: Family's Story

My 12 Brothers and I

“Kau biar betul?!” Suho menjerit.

            Kris memandang Suho tanpa reaksi. Dia menyusun fail-fail yang berada di atas meja tersebut. Sudah 2 minggu Janey tidak bersama mereka. “Weh kris, jangan ambil mudah! Sapa nak jaga diorang tu. Kau ni, memang pentingkan diri!” marah Suho. Geram dengan keputusan Kris secara mendadak itu.

            “Dengar sini, ini untuk kebaikan korang semua jugak. Macamlah diorang tak pandai jaga diri. Masing-masing dah besar,” Kris membalas bebelan Suho. Dia memasukkan fail terebut ke dalam kotak. Dia mengeluh kecil.

            “Esok aku akan ke Kanada. Malam nanti aku bagitahu diorang,” Kris berlalu keluar dari biliknya. Suho menutup matanya. Apa dah jadi ni....???

 

 

            Malam tersebut, 12 orang berkumpul di ruang makan untuk menikmati makanan. “Ni nak cakap ni. Ehemm.. hyung akan ke Kanada esok. Maybe lebih 5 tahun hyung dekat sana,” Kris berkata tenang.

            Terkejut mereka yang lain kecuali Suho. “Apa? Hyung... janganlah...” Sehun merengek. “Maafkan hyung.. ni untuk kebaikan korang jugak,” Kris tersenyum sedikit. “Kebaikanlah sangat,” Suho menolak pinggan tersebut sebelum berlalu keluar dari dapur tersebut. Perasanan marahnya masih belum reda lagi.

            “Nanti Lay cakap dengan dia,” kata Lay sebelum berlari mengejar Suho.

 

            “Suho...janganlah macam ni,” Lay menarik lengan Suho. “Janganlah macam ni apa? Dia tu dari dulu lagi pentingkan diri. Janey dah pergi, Baekhyun masih tak okay lagi! Dia pulak nak pergi kanada!” jerit Suho. “Shh.. Suho, maybe dia ada sebab,” Lay memeluk Suho.

            “Aku tak nak tengok muka dia esok,” Suho menolak Lay lembut sebelum berlalu pergi. Dia rasa keluarga ni bukan seperti dahulu lagi. Sangat berbeza. Lay mengetap bibir kerana dia pun ada benda yang perlu dia beritahu kepada mereka tetapi dia takut. “Suho...” Lay memanggil Suho lembut.

            “Ak-aku..” Lay mengetap bibir. Terasa perit anak tekaknya untuk mengatakan perkata ini. Suho mengangkat keningnya. “Janganlah benci aku... tapi, aku akan pindah ke Cina minggu depan,” kata-kata Lay itu membuatkan Suho terkejut. Suho memandang Lay tanpa reaksi. “Ikut kaulah,” katanya.

 

 

**

 

 

            Kris mengeluh. Lagi beberapa minit dia akan berlepas ke Kanada dan tiada tanda-tanda Suho akan muncul di lapangan terbang itu.

            10 orang yang lain memeluk Kris erat.

 

            “Jaga diri tau?” Sehun mencium pipi Kris lalu tergelak. Sengaja dia berbuat begitu.

            “Haha.. hyung ni, nanti Suho okaylah tu,” Tao melompat-lompat di sebelah Kris.

            “Haah, lek lek~ Yo yo!” Luhan tersengih.

 

            “Okaylah. Hyung nak kena pergi dah ni. Jaga diri k? Sirim salam maut dan sayang dekat Suho,” Kris tersenyum kecil sebelum beredar pergi.

            10 orang lelaki itu melambaikan tangan mereka perlahan-lahan. Selepas Kris hilang dari pandangan Tao menangis teresak-esak. “Mesti hyung ada janggut nanti,” Tao mengelap air matanya.

            “Sempat lagi berlawak,” Kyungsoo memukul lembut bau Tao.

 

 

            Mereka semua beredar dari lapangan terbang dan masuk ke dalam kereta. “Lay, kau ada cakap yang kau nak pindah gi Cina nantikan?” soal Kyungsoo. “Haah,” balasnya perlahan.

