Mommy To Be

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

"Baekhyun...aku dah mengandung..anak kau.."

Mataku mula mengalirkan cecair hangat. Perasaan menyesal tiba-tiba menyelebungi diriku. Sebab terlalu ikutkan hawa nafsu, kami dah ter-lan-jur...

 

"Apa kau cakap? Mengandung? Anak aku?" Mata Baekhyun terbeliak besar sebaik sahaja dia mendengar berita itu. Dia sangat terkejut.

Aku tahu dia sendiri tak sangka yang aku akan mengandung. Aku cuma harap dia akan bertanggungjawab ke atas perbuatan yang dia dah buat pada aku.

Atau...aku akan menggugurkan kandungan ini.

Lama Baekhyun membisu dengan wajah yang sukar ditafsirkan, mungkin sedang menyesali perbuatannya. Sepertinya dia tidak dapat menerima kenyataan, dan itu membuatkan aku tertunduk lemah, cuba bertahan agar tidak terkulai di atas jalan.

"So...i guess—"

Tiba-tiba saja Baekhyun memintas perbualanku. "Serius? Kau mengandung anak aku? God, ni berita gembira tahu tak!" Serunya gembira tak terhingga. "Nayeon-ah! Tak lama lagi aku akan jadi appa! Woohoo! Bestnya!" Baekhyun memegang kedua-dua bahuku dan terloncat-loncat dengan bahagianya sehingga tubuhku turut tertolak ke depan dan belakang.

Apa kejadah? Biar betul mamat ni? Aku dah mengandung anak luar nikah, boleh pula dia menjerit gembira macam beruk makyeh terlepas dari hutan.

Aku mengetuk kepala Baekhyun dengan geram. "Yah! Neo paboya! Appa kepala otak kau berjambul. Kau faham tak aku mengandung anak luar nikah? Anak luar nikah yang wujud disebabkan hubungan haram! Kalau omma dan appa aku tahu macam mana? Aku tak sanggup tengok mereka bersedih. Aku...aku—" Aku tidak mampu meneruskan ayatku lagi. Air mata deras mengalir. Aku sangat kesal, pada masa yang sama, aku takut.Takut dipandang hina, takut dibuang keluarga...

"Asal kau menangis?" Soal Baekhyun. Yelah, takkan aku nak ketawa pula?

"Sekarang ni, kita cuma perlu risau tentang kandungan dan kesihatan kau. Tak payah fikir benda lain, okay?"

Suara Baekhyun begitu lembut, sangat telus, juga ada nada kekesalan sebab melihat aku menangis. Lalu Baekhyun menarik lembut tubuhku ke dalam dakapannya yang hangat itu. Dia mengusap-ngusap belakangku, sementara aku membenamkan mukaku di bahunya, dan aku mengaku, hingus aku terkena pada baju Baekhyun. Erk?

"Takpe, kau tak payah risau. Aku akan bertanggungjawab ke atas kandungan kau. Janganlah nangis, tak nak lah tengok muka kau macam ni." Pujuk Baekhyun. Senang jer dia cakap, macam benda di semudah belajar A B C D. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa lega sebab Baekhyun mengaku bayi yang berada di dalam kandungan aku adalah anak dia. Kalau tak, mampus aku nak cari pak sanggup.

"Tapi macam mana aku nak jelaskan pada appa dan omma? Macam mana kalau mereka halau aku dari rumah? Aku tak nak. Aku tak ada duit nak tampung hidup. Makan minum pun orang tua aku yang tanggung selama ni. Nak harapkan kau? Memang taklah. Kau sendiri berhutang dengan kerajaan untuk sambung study. Aku..." Aku terdiam. 

Tiba-tiba aku naik geram bila teringatkan Baekhyun dah mengandungkan aku. Tanpa teragak-agak aku menarik kolar baju Baekhyun kemudian terjerit-jerit macam orang gila kena rasuk Valak.

"Ini semua salah kau!  Kau yang goda aku supaya tidur dengan kau malam tu. Asal kau buat macam tu? Kau bukannya tak tahu yang aku lemah bab-bab n!" Alamak, pecah rahsia. "Tengok apa dah jadi? Aku dah mengandung! Kau tahu beranak tu rasa dia macam mana? Sakitlah bongok! Dari kecik lagi aku dah janji tak nak kahwin sebab nak mengelak dari melahirkan anak. Tub tub kau dah buat aku mengandung. Arhh!! Andwae!!"

Baekhyun panik melihat aku berteriak. Aku memukul tubuhnya bertubi-tubi kerana geram. Sebenarnya aku tak marah sangat pun, tapi saja nak lepaskan geram. Kemudian aku menggoncang-goncang tubuh Baekhyun melalui kolar bajunya sehingga dia tertolak ke depan dan ke belakang.

"Uhuk..uhuk.." Baekhyun terbatuk-batuk kerana lehernya tercekik. "Yaa! Neo Michoseo! Lepaslah! Sakit tahu tak! Kalau aku mati tercekik macam mana? Siapa yg nak jadi appa budak tu?" Geram Baekhyun.

Ada benarnya juga kata-kata Baekhyun. Perlahan-lahan aku melepaskan bajunya. "Tapi aku tak nak melahirkan anak...sakitlah...aku takut.." Terbayang-bayang di benak fikiranku perempuan meraung-raung kesakitan ketika meneran. Alah, yang macam dalam drama selalu tu.

Baekhyun tersengih. Mungkin dia rasa aku overacting. Boleh pula aku terfikirkan benda tu dalam keadaan huru-hara macam ni.

"Percayalah, bila saat tu sampai, aku janji akan teman kau, siap pegang tangan kau lagi. Masa tu, aku tak kisah kalau kau nak tarik rambut aku sekali pun." Selamba Baekhyun menjawab sambil mengusap perut aku yang belum lagi membesar. Awal lagi kot, baru dua minggu.

Aku merenung tajam mata Baekhyun. Dia memang selalu menyakitkan hati aku. Ugh!

Menyedari ekspresi mataku, senyuman Baekhyun semakin pudar. "Aku main-main je lah. Takyah lah serius sangat. Cheer up baby♪Cheer up baby♪" Tak semena-mena pula mamat jambu depan aku ni menari tarian Twice. Punggung dia terlentok ke kiri ke kiri, ke kanan ke kanan.

"Kau jangan, aku tengah berang sekarang ni. Semua ni pasal kau lah. Kau nampak ni?! Kalau kau nak sangat rasa penumbuk aku melayang dekat muka kau, cakap." Aku menujukkan penumbuk ke arah muka Baekhyun.

"Alolo, teciknya tangan dia~"  Baekhyun tersengih memandang tangan aku. Siap buat 'puppy eyes' lagi.

"Yah!" Laju saja aku mengajukan buku lima aku di depan muka Baekhyun. Nasib tak kena.

Baekhyun terkejut dan kembali serius. "Garangnya. Anyway, maknanya aku dan kau...akan berkahwin?"

"Kahwin?" Sesuatu menyentak benakku.

"Ye lah."

"Maknanya kita akan hidup sebumbung sebagai suami isteri? Andwae!!!" Aku menekap kedua-dua belah telingaku dan menggeleng-geleng laju. Aku terpaksa hidup dengan lelaki yang aku tak dicintai! 

"Habis nak buat macam mana? Kau takyah risaulah, aku tak akan sentuh kau. Kecuali...kalau itu yg kau minta." Baekhyun tersenyum nakal. Dalam kurungan, menggoda!

Aku merenung tajam mata Baekhyun. Baekhyun terkekeh. "Main-main je lah, but seriously, kalau kau nak, aku boleh buat lebih dari itu." Keningnya di angkat-angkat dengan muka miang mengalahkan daun keladi.

Aku menjeling tajam membuatkan Baekhyun tersenyum kelat. Akhirnya dia duduk mencakung dengan muka mengalah dan serabut. Baru aku nampak dia serius sikit tentang hal ini. Lantas aku copy Baekhyun duduk mencakung di tepi dia sambil turut sama berfikir.

"Maaflah, aku tak sangka pula akan jadi macam ni." Baekhyun berkata perlahan sambil menguis-nguis debu-debu pasir di depannya. "Hmm...takpe, nanti kita bincang pasal hal ni dengan keluarga kita, okay? Tapi sebelum tu kita fikir dulu betul-betul penjelasan yang munasabah. So nampaknya takde jalan lain lagi dah, kita terpaksa juga berkahwin." Baekhyun tersenyum paksa.

Aduh.... Aku memicit dahi aku dengan buntu. Tiba-tiba pula aku rasa senak perut sebab nervous. "Aku tengah fikir macam mana nak sara kehidupan kita ni. Takkan kau nak bagi bini kau makan Maggi dengan telur jer setiap hari."

"Eh, untungglah merasa juga makan Maggi."

"Tch! Dasar." Aku buat muka jengkel. Orang tengah serius tau tak.

"At least parents kau orang kaya, okay. Lagi pun boleh jer kot aku tanggung kau dengan baki duit pinjaman aku." 

Wuts, wuts.  Baekhyun nampak matured sangat sekarang ni yang buat aku rasa kagum. "Nampaknya terpaksalah aku pinjam duit PTPTN untuk tanggung hidup kita nanti." Ah kau, ptptn kat Korea.

Lama kami membisu. Tiba-tiba Baekhyun mengajukan tapak tangannya. "Deal?"

Aku tersenyum dan menepuk tangannya."Deal!"

"Okay, kita kahwin!"

 


 

Hehehe..So, macam mana dengan chapter yg pertama ni? Best tak? Or membosankan?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..