Closer To Your Heart

He's My Byuntae Husband ! (REACTIVATED, CHARACTERS CHANGED)

Hari ni ialah hari terakhir aku dan Baekhyun menikmati percutian sempena perkahwinan kami yang singkat ini. Setelah seminggu menjalankan kehidupan sebagai isteri Baekhyun, nampaknya taklah seteruk yang aku bayangkan. Banyak kenangan manis yang telah kami lakarkan bersama dalam masa seminggu. Dan aku mungkin tak akan lupakan kenangan tersebut sampai bila-bila sebab Baekhyun juga pernah menjadi sebahagian dari kamus hidup aku apabila kami bercerai kelak.

Memandangkan esok aku dan Baekhyun mula masuk kuliah, Baekhyun dah berjanji akan menjadikan hari ini sebagai hari yang paling istimewa buat aku. Bukan bermaksud dia nak bawa aku tempat mewah-mewah, kali ni lebih bersifat santai, dimana hanya ada dia dan aku.

Tapi tadi pagi, Baekhyun sekali lagi terkena morning sickness. Tak paham aku, aku yang mengandung, dia pula yang lebih-lebih muntah bagai.

"Keluarlah kejap. Mari aku tengok." Ujarku dari luar. Aku mengetuk-ngetuk pintu tandas sekali lagi dengan perasaan risau. Dari tadi lagi Baekhyun asyik muntah-muntah dekat dalam tandas. 

"Baek, kau okay tak ni? Bukalah pintu." 

"Chamkan.."Jerit Baekhyun lemah kemudian muntah sekali lagi.

"Bukalah pintu..."

Beberapa saat kemudian, daun pintu ditolak. Baekhyun muncul dengan pucat lesi lalu bersandar pada tiang pintu Aku segera mendapatkan Baekhyun. Aku kesian sangat tengok dia, macam nak pengsan.

"Aku bawa kau jumpa doktor,okay? Aku risaulah. Mungkin kau keracunan makanan."

"Gwenchana, aku okay."

"Jomlah..." Aku cuba memujuk Baekhyun sambil mengusap-ngusap belakangnya. Walaupun aku selalu marah-marah dia tapi aku tetap risau bila tengok kedaan dia.

Baekhyun tersenyum lemah kemudian mengangguk.


"Jangan risau, inilah yang dikatakan pembawaan ibu mengandung. Ianya perkara normal bagi pasangan suami isteri mendapat alahan ketika si isteri sedang mengandung." Ucap seorang doktor perempuan yang dikenali sebagai doktor Song.

Aku dan Baekhyun mengangguk serentak. "Ouhhh.."

"Erm, by the way, mama tak menghidapi sebarang alahan ke? Muntah-muntah ? Mengidam?" Soal doktor Song ke arah aku menggunakan gelaran mama.

Aku menggeleng.

"Tak percaya aku." Sindir Baekhyun. "Doktor, kalau nak tahu selera makan dia dah meningkat dua kali ganda dari selalu. Dulu makan sekali round je, sekarang dah bertambah dua round. Tengok pipi dia doktor, dah tembam."Selamba badak Baekhyun bercakap dengan muka no feeling. Ek'eleh mamat ni, kalau dah sakit tu buatlah cara orang sakit.

Aku mencubit geram pinggang Baekhyun sehingga tubuhnya terlentok menahan sakit, manakala doktor Song hanya tersenyum geli.

"Boleh saya tahu kenapa?" Sambungku.

"Mungkin belum tiba masanya lagi. Kamu sepatutnya bersyukur sebab suami kamu yang menghidapi semua alahan tersebut. Selama saya menjadi doktor, kes macam ni jarang berlaku. Maknanya, suami kamu amat menyayangi kamu sehingga semua alahan kamu dia sanggup tanggung." Doktor Song ketawa kecil.

Aku hanya berpura-pura ketawa, meluat tengok Baekhyun bangga diri. Sayanglah sangat~ 


"Whoaaaa, jinja yepeuda!" Aku berlari anak ke arah jambatan yang terletak di Lotte World River sambil mendepakan tangan. Rambut aku berlayangan ditiup angin ketika aku berlari.

Seperti yang dijanjikan, Baekhyun membawa aku ke Lotte World, tempat yang paling menarik setakat ni aku pernah pergi. Sumpah! Aku kagum sangat berada di tempat ni. Ada sebabnya Baekhyun bawa pada waktu malam kerana pemandangannya pada waktu malam sangat cantik diterangi lampu berwarna warni. Sangat elegen, sangat romantik, sangat sesuai untuk untuk pasangan yang sedang hangat bercinta.

Kami sempat bersiar-siar sambil menangkap gambar, memasuki setiap rumah-rumah tema, dan bermain permainan funfair yang ada di dalam Lotte World tersebut.

Dan akhirnya, kami berhenti sebentar di Lotte World River, menghabiskan sisa-sisa malam terakhir kami.

"Macam tak puas kan?" Gumam Baekhyun yang baru menyusul dari belakang. Dia berdiri tepat di sisiku. Kami berdua hanyut melihat pemandangan indah di hadapan kami, sebuah sungai yang sangat besar yang dipenuhi cruise pelancong.

Sesekali angin bertiup membuatkan kami menggigil kesejukan. Wap putih yang dirembeskan melalui mulut dan hidung menunjukkan betapa sejuknya suhu pada masa itu. Baekhyun lantas menarik bahu aku mendekatinya dan meletakkan lengannya di atas bahu aku, mengusap-ngusap sekitar bahu dan lenganku dengan turun naik, sehingga aku rasa hangat sedikit.

"Kau ingat lagi tak bila kita first time berjumpa? Aku masih ingat sampai sekarang." Gumam Baekhyun memecahkan suasana hening antara kami sekali gus membawa aku ke masa lalu.

Aku mencuri-curi pandang Baekhyun dari tepi. "Ingat."

Mestilah aku ingat.Aku takkan lupa sampai bila-bila sebab masa tu lah aku ada crush dekat Baekhyun.

"Aku rindu sangat saat-saat tu. Saat dimana kali pertama aku bertemu dengan seorang gadis yang sentiasa mampu membuatkan hati aku bergetar. Masa tu kau nampak adorable sangat. Aku rasa aku dah jatuh cinta, so aku pun trylah nak usha kau tapi tak tahu pula kau dah ada Chanyeol masa tu.Aku pun kecewa tahap gaban." Baekhyun ketawa kosong. Sekali lagi, luahan yang mengejutkan dari Baekhyun.

Buat hati dia bergetar? Jatuh cinta? Kecewa? Apa maksud Baekhyun?

"Dan masa tu jugalah aku ada hati dengan kau." Gumamku. Aku mengaku, aku suka Baekhyun, dan Baekhyun pun dah lama tahu, tapi perasaan tu sekadar 'suka'.

Baekhyun merenung mata aku dalam-dalam. "Setakat jadi crush kau, aku tak hairanlah. Erm, by the way aku dah lama nak tanya kau soalan ni. Kau sendiri mengaku yang kau suka aku tapi kau kata kau tak cintakan aku. Hmm..Macam mana pula tu?"

"Sebenarnya aku pun tak tahu. Aku sendiri tak pasti. Aku amat cintakan Chanyeol tapi pada masa yang sama aku menyukai lelaki yang bernama Byun Baekhyun." Dengan yakin aku meluahkan perasaan aku yang menjadi rahsia selama ini.

Baekhyun kebingungan."Suka dengan cinta tak sama ke?"

Aku menggeleng." Nope. 'Cinta' adalah untuk orang yang benar-benar aku sayang. Tapi perasaan 'suka' ...hmm..macam mana nak cakap eh?" Aku sendiri buntu, tak tahu nak jawab apa.

"Sebab aku handsome, so kau pun suka aku? Macam tu?" Soal Baekhyun tenang kemudian ketawa kecil apabila menyebut dirinya handsome.

"Yup, so true. So 'cinta' dengan 'suka' adalah dua perkataan yang berbeza."

Baekhyun mengangguk faham. Kemudian kami masing-masing mendiamkan diri, melayan perasaan sendiri. Tanpa aku sedari, aku tersenyum sendiri bila terkenang kembali peristiwa  aku dan Baekhyun pertama kali berjumpa. Fikiran aku mula melayang jauh.

"Nayeon-ah..." Panggil Baekhyun perlahan membuatkan aku terjaga dari mengelamun.

"Nae?"

"Kali ni biar aku pula yang bagitau kau. Naik sini." Ujar Baekhyun sedikit teruja kemudian memberi isyarat supaya aku duduk di atas penghadang jambatan.

Aku hanya menurut. Baekhyun memegang pinggang aku dan mengangkat aku dengan mudah duduk di atas penghadang jambatan tersebut.

Mak aih! Gayat!

Menyedari aku sedikit cemas, Baekhyun mendekatkan tubuhnya dan melingkarkan tangannya dipinggang aku agar aku tidak terjatuh ke belakang. Aku turut merangkul lehernya untuk mengimbangi badan aku yang tidak stabil. Kalau tak, sia-sia aku terbalik ke belakang dan terjatuh ke dalam air.

"So cakaplah." Aku menatap muka Baekhyun yang sangat dekat dengan aku, yang berdiri betul-betul di hadapan aku, 

"Erm, okay sebenarnya aku pun dah lama perhatikan kau."

"Hmm..So?"

"Aku dah tahu kau memang ada hati dengan aku. Kau ingat aku tak perasan, asal kita berselisih, muka kau terus menggelabah. So, masa tu aku realise then bertekad nak tegur kau tapi kau selalu berkepit dengan Chanyeol. So, aku lupakan je lah niat aku tu."

Pipi aku merona merah."Jinja?"

"Yup! Kau rasa kenapa aku cuba nak rapat dengan kau walaupun aku memang dah tahu kau ada boyfriend?" 

Lama aku terdiam. Aku sendiri tak tahu. "Hmm..entahlah."

"Sebab.." Muka Baekhyun nampak nervous membuatkan aku lagi nervous.

"Sebab?"

"Hmm..okay, aku mengaku kau sangat attractive bila pertama kali aku nampak kau. Kau buat aku sangat excited untuk pergi kuliah setiap hari. Tapi!"

Tapi?

"Tapi aku tetap ada ego sebagai seorang lelaki. So aku tak akan mengaku yang aku cintakan kau..but..you know my feeling, right?" Baekhyun tersenyum ikhlas.

Aku cuba mencerna ayat Baekhyun satu persatu. Lama aku terdiam cuba mencari jawapan di mata dia, dan ketawa aku meletus ketika aku sedar maksud di sebalik semua tu. Apa yang dimaksudkan Baekhyun ialah dia suka aku!

"Kau ingat aku akan tertipu buat kali kedua. Kau saja nak sakat aku kan? Baik kau mengaku." Aku menudingkan jariku ke arahnya.

Baekhyun menunjukkan muka putus asa. "Aku seriuslah.Kau tak nampak ke mata aku dah bersinar-sinar ni? Aish, aku dah agak dah kau tak percaya."

"Baik. Kalau betul apa yang kau cakap tu, aku nak kau bagitahu satu dunia ni yang kau cintakan aku." Aku cuba mengugut Baekhyun. Memang sah lah dia tipu.

Tiba-tiba Baekhyun mendekatkan mukanya di telingaku dan membisikkan sesuatu." Aku cintakan Im Nayeon, dan aku serius jadikan dia isteri aku yang sah..."

Nada Baekhyun kedengaran telus. Aku terkesima, tapi aku laju menyedarkan diriku.

"Aku nak kau jerit dekat satu dunia bukannya bisik di telinga aku."

"Tapi...kaulah dunia aku. "Suara Baekhyun sangat menggoda membuatkan hati aku nak tergolek-golek ke dalam sungai. Tapi aku cuba kawal reaksi muka aku supaya tak blushing 

"Okaylah, aku terimalah cinta kau yang tak ikhlas tu."

"Aish, jinja! Aku cakap betul lah." Baekhyun mencubit pipi aku dengan geram.

"Aduh, sakit-lah!"

"Aku tak akan lepaskan selagi kau tak percaya."

"Araseo, araseo. Aku percaya, sumpah."

"Hmm! Tak ikhlas!" Geram Baekhyun. Tangan dia masih di pipi aku. Dia buat muka aku macam belon. Suka hati je dia tarik.

Dengan geram, aku turut mencubit pipi Baekhyun. Tak semena-mena pula kami mengadakan pertandingan cubit pipi. Siapa yang lepaskan tangan dulu, dikira kalah.

"Lepaskan tangan kau dulu, dan aku akan lepaskan tangan aku." Tegas Baekhyun

"Tak nak." Aku menggeleng. Mata aku mula berair sebab pedih tapi aku tak boleh mengalah! 

"Cepatlah..aku..dah tak tahan ni.." Suara Baekhyun tersekat-sekat.

"Lepaskan tangan kau dulu."

"Kau dulu."

"Aku kata kau dulu. Eee.." Aku mengoyang-goyangkan muka Baekhyun dengan tangan aku yang masih mencubit pipinya. Fuh! Pedas!

"Ugghh! Tak aci, kau main tipu." Baekhyun membuat aegyo, berpura-pura merajuk.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak lepas, aku akan cubit pipi kau dengan lagi kuat. 1..2..3.."

"Araseo, araseo. Aku lepaskan." Akhirnya Baekhyun mengalah. Yeah!

"Arr..cakitnye..."Okay, bahasa alien aku dah keluar. Aku menggosok-gosok pipi aku yang dah merah sambil merengek kecil. Aku tak menangis pun, tapi mata tu yang main peranan.

"Aww~ Mian, mianhae...Sakit ke? Ciannye.." Baekhyun mengusap-ngusap pipi aku yang dia dah cubit tadi. "Saya tak sengaja. Dekat mana yangg sakit?" Ujarnya dengan suara keanak-anakan.

"Sakit tang sini, sakit tang sini." Aku menunjukkan jariku di dahi dan hidung.

"Aww~Sorry sayang. Takpe, meh saya ubatkan." Spontan Baekhyun mengucup dahi dan hidung aku.

Aku tersenyum sebab lucu. "Kat sini." Aku menunjuk ke arah bibir sambil membuat aegyo. Ommo! Apa dah jadi dengan aku?

Baekhyun tersenyum.

Chup~ Chup~ Chup~

Aku tersenyum malu serta merta.Pipi aku rasa terbakar. Panas.

"Sakit lagi?"

Aku menggeleng. Lama kelamaan kami ketawa terbahak-bahak.

"Daebak!  Apa dah jadi dengan Im Nayeon yang aku kenal?" Soal Baekhyun teruja.

Pipi aku berubah merah. Aku sendiri tak sedar dengan perangai aku. Ah, lantaklah. Apa salahnya aku buat macam tu? Dia suami aku apa?

"Baek, aku perempuan dan kau lelaki. It's normal kan?"  Spontan aku menarik muka Baekhyun kemudian...kemudian aku mencium bibirnya. Aku! Dah! Gila! 

Sebenarnya aku hanya sentuh saja, tapi Baekhyun bertindak merangkul leher aku agar aku tidak melepaskan kucupan tersebut.

Baekhyun cuba bermain dengan membuat kucupan-kucupan kecil di bawah bibir aku membuatkan aku terasa nak lagi dan lagi.

"Baek...Baekhyun..." Sumpah! Aku tak bermaksud nak sebut nama Baekhyun! Arggghh, bencinya! Sekali lagi aku mengeluarkan bunyi 'aneh' di hadapan Baekhyun.

Baekhyun tersenyum, dia tahu sangat kelemahan aku.

Tak tahan dengan godaan bibir Baekhyun , pantas aku terlebih dahulu mencium Baekhyun dengan lebih agresif tapi tak sempat sebab..

PONNN!!!

"Arrhh!!"

Gedebuk!

"Nayeon-ah!"

Aku terjatuh dari penghadang jambatan. Bunyi hon dari kapal cruise yang kuat itu membuatkan aku terkejut dan terjatuh ke hadapan. Huhhh, nasib baik tak terjatuh ke belakang, comfirm lemas dalam laut.

Tiba-tiba aku terhidu aroma yang sangat wangi. Macam minyak wangi Baekhyun? Lagi satu, aku tak rasa sakit langsung bila terjatuh? Adakah aku telah pengsan? Dan sekarang ni aku tengah bermimpi? Sebab tu aku tak rasa apa-apa?

"Nak teruskan macam ni ke?"

Tiba-tiba aku terdengar suara Baekhyun. Aish, lelaki ni sentiasa ada di mana-mana. Dalam mimpi aku pun dia nak menyibuk!

Aku membuka mata perlahan-lahan, dan mata aku terbeliak besar. Rupa-rupanya aku dah terjatuh atas badan Baekhyun. 

Aku menggelabah. Aku cuba bangun tapi Baekhyun bertindak memeluk aku dengan erat. Sudah, perangai byuntae dia dah muncul balik.

"Kau tak kisah ke kita buat 'French Kiss' kat sini? Sambung niat kau yang tadi?" Baekhyun tersenyum senget.

Pipi aku berubah merah."Yah! Lepaslah!"

"Aku tak kisah."

"Yah!"

"Shhh...can i...kiss you?" Soal Baekhyun dengan menggoda. Matanya bersinar tatkala menatap aku.

Ommo! Terasa jantung aku nak tercabut masa ni. Aku betul-betul tengah blank tak tahu nak buat apa.

"Juh gi yo?" Tiba-tiba seorang ahjumma datang menegur kami. Serentak dengan itu aku dan Baekhyun menatap ahjumma tersebut, dan dia terperanjat.

"Aigoo! Mianhae yadeul-ah." Ahjumma itu terus mematahkan niatnya dan berjalan terburu-buru meninggalkan kami berdua.

Aku terkejut beruk begitu juga dengan Baekhyun. Cepat-cepat kami berdiri dari posisi baring lalu membetulkan baju dan rambut dengan gelabah.

Aku mengetap bibir. Pipi aku rasa terbakar sebab menahan malu yang amat. Rasa nak tanam je kepala aku dalam tanah supaya tak ada orang yang nampak. Aishhhh...

Aku memandang Baekhyun yang dah tak keruan. Hah, siapa suruh gatal sangat! Sampaikan di atas jambatan pun nak buat perkara tak senonoh. Dasar!


"Macam mana? Masih rasa sakit lagi?" Soal Baekhyun yang sedang mengurut kaki aku yang kejang. Aku rasa terharu bila tengok Baekhyun sedang melutut depan aku dan memicit kaki aku dengan bersungguh-sungguh. Kalau kami belum berkahwin, mungkin aku akan jatuh hati serta merta dengan kelakuan dia.

Sebenarnya, masa kami tengah berjalan di sepanjang jambatan tu, kaki aku tiba-tiba kejang. Jadi kami pun berehat sekejap di sebuah kerusi kayu.

"Sa..sakit..Ugghh!" Aku memukul tangan Baekhyun dengan kuat disaat otot kaki aku menegang. Aku dah tak tahan, akhirnya aku menangis kecil.

Baekhyun memandang aku dengan risau." Lain kali hati-hati sikit. Aku tahulah kau tengah excited nak jalan-jalan sampaikan terlupa yang kau tu dah berbadan dua."

"Kaki aku...herrrr..." Tangisku dengan hodoh sekali, sedaya upaya mengurangkan apa-apa pergerakan sebab kalau aku bergerak, lagi sakit. Mungkin Baekhyun dapat rasa apa yang aku rasa, spontan saja dia memeluk aku, membiarkan aku bertenang di bahunya. 

Tangisan aku semakin kuat, bukan sebab kaki aku, tapi terharu dengan layanan Baekhyun terhadap aku. Hahaha! Shhh...jangan sampai dia tahu.

Beberapa saat kemudian,

"Baek, aku rasa dah okay sikit." Ujarku dengan suara serak basah.

Baekhyun melepaskan pelukannya dan memerhatikan aku dengan teliti, nak memastikan aku betul-betul dah okay.

"Betul, tak sakit lagi." Gumamku. Dia tersenyum.

"Sejuk ke?" Soal Baekhyun apabila tengok aku asyik meramas-ramas tangan.

Aku hanya mengangguk. Baekhyun menarik tangan aku, dia mengenggam erat-erat di dalam genggamannya sambil meniup-niup lembut agar aku berasa hangat.

Pipi aku dah blushing, bukan sebab malu tapi kali ni sebab aku gembira tak terkata dengan layanan Baekhyun yang manis macam coklat cadburry.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. "Err..chamnkan." Aku mencari sesuatu di dalam poket kot aku. "Tadaa!" Aku mengeluarkan winter gloves yang Baekhyun bagi hari tu ketika di Everland. "...dan untuk kau pun ada sekali. Comel tak?Aku matching-kan dengan winter gloves aku. Nah."

Baekhyun tersenyum kecil." Comel. Secomel orang yang memberi. Miss Im, ani, Miss Byun."

Miss Byun? Janggal duamacam je. Tapi aku suka. Ngee~

Tanpa berlengah aku menyarungkan winter gloves tersebut di tangan aku, dan Baekhyun juga sebaliknya. Tadaa!

Serentak dengan itu kami membandingkan tangan kami yang memakai winter gloves yang serupa. Baekhyun tersenyum gembira, begitu juga aku. So adil lah kan, Baekhyun punya aku yang belikan, dan aku punya dia yang belikan. Hehe~

Tiba-tiba telefon aku berdering menandakan ada panggilan yang baru masuk.

Chanyeol? Seriously, aku hampir terlupa yang Chanyeol wujud dalam hidup aku. Apa yang dah buat aku terleka sampai macam ni sekali?

Aku memandang skrin telefon dan muka Baekhyun silih berganti.

"Siapa? Kenapa tak jawab?"

"Err..tak penting." Aku dihimpit rasa bersalah. Rasa bersalah terhadap dua orang lelaki yang berbeza.

"Chanyeol?" Soal Baekhyun tenang. Aku memandang wajah Baekhyun tapi riak wajah dia sukar ditafsirkan.

"Gwenchana, sambut je lah. Aku tak kisah. Nanti dia syak yang bukan-bukan, kau juga yang susah."

Aku menelan air liur. Aku segera mematikan panggilan tersebut. "Baek, aku harap kau tak salah faham. Yup, memang betul Chanyeol boyfriend aku tapi kau adalah suami aku. Aku akan tetap layan kau sebagai seorang suami. So bila aku bersama kau, diri aku hanya milik kau. Aku tak naklah jadi isteri derhaka."

Baekhyun tersenyum kosong, kemudian menggosok lembut rambut yang menutupi dahi aku."Kau tersangatlah baik hati cuba nak menjaga hati aku. Anyway, kau tak perlu buat semua tu. Tak perlu rasa simpati terhadap aku.Tak perlu paksa diri kau untuk menerima aku sebab aku tahu hati kau hanya untuk Chanyeol. Layan aku sebagai besfriend kau dah memadahi buat aku."

Baekhyun-ah...Aku merintih di dalam hati. Aku tersentap. Tiba-tiba aku rasa bersalah terhadap Baekhyun. Rasa bersalah? Aku sendiri bingung dengan perasaan aku.

"Senyumlah.." Ucap Baekhyun sambil mendongakkan dagu aku.

Aku tersenyum kosong sekadar menyedapkan hatinya. "Eh dah, Jom balik. Aku mengantuk sangat ni. Nanti tak pasal-pasal aku tidur dekat sini." Aku cuba menukar topik.

"Kaki kau dah okay ke?"

Aku nak kata 'ya' tapi aku tukar fikiran. Aku plan nak kenakan Baekhyun. Hehehe...

"Belum lagi. Masih sakit. Boleh tak kau gendong aku?" Aku membulatkan mata macam Puss In The Boot. Comel-lah-sangat. Macam nak minta penyepak!

"Erm, dah tak ada cara lain, terpaksalah aku angkat kau." Ujar Baekhyun dengan berat hati.

Dia segera melutut. Aku pun memeluk belakang Baekhyun, dan berpaut di lehernya. Baekhyun cuba berdiri tapi dia terduduk balik.

"Yah! Apa yang kau makan ni? Berat macam anak gajah. Sakit pinggang aku." Jerit Baekhyun separuh mengejek.

Aku memukul bahu Baekhyun dengan geram. "Ish! Dah lah, tak payah gendong aku. Aku boleh jalan sendiri."

Aku dah merajuk! Bab-bab berat badan, jangan main-main. Aku agak sensitif sikit tahu. Sebelum aku pregnant, perut aku sangat ramping okay! Nampaknya semua usaha aku pergi gym dan diet selama ni menjadi sia-sia sejak aku mengandung.

Aku segera bangun dari belakang Baekhyun dan berdiri macam biasa. Tanpa menoleh ke belakang lagi, aku berjalan terus meninggalkan Baekhyun seorang diri.

"Lahh, boleh berjalan rupanya." Ejek Baekhyun kemudian ketawa terkekeh-kekeh.

Aku tidak mengendahkan ejekan Baekhyun. Aku terus berjalan macam kaki capang, tapi tiba-tiba pula aku terasa badan aku berada di awangan-awangan. Eh?

"Tuan puteri merajuk ke? Maafkan saya tuan puteri. Saya janji tak akan buat lagi."Ucap Baekhyun dengn lembut. Rupa-rupanya Baekhyun dah dukung aku ala bridal.

Pada mulanya aku nak marah, tapi lama-kelamaan aku tersenyum gembi. Aku turut merangkul leher Baekhyun.

"Tuan puteri dah maafkan saya?"

"Siapa kata aku dah maafkan kau?"

"Erm, takpe lah, nanti pandai-pandailah saya nak pujuk."

Aku hanya ketawa kecil. Dan malam itu, Baekhyun mendukung aku sehingga ke pintu teksi. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 15: Author,please update!!!citer ni best
AngelBap #2
Chapter 15: Cerita ni best sgt....plz updat e soon...
Hnayunni #3
Chapter 14: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 14: uwarrgg!! siapa tae? baek prnah ckp yg taeyeon tu cinta monyet dia kn? takkan la taeyeon. huhu..harap2 taehyung yg muncul
jiminlovers #5
Chapter 14: siapakah tae??
jiminlovers #6
Chapter 5: so sweetttttt
jiminlovers #7
Chapter 1: uwaaa.. ganasnya..