Chapter 5

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 5

Tepat benar kata Akhi Azlan, sejurus selepas dia mengajar Lina mengenal huruf, tup tup jam dah menunjukkan masuk waktu subuh.

Dengan tubuhnya yang kini sedang berbalut telekung, Lina bingkas bangun dan meletakkan kembali papan rehal yang digunakannya sebentar tadi. Muqaddam pula kini dipeluknya kemas sebelum dia  sendiri meminta izin Akhi untuk kembali ke bilik. Bukan dia tak nak solat disurau, tapi Lina mahu membersihkan dirinya dulu sebelum dia menghadap Allah SWT.

Azlan faham, lagipun sejak semalam Lina tak tidur.. Lina ni, rajin budaknya. Kalau bab belajar, number satu.. Tapi sayang dia ada masalah dengan keluarganya. Meskipun keluarga Lina dah buang dia, tapi Azlan tahu, dia patut tegur Lina pasal ni. Ibu bapa? Tak ada apa yang penting dari Ibu bapa di dunia ini dan Lina tak boleh bencikan keluarganya.

 

Itu dah jatuh dosa.

 

“Aih, nanti aku akan cuba cakap dengan dia pasal ni.” Keluh Azlan sambil memerhati langkah gadis itu untuk menapak pergi dari surau.

 

Langkah gadis itu kini diatur sambil kakinya menyarungkan selipar flipper berwarna pink dengan hiasan strawberi yang comel, cukup untuk buat dia kenal itu memang flipper miliknya. Iya lah! Surau ini kan digunakan oleh orang ramai, ada je yang sengaja tinggalkan selipar mereka diluar, in case kalau ada pengunjung yang terlupa nak bawak selipar, boleh je gunakan yang ada disini. Rare tak ar-Rhaudah? Yes! Tempat ni memang awesome. Gadis itu kembali memijak tanah untuk menuju ke bilik, namun tak lama selepas itu, Lina menghentikan langkahnya seketika.

 

 

“Jongin?” Panggil Lina lembut, dan tanpa sedar pipinya merah, bibirnya pula menguntumkan senyuman.

 

 

“Selamat pagi, Awak buat apa kat sini?” Tanya Lina lagi. Mesra je suara dia menyapa, namun masih lagi tiada jawapan dari Kai, melainkan Kai terus merenung gadis itu dengan wajah bengis.

 

Hampir terlompat Lina apabila matanya bertemu dengan mata lelaki itu, lalu cepat-cepat Lina melarikan pandangannya ke arah lain. Dia memang tak biasa bertentangan mata dengan lelaki. Tambah-tambah pula lelaki itu adalah Kai.

 

 

“Huh!” Kai melepaskan keluhan berat dan segera berlalu pergi meninggalkan Lina dengan seribu  satu pertanyaan.

 

“Eh?” Peliknya.

 

Hmm, mungkin dia tak cukup tidur kut.... Lina bermonolog sendiri sambil dagunya diketuk-ketuk lagak sedang berfikir. Mula lah tu, dia nak buat spekulasi..
Pipinya dikembungkan sedikit tanda tak puas hati. Dia tak paham apa yang terjadi. Kenapa serta merta perangai Kai berubah.. Aih! Aku ada buat salah ke? Hurm..

 

“Ahh! Dah lambat ni!! Nanti terlepas pula waktu subuh.. Aku kena cepat!” Lamunannya terhenti lalu segera Lina berlari pulang ke bilik. Gelabah je Lina ni.. Aih ini lah jadinya kalau kuat berangan, dan Ha! Hari ni kan perasmian Design Exhibition, Wahh! Kena datang tengok ni!! Baik aku cepat! Mandi, solat then bersiap! Yepiieee, hari ni Kai jaga booth..

 

 

Sekali lagi bibir gadis itu kembang dengan senyuman dan diakhiri dengan gigitan kecil pada bibir bawahnya. Gedik kan? Haih, Lina akan gedik macam ni kalau lelaki tu adalah Kai. Harap maklum yer Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian.

 

Nampak tak? Dia dah lupa dah pun pasal muka Kai bengis pagi-pagi buta tadi... Aih, Lina.. Lina...

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Kai  menongkat dagu bosan sambil sesekali matanya ditutup rapat. Bunyi dentuman muzik yang kuat dan suasana Exhibition yang meriah dan dibanjiri lautan manusia sikitpun tidak menarik perhatian Kai. Keluhan berat berhasil keluar lagi dari bibir lelaki itu. Huhhhhh... Bahunya jatuh lemah.

Mengeluh, mengeluh dan mengeluh! Itu saja yang dia tahu.

 

Dalam otaknya? Macam-macam yang dia fikir, peristiwa subuh tadi kini berulang lagi diingatkannya.

 

 

“Aish!!!!!!!!” Kai meremas-remas rambutnya tanda kecewa. Sumpah, orang-orang yang lalu lalang pun takut tengok dia.

 

 

“Kau dah kenapa wei?,” Chen tiba-tiba datang menerjah sambil membawa sekotak air mineral buat mengisi kekeringan tekak. Terhenti sekejap lamunan Kai sebentar tadi.

“Pasal Uppie ke?” tanya Chen lagi sebelum menghulurkan sebotol air mineral berjenama Summer kepada sahabatnya yang satu itu. Hmm, Prihatin jugak budak ni.

 

Kai meneguk air mineral itu laju setelah tangannya mencapai botol dari tangan Chen.

 

“Ahh!!” Lega. Kai tersenyum puas, namun laju je kepalanya mendapat habuan dari tangan Chen yang berupa sebijik penumbuk.

 

“Adeh!! Sakit la gila!!!!” Kai mengusap-usap lembut kepalanya sebelum buat-buat menangis depan Chen. Kononnya nak bagitau semua orang yang dia dah di dera. Chen jahat! Huwaaaaa... Raungnya mengada-ngada, sehinggakan semua mata pun melihat kearah mereka.

Kesian Chen dapat kawan macam ni.

 

 

Chen menjulingkan matanya keatas. Malas nak layan Kai.

 

 

“Woi!! Diam lah! Aku tanya ni...”

 

 

“Apa?” Kai jawab tak endah.

 

“Kau stress ke? Kenapa? Assignment kau semua siap kot.. Nak risau apa?”

 

“Erm.. Lina...” Slow je suara Kai menyebut. Aih, sebenarnya dia malu dengan Chen. Tapi apakan daya, kalau Kai tak cerita dia yang stress! Tengok je lah rambut dia tu? Dah macam Albert Einstein dah orang yang lalu lalang kat Exhibition ni tengok. Frust sangat pasal pagi tadi lah tu..

 

“Hah?! Song Lina? Wae??” Chen buat muka terkejut.

 

 

 

“Aku cemburu la Jongdae...” Dan BAMMM! Akhirnya Kai mengaku.

 

 

 

 

“What?! Hahhhahahahaha..”

 

“Eish! Diam ah.. Kang ada jugak yang keluar paper esok, mati tercekik botol mineral ni..” sambung Kai sinis membuatkan Chen serta merta berhenti ketawa.

 

Sorry ah, ngee! Tapi sumpah, cara kau mengaku tu...” Chen sengaja tak menghabiskan ayatnya, sengaja nak buat Kai rasa tak sabar.

 

 

 

“Apa? Apa?! Cara aku kenapa?”

 

“Cara kau comel siot!!! Bye!” Chen segera berlari menjauh dari booth, dia tahu kalau dia tak lari, mungkin betul esok ada berita orang mati tercekik botol air mineral ni. Hmm, Kai tu bukan boleh percaya sangat..

 

“Eish, Kawan tak guna!” Kai membebel kecil lalu mulutnya dibiarkan muncung sedepa.

Ini lah sebabnya, aku tak nak bagitau Chen.. Aish! Malu aku.. image aku? Mana nak letak muka aku sekarang ni? Kai bermonolog sendiri dan sekali lagi, rambut serabainya itu sekali lagi diremas kecewa.

 

Sumpah! Laki ni jelmaan Albert Einstein....

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Pintu bilik dikuak lembut lalu terlihatlah Lina yang sedang terbongkang tidur sambil kepalanya dibiarkan dibirai katil. Cermin mata bingkai besar ugly betty itu pun dah senget kemana-mana, sambil tubuhnya memeluk kemas Muqaddam yang diambilnya dari surau ar-Rhaudah itu. Lagak dia dah macam budak study untuk final exams. Almaklumlah, dia tertidur selepas subuh tadi. Ditambah pula, dengan mulut terbuka dan air liur basi dah menapak dipipi, aih tak senonoh betul perempuan ni.

 

“Ya Allah Lina! Hey, Lina... Lina!! Bangun weii.. Bangun.” Naeun, Jay dengan Syim pun apa lagi? Terus menggoyang-goyangkan badan gadis itu.

 

 

“Hah?? Alif di atas A’, Alif di bawah E’, Alif di depan U’, A, E, U...” Lina mamai. Lahh? Dia tengah menghafal huruf ke?

 

 

 

“Lina.. bangun lah.. Hari ni ada Exhibition, tak pergi ke?” Jay, you got the point there!

Mendengar perkataan Exhibition, mata Lina terbuka luas.

 

 

“Apa?! Sekarang pukul berapa ni??” Cermin mata berbingkai besar itu diperbetulkan kedudukannya.

“10..” Selamba je Syim menjawab sambil melirik jam Strawberi yang tergantung di dinding.

 

 

 

“HAHHHHHH 10? HUWAAAAAAAAAAA” Lina meraung tapi tiba-tiba je dia sentak dan mengeluh lemah.

“Kenapa? Kau terlibat dengan perasmian ke?” Tanya Jay lagi.

 

 

“Tak... Lina nak.. tengok... urm...”

 

“Apa? Apa??” Kali ini giliran Naeun pula yang bertanya.

 

“Tak de pa pe..”

 

 

 

“Alah, sokay lah Lina... Exhibition ni sampai petang kot. Kiteorang ni pun baru je nak pergi, kau nak join tak?” Jay mengusap lembut belakang badan Lina sambil cuba memberi senyuman pada muka masam mencuka milik Lina tu. Jay tahu sangat, Lina frust tak dapat tengok perasmian. Sebab selalunya, time perasmian ni lah ada flash mob dengan persembahan. Lina kan suka benda-benda tu semua. Mustahil dia nak lepaskan peluang untuk tengok, tapi dah nak buat macam mana lagi..

Dah terlepas...

 

“Nak!! Mesti lah Lina nak!” Semangat Lina, sampai dia tak perasan dah tercengkam bahu Jay. Mengerang sakit lah gadis yang berasal dari Amerika tu.

 

“Dah! kalau macam tu, pergi bersiap.. Satgi kita pergi, dengan abang sekali.. ngee~” Syim cepat-cepat memotong drama pendek Lina dengan Jay lalu memberikan arahan untuk gadis itu segera bersiap. Oh ya, mereka akan datang ke sana dengan membawa Syaiful Azlan bersama. Alang-alang dah semua perempuan, apa salahnya Azlan ikut. Dia boleh jadi bodyguard dorang kan? Hihihi..

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

“Chen!! Baek mana?” Kai melaung dari jauh sambil dirinya sibuk menyusun kad nama dan brochure untuk pengunjung. Aish, orang yang datang sini pun bukan boleh membantu sangat, selerakkan booth lagi ada lah.. Aku jugak nak kena kemas balik...

Kai tak habis-habis merungut.

 

“Baek? Ada tu.. Dengan Dae maybe.. Sebab tadi Dae cakap dia nak pinjam Baekhyun sekejap, tapi dah lama dah dorang pergi dari booth ni, aku pun tak paham.. Bunyi macam serius ja kembar dua orang tu.” Chen membalas pertanyaan Kai sambil lelaki itu memberikan brochure kepada pengunjung yang lalu lalang.

 

“Dae sekarang dah lain kan?” Tiba-tiba Sehun mencelah.

Hampir terlompat dua manusia yang sedang berbual tadi apabila mendapat kunjungan mengejut dari budak-budak Chemical Engineering, tak lain tak bukan, Sehun dan Kyungsoo.

 

Daehyun? Seperti yang Chen cakap lah, dia dah datang lagi awal. Sekarang dia dengan Baekhyun pergi mana entah.

 

Kembar dua orang ni, makin lama, makin misteri....

 

“Oit! Kau datang dari mana ah? Tiba-tiba muncul..” Kai mengurut dadanya yang sedang naik-turun. Jantung dia tengah buat maraton 3x400 tu, Huwaaa! terkejut dengan Sehun belum habis lagi.

 

 

“Ahahaha.. Aku dengan Kyungsoo datang nak tengok korang lah.. Amacam? Best jaga booth?” Sengih.

Eih, tak payah sengeh sangat boleh tak? Dah lah datang tak bagi salam.....

 

 

“Best! Banyak awek lalu lalang siot! Boleh usha.. hihi.” Kai sengaja membalas Sehun dengan jawapan paling cliche sekali. Well Known lah, Kai the poyos kan playboy!

 

“Eleh! Insaf lah Kai... Bila kau nak belajar setia eh?” Kyungsoo pula mencelah.

 

 

 

“Aku awek pun tak de, nak setia apa? Setia? Nae sytle aniya!” Kai kembang hidung.

 

Semua lelaki tu dah malas nak layan perangai Kai tu, mereka sekarang menjulingkan mata ke atas sebelum Sehun terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka dengan sengihan ditelinga.

“Eh, ada yayang Jay.” Sehun menyanyi sambil dia terlebih dahulu pergi ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang baru memasuki gerbang permatang pelajar. Ya, gerbang Pusat Pengajian Seni.

 

 

Tiba-tiba mata Chen membulat, cepat-cepat dia menyiku lembut lengan Kai yang sejak dari tadi disebelahnya.

“Kau dah kenapa?” Kai membalas dingin.

“L-Lina..”

 

“Hah? Mana??”

Chen sekadar menunjukkan arah gadis itu dengan menggunakan bibirnya. Cet, macam dah tak ada tangan ja budak ni.

Sejurus mata Kai ternampak sosok gadis yang kini sudah mula menapak dihatinya, menyirap darah dia!

Where the fish! Dia datang dengan laki tu?!

 


 

“Ohsen!!” Jay menyambut kedatangan Sehun kearahnya sambil bibir gadis itu dihiasi senyuman.

 

Sehun datang dihadapan Jay sambil menyembunyikan kedua-dua belah tangannya dibelakang. Wajah lelaki pelat S ni  berbunga-bunga ja bila nampak si pengarang jantung hati. Siapa lagi kalau bukan Jay..

 

 

“Apa tu?” Jay bertanya setelah Sehun mengacah-acah sebelum dia menunjukkan sekumtum bunga dan dihulurkan bunga itu pada Jay.

 

 

“For you, beautiful...”

Pipi Jay dah mula merah. Apasal pulak lah Sehun ni romantik lebih, tau lah dah lama tak jumpa, kurang lebih dua minggu sebab Jay kembali ke Amerika, tapi Sehun.. Ni Public kot!!! Bunga tu pun, entah dari mana lah dia rembat. Aish..

 

“Thank you, Tapi awak... cer tengok semua orang...” Jay dah rasa kekok sebab banyak mata yang memerhatikan moment mereka berdua, gadis itu cuma dapat mengetap bibir.

 

Sedangkan Kai, D.O dengan Chen buat muka nak muntah.

Sehun beralih melihat situasi. Hahah.. Dia cuma boleh tersengih dan menggaru kepalanya yang tak gatal.

 

 

 

Bengong betul! Nasib lah Jay dapat pakwe macam Sehun..

 

 

Setelah Sehun buat malu, kedua-dua insan ini pun hilang dari pandangan setelah meminta izin Azlan untuk jalan berasingan dengan mereka. Atas syarat yang disetujui ramai, Mereka boleh pergi asalkan bawa seorang peneman.

 

 

 

Siapa lagi kalau bukan Kyungsoo yang terpaksa jadi orang ketiga. Hahah.. Lebih baik Kyungsoo orang ketiga, daripada Syaitan kan? Nauzubillah...

 


 

Lina masih lagi berbual rancak dengan Azlan sehinggalah dia dah berada dihadapan gerbang Pusat Pengajian pun dia tak sedar.

 

“Best gila flash mob tahun lepas! Akhi kena tengok.. Tapi sayang lah tahun ni Lina tak sempat nak tengok.. Hmm.” Gadis itu kembali muram. Memikirkan dia terlajak tidur selepas subuh tadi.

 

 

“Lina, panggil abang Alan ni ‘abang’ sudah lah.. Takyah ‘akhi’.. Lagipun dia abang Syim je pun.. Betul tak abang?” Syim menyentuh bahu Lina lembut sebelum melirik kecil Azlan.

 

 

“Boleh ke Akhi?” Tanya Lina dengan muka tidak berdosa.

 

 

“Dan semestinya boleh.. Ala! Chill Lina, Abang tahu memang akan ada orang upload video tu kat youtube.. Nanti kita try cari then tengok sama-sama okey? Jangan la sedih..”

 

“Betul ke? Nanti kita tengok sama-sama tau.. Dengan Naeun, Jay dan Syim.. Janji?”

 

“Ye, Abang janji..” Lalu Azlan pun menghadiahkan senyuman pada Lina yang masih mengharapkan janji darinya. Mereka bagaikan didalam dunia mereka tersendiri sehinggalah ada bunyi deheman yang menyentakkan kedua-dua pihak.

 

 

 

“Ehem! Orang datang nak tengok Design Exhibition.. Bukannya datang nak show off lovey dovey Exhibition... Euww! Nak muntah..” Kai sengaja berkata begitu dek rasa sakit hatinya melihat drama pendek Lina dan Syaiful Azlan di depan mata.

 

“J-Jongin....” Lina tersentak. Dilihatnya wajah Kai, sikit pun lelaki itu tidak mengendah. Tiada lagi Kai yang manis dihadapannya seperti dulu.

Tapi kenapa? Kenapa Kai berubah mendadak macam ni?

 

“Dah lah! Aku malas nak layan! Chen, kau jaga booth.. Haa! Baek, bagus kau dah sampai sini balik.. Ganti shift! Aku nak rehat, Kejap lagi dorang ni blah, text aku..” Kai memberikan arahan setelah ternampak Baekhyun kembali ke booth selepas beberapa jam menghilang dengan Daehyun. Eh? Mana budak Dae tu pulak? Ahh, mesti dia balik awal, sebab setahu aku luka Dae belum baik pun.. Kai bermonolog sendiri.

 

What?! Kenapa... Kenapa nak kena tunggu kami pergi baru Kai nak jaga booth? Kenapa Kai buat aku macam ni? Ini booth pertama yang kami kunjungi sebab aku datang nak sokong dia, nak tengok keadaan dia... Apa salah aku?? Benci sangat kah dia kat aku?

Siapa-siapa tolong jawab....

 

Tanpa sedar Lina mengalirkan air mata.

 

 

Chen cepat-cepat menarik lengan Kai kasar sebelum lelaki itu sempat pergi jauh, Chen menggeleng laju, menghalang Kai untuk pergi dan sempat juga dia beri isyarat untuk lelaki itu melihat Lina.

 

Kai-tolong-jangan-sakiti-dia.

 

Kai-Lina-menangis.

 

Kai-tolong-jangan-kejam-dengan-dia.

 

Kai-kalau-kau-pergi-kau-akan-menyesal-la-bodoh.

 

Namun Kai sangat keras hati, dia dah tak peduli. Cepat-cepat dia menarik balik lengannya yang dipegang Chen. Mata Baekhyun pun membuntang, pergh! First time Kai mengamuk sebab perempuan.

 

“Kau kenapa Chen?! Nak suruh aku tengok drama cinta dorang?! Cukup lah aku dah tengok subuh tadi, aku dah tak sanggup nak tengok lagi!! Kali ni aku give up Chen! Aku kalah.. Aku kalah dengan lelaki baik belagak jadi ustaz ni!!!” jerkah Kai kuat sambil menundingkan jarinya pada Azlan.

 

“Eh? Kenapa Abang yang kena!! Hey, Kau siapa nak tunding-tunding jari depan abang aku?! Huh?!!!!” Syim pula dah naik berang.

 

 

Yelah, apa masalah Kai? Marah-marah tak tentu pasal, dah la public. Aih! Cukup je lah Sehun yang buat malu, tapi kenapa Kai nak tambah lagi?

 

Azlan segera memegang bahu adiknya, sebelum gadis itu bertikam lidah lebih lanjut. Kepala Azlan digelengkan perlahan sambil dia sendiri menenangkan adiknya.

 

Sekarang baru Lina tahu, Kai nampak apa yang jadi sebelum subuh tadi? Tapi.... Kenapa Kai perlu marah. Lina tak paham.. Yang lebih buat Lina sedih bukan kerana Kai marah dia, tapi kerana Kai dah hilang rasa hormat pada Azlan.

 

 

Naeun yang melihat kejadian itu cuma boleh memerhati sambil cuba memahami situasi yang berlaku. Ahh! Aku rasa, ni kes cemburu.. Dah sah!        Kai cemburu dengan Akhi. Tapi tak patut kot Kai sound Lina depan-depan ni. Malu lah Lina.

 

Nak letak mana muka dia? Dah la sekarang dia tengah menangis.. Ya Allah Kai, hentikan... Kau dah sakiti dia..

 

 

“Kai, aku rasa kau dah salah paham ni...” Azlan cuba menenangkan Kai, tapi dengan singgap tubuh lelaki itu di rentap dan dihempaskan ke dinding.

 

“Apa?! Aku? Hahah... sedangkan terang lagi bersuluh torchlight bateri AAA lah! Aku tahu kau ada hati dengan dia kan?! Kan!! Hey ustaz, banyak lagi kot perempuan lain.. Kenapa Lina jugak....” Kai dah mula mencengkam collar baju kemeja yang dipakai Azlan. Begitu juga dengan Azlan, dia pun dah mencengkam collar baju t-shirt Kai. Sama-sama taknak mengalah.

 

 

“Both of you, Stop it!!!” Lina menjerit kuat sebelum ada apa-apa pertempuran berlaku, baik dia hentikan.

 

Mungkin Lina dah tak tahan dengan situasi dikala itu, membuatkan dia sendiri berlari meninggalkan mereka semua dalam keadaan tercengang.

Dikala Lina meninggalkan tapak Exhibition, dia sempat bertembung dengan Jay, Sehun dan Kyungsoo. Mereka bertiga masing-masing sedang menikmati ais krim, dengan muka tak bersalah Jay menangkap tangan Lina, menghalangnya untuk pergi.

Jay tersentak setelah memandang wajah sunggul milik Lina.

 

 

“Eh, Kau menangis Lina?” Jay mula diselubungi rasa risau, tapi bukannya Lina menjawab, dia malah merentap tangannya kuat, lalu segera berlari menjauh dari Jay dan juga Sehun.

 

 

“Lina!!” Naeun menjerit sebelum dia sendiri berlari mengejar gadis itu.

 

“Sehunah, Kyungsoo, This must be something wrong! Ke tapak Exhibition jom..” Jay segera memberikan arahan pada kekasih hatinya, Oh Sehun. Ini lah yang best pasal dorang, couple tapi... macam kawan. Suka-suka je nak panggil apa pun, asalkan sama-sama jaga adab.

 

 

“Jom!”

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Kai dan mula melepaskan collar kemeja milik Azlan dan jatuh terduduk dilantai. Dia sentak, kini dia kembali ke realiti. Apa yang aku dah buat?!

Aku..

 

Lina dah nampak sifat aku yang tak ingin pun aku tunjuk pada dia!

Kai mengepalkan tumbukkan lalu ditumbuknya lantai berkali-kali. Geram! Dia geram kerana dia tak dapat kawal amarahnya. Semua disebabkan sifat cemburu buta miliknya.

Dan sekarang? Apa yang aku patut buat...

 

 

Azlan berlutut mendekati Kai yang masih terduduk lemah, perlahan bahu Kai diusap lembut sebelum Azlan sendiri berkata,

“To be a great husband to that precious girl.. I mean, kalau awak mahukan dia Kai, awak kena tackle dia dengan iman, bukan dengan nafsu macam ni.”

Lalu dua adik beradik Azlan dan Syim pun berlalu pergi meninggalkan booth itu.

 

Kai tersentak. Betul-betul hatinya tersentak..

Apa yang aku dah buat!!!! Arghhh!! Kim Jongin, kau bodoh!!!! Batin Kai menjerit.

 

“Kai.. Kau okey?” Chen dengan Baekhyun segera merapat ke arah Kai.

 

 

“Aku..tak.. Aku tak okey.. Apa patut aku buat sekarang ni? Aku tahu aku bodoh..”

 

“Pergi cari Lina, Kai...” Chen sekali lagi bersuara. Baekhyun pula sekadar mengangguk.

 

DEGG! Dia masih nak jumpa aku ke? Mesti dia dah benci aku. Mesti dia dah takut nak tengok muka aku.. Mesti dia dah tak nak berhadapan dengan aku lagi.

Mesti dia... mesti dia.... Argh!!!! Aku kehabisan kata-kata! Lalu aku bingkas bangun dan berlari keluar dari tapak Exhibition.

Matlamatku adalah satu.. Cari dia! Cari Song Lina..

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

Langkah kaki Kai terhenti apabila anak mata tertangkap satu sosok tubuh gadis yang dikenalinya. Bertudung. Siapa lagi kalau bukan Naeun. Tapi kenapa sampai duduk tepi semak ni? Mengendap apa pulak sepupu aku ni!

Ohh!! Mengendap orang buat projek tak ajak....

 

 

BUKKK!

Selamba badak je Kai meluku kepala Naeun.

“Oit! Sakit lah bangang!!” Naeun mengusap lembut kepalanya yang dah mula membengkak.

 

“Kau buat apa kat sini? Mana Lina?”

 

 

 

“Aku tengah tengok dia lah ni.. Shhh! Volume suara kau tu boleh tinggikan lagi tak?? Biar satu fakulti ni dengar..” Sambung Naeun separuh berbisik.

“Ha?” Kai turut duduk dibelakang semak bersama Naeun sambil memerhatikan Lina yang sedang duduk dikerusi panjang ditaman. Wajahnya sunggul menahan tangisan dan bahunya pula terhinjut-hinjut.

Lina masih tak berhenti lagi menangis.

Sekaligus Kai bagai dipanah bertubi-tubi, dia sakit sangat bila nampak Lina menangis, dan lebih sakit lagi, dia lah penyebab gadis itu menangis.

 

 

Kai dah tak tahan, dia patut minta maaf. Kai mengambil keputusan untuk bingkas berdiri dan melangkah pergi mendekati Lina tapi sekali lagi niat hatinya itu terhenti bila Naeun cepat-cepat menarik dia kembali ke belakang semak.

 

“Aish! Waaeeeee?!!!!!!!!!” Kai frust.

“Kau ingat Lina nak jumpa dengan Kau ke hah Jongin?!” Kali ini Naeun betul-betul dah tak boleh bersabar dengan perangai sepupunya yang satu itu.

 

“Siapa tahu? Sebab tu lah aku nak cuba..”

 

“Aish! Aku harapkan kau dapat bahagiakan dia Jongin, tapi tengok apa kau dah buat! Aku tak pernah tengok Lina menangis macam ni pasal lelaki..” Naeun mengeluh berat.

 

 

“So aku orang pertama? Hhahhaha, aku patut bangga lah kalau macam ni.” Kai buat-buat ketawa.

 

 

“Yakk! Cuba serius sikit boleh tak!!” Naeun betul-betul dah naik berang dengan perangai Kai.

“Okey,okey.. aku minta maaf, kau tahu kan aku cemburu sangat dengan Akhi Azlan tu, sebab tu aku marah-marah tadi.. Aku mengaku aku bodoh, Sekarang apa aku nak buat?” Aku Kai dan kali ini dia betul-betul dah buntu nak berbuat apa. Dia harap Naeun tahu jalan penyelesaian. Kan Lina kawan baik dia?

 

“Jauhi dia!” Ringkas Naeun menjawab.

 

“What?! Tak mungkin!!” Sentap jiwa raga dan jantung hati Kai apabila Naeun suruh dia menjauh dari Lina. Dia.. dia tak boleh! Satu hari tak nampak muka dia pun Kai dah tak keruan.

 

 

 

 

“Tahu pun cuak! Dah, biarkan Lina sendirian dulu hari ni. Esok lepas kuliah, kau cakap dengan dia, Okey?”

 

“Hmm, baiklah..” Kali ni Kai terpaksa pasrah, padahal dia sendiri tak sanggup.

 

 

 

 

“Ha! Lagi satu... Hari ni jangan balik ke ar-Rhaudah, Uppie biar aku jaga..”

“Takkan lah... Naeun, kau dah janji dengan aku nak sokong aku dengan Lina, tapi kenapa kau buat aku macam ni? Entah-entah Kau senyap senyap sokong Ustaz tu!! Sampainya hati kau Naeun.....” Kai dah buat muka nak menangis.

 

 

“Aish! Aku tetap akan sokong korang lah, tapi dengar cakap aku, hari ni, kau jangan datang! Ala, Lina tu bukan isteri Kau pun Kai, tak payah nak poyo sangat lah.”

 

Tapi... Tapi..... Memang lah dia bukan isteri aku pun Naeun. Tapi bakal isteri... Huwaa? Hari ni tak boleh balik ar-Rhaudah? Tak boleh jumpa Uppie, tak boleh makan masakan Lina.. Huwaaaaa...

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Masuk hari ni, dah dekat seminggu dah semenjak peristiwa di Design Exhibition tu berlalu. Seminggu juga lah Kai tak berbual langsung dengan Lina. Bukan dia tak cuba, tapi gadis tu.. dan macam nak menjauh darinya. Ar-Rhaudah? Dia dah tak ada sebab nak pergi ke sana. Uppie dah kembali ke rumah dan butler keluarga Kim ada untuk menjaga dia.

Jujur Kai rindu sangat dengan Lina.

 

Jujur, jujur, jujur!

Kai rindu Lina.......

 

 

Lepas kuliah, Kai cepat-cepat bangun lalu berdiri dihadapan tempat duduk Lina. Tapi sikit pun gadis itu langsung tak peduli.

 

Dan maklumat tambahan, Lina sekarang dan berhijab. Manis sangat.. dan yang pasti dia lebih cantik dari dulu. Cermin mata bingkai besar tu? Jay dah buang. Kali ni betul-betul buang sebab Jay sendiri yang sarankan Lina pakai contact lens.

Makin banyak lah saingan Kai lepas ni.

 

Sampaikan Chen sendiri pun hampir-hampir kena tumbuk sebab tengok Lina tanpa berkelip pada hari pertama gadis itu difully make-over oleh Jay.

 

Aku tak paham lah kenapa makwe Sehun tu perlu make-over Lina aku cantik-cantik? Kan dah banyak orang pandang dia! Aish!!! Benci aku!
 

 ‘Lina aku’ diulang. ‘Lina aku’...

 

Nampak tak tahap kronik Kai?

 

 

Sepertinya Kai dah tak boleh bercakap secara terus dengan Lina. Adehh, macam mana nak buat ni? Aha! Nasib baik Kai ada otak geliga.

 

Lina memasukan kepala kunci dan memutarkan kunci lockernya itu untuk mengambil buku nota di dalamnya sebelum Kuliah bermula.

 

“Eh? Apa ni??” Lina tersentak.

Ada satu bungkusan didalam lockernya, tanpa lengah Lina pun membuka bungkusan tersebut.

“Strawberry Lips Balm?! Yang ni... Lips balm aku yang hilang dulu..” Mata Lina membuntang, lalu cepat-cepat dia memerhati kawasan sekeliling. Mana tahu dia dapat nampak siapa yang hantar balik Lips balm ni.. Tapi, hasilnya nihil. Tiada sesiapa.

“Eh.. Ada sticky notes atas bungkusan ni..”

 

 

-Maaf.  Saya pencuri.. Tapi tak adil kan kalau awak je yang curi barang saya.. Boleh saya nak dapatkan senyuman awak kembali? Senyum sikit.. Please?

 

Saya hensem,
Kim Jongin.

 

 

Hampir tergelak Lina membaca setiap bait ayat yang ditulis oleh Kai. Aish, tulisan dah la tak cantik.. Lina menggeleng kecil sebelum menyimpan kembali lips balmnya itu didalam beg sandang nya, lalu locker itu ditutup dan BOOO!!

 

 

“Aaaa!” Terjerit kecil Lina lalu dia sempat mengurut dadanya yang naik turun akibat terkejut tadi.

Kai cuma tersengeh sambil buat gaya cool dan bersandar pada locker itu.

Elok Lina nak jalan, dia halang.

 

“Awak nak apa?”

Kai tak menjawab sebaliknya dia melekatkan sticky notes yang tertulis perkataan MAAF dimulutnya.

 

Lina yang melihat situasi itu cuma boleh menahan tawa. Iya, dia akui Kai comel, tapi tidak sebelum Lina tahu Kai dah mintak maaf pada Akhi Azlan. Selagi belum, Lina takkan layan Kai.

 

“Euh?? Awak takde salah dengan saya..” Lalu Lina berlalu pergi sambil meninggalkan Kai tercengang-cengang.

 

Minta maaf dengan Akhi dulu, Kai...  Itu point penting yang Kai harus tahu, tapi malangnya dia langsung tak alert.

 

 

 

Misi pertama memujuk hati Cik Strawberi, gagal....

 

 


 

Keesokkan harinya, masih didalam locker, Lina ada menjumpai 2 keping tiket wayang berserta sticky notes yang tertulis...

 

            -Maaf? Please... Saya tahu awak minat Angelina Jolie.. Wayang jom! Maleficent?

 

 

Lalu seperti biasa Kai akan berada disisinya ketika dia menutup pintu locker itu. Muka Lina langsung tiada senyuman, tiket itu pun dikembalikan ke tangan Kai lalu Lina berlalu masuk ke dewan kuliah tanpa menuturkan satu patah perkataan pun pada Kai.

 

 

 

Ahhh! Misi kedua pun tak berjaya...

 

 


 

Hari ketiga, Kai tahu hari ni pasti akan berjaya, oleh itu dia lebih awal lagi dah tunggu Lina untuk buka pintu locker.

Muka Lina tak ceria pun nampak bungkusan lutsinar dari dalam lockernya.

 

“Ngee! Suka??” Kai tak sabar lalu menyerbu terus ke arah Lina.

Hari ni, Kai hadiahkan Lina sekotak Strawberry segar dari ladang, dengan harapan gadis itu menerimanya, namun satu reaksi yang tak disangka-sangka diterima dari Lina.

 

“Nah, awak ambil balik Strawberry ni..” Lina menghulurkan Strawberry ke tangan Kai kembali selepas di membaca nota kecil yang disertakan diatas bungkusan itu.

 

Strawberry? Forgive me?

 

“Tapi...”

“Kai, Saya puasa..” Lembut ja suara Lina menolak.

 

“Tapi Lina...”

 

 

“Ahh, lagi satu.. Mulai detik ini, Saya akan panggil awak ‘Kai’, bukan lagi ‘Jongin’... Sebab saya tahu, saya tak istimewa.”

 

DEGGG!! Hati Kai bagaikan hancur berkecai, ini kali ketiga dia ditolak, dan seumur hidupnya, tak pernah Kai ditolak oleh gadis, Lina lah orang pertama dan sekali gus memecahkan rekod sebab menolak Kai tiga kali berturut-turut. Tapi macam biasa lah Kai, dia takkan mengaku kalah selagi dia belum dapat apa yang dia mahukan. Nekad? Ya! Kali ni dia memang nekad.

 

Song Lina is mine.

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

“Arghhh! Kenapa perempuan yang sorang ni susah sangat?!!!” Kai sekali lagi mengeluarkan keluhan beratnya. Kepalanya kini disembabkan ke meja. Frust teruk dah Kai ni.

 

“Baek, Kai... Petang ni, turun jom.. Lama tak main.. Deck berhabuk dah ni, satu badan dah gian nak main..” Chen memberikan cadangan. Baekhyun apa lagi? Semangat lah dia. Eventhough assignment dia belum siap, tapi kalau pasal skates? Huwaaa! Tak dapat tahan nafsu beb!

 

 

“Aku malas lah..” Kai menjawab, endah tak endah.

 

 

“Alah.. tak best ah!! Kau nak risau apa Kai, assignment dah tip top.. Jom ah turun main...” Chen menepuk bahu Kai sambil matanya cuba mengoda-goda lelaki berkulit hitam manis itu.

 

 

“Aish! Ye lah.. ye lah.. Euw, jangan buat muka macam tu depan aku boleh? Aku straight!”

 


“Yehey Kai ikut!!!! Aish, nak bergurau pun takleh..” Bibir Chen dibiarkan muncung sedepa.

 

 

 


 

Petang itu, masing-masing lepas gian skates kat Taman. Baekhyun macam biasa lah, Dia kan skaters terhandal selepas Kris. So sedia maklum, skills dia paling hebat.

 

“Kai!!!!” Jerit Chen dari jauh sebab sejak Kai datang ke sini, dah dua jam dah Baekhyun main, Kai still duduk termenung sambil menongkat dagu.

Sehelai kertas di tulisnya elok, tapi tak lama selepas itu, mesti dicontengnya pula.

Dah gila agaknya Kai ni.

 

 

“Apa dia?” Kai menyahut.

 

“Tak nak main ke??” Baekhyun pula bertanya.

 

“Malas..” Sambung Kai pendek, lalu segera dia mengambil kertas baru lalu ditulisnya lagi.

Kali ini lebih kemas.

 

Chen dengan Baekhyun bertukar pandangan lalu senyuman nakal pun terukir dibibir. Dua sahabat ni perlahan-lahan mendekati Kai dari belakang lalu kepala mereka pun menjenguk-jenguk apa yang ditulis Kai diatas kertas itu.

 

 

“Huwaaaa!!!!!!! Kawan kita tulis surat cinta doe!!!” Meroyan Chen bila terbaca ayat pertama yang Kai tulis, cepat-cepat dia merampas kertas itu dari Kai dan membawanya pergi.

 

“Weyh gila! Bawak balik kertas tu kesini!!” Kai dah malu tahap buah tomato dah. Kulit hitam manis dia pun dah bertukar merah. Aih, malu punya pasal.

 

Chen pulak tak habis-habis mengusik , lalu berlakulah scene kejar-mengejar bak filem bollywood. Kai kejar, Chen lari.

Baekhyun? Dia jadi penonton pun dah cukup. Hahah..

 

 

Namun aktiviti mereka berhenti setelah Kai ternampak Syaiful Azlan datang bersama Wu yifan dan trio budak Chemical Engineering, siapa lagi, tak lain tak bukan Byun Daehyun, Oh Sehun dan Do Kyungsoo.

 

 

Hahh sudah! Kai mula lah malas nak senyum. Ketat ja muka dia.

 

 

 

Sedang mereka yang lain sibuk melepaskan gian, Azlan duduk semeja dengan Kai sambil memerhatikan keadaan. Lama rasanya dia tak datang ke sini untuk tengok budak-budak skates ni bermain.

 

“Hey Akhi..” Kai tiba-tiba bersuara.

 

 

“Ada apa Kai?”

“Aku nak mintak maaf.. pasal minggu lepas..” Kai merendahkan ego lelakinya demi seorang gadis yang bernama Song Lina. Woohoo! Patut catat tarikh bermakna ni! Bukan senang seorang Kim Kai, nak minta maaf.

 

“No hal lah, Aku dah lama maafkan.. Jangan fikir sangat okey?”

Kai sekadar mengangguk, tapi..

“Erm.. Selain tu, aku ada satu lagi....”

 

 

“Oh ya, Hal apa tu?” Kali ini Azlan pula yang tak sabar ingin tahu.

 

 

“Hal Lina, Akhi.. We need to talk!”

 

 

“Ouh, hal Lina? Okey, kita perlu ‘bersembang’ panjang pasal ni.. Man to man...” Senyuman terukir dibibir Syaiful Azlan, begitu juga dengan Kai.

 

 

 

“Okey siapa takut? Deal! Man to man..”

.

.

.

Bersambung..


 

Pergh! 28 pages. Aku patut tulis novel ;;A;; manuskrip ku.. oh manuskrip ku~~ //slapped//

Nak komen please?


Masih related pada "Of Vans and Converse All Star" by fixi_baby. [[Credit to her. ^^]]

 

 

Kai rindu Lina...
-LovelyIna.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae