Chapter 3

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 3

Suasana malam itu tegang sangat bila Kai berkeras tak mahu pulang setelah kejadian yang menimpa Lina. Dia berkeras nak menemani gadis itu sampaikan Naeun sendiri dah give up nak pujuk Kai. Hey, Semua orang tahu kan? Kai degil.

 

“Aunty, Alergi ni bukan gatal-gatal kulit ke? Kenapa pulak kes Lina ni lain?” Kai masih kurang faham dengan situasi Lina. Dan sekarang, dia sendiri sempat terjah ke bilik Taeyeon untuk tahu lebih lanjut.

 

“Jongin, Alergi ada berbagai jenis.. Ada yang gatal-gatal kulit dan ada juga yang macam kes Lina ni, sebenarnya Song Lina mengalami alahan yang sangat teruk pada berri dan Aunty yakin dia pun tahu pasal hal ini oleh sebab itu dia selalu berjaga-jaga. Aunty difahamkan memang Lina selalu bawa ubat alahannya kemana-mana, tapi yang Aunty tak paham sekarang ni, kenapa Lina makan kek tu sedangkan dia tahu... Dia ada alahan yang teruk.” Dahi Taeyeon terlihat berkerut-kerut apabila menjelaskan semua perkara itu pada Kai.

 

Kai terdiam.

 

Dia pasti, Lina buat semua ni mesti pasal Jongup.

 

 

“A-Alahan dia... bahaya ke Aunty?” Kai bertanya lagi.

 

 

“Lina mengalami anafilaksis, iaitu sebentuk alahan yang berpotensi untuk mengancam nyawa. Sebelum dia rebah, Lina dapat rasakan anak tekaknya seperti mencengkam dan dia sesak nafas sebaik sahaja berri masuk dari rongga mulutnya. Ia tak mengambil masa yang lama pun, kurang dari 3 saat, Lina dah dapat rasa kesannya.”

 

“...” Kai terdiam. Apa yang Taeyeon cakapkan itu betul-betul buat Kai sentap. Bahayanya.. Apa yang Lina fikir sampai sanggup makan semua tu semata-mata Jongup yang suap? Tahu lah tiada sesiapa pun yang dapat elak kecomelan Jongup. Tapi Lina patut tahu, benda bahaya macam ni mengancam nyawa. Aih! Kai frust.

 

 

“Tapi, takpa.. Sekarang Lina dah stabil. Anyway Kim Kai, Aunty boleh tanya sesuatu?”

“Ah? Tanya je lah Aunty.” Sentap sekejap Kai, Ada apa pulak yang Taeyeon nak tanya, sampai minta izin bagai.

 

“Awak suka Lina eh? Ini pertama kali tau, Aunty dapat tengok muka awak gelabah sebab perempuan.” Taeyeon tertawa kecil melihat reaksi Kai yang makin gelabah.

 

 

“Err.. Mana ada lah Aunty. Jongin pergi teman Lina dulu okey? Mana tahu kalau dia tersedar ke..” Muka dia dah merah, lalu cepat ja kaki Kai melangkah keluar dari bilik doktor wanita itu.

Taeyeon  menggeleng kecil.

“Kim Jongin, I know you since awak masih dalam stroller bayi lagi lah... Awak tak boleh nak tipu Aunty pun..”


 ‘Just, I felt a bit sorry to know about your family.. Hope that Kim Siwon dengan Im Yoona, Papa dan Mama awak sedar dan berikan perhatian pada keluarga. Aunty setiasa doakan semua tu Jongin.. Kesian Uppie, kecik-kecik lagi dah tak dipedulikan oleh Papa Mama dia, tu lah.. Siwon dengan Yoona tu dari zaman sekolah lagi, dua-dua wokaholic.’ Taeyeon mengeluh lagi mengingatkan dua sahabatnya itu, lalu kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi kerana Kai datang menerjah tengah-tengah malam.

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Lina tak henti-henti mengerdipkan matanya tanda tak percaya. Naeun cakap Kai adalah orang yang paling setia teman Lina sepanjang tempoh Lina tak sedarkan diri di Hospital, dua hari yang lalu. Oh Kemon lah! Korang percaya ke?!

“Kau biar betul Naeun..” Lina tak percaya.

“Aku tak pernah menipu lah...”

 

“See? Statement kau buat aku lagi tak percaya tau tak..”

Lina menarik muka.

 

 

Tiba-tiba sepasang tangan datang memeluk bahu mereka berdua dari arah belakang. Hampir terlompat dua gadis itu dek rasa terkejut.

“Jay!!!!!!” Jerit kedua gadis itu kaget.

 

 

“Miss me?” Sengeh. Jay dah pulang Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Jay the fab is in da’ house yo!

 

 

 

Meh nak cerita sikit pasal gadis ni, dia Lee Jay. BFF Song Lina dan juga Naeun. Gadis ini berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan seorang muslim, sama lah seperti Naeun. Budak jurusan Art & Design jugak, dan ehem! Bahagian grafik design, samalah dengan Song Lina.

Kenapa sebelum ini Lina tak pernah mention pasal Lee Jay?

Baik. Mari kita ikutinya bersama....

 

 

“Jay!! Rindunya aku pada kau..” Naeun terus bangun dan memeluk Lee Jay erat, sedangkan Lina langsung tidak memberikan apa-apa reaksi, sebaliknya dia berpalingkan wajahnya kearah lain. Nak tengok Jay? Eh, sorry.

Lina merajuk u’olls.

 

“Woit Joyah! Tak rindu aku ke?” Jay menolak sedikit bahu Lina. Dia tahu, Lina sekarang tengah merajuk.

 

“Tak.” Masih merajuk.

 

 

Jay terus memeluk Lina dari tepi. namun pelukannya? Sikit pun Lina tak peduli.

“Beb, Sorry lah.. Aku ada emergency 2 minggu lepas, that’s why lah aku fly balik US. Aku terlupa inform kat kau... Jangan lah buat aku macam ni, sedih tau bila kau ignore aku.” Jay dah mula buat ayat sedih dan pura-pura menangis, membuatkan Lina tak sampai hati nak terus ‘berlakon’ untuk ignore sahabat baiknya yang satu itu.

 

Lina tersenyum sedikit lalu mengusap tangan Jay yang masih memeluknya perlahan.
“Cet, kalau urgent sekalipun.. At least, text lah aku.. Whatsapp ke? Kakao ke? Ni tak.. Senyap je 2 minggu.”

 

 

 

“Sorry.”

 

 

“Eh, apa ni?!” Jay tiba-tiba bertanya bila ternampak ada kesan lebam dan bekas cucuk dari jarum pada tangan Lina.

 

 

“Dia masuk hospital Jay.” Tudung Naeun diperbetulkan sedikit.

“HAH?! Not again!”

 

 

 

“Sebab tu lah aku cakap, kalau urgent macam mana pun, at least text la aku.. Kalau jadi apa-apa pada aku dua hari lepas, kau balik pun sebab nak ‘hantar aku pergi’, kau nak?” Lina sengaja tekan kan ayat akhir yang dilontarkan dari mulutnya pada Lee Jay. Bibir strawberi itu dimuncungkan.

 

Naeun menyiku kecil pinggang Lina. Dia menggeleng, sebagai isyarat untuk Lina berhenti. Sudahlah tu, benda-benda macam ni jangan dibuat main-main.

 

“Hey, Jangan la cakap macam tu! Okey, aku mintak maaf, lain kali aku tak buat lagi.. Huwaaa....”

Jay dah mula meraung, membuatkan Lina dengan Naeun sama-sama gelakkan dia.

 

 

Don’t worry guys, i’m okay.

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Macam-macam yang terjadi dalam minggu itu membuatkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan masing-masing menjadi makin kuat antara satu sama lain.

Sebelum itu mereka digemparkan dengan berita si kembar Byun Baekhyun iaitu, Byun Daehyun yang ditikam oleh perompak ketika menemani Ibunya, Taeyeon di Bank.

Diikuti pula dengan kes alahan Lina pada berri yang membuatkan dia terpaksa berkampung di Hospital selama dua hari. Patutlah Baekhyun tak datang ke Majlis ulang tahun kelahiran Jongup, kerana Baekhyun setia menjaga Daehyun di Hospital.

 

Ibu mereka, Taeyeon yang datang kesitu cuma untuk memberitahu Kai tentang khabar Daehyun, akhirnya terpaksa menjadi ahli penyelamat untuk mengarahkan semua orang membawa Lina ke Hospital, disaat Daehyun check out dari Hospital, Lina pulak yang check in.

Aih!

 

 

“Kembar pendek tu kena tikam?! Like seriously! Oh my god, Harap-harap lah Daehyun tak apa-apa.” Pendek. Yeah! Itu gelaran Jay pada Baekhyun.

