Married Tapi Benci

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku terasa berdenyut-denyut sehingga membuat aku pening. Ketika aku sedar, aku terasa sesuatu memeluk pinggangku, dan pelukan itu semakin erat. Aku mula rasa tak sedap hati, lebih-lebih lagi bila terasa hembusan nafas di telingaku.

Ommo! Hembusan nafas? Hanya benda hidup saja yang bernafas. Takkan kucing kot? Atau cicak yang jatuh dari atas syiling? Eh, apa yang aku mengarut ni?

Aku memberanikan diri untuk melihat benda tersebut. Aku menolehkan muka ke sebelah kanan.

Mata aku berkelip-kelip. Begitu juga beruk yang berada dekat sebelah aku. Matanya turut berkelip-kelip.

Sekelip...dua kelip, lama kami terdiam, cuba untuk mencerna situasi sebenar.

"Arhhhhh!" Pantas aku menendang belakangnya sehingga tergolek dari katil.

Gedebuk!

"Aduh! Yah! Apasal kau tendang aku? Sakitlah!" Geram Baekhyun sambil menggosok-gosok punggungnya yang tak lama lagi akan retak buat kali kedua kalau dia macam-macam dekat aku. Baekhyun segera berdiri berpautkan tepi katil, dan pada masa itu juga aku melihat tubuhnya yang separuh bogel. Ops!.

Baekhyun hanya memakai boxer. Bererti aku bukan mimpi! Dengan pantas aku memandang diriku. Fuh! Nasib baik aku masih memakai baju.

"Apa kau dah buat dekat aku? Eh kejap, hotel mana lagi kau bawa aku masuk ni? Hah Baek? Jangan cakap kau dah meniduri aku buat kali kedua? " Aku merenung Baekhyun dengan tegas. Kali ini suara aku agak terkawal ketika menyedari aku berada di bilik hotel. Aih, macam manalah aku boleh terpedaya dengan godaan dia lagi. Aish!

Baekhyun mengerutkan keningnya. "Apa yang kau merepek ni Im Nayeon? Takkan kau dah lupa, kita kan tengah honeymoon."

Honeymoon? 

"Jangan nak buat-buat lupa pula okay. Kau sendiri beria-beria nak berbulan madu guna duit pinjaman kau tu. Sekali dalam seumur hidup konon. Kalau kau guna duit pinjaman tu untuk makanan lagi bagus tahu tak!"

Aku tercegat lalu menepuk dahiku.

Lupa nak bagitahu. Sebenarnya aku dan Baekhyun dah berkahwin. Hehehe..Tapi sumpah! Kami berkahwin sebab terpaksa, bukan sebab suka sama suka. Pada mulanya sedih jugalah tengok omma menangis bila pertama kali keluarga Baekhyun ceritakan hal sebenar. Hati aku bagai ditoreh-toreh melihat mereka bersedih dan kesal terhadap kelakuan aku. Tapi bila keluarga Baekhyun dah pujuk, lama-kelamaan kemarahan omma dan appa semakin redah dan bersetuju mengahwinkan aku.

Sebelum tu, aku hanya anggap Baekhyun sebagai crush aku dekat kuliah aje. Tak lebih dari itu. Baekhyun pun dah janji, nanti dia akan ceraikan aku selepas melahirkan anak. Dia kata, pandai-pandailah dia jawab keluarga kami nanti.

Lagi pun aku dah ada boyfriend. The one and only, Park Chanyeol. Aku bukan curang okay! Baekhyun memang dah sedia maklum dari dulu memandangkan kami bertiga satu kuliah.

Oh God, macan mana aku nak berhadapan dengan Chanyeol nanti? Aku berkeras tak nak bagitahu hal sebenar dekat Chanyeol. Aku takut akan kehilangan dia. But it's okay, yang penting dia tak boleh tahu perkara ni dan semua walaupun aku rasa idea aku ni kurang cerdik. Aku akan merahsiakan perkahwinan kami.

Jadi dipendekkan cerita, dua hari lepas, aku telah sah menjadi isteri Byun Baekhyun, si lelaki Byuntae yang sangat menyebalkan!

Nak dikatakan kami sedang honeymoon, bolehlah kot. Sebenarnya Baekhyun tak nak istilah honeymoon ni wujud. Tapi sekurang-kurangnya aku nak juga merasa keseronokan honeymoon tu macam mana memandangkan ni perkahwinan aku yang pertama. Walaupun bukan dengan insan yang aku cintai ,tapi aku tetap nak ada kenangan manis dengan Baekhyun. Hehe~

Jadi kali ni lebih kepada percutian untuk bersuka-suka saja. Lokasinya juga hanya di dalam Korea. Cuma kami memilih untuk menginap di hotel.

"Tuan puteri dah sedar ke?"

Suara Baekhyun menyedarkan aku dari mengelamun. Aku memandang Baekhyun semula yang hanya memakai boxer. "Eee..malulah. Pakailah baju. Tak senonoh langsung." Pipi aku terasa panas. Yang peliknya, mata aku masih mengarah dekat Baekhyun. Macam tak nak lari lah pula mata nakal aku ni. Damn!

Baekhyun hanya buat muka selamba, macam aku ni tak wujud dalam bilik tu.

"Habis yang kau pandang juga, kenapa?" Ejek Baekhyun. Sinis. Kemudian dia naik atas katil dan duduk macam aku sambil menarik selimut yang terjatuh di bawah katil untuk menutup tubuhnya. Aku hanya memerhatikan setiap gerak langkah Baekhyun. Mamat ni tak boleh percaya sangat. Aku kena berhati-hati.

"Apasal kau buka baju? Kalau nak tidur tu, tidur je lah. Tak perlulah tanggal semua." Okay, suara aku agak bergetar disitu.

"Lepas pulang dari percutian ni nanti, kau nak sambung belajar lagi ke atau kau nak berhenti?" Baekhyun cuba menukar topik.

"Erm, aku rasa nak teruskan je kot. Selagi perut aku belum membesar, aku rasa okay je."

Baekhyun mengangguk faham. Tapi tak lama lepas tu, riak wajah Baekhyun berubah. Sedih? Rasa bersalah?

"Mian..." Gumamnya.

"Gwenchana..." Aku menjawab putus asa. "Bukan salah kau seorang.Aku dah kira beruntung sebab kau bertanggungjawab dengan kandungan ni."

"Ani, bukan pasal tu." Ujar Baekhyun sambil menahan ketawa. Baru tadi dia buat muka sedih macam ikan tak laku dekat pasar. Tak paham aku.

Aku mengerutkan kening kerana pelik. "Habis tu pasal apa?"

"Pasal semalam. Aku..." Baekhyun tidak meneruskan ayatnya malahan memberi isyarat menggunakan matanya memandang ke bawah katil.

Aku hanya mengikut petunjuk arah mata Baekhyun.

"Mwo?" Mata aku terbeliak besar apabila melihat pakaian dalam yang aku pakai semalam dah berselerak atas lantai. Aku cepat-cepat memasukkan kepala ke dalam bajuku. Ya, memang aku masih memakai baju tidur, tapi bra aku dah...tertanggal. What the!

Dengan api yang membara-bara, aku merenung tajam mata Baekhyun yang dari tadi hanya tersengih-sengih macam kerang busuk terdampar di tepi laut.

"Baekhyun! You bastard! Tapi kau dah janji tak nak sentuh aku!!" Dengan perasaan geram yang membuak-membuak, aku cuba menerkam Baekhyun tapi beruk makyeh tu sempat pula lari dekat dalam bilik mandi dan mengunci dari dalam.

"Aish, Yah! Buka cepat! Sebelum aku mengamuk, baik kau buka pintu ni." Aku memusing-musing tombol pintu dengan geram dan mengetuknya bertubi-tubi. Nasib baik tak roboh.

"Tak nak! Nanti kau makan aku. Sia-sia aku mati di tangan singa betina. Huhhh..seram."

"Mwo? Apa kau cakap? Singa betina? Sesuai sangatlah tu. Aku singa betina, dan kau, BACON!"

Terdengar suara Baekhyun ketawa terkekeh di dalam bilik mandi.

Ikutkan hati aku, nak aje aku terajang pintu tu, biar tercabut dan terus menghempap Baekhyun yang berada di dalam. Tapi sis tabah~

"Sabar Nayeon-ah, kau tu mengandung. Tak baik marah-marah. "Aku menarik nafas panjang-panjang. "Baik, kali ni aku maafkan kau. Tapi kalau kau buat lagi..tiada maaf bagimu!"


Selesai mandi, aku segera keluar menuju ke bilik dengan hanya bertuala. Aku memandang sekeliling dengan berhati-hati

Nasib baik Bacon tu dah keluar, kalau tak macam-macam perkara akan berlaku, dan semua yang dia lakukan tak masuk dek akal fikiran.

Aku segera memakai baju yang terlebih dahulu aku telah sediakan di atas katil. Sebuah gaun berwarna kuning cair paras lutut dan kot labuh berwarna putih sudah cukup dibawa bersiar-siar dalam keadaan bersalji sekarang ni.

Aku melihat diriku di cermin."Eh apa benda pula ni?" Aku memegang leherku yg mempunyai kesan merah macam digigit nyamuk jahanam. Di bahagian dadah juga ada kesan yang sama.

Aku mengetap bibir sebab geram. "Kuang ajo punya Bacon! Apasal dia tinggalkan kesan 'love bites' dekat leher aku? Aish, malulah kalau orang nampak."

Dekat dada memanglah tak nampak, tapi  dekat leher ni? Kau tengoklah nanti, siap kau aku kerjakan.

Selesai memakai baju, aku segera mencari skarf dalam bagasi untuk menutup leherku. Tapi sebelum tu, aku sempat meletakkan bedak sedikit.

"Aish, benda ni bukanya boleh hilang dalam masa sehari. Dasar Bacon!"

Tiba-tiba kedengaran pintu utama dikuak. Baekhyun muncul di sebalik daun pintu sambil tersengih-sengih. Mungkin dia masih teringatkan peristiwa tadi.

"Tuan puteri dah siap?" Soal Baekhyun sambil tersenyum kambing.

"Satu minit."

"Demi tuan puteri saya sanggup tunggu."

Aku hanya tersengih.

Selesai mengoleskan lipstick berwarna cherry pink, aku mencapai kot labuh tadi yang terletak di atas katil. "Okay, dah siap. Kajja." Ujarku teruja. 

Spontan Baekhyun menghulurkan tangannya ke arah aku. Aku hanya memandang dengan muka bodoh.

"Your hand please, Your Highness." Sungguh manis penuh berkrim bila Baekhyun cakap macam tu.

"So sweet~" Aku pun menghulurkan tangan ke arah Baekhyun dengan senyuman manis, namun sesaat kemudian membuat muka meluat.

Baekhyun dia tak menyambut huluranku malah memeluk lenganku dengan erat. "Macam ni lebih mesra."


Menyentuh tentang destinasi percutian menarik di Korea, tak sah kalau tak melawat Everland! Kalau nak tahu, di sanalah terletaknya Carribean Bay, lokasi shooting 2PM, SNSD, Bae Suzy dan KhunToria untuk comercial film Carribean Bay.

♪Oh Cabi Cabi, the hottest hottest♪Oh Cabi Cabi, in crazy crazy♪

Hah, pernah dengar kan lagu tu?

Secara umumnya, Everland terbahagi kepada lima zon, Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure.

Tapi yang paling aku suka ialah European Adventure, yang dipenuhi dengan taman bunga yang berwarna-warni. Ya, aku sangat takjub dengan pemandangan taman tema tersebut. Aku seakan-akan berada di Eropah buat seketika kerana suasananya hampir sama.

Sampai satu masa, aku berdiri seorang diri di hadapan pintu gerbang yang diperbuat daripada pokok bunga. Baekhyun kata dia nak belikan aku sesuatu sebab dia tengok aku asyik menggigil kesejukan. Jadi aku pun tinggallah seorang diri,  menunggu Baekhyun yang dah hilang di Global Fair, tempat dimana souvenier dijual.

Beberapa minit kemudian, ketika aku sedang mengelamun, seseorang datang dari arah belakang dan menutup mataku dengan lembut.

"Lelaki mana yang sanggup tinggalkan gadis cantik sorang diri di tempat macam ni? Dia tak takut ke kekasih dia hilang?"

Aku hanya tersenyum malu. Itu suara Baekhyun. Aku pun menghadapkan tubuhku ke arahnya.

Baekhyun tersenyum manis. "Mian sebab buat kau tunggu lama. Sebenarnya aku belikan kau benda ni." Baekhyun menghulurkan sepasang winter gloves dan winter hat ke arahku.

Terharu seh. 

Aku sedar aku terpingah-pingah di hadapan Baekhyun. Lalu dia tersenyum geli.

"Mari, biar aku pakaikan." Tanpa rasa kekok Baekhyun menggamit tanganku dan menyarungkan winter gloves tersebut. Kemudian dia memakaikan winter hat di kepala aku pula. Aku hanya menatap mata Baekhyun yang tengah fokus memakaikan winter hat tersebut.

Baekhyun betul-betul berdiri di hadapan aku sehinggakan aku boleh terasa hembusan nafasnya. Tiba-tiba Baekhyun tersedar aku asyik menatap matanya.

Kami bertentangan mata. Lama kami terdiam.

"Dah siap pun." Ujar Baekhyun cuba memecahkan rasa kekok.

"Huh? Oh, gomawo." Tergagap-gagap aku dibuatnya.

"Pandangan tu, kenapa comel sangat?" Baekhyun mengusap-mengusap rambut hadapanku yang menutupi dahi.

Aww~ Dia kata aku comel? Okay aku mengaku, aku rasa bangga sikit. Kekeke...

Aku tertunduk sebab aku rasa malu. Apa! Malu? Bila masa aku ada perasaan malu dekat Bacon ni? Nayeon-ah, jangan nak mengada-ngada. Kau dah ada Chanyeol. Mamat Byuntae ni hanya crush kau. Kalau kau ada perasaan malu dekat dia, maknanya kau dah jatuh...

Andwae!

"Nayeon-ah?" Baekhyun memetikkan jarinya di depan mata aku.

"Huh?Nae?"

"Kau memang suka mengelamun eh?" 

"Err...ye ke? Dari tadi aku asyik mengelamun ke?"

"Tengah mengelamun pasal siapa? Aku?" Ujar Baekhyun sambil terkekeh macam perempuan gedik.

"Eee, tak kuasa aku! Dah lah, jom jalan-jalan lagi. Aku nak cari makanan. Laparlah." Aku cuba menukar topik.

"Okay, but first, let we take a selfie." Ujar Baekhyun sambil mengeluarkan monopodnya.

Selfie? Aku hanya tersenyum geli. Perangai Baekhyun sangat sukar diramal. Kadang-kadang sangat menyebalkan, byuntae of course, dan paling aku suka bila dia layan aku dengan sweet.

"Tengoklah sini."

"Huh? Okay." Dengan janggalnya aku tersenyum depan kamera. Menyedari aku jauh di sisinya, Baekhyun mendekatkan diri dia sehinggakan bahu kami bersentuhan.

"Hana, deul, set, kimchi."

Chup~

Klick!

Ommo! Apa yang berlaku? Baek...cium pipi aku? Sila tampar muka sendiri.

Aku memegang pipiku yang dikucup tadi dalam keadaan bingung, kemudian aku hanya mendiamkan diri. Pipi aku berubah merah. Baekhyun hanya tersenyum geli bila pipi aku merah padam.

"Kajja!" Jerit Baekhyun teruja, dan meninggalkan aku di belakang yang dihimpit perasaan dilema.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..