Chapter 1

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 1

Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu, tidak menganggu langsung aktiviti harian Song Lina, iaitu membaca buku dan membuat design research di taman dalam fakulti. Rambut panjang mengurai milik Lina diselak sedikit lalu sangkutkan pada telinga kirinya, cermin mata berkanta besar ala-ala Ugly betty pun masih lagi berada diwajah gadis itu membuatkan dia cukup terlihat hodoh dan tiada daya tarikan. Huh? Baginya lah. Padahal, ada saja mata yang cuba-cuba curi pandang, tapi sikitpun Lina tak perasan.

Hey, dia kalau bab-bab macam ni memang slow.

 

 

Sketches siap, tinggal trace dalam Illustrator then kerja aku dah settle! Yehey! Hujung minggu ni boleh lah rest sikit,” Girang je dia. Ahh, memang dia selalu first step kehadapan dalam mana-mana kelas design. Almaklumlah, budak dapat cop ‘geek’, normallah kalau dia selalu kena condemn dalam kelas, walaupun bukan salah dia. Tapi kalau Lina selalu siapkan assignment yang lecturer bagi tepat pada masa, atau kekadang lebih cepat dari biasa.. Memang ramailah yang merungut dan cakap yang bukan-bukan pasal dia.

 

Seriously, apa salah Lina eh? Buat kerja sharp in time pun kena condemn? Haih, dunia.. dunia...

 

 

Mata Lina beralih pada jam tangan Strawberry Shortcake warna pink miliknya, lalu matanya membuntang.

 

“Omo! Dah lambat lah... Naeun mesti marah ni!!,” Lina dah mula gelabah. Buku-buku tebal yang digunakannya untuk dijadikan rujukan pun ditutup laju lalu dia segera mengemaskan barang-barangnya untuk dimasukkan kedalam beg sandang Body glove berwarna merah miliknya itu.

 

Sebelum dia memulakan perjalanan, sempat lagi Lina mengoleskan sedikit Strawberry Lips Balm berjenama Nivea pada bibirnya. Bibirnya diketap lembut lalu dimuncungkan sedikit dan diakhiri dengan bunyi ‘Muackh’ membuatkan Lina tersengeh sendiri.

 

Ahh, Sedapnya bau strawberry!! Keseronokkan dia membuatkan eyes smile nya terlihat jelas.

Haa, dah nampak kan tahap obses Lina dengan Strawberry?
Dan, dia takkan berhenti.

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Lebih kurang 20 minit jugalah Lina mengambil masa untuk sampai ke Pusat Jagaan Islam ar-Raudah. Dah lah waktu kemuncak, pukul 5. Haih! semua orang tengah sibuk nak pulang ke rumah setelah seharian bekerja, sebab itu lah Lina terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebentar tadi.

 

 

“Kakak!!!,” Kanak-kanak di Pusat Jagaan itu semuanya menyambut kedatangan Lina sambil berlari setelah mereka terlihat gadis itu melangkahkan kakinya dipintu masuk.

Beg sandangnya dilepaskan ketepi lalu dia berdiri lutut menyambut kesemua kanak-kanak itu kedalam pelukannya.

 

 

“Kak Lina, lamanya kakak tak datang...” Salah seorang dari mereka bertanya, membuatkan Lina tersenyum sedikit.

 

 

“Akak mintak maaf sayang, Akak janji, akak akan datang lebih kerap lepas ni... Meh, semua bagi akak kiss sikit..” Lina mula mencucuk-cucuk kecil pipinya, memberikan isyarat supaya kanak-kanak itu mencium pipinya.

 

Tak cukup-cukup dengan kiss, Kali ni giliran Lina pula yang memberikan ciuman hangat ke pipi seorang demi seorang kanak-kanak itu.

 

 

“Ehem.. Ehem...” Suara deheman itu cukup dikenal oleh Lina. Dia mendonggak laju lalu tersengeh dihadapan Naeun.

 

“Adik-adik semua, kejap lagi Akhi Azlan sampai.. Sekarang, semua masuk dulu, bersiap sedia dengan pelajaran hari ni ya?,” Naeun memberikan keterangan dan menyuruh kanak-kanak tersebut untuk masuk kedalam. Iya lah, Sejak Lina sampai tadi, kanak-kanak semua berkumpul diluar. Almaklum lah, rindu pada kakak diorang sorang ni.

 

“Okey akak!!”

 

Lina tersenyum lagi melihat tingkah comel semua kanak-kanak itu. Baginya, kanak-kanak disini dah macam adik-adiknya sendiri. Sejak pertama kali dia ke sini, dia macam dah jatuh hati pada tempat ni.