 

Jay baru tahu  pasal Daehyun, dan walaupun dia dan Baekhyun tak pernah sefahaman tapi, bila dengar kes yang menimpa Daehyun, ChilliJay pun dah tak ada hati nak bergaduh dengan Budak Bacon pendek mulut murai tu, Sebaliknya Jay adalah orang yang paling semangat sokong tindakan Baekhyun. Walaupun Baekhyun banyak kali ponteng kelas sebab nak jaga Daehyun kat Hospital. Jay sendiri sanggup offer nak bagi notes untuk dia. Fab tak? That’s our Jay, the fabulous one!

 

Haa! Lagi satu, ‘ChilliJay’ Itu gelaran yang Baekhyun beri untuk Jay.

Gaduh boleh letak tepi dulu. Ukhwah tu penting!

 

 

“Erm, Lina...” Naeun dan Jay bertukar pandangan lalu kembali menatap wajah gadis itu. Sesampainya mereka di Pusat Jagaan Islam ar-Raudah, waktu itu juga lah berkumandangnya azan yang dilaungkan oleh Akhi Azlan sekaligus menandakan masuknya waktu Zuhur.

Lina terpinga-pinga ketika dipandang sebegitu oleh kedua gadis ini.

“Jom ikut kami masuk surau.”

 

“Eh? Tapi... tapi..” Lina sedikit teragak-agak, rasanya mungkin kurang sopan kalau Lina masuk kesana kerana sekarang ni dia tak memakai langsung apa-apa yang menutupi kepalanya.

Naeun sekadar tersenyum dan Jay segera membuka zip beg sandangnya lalu mengeluarkan sehelai shawl.

 

 

“Pasal tu jangan risau.. Pakai ni.” Jay dan Naeun segera meletakkan shawl itu di atas kepala Lina dan dililitnya sedikit ke leher gadis itu.

 

“Woops! Cermin mata ni buang.. Tak cantik.” Jay segera menanggalkan cermin mata Lina membuatkan mata gadis itu berkelip banyak kali.

 

 

“Jay, Lina tak nampak lah..” Lembut sahaja Lina memprotes sebab dia dah tahu, Kalau Jay cakap A, maka semuanya A. Siapa boleh lawan Jay? Lagi pula, dari dulu lagi Jay memang pernah berkecimpung dalam bidang fashion designing. So, dia agak alergi dengan selera fashion Lina.

 

 

 

Now, it’s about to change! No more that ugly betty glasses please. NO. JUST NO.

 

“Shhh.. Ikut kami.”

Tangan Lina ditarik mereka untuk masuk kedalam surau.

 

 

“Lina, kau tunggu sini tau... Kitaorang berdua solat dulu, lepas ni kita pergi dapur, masakan untuk budak-budak. Hari ni kan ada iftar beramai-ramai kat sini, mesti meriah.”

Lina sekadar mengganggukkan kepalanya lalu kembali Lina membuka sebuah buku untuk dibaca sementara menunggu Naeun dan Jay selesai menunaikan kewajipan mereka kepada Tuhan yang maha Esa.

 

Buku The Principle of design itu pun ditutup Lina sebaik sahaja dia terlihat Naeun dan Jay kembali dari mengambil wuduk lalu kedua-dua gadis itu sudah pun menyarungkan sehelai kain putih sebelum mereka berdua melakukan solat. Heh, baru dia teringat, macam mana nak baca buku, Jay kan dah ‘buang’ cermin mata dia. Hurm...

 

Lina rasa tenang sangat bila berada disini.

 

Ayat-ayat suci yang di baca oleh Akhi Azlan pun terdengar sayup-sayup ditelinganya membuatkan hati Lina rasa sedikit sebak. Fikirannya jauh melayang pada refleksi dirinya.

Air mata Lina mengalir membasahi pipi.

Kerana dalam senyumannya, ada satu rahsia yang masih dia simpan dalam, tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahupun Naeun dan juga Jay.

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Kai masih mengetap bibirnya setelah dia berkali-kali memeriksa suhu badan Jongup. Aih, demam panas kanak-kanak itu kembali lagi.

 

“Abang.. Abang Jongin...” Jongup meracau-racau dalam tidurnya.

 

Hal itu membuatkan Kai sedih. Dia tak dapat tahan dari mengalirkan air mata. Kenapa! Kenapa dalam keadaan macam ni pun Mama dengan Papa tak reti-reti nak balik? Jongup demam sebab rindukan mereka.

