Seven

Boy In Luv

RECAP

V telah menggangu Nara ketika Nara sedang mandi di pantai. Tiba-tiba, ayah Nara muncul

 


 

 

Nara's POV

 

 

Aku menggigit bibirku apabila appa merenung V seolah-olah ingin menelan lelaki tersebut. V kelihatan seperti berada dalam ketakutan. Aku ingin ketawa, geli hati melihat reaksinya yang langsung tidak serupa samseng tetapi appa bukanlah seorang yang boleh dibuat main. Aku tahu appa sangat serius.

 

"Jawablah! Bahagian mana yang kamu tak faham?!" jerkah appa lalu menarik kolar baju V yang basah kuyup itu daripada belakang. V tertarik ke belakang jadi dia terjatuh dengan punggung bertemu tanah dahulu.

 

"Appa!!"

 

"Dia kacau kamu, Nara?" tanya appa lalu melepaskan kolar V. Aku menggelengkan kepalaku. Memang V mengangguku tetapi aku tidak mahu appa tahu. Aku tidak mahu appa memarahi V.

 

"Dia nak pinjam tuala. Tuala dia hilang." dalihku. Kening appa berkerut.

 

"Kenapa pulak dalam ramai-ramai orang, dia nak pinjam tuala kamu?"

 

"Er..."

 

"Sebab dia ketua kumpulan saya," kata V sebelum kembali berdiri. Seluarnya diselaputi pasir pada bahagian belakang. Appa melihat ke arah V sebelum kembali memandang aku. Aku mengangguk, mengiyakan kata-kata V.

 

"Pergi pinjam tuala kawan kamu. Pergi bersiap, aktiviti seterusnya bermula satu jam lagi," kata appa lalu melangkah meninggalkan kami. V tercengang.

 

"Aku mati-mati ingat dia nak lempang aku dengan tangan hitam dia tu,"

 

"Kau cakap macam tu nanti tangan putih aku yang naik atas muka kau dulu," aku tidak suka dia memanggil appaku hitam. V tersengih lalu menjarakkan diri, bimbang jika aku akan betul-betul melempang mukanya.

 

"Terima kasih sebab selamatkan aku, Bunga." ucap V lalu mencubit pipiku. Aish, kalau appa aku nampak macam mana? Aku terus menampar tangannya.

 

 


 

Tiga hari berlalu bermakna sudah tiga hari mereka melalui azab sepanjang kem ini dijalankan. Mereka terpaksa bangun pagi sebelum matahari terbit dan berlari mengelilingi pulau. Selepas itu, mereka akan dikumpulkan untuk berkawad. Sepanjang tiga hari ini, kerjasama mereka dalam berkawad semakin baik. Mereka sudah mampu bergerak serentak tetapi masih terdapat beberapa di cela di sana dan sini.

 

Sarapan hanya akan diberikan selepas selesai berkawad sebelum aktiviti diteruskan dengan ceramah kesedaran sivik daripada guru-guru pengiring. Appa sudah banyak kali menampar kepala beberapa orang pelajar yang tertidur ketika ceramah itu berlangsung: termasuklah V.

 

V selalu meniru gaya appa setiap kali kami diberikan masa untuk berkumpul di dalam kumpulan. Aku ingin memukul dia tetapi aku mengawal diriku. Aku tidak mahu ahli kumpulanku memikirkan yang bukan-bukan. Jin pula tidak habis-habis merungut tentang cuaca, tentang makanan dan macam-macam lagi.

 

"Semua! Berkumpul!" kedengaran suara appa memekik memanggil semua pelajar. Semua pelajar patuh.

 

"Hari ni hari terakhir kamu semua kat sini dan saya rasa dah sampai masa untuk penyampaian hadiah," kata appa. Penyampaian hadiah? Persoalanku terjawab apabila appa mencapai sebatang kayu. Semua pelajar terkedu, termasuklah para pengawas.

 

"Park Jimin!"

 

"Ya, saya!" Jimin terus mengangkat tangannya dan begitu juga V. Aku menepuk dahiku perlahan. Kenapa sengal sangat dorang ni?

 

"Park Jimin! Kamu siapa?" tanya appa ke arah Jimin.

 

"Saya Park Jimin. Jimin Park!"

 

"Habis tu kamu siapa?" tanya appa ke arah V yang sudah menggelabah itu. Appa mengarahkan V supaya datang ke depan. V menggigit bibirnya sebelum perlahan-lahan melangkah ke hadapan.

 

"Kamu siapa?"

 

"Err.."

 

"Siapa??" appa mengacah untuk memukul V menggunakan kayu pada tangannya.

 

"Taehyung! Byun Taehyung!"

 

"Byun Taehyung?" appa terus memukul sisi badan V menggunakan kayu itu. V mengaduh kesakitan sambil menggosok sisi badannya. Semua orang terkaku. Takut. Berdebar.

 

"Pak cik! Sakit!"

 

"Kamu paling samseng antara pelajar-pelajar kat sini, kan? Berapa kesalahan kamu dah buat, hah??!"

 

"Satu je!" V mengangkat jari telunjuknya.

 

"Lima!"

 

"Mana ada!" V semakin berundur ke belakang apabila appa menghampirinya. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

 

"Kamu menipu nama, tak mendengar kata, kutuk saya kat belakang dan kacau Nara!"

 

"Hah? Ha.. Itu empat je! Mana ada lima? Pak cik memang suka cari pasal dengan saya! Pak cik jahat! Pak cik kkamjong jahat!!" V sudah kelihatan seperti hendak menangis.

 

"Nak menangis? Balik nanti nak mengadu kat appa kamu? Pergilah mengadu kat Baekhyun. Saya sikit pun tak takut," aku terkejut kerana appa mengenali nama appa V.

 

"Pak-pak cik memang kejam! Kalau pak cik ada masalah dengan appa kenapa nak libatkan saya?!! Saya tak salah!!"

 

"Kamu memang kurang ajar macam appa kamu. Kamu dah buat salah tapi tak mengaku."

 

"Saya tak buat kesalahan besar pun!!!"

 

"Pembohong! Saya jumpa rokok dalam beg kamu!!" seusai berkata-kata, appa terus melibas kayu itu pada kaki V menyebabkan V terjatuh lalu mengerang kesakitan.

 

Kayu yang tebal itu patah kepada dua.

 

"Taehyung!"

 

 


 

a/n: Ya, short update lagi. Chapter ni penting untuk perkembangan hubungan Nara and V. Haha kkamjong, kau tunggulah appa V datang balas dendam~ 

Just wait and see~~ Btw, sesiapa yg sudi bacalah my latest one-shot  ft abg Baek : Maze Of Desire. Angsty and psycho. :)

Bubbye~~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..