: Family's story

My 12 Brothers and I

 

            “BANGUN!!!!” jerit Kyungsoo sambil mengetuk kuali menggunakan sudu besi di sekeliling rumah untuk mengejutkan adik-beradiknya yang lain. “BANGUN SEMUA! Kalau tak bangun juga, aku simbah dengan air!” Kyungsoo menjerit sekali lagi.

            Sehun dan Kai yang sedang tidur dengan lena itu memekakkan telinga mereka dari mendengar bebelan Kyungsoo di pagi hari ini.

            “Sehun dan Kai! Bangun sebelum aku patah-patahkan tulang korang buat sup daging import dekat Negara Jepun!” Kyungsoo mengetuk pintu bilik mereka dengan kuat. Nasib tak roboh je pintu bilik tu.

            “Hyung.. 5 minit!” Sehun menjerit dari dalam bilik. “Banyak lawa muka kau 5 minit?! Ni dah pukul 7 pagi! Bangun cepat, kalau tak hyung...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, pintu bilik sudah dibuka oleh Sehun dengan mulut terjuih macam itik dekat kolam. “Hyung ni bising lah,” Sehun merungut. “Bagus pun kau dah bangun, ni, mana budak yang lagi seko tu? Kejutkan dia, kalau tak orang mandi air bersih dia mandi air lumpur,” bebel Kyungsoo lagi sebelum bergerak ke bilik Lay dan Suho yang berada di sebelah bilik dua orang maknae itu.

            Sehun menghempas pintu bilik sambil merungut. “Bising lah budak mata besar tu. Hishh nak tidur pun tak boleh,” “Dahlah Sehun. Karang dia dengar, jadi breakfast kitorang lah kau nanti,” Kai tergelak. Dia mencapai tuala yang tersangkut di kepala katil sebelum menapak masuk ke dalam bilik air. Sehun mengambil kesempatan untuk sambung tidur.

 

 

            “Selamat pagi, oppa,”

            “Eh, selamat pagi Janey. Awal betul bangun?” soal Kyungsoo sebelum mengetuk pintu bilik Chen, Baekhyun dan Chanyeol selepas dia Berjaya mengejutkan Lay dan Suho tadi. Janey tersenyum. “awal oppa kata? Dah pukul 7:10 minit kot. Saya pergi dapur dululah ye?”

            “Okay tapi jangan makan lagi tau? Tunggu oppa-oppa yang lain dulu,” Kyungsoo mengingatkan Janey. Janey membalas dengan anggukan sebelum turun dari tangga.

            “WOI! BANGUNLAH! JANGAN NAK BUAT EMAS KAT MATA TU!” Kyungsoo mengetuk kuali sekuat hati. “yelah Kyungsoooo!!!” Chen menjerit dengan suara yang serak. Kyungsoo mencebik sebelum beredar. Dia perlu mengejut lagi beberapa orang budak lagi. Haishh nilah budak zaman sekarang. Nak bangun tu memang kena kejut setiap hari. Jam punyalah besar dalam bilik, tak reti-reti nak set alarm. Harap guna je phone mahal tapi hampeh! Bebel Kyungsoo di dalam hati.

 

 

            Selepas berjaya mengejut semua orang, mereka berkumpul di meja makan untuk makan pagi bersama-sama.

            Kyungsoo memasak nasi goreng bersama kimchi yang Berjaya membangkitkan selera mereka-mereka yang memang kuat makan. “Hari ni, aku balik lewat k? Ada hal nak buat,” kata Kris. “Hyung pun. Nanti jaga rumah tau? Terutama sekali Janey ni. Kecik lagi adik abang ni,” Suho membelai rambutnya, Janey mencebik. “Umur Janey dah 16 tahun ye? Dah besar dah,” “Yelah besar, dalam bilik penuh teady bear,” Chen tergelak.

            “Woi pak cik, sedar diri yang kau tu suka warna pink!” Luhan menggelakkan Chen.

            “Ewahh pak cik ni.. kau tu suka Hello Kitty! Perrghh cadar katil hello kitty, cover phone hello kitty....” Chen membalas semula.

            “Mula dah..” Lay menopang dagu sambil membuat muka bosan. Beginilah mereka setiap hari. Wajib bergaduh. Kalau tak, memang tak amanlah rumah ni tanpa suara-suara yang menjengkelkan bergaduh.

            “Ehh.. Sehun oppa, Kai oppa, jom pergi sekolah. Dah lewat ni. Kai oppa drive,” Janey membaling kunci kereta ke arah Kai sebelum lelaki itu menyambutnya. “Canteeek!!” puji Sehun. Mereka cepat-cepat menuju ke arah kereta.

            “kami pun nak pergi dah ni. Korang semua jaga rumah!  Ni, yang 92 liner dengan yang 93 liner sorang ni. Balik nanti, pastikan rumah ni wujud lagi! Jangan hilang jadi abu sudah,” Kris memulakan ceramah paginya yang sentiasa dicopy paste sejak zaman dahulu kala lagi. Haiii.. dah naik muak dibuatnya Chanyeol, Baekhyun, Tao dan Chen kerana mendengar benda yang sama sahaja.

            “Alah.. lek ahh hyung. Kitorang nikan professional,” Chanyeol memeluk tubuh. “Dahlah Kris. Jangan dilayan sangat budak-budak ni. Jom cepat,” Suho menolak badan Kris.

            “Xiu,Lu, jom ke cafe,” ajak Kyungsoo. Mereka bertiga segera ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian mereka.

            “Hyung kita ni.. selalu anggap kita ni tak berguna”

            “Hakikatnya memang betul, Tao...” Baekhyun berkata. Dia menyuap nasi goreng kimchi yang terakhir sebelum berlari keluar dari dapur. “Sapa lambat kena kemas,” Baekhyun melentokkan pinggangnya ala-ala diva di hadapan mereka semua.

            Apabila mendengar kata-kata Baekhyun itu, mereka cepat-cepat berlari keluar meninggalkan Lay yang sudah tertidur di kerusi itu. “Biar Lay je kemas. Jom main game,” cadang Chanyeol tanpa rasa serbasalah di dalam hatinya.

            “game? Ni game betul or ada tanduk setan sebelum perkataan game tu?” soal Baekhyun.

            “Kau rasa?” Chanyeol menjongket keningnya beberapa kali. Mereka berempat tersengih. “Otak kau dah mula dah,” Chen bertepuk tangan. “Jom ke bilik Janey!”

            Di dalam bilik adik bongsu mereka, ChanBaekChenTao mengambil beberapa alat make up Janey sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut tanpa Xiumin, Luhan dan Kyungsoo sedar. Tetapi, baru beberapa tapak mereka meninggalkan bilik tersebut, mereka terdengar suara Luhan memanggil mereka.

            “Yo Yo man!” Luhan membuat gaya rock di hadapan mereka. Chen cepat-cepat menyorokkan alat make up tersebut di dalam poket seluarnya.  “Wahh hyung, macho gila hyung hari ni!” Baekhyun memuji Luhan. “Yo Yo man! Mestilah hyung macho. Manly kan?” Luhan mengibas sedikit rambutnya ketepi tanpa dia menyedari mereka sudah berlari meninggalkan Luhan yang perasan diri itu. “Ehh budak-budak ni. Handsome sangkat kot aku hari ni. Aishh sudah,...” Luhan masih tak sedar diri. Perasan betoilah mamat ni!

 

            “Eeee.. menyampah gila aku dengan Lu-ge tu. Bajet manly.muka dah terang lagikan bersuluh dek bulan mengambang yang dia tu cantik, still nak bajet manly! Haktuii!” Baekhyun membebel apabila mereka berempat tiba di ruang tamu. “Alah, kasi layan je Lu-ge tu. Lama-lama nanti penatlah dia,” Tao menggosok belakang Baekhyun.

            Mereka berempat menuju ke dapur dan mendapati Lay masih tidur di situ. Mereka tersenyum jahat sebelum terjengket-jengket menuju ke arah Lay. “Ni bom nuclear meletup pun belum tentu bangun!” Chen tegelak kecil diikuti oleh mereka yang lain.

            Chen mengambil gincu yang berada di dalam poketnya lalu diberikan kepada Chanyeol. Selepas mendapat alat itu, Chanyeol mengoles gincu tersebut ke bibir Lay manakala Baekhyun menyapu bedak ke muka Lay sambil tergelak.

            Tao dan Chen pula melentikkan bulu mata Lay yang masih nyenyak itu. Selepas menyiapkan operasi mereka, tiba-tiba mereka terdengar suara Kyungsoo, Xiumin dan Lay dari ruang tamu. Cepat-cepat mereka berlari keluar dari dapur.

            “Bye hyung!” Tao melambai. “Bye.. jaga rumah elok-elok. Jangan meletop!” jerit Kyungsoo. Risau pula dia apabila terpaksa meninggalkan 4 remaja lelaki yang perangainya mengalahkan Janey. Buas nak mampos! Nasib baiklah Lay ada di rumah hari ini jadi kuranglah sedikit perasaan risaunya itu.

            “Ha bebudak. Jangan lupa kemas meja makan tu,” Xiumin menyampuk sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Mereka berempat hanya membalas dengan anggukan kecil.

            Selepas Xiumin Luhan dan Kyungsoo hilang dari pandangan, perkara pertama yang mereka dengar adalah jeritan Lay. “Cepat gila si unicorn tu tahu!” Baekhyun memandang Chanyeol. “Kesah? Hahaha.. jom masuk and makan super ring sambil layan spiderman jom!!!” kata-kata Chanyeol mendapat sorakan dan.. “Sampai hati korang buat hyung macam ni,” Lay menangis sambil mengelap mukanya menggunakan tisu.

            “Lek ahh hyung. Enjoy our life okay?” Tao menepuk-nepuk bahu Lay sebelum meninggalkan Lay yang masih lagi menangis akibat perbuatan syaiton adik-adiknya itu.

 

**

 

            “OPPA!!!”

            “HANDSOMENYA OPPA!!”

            *pengsan*

            “OMG!!!!! PLEASE BE MINE OPPA!”

 

            Beberapa orang gadis menjerit di hadapan poster Kai dan Sehun beberapa minit sebelum mereka berdua tiba. Maklumlah, nak test suara dulu. Mereka mahu pastikan suara merekalah yang paling kuat supaya Kai dan Sehun menyedari kewujudan mereka di sekolah itu.

 

             

            “Oppa!!! Saranghae!!!”

            “Be mine.. omg!!”

 

            Pelajar perempuan dan lelaki mula menjerit tetapi tidak diendahkan oleh Sehun dan Kai. “Ehh, mana Janey?” Sehun berbisik. “Haah, mana budak pendek tu?” soal Kai semula. Mereka mencari Janey tetapi tida menjumpainya.

            “Kena culik ke?”

            “Woi, budu jawa betullah kau ni Sehun,” marah Kai.

 

            Tiba-tiba mata mereka menangkap sesusuk tubuh yang mereka kenali. JANEY! Sehun dan Kai cepat-cepat berlari ke arah adiknya itu dan memeluk Janey dari belakang.

            “Yaaa.. apa yang oppa buat ni?!” marah Janey separuh terkejut. “Oppa ingat Janey dah kena culik,” Sehun membuat muka comel. “Otak dia ni kureng sikit,” Kai menjeling Sehun.

            “Oh oppa, perkenalkan kawan saya, Danee!” Janey memperkenalkan rakannya itu. “Danee, mohon jaga dia baik-baik ya? Karang kena culik, siapa yang susah?” Kai membuat muka sedih. “Kami jugak..” sambungnya. Danee menjulingkan matanya ke atas. Betullah kata Janey, abang-abang mereka memang spesis alien! Perangai pelik semacam je!

            “Okaylah, kitorang nak masuk kelas. Chow dulu pendek,” Kai mengusap kepala Janey sebelum blah bersama-sama dengan Sehun.

            Apabila mereka berdua hilang dari pandangan, Danee tergelak. “Perghh handsome gila abang kau!” puji Danee. “Ye lah .. annoying tu adalah,” Janey membuat muka..

 

            Di dalam kelas, Sehun dan Kai mengambil tempat duduk masing-masing.  Baru sahaja mereka ingin melabuhkan punggung mereka, hmm.. tu dia, semua pelajar perempuan mula mengelilingi mereka dan memberikan mereka hadiah.

            Sehun dan Kai hanya memandang hadiah-hadiah tersebut dengan pandangan yang kosong. Bukan apa, mereka sedang berfikir, di manalah diorang nak letak semua hadiah-hadiah ni. Nak letak dalam tong sampah, nanti nak menghargai pulak. Aishh.. terima jelah nasib.

            “Kai, nanti rehat aku nak makan burger. Kau belanja..”

            “Amboi kau? Asal aku pulak kena belanja? Bertuah punya badan kau!”

            “Kai, aku penatlah semalam practice tarian baru. Pleaselah sayangku,” Sehun mengerdipkan matanya sehingga Kai mahu muntah dibuatnya. “Choi! Jangan buat muka macam tulah weh,” Kai menunjal kepala Sehun.

 

**

 

           

            “Xiumin!! Xiumin!!” jerit Luhan. Xiumin yang sibuk menuang kopi ke dalam cawan terkejut apabila mendengar jeritan Luhan yang langsung tidak manly itu. “Pe?” soal Xiumin tetapi matanya masih tidak bergerak dari cawan tersebut.

            “Xiuminnie.. susu dah habis..” Luhan menghentak kakinya. Xiumin menjeling Luhan. Karang ada jugak yang aku kisar jadi serbuk kopi ni. “Pergilah beli..” jawab Xiumin malas. “Tapi nanti kopi tu sejuk macam mana?” “Banyak songeh lah kau ni. Gi suruh budak-budak yang ada dekat rumah tu belikan susu,” jawab Xiumin sebelum mengangkat cawan tersebut lalu diletakkan di atas pinggan kecil. Selepas itu dia memotong kek lapis lalu diletakkan di atas pinggan.

            Luhan yang mendengar arahan Xiumin segera menelefon Baekhyun.

 

            “Yo yo man! Baekhyun!”

            “Ye hyung? Ada apa?”

            “Baekhyun, boleh tak nak mintak tolong? Tolong hyung belikan susu pekat manis. Cap MariGold punya,”

            “hyung.. saya tak bolehlah..”

            “kenapa?”

            “dengar ni...”

            “HYUNG! LUHAN! TOLONG AKU! DIORANG IKAT AKU DEKAT POKOK NI!!” Lay menjerit dari sebelah sana.  Mata Luhan membesar apabila mendengar jeritan Lay. “Woi Lay, jeritan kau tak manly langsunglah. Hadoii..” sempat lagi Luhan memberi  komen.

            “APA?!! TOLONG  LAH AKU. DIORANG IKAT AKU KOT..” Lay menjerit lagi. “Ha sebab tulah tak boleh hy-“ belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya, Luhan memotong “Beli.susu.kalau.tak.nak.eyeliner.kau.kena.buang,” kata Luhan dengan nada yang serius.  Baekhyun yang mendengar ugutan serius gila tu terus berlari keluar dari halaman rumah untuk membeli susu pekat manis.

 

            Luhan tersenyum sebelum menekan butang merah tersebut. “Selesai kerja aku.. lalalala..” Luhan bersiul.

 

**

 

            “Chen, Chanyeol, lepaskan hyung please?” Lay membuat muka cute. Dah 1 jam dia diikat di pokok tersebut. “No hyung. Tunggu bila Janey, Kai and Sehun balik, kami lepaskan hyung ye?” Chanyeol tersenyum manis. Lay mengetap bibir. Tunggulah korang, lauk asam pedas cap 92 liner lah dia masak malam ni.

            “Kami dah balik wooo!!” mereka bertiga terdengar jeritan riang ria Sehun dari dalam rumah. Chen cepat-cepat membuka ikatan Lay sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

            “Hello oppa!” Janey melambai tangan dan merebahkan badannya ke atas sofa diikuti oleh Sehun yang menindih kaki Janey. “Lay hyung, ambilkan air,” pinta Sehun. “Nak air apa?” soal Lay. Walaupun dia penat dikerjakan oleh tiga orang syaiton tadi, tetapi dia masih lagi mahu membuat air untuk adik-adiknya. Dia tahu, mereka penat. Cewahh ayat! =P

            “Oren” – sehun

            Selepas mendengar permintaan tersebut, Lay berjalan menuju ke arah dapur. “banyaknya hadiah!” puji Chanyeol. “Wahh Baekkie nak!” entah dari ceruk mana budak Baekhyun ni muncul. Dia terus merampas hadiah dari tangan  Chanyeol. “Pehww.. untung lah famous!” puji Baekhyun sambil melakukan operasi membuka hadiah tersebut. “Wahh.. hyung, cepat-cepatlah cari calon,” Janey mencuit bahu  Sehun dan Kai.

            “Ehh tak naklah. Buat apa cari girlfriend kalau hyung dan ada Kai,” Sehun memeluk Kai erat dan Janey membuat muka menyampah. “Korang nikan.. dahlah, Nak pergi mandi. Chow..” Janey melambai tangannya.

            Di dalam bilik, Janey membuka almarinya lalu mengambil 12 kotak kecil yang dia simpan hampir sebulan. Ianya adalah hadiah yang akan dia beri kepada mereka malam ini. “Agak-agak, diorang suka tak?” soalnya di dalam hati.

            “Korang, malam ni makan apa eh?” soal Chen

            “Asam pedas cap 92 liner,” jawab Lay.

            “Elehh hyung bukan pandai masak pun,” Chanyeol mengejek. “Yelah tapi nanti kalau hyung masa Korang berdua, mesti sedap,” Lay menjeling Chanyeol dengan pandangan yang maha tajam.

           

 

            Jam sudah menunjukkan pada pukul 6 petang, Luhan, Xiumin dan Kyungsoo baru sahaja pulang dari rumah dan mereka lega kerana rumah mereka masih utuh tanpa sebarang masalah.

            “Malam ni kita makan steak!” jerit Kyungsoo dari dalam dapur.

            “Yey!! Kesian Suho dan kris sebab tak dapat merasai steak hahaha” Sehun tergelak sakan. “yehet~” sambungnya lagi.

            “Siapa cakap? Diorang kata diorang balik awal hari ni,” Tao menjongket keningnya. Dari pagi tadi dia hanya membuat emas di dalam bilik sampai ke petang. Tak ada kerja betul budak ni.

            “TIDAK!!!” Sehun menjerit. “Oppa ni dah kenapa?” Janey menyoal pelik. Tidak faham dengan perangai mereka ni. “Tak dapat makan steak diorang,” Kai mencebik. Harapannya musnah seperti hatinya kini. Euuu jiwang!

            Sedang mereka asyik menggila, Kris dan Suho pulang. “Hello my child!” Suho tersenyum lalu memeluk seorang demi seorang. “Sejak bila kitorang jadi anak hyung ni? Tao menyoal pelik. “Aishh.. kitorang yang tanggung korangkan. Kira macam mak ngan ayah lah tu,” Suho tergelak.

            “Kiranya, Kris oppa jadi ayah.. Suho oppa jadi emak? Eee tak mahulah!” Janey menggelengkan kepalanya. “Just admit lah Janey. Keluarga kita keluarga alien” tiba-tiba si pendiam Xiumin berkata dan mereka semua terdiam.

            Krik krik..

 

 

            Krik krik..

 

            .....

 

            *bunyi sudu besi terjatuh*

 

 

            Xiumin menundukkan kepalanya. Apakah salah diriku?

 

            “Eoh? Diam je korang ni? Aku nak gi mandi jap. Jangan makan lagi. Kris dan Suho hyung pun pergilah mandi jugak,” Kyungsoo yang naïf itu segera menaiki tangga.

 

            “Xiumin hyung, banyakkan bersabar,” Chanyeol menepuk bahu Xiumin. “Hidup ini penuh dengan cabaran yang harus kita tempuh,” Baekhyun pula berkata.

 “Seperti wushu yang susah untuk dipelajari,” - Tao

“Bubble tea yang selalu kehabisan stock” – Sehun

“Tarian yang susah” – Kai

“Eyeliner yang selalu tumpah di atas lantan” – Baekhyun

“Seorang lelaki yang meminati Hello Kitty” – Luhan

“Menjadi hyung dan oppa yang baik,” – Lay

 

Kata mereka semua. Janey yang sibuk menonton tv ternganga. Memang otak oppa dia ni dah kenapa? “Xiumin oppa, mari tengok tv dengan saya. Lupakan je otak diorang yang sedikit tu ahh..” ajak Janey. Xiumin mengangguk dan mengambil tempat di sebelahnya.

 

Selepas Kyungsoo, kris dan Suho siap membersihkan badan mereka, 13 orang itu berkumpul di ruang makan sambil menjamu selera. “Oppa, tunggu sekejap tau? Janey nak pergi ambil benda,” Janey cepat-cepat berlari ke arah biliknya untuk mengambil hadiah yang dia beli,

 

Selepas mengambilnya, Janey berlari semua ke dapur. “Tadaaa. Janey buat benda ni khas untuk oppa-oppa yang ku sayang,” dia memberi hadiah tersebut kepada 12 orang abangnya itu.

“Apa ni? Woo bestnya!” Chanyeol menyoal dengan nada yang berminat. Mereka semua membuka kotak tersebut dan mendapati ada keychain yang tertulis nama mereka di atas keychain tersebut.

“Waahh cantiknya,” Kris tersenyum sambil membelek keychain tersebut. “Lawa,” puji Suho pula. “Thank you Janey,” Kyungsoo memeluk erat adiknya. Nasib baik hidup lagi. “Sama-sama. Hadiah kecil aja.. tak boleh dibalas dengan kebaikan yang oppa beri kepada saya selama ni,” Janey tersenyum.

 

“Betul tu. Walaupun kita sering bergaduh, tapi kita masih lagi bersama sebagai satu keluarga yang bahagia kan?” soal Suho kepada mereka. Serentak mereka mengangukkan kepala mereka.

“Awat tetiba emo semacam je ni?” soal Sehun pelik.  Suho tersengih. “Kadang-kadang beremosi, apakah salahnya?” jawab Suho sambil tersengih. Sehun menarik muka. Dia paling benci part emotion ni. Maklumlah, tengok cerita sedih pun dia masih lagi buat cool je. Tak nangis langsung! Ada perasaan ke tak mamat ni?

“Dahlah. Korang ni kalau berperang mulut, sampai ke subuh tak habis. Nak masuk bilik and buat kerja dulu. Mama Suho, jom,” Kris menarik rambut Suho.”Aww.. sakitlah pak cik! Kau ingat rambut aku ni rumput belakang rumah ke?” marah Suho tiba-tiba. Perangainya yang ala-ala angelic itu berubah kepada monster the hulk secara mendadak membuatkan mereka yang lain terkejut kecuali Kris yang membuat muka deekk je.

“Bagus jugak kalau rambut putih kau yang dah macam datuk ni jadi rumput. Dah lah muka macam datul, rambut pun dah macam uban!”

“Amboi kau nikan. Mulut tak reti nak jaga. Sumbat dengan jawa baru tahu,” Suho membalas.

 

Sudah...

 

Kai mencuit bahu Tao lalu  berbisik “Tadi cakap kita yang selalu gaduh, tengok-tengok, diorang yang lebih,” “Entah. Paku dulang paku serpih, kata orang...” “Dia yang lebih,” sambung Kai dan Tao serentak.

 

“Oppa! Oppa! Dah lah gaduh. Tadi punyalah berayat walaupun kita sering bergaduh, tapi kita masih lagi bersama sebagai satu keluarga yang bahagia tup-tup, gaduh macam budak kecik! Sedarlah umur dah nak dekat 30. Sepatutnya dah dapat anak cucu cicit dah,” Janey membebel panjang seperti ibu yang sedang memarahi anaknya. Sungguh dia tidak faham dengan perangai abang-abangnya yang perangai entah apa-apa.

Kris mencebik dan menggosok rambut Janey. “Ala cayang-cayang, marah ye?” Kris bergurau. “Dahlah hyung, cayang lah sangat. Pergilah buat kerja yang tak pernah siap tu,” kata Luhan malas.

“Entah. Membebel je tahu. Cucuk mata karang,” Kyungsoo mengacukan garpu ke arah Kris.  Kris menjulingkan matanya ke atas sebelum menarik rambut Suho buat kali yang kedua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OMO Sorry kalau banyak gila typo sebab tak cek elok-elok. Tapi harap korang sukalah ni sebab 1st time buat ff dalam Bahasa. hahaha - 6/8/14 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!