air lumpur ni.

Kyungsoo tersenyum jahat sebelum mengangkat baldi yang telah diisi dengan air yang dia gunakan untuk mengemop tandas biliknya tadi.

 

SPLASH!

 

“Mak kau!” – Sehun

“Bapak kau!” – Kai

 

 

Kyungsoo tergelak jahat. Dia memasukkan baldi ke dalam kepala Kai yang berada dia hadapannya sebelum mengetuk baldi itu beberapa kali.

 

“Banyak lawa muka korang ye? Bapak kau *tunjal kepala Kai* Mak kau *tunjal kepala Sehun* ye? Aku sekeh karang! BANGUN CEPAT! PERGI MANDI!” marah Kyungsoo dengan nada yang sangat tegas. Serentak mereka berdua bangun dari katil seraya berlari masuk ke dalam tandas.

“Woi, aku dulu lah weh. Kau gila ke nak mandi dengan aku ni?” Kai menolak Sehun. “Eee.. tak nak aku!” Sehun membuat muka seraya berlari keluar dari tandas.

Kyungsoo hanya mampu menggelengkan kepalanya. Budak-budak kan, biasalah.. Kyungsoo membuang cadar putih yang membaluti tilam tersebut untuk dibasuh. Tanpa mereka sedari, Janey memerhati gelagat mereka dari jauh.

 

MANAKALA...

 

“Gilah...”

“Apa? Gila?”

“Ish.. Chanyeol, pergilah..” rengek Baekhyun sambil menolak bahu Chanyeol dengan gaya gediknya. Rasa nak pelempang pun ada.

“Pergi mana?” Chanyeol menjulingkan matanya. Dia tengah sibuk menonton cerita H! School – Love On, tiba-tiba muncul mamat pendek ni suruh dia pergi.. pergi mana tak tahu.

“Pergi kedai. Beli ais krim jom. Teringinlah..”

“Jap lagi lah. Aku tengah admire Woohyun kot ni. Oh hyung ku!” Chanyeol menepis tangan Baekhyun.

“Alaa.. nak jugak!” Baekhyun dah mula mengamuk. Bantal kecil yang berada di sebelahnya diambil lalu memukul bahu Chanyeol beberapa kali. Chanyeol buat muka selama. Setakat bantal, buat apakan?

Baekhyun mengetap bibirnya menahan marah. “Chanyeol! Aku dah kempunan gila ni!” “WOIT! Macamlah kau tengah mengandung sekarang ni, aku sekeh jugak mamat ni,” Chanyeol membalas pukul Baekhyun dengan menggunakan bantal juga.

Jadi, berlakulah aksi WWE versi bantal di ruang tamu. Tak macho langsung lah beb! Kebetulan juga, Janey memerhari mereka dari dapur.

“Ni dah kenapa ni?” Suho menyoal sebaik sahaja pulang dari pusat membeli-belah bersama Lay tadi. “Hyung tengok budak ni. Kacau Channie tengok tv,” Chanyeol mengadu sambil membuat muka sposen. “Channie? Euww.. so girly,” “At least aku tak pakai eyeliner macam kau!”

Suho memicit dahinya. Pening betul dengan sikap mereka yang entah apa-apa ini. Lay yang masih tercegak di hadapan pintu rumah sambil menjinjit beg plastik membuat muka blur. Dia tengah memproses kejadian yang sedang berlaku di hadapan matanya sekarang.

 

  1. BaekYeol bergaduh seperti kekasih
  2. Janey berada di dapur sambil memerhatikan kami
  3. Suho mengurut dahi
  4. Apa yang berlaku ni?
  5. Apa ni?

 

 

 

            Itulah yang berada di dalam kepala Lay sekarang ini. “Lay, bawak barang masuk dapur dulu. Saya nak pergi check mereka yang lain,” arah Suho. Lay mengangguk kecil.

 

            “Janey, buat apa dekat sini? Nak tolong oppa masak tak?” soal Lay. Janey tersenyum lalu mengangguk. “Oppa, sebenarnyakan, cikgu suruh kitorang buat pemerhatian pasal keluarga tau. Tapi..  takkan Janey nak tulis benda-benda ni kot..” Janey menghela nafas pendek. Dia tidak tahu apa yang dia patut tulis.

