Two

Boy In Luv

 

 

 


RECAP

Nara telah membantu V yang cedera pada bahagian kepala akibat dipukul oleh ahli kumpulan BAP. Nara telah ketinggalan bas oleh itu V menawarkan untuk menghantar Nara pulang. Semasa perjalanan, mereka telah terserempak dengan ayah Nara dan itu membuatkan V melanggar lampu merah untuk menggelakkan ayah Nara daripada nampak mereka 


 

V's POV

 

 

" Appa kau polis? Triple ! " Aku menyumpah kuat. Kenapa aku tak tahu? Aku melihat pada cermin sisiku, manalah tahu kalau-kalau pak cik kkamjong itu mengikuti aku daripada belakang kerana melanggar lampu merah. Clear! Phew~

 

Selepas melalui beberapa selekoh, kami akhirnya sampai di depan rumah Nara. Rumahnya dilindungi pagar batu. Aku melihat ketinggian pagar itu dan mengukurnya dengan pandangan mataku. Rasanya aku boleh panjat ni. Hmm, boleh dipertimbangkan.

 

" Aku takkan pernah naik motor dengan kau lepas ni! Kau nak bunuh aku! " Nara menanggalkan helmet yang dipakainya dengan kasar lalu menolak helmet itu ke dadaku. Amboi Nara, jangan la ganas sangat. Kalau tercalar helmet ni, mengamuk sakan la Yeona. Yeona tu bukannya boleh kalau barang dia tercalar ke apa.

 

 

" Mana ada. Aku cuma nak bagi kau ke syurga cara cepat. Ke syurga bersamaku~ " kataku berirama. Nara mula membuat muka menyampah.

 

 

" Oh maksud kau, ke neraka bersamamu? " Aduh, bila Nara ambil pendidikan Sinis & Kesarkastikan ni? Ayat daripada mulut dia macam peluru, menembus-nembus dalam dada aku ni. Hey, aku bulletproof la. Ayat dia tak bagi kesan pun kat aku sebab cinta aku padanya bagaikan pelindung kepada jiwaku yang suci murni ini. Ceh, mana aku belajar ayat jiwang kulat ni? Mesti ada kena mengena dengan genetik.  

 

" Eh Nara! Takkan nak masuk dah? Tunggu la dulu " kataku apabila Nara berura-ura untuk masuk ke dalam rumahnya. Jemput la aku masuk. Air-air tak ada ke? Cekodok ke? Cakap pasal cekodok, aku suka makan cekodok! Cekodok yang appa buat  paling sedap kat planet Exo! Cekodok dia ada ubi!  

 

Planet Exo? Apa kejadahnya tu? Entah! Appa aku yang selalu cerita kat aku masa kecik-kecik dulu. Appa cakap kat planet Exo ada 12 hero dan setiap seorang ada kuasa. Dalam banyak-banyak kuasa, aku paling suka teleportation. Aku tak tahu  kenapa tapi aku macam ada chemistry je dengan kuasa teleportation tu. Okay, aku perlu stop segmen mengimbas kembali ni dan menumpukan perhatian pada bunga di depanku. Bunga?

 

" Kau nak apa? Pergi la balik " kau halau aku, Bunga? Oh, luka jiwa raga dan basketku.

 

" Bunga, tak ada goodbye kiss ke? " Aku memejamkan mata lalu memuncungkan mulutku ke arahnya. Aku menanti dengan penuh berdebar. Dap Dip Dup di dalam dada~

 

 

" Kau dah tahu appa aku siapa kan? "

 

" Tahu. Pak cik Kkamjong " aku membuka mata dan melihat wajah Nara.

 

" Kkamjong? Berani kau panggil appa aku macam tu! " Bentak Nara. Kenapa pulak? Aku pernah terserempak dengan pak cik Kkamjong masa kecik-kecik dulu. Masa tu aku dengan appa. Appa yang cakap nama pak cik tu Kkamjong.

 

 

 Aku terbangun daripada tidurku apabila suhu yang tadinya sejuk menjadi suam. Aku menguap lalu menggosok mataku dengan lima jariku yang kecil. Aku berada di tempat duduk belakang dalam kereta appaku. Kami dalam perjalanan untuk ke kawasan air terjun yang kami lawati sekali setahun. Aku menolak kepala Yeona yang menindih anak patung milikku yang dihadiahkan oleh pak cik Sehun. Dia masih lagi nyenyak tidur sambil memeluk patung Hello Kittynya. Huh, macam bagus sangat Hello Kitty dia tu!

 

" Ma, Yeona lenyek PinPin Taetae! " Aduku. Pak cik Sehun menamakan anak patung ini Pinkeu Pinkeu tetapi appa telah menyingkatkan namanya kepada PinPin.

 

" Taetae dah bangun? Ma pergi tandas la " kata appa. Omma pergi tandas? Kenapa tak ajak? Taetae pun rasa nak terkencing ni. Macam mana ni? Dari tadi Taetae tahan. Tak apa la, kencing dalam pampers je la. Hmm, lega pundi kencing Taetae.

 

Aku memandang ke arah appa yang berada di tempat duduk pemandu. Appa selalu sibuk. Hari-hari dia balik lewat. Tapi Taetae ada rahsia. Appa kan, dia kan, dia ada belikan Taetae telefon! Telefon tu best, kat depan ada gambar Sizuka. Taetae memang dah lama simpan perasaan kat Sizuka tu. Suatu hari nanti, Taetae nak rampas Sizuka daripada Nobita. Biar Nobita nangis. Eh, tapi tak boleh la macam tu. Nanti kalau dia mintak tolong Doraemon macam mana?

 

" Taetae, cuba Taetae tengok orang tu " kata appa lalu menunjukkan ke arah seorang pak cik yang sedang memegang suatu paip dan kepala paip itu berada pada satu lubang pada kereta itu. Kereta dia dahaga la tu.

 

" Kenapa Pa? " Aku berdiri lalu mendekati cermin kereta untuk melihat wajah orang itu dengan lebih jelas. Eh macam kenal!

 

" Pa, Taetae kenal la pak cik tu! Hari tu Ma ada tunjuk "

 

" Ma tunjuk? " Muka appa bagaikan terkejut.

 

" Iya la, Ma tunjuk. Ma tanya Taetae pak cik tu hencem ke tak. Tapi kan Pa, Taetae tak faham hencem tu apa. Taetae tanya la Ma, hencem tu macam Pa ke? Ma geleng kepala sungguh-sungguh. Bergoyang subang dia " ceritaku dengan penuh bersemangat.

 

Appa terus tak senyum. Appa sedih ek? Meh Taetae sambung cerita untuk hiburkan appa.

 

" Lepas tu kan, Ma cakap Pa tak hencem, Pa so-so je. Pa, so-so tu apa? " Tanyaku. Aku hanya tahu apa itu yo-yo sebab cikgu selalu cakap Y tu untuk yo-yo. So-so belum masuk dalam silibus aku. Appa masih lagi diam.

 

" Pa, pak cik tu siapa? Kenapa dia hencem? "

 

" Dia mana ada handsome. Ma sakit mata kot masa tu. Taetae nak tahu dia siapa? "

 

" Nak! Lepas tu Taetae nak tahu kenapa dia hencem " kataku bersungguh.

 

" Pa cakap dia tak handsome " tegas appaku.

 

" Tapi Pa! Ma cakap- "

 

" Taetae pilih Pa ke pilih Ma? "

 

" Pa! " Pilihku laju. Kalau pilih omma nanti appa tak letak ubi dalam cekodok. Appa tersenyum senang.

 

" Taetae, nama pak cik tu Kkamjong "

 

" Kkamjong? Kenapa tak macam nama Korea pun? " Tanyaku.

 

" Taetae tengok la muka dia. Bukan orang Korea tu. Orang minyak "

 

" Orang minyak, Pa? Eeii! Taetae kan Pa, tak suka orang minyak. Orang minyak selalu buat perempuan menjerit. Bising betul! " Kataku dengan gaya tangan seperti yang selalu halmeoni buat bila berbual dengan jirannya. Appa ketawa. Kenapa ketawa? Taetae cakap betul-betul ni.

 

" Pa, Taetae rasa kat rumah kita ada orang minyak la " aku berbisik di telinga appa kerana takut Yeona dengar sekali. Yeona tu penakut sikit.

 

" Kenapa? " Bisik appa kembali. Aku melihat keadaan sekeliling seperti ada sesuatu yang menakutkan berlaku.

 

" Setiap malam lepas Ma dengan Pa hantar Taetae dengan Yeona kat bilik kan, Taetae dengar suara Ma menjerit. Semalam pun sama. Taetae rasa ada orang minyak kacau Ma la. Macam mana kita nak halau orang minyak tu Pa? "

 

 Muka appa terus pucat. Appa takut ke?

 

 

" Sekarang back to our topic. Mana goodbye kiss aku? " Tanyaku.

 

" Kau nak kena kiss dengan Heckler & Koch MK23 ke dengan Franchi SPAS-15 ? Appa aku ada dua-dua "

 

 

Aku berani kerat jari yang dia ni skor A+ pendidikan Sinis & Kesarkastikan tu.

 


 

Aku menurunkan tongkat motosikalku lalu enjin motor aku matikan. Aku sudah sampai di rumahku. Kawasan di sebelah motorku lapang kerana kereta appa tiada di situ. Appa selalunya akan pulang lewat. Aku menanggalkan helmet lalu kepala aku goyangkan , terlupa yang kepala aku cedera.

 

" Aduh! Sakit sial! " Aku memegang belakang kepalaku. Barulah aku teringat yang kepalaku sedang berbalut. Rasa berdenyut-denyut menjalar di bahagian kepalaku. Tak guna punya Zelo! Berani dia pukul aku depan Nara. Tercemar reputasi cemerlang aku sebagai samseng yang berjaya.

 

" Taetae, mana.. " Muncul Yeona di depan pintu. " ..kepala kau..? " Hujung soalannya meleret perlahan. Huh? Mana kepala aku?

 

" Soalan apa ni? Kenapa cara kau cakap macam anak Suparjo? " Aku menyamakan dirinya dengan anak jiranku yang berbangsa India.

 

" Kenapa dengan kepala kau? " Dia terus bertanya seolah-olah tidak mendengar sindiran aku tadi. Aku mencari idea untuk menipunya. Takkanlah aku nak cakap ' Tadi Bunga aku kena kacau lepas tu aku sebagai knight in shining armor pergilah selamatkan dia. Tiba-tiba bila aku tengah kiss Bunga, aku kena serang dari belakang. Itulah asal-usul keturunan luka kat kepala aku ni ' kan? . Kalau aku cakap macam tu nanti ada yang muntah pelangi pula kat sini.

 

 

" J-harap tolak aku masa aku cium pipi dia. Aku pun terjatuh tangga. Tapi kau jangan risau, aku bukan gay. Itu hanya bromance, kau kena tahu beza " kataku, tidak mahu dia bimbang tentang keadaan kepalaku.

 

 

" Kau ni selalu gurau bodoh dengan kawan-kawan kau "

 

" Tak gurau tak mesra " kataku lalu melangkah masuk ke dalam rumah selepas kasut sekolah aku tanggalkan. Yeona mengekori aku. Nak apa dia ni?

 

" Helmet aku mana? Pagi tadi aku nak guna helmet tapi tak ada. Mesti kau yang ambik kan? Kau kalau nak bawak perempuan, belilah helmet satu lagi. Kau- "

 

" Nyutnyutnyutnyut~ " aku memperlekehkannya. Aku cabut sticker hello kitty kat helmet tu baru dia tahu. Membebel macam mak nenek. Yeona tiba-tiba ketawa.

 

" Nyutnyut? Kau lupa ke Ma cerita yang Pa nak letak nama kau Nyutnyut masa kau dalam perut dulu? "

 

 

Boleh tak jangan ungkit kisah lama? Malu la nama Nyutnyut tu. Nasib baik omma cakap omma cubit appa bila appa nak namakan aku dengan nama tu. Kalau tidak, Byun Nyut Hyung la nama aku jadinya.

 

 

" Taetae, kenapa ni? " Muncul omma di situ. Aduh, nak jawab apa ni? Tipu Yeona tak apa, tapi kalau tipu omma dosa. Omma menyentuh balutan pada kepalaku dengan perlahan-lahan sambil memerhatikan muka aku. Comel la omma ni, patutlah appa sayang sangat.

 

" Ma, cekodok pagi tadi ada lagi tak? Lapar la " rungutku. Daripada aku menipu omma, lebih baik aku rahsiakan. Aku dah banyak kali menyusahkan appa dan omma. Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Aku selalu je buat masalah padahal aku budak baik  

 

Masa mula-mula appa kena panggil dengan pengetua, memang cuak. Aku bergaduh dengan kumpulan Dapat7 sebab ketua kumpulan tu cari pasal dengan Suga. Suga pun satu, yang dia pergi kacau girlfriend dia tu buat apa?

 

Berbalik kepada appa berjumpa dengan pengetua, aku tak sangka appa kenal dengan pengetua sekolah aku. Masa tu rasa cuak aku memang tahap gaban.

 

" Suho? " Wajah appa kelihatan sangat terkejut apabila melihat muka pengetua itu. Apa appa merepek ni?

 

" Pa, appa la suho (penjaga) saya. Apa appa tanya soalan macam tu? " Aku cuba menegur appaku dalam nada berbisik kemudian tersenyum kekok ke arah pengetua. Muka pengetua juga kelihatan terkejut seperti appaku.

 

" Baekhyun? "

 

Pengetua kenal appa? Matilah aku kalau macam ni. Aku duduk dengan penuh sopan seperti anak dara yang sedang dipinang kerana takut dengan apa yang menantiku. Kalau appa mengamuk kat sini macam mana? Appa memang appa paling sporting di alam cakerawala tapi sporting dia ada batasnya. Dan aku tak berani nak melepasi batas itu.

 

" Aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini " kata pengetua. Appa tersenyum sinis ke arah pengetua. Fuyoo appa, hebat betul. Boleh dicontohi ni. Aku pun tersenyum sinis ke arah pengetua sepertimana appa buat tadi. Pengetua menjegilkan matanya ke arah aku. Appa! Taetae takut.

 

" Kenapa kau nak jumpa aku? " Tanya appa kasar. Kenapa appa ni? Appa marah sebab aku buat hal ke sebab appa memang ada masalah dengan pengetua ni?

 

" Okay, be professional " kata pengetua

 

" My . I am sick of your be-professional and oh-for-life-sake-we-must-follow-all-rule attitude "

 

" Enough. We are here to talk about your son "

 

" Oh, thank you for your concern but no thanks. Go home and talk about your son with your wife. My son got me and my wife to talk about him  "

 

" What on earth are you talking about? I don't have any son.  Be serious! Your son here got into a big problem. He- "

 

" Did he punched your ugly face? "

 

" No. Seriously, we- "

 

" Did he went to your house and begged for food? "

 

" No! He didn't but- "

 

" Did he asked you to pay for his school fees? "

 

" No! No! And No! Can you let me finish- "

 

" SO STOP ING CARE ABOUT MY SON GO HOME AND MAKE BABY WITH YOUR WIFE SO THAT YOU CAN CARE ABOUT HIM INSTEAD OF NOSYING YOURSELF IN MY PRECIOUS SON's BUSSINESS, YOU DAMNED ! " Jerit appa dengan sangat laju. Aku terasa bagaikan berada di Hollywood.

 

Permasalahannya, apa yang mereka jeritkan? Aku rasa menyesal pula selalu ponteng kelas bahasa Inggeris.

 

Sejak hari itu, setiap kali appa ke sekolah mesti appa bergaduh dengan pengetua dan kes aku tak pernah selesai. Ada sekali tu, appa tak dapat datang jadi omma yang datang untuk berjumpa pengetua. Bila omma datang, tiba-tiba je pengetua batalkan perjumpaan tu. Aku pun tak tahu kenapa.

 

" Mana ada cekodok. Taetae tunggu appa baliklah. Nanti suruh appa buatkan. Sekarang, pergi mandi " arah omma.

 

" Baik Ma! " Aku mengangkat tabik dan menghentakkan kaki, mengundang senyuman di bibir ommaku. Yeona mengembangkan hidung ke arahku. Buruknya perangai. Dia ni ikut perangai siapa? Aku mengabaikan Yeona dan lubang hidungnya lalu mencium pipi omma.

 

" Mengada " Yeona menggerakkan bola matanya dengan gaya menyampah. Alahai perempuan, selalu nak cemburu. Aku pun mencium pipinya laju. Sayang Twinkle aku!

 


 

 

 

Aku membuka pintu bilik Yeona perlahan-lahan. Apabila terbuka sahaja pintu bilik itu, mataku ibarat disilaukan oleh warna pink yang memonopoli ruangan bilik itu. Patung Hello Kitty bersaiz besar yang terletak di tepi meja soleknya sedang mengenyitkan mata ke arahku.

 

Kelihatan Yeona yang sedang melukis sesuatu di atas sejenis fabrik. Yeona pandai membuat kraf tangan. Hello Kitty bapak gedabak tu dialah yang buat sendiri. Aku masuk bilik dia ni sebab nak kacau dia sebenarnya.

 

" Siapa suruh kau masuk? " Tanya Yeona apabila dia menyedari kewujudan aku di dalam biliknya. Aku hanya menghiraukan soalannya lalu duduk di atas katilnya. Cadar pun warna pink, apa nak jadilah dengan Twinkle aku ni.

 

 

" Na, kau ada boyfriend tak? " Tanyaku sambil memandang ke arahnya yang tekun melakar itu. Dia kelihatan sangat fokus.

 

" Kenapa? Kau dah tak sabar nak ada abang ipar ke? "

 

" Tak ada la, aku sebagai Twinkle yang prihatin, aku kena la ambil tahu pasal kau "

 

" Mana ada. Aku kalau ada boyfriend, aku nak boyfriend macam pak cik Chen "

 

" Macam aku kau tak nak? "

 

" Kau ni nak ajak aku sumbang mahram ke apa? " Yeona memandang aku dengan penuh curiga. Gila nak sumbang mahram? Nanti tak pasal-pasal kena sula dengan appa.

 

" Kau ada girlfriend ke? " Tanya Yeona sambil menggunting fabrik yang sudah siap dilakar itu. Aku ada girlfriend? Mana ada. Kawan perempuan biasa ada la.

 

 

" Mana ada " kataku ringkas.

 

" Habis tu helmet aku tu kau guna buat apa? Buat gayung untuk cuci tandas kat sekolah? " Tanya Yeona beserta sindiran.

 

" Helmet kau tu aku guna untuk angkut gadis-gadis yang memerlukan. Aku kan gentlemen " aku terus berdiri di atas katil itu lalu..

 

" Mother father gentlemen " aku menggoyangkan pinggul aku ke kiri dan ke kanan sambil menyanyi lagu Gentlemen. Habis dengan kepala aku berpusing-pusing.

 

" Taetae! Kau pijak katil aku! " Marah Yeona lalu mendekati aku dengan gunting di tangannya. Reaksi wajahnya seperti pembunuh bersiri. Alamak.

 

" Na, sorry sorry SORRY!!!! " Aku menjerit apabila dia menarik rambutku dengan ganas lalu mendekatkan gunting ke arah rambut aku. Rambut itu mahkota lelaki! Jangan!

 

" Kalau kau tak nak aku gunting jambul kau, baik kau keluar dari bilik aku. Pergi main jauh-jauh "

 

" Kau halau aku Na? Kau betul halau aku? Betul ni? Kau dah tak sayang aku? Kau dah tak perlukan aku?  " Aku mula berdrama di situ. Aku memang suka mengusik Yeona sebab dia cepat melenting. Seronok.

 

" Sebelum aku trim bulu hidung kau, baik kau keluar. KELUAR!! "

 

" AIR LIUR!! " Jeritku dengan kelantangan yang sama kerana air liurnya terpercik di mukaku. Aku tak nak kawan dengan Yeona dah!

 


 

Disebabkan aku dihalau keluar oleh Yeona, aku akhirnya berada di sini. Jungkook dan J-harap sedang bertanding menari tarian Crump. Dua orang kawan aku ni memang suka menari. Hampir setiap hari dia orang datang kat bangunan buruk ni untuk berlatih. Bunyi muzik dari radio yang dibawa oleh Jimin bergema di setiap ruang. Aku senang hati kerana tiada seorang daripada mereka yang cedera akibat pergaduhan dengan BAP di sekolah tadi.

 

" Kita juga perlulah memastikan sampah di buang di dalam tong sampah kerana sampah sememangnya layak untuk berada di dalam tong sampah " Rapmon sedang membaca skrip untuk segmen Alam sekitar radio sekolah pada hari esok. Sebagai seorang DJ sekolah, dia perlu sentiasa menggunakan bahasa baku apabila bercakap. Masa dia mula-mula jadi DJ, memang kita orang tak boleh terima bila dia cakap guna bahasa baku. Kelakar. Itu tak apa lagi. Yang lagi kelakarnya, bila tengah bergaduh pun dia guna bahasa baku.

 

 

" Wei, rehat dulu la. Aku dah penat " kata Jungkook lalu berbaring di depan aku dan Rapmon yang sedang duduk bersila di tepi dinding berwana putih pudar. J-harap turut duduk di sebelah kami dengan muka yang berpeluh. J-harap? Nak tahu kenapa aku panggil dia J-harap?

 

" J, kau boleh tak tolong telefon Yeona kejap? Bateri aku low la " aku menunjukkan telefonku ke arahnya. Dan jawapannya..

 

" Jangan Harap! "

 

" J, belanja aku air. Dahaga gila wei " pinta Jimin. Sekali lagi, jawapannya..

 

" Jangan Harap "

 

Itulah datangnya nama J-harap tu. Dia selalu sebut 'Jangan Harap' bila kawan-kawan minta dibelanjakan atau ingin meminjam sesuatu. Kedekut tahap gaban.

 

 

" V, apa nama pengawas yang selalu denda kau tu? Tadi yang tolong kau tu pengawas tu la kan? " Tanya Suga yang tadinya hanya diam.

 

" Nara. Kenapa? " Takkan berkenan kot? Kau jangan..

 

" Aku rasa aku macam berkenan kat dia pulak " Suga tersenyum. Dah agak dah. Dia ni bukan boleh tengok perempuan lawa sikit.

 

" Sorry Bro, aku dah cop dulu "

 

Suga memandang aku seperti tidak percaya. Kalau aku tak nak kat Nara sekalipun, aku takkan biarkan Suga dekati perempuan baik macam Nara. Banyak lagi bohsia kat luar, kenapa nak cipta yang baru?

 

" Mana Jin? " Tanyaku kepada kawan-kawan yang lain. Dahi Rapmon berkerut-kerut membaca skripnya yang entah apa-apa itu.

 

" Kau tahu la dia tu. Setiap kali lepas gaduh, memang dia pergi kedai Meimei® tu " kata Jungkook.

 

" Dia pergi buat manicure lagi? " Tanyaku terkejut. Biar betul Jin ni?

 

" Yalah. Nama pun Jin. Rapmon, sudah-sudah la baca skrip bodoh kau tu. Pergi pasang radio tu balik lepas tu tunjuk kau punya crumping   "

 

" Baiklah. Akan saya laksanakan " Rapmon meletakkan skripnya lalu bergerak ke arah radio.

 

 

Di akhir 'crumping'nya, kami semua yang melihat ketawa terbahak-bahak. Rapmon dan 'crumping'nya terlalu cemerlang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..