            “Ehhhh? Tao pun sama!” Tao menyampuk dari tempat duduk hadapan. “Aishh..kenapalah semua orang nak tinggalkan rumah tu?” Kyungsoo menyoal diri sendiri.  Terasa hendak menangis pun ada. Semua orang sudah berbeza. Mungkin sebab rumah tu ada banyak kenangan yang tersendiri.

            Setibanya mereka di rumah, mereka mendapati Suho sedang merenung gambar yang tergantung di dinding. Gambar mereka sekeluarga. Mereka tahu, Suho sangat sayangkan mereka.

            “Hyung,” Baekhyun memeluk Suho dari belakang. “Janganlah sedih..” Baekhyun tersenyum. Cuba untuk menceriakan Suho.

            “Sapa lagi...?” Suho bersuara perlahan.

            “Sapa lagi yang nak pergi...?” soal Suho lagi. “Lay ... lagi? Siapa lagi?” Suho menyoal lagi apabila tiada jawapan yang dia dapat.  “H-hyung...” Tao bersuara perlahan. Tidak sangka Suho akan jadi begini.

            “Apa? Tao pun nak pergi jugak?”  Suho menebak Tao. Tao mengangguk kecil. “Eomma suruh Tao pindah Cina balik lepas dia tahu yang Janey dah ada orang lain yang jaga....” jawab Tao separuh berbisik.

            Suho mengangguk sambil tersenyum. “Ikut koranglah. Hyung dah tak nak ambil kesah,” basalnya dan berlalu pergi. Mereka hanya mampu melihat Suho berjalan lemah dan naik ke tingkat atas.

           

 

**

           

 

            Luhan mengelap meja di cafenya sebelum kedai tersebut dibuka. “Luhan, nanti tolong lapkan meja dekat hujung sekali ye?” jerit Kyungsoo sambil sibuk mengira duit. Luhan mencebik. Dari tadi asyik kira duit je kerja. Mata duitan betul!

            Luhan hanya mengikut kata-kata Kyungsoo. Malas hendak ajak bertekak. Tiba-tiba, pintu kafe tersebut dibuka. Belum sempat Kyungsoo bersuara, dia dipeluk dari tepi. “Kyungsoo~ hyung nak pergi dah ni,” Lay memeluk erat Kyungsoo.

            “O-oh.. pergi hari ni ke?” soal Kyungsoo gagap. Dia sendiri tidak tahu hari ini adalah hari untuk Lay dan Tao meninggalkan Korea. “Yelah, lupa ke?” Tao menyampuk dengan muka yang sedih. Kyungsoo menampar lembut pipi Tao menggunakan duit yang berada di tangannya. “Uu duit! Boleh buat beli guchi ni! Haha..” Tao tergelak, sengaja hendak menceriakan suasana.

            “Lay, Tao! Buat apa dekat sini?” Luhan berlari anak ke arah mereka bertiga. Dia tersenyum sumbing. Lay tersenyum. “Mana Xiumin hyung?” soalnya sambil mencari-cari kelibat Xiumin yang paling tua itu. “Oh, dalam dapur. Jap ehh..” Luhan segera berlari masuk ke dalam dapur.

            “Woit, korang.. nak pergi dah ke?” Xiumin menyoal sebaik sahaja dia keluar dari dapur. Tao dan Lay hanya menjawab dengan anggukan kecil.

            “Yang lain tahu dah...ke? lagipun Sehun dan Kai kan ada dekat sekolah?” Xiumin menyoal lagi. “Dah..kitorang ambil masa beborak dengan dua ekor tu semalam. Haha..” Tao tergelak jahat.

            “Mulut tu, jaga eh?” Luhan menoyoh kain lap ke mulut Tao. “Eee.. gelilah hyung!” Tao menepis kain tersebut.

            “Okaylah, nak pergi dah ni. Urmm.. jaga diri okay? Sayang korang semua,” Lay memeluk Xiumin, Luhan dan Kyungsoo erat.  Tao tiab-tiba menangis. Aiyaaa sudah datang dah dia punya sifat crying baby tu. Kyungsoo menepuk perlahan bahu Tao seperti memujuk dia.

