Where The Story Began

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

Semuanya bermula apabila..

Suasana di dalam kelab malam itu sungguh meriah. Lampu neon menghiasi setiap sudut di dalam cahaya yang gelap. Belon-belon digantung di sana-sini. Kelihatan orang ramai mula memenuhi tempat tersebut kerana malam itu adalah parti ulang tahun Momo, ketua cheerleader bagi kumpulan Candice. Momo telah menyewa khas kelab malam tersebut untuk meraihkan parti ulang tahunnya.

"Nayeon-ah, kenapa Chanyeol tak datang sekali? Tahun lepas pun dia tak datang. Aku merajuk tahu tak." Ujar Momo sambil menacap mukanya di hadapan cermin di dalam restroom.

Nayeon tersenyum memandang pantulan Momo di cermin. "Chanyeol tak bagitahu ke? Dia betul-betul tak dapat datang. Tapi dia ada kirim hadiah dekat aku untuk kau."

"Dia tak bagitahu pub? Kau cakap dekat dia yang aku merajuk. Aku nak dia belanja aku nanti, okay?" Momo bercekak pinggang. Memang dalam persahabatan Nayeon dan Momo menekankan 'boyfriend kau, boyfriend aku juga'. Sebab tu lah Momo sangat rapat dengan Chanyeol, dan Nayeon langsung tak cemburu.

"Nanti aku bagitau dia."

Tiba-tiba pintu utama terbuka. Jisoo muncul di sebalik pintu.

"Momo, bila kau nak keluar? Your stalkers tengah tunggu dekat luar." Ujar Jisoo dengan nada mengejek.  Jisoo juga ahli kumpulan Candice.

Stalker yang Jisoo maksudkan ialah tak lain tak bukan, fanboys yang terdiri dari pelajar sekuliah mereka juga. Ingat idol aje peminat? Cheerleader pun ada okay.

Momo terkekeh.

"Araseo. Kejap lagi aku keluar." Momo melihat dirinya buat kali terakhir di hadapan cermin, dan membelek-belekkan tubuhnya. Perfect!

"Nayeon, lets go." Momo menggamit lengan Nayeon dan mereka pun melangkah keluar.


Sepanjang parti itu berlangsung, Nayeon hanya menyendiri kerana rakan-rakannya yang lain sedang sibuk bersuka-ria. Lebih-lebih lagi, Nayeon tidak berapa selesa dengan suasana tempat ini.

Nayeon menoleh ke kiri dan ke kanan dengan janggal. Dia sendiri tidak tahu tengah mencari siapa. Akhirnya, Nayeon mengambil tempat duduk di hadapan kaunter bar.  Matanya melilar mencari kelibat Momo dan Jisoo. Dia berasa sangat sunyi. Kalau saja Chanyeol ada pada masa itu, dia pasti tidak berasa bosan.

Setelah lama mendiamkan diri, dan hanya jadi pemerhati rakan sekuliahnya bersuka-ria, Nayeon mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Chanyeol. Dia mula berasa rindu apabila Chanyeol tiada disampingnya.

Hey sayang, tengah buat apa?
Saya bosanlah awak tak ada.
[Nayeon]

Nayeon hanya merenung skrin telafonnya. Dia ternanti-nanti balasan chat dari Chanyeol

Hello..busy ke?
[Nayeon]

Mianhae. Saya tengah busy ni.
Catch you later, okay?
Take care.
[Chanyeol]

Nayeon mengetap bibirnya tanda merajuk.

Hmmmm.. :(
[Nayeon]

Jangan merajuk. Nanti saya belanja awak banyak-banyak,,okay?
Take care!
Luv ya!
[Chanyeol]

Taklah..
Tak merajuk pun.
Happy jer..
[Nayeon]

Nayeon mematikan terus telefonnya. Dia berasa geram dengan Chanyeol.

"Sorang jer ke?"

Suara itu membuatkan jantung Nayeon berdegup kencang. Dia kenal sangat suara itu. Perlahan-lahan Nayeon menoleh ke belakang.

Baekhyun? Bisik hati Nayeon. Dia mula tidak keruan kerana crushnya kini berada di hadapan mata. Nayeon berusaha mengawal perasaannya dan menunjukkan muka tenang sehabis mungkin.

Baekhyun tersenyum gembira. Kini dia bertemu kembali dengan gadis pujaannya buat kali ketiga.

"Boleh aku duduk sekali?" Soal Bekhyun sambil matanya tidak lekang memandang Nayeon yang sangat cantik pada malam itu. Wajahnya jauh berbeza sebelum ini kerana Nayeon kini sedang mengenakan make-up. Dressnya yang berwarna merah terang tanpa lengan menampakkan kulitnya yang putih gebuh. Sesiapa sahaja yang melihat, pasti akan tertarik dengan tubuh badannya.

Nayeon hanya mengangguk.

Baekhyun segera mengambil tempat duduk di sebelah Nayeon.

"Erm..Chanyeol mana?" Soal Baekhyun sambil matanya melilar memandang sekeliling.

"Oh dia tak dapat datang sekali. Dia ada hal." Ujar Nayeon yang kelihatan sangat kekok.

Baekhyun hanya mengangguk. Dalam hatinya sedang bersorak gembira. Ini adalah peluang keemasan untuk mendekati gadis ini.

"Erm, cantik." Sepatah Baekhyun bersuara.

Nayeon memandang Baekhyun dengan hairan."Cantik?"

"Yup, cantik. Kau sangat cantik malam ni. Aku suka tengok kau macam ni."

Pipi Nayeon merona merah. "Gomawo."

"Dalam group korang semua, aku tengok kau seorang je yang pemalu. Kau memang pemalu eh? Atau kau malu dengan sesetengah orang je?"

Dia tengah sindir aku ke? Desah Nayeon dalam hati. Memang dia tengah malu pun, malu dengan Baekhyun.

"Bolehlah. Tapi siapa kenal aku, diorang tahulah perangai sebenar aku." 

Betul, Nayeon bukanlah seayu yang Baekhyun fikirkan. Dia lebih lincah dari itu.

"Erm, kau tak nak minum ke? Dari tadi aku tengok kau asyik mendiamkan diri jer." Baekhyun bertanya lagi, sengaja nak cari alasan supaya boleh mendengar suara Nayeon. Orang kata, tengok bumbung rumah pun jadilah bila dah terlampau rindu.

Nayeon menggeleng."Tak nak. Sebenarnya aku tak biasa minum minuman beralkohol dan aku tak pernah sentuh pun." Ujar Nayeon berterus terang. Memang selama ini dia tak pernah masuk kelab malam apalagi meminum minuman beralkohol.

Baekhyun terkejut."Seolma,  biar betul kau tak pernah sentuh minuman beralkohol? Takkanlah tak pernah langsung?"

"Pernahlah tapi segelas jer dan aku terus tak ingat apa-apa. Aku rasa aku dah mabuk kot." Nayeon teringat kembali peristiwa dimana dia dipaksa oleh Chanyeol untuk meminum minuman keras. Kesannya, Nayeon terus muntah-muntah dan tidak sedarkan diri. Sejak dari itu, dia tidak pernah lagi menyentuh minuman tersebut.

"Kalau macam tu, cuba kau try yang ni." Baekhyun menghulurkan sebuah botol kaca ke arah Nayeon. Kemudian dia menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.

"Apa benda ni?"Nayeon mengerutkan kening memandang ke arah gelas minuman yang berada di hadapannya. Air itu berwarna kuning keeamasan.

"Tu la Champagne. Rasa dia manis, agak pekat tapi tak begitu keras. Nak try ke? Mungkin kau akan lebih tenang selepas tu."

Lama Nayeon terdiam memandang gelas itu dengan ragu-ragu. Sebenarnya Nayeon tak berasa yakin sangat dengan reaksinya bila meminum minuman tersebut. Adakah dia akan menari-nari macam orang gila? Kalau ya, pasti memalukan.

Baekhyun memandang Nayeon yang dari tadi menatap gelas di hadapannya." Nak try ke? Satu gelas dah cukup kot untuk orang macam kau. Aku jamin kau tak akan mabuk. Kau boleh minum perlahan-lahan. Kalau kau tak mampu nak habiskan, tak payahlah teruskan."

Nayeon menarik nafas. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk minum segelas. Denagn pantas, Nayeon meneguk minuman tersebut kemudian terbatuk-batuk 

"Aku kata minum perlahan-lahan, bukannya teguk sampai habis." Baekhyun segera mendekati Nayeon yang terbatuk-batuk lalu mengusap belakangnya. "Kau okay tak ni?"

Nayeon hanya mengangguk.

"Err..aku nak jalan dulu. Aku nak cari kawan aku." Nayeon meletakkan gelasnya dan cuba untuk berdiri tetapi badannya hilang keseimbangan kerana berasa pening. Badan Nayeon terhuyung hayang sehingga Baekhyun terpaksa memegang lengannya.

"Takkan kau nak pergi terus macam tu jer? Erm, macam mana kalau kita menari?"  Ajak Baekhyun, matanya memandang ke arah orang yang sedang menari di hadapan pentas 

"Mianhae, aku rasa tak selesa, lagi pun aku tak pandai menari. Aku jalan dulu." Nayeon segera meninggalkan tempat tersebut dengan rasa pening tapi pinggangnya sempat dipaut oleh Baekhyun.

"Oh come on. Jomlah. Lagu ni taklah rancak sangat. Aku akan pegang kau. Mesti seronok."

Belum sempat Nayeon menolak, Baekhyun terlebih dahulu menarik Nayeon ke ruang tari.

Nayeon terpingah-pingah sambil memandang orang yang sedang menari di sekelilingnya.Tempat itu sungguh janggal buatnya kerana dia tidak pernah menari di kelab malam sebelum ini, dia cuma menari di hadapan penonton di stadium sebagai cheerleader, itu pun sekali sahaja apabila Momo memaksanya kerana mereka kekurangan seorang penari.

Tiba-tiba genre lagu bertukar kepada genre romantik. Baekhyun merenung mata Nayeon dengan tajam sambil tersenyum menggoda. Nayeon menjadi terpampan dengan renungan mata Baekhyun. Jantungnya mula berdebar kencang. Tatkala Baekhyun menghampirinya, Nayeon berundur setapak ke belakang. Baekhyun terus mendekatinya membuatkan Nayeon berundur sehingga dia terlanggar seseorang yang sedang menari di belakangnya.

"Try me." Ujar baekhyun separuh berbisik kemudian menarik lembut bahu Nayeon mendekatinya."Erm, nak aku tunjukkan beberapa step?"

Nayeon nasih dalam keadaan separa sedar. Dia tidak tahu ingin berkata apa."Err..boleh juga."

Baekhyun tersenyum kecil."Great. Okay, kau berdiri dekat sini." Baekhyun menyuruh Nayeon berdiri di sebelahnya. Nayeon hanya menurut."Okay, macam tu, dan aku akan berdiri dekat sini." Baekhyun kini sedang berdiri menghadap Nayeon.

"..and tangan kiri kau letak kat atas sini." Baekhyun memegang tangan Nayeon kemudian diletakkan di atas bahu kirinya dan tangan kiri Baekhyun pula melingkari pinggang Nayeon yang ramping itu. Pipi gadis itu merona merah serta merta.

"..and your right hand please." Baekhyun memegang tangan kanan Nayeon menggunakan tangan kanannya kemudian dijulang paras bahu." Okay, that's good." Baekhyun tersenyum kecil.

Dalam posisi sedemikian, Baekhyun dan Nayeon mula menari mengikut alunan muzik yang romantik itu dalam gerak perlahan dan elegan. Mereka berpusing-pusing sambil bertentangan mata. Baekhyun tersenyum menggoda membuatkan Nayeon tertunduk malu.

Beberapa minit kemudian, Nayeon mula berasa selesa dengan tarian tersebut dan dia bertindak menaikkan tangan Baekhyun yang melingkari pinggangnya ke atas sedikit  tepat di bawah dadanya.

"So, macam mana dengan tarian ni? Mudah kan?"

Nayeon hanya tersenyum.

Kemudian pada satu part, bila muzik mencapai pada kemuncaknya, Baekhyun melepaskan lingkaran tangannya pada Nayeon dan memusingkan tubuh Nayeon menjauhinya dan menariknya semula di dalam pelukannya.

"..And jump!" Ujar Baekhyun.

Nayeon melompat ke dalam dakapan Baekhyun sebaik sahaja dia ditarik mendekati Baekhyun. Kini Baekhyun sedang mendukung Nayeon dan Nayeon turut merangkul leher Baekhyun. Mereka berpusing dalam gerak perlahan sambil bertentangan mata. Masing-masing mendiamkan diri sambil mengamati wajah antara satu sama lain.

Baekhyun menatap wajah yang sangat menggoda itu, yang begitu dekat dengannya, bibir itu..Tanpa dia sedari, Baekhyun mengucup lembut bibir Nayeon 

Nayeon terkejut apabila Baekhyun menciumnya secara tiba-tiba. Tetapi kucupan itu bukanlah paksaan, Baekhyun seperti memberi ruang untuk Nayeon mengelak kalau tidak mahu. Tetapi Nayeon tidak mempunyai tenaga untuk mengelak. Minyak wangi Baekhyun serta haruman minuman Champagne tadi benar-benar mempengaruhi fikirannya dan menggoda Nayeon untuk tidak mengelak apabila dicium.

Ciuman Baekhyun semakin dalam. Dia melumat bibir manis gadis itu penuh gairah.

"Nayeon-ah.." Suara Baekhyun kedengaran terseksa.

Nayeon mendengar suara Baekhyun tetapi fikirannya tertalu kusut untuk mencerna situasi sekarang.Ciuman itu membuatkan Nayeon berasa lemas sehingga dia terpaksa bergantung pada leher Baekhyun.

Bibir mereka masih bertautan. Kemudian Baekhyun menurunkan Nayeon dari mendukungnya lalu mencium bibir Nayeon semula. Jari jemari Baekhyun mula menyelusuri lengan Nayeon, naik turun di sepanjang lengannya dengan gairah.

Nayeon merasakan tubuhnya menjadi panas. Dia sendiri bingung dengan keadaan sekarang. Kepala Nayeob mula berdenyut-denyut dan pandangan matanya semakin kabur.

Kedua-duanya telah hanyut kerana sukar mengawal nafsu. Tanpa disedari, Baekhyun bertindak mengangkat tubuh Nayeon dan dibawa ke dalam bilik karaoke.


Nayeon membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut. Suasana malap di dalam bilik itu membuatkan Nayeon kebingungan. Langsung tidak ada jendela yang membolehkan cahaya matahari masuk.

Nayeon segera duduk sambil memegang kepalanya yang sakit. Suhu yang sejuk membuatkan tubuh Nayeon menggigil dan dia segera mencari-cari selimutnya, dan pada pada masa itulah Nayeon menyedari dia bukan berada di dalam bilik malah tertidur di atas sofa yang besar. Yang lebih mengejutkan, tubuhnya kini tanpa seurat benang

Mata Nayeon menjadi segar serta merta dan dia mula panik. Nayeon memandang sekeliling, tempat itu sungguh asing buatnya. Dia cuba mengingati peristiwa semlam tetapi tiada satupun yang mampu diingatinya.

Tiba-tiba Nayeon merasakan ada sesuatu melilit perutnya dari tadi. Dia menunduk, dan alangkah terkejutnya Nayeon apabila mendapati ada lingkaran tangan ngam-ngam di bawah dadanya yang tanpa seurat benang.

"Arrhhhh!!!" Nayeon menepis tangan itu dan menutup dadanya dengan panik.

Lelaki itu terbangun serta merta. Dalam kebingungan dia bersuara. "Na..Nayeon?"

"Baekhyun?"

"Andwae!!!!!!!!!!!!!!!!!"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..