 

Sorry lambat Naeun..” Lina segera membungkukkan sedikit tubuhnya tanda hormat.

 

“Tak pe lah, yang penting kau datang. Aku bukan apa, budak-budak asyik tanya pasal kau.. Sebab tu lah aku mintak sangat kau datang sini..”

 

“Aih, aku pun rindu diorang.. Dah dapat kiss dah tadi! Hahah.. Hilang rindu aku,” Lina meluahkan rasa.

 

“Oh ya Lina, aku nak minta tolong sikit..”

 

“Aha? Minta tolong apa?”

 

 

“Akhi Azlan cakap, buku tulis budak-budak dah banyak yang nak habis, boleh tak kau tolong aku something?,”

Lina masih mendengar ucapan dari Naeun itu. Selaku pekerja di Pusat Jagaan ini, Naeun memang tahu banyak tentang kebajikan kanak-kanak di sini. Dan Lina pula, sebagai sukarelawan yang selalu datang membantu di Pusat ini pun dah paham sikit dengan aktiviti yang mereka lakukan disini.

 

Bagi Lina, Dia dah lama tertarik dengan aktiviti yang mereka semua lakukan disini.

Meskipun dia bukan seorang muslim, tapi hidup dikelilingi cara hidup Islam membuatkan gadis itu rasa tertarik.

Mungkin belum tiba saatnya Lina untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, tapi dia yakin. Suatu hari yang pasti, Lina pasti akan mengucapkan kata itu.

 

“Oit, menung jauh nampak.. Teringatkan cik Abang ke? Ahaha, Boleh tak tolong belikan buku tulis untuk budak-budak ni?,”

 

“Cik Abang? Aku mana ada cik Abang lah... Hihi, Boleh je... Ngee! Bak duit?,” Tangan Lina dah pun dihulurkan. Sengeh memanjang.

 

“Nah, beli 10 buah..”

 

“Mak aih! Patah lah tangan aku.. Takde orang nak tolong ke?,” Lina merungut manja.

 

 

Sorry dear, akhi belum sampai. So, aku kena tunggu budak-budak, kalau tak siapa nak jaga diorang kan..”

 

“Baiklah kalau macam tu...” Layu je suara Lina, masih membuat muka sedih, Lina pun berlalu lemah. Aih, tak bersemangat langsung bila dia tahu tak ada peneman untuk diajak membeli bersama, Padahal dia tak tahu apa yang menantinya di kedai buku itu....

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

“Kai, kita ada assignment apa? Aku lupalah.” Baekhyun bertanya sambil membelek-belek deck yang dipamerkan. Hmm, ada yang menarik tapi tunggu dapat duit belanja baru beli.

 

 

Kai macam tak percaya saja Baekhyun tanya soalan maut macam tu.

 

 

“Are you seriously asking me that bloody question, Byun Baekhyun? Like seriously?” Kai memandang sahabat baiknya itu dengan wajah tidak percaya. Baekhyun ni tinggal kat alam mana?

 

 

“What? Aku ada nampak macam tak serious ke apa?”

 

Kai julingkan mata ke atas. Apa saja yang kita boleh agak dari Baekhyun?

 

 

 

“Fine, aku give up. Okey assignment kita tak banyak pun. Typography, trace semua alphabet. Electronic Media and Devices, buat research on Smart Door dan segala sketches yang sama waktu dengannya. Islamic Art history, buat essay pasal Sinan. Maximum lima pages, full texts. Two-dimensional design 50 design logo. ELC exercise yang Mr.E kasi tu. Yang tebal gila tu. Drawing, buat Great Master. Editorial design untuk kelas illustration. Hmm tak banyak pun.”

 

 

“Tak banyak, tapi boleh gila kalau tak siap.” Chen menyampuk. Dia pun seronok usha deck. Almaklumlah, deck dia pun tunggu masa nak patah.

“Come on lah, take it easy man! Macam tak biasa, tak tidur seminggu.” Baekhyun tersengih.

 

 

“Eh, mesti.” Kai mencapai sebuah deck kosong lalu diteliti. Rasanya yang ni okay.

 

 

“Leo, aku angkat yang ni!” Kai menjerit ke arah pemilik kedai barang-barang skateboard dan juga permainan extreme, Leo untuk mengira harga barangnya.

 

Selepas membayar harga deck, wheels dan trucks, mereka bergerak pula ke Master Art untuk mencari barang-barang keperluan seni. Kai awal-awal lagi dah pergi ke bahagian cat akrilik. Dia dah bertekad nak lukis dan warna sendiri deck untuk Jongup.

 

 

“Weh, Maries ke Reeves yang best?” Kai menyiku pinggang Baekhyun.

 

“Maries lah. Colour dia lawa. Reeves tak cantik lah. Tak berkilat.”

 

 

 

Selepas menjadi tukang komen pada Kai, Baekhyun pergi pula ke rak menjual marker grafik.

 

 

“Hurm, kalau macam tu aku angkat Maries ni!” Kai tersenyum lagi. Mengingatkan yang dia sendiri yang akan buat design pada deck baru Jongup, Kai tersenyum lagi. Kali ni manis sangat, Macam gula-gula kapas!

 

Hehe, Playboy senyum? Cair duh!

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

 

Lina masih mencari-cari buku tulis yang dipesan Naeun untuk budak-budak Pusat Jagaan ar-Raudah. Mengingatkan tadi dia berjalan kaki ke Master Art, bibir Lina jadi kering dek cuaca panas yang membahang.

 

 

Tanpa lengah, Lina segera mencapai Strawberry Lips Balm lalu dioleskan sedikit pada bibirnya.

 

‘muackh’ Sekali lagi dia memuncungkan bibirnya lalu tersenyum sendiri.

Bau strawberry memang best! Lina tersengeh lagi, lalu dia pun meneruskan misi mencari buku tulis yang diminta Naeun.

 

“Aha! Kat atas tu!!.” Lina bersorak riang ketika menemui apa yang dicarinya dari tadi.

 

 

Disebabkan dia pendek, Lina terlompat-lompat sedikit sebelum mengambil buku-buku itu,

 

“1, 2, 3, 4, aih... 5, aduh.. kenapa lah benda ni diletakkan sebegini tinggi?” Lina sempat merungut lalu melompat lagi untuk mencapai buku yang ke-6.

 

 

Mungkin kurang keseimbangan membuatkan Lina tak dapat sampai memijak lantai lalu dengan cepat, tangannya berpaut pada rak buku.

 

“Eh, hati-hati!!!.” Suara seorang lelaki pun kedengaran.

 

 

 

Lina tak dapat kawal dirinya dari menjerit sebelum semuanya gelap.

 

Sebelum terjatuh dia sempat merasakan ada tangan yang menyambut tubuhnya. Lelaki! Dia tahu orang ini lelaki, lalu lelaki itu menghempap tubuhnya. Hasilnya? Diorang sama-sama terjatuh  ke lantai.

 

 

Lina masih lagi menutup matanya rapat sedangkan dia rasa ada sesuatu yang tak kena dalam situasi ni.

 

‘Aku kena hempap?’

 

 

Oh tidakk!

 

Tapi, kenapa bibir aku tak dapat bergerak? Rasa macam ada... Lina belum sempat menghabiskan ayatnya lalu cepat-cepat  membuka matanya lebar.

 

 

Bibir aku? Bibir dia??

 

Mata Lina tak berhenti-henti berkelip, sama juga lah dengan Kai.

 

 

 

Kedua-dua manusia ini beku seketika. . . .

 

 

Krik krik krik..

 

 

 

 

Minda Lina yang kembali waras segera menolak tubuh Kai menjauh darinya.

 

“Apa awak buat ni?!” Lina berang. Bibirnya itu tak pernah disentuh mana-mana lelaki. Tapi lihat lah apa yang berlaku tadi? First kiss dia.. dah hilang kena curi dengan lelaki ni.

 

Cermin mata Ugly Betty yang terjatuh tadi dipakainya semula.

 

 

 

 

Dan, pandangan Lina kembali jelas.

 

Mulut comel itu terbuka sedikit.

 

 

 

K-KAI?

Okey, tadi dia rabun. Dia tak nampak siapa lelaki tu, dan sekarang baru dia tahu.. Lelaki itu adalah....

 

K-K-KAI?!

 

 

 

 

“S-Saya mintak maaf.. Tak sengaja,” Kai terkebil-kebil melihat gadis dihadapannya itu. Mak oi, budak ni sejuta kali lagi cantik kalau tak pakai cermin mata. Desis hati Kai, Nakal! Almaklum, jiwa Playboy dia dah keluar tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

 

 

“Err.. K-Kai? Macam mana awak boleh ada kat sini?,” Tergagap Lina. Sumpah dia tak expect pun boleh jumpa Kai. Dan kejadian tadi? Err, Lina terus terlupa yang dia tengah marah.

 

 

 

Kai menaikan sedikit keningnya. Hairan pula, macam mana perempuan ni boleh kenal dia? Tapi well, siapa tak kenal Kai? Hahha. Mengingatkan hal itu, Kai tersenyum lagi.

 

Perasan sungguh!