Dan sekarang, Kai terpaksa jaga Jongup sendiri. Butler keluarga, Pakcik Lee terpaksa pulang ke Busan atas hal keluarga yang mendadak, dan Kai? Dia terlibat dengan Design exhibition selama 2 hari di fakulti. Sekarang siapa nak jaga Jongup?!

Tak mungkin susahkan keluarga Byun. Mereka dah cukup risau dah dengan keadaan Daehyun, Kai tak nak tambah masalah keluarga itu lagi.

 

 

“Kak Jinny, I need your help..”

 

Panggilan telefon itu dimatikan lalu Kai dengan segera mendukung tubuh kecil Jongup untuk dibawanya ke dalam perut kereta.

Tali pinggang keledar dipakaikan pada kanak-kanak itu sebelum dia sendiri mengenakannya dan memulakan pemanduan.

Kak Jinny atau pun Kak Jin Ah atau lebih tepatnya lagi, Akak Nur Jannah Ayshah dah beri Kai satu jalan mudah untuk mencari orang yang tepat dan boleh diharap untuk menjaga Jongup ketika ini.

 

Dan sekarang, dia kesana.. Ke Pusat Jagaan Islam ar-Raudah.

 

Ini adalah tempat yang tepat untuk tinggalkan Jongup selama dua hari, sepanjang exhibition diadakan.

 

 

 

Kaki Kai melangkah perlahan-lahan kerana mengingatkan Jongup yang sedang tertidur dibahunya membuatkan Kai sikit pun taknak buat Jongup rasa tak selesa. Tangan kanak-kanak itu pun tak lepas dari mengenggam kecil baju kemeja polo yang dipakainya. Sikit pun tak nak lepas.

Dengan mata yang tertutup rapat, Jongup betul-betul nampak sangat comel dan menarik dimata gadis-gadis. Kalah Kai. Diulang, KALAH KAI. Dan hal itu, selalu tak dapat membuatkan dia cemburu, Sebab Jongup adik dia. Buat apa nak jeles? Uppie comel, Tengok abang lah!

 

 

“Chogiyo.. Ada orang tak?” Kai bersapa separuh berbisik. Tak nak Jongup terjaga.

 

Lina tersentak lalu matanya membuntang. Perlahan-lahan dia berdiri kearah tingkap surau lalu menjenguk keluar setelah dia pasti, suara yang dia dengar tu.. Memang suara Kai.

 

“Kai buat apa kat sini...” bisik hati Lina sendiri. Ehem! Lina rabun dekat, jadi kalau urusan menjenguk Kai dari jauh, memang dia nampak jelas. Sesekali dia mengalihkan pandangannya pada Naeun dan Jay. Kedua-dua gadis itu belum selesai melakukan kewajipan mereka.

 

Lina mengambil keputusan untuk keluar menemui Kai setelah dia lihat Jongup macam termengah-mengah menahan nafas, dia yakin Kai mesti perlukan pertolongan diwaktu ini.

Mujurlah Lina memakai shawl yang diberikan oleh Jay sebentar tadi. Lina keluar menghampiri Kai tanpa sedikitpun dia bersuara.

Ditambah pula dia kini sedang berhijab, dia pasti Kai langsung  tidak mengenalinya.

 

“Awak, boleh tolong?”

Lina menggangguk.

 

“Saya nak jumpa dengan Kak Jinny, i means.. Kak Nur Jannah.”

Lina mengangguk lagi sebelum memperlawa Kai untuk masuk, tapi dia masih berdiam diri. Kepalanya ditundukkan dan Lina sedaya upaya tidak membuat sebarang eye contact dengan lelaki itu. Bukan apa, Mengingatkan Kai lah yang menjaganya sepanjang dua hari terlantar di hospital membuatkan Lina jadi malu. Mana taknya? Entah-entah Kai dah ternampak dah muka Lina penuh dengan air liur basi ketika tidur? Woih! Malu oo.

 

Sebelum sempat pun kaki Kai melangkah masuk. Tiba-tiba saja Jongup minta diturunkan.

“Abang Jongin, kita kat mana ni?” Jongup mengusap-usap matanya. Masih lagi mengantuk.

 

“Uppie tinggal kat sini dua hari okey? Abang Jongin tak ada kat rumah dua hari.” Kai berlutut dihadapan Jongup lalu pipi kanak-kanak itu diusap penuh kasih. Kini Lina tersenyum sendiri, betullah kata Naeun, Kai sebenarnya seorang yang baik.

 

“Tapi Uppie nak abang..”

 

“Abang janji abang datang tengok Uppie. Lagi pun kat sini ada ramai kawan.. Ha! Akak ni boleh jadi kawan Uppie.. Kan awak?” Tiba-tiba Kai menunding jari kearah Lina membuatkan gadis itu tersentak.

Jongup pun cepat-cepat mendongak keatas, mencari-cari wajah Lina, ‘akak’ yang abangnya maksudkan.

 

“Akak nak jadi kawan Uppie?” Tanya Jongup pula. Masih dengan muka mengantuk. Aww, Comel!

Sekali lagi Lina membalas dengan anggukan.

 

Kai melirik jam tangan ICE yang dipakai olehnya membuatkan dia tak senang duduk.

“Awak, boleh tak tolong bawakan Uppie masuk jumpa Kak Jinny.. Saya ada urusan,  urgent! Tolong ya.” Kai menghabiskan ayatnya dengan sebaris senyuman dan tak lupa juga dia sempat memberikan wink khas miliknya yang dia tak tahu sekaligus dapat membunuh semua fangirl dalam dunia ni.

 

Lina tergamam. Perlahan-lahan pipinya merah.

Jantungnya berdegup laju.

 

“Uppie, abang pergi dulu.. Sayang adik abang!”

Muah muah muah muah muah! Pipi Jongup dipipinya berkali-kali, lalu Kai melangkah pergi kearah kereta di tempat Parkir.

 

 

Tiba-tiba Jongup menunjukkan reaksi diluar jangkaan. Matanya bergerak dari sisi ke sisi, pergerakan luar biasa pada lidah dan Jongup mula mengecap-ngecap bibir. Nafas kanak-kanak itu berderu laju. Mukanya merah menahan rasa panas dan tubuhnya mula bergetar kuat.

Oh tidak! Jongup terkena sawan lagi.

“Uppiee!!” Lina menjerit membuatkan kunci kereta yang dipegang Kai jatuh lalu dia segera kembali melihat keadaan Jongup.

 

Lina masih lagi memeluk tubuh kecik Jongup yang tergetar dan tubuh gadis itu kini sudah pun memangku Jongup dari berbaring di atas lantai.

Lina dan mula menangis, dia tidak tahu apa yang patut dia buat.

 

Sekarang Jongup diserang Febrile Seizure, atau nama lainnya adalah sawan tarik. Sawan ini sering kali menyerang kanak-kanak yang terkena demam panas dan ianya juga merbahaya bagi mereka, kerana sawan ini boleh mengakibatkan ‘tarik’ atau yang lebih parah, ianya mengancam nyawa. Sekarang, tubuh Jongup dah kejang-kejang.

Kai pun mendapatkan Lina yang sedang memeluk Jongup sambil menangis.

 

Keadaan Jongup perlahan-lahan dah mula stabil dalam pelukan Lina. Dan hal itu membuatkan Kai berasa sedikit tenang.

Tapi tubuh gadis itu tetap memeluk Jongup erat tanpa memperdulikan Kai yang kini berdiri dihadapannya

Tapi, ada satu hal lagi yang membuatkan Kai lebih terkejut.

 

Kai nampak kesan lebam pada belakang tapak tangan Lina akibat kesan jarum dan tiub yang dicucuk ketika tempoh Lina terlantar di Hospital dua hari yang lalu. Otaknya ligat berfikir dan kalau tak salah, dia kenal suara gadis ini.

 

“Dia.. Song Lina?” Kai cuba teka.

 

 

“S-Song Lina kan?” Kai bertanya namun kali ini Lina cuma menggeleng. Kai makin curiga, dia segera mendekatkan diri kearah wajah Lina, mencari-cari kebenaran di wajahnya, namun Lina sedaya upaya melarikan wajahnya kearah lain, sebelum ada dua orang gadis melulu kearah mereka.

 

 

“Lina!! Puas kami cari kau.. Eh, Jongin? Kau pun ada kat sini...” Kata-kata Naeun itu sekaligus membuatkan Kai sentak.

 

DEGG!

 

 

Okey, dia tipu aku.

 

Tapi kenapa?!

.

.

.

Bersambung..


 

Ohayo! Hai, Assalamualaikum.. 
Sekadar perkongsian ilmu ^^
 

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)
 


Segala scene yang berlaku adalah related dari ff "Of Vans and Converse All Star" by fixi_baby. Credit to her.



Iloveyou143,
-LovelyIna.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae