Five

Boy In Luv

RECAP

Mereka telah sampai di pulau Anak Dara dan tidak lama selepas itu ayah Nara terus melakuka spot-check. V enggan menyerahkan telefon bimbitnya menyebabkan ayah Nara menyangka V menyimpan video lucah di dalam telefonnya. Ternyata, itu hanyalah video kartun Doraemon. V berasa sangat malu kerana imejnya sebagai seorang samseng telah tercemar.


 

 

 

Nara's POV

 

 

Selepas sesi spot-check tadi, para pelajar di arahkan untuk memasang khemah masing-masing mengikut nama-nama yang telah diberikan. Aku sedang memantau ahli-ahli kumpulanku.

 

Daehyun, Jr dan Jb akan bermalam dalam khemah yang sama manakala V akan berkongsi khemah dengan Jin, khemah mereka lebih kecil.

 

 Ahli yang 'tidak diundang' itu sedang memasang khemahnya bersama-sama Jin, tetapi keadaan kelihatan seperti dia  hanya melakukannya seorang diri. Jin hanya sekadar memegang peralatan. Sesuai benarlah dengan gelaran Jin The Princess yang diberikan padanya.

 

Muka V kelihatan sangat masam sambil memeriksa zip pada khemah itu. Aku teringat peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Aku terasa mahu ketawa pula bila teringatkan video yang ada dalam telefon bimbitnya. Video cerita Doraemon. Aku tahu dia menyukai kartun itu, kerana aku selalu menangkap dia memonteng di dalam bilik stor sambil membaca komik siri kartun itu tetapi tidak sangka pulak dia sefanatik itu sehingga menyimpan video itu di dalam telefonnya. Samseng sekolah minat Doraemon, just WOW.

 

"Cepat sikit. Dah masuk waktu minum petang," kata appaku dengan speaker yang berada di tangannya. Melalui cara appa melihat V tadi, aku tahu dia kurang menyenangi V. 

 

Para pelajar terus mempercepatkan kerja mereka lalu pergi ke ruangan di mana dua buah kotak besar terletak. Kotak itu berisi berbungkus-bungkus roti dan air kotak. Appa sedang berdiri di situ sambil melihat ke arah para pelajar yang sedang beratur untuk mengambil roti itu dengan pandangan dinginnya. 

 

V adalah pelajar yang paling lambat siap memasang khemah memandangkan dia hanya melakukannya seorang diri. Aku lihat bilangan roti itu semakin lama semakin berkurangan. V pula beratur di hujung barisan. Kebarangkalian untuk dia tidak mendapat roti itu sangat tinggi. Setahu aku, makanan yang dibekalkan pihak sekolah hanya cukup-cukup sahaja. Pihak sekolah tidak mahu membazirkan dana sekolah kepada pelajar-pelajar yang bermasalah ini. 

 

Apabila tiba giliran V, ternyata andaian aku benar. Makanan tersebut telah habis. V mencebikkan bibirnya lalu berpusing membelakangkan appaku dengan penuh hampa. Hatiku jatuh kasihan pula. Aku terasa seperti hendak menyental muka Jin menggunakan tapak kasutku memandangkan dia sedang enak menikmati roti itu padahal dia langsung tidak melakukan sebarang kerja. V hanya duduk bercangkung di sebelah Jin berhampiran sebuah pokok lalu menongkat dagu. 

 

Aku berpaling apabila bahuku disentuh dari arah tepi. Wajah appa menyapa mataku. Appa menghulurkan roti ke arah aku. 

 

"Nasib baik appa teringat. Kita pun kena makan makanan yang pihak sekolah sediakan." kata appa. Dia menepuk bahuku perlahan lalu bergerak ke arah guru-guru yang sedang duduk berborak. Roti di tanganku aku hanya pandang kosong. Perlu ke aku bagi kat dia?

 

Aku mengikut jawapan yang diberikan oleh hati aku lalu menapak perlahan-lahan ke arah V. Dia tersenyum apabila dia nampak yang aku sedang menghampirinya. Aku menyuakan roti itu ke arahnya menyebabkan reaksi wajahnya berubah. 

 

"Ambillah," kataku ringkas. V tersenyum sekali lagi sambil menepuk-nepuk tanah tempat di mana dia sedang duduk, mempelawa aku untuk turut duduk. Gila ke apa? Nak suruh appa aku tengok?

 
Aku hanya mengabaikan pelawaannya. 

 

Dia mengambil roti itu dari tanganku lalu terus membuka plastik bungkusan itu. Aku agak hairan apabila dia membahagikan roti itu kepada dua bahagian, satu bahagian terus dimasukkan ke dalam mulutnya manakala separuh lagi dia suakan kembali kepada aku. Aku merengus geram.

 

"Tangan kau pegang tanah tadi," 

 

Dia meniup-niup roti itu lalu menyuakan roti itu kepadaku buat kali ke-dua. Ish, entah-entah air liur dia terpercik kat situ. Aku mengambil roti itu lalu aku sumbatkan ke dalam mulutnya. Aku suruh makan tu makan jela!

 


 

Selepas selesai sesi minum petang, semua pelajar dipanggil untuk berkumpul di depan appaku. Mengikut tentatif program, mereka akan disuruh berkawad pada petang ini. Mereka berbaris dalam keadaan berempat-empat. Aku berasa agak kasihan kerana mereka langsung tidak diberi peluang untuk menukar uniform sekolah yang mereka pakai kepada pakaian yang lebih selesa. Cuaca pula agak terik walaupun sudah petang. Mata masing-masing sudah mengecil akibat daripada pancaran matahari yang terlalu terang.  

 

Appa sedang memegang sebatang kayu tebal di depan mereka. Aku sendiri kecut perut apabila orang sedingin appa memegang kayu itu, bimbang kayu itu akan hinggap kepala sesiapa dalam masa yang terdekat. 

 

"Peraturan pertama sepanjang kem ni, tepati masa!" suara appa kedengaran tegas. Appa memang pantang bila orang tak menepati masa. Omma sendiri selalu dimarahi appa jika melengah-lengahkan masa. "Faham!" laung 20 orang pelajar bermasalah itu.

 

"Kedua, jangan bercakap bila saya tak suruh. Jangan main cakap belakang."

 

"Faham!!"

 

"Ketiga, jangan pernah melawan cakap saya, mana-mana guru dan para pengawas."

 

"Faham!!!"

 

"Terakhir, jangan buat perkara-perkara yang terlarang. Merokok, minum arak dan jangan kacau anak saya,"

 

"Faham!!!!!!!!"

 

"Nampak tak batang kayu ni?" tanya appa sambil menghalakannya  ke arah para pelajar di depannya.

 

"Nampak!!"

 

"Siapa langgar peraturan yang saya dah sebutkan tadi, saya takkan teragak-agak untuk bagi hadiah kayu ni. Awak boleh pilih nak saya hadiahkan kat mana, antara kaki,kepala atau belakang awak."

 

Semua diam.

 

Para pengawas turut diam.

 

Para guru pengiring pula memang membisu sejak tadi.

 

Akhirnya, appa menyuruh mereka melakukan beberapa rutin kawad kaki. Mereka kelihatan sangat kekok dan berterabur. Kata appa, hanya orang yang berdisiplin mampu berkawad dengan baik. Appa beberapa kali mengacah untuk memukul kaki mereka yang tidak serentak dengan kayu yang dipegang. Ketika ini, mereka bukanlah samseng-samseng sekolah. Mereka adalah anak-anak kucing yang berada dalam ketakutan. 

 

 

V terlompat apabila appa membalingkan kayu itu ke arah kakinya. Dia bernasib baik kerana sempat mengelak. V telah menghentakkan kakinya lebih laju daripada pelajar lain. Dari cara V memandang appa aku sekarang, aku dapat rasakan V sedang mengutuk appa aku hitam di dalam hatinya.  

 

 


okay, rilek. Jangan baling telur kat aku. Ni filler chapter je.

aku hiatus utk 2 minggu. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..