Something Gone Wrong

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

[Nayeon's POV]

"Wahhhh!! Besarnya!" Suara aku bergema satu pelusuk rumah sebaik saja aku dan Baekhyun melangkah masuk ke dalam apartment pemberian appa. Aku berlari-lari menjenguk setiap perabot macam orang jakun baru pertama kali keluar daripada bawah tempurung. Aku suka! Aku suka!

Aku menghumban punggung aku atas sofa yang empuk lagi lembut itu sambil tersengih-sengih. Manakala Baekhyun tengah meregangkan otot-otot badannya yang mungkin telah mengalami sengal-sengal ketika membawa bagasi aku.

"Bestnya dapat rumah besar. Tak sangka appa baik sangat sampai pinjamkan kita apartment ni. Untungnya aku. Dahlah dapat suami handsome, dapat pula apartment sebijik. Kalau macam ni, kena suruh kahwin 10 pun aku sanggup." Jerit aku dengan bahagia sekali seperti berada di dunia fairytale. Dapat bayangkan tak tahap keterujaan aku tu?

Bpap!

Bantal sofa meluru laju tepat dekat dahi aku.

"Yah!"

Aku menjeling tajam ke arah Baekhyun, dan Baekhyun menatap aku dengan geram."Lu mana boleh kahwin dengan orang lain lagi. Gua tak akan bagi selagi gua masih hidup." Tegasnya.

Fuh! Ayat dia, buat hati aku berbunga-berbunga. Aku dah blushing sendiri tapi aku cuba control macho. Macho?

Sebab tak nak Baekhyun nampak aku blushing, aku tarik dua bagasi aku tadi dan berjalan laju mencari bilik tidur. Satu persatu pintu aku buka, dan bila aku buka pintu yang kedua, mata aku terus bersinar-sinar.

Yup, bilik tidur ada dua dan aku pilih yang besar punya. Wahaha! Sebenarnya aku dah warning Baekhyun awal-awal supaya kami tidur berasingan disebabkan kejadian tempoh hari. Aku dah kata, aku ni lemah semangat dan pemurah hati, jadi faham-fahamlah bila Baekhyun dah usya aku sikit, aku memang kalah dengan dia. Eh, tak malunya aku!

Dengan pantas aku berlari memasuki bilik tersebut. Yang penting, bilik ni besar mengalahkan bilik anak raja. Aku campak bagasi di tepi almari dan terus merebahkan badan aku di atas katil sambil tergolek ke kiri dan ke kanan, menikmati kelembutan katil tersebut.

Tiba-tiba Baekhyun muncul di muka pintu sambil tersengih-sengih. Aku pantas berdiri dan berjalan menuju ke pintu lalu menghalang Baekhyun memasuki bilik aku.

"Eh, ini bilik akulah! Kau pergilah dekat bilik sebelah." Aku menghadang kedua-dua tangan aku di tiang pintu supaya Baekhyun tak dapat masuk.

Dush!

Sekali jer Baekhyun merempuh badan aku yang kecil ni. Aish! Dia ni! Geramnya aku!

"Yah! Kita kan dah janji tidur asing-asing. Kau pergilah tidur dekat bilk sebelah. Bilik ni aku yang cop dulu." Aku menjerit geram ke arah Baekhyun.

"Tak ada pun nama kau tertulis dekat bilik ni? Rumah ni atas nama aku, jadi suka hati akulah nak tidur mana." Baekhyun mengangkat bahu selamba dan tersenyum nakal. Mamat ni! Sengaja nak bagi hati aku geram! Ni semua salah appa aku lah, letak nama Baekhyun sebagai pemilik rumah, aku anak perempuan dia ni tak pula dia letak.

Baekhyun terus merebahkan badannya di atas katil sambil memejamkan mata.

Mata aku membulat besar. "Tak aci!" Bentakku.

"Aci kat India. Pergilah cari dia kat sana."

"Ishhhhh, pergilah tidur bilik sebelah, bilik ni aku yang masuk dulu. Baekhyun-ah..." Aku pandang Baekhyun minta simpati.

"Mana boleh. Bilik ni master bedroom. Jadi bilik ni untuk suami sebab suami adalah ketua keluarga."

"Apasal pulak macam tu? Sepatutnya perempuan mengandung yang mesti didahulukan. So bilik ni aku yang punya."

Aku tengok Baekhyun tengah gelak terbahak-bahak. Ini tak boleh jadi, aku kena pertahankan bilik ni.

Tanpa berfikir panjang aku terus merebahkan badan aku sebelah Baekhyun sambil melentangkan badan aku luas-luas. Sebelah lengan aku terkena di atas dadanya. Baekhyun memandang aku tidak puas hati. Dia turut melentangkan tangannya di atas badan aku. Aku tak nak mengalah, kaki aku pula yang menindih kaki dia. Kemudian Baekhyun turut buat benda yang sama.

Dan akhirnya kami saling tindih-menindih kerana berebut tempat tidur. Badan kami dah berbelit-belit macam ular.

"Okay! Fine!" Aku menjerit geram. Aku mengalah dan terus bangun. Begitu juga Baekhyun. Ugh! Aku geram! Geram!

Aku nekad mengambil bagasi aku yang berada di tepi almari.

Baekhyun memandang aku hairan. "Yah, kau nak ke mana pula tu?"

"Nak pindah!" Ucap aku laju. Tak kuasa aku nak tidur sebilik dengan mamat sengal tu.

"Apa?! Pindah?!" Baekhyun terus pegang tangan aku, tak bagi aku jalan.

"Tak boleh, aku tak bagi!"

"Nak pindah juga!" Bentakku, hentak-hentak kaki.

"Tak payah! Duduk aje dalam rumah ni. Buat apa nak pindah? Apartment ni besar kot. Kalau kau pindah, takkan aku nak tinggal sorang-sorang? Nanti keluarga kita syak yang bukan-bukan." Baekhyun nampak panik.

Aku mengerutkan dahi. Amende yang Baekhyun mengarut ni? "Memanglah aku nak duduk dalam rumah ni, aku cuma nak pindah bilik jer."

"Erk." Baekhyun terkebil-kebil.



[Baekhyun's POV]

Aiyayai, malunya aku. Aku ingat dia nak pindah rumah tadi. Aku garu kening. Sebab segan aku salah faham, aku berkeras tak kasih Nayeon tukar bilik.

"Tak boleh, duduk aje dalam bilik ni."

"Pulak?"

"Tetap tak boleh." Aku peluk tubuh dan menoleh tempat lain.

"Okay, fine!" Nayeon campak semula bagasi dia dekat lantai dan terus keluar bilik.

Aku merenung bagasi Nayeon yang dah terburai pakaiannya. Apasal pula Nayeon badmood tetiba ni? Kena tembak tentera Jepun ke? Eh, lupa pula aku, orang mengandung tak datang bulan.

Akhirnya, sebab kedua-duanya keras kepala, aku tak nak mengalah begitu juga dengan Nayeon, kitorang pun guna bilik ni sama-sama. Aku sebenarnya awal-awal dah tak setuju dengan cadangan Nayeon untuk tidur berasingan. Ish, tak nak aku. Well, dia isteri aku dan aku suami dia. Muahaha! Tapi yang tak bestnya, dia awal-awal dah warning supaya jangan gatal-gatal nak sentuh dia. Hmm...


[Nayeon's POV]


"Ini tak adil!" Amber menghempas kuat pen di tangannya ke atas meja. Aku hampir tercekik straw bubble tea aku. Cekadak sungguh lah Amber ni. Aku datang rumah dia nak bagitahu perkara sebenar, tapi dia pula yang emosional.

"Tak adil apa pulak?" Soalku malas.

"Kau tak bagitahu aku pun kau dah kahwin." Amber mencebik bibir. Lah, ingatkan apalah tadi. Tak gentleman sunggulah bila Amber merajuk, tak sesuai dengan penampilan dia.

"Sorrylah babe, masa tu aku tertekan sangat. Aku malu nak bersemuka dengan semua orang termasuk kau. Aku hampir gugurkan kandungan ni tahu tak, nasib baik Baekhyun sanggup bertanggungjawab." Aku mengeluh kecil. Baru sebentar tadi aku bertengkar dengan mamat sengal tu. Sebab tu aku bawa diri ke rumah Amber.

Wajah Amber semakin berkerut. "Hei, tak percaya aku. Biar betul kau dah berkahwin dengan Baekhyun? Serius? "

"Betul, Amber... Kau faham-faham lah. Aku mengandung..." Tanpa segan silu aku mengangkat baju T-Shirt aku dan menayangkan perut aku yang belum sempurna bentuknya kepada Amber, dan Amber memerhati dengan pelik.

"But why?" Amber tak puas hati. "So Chanyeol macam mana?"

"Chanyeol? Dia tak tahu.." Jawab aku lemah.

"Habislah kau..masuk kat mulut buaya." Amber sengaja menakut-nakutkan aku. Dia ni tak boleh harap langsung. Bukannya nak menyedapkan hati aku, buat aku risau ada lah.

"Dah masuk pun." Jawabku putus asa.

"Erk." Amber buat muka blur. "Tapikan, sampai bila kau nak rahsiakan semua ni dari Chanyeol? Lambat laun dia akan tahu juga sebab perut kau tu bukannya makin lama makin kecil tapi makin membesar. Aish, tak fahamlah aku dengan kau ni. Aku pula tak senang duduk memikirkan nasib kau dengan Chanyeol." Amber terus mencakung atas kerusi sambil mengusut-ngusutkan rambutnya. Sah, keturunan beruk.

Aku terdiam. Betul juga. Tak pula aku terfikir benda tu.

"Nanti aku teranglah dekat dia. Kalau betul dia cintakan aku, aku pasti dia akan faham." Suara aku tersangatlah tidak yakin.

"Kau ingat semudah tu ke?" Soalan ringkas dari Amber membuatkan lidahku menjadi kelu. Fine, Amber menang dalam hal ni.

"Amber, aku rasa...aku dah tak peduli dengan semua tu. Buat masa sekarang ni, aku cuma fokus pada kandungan aku. Bila anak aku dah lahir nanti, masa tu barulah aku putuskan apa yang terbaik untuk aku." Gumamku.

Amber memandang aku tidak berkelip." Nayeon-ah?"

"Apa?"

"Kau dah jatuh cinta pada Baekhyun? Kan?" Soal Amber berhati-hati, matanya tidak lekang memandang aku.

Aku terdiam. Apasal pula Amber cakap macam tu? "Ish, apa yang kau merepek ni?"

"Kau dah tak cintakan Chanyeol?"

"Of course aku masih cintakan Chanyeol." Jawabku tanpa ragu-ragu.

"Kalau kau masih cintakan dia, kau tak akan setenang sekarang ni sebab merahsiakan perkahwinan kau dari dia. Tapi aku tengok kau buat dek jer. Maknanya kau dah tak kisah pasal Chanyeol, aku tahu muka kau kata 'ah, lantaklah apa nak jadi'. Betul tak cakap aku?" Amber tersenyum kambing, ada makna di sebalik senyumannya itu.

Aku tercegat. Kata-kata Amber memberi kesan dalam hati aku dan aku tak tahu sebab apa. Ya betul, aku dah tak kisah, tapi tak semestinya aku tak cintakan Chanyeol lagi, kan?


 

Aku menolak pintu rumah berhati-hati. Aku melangkah longlai memasuki ruang tamu. Kemudian aku terpandang Baekhyun tengah tertidur di sofa, televisyen pula dibiarkan terpasang. Kesian pula aku tengok Baekhyun ni. Tadi dia call berkali-kali tapi aku tak jawab sebab masih bengang dengan dia.

Aku berjalan mendekati Baekhyun. Lama aku mengamati wajahnya, dan aku perasan sesuatu, Baekhyun tertidur dalam keadaan tertekan sebab dahi dia berkerut seribu. Adakah dia risau tentang aku?

Aku mengambil tempat duduk di lantai, di sisi Baekhyun, lalu aku meletakkan dagu aku di atas sofa tersebut beralaskan kedua-dua lengan aku, dan termenung memandang Baekhyun.

Kau dah jatuh cinta pada Baekhyun? Kan? Suara Amber masih terngiang-ngiang di telinga aku. Benarkah? Aku dah jatuh cinta pada Baekhyun?

"Baek...aku dah pulang..." Ucapku separa berbisik. Aku tahu dia risaukan aku.

"Nayeon?" Gumam Baekhyun separa sedar. Dia pandang aku dengan mata yang layu sebab baru bangun tidur, dan aku langsung tak alihkan kepala aku, malah menyentuh pipinya dengan hujung jari seperti kanak-kanak bermain puding, dan menghiraukan Baekhyun yang tengah bingung dengan kelakuan aku.

Banyak sangat benda yang berkecamuk di kepala aku, dan aku nak luahkan pada Baekhyun tapi tak tahu nak mula dari mana, sebab tu aku masih bermain-main dengan pipinya. Lalu aku pandang Baekhyun sekilas tapi reaksinya mendatar saja. Aku berhenti mencucuk pipinya dan berkata sesuatu.

"Pergilah tidur dekat bilik. Dah lewat malam ni."

Baekhyun duduk lalu mengesat matanya. "Tahu pun dah lewat malam. Habis, yang kau balik lewat apasal?" Baekhyun tiba-tiba naik geram.

"Aku merajuk. Takkan itu pun kau tak faham." Aku memeluk tubuh dengan muka masam mencuka.

"Aku tahulah kau tengah merajuk, sebab tu lah aku call kau. Niat aku nak mengayat kau guna ayat power aku tapi kau tak angkat. So melepaslah kau nak dengar ayat aku yang sweet tu." Baekhyun mengangkat-ngangkat sebelah keningnya memandang aku.

Aku tersenyum geli.

"Kalau kau dengar, comfirm cair. Terus tak jadi merajuk." Sambung Baekhyun.

"Konon!"

"Eh, betul lah apa yang aku cakap. Nak test?"

"Apa?"

"Jangan menyesal? Aku akan buat kau tersenyum sekarang juga."

"Dahlah, tak ada kuasa aku nak dengar ayat kau yang merapuh ni."

"Tak nak sudah." Baekhyun pura-pura mengendahkan aku. Matanya menghadap televisyen semula. Aish, apa-apa jer lah. Malas aku nak layan. Mata aku dah mengantuk, badan aku pun dah lenguh sebab aku naik bas jer tadi.

""Baekhyun-ah, jomlah masuk bilik. Aku mengantuk dah ni."

"Tak nak. Kau masuk lah dulu. Aku nak tengok TV jap." Ujar Baekhyun, matanya tengah kusyuk memandang TV.

Aku membuat muka meluat. Tadi siang dia yang beria-ria nak tidur sebilik dengan aku.

Lantas aku mengambil tempat duduk di atas sofa dan termenung seorang diri. Baekhyun melirik ke arah aku sambil tersenyum-senyum. Tiba-tiba spontan dia mengucup dahi aku.

"Alolo~merajuk lah tu. Jom, jom." Baekhyun bertindak mengangkat aku dengan mudahnya dan berjalan menuju ke bilik. Aku terkejut tapi tak mampu nak melawan sebab aku dah penat. Dalam diam, aku menyembunyikan senyumanku. Hehe~


[Baekhyun's POV]

"Awas kalau kau buat benda tak senonoh lagi, aku gigit tangan kau sampai berdarah. Jangan ingat aku tak berani buat eh." Nayeon merenung tajam mata aku yang tengah baring di sebelah dia. Siap letak bantal peluk dekat tengah-tengah lagi.

"Araseo." Aku mengyakan tapi mata aku mengarah ke lurah dadanya yang terdedah. Pewit~

Dengan pantas aku melarikan pandangan aku, dan mengipas-ngipas diriku menggunakan kolar baju tidur. Agak-agaklah nak larang aku, sedangkan dia sendiri pakai pakaian macam tu, gaun tidur satin berwarna pink tanpa lengan. Terserlah warna kulitnya yang putih gebu.

Ini nak uji aku ke apa? Ikutkan hati, dah lama aku rembat.

"Betul?" Nayeon inginkan kepastian.

"Err, aku tak boleh jamin." Saja je nak bagi dia panik. Haha!

"Baekhyun!" Nayeon menuding jarinya ke arah aku.

Aku mengangkat bahu dengan senyuman nakal." Apa yang kau expect bila lelaki dan perempuan tidur berdua-duaan? Main polis intip? Main masak-masak? Kecualilah lelaki tu gay, baru aku percaya yang dia tak sentuh langsung perempuan tu." Sinisku, kemudian terkekeh.

Bpap!

Aduh! Nayeon memukul aku dengan bantal peluknya.

"Sakit tahu!"

"Tahu sakit! Hati aku lagi sakit!"

"Aku gurau, takkan itu pun tak boleh?"

"Gurau taik kucing! Kalau kau buat juga, comfirm besok aku keluar terus dari bilik ni. No more excuse!" Nayeon terus menarik selimut menutupi badannya sampai ke dagu.

Aku tersengih kemudian membelakangi Nayeon yang dah pejam mata. Aku mematikan lampu, bilik menjadi sunyi sepi serta merta. Terasa sungguh janggal, mungkin juga suasana bilik yang baru. Mata aku berkelip-kelip di dalam kegelapan.


 

[Nayeon's POV]

10 minit kemudian...

Aku masih tak dapat lelapkan diri, hanya mata aku saja yang terpejam. Banyak benda yang aku fikir sekarang ni mengalahkan Perdana Menteri.

"Nayeon-ah...kau dah tidur ke?" Tiba-tiba suara Baekhyun kedengaran. Lah...aku ingat dah tidur. Nampaknya kami mengalami nasib yang sama.

Aku malas nak jawab, aku hanya mendiamkan diri.

Baekhyun menghadapkan badannya ke arah aku dan bergumam sesuatu. "Aku tak dapat tidurlah."

Aku menatap muka Baekhyun dalam kegelapan. Tak berapa jelas sangat." Aku pun tak dapat tidur juga."

Perlahan Baekhyun mengalihkan bantal peluk yang menjadi penghalang antara kami. Tiba-tiba Baekhyun melingkari tangannya di perut aku.

"Yah! Kan aku dah kata jangan sentuh aku." Darah menyerinap masuk di tubuhku serta merta.

"Alaa..setakat macam ni jer. Aku janji takkan buat lebih dari ni."

Aish, mengada-ngada pulak si Baekhyun ni.

20 minit kemudian...

Aku terjaga setelah berjaya terlelap dalam masa 10 minit. Aku terjaga pun sebab aku rasa ada sesuatu merayap di dalam baju aku. Dasar Baekhyun!

"Aku bagi kau seminit untuk lari..." Ucapku perlahan tapi sinis.

"Ni roh Baekhyun, dia dah lama tidur."

What the? Ketawa aku hampir meletup tapi aku tahan. Adakah patut dia cakap macam tu.

"Byun Baekhyun, seminit dah nak habis. Baik kau lari sebelum aku buat sesuatu di luar jangkaan kau..." Aku menarik nafas berat, cuba bertenang memandangkan amaran aku tak membawa kesan langsung terhadap Baekhyun.

Seminit dah tamat.

"Baekh-" Belum sempat Baekhyun hendak lari, aku terlebih dulu menerkamnya dan menindihnya agar tak dapat lari, tapi aku tak buat apa-apa malah merenung Baekhyun dengan pandangan misteri.

"Okay, kau buatlah apa yang kau suka. Aku tak kisah." Ujar Baekhyun, menyerah kalah sebelum mengetahui apa yang aku nak buat.

"Dasar Baekhyun..." Aku tersenyum sinis. Aku mengetap bibir dengan menggoda sambil menatapnya yang begitu dekat. "Aku dah bagitahu kan yang aku ni lemah semangat..." Aku cuba bagi hint dekat Baekhyun, serentak dengan itu dia menolak aku ke bawah, dan gilirannya pula menindih aku.

Aku tersenyum, begitu juga dengan Baekhyun. Sepertinya kami tengah memikirkan benda yang sama saat ni.

"Ni bukan trick nak gigit tangan aku, kan?"

Aku tergelak teringat peristiwa hari tu. Pantas aku menolaknya ke bawah, kami bertukar posisi sekali lagi.

"Nope." Jawabku. Baekhyun tersenyum meleret membuatkan pipi aku merona merah. Dan kali ni aku sendiri baring di sebelah dia. Baekhyun menaiki aku dengan berhati-hati agar tidak membahayakan kandungan aku.

Sesaat kami terdiam.

Baekhyun macam tak percaya aku serahkan diri aku, dan aku sendiri tak percayakan diri aku.

"Aku tak paksa kalau kau tak nak." Gumam Baekhyun setelah lama memerhatikan aku.

Aku menggeleng. "No, i'm okay..."

Tanpa membuang masa, Baekhyun cuba meleraikan tali bahu gaun aku dengan menggoda. Aku memejamkan mata dengan gugup.

Tapi tak sampai seminit, Baekhyun mengucup aku di dahi, lalu mengalihkan tubuhnya dariku. Aku membuka mata kebingungan.

"Mianhae, lain kali aku tak buat lagi." Suaranya kedengaran telus, tapi wajahnya mendatar saja. Baekhyun menaikkan semula tali bahu gaun aku, dan dia turun dari katil. Aku hanya memerhatikan setiap gerak langkahnya yang aku rasa... tidak normal?

Baekhyun mengambil bantalnya lalu mengucapkan sesuatu. "Goodnight. Sweet dream." Lantas dia berjalan ke arah sofa, merebahkan tubuhnya di situ, dan melelapkan matanya.

Aku terdiam.

Baekhyun dah kenapa?


 [Baekhyun's POV]

♪Bultaorune! Fireeeeeee♪

Mak aih! Aku terkejut beruk mendengar lagu kegemaran Nayeon berkumandang. Laju saja aku terduduk tegak kemudian terpingah-pingah seorang diri.

Rupa-rupanya alam telefon milik Nayeon yang berbunyi. Aih, tak pasal-pasal aku terkena heart attack. Ingatkan betul-betul ada orang jerit api tadi.

Setelah aku sedar sepenuhnya dari tidur, aku mendapati diriku berada di atas sofa, dan sehelai sehelai selimut melitupi diriku.

Aku tersenyum. Mesti Nayeon yang selimutkan aku.

Bila teringatkan insiden semalam, aku sebenarnya bukan saja-saja nak elakkan diri dari Nayeon. Sebenarnya, aku terkilan. Maksud aku, tak lah sampai tahap merajuk, tapi aku rasa lain macam bila terpandang rantai yang tergantung di leher Nayeon.

Semalam, masa aku nak leraikan tali bahu gaun Nayeon, mata aku secara tak sengaja tertancap pada buah rantai Nayeon yang berbentuk bulan sabit serta ada huruf N tergantung di tengahnya, dan sesuatu menyentak benakku serta merta.

Aku ingat lagi, rantai tersebut adalah pemberian daripada Chanyeol ketika di majlis prom suatu ketika dulu. Bulan sabit tu melambangkan nama Chanyeol iaitu 'C' dan huruf N sudah tentunya Nayeon.

Macam mana aku boleh tahu? Sudah semestinya aku tahu, dan aku yakin bukan aku seorang saja yang tahu, sebab malam tu, Chanyeol sendiri confess dekat Nayeon secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Mereka siap dapat tepukan gemuruh lagi ketika Chanyeol mengucup dahi Nayeon. Masih tersemat jelas di mata aku betapa gembiranya Nayeon ketika itu. Senyumannya... aku tak pernah lagi tengok dia sebahagia itu.

Ughhhh!! Geramnya aku!

Tak semena-mena aku keronyok selimut yang berada di pangkuan aku sambil mengetap gigi. Hei, sakit hati aku tahu tak bila ingat peristiwa tu balik.

Tapi kenapa baru semalam Nayeon pakai rantai tu semula sejak kami berkahwin? Dan pasal rantai tu lah aku terpaksa membatalkan niat aku semalam. Mmm.


[Nayeon's POV]

Hari ni aku bangun lebih awal dari selalu memandangkan semester ketiga dah bermula. Nak tak nak, aku terpaksa juga bangun awal sebab nak siapkan sarapan. Maklumlah, sekarang dah bertiga termasuk kandungan aku. Makan minum aku yang jaga, kemas rumah, masak, cuci kain, semua aku yang buat.

Dulu lainlah, aku bangun sampai tengah hari pun, omma ada untuk uruskan semua. Aku tahan telinga je selalu kena bebel, 'amalkan lah selalu bangun lambat tu, biar jadi andartu, tak ada lelaki nak meminang'. Tub tub sekarang aku dah kahwin dah pun.

Tapi bukan dengan lelaki pilihan aku. Park Chanyeol.

Aku berhenti mengacau bubur ayam di dalam periuk, dan menggamit rantai yang tergantung di leher aku. Aku mengamati rantai itu sedalam-dalamnya dan perasaan rindu mula menular di dalam diri aku.

Rantai ni sangat bermakna buat aku. Chanyeol sendiri yang pakaikan ketika dia confess nak jadi teman lelaki aku. Hanya teringatkan peristiwa itu sudah mampu membuatkan aku tersenyum.

Tink! Tink! Tink!

Chanyeol mengetuk gelas kaca dengan gerpu, cuba menarik perhatian para hadirin yang hadir di majlis prom tersebut. Orang ramai mula mengelilinginya apabila dia berkata ada sesuatu yang ingin di sampaikannya.

Aku yang ketika itu sedang menikmati chocolat fondue, langsung tidak menghiraukan pengumuman Chanyeol, tapi tanganku tiba-tiba ditarik oleh Momo dengan tergesa-gesa.

"Jar ar, aku nak makan ni." Marahku, belum puas menikmati chocolat fondue tersebut.

"Aish, kau boleh makan nanti. Ada yang lebih mustahak dari ni. Jom pergi sana."

Aku hanya mencebik. Momo memerhatikan wajah aku, entah kenapa dia beria-ria mengemaskan rambut aku, kemudian dia membersihkan sisa coklat di bibir aku. Aku hanya berkerut. Momo tersenyum puas.

"Kajja!" Ujarnya teruja lalu menarik aku di dalam sesakan orang ramai.

"Guys, malam ni saya nekad nak cari penjenayah yang dah mencuri sesuatu berharga dari saya, sesuatu yang saya tak boleh hidup jika ia dicuri." Ujar Chanyeol serius. Aku terkejut, begitu juga dengan yang lain. Mereka mula berbisik antara satu sama lain.

"Im Nayeon!" Chanyeol menuding tepat ke arah aku.

What?!

Mata aku terbeliak besar, jantung aku ingin tercabut dari badan . Kenapa aku?! Aku bukan pencuri!

Aku menatap orang di sekeliling yang mula memandang keji ke arah aku. Darah panas menyerbu tubuhku serta merta. Aku tercegat tanpa bergerak.

"Im Nayeon, aku minta kau pulangkan balik apa yang kau dah curi dari aku." Tegas Chanyeol. Sungguh! Aku malu sampai tahap nak menangis.

"Bukan aku." Ucapku bergetar. "Aku tak curi apa pun dari kau. Ni mesti salah faham. Betul, aku tak tahu langsung pasal ni."

Aku memandang Momo minta tolong, tapi dia hanya tersenyum. Aku tersentak, adakah Momo turut bersubahat? Kemudian aku pandang Chanyeol, lelaki yang aku puja selama ni, lelaki yang dah berjaya buka pintu hati aku, tak sangka...dia sanggup tuduh aku.

Chanyeol berjalan ke arah aku dengan serius membuatkan hati aku berdebar-debar. Adakah dia akan tengking aku? Atau memalukan aku dengan lebih teruk? Memikirkan semua itu hanya membuatkan aku bertambah takut.

Sebaik saja Chanyeol berhenti tepat di hadapan aku, lampu terpadam serta merta, dan satu-satunya lampu spotlight fokus ke arah aku dan Chanyeol.

Seperti tersedar dari mimpi, aku membatu dan diam tak terkata. Apa dah berlaku?

"Nayeon-ah..."

Dan disaat aku mendongak memandang Chanyeol, aku terpampan melihat senyumannya...yang begitu mengasyikkan. Matanya... matanya yang bercahaya, menatap aku dengan penuh hasrat.

"Apa semua ni?" Gumamku, antara sedar dan tidak sedar.

Chanyeol menggamit kedua-dua tangan aku lalu berkata sesuatu. "Pulangkan hati aku semula yang kau dah curi sejak pertama kali kita berjumpa, Im Nayeon."

"Cha-Chanyeol?"

Ya, dan pada malam tu juga kami officially in relationship.

Kalau nak tahu, aku sengaja memakai semula rantai pemberian Chanyeol sebab hari ni aku dah start pergi kuliah. Sudah tentu aku tak nak Chanyeol syak yang bukan-bukan bila dia nampak aku tak pakai rantai tu. Tapi sebenarnya aku ada sebab yang lebih penting dari itu...

Sejak aku pulang dari rumah Amber semalam, kata-kata dia sering menjadi fikiran aku.

Kau dah tak cintakan Chanyeol?

Kau dah tak kisah pasal Chanyeol?

Aku cuba menidakkan kata-kata Amber. Akhirnya aku pakai semula rantai ni, supaya Chanyeol selalu terasa dekat di hati aku.


Baekhyun baru muncul di ruang dapur, dan aku langsung tak bagi ucapan selamat pagi, sebab reaksi muka dia tak mengizinkan.

Entah apa yang dah melanda suasana ruang dapur kami sehingga aku rasa 'awkward' yang amat sangat bila Baekhyun muncul. Serius, aku sendiri tak tahu sebab apa aku rasa gemuruh. Nak pandang muka dia pun aku terpaksa curi-curi.

Mungkin pasal insiden semalam kot? Aku tertanya-tanya, kenapa dia tak teruskan semalam? Kenapa dia tiba-tiba mengasingkan diri? Baekhyun yang aku kenal tak akan sia-siakan peluang yang aku bagi. Sedangkan kalau aku tak bagi sekali pun, dia sendiri yang akan usya aku.

Ya, aku panggil tangan Baekhyun ialah tangan ajaib sebab setiap malam, mesti ada sesuatu yang merayap dalam baju aku. Geez!

"Hmm!" Aku sengaja berdehem ketika sedang menyiapkan sarapan di atas meja. Aku sengaja nak tarik perhatian dia, tapi dia hanya pandang sekilas lalu menarik kerusi dan terus duduk.

Okay, nampaknya taktik aku tak menjadi.

Akhirnya, kami masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati sarapan. Adoyai, aku boleh mati sekarang juga sebab keadaan memang sangat janggal! 

Aku sentiasa curi-curi pandang Baekhyun, tapi dia buat dek jer dengan aku. Hei, ini dah melebih-lebih!

20 minit berlalu...

Baekhyun menolak kerusi dan berdiri. "Gomawo." Ucapnya sepatah apabila selesai sarapan. Aku hanya membalas dengan anggukan. Sebenarnya aku dah lama siap makan, aku cuma temankan dia duduk situ sehingga dia selesai.

Lantas aku memungut semua pinggang mangkuk dan bawa ke singki. 

Aku termenung layan perasaan sendiri, sehinggalah satu saat Baekhyun memanggil aku.

"Nayeon-ah.

"Neh?" Aku menoleh, dan sebaik saja aku menoleh, bibir kami bertemu serta merta, kerana Baekhyun memang sengaja berada di belakang aku.

Yah! Taktik nakal!

Mata aku juling menatap Baekhyun yang begitu dekat dengan aku. Baekhyun tersengih. Dia masih belum melarikan bibirnya. Kami tak bercumbu, cuma bibir kami saja bersentuhan.

Menyedari Baekhyun balik semula dekat perangai asal dia, aku tersenyum. Barulah Baekhyun menjauhkan dirinya.

"Geramnyaaa pipi!" Spontan Baekhyun mencubit pipi aku lalu melarikan diri ke ruang tamu.

Ceh! Aku tahulah pipi aku makin tembam macam pau.

 


 

Sorry lama tak update,
Busy dengan homework,
Harap korang faham.

Kay, tu jer..PaiPai ^__^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..