 

 

 

 

“S-Saya beli akrilik..” Jawab Kai spontan menyebabkan Lina jadi malu. Ye lah, dah dia ada kat sini, mesti lah dia pergi beli barang kan? Takkan lah main skates pulak. Lina terasa bodoh dengan pertanyaannya.

 

 

Pipi gadis itu dah mula merah lalu cepat-cepat Lina bangun dan menunduk sedikit pada Kai yang masih tercengang melihat tingkah gadis itu. Mula-mula marah? Lepas tu, dia yang minta maaf, Katanya tak sengaja berpaut pada rak buku sebab kurang keseimbang.

 

Berkali-kali Lina tunduk dan minta maaf kerana baginya, dia dah macam susahkan Kai sebentar tadi.

 

 

“Saya minta maaf... Saya pergi dulu.” Sambung Lina sebelum langkah kakinya laju menapak keluar dari Master Art itu.

Buku tulis? Aih, Lina sendiri dah lupa jalan nak balik.

 

 

Malu punya pasal la katakan.

 

 

 

 

 

Kai masih lagi pelik dengan perangai gadis yang ditemuinya tadi, lalu bergerak bangun sebelum matanya tertangkap satu benda kecil ditepi kakinya.

 

 

“Strawberry Lips Balm?” Kai membaca setiap inci tulisan pada benda kecil berwarna merah itu.

 

Tanpa sedar Kai tersenyum.

Hihi, Benda ni, mesti dia punya.. Hmm, Rasa bibir dia tadi...  Kai tersengeh lagi sekaligus mengenggam Lips Balm itu lalu dimasukkan ke poket seluar Jeans yang dipakainya.

 

 

Kai menyentuh bibirnya lembut, kesan basah dan melekit dari Lips balm itu masih tertinggal dibibirnya membuatkan Kai rasa seronok. Jarinya digigit kecil lalu dia tertawa kecil sendiri, sebelum....

 

 

“GAHHHHHH!!” Kai menjerit terkejut bila tiba-tiba khayalan indahnya terhenti dek tepukan dibahunya.

 

 

“Woi Baek! Nak bunuh aku ke?” Kai marah.

 

Baek menjulingkan matanya keatas.

“Oh please la Kai, aku cuma nak kau sedar je.. Dah macam orang overdose aku tengok! Sengeh je dari tadi..”

 

 

“Kau kena faham kenapa aku sengeh.. Eh, kau kenal tak gadis tadi? Yang cari buku tu?.” Tanpa lengah, Dia dah mula bertanyakan tentang Lina. See? He's a Playboy. Pantang sungguh.. Aih.

 

 

“Kenal. Budak kuliah kita jugak kot.. Erm, tak silap nama dia Song Lina.”

 

 

 

“Song Lina eh? Asal aku baru perasan ha?” Kai menggaru kepalanya yang tak gatal. Eh, dia selalu je datang kuliah, tapi kenapa aku tak pernah perasan pun perempuan ni? Tapi aku bertuah la dapat nampak dia tanpa cermin mata tadi.. Adeh, rupa-rupanya kisah anak itik yang hodoh berubah menjadi swan tu merupakan kisah benar!!

Ahaks! She’ll be mine. Kai mula mengatur strategi.

 

 

“Woit woit! Sembang apa? Tak ajak aku pun..” Chen mencelah lalu berpaut pada bahu Baekhyun. Nasib baik lah Baekhyun ni kuat semangat, kalau tak.. Aih, dah lama arwah. Chen ni memang suka sergah orang betul lah. Aish..

 

 

“Ni dak Kai ni, tanya pasal Song Lina. Entah lah dia, tiba-tiba je..”

Baekhyun Cuma jawab soalan Chen lalu menolak tangan sahabatnya itu ketepi.

Berat siot!

 

 

 

“Woo! Mangsa baru kau eh Kai?” Chen sekali lagi mencelah.

 

 

 

 

“Kau jangan Kai, dia tu budak baik..” Baekhyun mula sesi membebel.

 

 

 

 

 

“Ehe.. Budak baik, tak budak baik? Yang penting, bibir dia.. aku dah rasa... Hahah.” Kai ketawa kemenangan.

 

 

“Hah?!” Tercengang dua sahabat itu.

 

 

 

 

 

Biar betik! Kai cium Lina?

 

.

.

.

 

Bersambung..


 

Ehe, Malu nak post, tapi dah post xD Wahahaha.. Terima kasih semua, foreword je dah dapat 11 upvotes. Korang betul-betul unbelibebel ><"

Oh ya, scene di Master Art dicopy-pasta dari "of Vans and Converse All Star" So, this is what happen actually semasa scene Baek cari marker Yoken untuk kembar dia, Byun Daehyun. [[credit to : fixi_baby]]

Sayang korang.

 

-LovelyIna.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae