Chapter 7

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 7

*Mohon sediakan tisu* T^T


 

Petang itu, bagaikan tak cukup tanah Lina berlari keluar dari kawasan fakulti. Hospital.. Destinasinya cuma satu! Hospital.

Kenapa aku orang terakhir yang tahu? Ya Allah...

 

Tangisan dan esakan masih tak henti dari mulut gadis itu. Mengingatkan peristiwa sebentar tadi di dewan kuliah...

 

 

 

Lina mengambil tempat di hadapan sekali, selari dengan tempat lecturer berdiri untuk menyampaikan kuliah. Jam menunjukkan sudah pun tepat pada angka 3. Hmm, sebentar lagi kuliah pasti akan bermula..

“Wait! Mana semua orang pergi?” Lina hairan melihat banyak tempat kosong dalam Dewan Kuliah hari itu. Yang peliknya, Naeun, Jay dah Syim pun tak ada...

Budak lelaki? Eh... Kai, Baekhyun dengan Chen pun.....

 

 

 

M-Mana semua orang dah pergi?!

Tangan Lina segera menyambar telefon pintarnya dari dalam beg sandang, tombol-tombol berkarakter alphabet pun ditekannya laju.

 

Mana korang? Kelas dah nak start kot...

 

Selamat text Naeun.

Lama. Tiada balasan sehinggalah kelas pun bermula. Lina mula rasa tak sedap hati. Pelik.. Kali ni pelik sangat, Naeun tak pernah tak balas mesej. Kalau Jay tu lain lah, balik US pun tak inform. Hurmm! Apa Naeun dah berjangkit perangai Jay tak? Ahaks! Lina membuat andaian sendiri.

 

 

 

Tapi serius dada Lina dari tadi berdetak laju. Tak sedap hati..

 

Tit. Getar dari telefon pintar milik Lina pun berbunyi menandakan ada mesej masuk.

 

Lina, Kami semua ada dekat hospital sekarang.... Uppie.. Uppie cannot make it. Jangkitan kuman pada jantung.
Uppie dah meninggal Lina.

 

 

Tubuh gadis itu bergetar kuat saat dirinya berkali-kali membaca satu persatu perkataan dari mesej yang diterimanya. Dia masih kurang percaya dengan matanya sendiri. Betulkah apa yang dibacanya ini? Betulkah?!! Sebelah tapak tangan telah digunakan untuk menutup mulutnya yang bergetar sebelum dia mengeluarkan raungan kuat dari tangisan. Tak! Lina, kawal diri kau... Setitis air mata yang jatuh, cuma akan menyeksa Uppie!


 

Lina kehilangan kata-kata. Yang ada cuma air mata yang mengalir membentuk sungai kecil dipipi gadis itu. Dia menangis dalam diam, rasanya baru semalam dia bermain dengan anak kecil itu, tapi sekarang?

 

Peristiwa manis bersama Uppie di majlis ulang tahun kelahiran anak kecil itu, dan moment-moment indah di ar-Rhaudah bagaikan diulang tayang kembali didalam benaknya.

 

 

 

 

 

 

“Akak nah wobewiiii!!” Wajah anak kecil itu mula terlintang dimindanya.

 

 

Kaki Lina lemah untuk berdiri, tapi dia harus kuat, Air mata yang bersisa dihapuskan laju lalu dia segera bangun ke hadapan dan meminta izin Dr. Yongguk untuk keluar awal.

 

 

 

“I’m sorry Dr. but, can you allowed me to go back home early before the class end? I have an emergency case at home.” Lina cuba menutupi wajah tangisnya dengan berusaha tenang sebelum menuturkan ayat itu pada Dr. Yongguk.

 

“Sure you can Miss Song.. Take care.” Senyum.

 

 

“Thank you Dr.”

 

 

Selepas Lina meminta izin untuk keluar kelas awal dari Dr. Yongguk, lecturer Grafik. Terus kaki itu melangkah laju, lebih tepatnya berlari ke keluar dari fakulti.

 

 

 

Yang ada difikiran nya kini semestinya Uppie, dan.. Kai...
Macam mana lah keadaan lelaki tu........

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Nafas diatur laju sambil kedua-dua belah tangannya sudah pun menongkat pada lutut. Letih berlari masih lagi belum hilang. Lina tiba didepan wad CCU dalam keadaan kelam. Semuanya memamerkan wajah sunggul milik masing-masing.

Lina tak dapat tahan bila nampak Kai yang terduduk ditepi dinding wad itu masih lagi menangis. Bahu lelaki itu terhinjut-hinjut menahan sendu dihati. Chen yang berada disampingnya cuma dapat mengurut lembut bahu Kai, menenangkan jiwa lelaki itu seketika.

Sedangkan yang lain pula cuma tertunduk mengadap lantai.

 

 

 

“Naeun, Jay, Syim!!” Lina memanggil nama ketiga-tiga sahabatnya itu sambil tangannya dipaut oleh mereka.

Naeun kembali menangis apabila nampak wajah Lina, kini gadis itu dipeluknya erat. Naeun menangis lagi. Wajarlah dia berasa sedih, Jongup kan sepupu dia. Selain keluarga Kim, Naeun lah insan yang paling rasa kehilangan berbanding orang lain disini.

 

 

“Uppie... Uppie.. Lina.....” Naeun kehilangan kata-kata. Yang dia tahu cuma lah menangis. Tersedu sedan wajahnya menahan tangisan.

Lina cuba sedaya upaya untuk kuat namun pertahanannya jatuh juga setelah memujuk Naeun untuk bersabar.

 

 

 

 

“Naeun-ah, Biarkan Uppie tenang...” Berat dia untuk berkata, berat lagi lah bahu yang memikul.

Naeun tidak membalas sebaliknya dia memeluk Lina lebih erat. Kali ini Jay dan Syim pun sama-sama merangkul tubuh gadis itu. Menenangkan mereka..

 

 

 

Hal yang hanya Syaiful Azlan, Daehyun dan Kai tahu, masih lagi kekal menjadi rahsia.

 

Daehyun perlahan-lahan mendekati Kai yang masih tersandar dan termenung dengan pandangan kosong dihadapannya. Dia dah berhenti menangis, tapi dia sikit pun tak bersuara.

“Kai, Uppie.. I mean, adik Johan patut dikebumikan di tanah perkuburan Islam..” Daehyun cuma ingin mengingatkan Kai tentang hak Jongup sebagai saudara Islam.

 

Kai membalas kata-kata Daehyun dengan anggukan perlahan dan senyuman yang dipaksa-paksa. Sebagai maksud yang dia tahu semua tu....

 

 

 

Kim Jongup atau lebih tepatnya lagi Ahmad Johan Ikhwan Kim bin Abdullah dan abangnya Kai, atau pun Ahmad Kairul Ikhwan Kim bin Abdullah, telah pun sah menjadi saudara baru Islam sejak seminggu yang lalu.

 

Ini lah hasil dari pada perbincangan ‘man to man’ antara Azlan dan Kai.

 

Tiada pertempuran berlaku. Jangan risau.. Semuanya berakhir dengan baik, kerana Azlan berjaya buat Kai memeluk Islam tapi tidak tanpa Jongup.. Jadi mulai detik itu, Kai dan Jongup sama-sama merupakan saudara baru.

 

Ni semua sebab Kai betul-betul nak tunjukkan yang dia betul-betul dah serius nak ambil Lina jadi isteri di masa hadapan. Dan sekarang dia perlu belajar. Jadi ketua keluarga bukan senang, nak nak pulak Kai jenis baran.

 

Dia patut belajar banyak lagi dari Azlan.

Dan hal ini cuma diketahui oleh Syaiful Azlan, dan Daehyun atau lebih tepatnya lagi Ahmad Danish Byun Abdullah.

 

 

 

 

Cuma dua gerangan manusia ini sahaja yang tahu tentang hal ini. Dan mungkin ini ujian dariNYA untuk Kai? Siapa tahu ada hikmah.

 

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Setelah bertikam lidah dengan ibu bapanya, Kai berjaya memberikan Uppie hak terakhir dia sebagai seorang muslim, iaitu jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di kawasan perkuburuan orang Islam, bukan lagi dibakar dan abunya dilepaskan di pantai, cara katolik.

 
Tuan Siwon dan Yoona pun tak dapat berbuat apa-apa lagi setelah memang sah lah Kim Jongup, putera bongsu mereka sudahpun convert bersama-sama dengan Kai. Hari itu juga lah, Pecah rahsia kedua beradik itu..

 

 

“Kai dengan Uppie tak sama dengan Papa dan Mama!” Kai sekali lagi meninggikan suara.

 

 

“Apa yang kamu cakap ni Kai?! C’mon.. Kita bawa Uppie, biar orang suruhan Mama yang urusan jasadnya, dan bina permakaman untuknya!” Yoona masih lagi berkeras ingin menyuruh pembantunya untuk menguruskan permakaman untuk Uppie.

 

 

 

 

“Tak, Ma! Pa!!! Uppie saudara Islam.. Dia harus diuruskan dengan cara Islam..”

 

“Apa?!” Sudah jelas lagi bersuluh Tuan Siwon dan Yoona tak suka apabila anak bongsu mereka arus diuruskan mengikut ajaran Islam? Oh Tidak! Siwon dan Yoona membantah!

 

Tapi siapa saja yang boleh melawan kehendak Kai?

 

 

Pula Kai mengungkit segala layanan yang mereka berikan pada Uppie, sedikitpun tak pernah sempurna. Uppie sememangnya anak mereka atau anak orang gaji?

Kenapa orang gaji lebih banyak beri kasih sayang pada Uppie berbanding mereka?! Kenapa?

Dan sekarang mereka nak bertengkar dengan urusan menguruskan jenazah Uppie? Heh! Dalam hal apa sekalipun, Kai mempunyai alibi kukuh untuk menang dalam kes ni.

 

Jadi, sudah diputuskan!

 

Jenazah Uppie diurus semuanya oleh Azlan, serta orang-orang muslim korea yang lain. Daehyun dan Kai cuma dapat membantu apa yang patut kerana itu semua memang merupakan benda baru bagi mereka.

 

 


 

Setelah jenazah Uppie selamat dikebumikan, Pandangan Kai mula kabur dan dia rebah disitu juga. Balang air mawar yang dibawanya pun jatuh dari tangan.

Panik Baekhyun dan Chen ketika itu, sungguh! Ini kali pertama Kai bagaikan hilang semangat hidup. Dia lemah! Lemah sangat. Tiada lagi Kai yang mereka kenal dulu..

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Masuk hari ini sudah genap dua minggu lah Uppie meninggal dunia, dua minggu juga lah Kai tak masuk Kuliah. Kai memang budak nakal tapi senakal-nakal dia, dia tak pernah ponteng kelas. Cuma, selepas kejadian tu... Kai betul-betul berubah.

“Baekhyun! Lina nak tanya sikit..” Baekhyun yang sedang sibuk mengambil buku tulis dari dalam lockernya itu pun beralih pada Lina.

 

“Yes?” Senyum.

 

 

“Kai mana? Kenapa dah lama dia tak datang kelas..” Lina bermasam muka.

Baekhyun menggarukan kepalanya yang tak gatal. Serba salah mahu diucapkan atau tidak.

“Ermm..”

 

 

 

 

“Baekhyun jujur please..”

 

“Baiklah, Kai dah hantar surat berhenti belajar Lina..” Seusai Baekhyun berkata itu, dia terus mengeluh perlahan. Kepalanya ditunduk dan pandangannya menghadap lantai.

“Apa?! Tak mungkin!” Suara Lina yang sentak mengejutkan Baekhyun, segera kepalanya diangkat. Mata Baekhyun pun dah membuntang. Lina terus berlari meninggalkan Baekhyun yang tercengang tanpa habis menyelesaikan katanya lagi.

 

 

 

Kai nak berhenti belajar? Tak mungkin!!!!

 

DINGG DONGGGG

 

Bel ditekan berkali-kali sehingga ada seorang lelaki tua keluar menyapa Lina. Lina tahu rumah Agam milik keluarga Kim pun setelah hari pengebumian arwah Uppie lah. Jadi, langkah kakinya memang tak tuju ke lain. Sah, Kai ada kat sini..

 

“Maaf, cik cari siapa?” Lelaki itu bertegur.

 

 

“Kai ada Pakcik?! Saya kawan dia..”

 

“Maaf, Tuan muda tak nak jumpa sesiapa...” Dia menolak secara baik, tapi salah timing lah Pak cik, Kali ni Lina dah mula tunjuk belang. Entah dari mana datangnya sifat berani dalam diri dia, tapi sekarang yang dia tahu.. Kai patut disedarkan! Sampai bila dia nak macam ni?!

Kemon! Dah dua minggu kot...

 

Lina mendengus laju lalu cepat-cepat dia merempuh masuk, Kali ini Lina nekad. Fail ditangannya dijadikan senjata menolak Pak cik yang dipercayai butler keluarga Kim itu, orang tua itu pun jatuh ke lantai.

“Lina mintak maaf Pak cik! Ini dah darurat..” Lina terus bergegas ke tingkat atas, dan menuju ke depan pintu yang tertulis nama Kai.

 

 

“Kai..” Pintu bilik itu dikuak lalu hidung Lina menangkap bau-bau yang tak enak. Pergh! Semerbak!

“Aku cakap jangan masuk! Jangan masuk lah Orang tua!!!” Kai menjerit marah lalu sebuah majalah melayang hampir terkena kepala Lina. Nasib baik lah Lina sempat mengelak, kalau tak... BENJOL.

 

 

“Kai.. ni Lina lah..” Lina cuba bertutur lembut, namun tiada balasan darinya.

Lina nampak Kai terbaring diatas katil sambil bingkai gambar dirinya mendukung Uppie dipeluk Kai erat. Rasa simpati timbul diihatinya. Lina tahu Kai rindu Uppie.

Tapi ini bukan caranya Kai!

 

Bukan dengan meratapi...

 

 

 

 

“Kau pergi balik!!!” Kali ini Kai tak berlembut, meski pun itu Lina.

 

“Tak nak Kai.. Lina takkan balik selagi Kai macam ni...”

“Ohoii! Aku datang melawat!! Pergh! Berapa lama kau tak mandi ni Kai!! Semerbak duh!!” Chen tiba-tiba muncul didepan pintu bilik. Hmm, mungkin dia pun dapat masuk sebab rempuh butler tadi tak?

Lina tak perdulikan kehadiran Chen. Opps pembetulan, tiada siapa pedulikan kehadiran Chen disitu. Sekarang tugasnya? Tonton wayang lah! Actor, Kim Kai. Actress, Song Lina! Perghh, Filem pecah panggung!!!

 

 

“Kai, tolong lah Kai... Kembalilah seperti Kai yang dulu.” Lina separuh merayu.

 

 

“Kau takkan paham! Adik aku dah mati!! Kalau Tuhan tu adil? Kenapa dia ‘ambil’ Uppie dari aku?! Kenapa dia tak ambil je mak bapak aku yang tak guna tu?! KENAPA!!!!” Suara jerkahan kuat itu cukup untuk mengegarkan seluruh bilik. Kali ini Kai sekali lagi menangis tapi bukan dalam muka sedih, tapi dalam muka bengis.

 

“Kai, ini semua ada hikmahnya Kai..” Lina dah berlutut di birai katil sedangkan Kai masih diatas katil, mengamuk lalu mengoyak semua majalah yang bertaburan disitu

.

“Kau diam! Kau tak paham!” Jerkah Kai kali ini membuat Lina sentak lagi. Mana taknya jari lelaki itu ditunding tepat ke arah Lina. Apa salah dia pun dia tak tahu? Tapi kenapa Kai layan dia macam ni?
Bingkas tubuh gadis itu berdiri. Air mata sudah pun bertakung di permukaan mata. Tunggu masa saja. Dan.... banjir.

 

“Ahmad Kairul Ikhwan Kim Abdullah!! Mungkin ya, Kai anggap Lina tak paham.. Tapi Kai tak tahu, Lina pernah alami hal sama! Bahkan lagi teruk.. Lina pun dulu pernah ada adik! Malahan kami kembar! Dia meninggal sebab apa? Dia diculik dan dibunuh... Belum cukup membuktikan yang Lina paham ke situasi Kai sekarang ni?!!” Suara Lina pula makin meninggi.

 

DEGGGG! Kai tersentak. Lina segera menghapuskan air mata yang tersisa lalu senaskah Al-Quran dihulurnya pada Kai dengan tangannya bergetar-getar.

 

 

“Kai, kalau Kai sedih.. Kai baca ni..” Al-quran terjemahan itu dihulur dan diletakkan diatas cadar katil di hadapan Kai. Mata Kai tak lari dari melihat naskah itu. Dia cuma terdiam. Lama..

 

“Ini ubat yang paling mujarab Kai, Bukan berkurung dalam bilik gelap ni..” Lina sekali lagi berkata.

 

 

 

“AHHHH!!! APA KAU TAHU?! BOLEH JADI KAU REKA CERITA NAK MAIN-MAINKAN AKU!! NAK SIMPATI AKU!” Kai mengamuk lalu semua barang dihadapannya ditepis ke tepi.

 

“Ya Allah Kai, Sikit pun Lina tak pernah ada niat macam tu..” Air mata gadis itu mengalir dipipi.

 

 

 

 

“PERGI!!!!” Majalah dibaling tepat terkena kepala gadis dihadapannya itu.

 

“Apa ni Kai?! Kau dah gila ke?!!! Ni Lina lah...” Chen dah tak dapat sabar dengan perangai Kai, lalu cepat-cepat dia menahan Lina dengan tubuhnya.

 

 

 

“SEBELUM AKU MENGAMUK LAGI, BAIK KAU SURUH DIA PERGI!!”

 

Tangisan Lina pecah. Dia menangis untuk sekian kalinya sebelum pergi meninggalkan rumah agam milik keluarga Kim itu. Chen tergamam. Dia marah pada Kai sebab dah layan Lina sebegitu rupa. Look! Betapa ramainya gadis yang Kai dah buat main, tapi bila jadi kejadian seperti ini, tiada seorang pun yang tampil membantu. Yang ada pun cuma Lina. Tu pun Kai nak layan macam ni?! Kai, kau memang lelaki tak guna!!

 

“Baik Kau kejar dia, sebelum aku yang kejar Kai!” Chen bengang.

“Kau apa?!”

 

“Aku kejar dia! Sebab aku suka dia Kai!!! Aku suka Lina!!!!” Hah sudah! Chen sengaja memanaskan suasana, sebab kalau dia tak cakap macam tu, sampai bila-bila pun Kai takkan rasa tersaing. Dia fikir Lina miliknya seorang? Heh! Selagi belum sah, Kau jangan mimpi lah Kai!

 

Kai panas hati, kata-kata dari Chen betul-betul buat dia panas. Collar kemeja polo milik lelaki itu dilepas, lalu cepat-cepat Kai melulu keluar, mencari bayang Lina yang semakin menjauh pergi.

 

 

Lina berlari sambil menangis, pandangannya kabur sehingga dia tidak sedar pun yang dirinya sudah pun melulu laju ke jalan raya dihadapan rumah Kai.

 

 

 

 

 

Dan Tit.... tinn..............................

 

BUKK!

Tubuh gadis itu melayang dirempuh sebuah kereta yang meluncur laju diatas jalan.

 

 

 

“Lina!!!!!!!!!!”

.

.

.

Bersambung..

 


 

Ujian lagi buat Kai..
 

Ujian itu anugerah Allah SWT. Itu lah makna Allah sayang pada kita. Sama-sama kita kuat ya.. :") 
 

p/s: Sesungguhnya saya cuma menulis ini selama kurang lebih 3 jam di subuh hari. Betul-betul selepas Of Vans diupdate..
Harap maklum kalau bersepah.

 

Scene masih lagi related pada "Of Vans and Converse All Star" by fixi_baby. [[Credit to her.]]
 

Saya nak komen je. Kbye!

 

 

Stay strong Kai,
-LovelyIna.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae