One

Boy In Luv

 

Nara's POV

 

 

Pagi yang hening itu terganggu apabila sekumpulan pelajar lelaki sampai di sekolah itu dengan motorsikal mereka. Bunyi yang dihasilkan oleh ekzos kenderaan tersebut mampu memekakkan mana-mana telinga yang mendengarnya, termasuk telinga aku. Mereka sedang memarkirkan kenderaan mereka di tempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk para pelajar. Aku memerhatikan mereka. Cara pemakaian mereka sangat selekeh dengan baju yang tidak dimasukkan ke dalam seluar dan tali leher yang tidak dikemaskan. Ada di antara mereka yang langsung tidak mengenakan tali leher.

 

Siapa yang tak kenal dengan 7 lelaki ini? V, Suga, Jin, Jungkook, Rapmon, Jimin dan J-Hope. Tingkah laku mereka adalah seteruk nama mereka. Mereka selalu melanggar peraturan sekolah dan kerana itulah wajah mereka adalah wajah-wajah yang selalu kelihatan berada di tandas kerana didenda. Aku sendiri tak faham dengan perangai mereka. Mereka selalu menyepahkan kelas-kelas yang tidak digunakan di dalam bangunan ini. Meja dan kerusi selalu dirosakkan oleh mereka. Aku tak tahu manfaat apa yang mereka dapat bila buat macam tu.

 

Rapmon adalah ahli yang paling terkenal di sekolah ini. Ya, namanya yang unik menyebabkan dia popular tetapi itu bukan penyebab utama. Dia popular kerana dia merupakan DJ radio sekolah. Ahli-ahli kumpulan mereka yang lain tidaklah sepopular Rapmon tetapi masing-masing mempunyai pengaruh yang tersendiri.

 

V pula selalu ditangkap kerana ponteng di dalam stor. Dia sering sahaja tertangkap ketika membaca manhwa di dalam stor oleh pengawas sekolah. Dan akulah pengawas sekolah tersebut. V seorang yang sangat degil dan suka melawan cakap aku. Aku tak suka perangai dia dan perkara aku lebih tak suka ialah dia selalu mengganggu aku diluar sekolah. Dia juga selalu menghantar mesej kepadaku tetapi satu pun tidak pernah aku balas.

 

" Nara! " Aku berpaling ketika namaku dipanggil. Aku mengeluh perlahan apabila wajah empunya suara menyapa penglihatanku. Dia nak apa? Aku memasukkan tangan ke dalam poket blazerku.

 

" Nara, jom keluar " pelawa V bersama sengihan yang tidak lekang dari bibirnya. Helmet dikepalanya ditanggal lalu dia membetulkan rambutnya. Keluar?

 

" Byun Taehyung, kau sedar tak kau baru je sampai kat sekolah? Oh, kau nak aku hantar kad undangan ke bilik disiplin kat Byun Baekhyun alias appa kau untuk kali kelima? " Kataku sarkastik. Appanya telah tiga kali datang ke sekolah atas perlakuannya. Satu kali lagi ommanya yang datang kerana bapanya sibuk bekerja. Maklumlah, engineer.

 

" Aku prefer kau hantar kad undangan perkahwinan kita kat cikgu disiplin tu " kata V. Kad undangan perkahwinan kita?

 

" Sorry tapi ayat kau tak berkesan kat aku " kataku. Kalau dia ingat dia boleh mengayat aku, dia silap. Sejujurnya aku tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Orang lain seperti menjauhi aku kerana aku seorang pengawas dan kerana itu juga aku boleh dikatakan tiada kawan. Majoriti pengawas dipulaukan di sekolah ini dan kami para pengawas juga tidak bersahabat antara satu sama lain kerana mereka menjadi pengawas hanya untuk membodek para guru dan mengenakan pelajar lain. Barulah aku sedar kenapa pengawas dipulaukan.

 

" One day, Nara. One day kau akan cair dengan ayat aku " kata V yakin bersama senyuman nakal. Aku mengangkat kening kiriku sebagai tanda aku mencabarnya.

 

" Oh really? Whatever. Sekarang kau tug in baju kau sebelum aku tugaskan kau untuk cuci tandas sekali lagi " ugutku. Tak boleh ke dia pakai baju elok-elok?

 

 

" Apa kata kau tolong tug in kan? " V mendepakan tangan untuk memberi ruang untuk aku membetulkan pakaiannya. Aku menjelingnya tajam. Seriously? Tak ada kerja ke apa aku nak tug in kan baju dia?

 

" Jin, tug in kan baju dia " arahku kepada Jin yang lalu di situ. Kawan-kawan mereka yang lain masih berada di tempat parkir kenderaan.

 

" Oh please. Aku terlalu cantik untuk jalankan arahan kau tu " Jin berlalu dengan muka yang tidak bersalah. V masih lagi memandang aku.

 

" Nara, I am waiting~ " V masih lagi mengusik aku.

 

" Oh, please keep waiting sebab muka kau memang serasi dengan tandas. Bye~ " aku meninggalkan dia di situ tanpa berpaling ke belakang.

 

" Nara, takkan kau nak suruh aku cuci tandas lagi kot? " Protes V. Aku hanya tersenyum kerana aku tahu tiada orang yang akan nampak senyuman aku. Entah kenapa, aku suka mendenda V kerana dengan itu, aku menjadi lebih rapat dengannya. Kenapa aku suka? Aku sendiri tak pasti.

 

Seperti yang aku inginkan, V didenda untuk membersihkan tandas dan cikgu disiplin telah mengarahkan aku untuk memantau kerjanya. Aku dengan rela hati memantaunya.

 

" Kau memang suka bila aku kena cuci tandas kan? " Tanya V sambil menyental lantai yang kotor dengan kesan tapak kasut itu dengan sebatang berus panjang. Lengan bajunya telah disingsing hingga ke paras siku dan kaki seluarnya dilipat sehingga menampakkan lututnya.

 

" Well, kau bukan datang sekolah nak belajar pun so lebih baik kau berbakti macam ni " kataku sambil memerhatikannya dari luar tandas.

 

" Daripada aku tonyoh jamban sekolah ni baik aku tonyoh jamban rumah aku " rungut V perlahan lalu memasang tiub yang panjang pada kepala paip untuk membersihkan lantai yang telah disental itu. Buih-buih sabun kelihatan jelas pada lantai tersebut.

 

" Bagus jugak. Apa kata kau stay kat rumah and tonyoh jamban rumah kau sampai berkilat? Aman sikit sekolah ni "

 

 

" Tak boleh la. Dalam jamban rumah aku tak ada kau " kata V lalu mengenyitkan mata ke arahku. Pfftt. Ingat dia hensem sangat la macam tu? Tiba-tiba, hujung tiub itu dihalakan ke arahku dan dalam sekelip mata aku basah lecun dari hujung kaki sehingga hujung kepala.

 

" Taehyung! " Aku menjerit geram lalu menolak rambut yang melekat pada mukaku. V ketawa kecil.

 

 

" Oppss, my bad! " Kata V main-main lalu menyembur aku sekali lagi. Aku tidak dapat membuka mata atas perbuatannya itu.

 

" Taehyung!! " Jeritku sekali lagi. Memang nak kena mamat ni!

 


 

 

Aku menggigil kesejukan atas serangan V terhadapku tadi. Aku kini berada di dalam bilik persalinan lelaki kerana V memaksa aku untuk ke sini. Aku berada di dalam salah satu bilik sambil menunggu V yang pergi mengambil pakaian sukan di dalam lockerku. Ketukan kedengaran dan aku yakin V telah sampai. Aku keluar daripada ruang tersebut lalu menghampiri V yang sedang mengunci pintu utama.

 

" Mesti kau rasa segar kan? " Perli V lalu menyerahkan pakaian sukanku bersama sehelai tuala. Aku mengabaikan perliannya lalu memasuki bilik tadi untuk menyalin pakaianku yang basah.

 

Aku mengambil masa 5 minit untuk mengeringkan diri aku sepenuhnya. Setelah selesai, aku keluar daripada bilik itu dan bertembung mata dengan V yang sedang duduk di atas ruang bersebelahan dengan singki. Dia sudah pun lengkap dengan pakaian sukannya.

 

" Kalau kau buat macam ni sekali lagi, aku mintak pengawas lain untuk pantau kau " ugutku dengan wajah yang serious. V tersengih lalu turun untuk menghampiriku.

 

" Nanti kalau kau rindu aku macam mana? "

 

" Rindu kau? Lawak " aku berpura-pura ketawa. Tetapi ketawaku terus mati apabila tubuhku terdorong ke hadapan dan sepasang bibir mendarat pada bibirku. Biar benar?

 

Dan makin lama, aku bagaikan terpukau oleh matanya yang memandang aku dengan seribu makna. Hati aku, ada sesuatu yang dah terjadi pada hati aku. V melepaskan aku dan ketawa kecil apabila aku tidak terkata. Aku mengelipkan mata beberapa kali, memaksa jiwaku untuk masuk kembali ke dalam jasadku.

 

" Taehyung! Kau- " dan bagaikan diulang tayang, dia sekali lagi mendera bibirku dengan bibirnya. Aku..jiwa aku..

 

Kemudian suatu lintasan bermain di fikiran aku. Segala-gala tentang V menganggu fikiranku. Dia merupakan salah seorang samseng sekolah dan kumpulannya terkenal dengan cara hidup kotor mereka, walaupun belum diketahui oleh pihak sekolah.

 

Kenapa layanan V terhadap aku macam ni? Betul ke dia suka kat aku macam yang dia selalu cakap? Tapi aku dengar Suga dah meniduri ramai perempuan. Perangai V pun macam tu ke? Kalau mereka selalu lepak bersama, mesti V pernah buat macam tu walaupun sekali kan?

 

Aku menolak tubuh V yang rapat pada tubuhku lalu aku tampar pipinya sekuat hati.

 

" Kalau kau ingat aku ni macam bohsia yang kau pernah tidur, kau dah silap Taehyung. Kau silap. Aku tak semurah tu! " Aku sekali lagi menamparnya lalu meninggalkannya di situ. Air mata yang menitis di wajahku aku seka perlahan. Kenapa hati aku sakit?

 

" Nara! Dengar dulu! "

 

Tak, aku tak nak dengar. Aku takkan dengar kata-kata orang yang semurah dia.  Aku terus melangkah untuk menjauhinya. Sekali dia cuba ambil kesempatan ke atas aku, selama-lamanya aku takkan maafkan dia. Takkan.

 


 

Tiga hari berlalu dan selama tiga hari itulah aku tidak bertegur sapa dengan V. Kalau kami bertembung di koridor sekalipun, aku hanya memandang ke bawah dan mengabaikan kewujudannya. Aku masih lagi marah atas tindakannya beberapa hari yang lepas. Dia, walaubagaimanapun, berusaha untuk menegurku. Panggilannya pada tiap-tiap  malam tidak pernah aku jawab. 

 

" Nara! " 

 

Aku segera melarikan diri apabila V cuba untuk menghampiriku. Aku tak nak berdepan dengan dia. Aku membawa diriku ke kawasan bumbung sekolah, aku yakin aku akan selamat sekiranya bersembunyi di situ. Pintu yang menghubungkan tangga dengan bumbung aku buka dengan pantas lalu aku kunci. Dadaku turun naik untuk bernafas.

 

Apabila aku berpaling, aku hampir menjerit apabila sekumpulan lelaki sedang melepak di situ. Aku teliti wajah-wajah mereka. Mereka bukan kawan-kawan V! Mereka adalah sebuah lagi kumpulan yang bermasalah di sekolah ini. Aku kenal setiap ahli mereka walaupun aku tidak pernah ditugaskan untuk mengawasi mereka.

 

" Ops! Anak ayam mana ni? Olo siannya, ibu mana? " Tanya Zelo sambil melangkah ke arahku yang tercegat berhampiran pintu. Aku mengetap bibirku lalu berpaling untuk keluar daripada kawasan tersebut. Aku seorang pengawas dan aku sepatutnya menghalau mereka daripada terus melepak di situ tetapi aku masih waras. Aku tidak mampu melakukannya seorang diri. 

 

" Eh, nak pergi mana? Duduk la dulu minum-minum air " Zelo memegang tangan untuk menghalang aku daripada membuka pintu. Aku menolak tangannya agar tidak menyentuhku. Minum air kepala hotak kau!

 

" Kau jangan nak kurang ajar kat sini! " Kataku. Kawan-kawannya hanya ketawa atas kata-kataku. Aku memandang mereka dengan penuh geram. 

 

" Jangan sentuh la! " Kataku apabila dia sekali lagi memegang tanganku. Aku menolak tubuhnya lalu melarikan diri melalui pintu itu. Langkahku terhenti di tangga apabila V berada di depanku. Apabila aku berpaling ke belakang, Zelo pula berada di belakangku. Aku nak lari kat mana ni? Terbang?

 

" Kau buat apa kat Nara? " Mata V membesar dan dia terus mendekati Zelo. Zelo yang agak terkejut apabila V berada di situ tercampak ke belakang apabila V mendaratkan tapak kasutnya di perut lelaki yang tinggi itu kerana dia tidak bersedia. Tendangan V itu menyebabkan kawan-kawan Zelo terkejut melihat sahabat mereka terbaring di kawasan bumbung itu. Zelo memegang perutnya lalu berdiri dengan muka yang berkerut.

