Jealous The Making

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

[Nayeon's POV]

Aku pandang koleksi pakaian yang berada dekat hadapan aku tanpa rasa minat. Aku tak ada mood nak shopping bila fikir tentang nak jumpa keluarga Chanyeol. Aku bukannya apa, aku belum bersedia lagi. Walaupun aku tak pernah berjumpa dengan omma Chanyeol, dari cerita yang Chanyeol selalu bagitahu aku, omma dia sangat tegas, angkuh, mementingkankan kekayaan dan dia jarang bergaul dengan orang kebanyakan. Aku pelik juga kenapa omma dia beria-ria nak berjumpa dengan aku. Mesti ada something.

"Nayeon-ah." Panggil Chanyeol. Muka dia nampak bosan."Dah dekat 30 minit kita kat sini, awak belum jumpa baju yang sesuai lagi ke? Nak tengok tempat lain?"

"Ermm..."Aku hanya termenung.

Chanyeol menghelah nafas."Awak risau?"

Aku buat dek jer dengan soalan Chanyeol. Kemudian Chanyeol memegang kedua-dua bahu aku."Okaylah, saya faham awak belum ready lagi nak jumpa family saya. Saya tak paksa awak. Saya bagi awak waktu sehingga awak betul-betul dah ready ,okay?"

Aku merenung lama wajah Chanyeol sebelum menjawab."Mian susahkan awak. So macam mana awak nak terangkan pada omma awak nanti?"

"Saya tahulah nak buat apa. Awak tak payah risau."

"Okay, saya janji akan berjumpa dengan omma awak bila saya dah betul-betul bersedia. Thanks Chanyeol."

"Alright."

Aku tersenyum lega. Akhirnya~


[Baekhyun's POV]

Aku nak kutuk diri aku bodoh, rasa tak patut pulak. Tapi aku rasa aku memang bodoh pun. Nak curi hati Nayeon konon! Aku ikut juga cadangan Suho walaupun aku tahu idea dia tak boleh pakai.

Suho dah aturkan aku dengan adik sepupu dia. Walaweh! Cantik juga adik sepupu dia. Tak tahu pula aku dia ada sepupu secomel tu. Eh, kembali ke cerita tadi, actually aku rasa plan Suho ni untuk orang yang saling cinta-mencintai jer. Yelah, macam mana Nayeon nak cemburu kalau dia memang tak cintakan aku. Hmmm...

"Oppa!" Panggil Yoobi yang baru keluar dari tandas perempuan di sebuah shopping mall. Pakaian Yoobi dah tukar pakaian kasual. Tadi dia pakai baju seragam sekolah.

Aku memerhatikan Yoobi yang dah mengenakan sedikit make-up. Aku tersengih-sengih. Okay, aku mengaku, Yoobi memang comel. Sila tampar muka sendiri.

"Oppa? Kenapa oppa pandang saya macam tu?" Yoobi mendekatkan mukanya ke arah aku. Aku tersentak dan hampir terkeluar suara sumbang sebab muka Yoobi sangat di dekat depan muka aku. Yoobi mengerlip-ngerlipkan matanya.

"Eh, awak dah ready ke?"

Yoobi memegang skirtnya kemudian berpusing ala-ala princess. "Dah!" Ujar Yoobi teruja. 

"Okay, jom. Make sure awak tak buat silap, okay?"

"Okay!"


Aku terpandang Nayeon keluar dari sebuah butik pakaian bersama Chanyeol. Satu pendek satu tinggi. Huh! Ngam sangatlah tu. Aku memutarkan mata aku ke atas dengan jengkel. Mereka nampak mesra sangat sampai nak terbeliak biji mata aku bila Chanyeol bertindak merangkul pinggang Nayeon.

Aku rasa hulu hati aku ni, macam kena tikam-tikam guna pisau. Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam ni sebab sebelum kitorang berkahwin, aku memang selalu juga tengok Nayeon buat skinship dengan Chanyeol tapi tak pula aku rasa sakit macam sekarang.

"Oppa, yang tu ke?" Soal Yoobi sambil memandang Chanyeol dan Nayeon dari jauh.

"A' ah.." Jawab aku perlahan. 

"Erm, handsome!"

"Handsome?" Aku kerut kening. Adakah patut dia kata bini aku handsome.

"Lelaki yang bersama unnie tu, handsome!" Yoobi memandang Chanyeol penuh minat."Ohhh, sekarang baru saya faham. Patutlah unnie tak nak break dengan boyfriend dia sebab boyfriend dia handsome, kaya pula tu. Kalau saya jadi unnie pun, saya tak akan lepaskan lelaki tu."

"Aik? Pulak? Sampai hati Yoobi cakap macam tu..." Bukannya dia nak jaga perasaan aku. Sedihnya aku. Aku tahulah aku tak handsome jika nak dibandingkan dengan Chanyeol. Tapi manisnya tu ada~

Aku memandang Nayeon dan Chanyeol yang memasuki sebuah cafe. Bahagianya Nayeon... Dari tadi Nayeon asyik senyum jer.

"Jom! Kita mulakan plan Suho oppa." Spontan Yoobi memeluk lengan aku dan dia tarik menuju ke cafe tersebut. 

Aku terkejut. Aku belum ready lagi. Ergg!


Sebaik sahaja melangkah masuk, mata aku bertemu dengan mata Nayeon. Nayeon agak terperanja tapi dia kawal. Dia pandang aku dan Yoobi silih berganti. Aku pula menjadi kaku dengan muka blur. Nasib baik Yoobi memeluk lengan aku membuatkan aku tersedar.

"Oppa~ kita duduk couple sit, okay?"

Alahai~ Suara Yoobi sangat manja. Nayeon pun pandang semacam jer bila Yoobi mengeratkan pelukan dia kat lengan aku. Tanpa berlengah, aku turut memulakan lakonan aku walaupun aku agak kekok macam robot.

"Wah, Nayeon-ah~ tak sangka dapat jumpa kau kat sini. " Aku menyapa mesra ke arah Nayeon sambil tersenyum sampai ke telinga. Nayeon hampir tersedak bila aku tegur dia. Muka dia kata -apasal-kau-tegur-aku-nak-mampus-ke!

Aku tersengih-sengih. Padahal dalam hati Tuhan aje yang tahu.

"Kawan awak?" Soal Chanyeol ke arah Nayeon. Nayeon menggeleng kemudian mengangguk dengan bingung.

Aku terus potong."Aku sepupu dia." 

"Ouh, hai... Aku Chanyeol. Teman lelaki dia." Chanyeol menghulurkan tangannya untuk berjabat. "Rasanya macam kenal. Pelajar Dongguk kan?" 

Aku Baekhyun, suami dia. Nak aje aku cakap dekat Chanyeol macam tu. Aku pura-pura senyum. "Aku Baekhyun. Yup, aku pelajar Dongguk. Ouh ya, ni girlfriend aku, Lee Yoobi." Aku sengaja dorong Yoobi ke depan sikit.

"Hai!" Yoobi melambai-lambai ke arah Chanyeol sambil tersenyum gugup. Dekat Chanyeol aje? 

"Kau tak pernah bagitau pun yang kau selama ni ada girlfriend? Dasar sepupu tak nak share rahsia langsung!" Nayeon tergelak. Berlagak seperti pura-pura sedang menyakat aku.

Aku hanya mengangkat bahu sambil tersengih. "Kau tak pernah tanya, so aku tak bagitahu lah~"

"Hai, saya Nayeon." Nayeon menghulurkan tangannya ke arah Yoobi dengan senyum mesra, menampakkan gigi tikus dia yang comel tu. Dia nampak tenang jer. Ni tak boleh jadi, aku kena buat dia cemburu.

"Eh, kitorang ambil tempat dulu. SAYANG jom~" Aku sengaja menekankan perkataan sayang sambil merangkul pinggang Yoobi. Yoobi berpura-pura ketawa.

"Eh, duduk sini pun boleh, kan SAYANG?" 

Aku berhenti melangkah sebaik sahaja Nayeon pelawa kami duduk semeja. Aik? Macam tak menjadi jer plan Jealous The Making ni. Nayeon sendiri yang suruh kami duduk semeja. 


Sepanjang kami berada kat cafe tu, Yoobi memang menjalankan tugas dia daebak sekali! Lakonan dia mengalahkan actress hollywood. Sampai aku naik rimas sebab Yoobi terlebih manja. Dia sentuh aku sana sini. Aku layan jer~ Aku curi-curi pandang Nayeon, muka dia sentiasa cool. 

"Korang dah berapa lama in relationship?"
"Macam mana korang boleh berjumpa?"
"Baekhyun memang annoying, kan?"
"Awak rasa Baekhyun okay tak ?"
"Umur awak berapa?"
"Awak pelajar mana?"

Hah, tu antara soalan Nayeon ke arah Yoobi. Nasib baik Yoobi pandai cover, semua soalan dia dapat jawab. Nak kata Nayeon cemburu, aku tak pasti pula sebab dia langsung tak menunjukkan muka dia sedang cemburu.

Plan nak buat Nayeon cemburu memang Failed! Sebabnya? Sebabnya bukan Nayeon yang cemburu tapi aku pula yg cemburu tengok diorang bersweet depan aku. Mata aku dah berapi-api tapi aku cuba berlagak tenang sehinggalah satu tahap tu, aku memang dah tak tahan bila tengok Chanyeol mengesat bibir Nayeon yang ada kesan buih. Aku terus bawa Yoobi pindah meja sebelah. Yoobi pun satu, dah menyamar jadi girlfriend aku, tak payahlah nak gatal-gatal usha si Chanyeol. Aduh!


"Cara kedua memang comfirm dia fall in love dekat kau." Suho menoleh ke arah aku dengan pandangan misteri.

Aku pandang muka Suho tanpa perasaan."Apa dia?"

"Dari Mata ke Hati."

"Dari Mata? Ke Hati?" Aku kerut kening. Lain macam jer bunyinya.

Mata. Mata-lah-sangat. Macam-macam taktik aku guna bila pandang Nayeon. Setiap kali Nayeon berada di hadapan aku, aku pandang dia bagai nak rak. Bila Nayeon pandang aku semula, aku still renung dia tajam-tajam, kasih anak panah cinta dari mata tembus dekat hati. Fuyoo!

Bila Nayeon keluar bilik mandi, aku tetap pandang dia. Dah macam pembunuh bersiri pula aku rasa. Dia memang menggelabah habis sampaikan dia dah tak lagi tukar baju dekat dalam bilik tidur. Dia terus pakai baju dekat dalam bilik mandi. Sah! Mesti dia ibgat aku ni dah kemaruk sangat nak goda dia.

Masa kami nak tidur, aku mengiring menghadap Nayeon sambil merenung anak mata dia sampai menusuk ke Qholbu gitu~

"Kau renung aku sampai macam tu sekali, apasal? Nak buat perangai? Ish, rimaslah orang. Dah, pergi tidur!" Nayeon tarik selimut sampai dagu dan membelakangi aku. Okay, cadangan Dari Mata ke Hati memang kena tolak 100%. Nayeon dah anggap aku lelaki psiko sebab asyik renung mata dia.


"Cadangan ketiga, jeng..jeng..jeng.." Suho tersenyum kambing. Keningnya diangkat-angkat.

"Rancangan kau semua tak boleh pakai. Buat malu aku jer. Aku tak nak lagi buat plan kau yang mengarut ni. Dari mata ke hati konon." Aku memeluk tubuh dengan masam mencuka. Aku malu tahu tak dekat Nayeon! Nampak sangat aku terdesak semalam.

"Rilek brader, brader rilek. Bro, trust me bro." Dengan yakinnya Suho mendabik dada. "Alaa..ni yang terakhir punya. Aku janji. Kalau tak menjadi juga, tak tahulah nak cakap apa." Pujuk Suho.

Aku menggeleng. "Aku give up!"

"Chillex lah. Cara ketiga kau kena buat juga. Orang tua-tua kata, buat kerja jangan alang-alang."

"Orang tua siapa yang kata?"

Suho terdiam. Muka dia nampak bingung." A'ah lah, orang tua siapa yang kata eh? Jap, aku fikir."

Aku menepuk dahi. Bengong! "Erm.."Baiklah, apa rancangan yang kau cakapkan tu?"

"Missed Call."


"Yoboseyo?" Hah, ada apa kau call aku?"

"Err..takde apa-apa." Aku matikan talian.

Aku termangu sendirian di perpustakaan sambil memandang buku-buku yang bertimbun di hadapan aku. Sebenarnya, hampir setiap hari aku call Nayeon bila aku tak ada kelas masa tu. Konon-kononya nak buat Nayeon terbiasa dengan panggilan telefon aku. So, bila aku dah tak call dia lagi, comfirm dia akan rasa sesuatu yg 'missing'. Entah, sejauh mana keberhasilan dia, aku pun tak tahu. 

"Hello, Baekhyun-ah.."

"Err...hmm..." Okay, aku speechless. Niat aku cuma nak call dia gitu-gitu jer.

"Neh~ Cakaplah apa yg kau nak bagitau."

"Urm..." Panggilan dimatikan. Itu hari kedua. Hari ketiga?

"Nayeon-ah.."

"Neh, Baekhyun. Ada apa?" Suara Nayeon kedengaran sedikit marah.

"Err..."

"Aish, jinja! Yah! Kalau kau tak nak cakap apa-apa, tak payahlah call aku. Orang sibuklah! Kau dah takde kerja lain ke? Asyik nak ganggu orang aje." Dush! Malu sebijik. Sumpah! Aku tak nak buat lagi kerja setengah tiang tu. Buat malu aku jer. Itu paling last aku kacau dia. Lepas tu, aku dah tak call dia lagi


"Aku rasa macam tak berjaya jer rancangan kau." Aku pandang Suho dengan muka kurang bermaya. Aku lempar telefon aku tepi katil dan terus merebahkan badan aku sambil pandang kipas yang berpusing-pusing kat atas syiling. Ingatkan Nayeon nak call aku sebab rindu, tapi satu panggilan pun tak masuk. Rancangan ni memang  tak boleh pakai! Cara kuno! Yang peliknya, nak juga aku ikut rancangan Suho.

Suho pandang aku dengan simpati. "Nak buat macam mana. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Mungkin Nayeon memang tak cintakan kau kot."

"Yelah kot." Aku tahan sebak. Nayeon...Nayeon...

"Eh, lupa nak bagitau. Hari ni Yoobi buat parti untuk birthday dia. Dia jemput kau sekali."

"Kau jerlah yg pergi. Aku malaslah. Sekarang ni aku cuma nak tidur puas-puas. Cakap kat dia yang aku wish Happy Birthday. Nanti aku bagi dia hadiah."

"Ek eleh dia ni, dulu bila break dengan T*****n, tak pulak kau frust menonggeng macam ni sekali."

Aku renung tajam mata Suho. Apasal dia pergi sebut nama tu. Aku dah lama buang jauh-jauh nama perempuan tu dalam hidup aku. 

"Okaylah, jom." Dengan malas, aku bangun dari katil. Yoobi punya pasal, terpaksalah aku pergi. Lagi pun dah lama aku tak jumpa dia.


 [Nayeon's POV]

"A'ah!" Amber menjerit. Terkejut beruk aku dibuatnya.

"Apa kata kita makan free kat hotel uncle aku." Amber nampak teruja."Nak tak?"

"Hotel tu uncle kau punya ke?"

"A ah, uncle aku punya. Aku memang selalu makan free kat situ. Makanan dia, pegghh! Sedap woo.." Amber tunjuk 'thumb up'

"Macam best?" 

"Kan? Nanti aku call uncle aku supaya kita dapat makan free. Kaja!"

"Okay, aku on jer."

Masa kat dalam kereta, aku asyik pandang skrin telefon aku. Tak ada panggilan masuk. Hampa. 


"Nayeon. Yah! Im Nayeon!" Seru Amber. Aku masih terpaku di pintu lif. Dari jauh aku pandang Baekhyun dan Yoobi sedang masuk ke dalam lif hotel.

"Dah lah tu..jom balik. Tak selera pula aku nak makan."Pujuk Amber sambil menepuk bahu aku.

Lama aku terdiam. Aku macam tak percaya apa yang aku nampak. Baekhyun dan Yoobi sedang bergandingan tangan memasuki lif hotel. Nak kata aku sedih, tak juga. Nak kata aku marah, tak juga. Tapi kenapa aku rasa sangat sakit kat dada aku? Hati aku bagai ditikam-tikam. Pedih.

Tapi bila difikir-fikir balik, aku tak ada hak nak halang dia berhubungan dengan perempuan lain sebab aku sendiri berhubungan dengan lelaki lain. Dan selama ni Baekhyun sangat memahami situasi aku. Tapi dia..kenapa mesti kat hotel?

"Nayeon jom balik." Amber tarik tangan aku memasuki lif. Lepas tu aku dah tak sedar apa yang berlaku sebab aku asyik mengelamun. Fikiran aku jauh melayang.


[Amber's POV]

"Kau jealous?" Aku memandang Nayeon yang sedang masam mencuka. Lagi masam dari asam jawa, asam keping dan yang sewaktu dengannya.

"Kau jealous eh?" Tanyaku sekali lagi kemudian ketawa berdekah-dekah. Aduihhh, lawak!

"Fine! Fine! Gelaklah, gelak, gelak sampai puas!"

Aku menutup mulut menahan ketawa. "Mianhae, mianhae."

Aigoo! Reti pula dia jealous. Dulu riak sangat. Konon dia tak akan jatuh cinta pada Baekhyun. Aku ingat lagi 'prinsip' minah ni. 'Suka' & 'Cinta' adalah dua perkataan berbeza. Berbeza-lah-sangat. Sekarang apa jadi? Lu rasa lah sendiri. Sekali pandang muka Nayeon rasa nak gelak. Dua kali pandang, kesian pula aku tengok dia.

"Alaaa..rilekslah.."

"Rileks taik kucing!"

Aku hampir tergelak." Ni yang kau badmood, apasal? Ke kau dah tangkap cintan dengan Baekhyun?"

Nayeon renung tajam mata aku." Bila masa aku cintakan Baekhyun? Aku cuma tak dapat terima kenyataan yang dia masuk hotel dengan perempuan lain. Walau apa pun, dia suami aku." Nayeon terus merebahkan badannya di atas katil dengan kasar kemudian menekup mukanya menggunakan bantal.

"Ek eleh, tak nak mengaku lah tu. Kalau dah sayang, cakap jerlah. Lagi satu, Baekhyun cuma masuk 'lif' hotel jer kan? Bukannya 'bilik' hotel."


[Nayeon's POV]

"Patutlah Baekhyun berperangai pelik semenjak beberapa minggu yang lepas. Rupanya ada udang disebalik maggi.."

"Perangai pelik macam mana?" Soal Amber penuh minat." Cer cite, cer cite."

Aku pun ceritalah semua perkara kat Amber. Tak ada satu pun yang tinggal. Amber pula sikit-sikit ketawa. Lucu ke? Nak minta penumbuk kot?

Aku teringat semula bila first time Baekhyun perkenalkan girlfriend dia dekat aku. Luluh jantung aku, tau tak? Aku tak tahu pula dia ada girlfriend selama ni. Dahlah awek dia lebih cantik dari aku, muda pula tu. Bila aku nampak Yoobi sedang bergandingan tangan dengan Baekhyun memasuki cafe, aku terkejut bagai nak rak. Diorang nampak mesra sangat sampai aku tak sanggup nak tengok. Ego punya pasal, aku pura-pura nampak tenang. Malah aku buat skinship dengan Chanyeol, nak bagi Baekhyun sakit hati.

Balik rumah, aku soal Baekhyun bertubi-tubi sampai dia tak tahu nak jawab apa. Aku sengaja sindir-sindir makwe dia nak bagi dia panas. Baekhyun bukannya tak nampak yang Yoobi asyik pandang Chanyeol lain macam. Lepas tu senyum-senyum macam kucing miang.

Tak lama lepas tu, Baekhyun mula buat perangai pelik. Baekhyun pandang aku macam tak pernah jumpa aku 1000 tahun. Aku tahulah aku comel, tak payah lah nak tengok aku macam tu sekali. Masa nak tidur, jantung aku ni macam nak meletup. Dah tak terkawal sebab nervous punya pasal. Baekhyun renung mata aku dalam-dalam dengan pandangan tajam. Aku telan air liur babe. Hati aku dah tak keruan. Peluh mengalir kat dahi aku. Yang peliknya, tak pula dia sentuh aku. Tu yang buat aku bertambah nervous tu. 

Hari yang seterusnya, entah mengapa, entah kenapa, Baekhyun tiba-tiba call aku. Hari-hari pulak tu. Bila aku jawab, tak pula dia nak cakap. Tu yang buat aku bertambah terseksa sebab dia tak bagitau perkara sebenar. Bila kat rumah, aku tanya dia sebab call aku, dia buat dek jer. Pernah satu kali, belum sempat aku nak cakap, Baekhyun dah matikan talian. Geez, kempunan aku nak dengar suara dia.

Bila aku hilang sabar, aku jerit kat Baekhyun. Terus dia tak call aku lagi. Dia tak tahu, punyalah aku menderita pandang telefon aku berkali-kali sebab nak tunggu dia call. Berjanggut aku tunggu. Hampe!

"Nak mengayat separuh jalan lah tu. tak profesional langsung." Keluh Amber.

"Tak kuasa dia nak mengayat aku."

"Kau apa tahu?"

"Bukannya dia cintakan aku pun. Buat apa dia nak mengayat aku."

"Nayeon...Nayeon..." Amber geleng kepala." Sedangkan aku tahu cara dia pandang kau macam mana, takkan kau tak sedar-sedar lagi?"

"Malaslah nak dengar." Aku cuba menidakkan kata-kata Amber.

"Kau nak tahu tak? Aku rasa ada somethinglah." Amber ambil tempat duduk sebelah aku kat atas katil dia."Aku rasa dia sengaja nak bagi kau jealous."

"Tak ada maknanya."

Bpap!

Amber memukul kepala aku guna bantal peluk dia. Kuang ajaq..Sakit tahu!

"Kau dengarlah dulu apa aku nak cakap. Kalau betul dia nak bagi kau jealous, maknanya dia memang ada hati dengan kau."

Aku cuba mencerna kata-kata Amber. Aku rasa aku bodoh sebab lambat sangat tangkap maksud disebalik ayat dia.

"Hmm, apa kata kita kenakan Baekhyun? Macam?" Amber angkat-angkat kening. Aku pandang dia dengan muka blur.

"Maksud?"

"Kau kena balas atas semua yang dia dah buat dekat kau. Termasuk yang tadi."

"So apa faedah dia dekat aku?"

"Alaa, dengar aku cakap ni. Aku ada plan yang superb ni."

"Macam mana?"

"Kau menghilang dua hari dari rumah. Bagitau Baekhyun yang kau tidur kat rumah aku. Kalau memang dia cintakan kau, mesti dia akan rasa kehilangan. Baru padan muka dia." Amber tersenyum sinis.

"Tak nak lah, comfirm dia buat dek jer nanti. Lagi pun apa yang kau cuba buktikan? Bukti yang Baekhyun cintakan aku?"

"Yah!" Amber mengetuk kepalanya sendiri dengan geram. Geram sangat dia dekat aku. "Aku janji, mesti best punya! Okay fine, kita buat ni cuma untuk suka-suka."

Fikir-fikir punya, aku memang nak kenakan Baekhyun pun. Aku nak sakitkan hati dia macam mana dia sakitkan hati aku. Dan aku sensiri tak tahu kenapa hati aku sakit. "Okay, deal!"


 Hehehe..kali ni, giliran Nayeon pula yg nak buat plan mengarut.
  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..