Chapter 8

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 8

Stroller yang menempatkan sekujur tubuh gadis itu pun ditolak keluar dari Ambulans setelah tepat sampai di hadapan pintu Hospital. Taeyeon berlari-lari anak sebelum pintu rintangan itu terbuka. Team paramedik dah pun bersiap sedia menyambut pesakit baru mereka sejak dari tadi. Ibu muda itu terkejut apabila melihat dua anak muda yang dikenalinya sedang panik sambil membantu jururawat menolak masuk stroller sepanjang koridor hospital.

 

“Jongin?! Chen?? Apa awak berdua buat disini??” tanya Taeyeon panik apabila melihat tangan dan pakaian kedua-dua mereka sudahpun berlumuran darah.

 

Bibir Kai bergetar dan air matanya pun terus mengalir.

 

 

Dia menangis. Tiada apa yang boleh dia lakukan selain menangis..

 

 

Ini pertama kalinya Kai menangis bukan kerana Uppie, tapi Lina...

 

Naeun, Syim dan Jay pun berlari selaju yang mungkin mendapatkan mereka. Setelah mendapat panggilan telefon dari Chen semasa Lina dibawa ke hospital tadi, ketiga-tiga mereka pun bergegas kemari.

 

“Jongin! Apa kau dah buat hah!!” Naeun menangis teresak-esak sambil dada dan bahu Kai dipukul kuat. Kai pula dah diam tak terkata.

Sedaya upaya Syim dan Jay menenangkan Naeun yang sudah pun jatuh terduduk. Dia menerkupkan wajahnya lalu menangis lagi.

 

 

“Ya Allah... Selamatkan Lina..” Naeun berdoa dalam tangisan.

 

 

 

“Chen, kenapa ni?!” Bahu Chen dicengkamnya kuat. Taeyeon tahu, kalau dia tanya Kai sekalipun.. Kai takkan jawab. Girls pulak, jangan cakap lah.. Lagi teruk dari Kai.

“L-Lina... Auntie, selamatkan Lina...” Chen pun tak kalah cemas juga, berbezanya Chen tak menangis. Dan Chen lah yang selalu disisi Kai, kuatkan semangat dia lagi.

 

 

“Apa dah jadi pada Li-..” Belum sempat Taeyeon menghabiskan perbicaraannya, stroller kembali ditolak dan terlihatlah Hoya, si doktor muda itu sedang memberikan arahan kepada para jururawat.

“Taeyeon, jom! Kita ada operation lagi...”

 

 

“Oh god! Hoya, apa dah jadi?” Taeyeon segera meninggalkan Kai dan Chen. Sempat juga dia menepuk bahu Kai perlahan, lalu membantu menolak stroller masuk ke dalam ruangan CCU.

Dia tahu Kai risau, dia tahu Kai ada hati pada gadis ini sejak pertama kali Lina dibawa kesini lagi. Sejak kes allergi dulu...

 

 

Tuhan, kenapa begitu banyak dugaan yang kau berikan pada dia? Masih basah luka yang Kai peroleh sejak peristiwa Uppie, dan kini? Kenapa mesti Lina? Kesian Kai...

 

 

 

“Pesakit mangsa kemalangan, dirempuh kereta dan sekarang dia pengalami pendarahan yang banyak. Tulang dilengannya juga patah.. and......” Hoya tidak sempat menghabiskan perkataannya, laju Taeyeon memotong.

 

“and what?!”

 

 

“Dia sekarang koma..”

 

DEGG! Bagai nak luruh jantung Taeyeon bila kata-kata itu dituturkan keluar dari mulut Hoya. Tubuh Lina yang penuh dengan darah ditatapnya lemah.

 

Koma?

 

Perasaan ni, seperti perasaan yang aku rasakan bila Angah masuk kesini dulu.

Angah.. dah dua minggu aku tak sebut nama ni. Key tak pernah izinkan aku sebut nama angah lagi.

 

Rasa sedih dihati ibu itu bukan kepalang, tapi Taeyeon seorang yang professional. Urusan peribadi dan urusan kerja dibahagikan sama rata. Yang terpenting sekarang adalah Lina.

Kenapa aku rasa macam.. harapan untuk Lina kembali sedar... Tipis.

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Lina membuka mata dikala merasakan lengannya bagaikan dibalut dengan kain. Perlahan-lahan pandangan yang kabur itu kembali cerah.

“Eh, aku kat mana ni? Taman apa ni?” Lina bingkas bangun tapi rasa sakit pada lengan dan dahinya menghentikan sedikit tingkahnya.

 

 

 

“Arkhhh!” Dia mengerang sakit. Dahinya sudah pun dibalut sempurna, tapi rasa sakit yang dia hadapi, masih belum pun hilang hingga kini.

 

“Kak Lina... jangan lah bergerak.. Nanti tangan akak berdarah lagi.” Tangan kecil itu pun menggengam hujung baju Lina dan mengoyang-goyangkannya laju. Lina sentak. Suara itu...

 

 

“Song Jinhye!” Mata Lina membuntang. Lalu bingkas tubuh kecil itu dipeluknya erat.

 

“Rindunya akak pada kamu..” Air mata Lina pun mengalir.

“Jinhye pun rindu kak Lina.....” Anak kecil itu pun segera membalas pelukan Lina dengan sengihan yang mula kembang dari bibirnya.

 

 

Sekilas Lina sentak, tempat apa ni? Aku kat mana?! Macam mana Jinhye boleh ada kat sini?

“Jinhye, tempat apa ni?”

 

 

“Ini tempat Jinhye.. Tapi takpe, Jinhye tak sorang-sorang kat sini.. Ada halmae dengan haraboeji jugak.. Adik Uppie pun ada.....” si adik membalasnya lagi. Bibir kecil itu tersengih lagi.

 

 

Lina tersentak lagi. Ligat otaknya mencernakan kembali apa yang Jinhye katakan itu.

Apa? Maksudnya... aku.. Kejap! Sebenarnya apa yang jadi pada aku? Lina kembali berfikir lalu bagaikan satu cahaya yang terang memancar sehinggakan Lina dapat lihat kembali apa yang terjadi sebelum dia disini.

 

YA ALLAH, A-AKU KENA LANGGAR?

 

 

“Jadi tempat ni?” Lamunan Lina terhenti apabila mendengar kata-kata si adik.

 

 

 

“Lina bertahan lah..”
 

DEGG! Ada suara panggil aku.. AKU DENGAR ADA SUARA PANGGIL AKU.

 

“Lina, jangan tinggalkan aku.. kau kena kuat”

 

 

 

Telinga Lina menangkap banyak suara yang memanggilnya. Menampar-nampar lembut gegendang telinganya.

 

(T^T)

 

 

Pembedahan yang dilakukan oleh Taeyeon dan Hoya pun berakhir dengan jayanya setelah hampir 4 jam bertarung untuk selamatkan Lina dari maut. Belum dikira lagi beberapa kali tekanan darah Lina turun mendadak dan jantung gadis itu juga sempat mahu berhenti sebentar tadi, Tapi syukurlah semuanya dah selesai.

 

Cuma, benarlah kata Hoya.. Lina sekarang koma.

Keadaan dia lemah, tekanan darah dia rendah dan tulang lengannya juga patah.

 

 

Pintu rintangan dari wad bedah terbuka membuatkan Kai terus bangun mendapatkan Taeyeon.

“Auntie, macam mana Lina? S-Semua okay kan auntie??” Kelam kabut Kai bertanya. Naeun, Syim dan Jay pun tak kurang cemasnya.

 

“Lina okay kan auntie?” Naeun pula bersuara.

 

 

 

 

Pertanyaan itu dibalas Taeyeon dengan senyuman lalu bahu Kai di tepuk lembut.

“Lina selamat Kai, Naeun, tapi dia masih lemah.. And I’m sorry to say, She’s unconcious.. Dia sekarang koma.”

 

“Ya Allah..” Cuma perkataan itu yang boleh keluar dari bibir Naeun. Tangannya bingkas memegang dahinya yang dirasakan pening. Lemah sudah untuk dirinya berdiri.

 

“Auntie akan uruskan untuk dia dipindahkan ke wad, lepas tu korang boleh melawat. Tapi ingat, dia lemah lagi. Jangan terlalu memaksa dia.” Sambung Taeyeon lagi. Lalu ibu muda itu pun berlalu pergi untuk urusan pindah wad bagi Lina.

 

 

“Kai, tengok! Apa kau dah buat ha?!!” Naeun dah tak dapat kawal rasa marahnya pada sepupunya itu.

“Aku mintak maaf..” Kai perlahan-lahan bersuara.

 

“Hidup Lina tak pernah macam ni sebelum dia kenal kau! Dia mengadu, dia tak suka kau.. Sebab tu aku tak pernah nak bagitau pun kau ni sepupu aku, tapi.. bila dia dah mengaku dia suka kau, aku orang pertama yang sokong! Aku nak dia bahagia. TAPI APA KAU DAH BUAT HA JONGIN?!” Tubuh Kai di pukul kuat oleh Naeun lalu gadis itu menangis lagi.

 

 

“Sabar Naeun.” Syim segera menarik gadis itu lalu dipeluknya tubuh Naeun erat.

 

 

Jay pula berdiam. Jelingan tajam dihadiahkan tepat pada Kai.

Bukan apa, Jay kesiankan Naeun. Atas dasar sahabat, Jay cuba kawal rasa marah pada Kai. Ya, betul. Memang sejak Lina tak pernah tunjuk rasa suka pada Kai, semua ni tak pernah terjadi. Hidup dia aman dan bahagia sangat.. Tapi sejak dia kenal Kai? Hidup dia sengsara.

 

Syim cepat-cepat berbisik sesuatu pada Jay, lalu gadis yang berasal dari amerika syarikat itu pun menggangguk perlahan.

 

 

“Kai, kami tenangkan Naeun dulu. Kau jaga Lina..” Syim tiba-tiba berkata sekaligus membuatkan Kai sentak. Iya lah, Kai dengan Syim kan masih lagi perang dingin pasal peristiwa di Exhibition tempoh hari.

 

“Jangan nak buat muka terkejut sangat lah. Memang, aku masih marahkan kau, tapi demi Lina, aku harap kau berubah.” Syim segera membawa Naeun pergi dari situ bersama-sama Lee Jay.

Tinggallah Kai dan Chen dihadapan bilik CCU.

 

Kai melabuhkan punggungnya pada kerusi diluar bilik itu, lalu singgap Chen juga mengambil posisi disebelahnya.

Kai langsung tak bersuara. Hal itu, betul-betul buat Chen risau. Dia kenal sangat dengan Kai, dia tahu masalah Kai sekarang bertimpa-timpa.

 

 

Taeyeon kembali bersama-sama sebuah dokumen lalu dia mendekati kedua pemuda dihadapan wad CCU itu. Bahu Kai ditepuk perlahan.

“Kai, Auntie harap kamu tabah.. Kalau kamu sayang dia Kai, tunjukkan pada semua. Buktikan kamu sayang dia.. Ini nombor bilik Lina, Auntie dah pindahkan dia ke sana. Auntie pergi dulu ya.”

Kai mengangguk lagi sebelum Taeyeon berlalu pergi.

 

 

Chen yang melihat kejadian itu pun cuma dapat berdiam diri dan mengusap-usap lembut bahu Kai.

“Kau okey?” Baru kini Chen bersuara.

 

Pertanyaan itu cuma dibalas oleh gelengan oleh Kai.

 

Kai bangun dari tempat duduknya sebelum dia membawa diri masuk ke dalam wad yang menempatkan Lina.

 

 

Langkah kakinya diatur lemah berserta muka yang sunggul, Kai terus mendekati katil Lina. Wajah gadis itu tenang tanpa sedikitpun terlihat sakit.

 

“Lina.. bangun please? Kau boleh marah aku, kau boleh benci aku! Tapi aku nak kau bangun..” Kai bagaikan hilang pertimbangan. Digenggamnya besi disisi katil, lalu digoyangnya kuat.

Chen yang mengikuti Kai dari belakang pun cepat-cepat memegang bahu Kai lembut. Mujurlah tindakkannya itu membuatkan Kai berhenti.

Kai beralih, lalu Chen membalasnya dengan gelengan lembut.

 

“Kau ingatkan auntie cakap, dia lemah lagi.. Jangan macam ni Kai.”

 

 

Kai beralih pada Chen wajah sunggul.

“Chen, aku.. aku sayang dia.” Dahi Kai disandarkan pada bahu Chen. Dia perlukan bahu untuk menangis sekarang. Dia perlukannya.

 

 

“Aku tahu Kai, tapi kau ingat kan apa dia cakap? Kalau kau sedih..” Nada suara Chen makin perlahan.

DEGG! Kai sentak, Al-quran poket kecil yang dihadiahkan oleh Lina sebelum peristiwa ini berlaku dicapainya dari kocek.

Air mata yang berlinang dihapus lalu perlahan-lahan Kai mula kuat.

 

“Chen..”

 

“Kenapa?”

“Kau jaga Lina sekejap..” Bahu Chen ditepuk perlahan.

 

“Kenapa? Kau nak pergi mana?”

 

“Sejak Uppie takde, aku dah tak solat.. Kau tahu kan, aku dah tak sama dengan korang.”

 

 

Chen mengangguk lagi.

“Jagakan Lina untuk aku. Aku nak pergi solat, kejap lagi aku datang.”

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

Selesai sudah Kai menunaikan solat fardu Asar lalu bingkas tangannya membuka setiap helaian dari Kitab suci Al-Quran nur Kareem yang dihadiahkan Lina itu.

“Ya Allah, kerdilnya aku..” Sesekali air matanya kembali berlinang. Dia terasa kerdil. Dia terasa tak berguna. Kerana apa yang diselaknya dari setiap satu muka surat ke satu muka surat yang lain, tiada sepotong ayat pun yang mampu dia baca.

 

“Aku hamba yang hina Ya Allah.. Aku khilaf.” Kai menangis lagi.

 

Matanya ditutup rapat lalu singgap kitab suci it diletakkan di sampingnya, tangan ditadahkan, dengan masih kekal dengan posisi duduk tahiyat akhir, Kai pun memanjatkan doa kepadaNYA. Tiada sesiapa yang boleh menjadi pendengar terbaik selain DIA.

 

“Ya Allah, kau kurniakan lah Lina kesihatan yang baik. Sesungguhnya didalam dirinya tersimpan seribu satu kekuatan bagi diriku, hambamu yang lemah ini. Aku janji aku akan berubah, aku tak mahu lagi meratapi kepemergian adik Johan, dan Aku janji aku akan kuat untuk terus hidup, untuk semua orang yang aku sayang... dan untuk Lina.

Aku mencintainya keranaMu, Tuhan yang satu. Aku mencintainya keranaMu Ya Allah.

 

Ahmad Kairul Ikhwan mencintai Nurul Ain Ellina kerana Allah SWT.”

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Pintu wad dikuak perlahan oleh Kai, suasana wad Lina masih lagi suram walaupun dah ada ramai pelawat yang keluar masuk.

 

“Jongin, aku minta maaf marah kau tadi.” Naeun perlahan-lahan mendekati Kai lalu sebungkus roti dihulurkan untuknya. Naeun tahu, Kai masih belum pun jamah apa-apa. Tak usah salahkan sesiapa atas segala yang berlaku. Ini sudah takdirNYA.

 

“Takpe lah Naeun, aku tak lapar.. Macam mana Lina?” Bungkusan roti itu ditolak dengan lembut. Lalu langkah kaki Kai mendekati katil itu lagi.

Mereka hanya membalasnya dengan gelengan.

 

 

“Lina..” Suara hati Kai berkata.

 

 

 

“Kak Lina, akak tak nak balik ke? Akak cuba dengar, ramai yang tengah panggil nama akak.” Jinhye dan Lina sama-sama duduk diatas rumput nan hijau didalam taman itu. Tenang sangat kat sini.

Tiba-tiba...

 

Lina.. DEGG! Itu suara Kai. Lina bingkas bangun, wajah dipalingkan ke kiri dan ke kanan sambil tangannya diletakkan diatas dada.

 

“Kak Lina, kenapa ni?” Tanya si adik.

 

Lina, bangun lah... Naeun.. Syim.. Jay... Itu semua suara mereka.

 

 

“Akak dengar suara kawan-kawan akak la, Jinhye.” Lina sekali lagi bersuara. Wajah kecil milik Jinhye direnungnya pula.

“Mungkin, dah tiba masa untuk Akak Lina balik..” Jinhye tersenyum manis.

 

 

“Tapi Jinhye... Kenapa Akak tak boleh ada kat sini? Akak rindu kamu, akak rindu Halmae..” Lina sekali lagi memeluk tubuh kecil Jinhye dengan erat.

“Akak tak boleh lama kat sini. Ini bukan tempat akak...”

 

 

Lina berdiam, suara-suara rakan-rakannya masih kedengaran memanggil. Ya, dia rindukan Jinhye, tapi macam mana dengan mereka semua?

Naeun, Syim, Jay, Abang Alan.. dan Kai? Kawan-kawan yang lain..

 

Mata Lina tertutup rapat lalu dibiarkan dagunya tersangkut dibahu Jinhye. Perlahan-lahan dia tersenyum.

 

 

“Akak, akak kena pilih.. Akak nak tinggal disini atau akak nak balik...” Suara kecil itu sekali lagi bertanya.

 

 

Lina.. suara Kai lagi.

Bangun lah Lina, saya sayang awak.

 

 

 

Air mata yang mengalir dipipinya pun dihapus laju.

“Jinhye, Akak nak balik..”

 

Seusai sahaja perkataan itu dituturkan Lina, Jinhye tersenyum dan semakin lama bayangannya menghilang. Lina sentak, dipanggilnya nama Jinhye berkali-kali namun wajah itu semakin lama semakin menjauh darinya. Jinhye pergi sambil dipimpin tangan oleh halmae dan haraboeji bersama-sama seorang anak kecil yang mirip persis seperti Uppie.

Tangannya dilambai lalu dengan serta merta wajah-wajah itu menghilang dari pandangan.

 


 

 

Jari jemari Lina mula bergerak sedikit cukup membuatkan mata Kai membuntang.

“Lina? Awak dah sedar..” Tangan itu dicapainya terus digenggam Kai erat.

 

Seluruh isi bilik menerpa kearah Lina.

Mata Lina perlahan-lahan terbuka lemah. Wajah pertama yang dilihatnya tak lain tak bukan ialah Kai.

 

“K-Kai..”  Itu adalah perkataan pertama yang Lina mahu tuturkan, tapi malangnya, dia belum boleh bersuara lagi kesan dari pasca perbedahan.

“Ya, s-saya kat sini.. Ya Allah, Alhamdulillah awak dah sedar.” Bagaikan paham dengan isyarat mulut dari Lina, Kai mendekatkan telinganya pada Lina. Dia tahu, ada sesuatu yang Lina mahu katakan.

 

 

“J-Janji a-awak a-a-akan b-berubah lepas n-ni ya Kai?” susah payah Lina tuturkan dan seusai dari itu dia mengerang sakit dalam diam.

 

Kai mengangguk lalu.

“Saya janji..”

 

 

Saya sayang awak Lina.

 

“Ehem! Ehem!! Sila nikah dulu ye, baru boleh pegang...” Syim berdehem kuat membuatkan Kai cepat-cepat melepaskan tangannya yang sejak dari tadi mengenggam tangan Lina.

“Eh, sorry! Hahahaha..” Kai malu. Belakang tekuknya pula digaru.

 

 

Pecah tawa seluruh isi bilik dengan perangai Kai. Dan ya, ini pertama kalinya dia kembali tertawa sejak kepemergian Uppie.

Akhirnya, Kai kini kembali.

 

“Kai, Saya tahu awak boleh.” – Lina.

.

.

.

Bersambung..


 

Saya tulis ni dengan bermacam-macam jenis mood -.- grr! 

Welcome back Lina, saya tak jadi matikan watak awak.. Yang pasti, lepas ni ada konflik.

Jangan ingat hari panas sampai ke petang ye? xD



[[Masih lagi related dengan Speak now & Of Vans and Converse All star by fixi_baby. Credit to her.]]

-LovelyIna.

p/s: Salam Ramadhan bagi muslimin muslimat ^-^

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae