Three

Boy In Luv

 


RECAP

V telah menghantar Nara pulang ke rumah. Apabila dia pulang ke rumahnya, keadaan kepalanya dipersoalkan oleh kakak kembar dan ibunya. Namun begitu, V berjaya mengubah topik perbualan. Tidak lama selepas itu, V telah menganggu kakak kembarnya di dalam bilik. DIa dihalau keluar oleh Taeyeon lalu mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan ahli kumpulannya.


 

Nara's POV

 


Pada pagi itu, semua pengawas diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat sekolah. Aku berada di hujung meja mesyuarat yang panjang itu, agak tersembunyi di belakang. Kelihatan pengetua dan beberapa orang guru turut memasuki ruang itu dan mengambil tempat yang dikhaskan untuk mereka. Pengetua Kim mengambil mikrofon yang terletak di depannya lalu bersuara. 

 

"Saya tak banyak masa sebenarnya ni. Tujuan kita berkumpul pada hari ini sebab pihak guru telah mengadakan mesyuarat dan berpakat untuk mengadakan kem khas untuk pelajar bermasalah," kata pengetua Kim. Beberapa orang pengawas membuat bunyi tidak berpuas hati. Jelas yang mereka tidak mahu terlibat dengan kem tersebut. Guru disiplin menghadiahkan jelingan maut kepada mereka, memberi amaran kepada mereka supaya tidak berkelakuan biadap di depan pengetua Kim.

 

"20 orang pelajar telah dipilih selepas rekod disiplin mereka diteliti dan dibahagikan kepada 4 kumpulan supaya mudah diuruskan. Jadi, 4 orang pengawas telah dipilih secara rawak untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan tersebut," kata pengetua Kim lagi. Para pengawas bersorak girang kerana berkemungkinan besar mereka tidak terpilih. Guru disiplin sekali lagi menghadiahkan jelingan maut membuatkan mulut mereka terkunci. Aku hanya mendiamkan diri. 

 

"Kem ni nak buat kat mana?" Tanya seorang pengawas. 

 

"Sebuah pulau. Pihak guru dah bersepakat untuk buat di pulau supaya mereka tidak dapat melarikan diri," balas pengetua Kim. Pengetua Kim memberi isyarat tangan kepada guru disiplin. Guru disiplin tersebut membuka fail hitam yang berada di depannya lalu mengeluarkan beberapa helai kertas. Dia menyerahkan kertas itu kepada pengetua Kim.

 

"Saya akan panggil nama pengawas yang terlibat. Sila datang ke depan untuk ambil senarai nama ahli kumpulan awak," Pengetua Kim meneliti kertas pada tangannya.

 

"Kwang Youngmin,"

"Hwang Minhyun,"

"Kim Jonghyun,"

"Kim Nara,"

 

 

Aku berdiri untuk mengambil kertas itu daripada pengetua Kim. Aku sudah dapat mengagak aku terpilih untuk mengikuti kem itu. 

 

Nama pengawas: Kim Nara.
Ahli kumpulan:

Im Jaebum

Park Jinyoung

Kim Seokjin

Jung Daehyun

Park Jimin

 

 

 

 

Ada rasa hampa yang menjengah hati aku.

 


 

Aku mengetuk pintu kelas itu perlahan-lahan. Aku berada di hadapan kelas 5E-3, kelas paling belakang bagi kelas senior di sekolahku. 

 

"Ya?" Tanya guru yang sedang mengajar di kelas tersebut. Cermin mata bulat yang dipakai oleh guru tersebut menyebabkan wanita itu kelihatan garang. Aku membongkok lalu tersenyum ke arah guru tersebut.

 

"Boleh saya jumpa dengan Kim Namjoon, Byun Taehyung dan Min Yoongi?" tanyaku sopan. Guru itu mengangguk lalu memanggil nama-nama berkenaan. Kelihatan tiga lelaki itu bangun daripada tempat duduk masing-masing lalu melangkah keluar dari kelas, berjalan ke arah aku. Guru itu kembali mengajar, walau pada hakikatnya aku dapat lihat yang hanya seorang pelajar yang menumpukan perhatian. Pelajar-pelajar  yang lain membuat hal masing-masing. Ada yang tidur, ada yang sedang berbual dan ada juga yang sedang bermain dengan telefon pintar masing-masing.

 

 

"Apakah hajat kamu datang ke mari? Kamu tidak sepatutnya menganggu waktu pembelajaran kami," kata Rapmon. V menggerakkan bola matanya dengan gaya menyampah, barangkali meluat dengan cara percakapan Rapmon. Suga hanya tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya dengan selamba.

 

 

"Ni, pengetua Kim suruh aku agihkan surat kebenaran," aku menyerahkan kertas-kertas itu kepada mereka. Mereka membaca tulisan pada kertas tersebut manakala aku sedang membaca reaksi wajah mereka. 

 

"Kem apa ni Nara?" Tanya V. 

"Kem pelajar bermasalah, pelajar macam korang," kataku. 

 

 

"Pelajar bermasalah seperti kami? Saya bukanlah seorang pelajar yang bermasalah. Sebaliknya, saya seorang yang sangat bersopan-santun dalam berkata-kata," dalih Rapmon. Aku merengus apabila mendengar kata-katanya. Skema skala 14 (skala penuh 14).

 

 

"Apa-apa je la," kata Suga lalu kembali masuk ke dalam kelas. Rapmon turut menyusul langkah Suga. Hanya tinggal V yang masih memandang ke arahku.

 

 

"Wajib ke? Aduh, macam mana aku nak bagitau appa aku pasal ni?" V kelihatan gelisah. Aku mengangguk. Tahu pun takut, bila buat masalah tak fikir takut pula. 

 

 

"Kau pergi tak?" tanya V lagi.

"Pergi. Dah, pergi masuk kelas," kataku mendatar. 

 

 

"Kau pergi? Yess!!" V menolak sikunya ke belakang, tanda kegembiraan. Aku hanya memandangnya kosong. Arif benar dengan perangainya yang kadang-kadang terlebih gula dalam darah. 

 

 

"Baguslah kalau kau gembira pergi kem tu. Bolehlah aku 'kenalkan' kau pada appa aku. Appa aku camp commander untuk kem tu," aku menghadiahkan senyuman yang  dibuat-buat ke arahnya. Ya, appa aku akan menjadi camp commander untuk kem itu. Pengetua Kim telah memberitahu yang aku telah dipilih untuk mengikuti kem itu atas permintaan appaku.

 

 

".." gumam V perlahan tetapi telingaku  masih dapat menangkap perkataan yang dituturkan olehnya. 

 

 


 

 

Aku memegang tali beg galasku dengan tangan kanan lalu mendaki anak tangga bas sekolah itu. Aku sepatutnya menaiki kereta appa untuk ke jeti tetapi ada hal penting yang appa perlu uruskan. Aku terpaksa menaiki bas sekolah, appaku akan menyusul kemudian.

 

 

Tempat-tempat duduk di bahagian depan telah dipenuhi oleh beberapa orang pelajar dan guru jadi aku terpaksa mencari tempat duduk yang terletak agak belakang. Hanya tinggal satu tempat duduk, itupun bersebelahan dengan Bambam, salah seorang pelajar yang bermasalah. Aku mengeluh perlahan lalu melabuhkan punggung di tempat berkenaan. Bambam hanya memandang ke luar bas sambil menyandarkan badan pada dinding bas.

 

Dia tidak mempedulikan aku yang berada di sebelahku, itu lebih baik. Aku juga tidak berhajat untuk berbual atau beramah mesra dengannya.  Jin yang duduk di sebelah kananku memandang aku dengan lagak penuh diva. Tangan kanannya sedang giat mengasah kuku tangan kirinya, matanya masih memandangku. Aku mengalihkan bola mataku daripadanya lalu memandang ke depan. Seorang guru pengiring sedang memeriksa kedatangan para pelajar. 

 

 

"Jin, tukar tempat." kata V yang sedang berdiri di sebelah tempat duduk Jin. Aku hanya memerhatikan mereka. Jin menggelengkan kepalanya, sebagai tanda yang dia tidak bersetuju. V pantas merampas pengasah kuku daripada Jin lalu memegangnya tinggi. Itu membuatkan Jin bengang.

 

 

"Woi! Kuku aku belum cantik lagi!" marah Jin.

 

 

"Kalau kau tukar tempat dengan aku, baru aku bagi," ugut V sambil tersenyum nakal. V memegang tempat duduk V dengan tangannya yang kosong supaya tidak jatuh kerana bas sedang bergerak.

 

 

"Kalau aku tak bagi?" 

 

 

"Aku akan guna pengasah kuku ni untuk asah kuku kaki aku. Oh, lagi menarik kalau aku guna pengasah kuku ni untuk asah gigi aku. Aku memang dah lama mengidam nak ada taring macam appa aku. Kau prefer yang mana?" 

 

 

Aku menggelengkan kepalaku perlahan-lahan apabila mendengar kata-katanya yang entah apa-apa itu.

 

 

"Ish! Benci betul!" Jin bangkit lalu merampas pengasah kukunya kembali sebelum bergerak ke belakang. V tersenyum menang dengan gigi atasnya menggigit bibir bawahnya lalu duduk di tempat duduk Jin. Aku akui senyumannya itu kelihatan comel.

 

 

"Hi, Bunga. Miss me much?" 

 

Dia tak comel.

 

Dia annoying.

 

Aku menjelingnya lalu berpeluk tubuh. Beg galasku telah lama aku letakkan di kakiku. Aku mendengar suara V ketawa. 

 

 

"Miss me la tu. Jangan risau, I miss you too. Maybe three!" 

 

 

Aku hanya mendiamkan diri. V asyik mengomel yang bukan-bukan sepanjang perjalanan itu tetapi aku langsung tidak melayannya. Biarlah dia dengan dunianya. Aku hanya melihatnya menggunakan hujung mata tanpa berpaling ke arahnya.

 

V akhirnya diam apabila dia penat bercakap. Dia menyandarkan badannya pada kerusi lalu memejamkan mata. Aku mengambil kesempatan itu melihat ke arahnya. Tahu pun diam, mulut macam punggung ayam. 

 

"Gotcha!" 

 

Aku pantas berpaling ke hadapan, berpura-pura yang aku tidak melihat ke arahnya. V ketawa galak. Ish, geram betul. Pandai betul dia nak mengenakan aku.

 

"Bunga..Bunga..kalau kau nak tengok muka aku, bagitau je aku. Aku rela kau pandang muka aku. Aku rela. Demi Bunga, apa saja ku terima," 

 

"Kau boleh diam tak?" marah J-Hope yang tadinya tidur di sebelah V. V tersenyum lalu menepuk-nepuk kepala J-Hope, seolah-olah mendodoikan kawannya itu untuk kembali tidur. 

 

Aku menyandarkan badanku pada kerusi lalu mengeluarkan telefon bimbitku. Selepas memeriksa log panggilanku, aku meletakkan telefon itu di atas ribaku. Tiba-tiba, telefon bimbitku bergegar. Aku pantas mengambil telefon itu kembali.

 

From: TV
Oh Bunga~ /wink/

 

 

Aku berpaling ke arah V. Dia tersengih nakal. Dia ni dah kenapa mesej aku?

 

 

TV. T untuk Taehyung manakala V sempena nama samarannya. Aku telah menyimpan namanya begitu kerana appa selalu memeriksa senarai kenalanku dan akan memadam nombor telefon lelaki. 

 

 

"TV ni siapa?" tanya appa sambil matanya tidak lepas dari skrin telefonku. Aku menggigit bibirku. Janganlah appa baca mesej tu. Tolonglah jangan..

 

"Aku akan menceriakan dirimu. Hidupmu akan menjadi bermakna seperti sebuah drama. Akulah heromu dan kaulah heroinku. Terimalah aku kerana ianya sangat berbaloi. Apa ni, Nara?" tanya appa setelah membaca mesej itu. Aku mula berdebar. Appa telah memesan beberapa kali supaya tidak menyimpan nombor lelaki.

 

Aku tidak tahu apa yang aku beritahu pada appa. Aku hanya mendiamkan diri lalu menunduk, bersedia untuk dimarahi appa.

 

"Macam iklan orang jual TV je ni. Iklan ke ni?" tanya appa.

 

"Ahh, ya! Spam tu, appa. Orang tu tengah jual TV," aku tersengih kekok ke arah appaku. Appa menganggukan kepala, mukanya serius.

 

"Jangan buang nombor ni. Appa memang ada simpan hajat untuk beli TV baru. Nanti musim bola seronok sikit kalau skrin besar." kata appa. Aku mengangguk lalu sekali lagi mengukirkan senyuman kekok.

 

 

From: TV
Bunga~ Bunga~ Bunga hatiku.

 

To: TV
Taik ayam. Taik ayam. Kau bunga taik ayam!

 

From: TV
Bunga! Akhirnya kau balas!

 

 

Aku menepuk dahiku perlahan. Aku terlupa yang aku tidak pernah membalas mesejnya. Dahiku berkerut, mencari cara untuk melindungi kecuaianku.

 

 

From: TV
Aku tahu kau memang suka aku. Aku pun suka kau. Mmuah! 

 

 

Gila. Aku mematikan telefonku lalu merengus geram. Nasib baiklah appa akan menyertai kem ini. Selamat aku. Phew~

 


 

a/n: korang mcm nak bunuh aku bila aku tak update. haha XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..