Chapter 2

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 2

Kau biar betik weii! Kau cium dia?! Tercengang-cengang muka Chen dengan Baekhyun lepas dengar ayat maut dari Kai sebentar tadi. Memang dah nampak jelas dah, Song Lina? Mangsa seterusnya si Playboy.

 

Sekarang kita tutup dulu cerita pasal Lina, sebab dah puas dah Chen cuba pujuk Kai untuk dia membuka cerita, tapi Kai jangan haraplah nak buka mulut. Benda manis macam tadi? Haha, baik aku simpan sorang-sorang. Bagitau kat Baekhyun dengan Chen pun nak buat apa? Buang karan ja.

 

 

Setelah selesai sesi pembayaran cat akrilik dan beberapa marker berjenama Yoken, Baekhyun kembali dengan muka sengeh. Sebungkus plastik yang tersimpan marker itu pun dimasukkan didalam backpack nya.

 

“Okay. Eh, lepas ni lepak kat kopitiam nak?”

 

“Beres.”

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Lina berjalan keluar dari Master Art dengan muka merah padam. Apa dah jadi tadi? Ahh, dia sendiri pun tak tahu. Sedangkan jalan balik ke Pusat Jagaan Islam ar-Raudah pun dia dah terlupa, ni pula nak tanya pasal buku nota yang Naeun pesan? Hurm, minta maaflah..

“Eh? Mana Lips balm aku?” Lina meraba-raba poket seluarnya. Mencari Lips balm Strawberi kesayangannya.

 

Lina teringat! Mesti ada kaitan dengan kejadian di Master Art tadi, sebab seingat dia, sebelum dia terjatuh, dia ada memegang lips balm itu. Ye lah, dia baru lepas pakai je kot.

Tanpa berlengah, kakinya melangkah semula ke dalam Master Art. Hey! Lips balm tu... penting okey!

 

 

Kai yang sedang enak menghirup nescafe latte penuh berkrim dari cawan sederhana yang dihidangkan di Kopitiam itu pun mendesah lega.

 

“Ahh, Sedap!” Puas.

Setelah seharian turun bandar mencari deck, truck dan beberapa jenis cat akrilik bersama Chen dan Baekhyun, tak dapat dimungkiri lagi, tiga sahabat ni memang betul-betul dah letih.

Aih, apa kata? Kita berehat sebentar bersama kitkat!

 

 

Tiba-tiba Baekhyun menghulurkan sebungkus Kitkat yang baru dibuka. Kai dengan Chen pun apa lagi?! Selamat masuk mulut!

 

Kebetulan Kopitiam tempat tiga sahabat ni lepak betul-betul berhadapan dengan Master Art. Dan ketika itu lah mata Kai tertangkap sesuatu. Dia lalu tersenyum senget.

 

“Beb, korang tunggu sini kejap... Aku nak masuk Master Art balik, rasanya ada lagi yang aku terlupa beli tadi..” Alasan! Itu alasan Kai ja. Sebab utama dia mahu kesana? Mestilah sebab dia ternampak Song Lina melangkah masuk Master Art.

 

Hah! Mesti Lina cari lips balm dia. Peluang ni Kai, Peluang!

 

 

Nampak tak permainan dia? Cett, kalau Playboy tu Playboy jugak..

 

 

 

Lina masih lagi terbongkok-bongkok mencari Lips balm Strawberi berjenama Nivea nya yang dipercayai hilang di sini. Aih! Kalau betul jatuh, mesti ada di sini. Satu saja kemungkinan kalau lips balm tu tiada disitu, mesti dah ada orang ambil. Ahh! Lina mengeluh berat.

 

“Lips balm pun orang nak ke?! Grr.” Lina marah. Rambutnya diremas kuat tanda kecewa.

 

Kai yang melihat Lina sejak dari tadi, dari tepi penjuru rak buku itu cuma dapat tertawa kecil.

‘Aih, comel pulak aku tengok budak Strawberi ni!’ Desis Kai dalam hati.

 

Belum sempat pun Kai melangkah mendekati Lina, tiba-tiba langkahnya terhenti. Ada getaran dari dalam poketnya membuatkan Kai terus mengalihkan pandangannya dari arah Lina terus ke layar skrin telefon pintar-nya itu. Sebelum telefon ni berdering dan kantoi kan aku, baik aku silentkan dulu.

