: Family's Story

My 12 Brothers and I

Chen dan Chanyeol berborak dengan Janey apabila mendapat tahu gadis itu sudah pulang ke tanah air. Baekhyun? Dia bersendiri di dalam bilik. Janey ada juga berborak dengannya tetapi dia mahu masa bersendirian.

            Ingstagram miliknya dibuka. Kata-kata cacian dan juga semangat yang diberikan oleh peminatnya membuatkan hatinya sakit. Dia tidak pernah menyangka Dispatch akan menyebarkan berita PALSU ini!

            Tak guna punya Songi! Baekhyun mengutuk wanita itu di dalam hati. Dia tidak sangka Songi sanggup berbuat begini. Dia sudah pun berjanji dengan wanita itu yang dia akan melayan Songi seperti kekasih walaupun dia tidak menyukai wanita itu. Baekhyun menangis. 

            Sudah puas dia menerangkan kisah yang sebenar kepada Chanyeol dan Chen tetapi mereka tidak mahu mendengarnya. Sakit betul hati dia.  

            TOK TOK TOK..

 

            Pintu biliknya diketuk perlahan. Tanpa menghiraukan Baekhyun, SI Pengetuk itu membuka pintu tersebut. Kris rupanya.

            Kris menutup pintu dan berjalan ke arah Baekhyun. Lelaki itu dipeluk oleh Kris. “Hyung tak marah pun. Janganlah menangis lagi. Cinta me-“ “HYUNG! Saya tak pernah couple pun dengan DIA! Cukuplah!” Baekhyun menjerit. Dia sudah hilang sabar.

            “Kalau kamu tak couple dengan dia, macam mana gambar kamu berdua tengah date dalam kereta boleh tersebar?”

            “Itu semua rancangan perempuan sampah tu! Boleh tak HYUNG FAHAM?!”

            BAM!

 

            Pintu bilik dibuka oleh seseorang. “Woi, kau tak payah nak berdalih lagilah! Semua orang dah tahu pasal benda ni! Stop lah weh!” Chanyeol menunding jari ke arah Baekhyun. “Kau diam! Kau tak tahu apa-apa pun pasal benda ni! Baik kau DIAM!”

            “Nak aku diam? Kau sedarlah sikit. Sebab kau, ranting grup kita jatuh! Nak date pun, buatlah kat tempat lain. Sengal!”

            “Kau jaga sikit mulut kau tu! Tak guna punya kawan!”

 

            “DAHLAH GADUH!” Kris menjerit marah. Ayat yang mereka gunakan memang cukup biadap! Entah siapa yang mengajar mereka berdua menggunakan perkataan yang sangat biadap itu.

           

            “Hyung, cakaplah dengan dia ni. Dahlah, malas Chanyeol nak kesah,” Chanyeol berjalan keluar dari bilik tersebut.

            “H-hyung.. tt..tengok tu.. even Chanyeol dah benci dekat Baek. Bukan dia je, fans, Chen...” Baekhyun memeluk Kris erat. Hanya Kris yang sudi mendengar luahan hatinya itu. Dia perlu berjumpa dengan Songi untuk menyelesaikan masalah ini. YA. Dia perlu! Tetapi dia takut. Jika dia berjumpa dengan Songi, benda lain pula yang akan timbul. Baekhyun mengetap bibir.

**

           

            Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan.

 

            Sudah 1 bulan kes itu berlalu tetapi semua orang di dalam rumah itu tidak menghiraukan dia. Hanya Lay dan Kris yang selalu berborak dengannya.

            Di dalam bilik, tiada siapa yang mahu berborak dengannya.

 

            Betullah kata Chanyeol, ranting Moonlight semakin jatuh merudum. Sm Ent memberi cuti selama 2 bulan buat mereka untuk menyelesaikan kes ini.

 

            Sebenarnya, tanpa pengetahuan mereka yang lain, CEO SM ent iaitu Lee Soo Man terkejut dengan kehadiran beberapa orang wartawan dari dispatch untuk berjumpa dengannya. Mereka mengugut untuk menjatuhkan setiap artis yang berada di bawah SM jika beliau tidak bersetuju untuk menyebarkan berita mengenai Baekhyun dan Songi.

            Beliau tahu, Baekhyun dan Songi tidak pernah bercinta. Lee Soo Man tetap bekeras yang dia tidak mahu bersubahat dengan Dispatch tetapi satu tragedy berlaku apabila bangunan SM Ent hampir terbakat dan kumpulan Super Junior mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawa.

            Dengan hati yang berat, Lee Soo Man bersetuju untuk bersubahat kerana ingin menjaga keselamatan artisnya.

 

 

            Baekhyun mengeluh kecil. Dia perlu menelefon Minki kerana mungkin Minki boleh membantunya tetapi dia tidak pasti.

 

**

 

            “Couple 4 bulan okay? Erghh geram I!”

            “Tulah! Asal tak cakap je. Ni dispatch yang kena. Apa barang!”

            “Menyesal aku support dia selama ni,”

            “Menyampah! Gi blah ah Baekhyun!”

 

            Itulah bebelan yang ditangkap oleh Janey mengenai abangnya. Memang rasa sedih hatinya apabila mereka semua mengutuk serta mencaci Baekhyun. Janey menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan fikirannya.

            “Janey.. hey... makanlah..” Danee memujuk Janey yang sedang bersedih itu. Janey menangkat muka, memandang Danee dengan pandangan yang kosong.  “Danee.. kesian Baek.. hmm..”

            “Tahu pun kesian. Cakaplah dengan Chanyeol tu, sudahlah buat Baek macam tu!”

            “But how?!”

            “Kau cakap Baek asyik bagitahu korang yang semua tu tipu kan? Apakata kau cari kebenarannya,” Danee mengetuk dagunya, lagak seperti seorang detektif yang tidak berbayat. Janey memikirkan cadangan itu sebelum memetik jarinya. “Good idea! Nanti aku cakap dengan Sehun dan kai. Maybe, Minki boleh tolong!” kata Janey ceria. Makanan di hadapannya segera dihabiskan sebelum meminta diri untuk mencari Sehun dan Kai.

 

SEMENTARA...

 

            Sehun dan Kai berjalan bersama-sama, menuju ke kafe yang sedang menanti mereka. Di kepala mereka sudah terbayang kepak ayam serta nasi yang panas sedang menari di hadapan mereka.

            “Weh, aku baru beli CD baru. Cerita Spongebob, kau nak join?”

            “Kau ni, macam budak lah Sehun! Tak mahu aku,”

            “Kejam kau.. macam ni layan adik kau? Tak apalah..nanti aku cari orang lain,”

 

            Sehun merajuk. Mulut sudah muncung sedepa tetapi Kai buat tidak endah sahaja. Makanan yang sedang menanti mereka lebih penting dari memujuk Oh Sehun yang manja serta berperangai kebudak-budakkan itu.

            Belum sempat mereka berdua menjejakkan kaki, masuk ke dalam kafe, seseorang menarik mereka berdua dari belakang.

            “Wahh!!!!”

            “AAA!!!” Sehun dan Kai menjerit serentak. Suara bukan main lagi. Kalah Tao!

            “Hahaha.. korang ni, woit, ni akulah, Minki!”

            “Fuhh.. tak guna kau! Nasib tak mati aku kat sini! Asal kau dekat sini ah?”

            “Fuhh ayat kau Kai, jaga sikit eh? Nanti aku bagi kasut baru tahu!”

            Kai menjuling matanya ke atas sebelum memeluk tubuh. Gadis di hadapannya yang berpewatakan tomboy ini sudah dikenali oleh mereka sejak 8 tahun yang lepas disebabkan oleh Chanyeol. Mula-mula jumpa dengan Minki, memang baik je tapi bila lama-lama kenal, fuhh~ kalah jantan! Perangai dia bukan main lagi!

            “Ohh macam ni eh cara kau layan aku Kai. Sehun, aku nak berborak dengan kau jelah,”

            “Bagus jugak! Aku baru beli CD cartoon spongebob baru dengan Card Pokemon! Kau nak main?”

            “Ehh? Bagus jugak tu. Petang ni aku datang rumah kau okay? Chill! Aku nak cakap benda dengan kau nanti,”

            “Alright! Aku tunggu kau. Bye!!”

 

            Sehun melambai tangannya dan Minki membalasnya. Kai mencebik. “Annoyinglah dia tu. Perangai sebijik macam kau. Kebudak-budakkan yang melampau!” “Eleh, kau jeles! Kau suka dia kan?” “Ehh budak ni. Tak ada masa! NO TIME! Dah, jom pergi makan. Karang melayang ayam aku, nangis tak berlagu lah aku nanti,”

 

            Baru sahaja mereka ingin menjejakkan kaki mereka, seseorang menarik mereka berdua semula. Kai rasa hendak laying penumbuk je. GERAMNYA HATI INI!!! Adakah ini balasannya kerana dia menggelakkan Sehun tempoh hari? Sebarlah wahai hati.

            “Oppa, Nampak Minki eonni tak?” Janey menyoal tiba-tiba.

            “Dia baru sahaja berlari ke arah sana seperti berlari anak,” Sehun menjawab dengan menggunakan ayat yang skema. Sehun tersenyum kecil. Bajet cute lah tu.

            Janey berdecit. “Sudahlah korang. Terima kasih!”

 

            “Ni aku nak jejak kafe sekali lagi. Harap dah ada manusia tarik aku dah!” Kai memusingkan badannya tetapi ditarik oleh seseorang. “Arghh! Ap- ohh Prof, apa khabar,” Kai menundukkan kepalanya sedikit sementara Sehun tergelak kecil. Ambek kau Kai!

            “Ohh Kai, kamu mahu ke kafe juga ye? Boleh tak tolong belikan untuk saya? Saya ada hal penting hendak diuruskan,” kata Prof tersebut seraya menghulurkan duit kepada Kai. Kai mengangguk kecil sebelum menunduk semula. Nasiblah jadi pelajar TOP dekat sekolah. Hahhaa.. perasan!

 

 

            Minki tiba di rumah Sehun pada petang itu. “Hai, Minki eh?” Lay menyapa Minki yang sedang terjenguk-jenguk di luar rumah itu.

            “Erkk. Haah!” jawabnya sepatah. Oitt.. cutenya mamat dekat depan ni.

            “Ohh, masuklah! Saya Lay, hyung kepada Sehun. Maaflah kalau dia nakal-nakal dekat U,”

            “Tak adalah. Dia budak baik je. Anyway, besarnya rumah ni. Perghh..” Minki melihat di sekeliling kawasan rumah tersebut sebelum menapak masuk ke dalam rumah. WAH! Lagilah besar! Boleh pengsan dan tersesat kalau dia tidak diiringi oleh Lay ke bilik Sehun.

            “Sehun! Minki dah Sam to the pai! Sampai!” Lay mengetuk pintu bilik Sehun namun tiada sahutan.

            “Yo! Sorry, Sehun dekat ruang tamu tadi. Marilah, layan cartoon sama-sama,” tiba-tiba Sehun menyapa mereka berdua dari belakang. Minki mengetuk kepala Sehun. Kurang asam jawa betullah budak ni.

            Di ruang tamu tingkat atas itu, Minki mendapati Sehun tidak berseorangan. Kai dan Xiumin bersama dengan seorang gadis yang tidak dikenali. Mungkin Janey?

            “Hello, saya Minki!” Minki menyapa mereka semua.

            “Xiumin! The eldest!”

            “Byun Janey! Hello eonni! Duduklah,”

            “Huh. Aku kai..”

            “Aku tahulah kau Kai,”

 

            Selepas mengambil tempat di atas lantai, bersebelahan dengan Janey, Sehun terus memasangan CDnya itu.

            “Hai korang... hyung bawak makanan ni. Tapi jangan sepahkan.” Kyungsoo muncul sambil menatang cupcakes serta jus buah. “Minki, jemputlah makan. Oppa buat sendiri tau!” “Terima kasih,” Minki menganggukkan sedikit kepalanya.

            Mereka semua menikamti cupcakes berperisa hazelnut sambil menonton spongebob.

            Selepas siap menikmati makanan, Minki tiba-tiba bersuara. Terdapat satu benda penting yang perlu dia beritahu kepada mereka semua.

            “Urmm korang... korang tahukan pasal Baek dengan Songi tu?”

            “Tahu, kenapa?” – Xiumin

            “Hmm.. actually, saya ada benda nak beritahu,”

            “Apa? Cakaplah, eonni” – Janey 

            Minki menggigit bibir bawahnya. Dia meramas jari-jemarinya, takut hendak bersuara.  Tetapi terdapat 2 suara yang sedang bercakap dengannya sekarang ini.

Perlu ke kau  bagitahu ni? Tak rasa ke persahabatan kau dengan Songi akan putus?

Bagitahulah Min.. ini untuk kebaikan family diorang. Kau tak mahukan family diorang macam ini?

Biarkan je! Kau kena tolong Songi! Songi kawan kau!

BAGI TAHU MIN!! BAGI TAHU!

Jangan wehh..

 

 

 

            Gadis itu menutup matanya selama 2 saat sebelum membukanya semula. Xiumin, Kai, Sehun dan Janey memandangnya dengan penuh tanda tanya.

            “Bila saya cakap ni, jangan potong tau? Dengar je. Janji?”

            “Urm.. yelah.. janji. Kenapa ni?” Sehun menyoal pelik.

 

 

            “Sebenarnya... pasal Baek dan Songi dating tu tipu je,”

            “HA?! TIPU?!” Kai menjerit terkejut.

            “Kan aku kata jangan potong! Ye, tipu. Ini semua rancangan Songi. Dia memang betul-betul sukakan Baek so dia confesslah perasaan dia dekat Baek tapi Baek tolak. Jadi Songi benganglah sebab cinta dia ditolak and dia pun bercadang untuk melakukan sesuatu. Satu malam tu, dia ajak Baekhyun ikut dia pergi satu tempat. Tempat tu macam dalam gambr yang dispatch reveal tu. Tanpa pengetahuan Baek, ada jurugambar yang sudah diupah oleh Songi untuk mengambil gambar mereka berdua sebelum gambar itu diserahkan kepada Dispatch. Dispatch pun ugut SM Ent a.k.a Lee Soo Man, suapaya dia confirmkan benda ni kalau dia tak nak artis dia diapa-apakan jadi Lee Soo Man terpaksa bersetuju. Baekhyun cuba untuk memberitahu kebenarannya tapi tak ada siapa hendak menderngar luahan hatinya,” Minki menghabiskan ayatnya.

            Mereka yang lain terdiam apabila menderngar kata-kata yang keluar dari mulut Minki. Janey memicit dahi. Tidak sangka Songi sebegitu KEJAM!

            “Betul ke?” tiba-tiba Chanyeol dan Chen muncul entah dari mana dan membuatkan Minki terkejut “Betul ke?!” jerit Chanyeol dengan nada yang marah. Minki mengangguk perlahan.

            Hati Chanyeol terasa bagai dihempap batu bata yang besar. Selama ini dia menyalahkan Baekhyun  tanpa mendengar apa yang Baekhyun cuba hendak memberitahunya itu.

            Cepat-cepat Chanyeol dan Chen berlari keluar dari rumah, menaiki kereta dan terus memecut kereta mereka ke arah dorm mereka.

            Setibanya di dorm tersebut, Chanyeol terus membuka pintu dorm dan mendapati Baekhyun sedang menonton televisyen dengan padangan yang kosong.

            “Ehemm.. Baek...” Chen memanggil Baekhyun perlahan. Lelaki itu tersenyum memandang Chen sebelum matanya beralih semula ke arah kaca televisyen.

            “Baek!! Kitorang minta maaf!” Chen dan Chanyeol memeluk Baekhyun serentak diiring dengan air mata. Baekhyun terkejut kerana mereka berdua secara tiba-tiba memeluknya.

            “Kitorang selama ni buat salah dekat kau. Tak sangka itu semua rancangan perempuan jahanam gila tu. Sorry eh Baek? Kau tak marahkan akukan? Sorry,” Chanyeol menggoncang bahu Baekhyun dengan kuat.

            “Aku pun! Maafkan aku!!” Chen memegang kedua-dua belah pipi Baekhyun. Lelaki itu terdiam sebelum mengangguk kecil walaupun dia tidak faham apa yang sedang berlaku. “SAYANG KAU!” mereka berdua berkata serentak.

            “Jap.. apa ni?” Baekhyun menyoal pelik. Chanyeol menceritakan apa yang berlaku tadi. “Kan aku dah cakap..” dia berkata lemah.  “Aku tak pernah couple dengan dia...” sambung Baekhyun lagi. Dua orang rakannya terdiam.

            “Uhh.. ha! Aku tahu nak buat apa!” Chanyeol menepuk tangannya.

 

**

 

            Janey membuka telefon bimbitnya dan mendapati ada satu news yang agak mengejutkan dia. ALLKPOP?! Biar betik?!

 

SONGI AND BAEKHYUN ALREADY BROKE UP!

 

SM Entertaiment have confirmed about Baekhyun and Songi dating issues last month but last day, SMent already confirmed they already broke up more than 1 month already.

Is this because of haters? Or they already not love eachs other?

Baekhyun said it his Instagram ; “We already broke up.”

And Songi commented on Baekhyun’s Picture with a surprised  comment. “I still love you..”

What is this? What you guys think? They really broke up or its a trolling thing?

 

 

Merine99 Posted September 8, 2022 @ 3:42 pm

WOW! Im so happy because they already break up! Hate me, loser!

                Kisha Posted September 8, 2022 @ 4:42 pm

          Haha I never think they a real couple! Allkpop be a loser!

          BaekNgiwhat Posted September 8, 2022 @ 4:50 pm

          Im happy too

 

Pink-blue September 8, 2022 @ 5:32 pm

WAIT!! WHO DA HELL IS SONGI!?

 

BlurCherriy  September 8, 2022 @ 5:42 pm

HAHAHA My stomach hurt

 

Tabletlover September 8, 2022 @ 6:52 pm

I ship them =’(

 

          BeMine September 8, 2022 @ 6:54 pm

          Get A life Shipper!!!

 

 

            Itulah antara komen-komen yang dibaca oleh Janey. Dahinya berkerut. Macam mana diorang boleh broke up ni? Apa yang terjadi? Apa yang Chanyeol dan Chen oppa dah buat ni?

            Telefonnya diletakkan semula di atas katil. Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka kasar. “Woit! Ketuk pintulah!” marah Janey.

            Belum sempat Janey memandang lelaki tersebut, mulutnya ditekup secara tiba-tiba, lalu dia rebah.

 

**

 

            “Janey...”

            “Bangun Janey..”

 

            Gadis itu terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya. Dia membuka matanya dan terkejut kerana dia mendapati yang tangan serta kakinya diikat kemas. Janey memandang sekeliling dan mendapati oppa-oppanya juga berada bersamanya. Kaki dan tangan mereka juga diikat.

            “Fuh.. bangun pun Janey..” Chanyeol yang berada di sebelahnya tersenyum memandangnya. “Op-oppa... kenapa kita diikat dekat sini? Kenapa ruang tamu ni penuh dengan cecair?” Janey menyoal takut. Bau cecair itu seperti minyak!

            “Shh.. ada orang datang,”

 

            Pintu utama rumah dibuka oleh seorang wanita yang mengikat rambutnya seperti ekor kuda yang diikuti oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa.. Wanita itu menapak masuk ke dalam rumah dan berjalan ke arah mereka yang sedang diikat itu. Wanita itu tersenyum memandang mereka semua.  “Cantiknya pemandangan inikan?” wanita itu tersenyum sinis. Hampir tersembul biji mata mereka apabila mereka mendapati wanita itu adalah SONGI!

            “Songi! Kau?! Kau gila ke?!” Baekhyun menjerit tidak percaya. Songi menjelingnya. “Ya! Aku gila sebab KAU! Aku sayang kau tapi kau sanggup buat aku macam ni!” Songi menjerit ssambil jari telunjuknya dituju ke arah Baekhyun.

            “Tapi tak apa.. disebabkan aku sayang kau, aku tak akan biarkan kau mati...” Songi berjalan mendekati Baekhyun dan duduk di sebelahnya. Pipi Baekhyun digosok lembut dengan pandangan mata yang sayu.  Mereka yang meneguk air liur. MATI? Apa maksud dia?

            “Crazy! This is crazy!”

            Kris separuh berbisik. Entah bagaimanalh dia boleh dibawa ke sini sedangkan dia berada di ofis tadi. Yang dia ingat, seseorang menyerangnya dari belakang ketika dia hendak ke tandas. Kurang asam! Nasib baik aku tak terkencing dalam seluar!

            “Songi.. please.. jangan macam ni?” Baekhyun cuba memujuk Songi yang boleh dikatakan sudah tidak waras dari pandangan Baekhyun. “Saya tak macam ni. Songi cinatkan Baekhyun!” Songi memuncungkan bibirnya. “Baek pun sama,” kata Baekhyun.

            “TIPU! JANGAN NAK TIPU! NI SEMUA RANCANGAN BAEK SUPAYA BAEK BOLEH LARI KAN?!”   Songi dapat meneka rancangan Baekhyun itu. Dia bangun dari duduknya dan terus berjalan ke arah dua orang lelaki yang berbadan sasa itu.

            “Bakar rumah ni. Bye guys.. see you in Hell!” Songi tergelak sinis sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut.

            Dua orang lelaki itu mengangguk tanda mereka akan melakukan kerja kotor tersebut. Salah seorang dari mereka menyalakan mancis lalu dilemparkan ke arah sofa berdekat dengan Xiumin. Xiumin terkejut kerana api tersebut begitu hampir dengannya.

            Setelah selesai melakukan kerja tersebut, mereka berdua meninggalkan mereka yang lain.

            “TOLONG! Jangan buat kami macam ni!” Tao menangis semahunya. Xiumin cepat-cepat melompat turun dari sofa tersebut. Sofa tersebut disambar api lalu merebak ke langsir pula.

            “Hyung, bukak ikatan Yeol. Nanti Yeol bukak yang hyung pulak,” Chanyeol meminta tolong Luhan yang sedang menangis itu. Luhan cuba untuk membuka ikatan tersebut tetapi tidak boleh. Ikatannya terlampau kemas. “Kyungsoo, cuba pergi dapur am-“ Suho tidak mampu menyambung ayatnya apabila dia mendapati dapur tersebut juga terbakar disambar api yang marak. Mungkin dua orang lelaki jahanam itu baru sahaj membakar dapur itu tadi.

            Panas. Itu sahaja yang mereka boleh ungkapkan. Mereka asyik terbatuk-batuk. Mereka berharap agar jiran-jiran mereka selamatkan mereka tetapi itu mustahil! Rumah mereka terletak di hujung jalan, jauh dari rumah yang lain.

            Tiba-tiba, pintu rumah mereka ditendang kuat. Mereka tidak mampu melihat siapakah gerangan itu kerana asap yang tebal.

            “Korang! Uhuk.. korang tak apa-apa?” suara itu... itu suara Minki! Gadis tomboy itu cepat-cepat membuka ikatan Sehun dan Kai selepas itu mereka bertiga membuka ikatan tangan dan kaki mereka yang lain.

            Selepas selesai membuka ikatan tersebut, 13 orang manusia yang berada di dalam rumah itu segera berlari keluar dari rumah yang hampir terbakar itu.

            “Rumah kita...” Suho memandang rumahnya yang boleh dikatakan 40% darinya sudah hangus terbakar. “Dah terbakar...” Lay berkata sayu. Dia menangis teresak-esak. Rumah yang mereka duduki lebih dari 20 tahun ini akhirnya musnah disambar api dan juga disebabkan oleh wanita yang kejam!

            Ahli bomba sampai selepas 20 minit. Minki menghubungi bomba sebelum dia menyelamatkan mereka.

            Api yang marak itu tidak mampu dikawal disebabkan oleh angin yang sedikit kencang itu.

            Hampir 30 minit jugalah, baru api tersebut dapat dikawal. Jiran-jiran yang lain datang untuk melihat apa yang berlaku.

            “Maafkan kami tapi.. rumah ini sudah hangus hampir 90%” kata salah seorang dari anggota bomba tersebut kepada Suho. Suho tersenyum lalu mengangguk. “Kamu semua..dah melakukan kerja yang baik..” “Encik, taka pa-apa?” “Ohh ye.. saya okay,thanks” Suho tersenyum lagi.

            “Habis semua barang kita!”  Kai menjerit. Rumah yang sudah hangus itu dipandang dengan penuh kesedihan.

            “Tak apalah, Kai. Kita boleh bina rumah baru semula,” Kris memeluk Kai. “Tapi tak sama hyung,” rintih Kai. Dia tidak menyangka kejadian yang buruk ini akan berlaku dalam hidupnya.

            “Korang.. aku minta maaf.. sebab akulah rumah kita jadi macam ni,” Baekhyun memohon maaf. Dia rasa serbasalah.

 

            “Maafkan saya kalau saya menganggu. Tapi kami rasa baiklah kamu semua masuk ke tempat tersebut kalau-kalau ada lagi barang yang masih boleh digunakan,” seorang ahli bomba menunjukkan ke arah tempat kejadian. Yang lain mengangguk kecil.

            Setelah ahli bomba mendapati kawasan tersebut sudah selamat dan sejuk. Mereka membernarkan 13 orang itu masuk ke dalam.

            “Semua musnah...” rintih Kai. Serpihan-serpihan bumbung rumah disepak ketepi.

            “Tak sangka! Album ni still wujud lagi!” Luhan memeluk album Pink Blossom tersebut. Photocard Chorong juga masih selamat.

            “Janey punya musnah kesemuanya,”

            “Bahan masakan!! Semua dah tak ada! Uwaaaa” – Kyungsoo

            “Nasib baiklah Document penting kita, aku letak dekat ofis,” – Suho

           

 

            Mereka mencari barang-barang yang masih elok sambil bercakap dengan diri sendiri. Sesungguhnya, pengalaman ini tidak akan mereka lupakan.

 

**

 

            Songi ditahan seminggu selepas kejadian itu dan kes ini menggemparkan seluruh industri  Korea terutama sekali grup Blue Cloud.

            Di makhamah, dia kata ketika itu dia kurang waras ketika melakukan kegiatan jenayah tersebut tetapi apabila diperiksa, tidak, Songi masih waras ketika itu. Pihak hakim menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun serta membayar mereka sebanyak

(A/N ; okay, sejujurnya ayat yg dekat atas ni lawak gila XD jangan gelak plz?  xDD)

 

            Minki pula masih lagi menjadi back up dancer di SMent.

            Kes mengenai Baekhyun dan Songi hilang sedikit demi sedikit. Peminat juga sudah tahu perkara yang berlaku di sebalik kejadian scandal mereka itu. Peminat juga terkejut apabila mereka mendapati rumah grup Moonlight terbakar disebabkan oleh Songi.

            Di Universiti pula, mahasiswa dan mahasiswi tidak henti-henti menyoal Sehun, Kai dan Janey apabila mereka tahu yang mereka bertiga tu ada hubungn dengan grup paling meletop itu. (A/N ; woiiitt apakah yang aku merepek ni TT^TT)

 

**

 

            Janey memerhati serpihan-serpihan rumahnya yang boleh dikatan sudah sebulan serpihan itu tidak dibersihkan. Bukan tidak dibersihkan, tetapi dalam proses lagi. Ada juga jutawan-jutawan yang ingin membeli tanah itu tetapi Suho tidak mahu menjualnya. Katanya, pelabagai memori yang tercatat di dalam rumah itu.

            Bergaduh, bergelak ketawa, menangis, menjerit

 

            “JANEY! Cepatlah! Tinggal karang. Nanti pandai-pandailah lari pergi Busan!” Baekhyun menjerit memanggil Janey yang sedang leka itu. Suho bercadang untuk berpindah ke Busan untuk membina kehidupan yang baru di sana. Chanyeol, Chen dan Baekhyun tidak kisah walaupun jarak di antara Busan dan Gangnam sangatlah jauh,.

            “Ehh!! Jangan! Kejap Janey datang!” cepat-cepat Janey berlari ke arah Baekhyun yang sudah berada di dalam kereta itu.

            “Semua dah ada? Oitt kata sebelah tu, semua ada dah?” Suho memanggil Kris dan Lay yang berada di tempat duduk pemandu. Mereka berdua mengangguk tanda mereka yang lain sudah berada di dalam kereta. “Okay jom! Busan!! Kami datang!!” Suho menjerit.

 


 

 

COMPLETE!!! ^~^ Yehet! Anw guys, 5Oct is my birthday!! Haha just wanna tell you guys. kkk.. kalau nak contact saya, bolehlah kat twitter @940412__sh okayp? ^^ and tq sbb baca /syg korang\ maaf kalau dalam cerita ni, ada bahasa yang kurang menyenangkan dan membosankan. tp berharap sgt korang suka cerita ni haha. BYE GUYS! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_MinAh
#1
Chapter 1: Oh! Saeng Il CheuKaHamNiDa...
Park_MinAh
#2
Stop. Playing. With. My. Heart.
vixx1004 #3
Chapter 5: LOVE THE STORY
DEABAK
farahwahidah00 #4
Chapter 10: Wahhh daebakk!! Omo ma lay are soo cuteee ! Happy belated birthday !
allya_safia #5
Chapter 10: Best gilaaaa!!Dae to the Bak!
Kuangsu
#6
Chapter 10: Arghhh!! Nak jerit bila baca story ni .. DAEBAK !!
chanhuxoxo #7
Chapter 10: Daebak!!!!!!
AQFXQX
#8
Chapter 10: Cite nie wat saya tersenyum sbb happyending walaupun songI tu gile!
I lebiu u Janey!<~~ aik! Selit je..
Watla Sequel! BTW Saengil Chukhae!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 10: Sequel juseyo!!!!!