 

            “Alah, tipu je,” satu suara dating dari belakang. Janey memusingkan kepalanya dan mendapati tuan empunya suara itu adalah milik Chen. Chen menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. “Ish, mana boleh. Kena jujur okay?” Janey menggelengkan kepalanya.

            “Habis tu, Janey nak tulislah perangai pelik kitorang ni? Kejamnya. Sampai hati..” mula dah.. Chen buat suara merajuk dia tu. “Eee.. mana adalah. Cuma.. tak pasti lagilah oppa..” Janey berkata perlahan. Naik pening dia dibuatnya. Boleh kena sawan!

            “Tak apa, nanti abang tolong Janey okay? Jom masak! Hari ni masak steak!” Lay menggoyangkan daging lembu tersebut sambil menari. “Owh yeah.. dancing machine is dancing,” Chen membuat tarian zapin dengan gaya duduknya itu.

 

 

**

 

 

Luhan memeriksa account weibonya sambil menggelengkan kepalanya. Xiumin yang dari tadi sibuk bermain game sambil memerhatikan Luhan secara diam mula berasa pelik. Luhan dari tadi membuat bunyi cicak. Korang tahu kan macam mana? Harap ya hahaha..

 

“Aish.. tak boleh jadi ni,” Luhan menggigit kukunya. Dah spesis mak datin sekali tengok. “Lu, kenapa dengan kau ni?” Xiumin menyoal. Risau juga dia dibuatnya. “Ni Xiumin.. aishh.. risau aku!” “Apa yang kau risau?” Xiumin bangun dari katilnya dan berlahan ke arah Luhan.

“Ni, followers weibo aku dah mencecah 2M weh! Gila tak gila? Aku ni bukanlah sesiapa. Hanya seorang lelaki yang handsome lagikan manly yang bekerja di kedai Cafe je. Tengok ni, mesej aku pun belambak! Yang aku tak puas hati, diorang cakap aku cute! Apa ni?!” bebel Luhan dengan penuh emosinya.

Xiumin membuat gaya hendak muntah. Si Luhan ni tak habis-habis nak berlagak. “Ish, ingatkan apalah tadi,” Xiumin kembali ke katilnya dan menyambung bermain game dari telefonnya.

“Xiuminnie, ini penting tau?” Luhan merengek. Xiumin membuat muka tak kisah. Sudah lali dengan perangai Luhan yang memang tak pernah habis dengan manlynya itu.

 

 

 

 

“AHHH!!!” Kris menjerit sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya. “Yo Yo Man, wassup?” Luhan menyapa Kris dengan stylenya. “Yo je kerja. Aku stress ah.. kerja berlambak lagi tak siap,” Kris menghempaskan badannya ke atas katil.

 

Tiba-tiba..

 

BAM!!

 

Pintu bilik mereka dibuka kasar. “Kris, ewahh kau. Kerja banyak yang tak siap lagi, sempat kau lepak ya? Sini kau!” Suho menggulung kertas dan memebentuk seperti kayu besbol. “Aku penat!” Kris menjerit.

“Banyak handsome.. kau memang handsome pun. Tapi aku tak kira jugak! Sini!!” Suho mengejar Kris di sekeliling bilik tersebut. Luhan dan Xiumin menjadi penonton setia, menyaksikan perlawanan di antara Eomma dan Appa mereka.

“Tak pernah habis,” tiba-tiba Tao masuk ke dalam bilik mereka sambil membawa popcorn. Xiumin dan Luhan apa lagi, teruslah melantak. Alang-alang show dah ada depan mata. Rezeki jangan ditolak~

Suho menarik telinga Kris

Kris menarik rambut Suho

Mereka berdua bersama-sama berjan keluar dari bilik tersebut. Weird~

**

 

Lunch Time~

 

Datanglah kanak-kanak ribena berkumpul di meja makan untuk menikmati steak. Perghh sedap kot.

“Esok kitorang teaching for dancer dancer baby,” Kai memetik jarinya.

“Esok kitorang dekat cafe,” sampuk Xiumin pula.

“Esok kitorang macam biasa ah. Office,” Kris menjawab malas.

“Kitorang pulak dekat rumah. Jaga Janey!” Baekhyun membuat muka cute. “Eee naik sawan aku tengok muka kau,” Chen membaling sayur ke  muka Baekhyun lalu tergelak besar. “Entah, tak habis-habis,” Janey tergelak juga.

“Ni nak cakap ni..” Lay bersuara secara tiba-tiba. Kesemua mata 12x2  itu memalingkan muka mereka, memandang Lay.

Lay tersenyum sebeleum menundukkan sedikit kepalanya. Tanda hormat katakan. “Saya Lay. Annyeong.. hehe..” Lay tergelak. “Ermm.. sebenarnya Janey ada bagitahu tadi yang dia kena buat laporan or karangan pasal keluarga.. so... korang kenalah tolong..” Lay tersenyum. Aishh bakal suami sapa lah ni?!!

“Alah, Janey buat je yang kitorang ni handsome. Siap,” Chanyeol menjongket keningnya beberapa kali. Cool!

Janey buat muka annoying.

“Kitorang ni manly?” Luhan bersuara.

Janey menolak mentah-mentah. Memang tak lah.

“Habis....?” Tao menyoal lemah. Kalau bab-bab inilah yang dia paling tak terer. Kenapalah cikgu suka sangat bagi kerja pelik-pelik dekat budak sekolah zaman sekarang ni? Kesian tau tak?

“Tak apa, Janey tengah buat pemerhatian sekarang ni. Don’t worry okay?”

**

 

 “Chanyeol, jomlah beli ais krim!!” Ni lagi sorang. Tak habis-habis dengan ais krim dari semalam lagi.”Hum.. aku belanja!” Baekhyun menggunakan perkataan ‘belanja’ yang memang disukai oleh semua orang di seluruk dunia, tidak kira yang kecil mahupun besar. Tua atau muda. Kaya ataupun miskin =)

“Jom cepat! Alalala.. Baekkie nak ais krim ye? Mari kita beli jom,”

“Bipolar sungguh! Jomlah, rempit” Baekhyun membaling kunci motor ke arah Chanyeol. “Jom rempit. Kau jadi minah rempit, aku abang rempit. Hahaha..” Chanyeol tergelak.

Mereka berdua pergi ke garaj motor. Terdapat 10 buah motor tersusun cantik dengan warna yang bak pelangi. Merah ada.. biru ada.. oren ada.. pin- .. oh yang pink tu Chen punya. Jangan ingat Luhan punya tau? Luhan hanya menunjukkan koleksi pink dia di dalam bilik tidurnya sahaja. Kat luar bilik tidur, semua ganas. Merah sana sini. Bajet iron man!

Baru sahaja Chanyeol nak start motor, Janey menghalang. “Nak ikot!” “Boleh ke Janey jadi minah rempit ni?” Chanyeol menyoal selamba. “Woi, jangan ajar adik aku benda yang tidak elok.” Baekhyun menunja kepala Chanyeol perlahan. Chanyeol menjelir lidahnya dan menyuruh Baekhyun dan Janey naik motor sekali sebab dia nak merempit. Bajet lah tu..

Sampai sahaja di mall, ceh padahal nak beli ais krim paddle pop je. Hahaha.. tapi lokasinya sangatlah dasyat.

Masuk sahaja di dalam pusat membeli-belah itu, kebanyakan mata-mata wanita dan perempuan memandang Baekhyun dan Chanyeol. Janey pula berjalan perlahan sejauh 5 meter dari mereka. Dia tidak suka orang tenung dia macam tu jadi lebih baik dia buat-buat tak kenal je Baekhyun dan Chanyeol tu.

“Handsomenya..”

“Is he even real?”

“OMG! Ulzzang ke tu?”

“Woi, suami awak depan mata ni..”

“Sayang, boyfriend awak tepi awak ni,”

“Handsome gila!”

 

Itulah butir bicara yang dapat ditangkap oleh Janey sepanjang perjalanannya di mall itu. Aiyoo.. handsome sangat ke dua orang makhluk tu? Tak pernah pulak dia sedar tentang itu.

 

“Janey, cepatlah..jalan macam ciput!” Baekhyun menarik tangan Janey. Dah macam kekasih pun ada. “Sibuklah. Oppa tak Nampak ke banyak mata yang memerhati. Aishh.. serius ok, tak suka,” Janey mengomel.

“Alah, sebab abang ni handsome kot. Chill lah~” Baekhyun tersenyum bangga. Janey menjulingkan matanya ke atas.

“Handsome ehh..” Janey tersenyum jahat.  Dia menahan kaki Baekhyun menggunakan kakinya dan menyebabkan Baekhyun terjatuh macam nangka. Beberapa orang yang lalu lalang di situ tergelak tetapi masih mampu berkata “even dia jatuh pun still handsome”

 

Janey terkejut juga. Betik buah nangka? Baekhyun terjatuh pun still lagi boleh kata yang dia ni handsome? Haishhh pelik betullah manusia zaman sekarang ni.

“Janey, sampai hati buat oppa macam tu,” Baekhyun mencebik . “Haishh.. gurau je kot,” jawab Janey selamba. Dia segera berlari ke arah Chanyeol dan memimpin tangannya.

**

Why this dance is so damn hard?” seorang perempuan yang bertoncang dua itu merengek sambil menarik-narik lengan Kai. “Oppa, can you teach me privately?” perempuan itu mengerdipkan matanya. “Hyunhee.. kalau awak nak belajar, buat cara nak belajar,” Kai menarik lengannya dari pegangan Hyunhee itu. Hyunhee merengek lagi. “Kalau oppa tak nak ajar saya secara individu, saya suruh appa saya tutup kelas dance ni,” Hyunhee memeluk tubuh dan membuat muka sombong. Maklumlah, ayahnya orang yang terkuat di Korea ini. Sebenarnya, dia dah lama sukakan Kai dan dia mahu kai tumpu kepada di seorang sahaja. Tapi minah ni tak sedar, cara dia salah.

“Eleh, macam lah appa kau tu ada kuasa nak tutup. Bukannya aku jual dadah kat sini pun,” Kai menjeling Hyunhee tajam. Kalau boleh, nak je Kai tendang Hyunhee keluar dari kelas tariannya. Dah 4 bulan berlatih, masih tak reti-reti nak menari. Menari macam itik! Tendang jugak minah annoying tahap gaban ni.

“Okay, nanti saya letak dadah nanti. Ha, macam mana Oppa?” Hyunhee tersenyum sinis. “Hyunhee, please okay? Saya tak ada masa nak layan perangai awak. Pelajar saya tengah tunggu tu,” Kai berlajan ke arah Sehun dan Hyoyeon yang   menunggunya di hadapan pelajar-pelajar mereka.

“Oppa! Tunggu saya,” Hyunhee belari dan terus meraih lengan Kai. “HYUNHEE!” Hyoyeon menjerit. Geram betul dia dengan perangai perempuan ni yang tak habis-habis berkepit dengan Kai. Kesian Kai, asyik dapat nasib malang je kalau dia datang sini.

Gadis itu menjeling Hyoyeon. “Apa kau nak ah?! Jangan nak rapat-rapat dengan Oppa saya!” “Hyunhee, please. Pergi beratur dengan yang lain?” pinta Hyoyeon lembut. Perempuan jenis macam ni kenalah berlembut sedikit.

Hyunhee mencebik dan terus beratur di barisan paling hadapan sekali. “Woit, janganlah potong Q! Belakang ah,” Daehyun menegur Hyunhee. “Eeee sibuk lah mamat ni,” Hyunhee buat tak endah. “WOI! BELAKANG!” marah Daehyun dan Hyunhee terkejut apabila terdengar jeritan itu. Cepat-cepat dia pergi ke barisan belakang. Takut.

“Okay, mari mulakan kelas kita,” kata Sehun. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sorry lambat update XD sebab nak buat panjang2 haha.. Sorry lah kalau boring. Tak ada idea langsung sekarang ni. HELP MEEE >.<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!