            “Bye..” Lay melambai tangannya sebelum dia dan Tao menapak keluar dari kafe tersebut untuk pergi ke lapangan terbang dan meninggalkan Korea. Sedih? Mestilah! Terpaksa meninggalkan kawan-kawannya yang sudah diibaratkan seperti adik-beradik sendiri. Siapa tidak sedihkan? Lay tersenyum pahit.

 

            Malam itu, hanya ada Kyungsoo, Luhan, Xiumin,Sehun, Kai  dan Suho sahaja di rumah tersebut. Bagaiman pula dengan Baekhyun, Chen dan Chanyeol? Yup, mereka sudah mendapat surat dari SM bahawa mereka diterima masuk sebagai trainee di situ. SM juga sudah menyediakan dorm untuk mereka menginap walaupun mereka sudah ada rumah sendiri. Itupun arahan tegas dari SM. Jadi, mereka tidak boleh membantah.

            “Sunyi je...” Sehun mengeluh.

            “Lay hyung dah tak ada. Macam mana dengan kelas kita? Hyoyeon nuna cakap, dia nak berhenti sebab kena pindah dekat London,” Kai mengeluh juga. Spaggeti yang berada di hadapannya hanya dikuis dengan hujung garpu. Tiada selera untuk menikmati makanan.

            Suho memandang mereka berdua. “Teruskan sajalah kelas korang tu. Jangan berputus asa. Okay? Lagipun...hyung dah rasa okay kot sekarang ni,” Suho tersenyum memandang mereka berdua.

            “Haah.. tapikan, macam manalah keadaan Janey sekarang nikan?” Luhan menopang dagu sambil memikirkan keadaan Janey yang berada di Jepun. Hendak bertanya khabar, nombor telefon pun diorang tak ada. Susah betul...

 

**

 

 

            “JANEY!!!!” Hyunhee menjerit.

 

            Janey yang sedang nyenyak tidur di dalam biliknya atau lebih dikenali sebagai store, membuka mata perlahan-lahan. Dia mendengus. Jam tangan yang berada di sebelahnya dilirik. Pukul 1 PAGI?! Hang biar betik duku sabun?! Apa yang minah gila ni nak sampai terjerit-jerit pada pukul 1 Pagi ni?!

            Janey mendengus lagi. Dia bingkas bangun dan terus keluar dari store tersebut. Apabila sampai di ruang tamu, dia mendapatai Hyunhee mabuk sambil dipeluk oleh seorang lelaki di sebelahnya. Urghh lelaki tu pun mabuk. Jalan pun macam ketam. Senget senget.

            Kebetulan, Puan Ahn Yeon baru pulang dari tempat dia serta mak-mak datin berkumpul. Di mana lagi? Di Diskolah. Kalau anaknya ke kelab malam, Puan Ahn Yeon yang tak sedar diri tu dah tua, beseronok di kelab disko.

            “Nak apa?” Janey menyoal malas. Dia sangatlah mengantuk sekarang ini. “Hiks..laawanya bu..hiks..haha..” lelaki yang memeluk Hyunhee itu tergelak. Dia berjalan ke arah Janey perlahan-lahan dan menyebabkan Janey takut.

            “Sayang.. janganlah. You kan ada I..” Hyunhee merengek. Lengan lelaki itu ditarik oleh Hyunhee semula. Lelaki itu menepis tangan Hyunhee lalu memeluk Janey secara tiba-tiba. “Woi! Apa ni?!” satu tamparan melekat di pipi lelaki tersebut.

            Sebelum sempat lelaki itu menampar Janey semula, satu suara bersuara. “Hyunhee, Dujoon, pergilah naik atas sana. Dah malam ni,” Puan Ahn Yeon menegur mereka berdua lembut. Walaupun suaranya kedengaran biasa, tetapi Janey tahu wanita ini juga mabuk kerana mukanya yang agak kemerah-merahan itu.

            Dua pasangan yang menjelikkan itu tergelak sebelum naik ke tingkat atas diikuti oleh Puan Ahn Yeon.

            Apabila tiga orang manusia itu hilang dari pandangan, Janey cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik store. Janey memeluk tubuhnya, sungguh dia berasa takut. Janey menangis teresak-esak.  Apabila teringatkan kejadian sebentar tadi, dia berasa tidak selamat.

 

**

 

 

            Kai dan Sehun bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Rutin biasa yang perlu dilakukan oleh mereka setiap hari. Tahun depan dan boleh graduate. Yeye!! Sehun tersengih di hadapan cermin seperti orang tidak betul. Rambutnya yang bewarna coklat dibetulkan agar kelihatan kemas tetapi tidak Nampak nerd.

            “Hyung! Kitorang pergi dulu!” jerit Sehun dan Kai serentak. Selepas Janey tiada, mereka berdua perlu bangun sendiri kerana Kyungsoo tidak sempat hendak ‘menyekeh’ mereka lagi. Banyak kerja yang dia perlu lakukan.

            Kebetulan, Suho juga baru hendak keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. “Jangan merempit,” pesan Suho. Kai dan Sehun mengangguk sahaja. Motor dihidupkan dan terus buat willy. Suho menggelengkan kepalanya. Memang telinga kuali!

            Sampai sahaja di sekolah, mereka mendengar jeritan dari para fangirls dan fanboys..oh.. harap-harap yang fanboys tu still straight. Ahaha XD

            “Oppa! Oppa!” Wuttt.. oppa? Sehun terasa ingin menangis. Panggilan yang selaly Janey panggil. “Oppa, nak tanya ni!” Danee menegur dua pelajar HOT itu. “Mana Janey? Dah dekat 1 bulan dia tak ada. Danee cuba tanya oppa tapi oppa asyik lari je,” Danee bercekak pinggang di hadapan Sehun dan Kai.

            “Sini,” Kai menarik lengan Danee dan membawanya masuk ke dalam kelas Danee. “Janey dah pindah. Dia pindah ke Jepun bulan lepas,” Kai menjawab dengan muka yang sedih. Berat betul hati dia hendak berkata begitu.

            Danee terkesima. “Ap-apa?! Kenapa Janey tak bagitahu pun?!” jerit Danee lantang. Cepat-cepat Kai menekup mulut Danee. Aishh.. high note budak ni memang tak boleh blah! Harap badan je kecik/

            “Secara mendadak, Danee,” Sehun tersenyum kecil, memandang kawan rapat Janey itu. Tertanya-tanya juga dia, adakah Janey mendapat kawan sebaik Danee? Sehun mengeluh. “Okay, oppa nak kena pergi ni. Bye,” Kai melambai tangannya sebelum beredar dari kelas tersebut. Danee membalas lambaian tersebut, perlahan.

            “Kai, agak-agak Janey dapat kawan tak dekat sana eh?”

            “Entahlah. Tapi, mestilah ada. Kan dia tu friendly,”

            “Harap-haraplah. Tak nak lah dia keseorangan dekat Jepun.. hurmm..”

            “Aishh.. janganlah risaulah, sayangku,”

            “Eeee.. geli! Jangan panggil sayang okay?”

            Kai tergelak besar. Best jugak dapat mengenakan Sehun ni. “Cepatlah 8 tahun tu datang. Kita dapat jumpa Janey pun selepas 8 tahun,kan?” muka Sehun mula monyok. Memikirkan 8 tahun itu, amatlah memeritkan. Andaikan 8 tahun itu ibaran 8 saat, pasti dia boleh bersabar.

            “Haah. Lama gila! Umur kita pun dah makin naik. Makin tua. Tak HOT!” balas Kai selamba. Sehun tergelak besar. Sempat lagi mamat ni fikir pasal benda tu. Sekeh jugak kepala. Nangis karang, baru tahu.

            “Eleehh.. masa tu, kau dah ada GF kot,”

            “Aishh.. bak kata Kris hyung, buat apa ada GF kalau dia ada kita semua. Haha”

            “Bukan, kalau dia ada suho,lah xD” Sehun membetulkan ayat Kai.

            “Aiii.. ni Kalau Kris dengar ni, mati tak behiduplah kau,”

            “Weeekk”

 

            Sehun menjelir Kai. Tidak takut dengan amaran tersebut. Lagipun, bukan Kris adapun. Dia sudah pindah ke Kanada. Hurmm.. nak call, takut bill mahal. Duit poket mana cukup nak bayar bill. Kelas tarian pun jarang-jarang je diorang bukak. Lepas ni kena berusaha sikit. Kesian Suho hyung kena tanggung kitorang.

 

**

 

            DI SM...

 

            “Agak-agak boleh jumpa Dara nuna tak?” Chanyeol menyoal Chen dengan mukanya yang happy virus itu. Chen menjongket bahu. Peluh yang meleleh di dahi dilap menggunakan kain yang dibawa dari dorm. Penat betul berlatih tadi. Rasa nak tercabut kaki dibuatnya.

            “Lepas ni ada kelas vocal dengan BoA nuna. Kalau Sehun ada, mesti excited gila budak tu.” Baekhyun menyampuk secara tiba-tiba. “Tak sabar betul nak tunjuk skill vocal aku dekat BoA nuna. Harap dia kagum,” Baekhyun menjongket keningnya.

            “Eleh, kagumlah sangat. Muntah darah aku, dekat sini,” Chen membuat gaya hendak muntah. Baekhyun mencebik.

            Sedang mereka asyik, beborak di dalam bilik tarian terebut, tiba-tiba, 2 orang budak perempuan menegur mereka bertiga.

            Chen, Chanyeol dan Baekhyun hanya tersenyum ke arah mereka berdua. “Hi, saya Songi, yang ini Minki. Awak trainee baru ke?” soal Songi sambil tersenyum. Mamat handsome depan mata, kenalah kenal-kenal secepatnya yang mungkin sebelum dunia mengenali mereka. Kalau boleh, dapatkan mereka sebagai boyfriend. Getus hati Songi.

            “Haah. Saya Chanyeol, yang cutenya ni, Baekhyun. Yang muka petak ni, Chen,” jawab Chanyeol sambil berjenaka. Chen mengetuk kepala Chanyeol. “Banyaklah muka petak kau,” Chen berkata dengan nada yang geram. Songi tergelak kecil. Aishh.. pandai buat lawak. Suara pulak deep. Target, CHANYEOL!

            “Ohh.. macam mana boleh jadi trainee?” soal Minki sambil bermain dengan botol air yang berada di tangannya. “SM hantar surat dekat kitorang lepas tengok vid kitorang. Minki, macam mana?” Baekhyun menjawab dan menyoal kembali.

            “Saya? Saya masuk audition ni sebab naak jadi back up dancer. Saya pandai menari. Saya dari Cina sebenarnya. Masuk ni pun secara sukarela masa SM buat audition dekat SM,” balas Minki. Chen mengangguk kecil.  dari pandangan matanya, dia sudah tahu Minki ni pandai menari. Dari pakaiannya juga sudah boleh diagak. Minki kelihatan agak tomboy berbanding dengan Songi yang kelihatan agak y itu.

            “Awak pandai menari ke?” Chanyeol menyoal tiba-tiba. “Kalau macam tu, boleh tak awak join 2 orang adik saya untuk menjadi guru tari dekat situ? Lagipun diorang pun kekurangan orang ni,” Chanyeol memberi cadangan yang bernas. “Ishh.. kenalah tanya Sehun dengan Kai dulu,” kata Baekhyun.

            Minki membetulkan keduduk topi yang dipakainya itu. “Errr.. yang tu saya tak tahulah. Sorry eh?” “Eh, adik awak tu lelaki jugak ke?” Songi tersenyum manis. Aishh.. mesti handsome macam abang dia jugak. Kena target jugak ni.