Kai merenung skrin dengan air muka yang jatuh.

 

Ahh Whatsapp dari pembantu rumah je pun. Aih! Spoiled betul lah. Kai mendengus geram. Sepatutnya dia dah dapat berbual dengan Lina tadi tapi disebabkan telefon ni berbunyi? Aih, segala usahanya untuk tipu Baekhyun dengan Chen tadi dah jadi satu benda yang sia-sia.

 

 

Lina pun dah berlalu pergi setelah Kai lihat muka gadis itu dah fedup mencari Lips Balm-nya.

Bibir perisa Strawberi itu pun di muncungkan tanda tak puas hati.

 

Aww, comel!

 

 

Okey, Beralih balik pada Whatsapp yang Kai terima tadi. Dia dengan perasaan malasnya terus membuka akaun Whatsapp miliknya itu dan mata Kai terus membuntang.

 

[[Tuan Muda Kai, Tuan Muda Uppie demam..]]

 

“Hah?! U-Uppie demam?!” Kelam kabut Kai berlari keluar dari Master Art terus ke Kopitiam, tempat dimana Baekhyun dan Chen lepak sebentar tadi. Nafasnya masih diatur sebelum cepat-cepat lelaki itu menarik tangan Baekhyun dan Chen untuk bangun dari tempat duduk mereka.

 

“Apahal kau?! Rileks lah dulu...”

 

 

“Jom balik! Uppie demam..” Mana dia tak cemasnya? Jongup tu adik kesayangannya. Kalau dulu Jongup masih bayi, jangan pernah harap lah ada nyamuk atau apa serangga sekali pun mendekat, Kai sentiasa ada untuk melindungi dia.

 

“Hah Uppie demam?!” Tak kalah terkejut jugak reaksi Baekhyun dengan Chen. Patutlah Kai cepat-cepat ajak balik, siapa tak tahu? Kai, si Playboy yang poyo ni sebenarnya Abang mithali.

Kalau urusan Jongup, date dengan perempuan cantik pun dia sanggup tak pergi.

 

“Okey, Kalau macam tu jom kemas semua barang dulu.. Baek, kau bayar.” Chen masih sempat main-main, dan Baekhyun membalas perkataannya itu dengan rasa tak puas hati.

 

“Apasal aku pulak?!” Okey. Dua orang ni kalau satu hari tak bergaduh, memang tak sah.

Kai dah mula tarik muka.

 

 

“Dah.. dah, aku bayar... Korang tolong angkat barang-barang ni pergi tempat parking kereta.”

 

“Orait! Kai The Poyos is the best!!” Baekhyun dan Chen bersorak girang selepas Kai menyerah nak belanja. Hhaha, apa saja akan Kai lakukan kalau sesuatu perkara itu babit dengan Jongup. Tak kisah lah berhabis duit sekali pun, dan sekarang yang terpenting, Kai nak balik. Kalau tunggu Baekhyun dengan Chen decide siapa nak bayar, Hurm.. Alamatnya sampai esok lah tak habis.

Apa salahnya belanja kawan kan? Sekali sekala.

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Memang Baekhyun dengan Chen ingat nak ikut Kai balik tengok keadaan Jongup, Demam katanya. Tapi apa kan daya, budak bertuah dua orang ni sibuk mengalahkan perdana menteri. Baekhyun dah janji dengan Babah dia nak tolong siapkan projek tender architecture syarikat Key, lepas shopping dengan Kai petang ni.

 

Chen pulak? Tak yah cakap lah. Dia ada ‘perlawanan persahabatan’ atau lebih tepatnya, bertaruh lawan skates dekat taman. Siapa menang, dapat hadiah deck baru. Sebab tu lah si Chen ni nak masuk sangat, aih! Mengingatkan deck dia yang dah nazak tu.. Hurm.

Dia masuk, of course la nak menang.

 

Malangnya dua sahabat dia ni tadi dapat nak tengok, tapi tak pe.. Mangsa Chen jadi peneman dia mesti la budak Kulinari tahun satu tu, Huang Zitao.

 

 

Memang meroyan habis lah diorang petang tu, almaklum lah. Lama tak turun main..

 

 


 

Kai melangkah keluar dari perut kereta lalu cepat sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Snapback Obey yang dipakainya di lemparkan begitu sahaja diatas sofa.

 

“Uppie!!! Uppie!! Abang dah balik... Uppie kat mana ni?” Kai dah mula buat bising. Habis satu rumah dia cari Jongup, tapi hasilnya tetap sama. Bayang pun dia tak nampak.

 

Rumah mereka terlihat sunyi, dan hal ini betul-betul buat Kai konfius. Aik, tadi kata Jongup demam. Ni mana semua orang? Takkan bawa Uppie pergi hospital kot?! Kai bermonolog sendiri.

 

Kaki Kai melangkah masuk ke dalam bilik Jongup lalu tiba-tiba kakinya dipeluk dari belakang.

“Abang Jongin.......” Uppie memeluk kaki Kai lebih erat.

 

 

“Lah, Uppie ka? Terkejut abang.. Uppie buat apa belakang pintu tu?” Tubuh kecil itu didukungnya dalam pelukan. Pipi temban Jongup diciumnya berkali-kali.

 

Muah muah muah muah muah! Aih, wangi!

 

“Uppie tunggu abang Jongin..” muka tak bersalah.

Kai tersenyum kecil lalu membawa Jongup duduk dipinggir katil.

 

 

“Budak demam kena rehat, Uppie dah makan ubat ke belum?” Kepala Jongup diusap lembut, sebelum tangan Kai beralih untuk mengusap pipi adik kesayangannya itu pula.

 

“Dah! Pakcik Lee bagi Uppie makan perisa wobewii!!” Riang ja suara Jongup bercerita. Sikit pun tak nampak macam budak demam. Tapi memang betul pun panas, sempat Kai rasa pipi Jongup panas bila cium dia tadi. Tapi, Kai yakin Pakcik Lee mesti dah bagi Jongup makan ubat. Saja ja dia nak tanya lagi. Nak tengok jawapan adik dia.. dan BAMM!!

Jongup mention wobewii (Strawberi). Hahah, tanpa sedar Kai teringatkan gadis itu lagi.

 

Strawberi? Hmm, Ada apa dengan strawberi?

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Lina pulang ke Pusat Jagaan Islam ar-Raudah dalam keadaan serabut. Sekali lagi nak cakap, buku tulis yang Naeun pesan tu, memang dia tak beli.

 

“Lina! Eh? Kenapa ni.. rambut kusut habis, ha.. buku latihan budak-budak mana?” tanya Naeun bertubi-tubi, tanpa iklan. Sekarang Lina pun tak tahu nak jawab soalan yang mana terlebih dahulu.

Dia cuma membalas Naeun dengan keluhan berat.

“Sorry lah Naeun, aku tak beli...”

 

 

“Hey, kau ni ada masalah ke? Cuba kau cerita.. mana tahu aku boleh tolong ke...”
Lina tersenyum sedikit. Poninya yang serabut dibetulkan sampai rapi.

 

 

“Ini kisah aku Naeun. Kisah aku mencintai seorang lelaki yang tak sedar pun kewujudan aku..”

 

 


 

Lina masih lagi fokus dengan sketches yang dia buat untuk typography kelas Dr. Yongguk. Hmm, sikit lagi siap. Sesekali cermin mata Ugly betty yang dipakainya dibetulkan sedikit, dan matanya kembali pada sketches tadi, sehinggalah...

 

“Abang! Abang ajar Uppie pulak!” Seorang kanak-kanak lelaki berkata lalu tersenyum apabila seorang lelaki yang kira-kira sebaya dengan Lina kembali dari ramp. Lelaki itu mengusap lembut pipi kanak-kanak tadi sambil tersenyum.

 

 

Yups. Sekarang Lina memang berada di taman, tempat ramai remaja gian main skates.

 

Sekali sekala ubah angin katanya. Asyik lepak kat taman fakulti pun ada apa sangat? Ilham tak datang pun.

 

 

 

“Abang! Abang!! Uppie pandai main!” Sengih kanak-kanak itu lagi, Padahal Abang dia yang tolong tolakkan deck perlahan-lahan. Tak lupa jugak, Abang dia yang peluk tubuh kecil itu untuk memberikan keseimbangan. Ahah, Lina tersenyum sendiri melihat tingkah comel dua beradik itu.

 

 

Hmm, Siapa lelaki tu? Macam aku pernah nampak...

 

 

Lina mengelipkan matanya berkali-kali apabila dia merasakan kurang percaya dengan pandangan dihadapannya itu.

 

 

 

“What?! Takkan lah!!! Kim Kai.. Si Playboy grafik tahun satu tu.. Tak mungkin!” Lina tidak percaya. Bukan dia tak pernah nampak Kai keluar dengan banyak perempuan, dan tambahan pula diorang berdua kan satu kuliah.

 

Tak mungkin abang penyayang ni adalah si Playboy tu!! Lina menafi lagi.

 

 

 

 

 

“Boleh je. V nak main jugak?” Lina melihat Kai menyoal adik sahabat baiknya itu. Ahh, Lina nampak Baekhyun pun ada disini tadi. Tapi entah kemana pula lelaki itu pergi ketika ini. Tinggallah Kai seorang diri jadi pengasuh dua budak comel.

 

 

 

Tak. Tak mungkin Kai.....

 

 

Sejak dari hari itu, entah takdir atau ketentuan dari Tuhan, Lina asyik terserempak dengan Kai. Walaupun Kai tak pernah perasaan kewujudan Lina. Tapi, sedikit sebanyak, hati Lina dah mula terpaut.

 

 

Haa! Tu lah orang kata, Jangan benci sangat.. Nanti cinta? Siapa yang susah?

Dan sekarang Lina sedang merasakannya.

 

 

Dulu dia benci Kai! Dia benci perangai Kai yang suka bertukar perempuan. Pernah sekali dia ternampak Kai duduk dikoridor studio grafik sambil mengusap-usap lembut rambut seorang gadis, Lina ingatkan gadis itu adalah teman wanitanya, tetapi..

 

Di  hari yang sama juga Lina ternampak Kai bersama gadis lain di Kafe sambil tertawa mesra dan tanpa lengah Kai mencium telapak tangan gadis itu.

 

 

Hal itu membuatkan Lina, tak sukakan Kai.

 

 

Malahan, dia benci Kai.

 

 

 

Tapi kenapa sejak hari dia terlihat sisi manis dari lelaki itu membuatkan hatinya goyah.

 

Lina memang sukakan kanak-kanak, dan cara Kai melayani adiknya, Jongup dan V membuatkan Lina terjatuh suka pada diri lelaki itu.

 

 

 

Ya! Cinta tu, memang buta kan?

 

 

 

 

 

“Ya Allah Lina.. Jadi, Kau sukakan lelaki yang kau selalu ceritakan tu? Kai, si Playboy yang kau benci sangat tu?” Naeun bertanya laju.

 

Lina cuma  boleh mengetap bibirnya, wajahnya yang merah ditundukkan. Dia malu. Dia malu dengan perasaannya sendiri.

 

Lina mengangguk sebagai memberi jawapan untuk Naeun.

 

 

 

Naeun tersenyum dan mencapai tangan Lina lalu digenggamnya erat.

“Mungkin DIA dah tunjukkan siapa Jongin yang sebenar pada kau Lina..”

Gadis bertudung pink itu tersenyum lagi. Dan kali ini, Lina betul-betul tak paham.

 

 

“Kejap! Kau kenal dia Naeun?”

Mata Lina membuntang. Dia tak habis fikir lagi.. Macam mana tiba-tiba Naeun boleh sebut nama Jongin. Setahu Lina dia belum pernah ceritakan lagi semua ni pada Naeun.

 

 

Naeun tersengeh sambil mengangguk.

“Dia sepupu aku lah.. hihihi...”

 

 

“WHAT?!”

 

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Untuk hari ini, Lina diisytiharkan mengalami demam panas mengejut. Iya lah, mana taknya dia demam? Semalam, dia dah kena kiss dengan Crush Playboy yang perasan hensem padahal memang hensem tu. Lepas tu? Naeun pulak dah buat dia merah padam sebab confess tak kena tempat.

 

Aih! Siapa tahu Naeun dengan Kai tu sepupu?

Arghhh! Malunya Lina... Mana dia nak letak muka ni?

 

Sekarang Naeun adalah President club peminat KaiLina. Aih! Siapa sangka Naeun sokong Kai dengan Lina bersama? Ahh, dan secara jujurnya... Naeun mengaku yang Kai adalah lelaki yang baik, selama ni Naeun risau sebab Lina asyik mengadu bencikan Kai.. Tapi bila Lina dah mengaku, Naeun orang pertama yang paling gembira, sebab dia tahu... Kai ada sebab kenapa dia berperangai macam tu.

 

“Attention guys!!” Elok saja Lina nak letakkan kepalanya sekejap diatas meja dek melawan rasa pening yang bermaharajarela, Dia terdengar satu suara yang tak asing lagi baginya.

Yups! Suara Kai.

 

“Perhatian! Perhatian!!! Hujung minggu ni, saya Kim Kai, berbesar hati nak jemput korang semua untuk majlis ulang tahun kelahiran adik saya, Kim Jongup. Girls, semua kena datang okey? Wajib! Boys tak datang pun tak pe.. Hahahaha..”

Kai tertawa besar. Girls wajib? Lina mengangkat sedikit keningnya.

Hurm, Naeun... Aku boleh percaya ke lelaki ni sebenarnya orang yang baik? Lina mengeluh sebelum kepalanya diletakkan kembali diatas meja.

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Dan ini adalah sebabnya Song Lina berada dirumah Kai pada malam itu, sempat Lina memberitahu Naeun mengenai majlis ini dan Naeun sendiri yang sediakan gaun untuk Lina pakai ke majlis. Dah semestinya gaun yang dipakai Lina adalah gaun yang sopan, sebab Lina sendiri tak suka mendedahkan bahagian tubuhnya pada orang ramai.

 

Naeun juga memaksa Lina untuk memakai contact lens bagi mengantikan cermin mata Ugly betty miliknya dan Wow!

Malam ni Song Lina bukan lagi ‘geek’ Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian..

Dengan rambutnya dihias rapi. Imej 'Geek'? Jom kita ubah dengan perkataan tu jadi Gorgeous? That’s better!

 

 

Mungkin sebab suasana yang riuh dan ramai orang, Kai langsung tak perasaan Lina ada dalam majlis. Ye lah, Kai kan nampak yang seksi je.. Mulut Lina dimuncungkan tanda tak puas hati.

 

Tapi Lina tak kisah pun sebenarnya, asalkan dapat datang dan bagi hadiah untuk si comel Uppie pun sudah memadai. Ditambah pula, keadaan Lina yang kurang sihat. Dia memilih untuk duduk di kerusi terpencil dari orang ramai. Tadi, Dia datang ke majlis itu dengan Naeun tapi ditengah majlis tiba-tiba Naeun menghilang.

 

 

Aih, sakit kepala Lina masih dirasakan menyucuk.

Sesekali Lina sempat mengurut dahinya perlahan-lahan. Arghh! Sakit.

Namun satu pergerakan tangan kecil yang menarik-naik gaunnya perlahan membuatkan Lina kembali beralih.

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 4 tahun mendongak kearah Lina dengan muka seposen. Mulut dah terketar-ketar menahan air mata.

 

“Akak.. Jangan nangis pwease? Uppie sedih kalau akak menangis.” Lah, Lina ingatkan dah kenapa Jongup tiba-tiba menangis, rupa-rupanya Jongup salah faham, dia ingat Lina tundukkan kepala tadi sebab menangis.

 

“Eh, Mana ada akak menangis sayang.. Meh sini, dok tepi akak.” Lina mengangkat tubuh kecil Jongup untuk duduk disampingnya. Tangan kanak-kanak itu masih tak lepas dari memegang sekeping pinggan kertas yang terdapat cebisan-cebisan kek diatasnya.

Almaklum. Budak-budak makan memang comot.

 

Lina mengambil tisu lalu mengelap sedikit tepi mulut Jongup dengan penuh kasih sayang, sedangkan bibir kecil itu tak henti-henti mengunyah.

“Akak nah wobewii!” Jongup menyucuk cebisan kek dari pinggan kertas itu dan ditujukan ke mulut Lina.
 

Tanpa teragak-agak, Lina membuka mulut untuk menerima suapan dari Jongup.

“Aum! Yey!! Tengkiu Uppie...” Lina membalas perbuatan Jongup itu ceria lalu menepuk tangan.

Sumpah kalau Jongup besar, memang romantik sangat moment tu sehinggalah suara Kai datang mengganggu.

 

“Uppie... Awak kat mana?” Kai menjerit, masih mencari-cari kelibat adik kesayangannya itu. Sungguh Kai menyesal, baru sekejap sahaja dia berbual dengan seorang gadis seksi, Jongup tiba-tiba ja hilang dari pandangan.

 

 

 

“Abang Jongin!!” Jongup membalas, sambil tangannya melambai-lambai kearah Kai. Hampir tersedak Lina apabila matanya bertentangan dengan lelaki itu.

 

 

DEGG DEGGG

 

Lalu dengan tidak semena-mena Lina merasakan dadanya sesak. Tangannya laju memegang dada dan Lina jatuh ke tanah, nasib baik lah Kai ada disitu.

“Arkhh..”

Kai cepat-cepat berlari mendapatkan Lina, sedangkan Uppie terus turun dan berada disisi Lina, sekali lagi mulutnya tergetar menahan tangisan.

 

“Akak..” Jongup dah pun menangis sambil menggenggam gaun Lina kuat.

“A-Awak kenapa ni?” Kai panik melihat keadaan Lina.



Muka gadis itu merah seakan-akan sesak nafas.

“Kek.. Kek ni perisa strawberi kan?” Dalam keterpaksaan Lina bertanya. Tangannya sudah terlebih dahulu diletakan didada. Menahan rasa pedih yang teramat.

 

“Kek? Kek ni campuran berri.. Bukan strawberi je semata-mata..” Kai semakin mendekat sehinggakan kepalanya bersentuh dengan Lina.

Dan baru dia perasan bahawa gadis itu, Song Lina.

 

Nafas Lina berderu laju sehinggakan dia tidak dapat mengawalnya lagi.

"Arkhhh.. Arkhhhhhhhhhhhhhh............"


Dan dalam detik 3, 2, 1.. Lina pengsan.

 

“Song Lina!!!” Kai menjerit panik membuatkan seluruh mata memerhati kearah mereka berdua. Naeun yang melihat kejadian itu pun segera berlari mendapatkan Lina bersama-sama Taeyeon, ibu muda yang merupakan seorang doktor itu.

 

“Kenapa ni, Jongin?!” Naeun cepat-cepat mendapatkan Lina. Taeyeon pun. Mereka semua terus membawa Lina ke hospital yang berdekat atas nasihat Taeyeon. Dan mengingatkan Lina yang tidak sedarkan diri, mesti ada sesuatu yang berlaku.

Taeyeon membuat spekulasi.

 

Suasana diluar bilik rawat Lina agak kelam. Kai tak sangka pula kejadian seperti ini akan berlaku dimajlis ulang tahun kelahiran Jongup. Dan ini pertama kalinya Kai dapat nampak Lina tidak berkaca mata secara terus setelah peristiwa di Master Art tempoh hari. Tapi kenapa semuanya jadi sebegini?

“Mesti Lina dah termakan kek tadi kan, Jongin?” tanya Naeun memulakan bicara.

 

“Rasanya Uppie ada suapkan Lina tadi.. Kenapa ye?” Kai merenung Jongup yang tidur didalam pelukan Naeun pun pelik dengan pertanyaan yang dilontarkan gadis itu.

 

 

“Sebenarnya Lina sukakan berri, tetapi sayangnya dia alergik dengan semua jenis berri kecuali satu...”

“Kecuali?” Kai mengangkat keningnya sedikit.

 

“Kecuali Strawberi..” Sambung Naeun menyentakkan perasaan Kai. Lips balm yang di’curi’nya tempoh hari digenggam erat, lalu genggaman itu diciumnya sekilas.

 

No wonder lah, dia obses dengan Strawberi.

.

.

.

Bersambung..


 

16 pages. sebab saya dapat 16 votes ^^

Oh ya, masih mengambil scene dari "Speak Now" untuk tunjuk flashback bagaimana Lina sukakan Kai dan scene di Kopitiam pula diambil dari "of Vans and Converse All Star". [[credit to : fixi_baby]]

See ya :)



Bonus:

//Scene Lina tiba-tiba collapse//
 

-LovelyIna.


p/s : Doakan yang terbaik ya EXO stan :') Selamanya! Kita adalah satu...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae