I Got The Feeling

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

 

Kembali saja dari Pulau Nami, aku dan Baekhyun bercadang ingin mengisi perut berselerakan makanan tradisional Korea. Dan lokasi kami seterusnya ialah luar daripada Seoul iaitu Hanchaedang restaurant.

Bagi aku tempat ni ialah tempat yang paling sesuai untuk pasangan merpati dua sejoli untuk merasa pengalaman menjamu selera dalam suasana yang elegant di samping masih mengekalkan konsep tradisional. 

Restauran tersebut juga tidak terhad untuk makan malah pemandangan di luarnya juga sangat cantik. Dekorasi tamannya sangat sesuai untuk bergambar terutamanya untuk kaki selfie macam Baekhyun. Hehe~

Lama menunggu, akhirnya seorang ahjumma berpakaian hanbok datang membawa makanan di dulang. Aku tersenyum. Bukan satu dulang, berdulang-dulang. Silih berganti mereka keluar masuk membawa makanan.

"Whoaa..." Makanan tradisional terhidang indah dihadapanku. Sungguh menyelerakan sehingga aku rambang mata menatap makanan-makanan tersebut. Aku dah tak sabar nak makan tapi mamat byuntae tu pergi tandas sebentar. Aku pun terpaksalah tunggu dia datang, baru boleh makan.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Dan nama yang tertera membuatkan aku ingin tercekik air liur sendiri.

Chanyeol? 

"Im Nayeon in the house~"  Buat suara manja macam selalu. Tapi hari ni terlebih manja sebab gugup.

"You have no idea how much i miss you sayang." Gumam Chanyeol di seberang talian.

"i know, saya pun rindu awak juga." Oh, betapa rindunya aku dengan suara Chanyeol. 

"Macam mana dengan percutian awak seminggu ni? Are you having fun?"

"Ya, of course!" Okay, aku tak tahu kenapa suara aku teruja semacam.

"Baguslah kalau macam tu. Sebenarnya saya ada benda nak bagitahu awak—" Mendatar saja suara Chanyeol.

Aku mengerutkan kening." Yup, apa dia?"

"You know what, omma dah dapat tahu tentang awak..."

"S-saya?" Serius aku memang terkejut. Asal korang tahu, omma Chanyeol bukanlah berpangkat keibuan seperti yang dibayangkan. 

"Dia dah bagi greenlight tentang hubungan kita!" Akhirnya Chanyeol menerangkan hal sebenar dengan semangat. Dan aku tergelak. "Entah dari mana dia dapat tahu tentang awak. Dia nak sangat jumpa awak. So saya rasa nak bawa awak jumpa omma bila awak dah masuk sem nanti. Nampaknya ada peluanglah saya melamar awak jadi tunang saya nanti sementara kita masih belajar." 

Bertunang? Omona! Aku gembira tak terkata. Aku rasa macam nak terbang dekat awang-awangan sekarang ni.

Bayangkan, bertahun kami merahsiakan hubungan kami dari keluarga Chanyeol sebab puan Park sangat tegas dalam memilih pasangan hidup Chanyeol.

Aku ingat lagi bila aku dan Chanyeol masih berstatus kawan, Chanyeol pernah cerita dekat aku tentang bekas teman wanita dia yang dihalau mentah-mentah oleh puan Park hanya sebab dia bukan orang berada.

Aku pun macam tu juga, dari keluarga kebanyakan. Jadi bila puan Park dah bagi greenlight, aku gembira tak terhingga. Dari dulu lagi aku dan Chanyeol dah berjanji akan berkahwin bila kami dah habis belajar. Sehinggakan dia kata akan bawa aku lari kalau omma dia tak bagi kahwin dengan aku.

Eh, chamkan...Tiba-tiba sesuatu menyentak benakku saat ini. Kenapa aku rasa tak sedap hati?

Ommo!! Aku dah berkahwin! Bukan setakat dah berkahwin, tapi mengandung!

"Sayang..." Aku rasa macam nak menangis. Aku rasa bersalah yang amat sangat. "I just want you to know, that i love you so much." Luahku penuh perasaan.

"Kalau awak sayangkan saya, saya beribu-ribu kali sayangkan awak." Jawab Chanyeol.

Aku hanya tersenyum. Tersenyum pahit. 

"Ehem.."

Alamak, Baekhyun. Aku sendiri tak sedar dia sebenarnya dah mengambil tempat duduk di hadapan aku. Pantas aku menghabiskan perbualanku dengan Chanyeol sambil menolehkan kepalaku ke belakang dan menutup perbualanku dengan tangan.

"Sayang, nanti saya call awak balik." Ujarku terburu-buru.

"Okay, take care."

"Bye sayang." Panggilan dimatikan. Aku memandang Baekhyun dengan muka nervous.

"Apasal kau tengok aku macam tu?" Baekhyun mengerutkan keningnya.

"Err..aku..apasal kau lama sangat? Aku lapar tahu tak?" Aku cuba menukar topik.

"Miann..aku rasa tak sedap badanlah tadi. Tekak aku rasa loya. Perut aku pun rasa mual." Ujar Baekhyun dengan muka seperti tertelan biji durian. Ni mesti kes mabuk laut masa naik ferri ke Pulau Nami.


 

Hati aku rasa gatal sangat nak bincangkan tentang penceraian. Aku tahu masa ni tak berapa sesuai, tapi aku rasa tak sedap hati bila teringatkan pasal berita yang Chanyeol bagitahu tadi.

Tapi macam mana aku nak mula? 

"Hmm! Baekhyun-ah.." Aku tak berani menatap Baekhyun. Jadi aku hanya tertunduk, berpura-pura memasukkan grill beef ke dalam perilla leave.

"Pasal perkahwinan ni...lepas aku melahirkan anak, kau janji akan lepaskan aku, kan?" Tiba-tiba aku rasa bersalah sebab tanya soalan ni. Dan aku tergerak hati nak lihat reaksi dia. 

Baekhyun tersenyum. "Kau takyah risaulah, aku akan lepaskan kau. Aku tahu kau tak cintakan aku, dan aku pun sebaliknya juga."

Aku berasa lega. Tapi sedih dalam masa yang sama. 

Maafkan aku Baekhyun.

"Nanti pandai-pandailah aku jawab dekat keluarga kita. Cakap je yang kita dah tak sehaluan sejak dari awal.Erm, tapi.." Riak wajah Baekhyun tiba-tiba berubah. Sedih?

"Macam mana dengan anak kita?"

Anak? Ah, macam mana aku boleh lupa tentang anak? Betul juga cakap Baekhyun. Tiba-tiba pula aku rasa sayu bila dengar perkataan anak.

"Soal anak kau jangan risau. Yang penting hak penjagaan di tangan aku tapi kau boleh jumpa dia bila-bila masa. Aku tak akan halang. Kalau kau nak bawa dia pulang rumah kau sekali pun, aku tak kisah."

Baekhyun hanya membisu. Adakah dia sedih bila aku cakap pasal benda ni? Tak mungkin, sebab kami sendiri mengaku tak ada perasaan suka antara satu sama lain. Kami terlanjur pun sebab terlalu ikutkan hawa nafsu.

"Baekhyun? Kau okay?"

Baekhyun terperanjat. "Huh? Eh cepatlah habiskan makanan kau. Lepas ni kita nak bersiar-siar lagi. Aku janji kau tak akan menyesal punya." 

Aku tersenyum." Gomawo Baekhyun-ah."

Baekhyun mengerutkan keningnya." Terima kasih sebab?"

"Sebab memahami aku."

"My plessure. Yang penting kau bahagia. Kegembiraan kau, kegembiraan aku juga."

Kegembiraan dia juga? Apa maksud Baekhyun?


Hari yang sangat sejuk.

Aku dan Baekhyun mengambil tempat duduk di luar Hanchaedang restauran, mengamati pemandangan yang sangat menenangkan.

Aku memilih untuk mendiamkan diri, sedangkan Baekhyun tengah kusyuk menangkap gambar candid aku menggunakan Samsung Galaxy Camera. Sesekali aku menjeling ke arah kamera dan tersenyum, dan Baekhyun membalas senyuman aku dengan lembut.

Bertubi-tubi bunyi klik keluar dari kamera.

"Your smile is piece of art." Gumamnya sambil tertunduk melihat hasil tangkapannya di kamera. Hati aku berbunga-bunga. Aku perempuan, okay. Of courselah aku suka kena puji walaupun pujian tu sekecil sebutir pasir.

"Nayeon-ah..." Baekhyun bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Nae?" Jawabku dengan ceria.

"Kau tak menyesal ke berkahwin dengan aku? Maksud aku, dah terlanjur dengan aku?"

Pipi aku merona merah. Perlu ke aku jawab soalan tu? Ia...ia memalukan.

"Menyesal memanglah menyesal. Tapi aku dah tak kisah pasal benda tu. Yang penting kita akan bercerai sesuai dengan janji yang kita dah buat."

"Kau tak takut ke sebab akan jadi ibu tunggal dalam usia yang masih muda?" Baekhyun ketawa kecil.

"Nak buat macam mana kan." Aku mengangkat bahu dan menghelah nafas panjang.

"Kalau kita dah terlanjur bercinta?" 

Serentak dengan itu kami berbalas pandangan.

"Err..itu aku tak tahu lagi. Tapi tak mungkin. Lagi pun kita hanya ada masa dalam 9 bulan dan kita akan bercerai. Tak sempat kot nak bercintan-cintun. Ha! Ha! Haa.." Aku sengaja buat-buat ketawa. Tapi ketawa aku mati begitu sahaja sebab muka Baekhyun serius duamacam menatap aku.

"Kalau aku cakap aku dah terlanjur cintakan kau...kau tetap nak bercerai?" Serius suara Baekhyun. Aku terpegun. Baekhyun mendekati aku dan menyentuh pipiku dengan lembut. 

"Baekhyun-ah.." Aku cuba mencari kebenaran di matanya.

"Wakaka! Acah je." Baekhyun ketawa terbahak-bahak.Mata aku terbeliak besar.

"Yahhhh! Kuang ajo! Kau tengoklah nanti!"  Aku mendengus geram, dan segera berjalan meninggalkan Baekhyun di belakang. Ish, bencinya!

"Yah, tunggulah!"

"Tak nak!"

"Saranghaeyo Nayeon-ah! Muah! Muah!" Jerit Baekhyun sambil menunjukkan bentuk love di kepalanya, lalu menyambung ketawanya semula.

"Blah ar!" 

"Nayeon, aku seriuslah!"


Buekk..beukk..

Dengan reaksi baru-padan-muka-kau, aku berpeluk tubuh di hadapan Baekhyun yang terbongkok-bongkok di hadapan longkang. "Hah kan dah kena. Siapa suruh main-mainkan aku tadi. Tengok kau dah muntah-muntah. Balasan!" 

Entah apa yang dia dah telan sampai termuntah-muntah macam tu sekali.

Buekk..buekk..

Baekhyun muntah sekali lagi. Sebelah tangannya bersandar di pokok dan sebelah lagi memegang perutya yang terasa bagai hendak terkeluar semua usus. 

"Aish...kau okay tak ni?" Soalku yang akhirnya risau tengok keadaan Baekhyun. Lantas aku membantu Baekhyun mengusap-ngusap belakangnya. 

Baekhyun menggeleng. Mukanya berkerut seribu menahan rasa loya.

"Kau boleh berjalan lagi ke?"

"Mian, aku rasa aku tak dapat teruskan plan kita hari ni. Aku dah tak tahan, rasa macam nak baring terus dekat sini." 

Aku pula yang rasa pening tengok Baekhyun macam orang mabuk. Hebat kan, macam mana aku boleh rasa apa yang Baekhyun rasa. Pening-pening, mual-mual. 

Uish, boleh muntah aku dibuatnya.

"Takpe, aku faham. Jom balik. Lagi selesa berehat di bilik."


Dari tadi aku memerhatikan Baekhyun yang terkulai lemah di atas katil seperti orang mabuk laut.

Sebab bosan tak ada buat apa-apa, mata aku rasa mengantuk sangat. Tapi aku tak nak ganggu Baekhyun yang tengah tidur di atas katil, dan aku bukanlah jenis yang boleh tidur duduk.

Aku tak ada pilihan lain. Perlahan-perlahan aku menaiki katil supaya Baekhyun tak terjaga. Aku merebahkan tubuhku di sebelah Baekhyun dan membelakanginya. Di saat aku nak tutup mata, tiba-tiba Baekhyun memelukku dari belakang dan pelukan itu semakin erat.

"Saranghae..jinja saranghae.." Bisik Baekhyun perlahan.

Aku melihat muka Baekhyun. Matanya masih tertutup. Jadi aku simpulkan, Baekhyun cuma mengigau dalam mimpi. Entah-entah ayat yang dia ucapkan tu adalah untuk perempuan yang ada dalam mimpi dia?


"Good morning sayang."

Suara itu sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku membuka mata dan mengambil masa yang lama untuk sedar sepenuhnya.

Semalam yang aku ingat,aku tengah baring atas katil...dan Baekhyun peluk aku...dan aku tertidur di dalam pelukkan dia...dan aku rasa selesa sampai aku tertidur mati..Mai Gad!

"Nak teruskan tidur ke?" Suara Baekhyun sedikit menggoda.

Aku menghadapkan tubuhku ke arah Baekhyun. Dia tersenyum. Secara tiba-tiba Baekhyun mencium hujung hidungku.

Aku terkejut. Tapi yang peliknya, aku langsung tak mengelak dan masih terbaring di sebelahnya.

"Morning kiss yang pertama. Sebenarnya nak chu kau dekat bibir, tapi takut pula kau berubah jadi singa betina." Sindir Baekhyun sambil tersenyum nakal.

Aku bangun perlahan-lahan. Otak aku masih belum dapat mencerna situasi yang sebenar. Kalau tak, dah lama aku menjerit dekat Baekhyun.

Kemudian dia turut duduk macam aku. Bersila atas katil.

"Kau dah okay ke? Masih pening lagi?" Soalku sambil menggosok mata.

"Aku dah okay. Risau juga kau dekat aku kan?"

"Memanglah risau. Walaupun aku tak cintakan kau, kau tetap nampyeon aku, appa kepada anak aku." Wah, spontan pula ayat tu keluar dari mulut aku. Wuek...geli hakak dengar.

"Kalau macam tu..." Spontan merebahkan kepalanya di atas pangkuanku lalu memeluk pinggangku. "...boleh tak appa peluk omma setiap hari macam ni? Omma kamu garang sangatlah. Dia tak bagi appa sentuh dia." Ujar Baekhyun sambil mendekatkan telinganya di perutku.

Terharuuu wei! Aku jahat sangat ke dengan dia selama ni?

Walaupun aku tak tahu nak buat apa, akhirnya aku membiarkan saja Baekhyun buat macam tu. Walau apa pun, dia tetap appa kepada anak aku. Aku tak bolehlah halang dia sesuka hati.

"Err..Baek..aku nak.." Nakhoharom betul lah. Masa ni juga aku nak buang air kecil. Aku nak pergi tandas. Tapi kepala Baekhyun berada atas pangkuan aku. Apa aku nak buat ni?

Aku menggoncang lembut bahu Baekhyun. "Baekhyun-ah..aku nak pergi tandas jap."

Baekhyun hanya membisu. Tangannya masih melingkari pinggangku.

Perlahan-lahan aku melihat muka Baekhyun. Rupa-rupanya dia terlelap dengan senyuman terukir di bibir.

"Laa...boleh pula dia terlelap."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..