Four

Boy In Luv

RECAP

Sekolah telah mengadakan satu kem untuk pelajar bermasalah dan Nara terpilih untuk mengikuti kem tersebut. Ayah Nara akan menjadi camp commander bagi kem itu. Mereka dalam perjalanan menaiki bas untuk ke jeti.


 

V's POV

 


Bas yang kami naiki tiba di jeti tepat pada pukul 11 pagi. Kami akan menaiki feri untuk ke pulau Anak dara. Anak dara? Aku tersenyum sendiri. Aku melihat ke arah Nara yang sedang berdiri bersama-sama para pengawas yang lain di sebelah guru-guru pengiring. Kami telah diarahkan untuk berkumpul di dalam kumpulan sementara menunggu kedatangan camp commander a.k.a pak cik kkamjong. 

 

Aku mengeluh apabila muka-muka ahli kumpulanku menyapa pandanganku. Kebanyakan mereka adalah daripada kumpulan BAP dan Dapat7. Hanya aku seorang daripada kumpulan BTS. 

 

"Para pengawas, awak boleh pergi masuk kumpulan awak," kata seorang guru pengiring. Aku tersengih lebar sambil berharap yang Nara akan datang ke arah kumpulanku. Senyumanku semakin lama semakin lebar apabila Nara semakin dekat. 

 

Nara berjalan melepasi aku.

 

Senyumanku terus mati dan aku berpaling untuk melihat ke mana dia hendak pergi. Nara berhenti di mana kumpulan Jin dan Jimin berada. Aku mengetap bibir geram. Kenapa bukan kumpulan aku? Sudahlah aku tak ada geng dalam kumpulan ni, Nara pula tidak sekumpulan denganku. Sungguh malang nasibku pada hari ini.

 

Aku melangkah ke arah kumpulan Nara lalu menyentuh bahu Jimin. Jimin berpaling ke arahku lalu mengangkat keningnya. Aku mendekati telinganya lalu berbisik, "Wei,jom tukar kumpulan,".

 

"Kumpulan kau ada siapa?" tanya Jimin, juga dalam nada berbisik. Aku tersenyum, sangat yakin yang dia akan bersetuju. Jika hendak dibandingkan dengan J-harap, Jimin sangat boleh diharapkan.

 

"Ada Mark," bisikku kembali. Muka Jimin bersinar-sinar seperti kelip-kelip, err, sekurang-sekurang pada pandangan aku. Jimin suka mencari gaduh dengan Mark. Mereka selalu bergaduh mulut dan pada penghujung pertengkaran mereka, Jimin pasti menang. Ayah Jimin bersahabat baik dengan ayah Mark jadi Mark tidak berani untuk memukul Jimin. Jika kumpulan aku bergaduh dengan kumpulan Dapat7 sekalipun, Mark tidak akan pernah menyentuh Jimin. Begitu juga dengan Jimin, penumbuknya tidak pernah mendarat di kulit Mark.

 

"Boleh la kalau macam tu," kata Jimin lalu bergerak ke arah kumpulanku tadi. Yes, Jimin terbaik! Nara hanya menjeling ke arahku tetapi tidak berkata apa-apa. Aku hanya menunjukkan dua jariku ke arahnya sambil tersengih.

 


 

 

Kami menaiki feri mengikut kumpulan masing-masing. Aku kini memegang nama Jimin dan Jimin membawa nama aku. Kami sedang beratur untuk memasuki feri. Daehyun yang berada di depanku berjalan melepasi pak cik kkamjong dan aku menyusul di belakang. Tubuh pak cik kkamjong agak tinggi dan tegap. Aku kagum dengan penampilannya. Wajahnya sangat dingin dan itu membuatkan aku kecut perut. Kalau Nara mengadu appanya yang aku selalu menganggunya, memang tamatlah riwayat hidup aku. Wajah pak cik kkamjong masih mengingatkan aku pada orang minyak. Dan itu mengingatkan aku pada appa. Rupa-rupanya appalah orang minyak yang selalu membuat omma menjerit tiap malam sewaktu aku kecil dulu.

 

Sedang aku berjalan melepasi pak cik kkamjong, lenganku dipegang lalu terus menyebabkan langkahku terhenti. Aku mula berdebar kerana takut. Pak cik kkamjong nak marah aku ke? Mata dinginnya meneliti wajahku, aku hanya mampu menelan liur.

 

"Muka kamu ni macam familiar la..."