            Chanyeol mengangguk perlahan. “Awak umur berapa?” “Saya? Umur saya 17 tahun. Awak?” Songi menjawab dengan suara yang sengaja dilunakkan. “Ohh.. panggil saya oppa. Saya, Chen dan Baekhyun 19 tahun,” “Ehh? Kembar ke?” mata Songi mula membulat.

            Chen yang suka mengenakan orang mengangguk dengan senyuman yang penuh makna. “Kitorang sekolah dekat Anyang Art High School,” kata Minki. “Betul?! Sehun dan Kai pun sekolah dekat situ jugak,” Chanyeol menjerit. Beberapa orang trainee yang berada di situ memandangnya. Chanyeol menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda maaf.

            “Apa? SEHUN?! KAI?! Budak famous so damn hot kat sekolah tu ke?!” Songi baru perasan. Dia memang tergila-gilakan Sehun dari dulu lagi. Memang dia ni asyik stalk Sehun je. Bila Sehun tak pernah tahu kewujudan dirinya, Songi cuba untuk mejadi famous agar Sehun kena dia dan suka dekat dia. Hurmm.. ayat budak darjah 5 ni. Hahahaha

            “Ohh.. diorang tu eh? Baru perasan! Oh Sehun dengan Kim Kai? Perghh, diorang punya dance memang cool gila. Saya pun join dance class dorang,” MInki tergelak kecil. Chen tergelak juga. Baekhyun menepuk-nepuk bahu Chanyeol.

            “Jadi Minki, awak kenal ke diorang? Eee.. kenapa tak pernah bagi tahu saya,” Songi mencebik. Buat muka cutelah tu. Minki menjulingkan matanya ke atas. Tiada masa hendak memujuk Songi.

            Tiba-tiba, seorang wanita masuk ke dalam bilik tersebut. BoA! Baekhyun seperti henda pengsan. Ini sudah kali kedua dia berjumpa dengan BoA. Tapi hari ini, BoA betul-betul cantik. Kalah bias dia, taeyeon. Aishh.. tukar biaslah macam ni. Boa, you are my number one!!! Baekhyun menjerit di dalam hati.

            “Baiklah, mari kita mulakan dengan kelas vocal. Apakata kita mulakan dengan.. oh.. saya masih tidak tahu nama kamu semua jadi, saya akan pick secara random. Dekat depan ni, tolong perkenalkan diri ya?” BoA tersenyum.

            13 orang trainee yang berada di dalam kelas tersebut mengangguk. BoA memilih seorang lelaki yang berada di hujung kelas tersebut.

            “Hello semua, nama saya Jung Songwoon. Panggil je Songwoon. Errmm.. umur saya 15 tahun. Saya masih tak pasti lagi dengan vocal saya,” Songwoon menggaru kepalanya. Takut kerana BoA berada di sebelahnya.

            BoA mengangguk sambil tersenyum. Itulah dia ketika dia menjadi trainee sebelum debut ketika dia berumur 14 tahun dahulu. “Baiklah, Songwoon, saya akan cuba teliti tentang awak. Awak sesuai untuk vocal ataupun rapping, okay?” Boa menepuk bahu budak itu. Songwoon mengangguk kecil.

            “Baiknya BoA nuna..” Baekhyun memandang BoA dengan penuh kagum. “Oit, kau jangan nak ajak BoA nuna couple pulak. Aku sua mulut dengan kasut, baru tahu,” Chanyeol memberi amaran keras. Baekhyun menjelir ke ararh Chanyeol. Gila apa nak ajak BoA couple?! Nak mati?!

**

 

 

            “Wow, fantastic baby, DANCE!! WOOO!!!” Sehun dan Kai sudah terloncat-loncat di hadapan kaca televisyen sambil buat karoke versi ruang tamu itu. Mujurlah hanya mereka berdua di dalam rumah itu. Suho kata dia terpaksa balik lewat kerana urusan kerja manakala hyung mereka yang asyik dengan cafe tu ada urusan yang lain. Urusan apa, mereka tak ambil kesah.

            Selepas penat menyanyi dan bejoget macam beruk kena belacan, Kai dan Sehun memasang cerita pula. Drama korea yang berjudul Love From The Star.

            “Hmm.. boringnya..sunyi je rumah,” keluh Kai.  Selalunya rumah ini akan bising dengan suara mereka yang asyik bergaduh dan bergelak tawa. Tetapi, itu semua sudah berubah secara mendadak. Rumah ini sangatlah sunyi. Kalau bunyi bising pun, suara itu milik Sehun dan kai.

            Suho sekarang lebih sibuk dari biasa. Kris juga ada menelefon mereka semua, bertanyakan khabar. Lay pun telefon diorang jugak. Dia ajak diorang semua datang ke Cina untuk bejumpa dengan neneknya. Tao? Mungkin dia sibuk agaknya. Tak telefon pun. Cuma Sehun ada jugak call tapi tidak terangkat.

            “Bosannya... Kai... jom call 92liner? Diorang tengah training ke tak sekarang ni eh?” Sehun menyoal. Kai menjongket bahunya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Chen.

            “Hello?”

            “HYUNG!!! Baekbie!!” – Sehun

            “Oi..asal ni?”

            “Hyung, we miss you!” – Sehun

            “Rumah ni sunyi gila. Boring!” – Kai

            “Korang ni, dah tak ada orang, nak buat macam mana,”

            “Tapi hyung.. rumah je besar, dalam, habuk pun tarak!” – Sehun

            “Tipulah. Perabot tu bukan habuk ka?”

            “Hyung ni, main pulak,” – Kai

 

 

            Selepas selesai berborak dengan Baekhyun, mereka berdua memberi cadangan agar masuk tidur. Lepas ni mesti Geng Barista akan balik rumah. Sebelum mereka berdua mendengar bebelan Kyungsoo, baik tidur cepat.
 

            Di dalam bilik, Kai dan Sehun sedang duduk di berenda untuk melihat keindahan malam. “Kalau dekat Jepun, boleh Nampak matahari terbit dan terbenam,” Kai tersenyum sambil tangannya seperti hendak mencapai bintang-bintang yang berkelipan itu.

            “Mesti Janey selalu tengok matahari terbenamkan?” Sehun menyaol dan meniru gaya Kai.

            “Haah.. hope so. Harap Puan Ahn Yeon jaga dia baik-baik,” Kai menjawab. Angin yang sedikit kencang itu meniup rambut Kai dan Sehun. “Uishh sejuk gila malam ni. Ehh.. Diorang dah balik!” Sehun menunjuk-nunjuk ke arah kereta yang sedang memasuki kawasan perumahan tersebut. Kai tersengih. Cepat-cepat mereka berdua melompat naik ke atas katil dan tidur. Berpura-pura agar tidak dimarahi oleh Kyungsoo.

 

            “Dah tidur ke dua orang tu?” soal Luhan sambil meletak beg plastik yang telah diisi dengan bahan-bahan masakan. “Dah kot. Tadi aku dah bagi amaran,” jawab Kyungsoo. Barang-barang yang berada di dalam plastik tersebut dibawa keluar.

            “Hey..macam mana ni?” Xiumin memandang mereka berdua dengan padangan yang penuh dengan tanda tanya. Susu kotak dutch lady dibuka lagi diteguk. Luhan mengeluh. “Entah. Kita pun kenalah kembangakan, betul tak?” Luhan mengambil kotak susu yang berada di tangan Xiumin lalu meneguknya.

            “Jadi... korang betul-betul nak buat ke?” Xiumin menyoal serba salah. Bukan apa, dia kesiankan Suho. Dia tak nak Suho sedih lagi selepas mereka yang lain sudah pergi. Kyungsoo menggosok belakang Xiumin. “Nanti kita cakap dengan Suho ye?”

 

            Tanpa mereka sedari, Kai dan Sehun mencuri dengar perbualan hyungs mereka. Kai menyiku perut Sehun perlahan seperti menyoal Sehun, apa yang mereka sedang bualkan itu. Sehun hanya membalas dengan menjongket sedikit bahunya itu. Memang dia tak tahu! Macam ada benda yang mereka bertiga cuba sorokkan.

            “takkanlah.. diorang nak pindah jugakk...”

 

 

 

            Suho pulang lewat malam. Jam sudah menunjukkan pada pukul 2 pagi. Letih dan penat. Yang dia mahu, dia hendak masuk tidur sekarang jugak.

            “Hyung...” tiba-tiba satu suara memanggilnya ketika dia baru sahaja hendak memulas tombol pintu biliknya. Suho tercari-cari dari manakah arah suara itu datang.

            “Ni saya, kyungsoo!” Kyungsoo mencuit pinggang Suho dan membuatkan Suho melatah. “Shh.. hyung, jangan menjerit!” Kyungsoo meletak jari telunjuknya ke mulut Suho. “Ya Kyungsoo.. nasib tak sakit jantung,” Suho mengurut dadanya.

            Kyungsoo tersengih. “Ikut jap,” Kyungsoo menarik tangan Suho lalu menyuruh dia masuk ke dalam biliknya. Di dalam bilik tersebut, Luhan dan Xiumin sedang duduk di atas lantai sambil bermain dengan teady.

            Suho duduk di atas lantai, bersebelahan dengan Xiumin. “Hyung tahu...ni mesti korang semua, nak bukak cafe dekat Cina dan Jepun kan?” Suho menebak mereka bertiga. Luhan membuat muka terkejut dengan mulut yang ternganga. Pipi Xiumin pula sudah gemuk dibuatnya. Mata Kyungsoo yang bulat semakin membulat.

            “M-macam mana hyung tahu?” Luhan menyoal, gagap.

            Suho menyelak rambutnya ke tepi lalu mengeluarkan sampul surat bewarna coklat. “Tengok ni, diorang hantar surat ni dekat ofis hyung,” Suho tergelak.

            “Kalau korang betul-betul nak memperbesarkan (ada ke ayat ni?) lagi bisnes korang dekat tempat lain, hyung bagi je. Lagipun, ini kerjaya korang,” Suho berkata lembut. Kyungsoo mengangguk perlahan.

            “Tapi.. kesian dekat hyung nanti kalau kitorang tak ada. Sunyi je rumah,” Kyungsoo membuat muka sedih. Olololo comels nyua >.<

            “Lah, kan Sehun dan Kai ada. Lagipun Baekhyun, Chanyeol dengan Chen kata diorang akan balik sini kadang-kadang jadi tak sunyilah sangat,” jawab Suho, cuba untuk menyedapkan hati Kyungsoo.

            “Nanti, siapa nak masak?” Xiumin pula menyoal.

            “Yang tu? Hyung boleh..kot?” Suho tersengih. Sesungguhnya dia langsung tidak pandai memasak! Tapi tak apa, dia akan cuba untuk menjadi seorang chef dan memasak benda yang berkhasiat untuk Sehun dan Kai selepas ini.

            “Bila nak pindah ke Cina?”

            “Hujung bulan ni. Lagipun bulan depan,kan dah mula cuti sekolah. Tahun depan graduate dah diorang tu,” Luhan menjawab pertanyaan Suho. Hello kitty yang dipelik itu dikuis perlahan.

“Okaylah. Ehhh.. kat Jepun tak buat ke? Nanti kot-kot bertembung dengan Janey ke,” kening Suho dijongket beberapa kali. “Ha, sebab tulah tak buat! Nanti kalau kitorang jumpa Janey, nanti ada orang menangis,” Luhan tersenyum sinis, memandang Suho. Suho buat-buat batuk. Faham dengan senyuman tersebut.

**


^__^ HAHAHAHA Pendek macam cacing tanah atau panjang macam anakonda? oh apakah yg kau merepek ni authornim? xD HAHAHAHA~! Anw cerita ni dah nk tamat dah... /menangis/ Harap korang terhibur dgn chapter yg mmg best gila ni =D hahah mood perasan melebih pulak budak ni~ nnti lepas cerita ni tamat, janji tau? jgn lupakan author ini? susah payah tulis. lol .. kalau ada typo, biasa ah tu. kita manusia. tak sempurna ^^ CHILL! OUT LUH!!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!