 

" Aku tak sempat buat apa-apa pun, sial! " Kata Zelo. Kawan-kawan Zelo bangun dan menghampiri Zelo. Namun belum sempat apa-apa, V sekali lagi menghadiahkan penendangnya ke arah perut Zelo.

 

" Tak sempat? So kau memang nak buat something la kat Nara " riak muka V berubah. Di depanku ini bukan V yang aku kenal. Dia bukan V yang selalu mengusik dan mengenyitkan mata ke arahku. Dia adalah V, seorang samseng sekolah. Aku menarik lengannya supaya tidak mencari gaduh di situ kerana dia takkan mampu melawan kawan-kawan Zelo yang ramai. Tetapi V berdegil.

 

" Kau pehal? Datang tak ketuk pintu terus tendang kawan aku. Muka kau nak kena renovate ke? " Tanya Yongguk. V tersenyum sinis. 

 

" Sedara, muka kau yang macam jamban tak siap. Apa kata biar aku yang renovate muka kau? " Kata V sambil jari telunjuknya ditudingkan ke arah muka Yongguk. Beraninya!

 

" Wah adik, mulut bau taik " balas Yongguk dengan senyuman yang menakutkan. Aku masih lagi menggesa V supaya berhenti daripada mencari gaduh.

 

" Kau nak tunjuk hebat apa kat sini? " Daehyun menghampiri kami lalu tersenyum berhampiran muka V. 

 

" Kau nak tunjuk hebat depan perempuan ni? Fikir pakai otak, kau sorang kat sini " Daehyun menngetuk kepala kepala V menggunakan jari telunjuknya. V sekali lagi tersenyum sinis. Aku geram betul dengan anak pak cik Baekhyun ni. Yang asyik senyum tu kenapa? Kita dalam bahaya ni! Bahaya!

 

V meniup mata Daehyun dengan gaya nakal lalu meletakkan tangannya di atas bahu Daehyun. Mereka saling berbalas senyuman. Aku je yang rasa macam nak menangis kat sini. 

 

" Aku nak tunjuk hebat atau kau nak tunjuk hebat sebab geng kau ada kat sini? " V mengangkat keningnya dengan penuh main-main. Daehyun melirik ke arah aku lalu kembali menumpukan perhatian pada muka V. 

 

" Taehyung! " Aku menjerit kerana terperanjat dengan serangan mengejut daripada Zelo. V yang terduduk itu aku pegang. Belakang kepalanya berdarah impak daripada kayu yang menghentam kepalanya sebentar tadi. Aku menekup kepalanya yang berdarah itu dengan tapak tangan kiriku.

 

" Taehyung, kau okay tak? " Tanyaku risau. V sekali lagi tersenyum. Budak ni, memang nak kena lempang dengan aku. 

 

" Oh, adakah Rapmon diperlukan di sini? " Tanya seseorang yang baru muncul di situ. Rapmon! Dia memerhatikan sekeliling dengan kedua-dua belah tangan di belakang, lagak seperti seorang pengetua. Tiada seorang pun yang menjawab soalannya.

 

" Saya tanya, adakah Rapmon diperlukan di sini? Jangan bagi saya ulang soalan saya banyak kali! " Kalaulah kepala V tak berdarah sekarang ni, nak je aku ketawa. Lawak bila Rapmon tanya soalan skema macam tu. Dengan mukanya yang tak berapa skema, soalannya kedengaran sangat menyakitkan hati. 

 

" Oh, nampaknya kehadiran saya tidak diperlukan di sini. Tidak mengapa, saya boleh pergi " Rapmon melambaikan tangan ke arah semua orang lalu keluar daripada kawasan bumbung itu. Apa kejadahnya mamat ni? Tolong kawan kau ni!

 

" Hoi, kau nak pergi mana? Kepala aku sakit ni! " V menjerit memanggil Rapmon yang sudah beredar. Kenapa bangang sangat kawan dia ni?

 

Tiba-tiba, keadaan di situ menjadi riuh rendah kerana rupa-rupanya kawan-kawan V telah berada di situ. Apabila Rapmon keluar tadi, mereka terus meluru masuk dan berlakulah pergaduhan antara dua kumpulan samseng itu. 

 

" Ah, rosak kuku aku! Tak guna! " Kata Jin selepas menumbuk muka Daehyun. Seriously Jin?

 

" Taehyung, aku rasa baik kita pergi. Kepala kau berdarah ni " kataku, tidak mahu berlama-lama di situ. V menggelengkan kepalanya. 

 

" Kau pergi la. Kepala aku pening sikit ni. Kau pergi dulu " kata V lalu menyuruh aku bangun dan meninggalkannya. Kesan darahnya pada tapak tanganku membuatkan aku takut.

 

" Tapi- Taehyung! " Aku sekali lagi menjerit kerana kayu yang sepatutnya terkena pada Jimin tersasar dan terkena kepala V. Habislah kepala hotak budak ni. 

 

V terus terbaring di atas lantai itu sambil memegang kepalanya. Dia mengerang kesakitan dan aku sebagai manusia yang berhati perut tidak sanggup melihat dia terus berkeadaan begitu. 

 

" Taehyung. Kau okay tak ni? Jom kita pergi dari sini " aku cuba memapahnya. Selepas cubaan kali kedua, barulah aku berjaya membuatkan dia berdiri.

 

" Aku tahu kau sayang aku " V mencium pipi aku dengan mukanya yang jelas kesakitan itu. Kau tunggulah bila kau sihat, aku pijak muka kau! Sakit-sakit pun nak menggatal. 

 

" Aku maafkan kau sebab aku tahu otak kau tak boleh pakai sekarang " kataku perlahan lalu dengan bersusah payahnya membawa dia pergi daripada kawasan itu. Luka pada kepalanya perlu dirawat atau dia yang sememangnya gila ini akan bertambah gila. 

 

Aku terus terlupa tentang perbuatannya terhadapku beberapa hari lepas.

 


 

" Nara, sakitlah " V merungut apabila kapas yang basah dengan antiseptik itu menyentuh luka pada kulit kepalanya. Aku meniup luka di kepalanya perlahan-lahan lalu meletakkan kapas yang aku sudah calitkan di dengan iodin pada lukanya sebelum aku balut kepalanya dengan kain pembalut.

 

" Nara, jangan balut aku macam mumia sudah " kata V. Aku tahulah apa aku buat. Daripada aku balut kau macam mumia, baik aku kebumikan kau terus. Klinik sekolah itu agak sunyi kerana sudah lama tiada jururawat yang bertugas. Kebanyakannya sudah dipecat kerana selalu mencuri tulang. Aku menyimpan segala alatan ke laci yang sepatutnya.

 

" Nara, nak pergi mana tu? Aku tak boleh jalan lagi ni " kata V yang berbaring di atas katil itu. Mukanya masih berkerut-kerut. Aku baru sahaja ingin keluar daripada klinik tersebut ketika dia memanggilku. Lupa pulak, dia mana boleh jalan sendiri.

 

" Cepat la. Aku nak balik pulak ni " kataku lalu memapah tubuhnya. Dia tersengih lalu sekali lagi mencium pipiku. Aku menjegilkan mataku ke arahnya. Dia ni betul-betul sakit ke tak?

 

" Kau nak bawak motor macam mana ni? " Tanyaku apabila kami sampai di tempat parkir kenderaan. V tersengih.

 

" Pasal motor kau jangan risau. Semangat mat rempit membara dalam darah aku " kata V lalu menyarungkan helmetnya. Dia berdecit apabila fabrik di dalam helmet menyentuh kepalanya.

 

" Kau yakin ke ni? Aku tak nak la esok muka kau keluar paper " kataku, berlapik dalam menasihatinya supaya berhati-hati.

 

" Amboi mulut kau.. " V mengangkat cermin penghadang yang melindungi mukanya lalu menghidupkan enjin. Bunyi ekzosnya memecah kesunyian sekolah tersebut. Pelajar lain telah lama pulang termasuk kawan-kawan V kerana motorsikal mereka tiada di tempat mereka parkirkan pagi tadi. Entah macam manalah keadaan mereka.

 

" Kau balik naik bas ke? Nak aku hantar? " Tanya V prihatin. Aku menggelengkan kepalaku. Tak naklah aku naik motor dengan dia.

 

" Serious ni? Bas lambat lagi nak sampai tau " kata V. Betul juga kata-katanya. Bas seterusnya akan sampai lewat jadi kemungkinan besar aku terpaksa menunggu selama satu jam lagi.

 

" Tapi aku  mana ada helmet "kataku. V tersenyum kerana kata-kataku jelas membuktikan yang aku sudi membonceng motorsikalnya itu. Aku mengekalkan riak serius pada wajahku. V memasukkan tangannya ke dalam poket lalu mengeluarkan segugus kunci. Kunci itu dibaling ke arahku.

 

" Pergi bukak locker aku, ada helmet dalam tu " arah V. Dia memulas handle beberapa kali, menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga.

 

" Tapi.. Locker kau yang mana satu? "

 

" Alah, yang kau geledah hari selasa lepas tu. Dah lupa? " Mataku membulat mendengar kata-katanya. Macam mana dia tahu? Ya, aku memang ada menggeledah lockernya pada hari selasa lepas kerana ada pelajar yang memberitahu aku yang V menyimpan rokok di dalam lockernya. Persoalannya, macam mana dia tahu?

 

" Oh, yang ada poster Apink tu? Okay " kataku lalu bergerak ke arah kawasan locker. Aku memasukkan batang kunci kedalam lubangnya lalu aku pusingkan ke kanan. Apabila pintu locker itu aku buka, poster Apink masih selamat berada di tempatnya. Aku ketawa kecil, tidak menyangka samseng sepertinya turut menyimpan poster seperti gadis remaja berumur 14 tahun.

 

Aku mencapai helmet yang dimaksudkan oleh V lalu kembali mengunci locker tersebut. Helmet berwarna putih itu bertampal dengan sticker Hello Kitty. Hello kitty? Aku ketawa lagi.

 

" Lamanya, kau cari apa dalam locker aku tu? Harta karun? Sorry la, harta karun ada kat dalam hati aku je. Cinta aku untuk kau, tu lah harta karun kita " V membuat muka penuh perasaan. Dia ni nak bagi aku muntah pelangi ke?

 

" Kau buat aku nak muntah " aku berpura-pura muntah di situ.

 

" Nara, kau mengandung? Tapi aku belum buat apa-apa lagi " kata V dengan muka risau. Bodoh betul. Aku menghempuk kepalanya yang memakai helmet itu dengan helmet yang aku pegang.

 

" Sakit la " kata V. Kalau dia cakap benda bodoh sekali lagi, aku hempuk helmet ni atas muka dia.

 

Selepas beberapa minit bertengkar perkara yang sia-sia, akhirnya kami berada di dalam perjalanan untuk ke rumahku. Aku hanya memegang baju pada bahagian pinggangnya, dan jarak di antara tubuh kami jugak agak ketara. Anak gajah pun boleh lalu.

 

Angin yang menderu membuatkan rambutku yang tidak dilindungi helmet beralun mengikut tiupan angin. Nyawa aku hampir gugur apabila tubuh aku terdorong ke belakang dan hampir terjatuh. Dasar mat rempit! V mengangkat tayar depan motornya, membiarkan kenderaan itu bergerak dengan tayar belakangnya sahaja. Aku segera melingkarkan lenganku di keliling pinggangnya dengan kemas kerana nyawaku hanya ada satu. Dia ni mesti sengaja nak buat aku peluk dia. Gatal! Kau tunggu la bila sampai rumah aku nanti.

 

Walaupun bunyi angin agak kuat, telingaku masih dapat mendengar suaranya ketawa. Aku turut tersenyum, tersenyum tanpa sebab. Motorsikal yang kami naiki berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Senyuman aku mati apabila kereta yang berhenti di sebelah kami kelihatan sangat familiar. Aku mula menggelabah lalu memalingkan mukaku ke arah yang bertentangan dengan kedudukan kereta tersebut.

 

" Tae, appa aku " bisikku di telinganya. Badannya berubah kejang.

 

" Appa kau? Mana? " Tanya V, ada nada takut dalam suaranya.

 

" Belah kanan " kataku.

 

. Macam mana boleh jumpa pak cik kkamjong ni. Double  " aku dengar kata-katanya. Kkamjong? Dia panggil appa aku kkamjong? Siapa ajar dia panggil appa aku kkamjong?! Panas betul hati aku. Tak apa, kau tunggu. Aku hampir menjerit kerana V meluru laju ke depan walaupun lampu isyarat masih berwarna merah. Dia ni nak mati ke?

 

" Taehyung, appa aku polis la!! " Jeritku kuat. Biar rosak gegendang telinga dia. Elok-elok appa aku tak nampak, yang dia bagi obvious tu kenapa? Aku seret kepala dia kat atas jalan tar baru dia tahu. Lembab bertingkat-tingkat!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..