 

"Yeona, cepat la pusing botol tu! " arahku. Kami sekeluarga sedang menghabiskan masa di ruang tamu sambil bermain permainan Truth or Dare. Yeona tersengih lalu memutarkan botol air mineral yang sudah kosong itu. Kami sedang duduk dalam bentuk bulatan sambil memandang botol yang sedang berpusing itu. Botol itu akhirnya berhenti dan menunjukkan ke arah omma. 

 

"Yesss!!!!" jeritku dan Yeona dengan penuh teruja. Omma mencebik manakala appa hanya tersenyum. 

 

"Truth or dare?"

 

 

"Dare," jawab omma. Yeona mula membuat muka cemberut.

 

"Alaa Ma, asyik dare je. Truth la pulak," pinta Yeona. Eh, Twinkle suka-suka hati je nak ubah pilihan orang. Omma menggelengkan kepala tanda dia tetap memilih dare.

 

"Okay, fine. Yeona nak Ma cakap I LOVE YOU kat appa lepas tu kiss appa,"

 

"Apa?!"

 

"Ma dah pilih dare so silakan, wahai Puan Yoobi sayang," Yeona tersengih nakal. Omma melihat ke arah appa yang ketawa bahagia. Amboi appa, nampak bahagia betul. 

 

"Ak-aku cinta kau!" kata omma lalu mengucup pipi appa dengan pantas. Yeona mula membuat bunyi tidak puas hati. 

 

"Tak nak macam tu! Ma kena cakap 'saya cintakan awak' lepas tu kiss bibir Pa," demand Yeona.  Omma menggigit bibir lalu memandang ke arah app yang sudah bersiap-sedia dengan mulut muncungnya itu. Aku dan Yeona ketawa galak. 

 

"Saya cintakan awak!" kata omma lalu mencium bibir appa. Appa pantas memegang belakang kepala omma dengan tapak tangan kanannya dengan tangan kirinya berada di belakang omma. Itu membuatkan omma terjatuh ke atas appa dengan bibir mereka yang masih terlekap rapat. Appa pula mengemaskan pegangannya pada omma, membuatkan omma tidak mampu mengelak. Nampaknya, appa pula yang 'bersungguh-sungguh' mencium omma. 

 

"Appa!!" pekik Yeona. Mukanya merah padam dan aku yakin mukaku turut semerah itu kerana pipiku terasa panas. Yeona melangkah ke arah omma dan appa lalu menarik omma dari pelukan appa. 

 

"Pa ni, Taetae dengan Yeona kecik lagi. Jangan la buat adegan berbahaya dengan kita orang," kataku. Appa kembali duduk lalu tersengih.

 

"Pa ingat ke korang nak tengok macam mana Pa buat korang dulu," jawab appa. 

 

"Appa!!" marah Yeona. Dia memang pantang bila appa cakap macam tu. Dia malu. 

 

"Sabar Yeona, kuat betul kau ni menjerit. Kalau kena macam mana?"kataku.

 

"Eh, dalam keturunan kita pernah ke ada penyakit ?" tanya Yeona. Aduh, dalam banyak-banyak hari macam mana hari ni Yeona jadi lurus bendul sangat ni?

 

"Tak ada tapi kalau penyakit sawan babi ada la," jawab appa.

 

"Siapa? Pak cik Bombombom ke?" tanyaku.

 

"Tak. Ma." kata appa selamba. Itu membuatkan omma menarik rambut appa dan appa pun terus menjerit seperti diva. Appa Taetae diva, kelas kau Maria~

 

"Appa, sudah la tu. Jom lah sambung main," rengek Twinkleku yang satu itu.

 

"Okay, sekarang turn Taetae. Wuhuu~" kataku girang lalu memutarkan botol itu dengan sangat kuat sehinggakan botol itu tercampak ke atas riba appa.

 

"Yehehey!" kedua-dua belah tanganku menari di udara. 

 

"Truth," kata appa. Amboi, aku tak sempat nak bertanya lagi. 

 

"Pa, apa perasaan Pa bila Taetae mula-mula berjalan dulu?" tanyaku. Yeona mengembangkan lubang hidungnya ke arahku. Ish, tak senonoh.

 

"Apa punya soalan la.." katanya.

 

"Pa tak suka sebab Taetae selalu kacau bila Pa nak ngorat Ma. Malam-malam, Taetae akan datang kacau kat bilik Pa masa Pa tengah-"

 

"Appa!!! Jangan la detail sangat!!" Yeona menekup kedua-dua belah telinganya. Aku dan appa ketawa melihat reaksinya itu.

 

"Tapi kan, Taetae. Masa tu, Pa ingat ke Taetae bukan anak Pa,"

 

"Eh?" 

 

"Sebab kulit Taetae gelap sikit dan Ma pernah berkawan dengan seorang je manusia gelap dalam dunia ni. Pa ingat ke Taetae anak kkamjong,"

 

"Orang minyak tu, ke?"

 

"Yup. Orang minyak tu kenal Ma dengan Pa. Pa tak suka dia,"

 

"Dia pun tak suka kau, Monyet.."

 

 

"Betul la. Muka familiar.." 

 

Aku pun terus mencari akal. Aku menarik beg galas Daehyun yang sudah berjaya melepasi pak cik kkamjong menyebabkan Daehyun tertarik ke belakang. Aku memegang kepala Daehyun, sengaja supaya pipi kami berlaga.

 

"Memang la familiar, pak cik kka-"

 

Aku terdiam. Daehyun di sebelahku cuba untuk menolakku tetapi aku masih memegangnya kemas.

 

"Kka? Kka apa?" Pak cik kkamjong mengangkat keningnya. You can smell..what the rock is cooking~

 

"Kka, erm, kkakakakakaaka," aku mula ketawa untuk melindungi kecuaianku. Pak cik kkamjong memandangku pelik.

 

"Maaf, saya terlampau excited untuk kem ni. By the way, muka saya familiar sebab muka saya macam muka dia," pipiku masih berlaga dengan pipi Daehyun. Muka Daehyun masam mencuka.

 

"Oh, nama kamu? Muka kamu macam musuh saya kat universiti dulu,"

Musuh? Ayoo~

 

"Park Jimin!" 

 

"Oh, okay. Pergi naik feri sekarang,"

Phew~ 

 

Apabila kami berjaya melepasi pak cik kkamjong, Daehyun terus menendang kaki aku lalu menjauh. Haish, nasib baik bapak mertua ada kat sini. Kalau tak memang dah lama aku lenyek-lenyek Daehyun jadi mandu. Aku menggosok-gosok kakiku yang sakit.

 


 

 

Aku mengerutkan dahiku. Perutku terasa memulas dan kepalaku terasa pening. Aku terasa mabuk. Kerusi di sebelahku kosong, tiada penghuni. Aku pun berbaring di situ, mengharap kepeninganku akan hilang dalam masa yang terdekat. Omma akan mabuk apabila menaiki apa-apa jenis kapal sekalipun, begitu juga aku. Appa selalu mengejek yang aku dan omma merupakan orang asli, tidak biasa menaiki kapal. Kalau Yeona ada mesti dia dah tolong picitkan kepala aku. Yeona my Twinkle, I miss you~

 

"Kamu ni kenapa?" tanya seseorang. Aku membuka mataku lalu jelas kelihatan wajah pak cik kkamjong yang sedang berdiri berhampiran kerusi. Mukanya seperti biasa, serius.

 

"Saya mabuk," 

 

"Kamu minum arak?!"

 

"Bukan!" Aku mula menunjukkan kepalaku dengan jari telunjuk lalu jariku aku pusingkan membentuk bulatan.

 

"Gila?!" 

 

Apa yang bebal sangat bapak mertua aku ni?

 

"Pening,"

 

"Oh..Nara!"

 

Dia panggil Nara! Yehehey! Mulutku yang sedia pucat dan masam aku makin masamkan. Simpati Nara perlu diraih! Aku memejamkan mata serapat yang mungkin.

 

"Kenapa appa?" 

 

"Tolong tengokkan budak ni. Dalam beg appa ni ada minyak angin. Appa nak pergi berborak dengan cikgu-cikgu kat sana,"

 

"Oh..okay."

 

Aku terasa bahuku disentuh. Tanpa perlu membuka mata, aku tahu yang dia sedang melutut di situ kerana aku menguasai kedua-dua tempat duduk. 

 

"Bunga! Auchak!" Itu mengundangkan satu tumbukan padu pada kepalaku. Arghh, pening.

 

Selepas menyapu minyak angin pada kepalaku, Nara kembali ke tempat duduknya. Aku susah untuk membuka mata kerana Nara telah secara tidak langsung memandikan kepalaku dengan minyak angin. Bunga ni..tak ikhlas betul.

 

Cepat la sampai..

 

 


 

 

"Kenapa wei?" tanya Jr kepada Jb, dua ahli kumpulanku (yang sepatutnya menjadi kumpulan Jimin). Aku hanya memerhatikan mereka sambil meminum air asam jawa yang telah dibelikan oleh pak cik kkamjong untukku. Dia berkenan nak buat aku jadi menantu kot.

 

"Dorang nak buat spot-check la wei. Semua barang berharga kena serahkan pada dorang," kata Jb risau. Spot-check? No hal. 

 

"Nara, bawak kumpulan kamu ke depan. Kita mula dengan kumpulan kamu," kata camp commander. Aku terlihat Daehyung mengeluarkan seputung rokok daripada poket beg galasnya lalu menyelitkannya di pinggang seluarnya. Aku hanya membuat tidak tahu.

 

Kumpulanku bergerak ke depan atas arahan Nara. Kami beratur di hadapan pak cik kkamjong. Beberapa orang pengawas berdiri setia di sebelah lelaki berkenaan. Daehyun melepasi spot-check itu dengan mudah kerana aku tahu dia telah bersedia. Para pengawas tidak menjumpai apa-apa di dalam beg galas dan bagasinya. 

 

Jr dan Jb juga begitu. Keadaan agak huru-hara apabila tiba giliran Jin.

 

"Nooo!!! Jangan ambil lip balm aku!!"
"Tidak. Perfume De Jambanese favourite aku!!"
" My precious, teddy teddyyy!!!"

 

Banyak barang-barang  Jin yang telah diambil kerana camp commander hanya membenarkan pakaian dan barang keperluan seperti berus gigi, tuala dan sikat sahaja untuk dibawa. Aku berasa selesa kerana aku tidak membawa barang-barang yang dilarang. 

 

Apabila tiba giliran aku, aku mempamerkan barisan gigiku ke arah pak cik kkamjong. Dia hanya memandangku sekilas lalu terus mencapai beg galasku. Aku sekali lagi tersengih. Nara yang berdiri di sebelah appanya hanya menjeling aku.

 

Apabila tidak menemui apa-apa, pak cik kkamjong memulangkan beg galasku dan bagasiku. Aku tercengang apabila dia menghulurkan tangan ke arahku? Eh? Aku pun menyambut huluran tangan itu. Nice to meet you too, uncle kkamjong!

 

"Bagi dompet," 

 

Eh? Oh..nak dompet rupanya. Aku tersengih kekok. Aku menyerahkan dompetku padanya. Dia meletakkan dompet itu ke dalam satu kotak yang sudah berisi beberapa buah dompet pelajar lain. Kemudia, pandanganku tertancap pada telefon bimbit yang turut berada di dalam kotak itu. Eh? Telefon pun kena bagi jugak ke?

 

Pak cik kkamjong menghulurkan tangannya sekali lagi. Aku menggelengkan kepala lalu menapak ke belakang. Tak boleh! Tak boleh! 

 

"Bagi telefon kamu,"

 

"Tak boleh," aku menggelengkan kepalaku. Semakin pak cik kkamjong maju ke depan, semakin aku berundur ke belakang. 

 

" Tae-Jimin! Bagi je la," kata Nara. Aku menggelengkan kepalaku dengan sangat dashyat. Habis la aku. Dalam tu ada satu je video dan video tu aku selalu tengok malam-malam sebelum tidur. Dorang tak boleh tahu. Tidak!!

 

"Bagi!" Pak cik kkamjong mencangkuk kakiku menggunakan kakinya menyebabkan aku terjatuh ke atas tanah. Dia memegang tanganku kemas lalu menyeluk poketku. Tidak!! Pak cik kkamjong jahat!!!

 

"Kamu simpan video lucah dalam  ni, kan?" tanya pak cik kkamjong apabila telefonku berada dalam genggamannya. Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tapak tanganku. Habis la aku...

 

Kemudian aku dengar pak cik kkamjong memainkan video tersebut. Aku tidak berani untuk mengangkat muka. Aku malu. Malu.. Ini semua salah appa. 

 

 

 

Musnahlah imej aku...

 

 

 

konna koto ii na..dekitara ii na..anna yume konna yume ippai aru kedo..minna minna minna..kanaete kureru ..fushigina POKKE de kanaete kureru..sora wo jiyuu ni tobitai na.. hai! takekoputaa! "


ada peminat sehun kat sini? (click) atau kris? (click)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..