Him Or Him?

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

[Nayeon's POV]

Aku berhentikan kau sampai sini eh? Kau tak kisah kan? Atau kau nak aku hantar kau sampai dalam?" Soal Baekhyun bertubi-tubi ketika kami sedang mendekati kawasan Dongguk Universiti.

Aku memandang Baekhyun kat tepi yang sedang memandu." Sampai sini pun okay. Nanti kalau dekat sangat, orang lain nampak."

"Okay, aku berhentikan kau kat sini." Baekhyun memberhentikan keretanya tepi jalan raya."Take care." Ucap Baekhyun.

"Ouh ya, nanti pulang kau tak payah tunggu aku. Err..aku akan ikut...Chanyeol." Tiba-tiba aku rasa serba salah.

"No problem. Aku faham." Baekhun tersenyum. 

"Okay, aku jalan dulu. Jumpa nanti kat dewan kuliah, araseo?" Aku segera buka pintu tapi sebelum tu Baekhyun sempat mencium dahi aku sebelum aku keluar.

"Paipai" Ujar Baekhyun sambil membuat aegyo dgn suara kebudakan-budakkan yang dibuat-buat.

Aku tersenyum." Pai pai." 

"Anyeong." 

"Anyeong."

"Ppiung, ppiung." Suara Baekhyun dah macam budak-budak. Sumpah! comel. Geram aku tengok muka dia. Eye-smile Baekhyun membuatkan muka dia bertambah manis bila dipandang. Aww~

"Popo?" Baekhyun memuncungkan bibirya.

"Eh, ini dah lebih." Aku tenyeh muka Baekhyun sambil tergelak.

"Hahaha..okay, cukup. Nanti kalau aku dah geram sangat tengok muka kau, tak pasal-pasal aku tak bagi kau keluar kereta ni." Ujar Baekhyun sambil ketawa lucu.

"Haaha, okay. Aku jalan dulu." Aku segera keluar dengan berhati-hati. Takut nanti ada orang nampak.


Baekhyun membunyikan hon kemudian memandu laju keretanya meninggalkan aku. Sebaik sahaja kereta Baekhyun hilang dari pandangan, aku mengambil langkah setapak dan tiba-tiba aku berhenti sambil terkebil-kebil. Teringat balik bila Baekhyun kucup dahi aku dengan spontan. Aku sendiri tak sedar. Benda tu berlaku secara natural.

"Nayeon-ah!" Tiba-tiba satu suara memanggil aku dengan teruja. Aku menoleh kebelakang.

"Momo!"

Momo berlari ke arah aku  kemudian kami berpelukan sehingga kami nak terjatuh sebab aku tak dapat nak imbang badan aku." Miss you so much Bambi. Satu bulan kot aku tak jumpa kau."

"Aku pun rindu kau juga."

Momo melepaskan pelukan kemudian memandang aku. Tangannya masih memegang lengan aku." Yaa..badan kau dah berisilah. Aku suka tengok kau macam ni, makin chubby." Ujar Momo. Terpegun. "Macam mana dengan honeymoon kau? Mesti bestkan?" 

"Hmm..bolehlah." Saja jer tu tak nak bagi Momo nampak yang aku gembira.

"Bestlah maknanya tu. Eee, jelousnya. Aku pun nak kahwin cepat-cepat juga. Hehee~"

"Dasar." Aku tersengih. "Eh, Krystal mana?"

Momo terdiam.

Dah lama aku tak berhubung dengan Krystal sejak kejadian tempoh hari. Sebenarnya Krystal kecil hati dengan aku sebab aku dah berkahwin dengan Baekhyun merangkap crush dia. Yup, Krystal dah lama sukakan Baekhyun. Bila dia dapat tahu aku dan Baekhyun dah terlanjur, lebih-lebih lagi bila benda tu berlaku kat parti ulang tahun dia, Krystal kecewa gila. Dia marah sangat dengan aku. Dia kata dia tak dapat terima kenyataan yang aku dah rampas crush dia.

"Kau faham-faham jer la. Sebab aku rapat dengan kau, dengan aku sekali dia tak nak layan. Aish, tak faham aku. Perangai tak matang langsung." Keluh Momo.

"Dia masih marahkan aku..?"

"Entah."

"Eh, tu pun dia. Panjang umur." Momo memandang Krystal yang tengah lalu disebelah jalan raya." Yaa! Krystal-ah!" Panggil Momo sekali lagi.

Krystal memandang ke arah kami. Mata kami bertemu. Muka dia nampak serius. Aku cuba senyum tapi Krystal mengelak dengan muka meluat.

"Tengok tu, bukannya nak tegur kita pun."

"Dahlah, mungkin dia masih marahkan aku kot." Aku segera menarik lengan Momo kemudian berjalan masuk ke dalam pagar. Dalam diam, aku terkilan dengan layanan Krystal. Aku tak nak bermusuhan dengan dia. Dia kawan baik aku. Aku sayang persahabatan kami selama ni.


"Ada sesiapa rindukan saya?" 

Dengan pantas aku menoleh ke belakang. Chanyeol sedang berdiri di belakang, sebelah tangannya di dalam poket seluar, dan sebelah lagi mengusap tengkuknya, dan yang buat aku cair ialah senyumannya yang malu-malu. Ohh...rindunya dengan senyuman tu!

Chanyeol mendepakan tangannya, memberi peluang untuk aku memeluknya. Tanpa berlengah aku berlari dan memeluk Chanyeol erat-erat sambil menyandarkan pipiku pada dadanya. Agak lama jugalah sebab badan dia best sangat~

"Rindu rupanya. Ingatkan dah lupa."

Aku mendongak memandang muka Chanyeol agak lama sebelum menjawab soalan dia." Mestilah. Saya tak sabar nak jumpa awak, tahu tak?"

"Kalau awak tak sabar nak jumpa saya, kenapa awak tak benarkan saya jemput awak tadi?"

Aku menelan air liur. Memanglah aku tak benarkan, nanti sah-sah lah dia tahu aku tinggalkan sebumbung dengan Baekhyun. Lagi pun, tak manis lah kan kalau Baekhyun nampak.

"Saya tak nak susahkan awak."

"Susah apanya, saya sendiri yang nak jemput awak. Ouh ya, by the way, ingat lagi janji kita tempoh hari?" Soal Chanyeol agak teruja.

"Janji?"

"Saya nak bawa awak jumpa omma saya. Saya dah ceritakan segala-galanya tentang awak dekat omma saya, dan dia tak sabar nak jumpa awak. Pelikkan? Selama ni dia tak benarkan saya berhubungan dengann mana-mana perempuan kecuali pilihan dia sendiri."

Aku terdiam. Mampus! Macam mana aku boleh lupa." Tapi saya belum bersedialah..." Aku melepaskan pelukanku dari Chanyeol. Dia cuba memujuk sambil menyelitkan rambutku ke belakang telinga.

"Alaa...janganlah buat saya macam ni. Saya dah janji dengan omma saya. Awak bukan tak tahu dengan sikap dia. Saya dah susah payah pujuk dia tahu tak, supaya terima awak. Saya bawa awak jumpa dia hari ni, okay?" Mata Chanyeol separuh mengharap.

Aku mengehela nafas berat. Demi Chanyeol... " Araseo."

"Aww, thanks Nayeon."

"Okay..." Jawab aku lemah.

Otteke? Aku dah terperangkap di tengah-tengah! Macam mana kalau puan Park suruh kami kahwin dengan segera? 


 Pelajar berpusu-pusu memasuki dewan kuliah. Chanyeol membukakan pintu untuk aku. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, benda pertama yang aku nampak ialah Baekhyun. Dia tengah duduk kat barisan hadapan dengan geng-geng sado dia. Seorang jer yang aku kenal. Kai! Sebab rupa dia berjaya tarik perhatian aku. Jadi aku pun stalk lah instagram dia. Muahaha...

Aku yang masih tercegat sedar Baekhyun pandang aku kemudian dia pandang Chanyeol. Riak wajah dia sukar ditafsirkan.

"Sayang?" Panggil Chanyeol apabila melihat aku hanya berdiri depan pintu.

"Eh? Ohh.." Aku segera mengikuti Chanyeol dari belakang. Masa kami nak naik bangku barisan atas, Baekhyun keluar dari tempat duduk dia, nak turun bawah. Baekhyun lalu sebelah aku. Tiba-tiba aku terasa tangan kami bergeser. Aku memandang Baekhyun dan Baekhyun hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata. 

Pipi aku blushing serta merta. Aku terus tunduk dan mempercepatkan langkah aku. Ceh, Baekhyun sengaja nak sakat aku. Nasib baik Chanyeol tak nampak.


"Hei Krystal." Sapa Chanyeol kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Krystal yang kosong dan aku turut duduk sebelah Chanyeol. Aku hanya memandang Krystal yang dari tadi dengan muka serius.

"Hai." Jawab Krystal acuh tak acuh.

"Err..Krystal-ah, lepas habis kuliah, kau nak ikut kitorang stay kat tempat selalu?" Aku cuba mencari idea untuk bercakap dengan Krystal. Aku agak nervous. Krystal bila dah badmood, bukan calang-calang. Menakutkan.

Krystal hanya tersenyum kosong. Tiba-tiba dia mengemas semua barang-baranh dia dan berdiri dari kerusi.

"You nak pergi mana?" Soal Chanyeol hairan.

"I nak pindah kat bawa. I malas nak kacau daun." Krystal tersenyum mesra ke arah Chanyeol kemudian dia segera tukar tempat.

Aku hanya terdiam. Nampaknya, Krystal masih marahkan aku.

Sepanjang sesi kuliah berlangsung, aku sikit pun tak ambil perhatian. Otak aku dah melayang jauh memikirkan Krystal. Ditambah lagi dengan Chanyeol yang nak bawa aku jumpa omma dia.Ugghhh! Stress!!

Ppiung ppiung!

Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

"Baekhyun?"

Awwchak!! Saja nak tengok kau senyum. 
Kay bye!!!! 

-Baekhyun

Aku tergelak sendiri membaca mesej tersebut.Aku memandang Baekhyun yang duduk jauh di bawah dan Baekhyun juga sedang memandang aku sambil tersenyum senget.

LOL - -,
-Nayeon

 

Nayeon-ah, boleh aku confess sesuatu?
-Baekhyun

 

???
Sure!
-Nayeon

 

"Your smile is the prettiest smile i've ever seen :)
So, senyumlah sikit.
Tak naklah tengok muka kau yg monyok tu.
-Baekhyun

 

Aku tahan gelak. Tiba-tiba hati aku berbunga-bunga.

 

Aww~ Aku nampak seseorang tengah blushing.
Kekeke..
-Baekhyun

 

Hmm..
Can i confess as well?
-Nayeon

 

Oh sure! :)
-Baekhyun

 

The smile only exist when i'm with you..
-Nayeon

 

Jeongmal?
-Baekhyun

 

Yup!
-Nayeon

 

OMG! Stop flirting with me!
-Baekhyun

 

Sekali lagi ketawa aku berderai dan kali ni agak kuat. Tanpa aku sedari, semua pelajar tengah memandang aku. Gulp!

"Yes, you yang berada di sana. Boleh kongsikan sedikit tak apa yang lucu sangat tu?" Soal Mr. Jeong tiba-tiba membuatkan badan aku sejuk semacam. Nervous.

Aku memandang Baekhyun. Dia tengah tahan ketawa. Geez!

"Err..takde apa prof."

"Habis, kenapa awak ketawa sorang-sorang pandang telefon ? Tak nak share dengan kawan-kawan awak ke? Atau biar saya yang tengok phone awak?" Ugut Mr. Jeong.

Aku tersengih-sengih sambil menggeleng.

"Lain kali tumpuhkan perhatian dekat slide ya. Saya tak nak benda ni berulang kembali, araseo?"

"Maaf prof." Aku mengetap bibir. Ni semua gara-gara Baekhyun. Dia yang text aku dulu. 


Aku dan Chanyeol mengambil tempat duduk disuatu sudut ketika waktu tak ada kelas. Tiba-tiba aku terpandang Baekhyun dan koncoh-koncoh dia turut mengambil tempat duduk kat hadapan kami. Aish! Tak selesanya. Rasa serba salah pula aku dekat Baekhyun. Yelah, dia suami aku tapi aku boleh pula berkepit dengan Chanyeol.

Beberapa minit kemudian, tengah aku syok-syok menghirup bubble tea aku, Chanyeol pandang leher aku dengan hairan kemudian dia sentuh sambil bertanya sesuatu.

"Ada kesan lebam dekat leher awak. Sakit ke?"

Hampir nak tersembur minuman aku. Aku terbatuk-batuk." Huh? Merah?" Aku cepat-cepat tutup leher aku guna rambut aku yang panjang mengurai."Oh, biasa ja tu. Saya pun baru perasaan benda ni pagi tadi." Geez, dalam diam hati aku tengah menyumpah-nyumpah si Baekhyun. Kuang ajo! Ni mesti kerja Baekhyun.


Aku tengah duduk sorang-sorang sebab Chanyeol pergi tandas sebentar. Dari tadi aku memandang telefon, mengharap Baekhyun text aku. Tapi jangan haraplah sebab dia tengah gelak sakan dengan kawan-kawan dia. Aku hanya memandang telatah mereka yang masih belum berganjak di meja hadapan aku.

"Psst...psst..." Tiba-tiba Kai menghadiahkan senyuman ke arah. Aku memandang belakang, mungkin orang lain tapi senyuman tersebut memang untuk aku. Mak Aih! Boleh tercabut semangat aku dengan killer smile dia.

Dan aku nampak Baekhyun tengah bergurau dengan Kai, berpura-pura nak cekik leher dia disertai gelak ketawa dari rakan-rakan dia yang lain. Aku pun nak tergelak sama tapi aku kawal. Mungkin Baekhyun aca-aca nak cekik Kai sebab dia usha aku tadi. Aww~

Selang beberapa saat, Baekhyun berdiri dari tempat duduk dia dan berjalan ke arah aku. Entah kenapa hati aku berdebar-debar. Pelik! Perasaan yang sama bila kali pertama kami kenal. Ataupun sebenarnya aku takut Chanyeol nampak? Entahlah...

Baekhyun tiba di meja aku dan mengambil tempat duduk di tepi, lalu mendagu dengan meletakkan sikunya di paha, bajet macho gitu~

"Kau nampakkan kawan-kawan aku dekat sana?" Soalnya dan aku mengangguk.

"Actually, they wants to know if you think i'm cute."

Berderai ketawa aku. "Mengadalah kau ni."

"Eh betullah." Baekhyun turut sama tergelak. "Nak jawab ke tak nak ni?" 

"Tak nak. Nanti kau perasan bagus. Eh dahlah. Pergi sana, nanti Chanyeol nampak."

"Okay, okay." Baekhyun buat muka monyok."Sedihnya, aku kena halau." 

"Bukan halaulah."

"Halaulah tu."

"Okaylah, duduk sini balik." Aku memanggil Baekhyun semula.

"Hehehe..aku main-main jer. Okaylah, aku jalan dulu. Jumpa kau kat rumah nanti, araseo?" Baekhyun tersenyum. "Anyway, jangan sweet sangat dengan Chanyeol, ada orang cemburu." 

"Mengada."

Baekhyun dan rakan-rakan dia segera meninggalkan kawasan cafe.

"Nayeon, see you!" Selamba jer Kai mengenyitkan mata dekat aku membuatkan hidung aku kembang kempis sebab tengah tahan perasaan fangirling aku yang nak meletop. Bapak handsome! Dan sebab kenyitan mata tu jugalah Kai menerima tumbukan 'sayang' dari Baekhyun di bahunya. 


[Baekhyun's POV]

"Aduh Baek,  aku tak sangka kau boleh tahan tengok Nayeon berkepit dengan Chanyeol sedangkan dia isteri kau." Suho menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Alaa..aku dah biasa kot. Sebelum kitorang berkahwin pun, aku memang dah biasa tengok dia ayik bermesraan dengan Chanyeol."

"Itu dulu, sekarang ni lain. Kau dah jadi suami dia."

Aku menjuihkan bibir dan berpeluk tubuh. "Erm, sebenarnya, aku memang cemburu pun." Ucap aku lemah. Tapi aku sedar siapa diri aku dalam mata Nayeon. Tak lebih dari seorang kawan lelaki.

"Hah, kan aku dah cakap."

"Nak buat macam mana. Dah memang dia tak cintakan aku. Lagi pun, kitorang berkahwin sementara jer."

Suho buat muka jengkel dengar kenyataan aku. "Gua bagitau dekat lu, lu ada rupa bro, lu takcle hati dia sikit, walawehhh confirm dia jatuh hati dekat kau! Ah cenggini!" Dengan semangatnya Suho memberikan 'thumb up' dekat aku.

"Tak guna ada rupa kalau hati dia bukan dekat aku..." Jawab aku tak ada perasaan.

"Aduh, jiwang pulak dah. Aih, ini tak boleh jadi! Dah alang-alang kau berkahwin dengan dia, kau kena pertahankan rumah tangga kau. Lagi pun, kau tak fikir ke masa depan anak kau. Kesian dia membesar tanpa kasih sayang." Lama Suho terdiam." A'ah! Aku ada satu idea. Aku rasa idea aku boleh pakai." Suho memandang aku sambil tersengih-sengih. Aku garu kepala.

"Apasal kau tengok aku macam tu?"

"Aku akan tolong kau."

"Tolong apa?"

"Nak pikat hati Nayeon secara diam-diam."

Aku menggaru dagu. Macam menarik. "So, kau nak buat apa?"

"Jealous The Making." Suho angkat-angkat kening.

"Huh? Amende tu?"

"Alaa..tengok jer lah nanti. Aku sure 90% idea aku akan berjaya."

"Kalau tak berjaya juga?"

"Cekik leher aku."

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..