Six

Boy In Luv

 


RECAP

Aktiviti untuk kem di pulau Anak Dara itu bermula dengan aktiviti kawad berhampiran pantai. Ayah Nara telah memberitahu beberapa peraturan penting yang perlu pelajar-pelajar bermasalah itu patuhi. Jongin telah membalingkan sebatang kayu ke arah V kerana V telah mendahului orang lain ketika berkawad jadi Nara telah membuat spekulasi sendiri yang V mengutuk ayahnya hitam di dalam hati.

 


 

 

 

V's POV

 

 

Hitamhitamhitamhitamhitamhitam..

 

Hatiku tidak berhenti mengutuk pak cik kkamjong di dalam hati. Dia tidak habis-habis mencari kesalahan aku. Apa faedahnya dia suruh kitorang berkawad? Bukan kitorang nak sertai mana-mana pertandingan kawad pun. Sengaja! Aku benci pak cik kkamjong. Patutlah appa anti betul dengan pak cik kkamjong.

 

 

"Air," Jin menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Aku menyambut huluran tersebut lalu meneguk air itu dengan rakus. Aku masih belum mandi kerana aku ditahan selepas berkawad sebentar tadi sedangkan orang lain dibenarkan untuk pergi mandi. Mandi air masin!

 

 

"Kau pergilah mandi. Busuk!" kata Jin sambil tidak berhenti daripada mengasah kukunya. Dia telah menyembunyikan pengasah kuku itu di pinggang seluarnya sebelum semua barang-barangnya dirampas. Dia ternampak Daehyun menyorok rokoknya di pinggang jadi dia pun menurut jejak langkah lelaki itu. Aku dan Jin sedang berada di dalam khemah kami.

 

Aktiviti seterusnya akan berlangsung pada pukul 8 malam jadi kami mempunyai masa 90 minit untuk berehat. Aku mengeluarkan tuala daripada begku lalu melangkah keluar daripada khemah kami. Hari sudah semakin gelap dan semua orang berada di dalam khemah masing-masing. Hanya aku yang berada di luar khemah.

 

Aku berjalan. Masih berjalan. Terus berjalan ke arah pantai. Langit kelihatan merah. Senyumanku melebar ke telinga apabila aku melihat seorang bidadari sedang mandi berseorangan.

 

"Bunga!!" Aku menjerit sambil meluru ke arahnya dengan tuala aku pegang di bahagian bucu supaya larianku nampak lebih dramatik apabila angin mengibarkan tuala itu. Nara kelihatan sangat terkejut. Aku melepaskan tuala di atas pasir yang berwarna putih itu lalu berlari masuk ke dalam air untuk mendapatkan Nara. Aku tersengih apabila berdiri di hadapan Nara. Air itu mencecah dadaku dan pada masa yang sama mencecah bahu Nara.

 

"Kau ni kenapa?" Nara kelihatan sangat marah. Marah tandanya sayang.

 

"Aww Bunga, so sweeettt~~" aku mengelipkan mata ke arahnya, berlagak comel. Nara tersenyum tetapi pantas mengekalkan riak serius pada wajahnya.

 

"Kau ni gila ke?"

 

"Siang ku igau..ku gilakan kau~" aku menyanyi sambil memercikkan air ke arah mukanya. Dia berenang menjauhi aku namun aku memegang kakinya. Hahaha!

 

"Taehyung! Lepaslah! Kau gila ke?" Nara menendang dadaku menggunakan kakinya lalu memboloskan diri. Aku berenang mengikutinya. Dah rasa macam kitorang ni pasangan ikan duyung pulak. Aku sekali lagi menangkap kakinya. Badan kami basah sepenuhnya.

 

"Duyung~ Jangan lari. Tikamlah putera mu ini. Janganlah engkau menjadi buih. Sungguh aku tak rela."

 

"Oh, kau bukan setakat layan Doraemon? Little Mermaid pun kau layan? Impressive," kata Nara sambil menolak rambutnya yang menutupi wajah.

 

Pfffttt.. Ini boleh mendatangkan marah.

 

"Sangat choi mulut kau, Duyung. Izinkan aku menciummu untuk meneutralkan bisa pada bibirmu, wahai Duyung," aku membuat muka seperti hendak menciumnya namun terteleng ke tepi apabila dilempang. Hoi! Tercabut susuk- okay, lupakan.

 

"Kau jangan nak menggatal. Aku report kat appa aku,"

 

"Reportlah. Report! Report! Pergi report! Dasar reporter!"

 

"Gila." gumam Nara lalu bergerak ke arah darat. Aku membuntuti langkahnya. Mandi hilang ke mana. Tuala- hoi, mana tuala aku? Aku berpusing ke kiri dan ke kanan untuk mencari tualaku. Aha! Itu dia! Aku berlari ke arah darat, mendahului langkah Nara yang lambat. Sehelai tuala pink yang di sangkutkan di dahan pokok pain menjadi buruanku.

 

"Wei! Tu tuala aku!" Nara cuba mendahului langkahku. Not so fast, my flower. Aku berjaya mencapai tuala itu lalu aku pegang tinggi.

 

"Bagi la! Aku ada satu je tuala!" Nara terlompat-lompat untuk mendapatkan tuala itu namun tetapi tidak berjaya. Kau kekurangan kalsium, Bunga. Jadilah seperti aku, sejak kecil di paksa minum susu. No kopi kopi. Kopi diharamkan di dalam keluarga Byun.

 

"Kiss dulu," aku menunjukkan pipiku menggunakan jari telunjuk. Muka Nara masam mencuka. Makin masam makin mengancam. Auww!

 

"Aku nak pergi report kat appa!"

 

No no no! Melepaslah peluang nak jadi menantu kalau macam ni! Aku terus menangkapnya menggunakan tuala tersebut. Aku menutup mukanya menggunakan tuala itu.

 

"Janganlah. Kalau pak cik kkamjong pukul aku macam mana?" aku risau.

 

"Padan muka kau. Siapa suruh perangai macam anak monyet sangat," Nara menolak aku supaya menjauhinya. Aku terundur sedikit. Macam mana dia tahu aku anak monyet? Dia tahu ke nama sebenar aku Nyutnyut? Oh, there goes my reputation. 2014 memang tahun yang malang.

 

"Bunga, kenapa ayah kau macam tak suka aku?" tanyaku. Dia mengambil tualanya kembali lalu mengeringkan rambutnya selepas menjeling aku.

 

"Manalah aku tahu. Appa aku tu dia boleh baca orang. Mungkin dia tahu apa dalam hati kau. Kau kan keturunan syaiton,"

 

Aku menelan liur. Haish, aku keturunan syaiton pun dia tahu? Dia pun boleh baca orang macam pak cik kkamjong ke? Kalau pak cik kkamjong boleh baca orang..jadi dia boleh rasalah kalau aku tipu dia? Habislah aku kalau betul macam tu.

 

 

"Tapi aku mana ada buat salah. Aku tak langgar peraturan dia pun. Dia yang selalu salah faham. Macam masa kawad tadi-" Nara jelas tercengang.

 

 

"Tepati masa, jangan bercakap bila saya tak suruh, jangan pernah melawan cakap saya, jangan buat perkara-perkara yang terlarang  dan jangan kacau anak saya. Bahagian mana yang kamu tak faham?" muncul satu suara lelaki daripada belakangku. Aku terus memejamkan mata rapat-rapat.

 

Mampuslah aku kali ni...

                                                                                                                                       


 

a/n; aku perasan chapter makin lama makin pendek. excuse me to please. XD aku sebenarnya tak berapa nak ada mood utk tulis ff komedi lps kes 'Suami durjanaku memadukanku' tapi aku decide nak update jugak ff ni supaya idea ff ni tak mati terus. 

jgn risau, aku dah rujuk balik dgn baek. aku n taeng sepakat nak share baek because sharing is caring. muahahhahaha

Selamat berbuka~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Boy In Luv | Korang, aku mintak maaf kalau cerita aku makin mengarut.

Comments

You must be logged in to comment
izziey_98 #1
Chapter 10: Taknak sambung lagi ke? 😢 Saya suka ff ni. Dah banyak kali repeat..
KimMinHye
#2
Chapter 10: Dah jd tengkorak menunggu ff ni update.. Tgh syok2 bace ehh dh xde button "NEXT" -_-
Palli palli upadateu !
Jeon_Taeha
#3
Ahahaha XD lawak la cerita ni. Geli hati baca XD A/N memang taknak sambung lagi ke ff ni? Best ni
SitiNurSyahirah
#4
Chapter 10: Author-nim~ author-nim mmg bercita-cita tak nak update cite ni lagi ke? Dah 365 kali saya cukur janggut saya menunggu cite ni diupdate T.T
I LOVE THIS STORY SO MUCH TT
MaKnAeLiNeS #5
Chapter 10: tolong laa update...cite ni best sangatttt...
whatever_la #6
Chapter 10: update pewisshhh...dh brjnggut saye tunggu..TT.TT
khaisara #7
Chapter 10: please update,,best pulak saya baca..hahaha
baru nampak fanfic ni^_^
serious best...
xiaohyunhan #8
Chapter 10: Author-nim ~ Bila nk update ??
mykura #9
Chapter 10: author~~~~~~~~~~update.......please?:'(
mykura #10
Chapter 10: authornim!!!!!!!! update please......i was falling in luv with ur ff....please authornim.....i beg you..