Chapter 6

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 6 

Beg sandang bodyglove yang tersangkut dibahu itu pun dilepaskan Lina ke sofa. Ya! Dia kini dah berada dirumah, bukan lagi ar-Rhaudah dan bukan juga rumah orang tuanya. Lina kini dirumah bujang miliknya sendiri yang dibayarnya bulan-bulan menggunakan duit peninggalan dari halmae-nya setelah halmae meninggal dunia setahun yang lalu. Sejak peristiwa yang berlaku pada hari Exhibition, Lina dah tak pulang ke ar-Rhaudah. Bukan apa, dia tak mahu bertemu mata dengan Kai lagi. Dia marah. Marah sangat sebab Kai dah hilang rasa hormat pada Abang Alan.

 

Lina dengan Abang Alan bukannya ada apa-apa hubungan yang istimewa pun. Lina dah anggap dia macam abang Lina sendiri. Since Lina takde abang, apa salahnya kan? Abang Alan jadi abang Lina? Syim pun tak kisah! Kai pulak yang melebih, dah kenapa?.. Bibir strawberi itu dimuncungkan sedepa.

 

Dengan dirinya yang masih berhijab dan lengkap berpakaian kemas selepas pulang dari kuliah, tubuh mungil gadis itu dihempaskan kuat pada katil.

 

 

“Ahh...” Lina mendesah lega. Tilam empuk itu sudah cukup menghilang lenguh-lenguh dibadannya. Pandangan gadis itu dibiarkan kosong sambil merenung ceiling, sesekali fikirannya beralih pada Kai.

 

 

 

Naeun cakap Kai cemburu...

 

Kai cemburu pada Abang Alan?

 

 

Pipi Lina sudah pun wujud semburat merah tanda malu. Kini kedua-dua belah tangannya ditelangkupkan pada muka. Malu! Malu!!! Lina bergolek-golek diatas katil bersaiz queen miliknya ke kiri dan ke kanan sambil menjerit pada bantal, lagak seorang fangirl tengah meroyan. Cadar bercorakkan karakter kartun Strawberry Shortcake pun dah bersepah ke mana-mana.

 

 

 

Lebih kurang 3 saat selepas itu, Lina berhenti. Bantal yang menelangkup mukanya itu pun dilempar ke tepi.

Yakk Lina! Bukan ke ini yang kau nak? Tengok Kai cemburu macam apa yang dia buat dulu pada kau? Desis hati Lina sendiri.

 

 

 

 

Macam dulu?

 

 

 

 

Macam mana cemburu dengan semua perempuan yang tergedik-gedik dengan Kai dulu??

Hmm, lalu entah bilalah dia sudah berada di dalam kenangan masa lalunya......

 

 

Kenangan dimana dia, Song Lina. Cik Secret Admirer Encik Playboy..

 

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

Kisah ni semua bermula sejak awal semester 2 tahun lepas, difakulti Art & Design, dimana pertama kalinya Cik Strawberi bertemu dengan Encik Playboy.

 

 

 

Cermin mata bingkai besar ugly betty miliknya diperbetulkan sedikit sebelum Lina kembali mengangkat semua buku-buku yang ingin disusunnya diatas rak. Haa! Ini lah rutin harian Song Lina iaitu lepak dalam library pada waktu rehat. Bukan lepak sangat lah, dia sebenarnya suka tolong Abang sepupunya Jung Yonghwa yang merupakan seorang librarian disitu.

Ditambah pula Lina memang sukakan buku, jadi bab-bab mengemas dan lepak sehari suntuk dengan buku? Takde hal lah bagi dia...

 

“Lina, buku ni semua Lina susun dekat rak hujung sekali tau.. Jangan tertukar pulak okey?” Yonghwa tersenyum manis lalu kepala adik sepupunya itu diusap lembut.

 

“Baik boss!” Tabik.

 

Sedang Lina mengangkat sejumlah buku yang dikira tinggi paras batang hidungnya itu membuatkan pandangan gadis mungil ini terbatas, lalu langkah kakinya pun tersadung sesuatu menyebabkan semua buku yang dibawanya jatuh bertaburan.

 

BUKKK! BUKKK! BUKKKKK!

Lebih parahnya lagi. Buku-buku tu semua terjatuh atas seseorang.

 

 

 

“Adoiii!! Mak oii, sakitnya...” Erang satu suara. Eh? Lelaki..

Lelaki pun nak merengek macam tu sekali ke?

 

Lah, rupanya tadi Lina tersadung kaki lelaki ni. Ya! Dia melunjur kaki sambil bersandar pada rak buku ni. Teka apa yang dia buat? Haa! Bingo..

Dia tengah tidur.

 

“Ahh! Sorry.. sorry!!” Lina segera mengusap-usap lembut kepala lelaki itu sebelum lelaki itu bangun dan berlalu pergi. Tapi sebelum tu, sempat juga dia mendengus.

 

 

 

“Aish! Orang nak tidur pun tak senang... Nasib baik perempuan.. kalau tak.... Aih!” Lelaki itu membebel perlahan sambil langkah diatur. Sebelah tangan masih mengusap kelopak mata yang masih tertutup dan sebelah lagi  dibiarkan mengusap kepalanya sehinggalah langkah lelaki itu pula berhenti setelah namanya dipanggil dari jauh.

 

 

 

 

 

“Kai!!”

 

DEGGG! Jantung Lina berdetak laju apabila nama itu diseru.

 

Kai? Ya. Lina tahu pasal lelaki ini. Malahan bukan dia saja, rasanya satu fakulti tahu nama Kim Kai.. Oh kemon, Siapa tak kenal Kim Kai? Budak tahun satu paling hensem dalam jurusan Art & Design. Playboy cap ayam yang kononnya hebat, dan budak nakal yang selalu buat assignment tip top tu?! Siapa tak kenal dia....

 

 

 

Oho, Jadi itu lah Kai? Senyuman senget dipamerkan diwajahnya.

Hahah.. Ni ha orang yang baru kenal dia. Song Lina, Geek Art & Design. Sebelum ni dengar nama ja kan? Tak aci!! Ha, Sekarang dah nampak muka! Baru dah kenal...... kekeke..

 

 


 

Kuliah hari ni berakhir diawal waktu kerana Dr. Yongguk ada urusan yang tidak dapat dielak. Lee Jay pun apa lagi? Bersorak girang lah gadis yang berasal dari Amerika Syarikat tu.

Kelas habis awal kot? Gila tak happy.. Ngee!

 

 

 

“Jay, kau tau tak pasal Kai?” Lina tiba-tiba bertanya. Acewah! Sejak bila ni, Song Lina minat nak bertanya pasal lelaki. Wahh! First time ni! First time!!!

 

 

 

“Budak hitam kawan Pendek tu?” Dalam erti kata lain, Jay cuba nak cakap macam ni ‘Kai, si budak berkulit hitam manis, kawan si Baekhyun tu?’

Tapi maaf, Jay memang cakap tak berlapik. Memang padan lah dengan gelaran yang Baekhyun berikan padanya. ChilliJay!

 

 

 

 

“Ha’ah”

 

“Kenal! Kenapa? Kau suka dia eh? Huh? Huh? Huh? Alalala.. Lina! Baik kau mengaku, kau suka dia kan?!” Sekali lagi Jay dah mula menyakat. Bahu Lina dicuit berkali-kali sampai merah padam muka Lina masa tu. Jay ni pun satu, hyper sungguh.. Suara dah lah kuat, habis semua orang dengar.

 

 

“Eh tak!! Takde lah.. Lina just.. Lina.... tak nampak pun muka dia macam playboy.. baik je..” Perlahan je suara Lina, tapi cukup didengari oleh Lee Jay. Senyuman pun kembang dibibirnya lalu bahu Lina disentuh lembut.

 

 

“Oh kemon darling! Lina, Kau terlalu inosen untuk dunia yang kejam ni..”

 

Lina tidak membalas sebaliknya, kepalanya ditundukkan sedikit.

Kenapa Lina nampak sedih? Sebenarnya dia dah terjatuh suka pada Kai. Tapi, kawan baiknya Jay sendiri yang cakap Kai tu tak boleh dipercaya. Hmm, monyok lah muka Lina.

 

 

 

“Kau nak tengok perangai playboy dia sangat kan? Haa! Cuba kau tengok sana...” Jay menunjukkan jarinya tepat kearah Kai yang sedang mengusap-usap lembut telapak tangan seorang gadis dihujung koridor sebelum sampai dewan Kuliah. Kening Jay diangkat sedikit tanda bangga yang selama ni dia bawa berita yang sahih pasal Kai. Kai memang playboy! So, tolong lah percaya Lina!!!! Batin Jay bersuara.

 

Hampir jatuh rahang Lina setelah tak sampai beberapa minit gadis itu pergi, ada pula yang datang padanya lagi. Kali ini gadis ini terus memeluk pinggang dan leher Kai kemas.

 

 

Kai pula? Tak pernah lekang dengan senyuman.

Entah ayat apa pula yang digunakannya untuk merayu hati gadis itu.

 

 

Haaaaaah! Keluhan berat keluar dari mulut Lina lalu Lina pun membuat muka jelik. Pura-pura yang dia rasa biasa apabila nampak Kai sebegitu mesranya pada gadis-gadis tadi. Padahal dalam hatinya? Sungguh! cuma Tuhan saja yang tahu.

 

 

 

“Well! Aku mengaku tadi, aku sempat jatuh hati pada dia.” Lina tiba-tiba buat confession maut depan Jay. Apa lagi? Mata Jay terus membuntang. Jay membuat muka ‘kau-biar-betul?’ pada Lina.

 

 

Lalu Lina dengan singapnya membalas.

“Tapi sekarang tak lagi!! Arghh! Aku buta ke nak suka pada playboy? Oh, Playboy nae style aniya....” Hahahah! Dia tipu. Lina cepat-cepat pergi meninggalkan Jay seusai dia berkata itu.

Kemon lah! Semua orang tahu dia menipu...

 

 

 

 

“Aih, Lina.. Lina..” Jay cuma menggelengkan kepala melihat reaksi Lina sebentar tadi, sebenarnya Jay sengaja nak tengok Lina je, last-last mengaku jugak budak Strawberi ni! Hahah.. Tapi Lina, sikit punya ramai budak AD.. Kenapa kau perlu suka pada dia?

Pelik betul!

 

 

 

Sejak dari saat itu, Lina memang tak suka tengok Kai. Nampak Kai di tepi koridor pun, jangan harap lah dia nak beralih. Tunjuk muka? Heh! Boleh jalan.. Dia sebenarnya cuba tutup perasaan dia jauh-jauh dari hatinya.

Oleh itu, dia cuba membenci Kai.

 

 

Sehinggalah satu petang..

 

“Abang! Abang!! Uppie pandai main!” Sengih kanak-kanak itu lagi, Padahal Abang dia yang tolong tolakkan deck perlahan-lahan. Tak lupa jugak, Abang dia yang peluk tubuh kecil itu untuk memberikan keseimbangan. Ahah, Lina tersenyum sendiri melihat tingkah comel dua beradik itu.

 

 

 

Hmm, Siapa lelaki tu? Macam aku pernah nampak...

 

 

 

Lina mengelipkan matanya berkali-kali apabila dia merasakan kurang percaya dengan pandangan dihadapannya itu.

 

 

 

“What?! Takkan lah!!! Kim Kai.. Si Playboy grafik tahun satu tu.. Tak mungkin!” Lina tidak percaya. Bukan dia tak pernah nampak Kai keluar dengan banyak perempuan, dan tambahan pula diorang berdua kan satu kuliah.

 

 

 

 

Tak mungkin abang penyayang ni adalah si Playboy tu!! Lina menafi lagi.

 

 

 

 

 

“Boleh je. V nak main jugak?” Lina melihat Kai menyoal adik sahabat baiknya itu. Ahh, Lina nampak Baekhyun pun ada disini tadi. Tapi entah kemana pula lelaki itu pergi ketika ini. Tinggallah Kai seorang diri jadi pengasuh dua budak comel.

 

 

 

Tak. Tak mungkin Kai.....

Memang pada mulanya Lina tak percaya, tapi apa boleh buat lagi? Dah memang hakikat. Hmm, Terima je lah Lina...

 

 

 

Dan itu lah detik pertama dia jatuh cinta..

Sekeras mana pun hati Cik Strawberi ni, akhirnya kalah juga dengan sifat penyayang Encik Playboy.

Playboy, playboy jugak... Tapi Kai istimewa, sebab dia Abang mithali!

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

“Naeun.. Kau tak nak ikut aku ke? Please...” Lina memuncungkan mulutnya apabila ini sudah masuk kali ke-15 dah dia cuba pujuk Naeun untuk ikut bersama dalam Fieldtrip untuk kelas Illustrator. Kain baju yang dilipat pun sudah sedia nak dimasukkan kedalam beg galas.

 

Nak pergi lawatan kot! Dia tengah packing barang lah ni.

 

 

 

“Sorry Lina.. Aku ada hal lah hujung minggu ni, lagipun dah masuk awal tahun.. Ramai budak-budak yang dah mula mendaftar masuk Pusat jagaan Islam ar-Rhaudah ni.. Akhi pulak ada final exam, so aku je lah yang ada untuk urus semua ni.”

 

 

 

“Habis? Takkanlah aku nak pergi Jeju tu sorang-sorang? Huwaa!!” Lina dah mula buat-buat meraung.

 

“Jay mana jay?” Tanya Naeun menghentikan drama pendek mereka itu, sekaligus mengubah topik perbicaraan.

 

Mulut Lina terus muncung apabila diungkit nama Jay.

 

 

 

“Jay? Dah 3 hari dah menghilang, tup tup aku dapat tahu dia dah ada kat US. Tu pun lecturer yang kasi tau, kalau tak.. sampai sekarang aku tak tahu Jay pergi mana.. Bukan tahu nak contact aku Jemah sorang ni.”

 

 

 

“Lahh! Kesiannya kau Lina...” Naeun mula menunjukkan riak simpatinya pada sahabatnya yang seorang itu. Bukan Naeun tak nak teman, tapi macam yang dia cakap lah, ar-Rhaudah macam mana?? Naeun bukannya ada duit macam Lina, biaya pelajaran pun dia tanggung sendiri dengan bekerja macam ni. Memang lah Keluarga Kim, sepupunya ada untuk membantu, tapi takkan setiap kali masuk semester baru nak kena mintak duit kat mereka kan? Mana lah nak letak muka Naeun ni..

 

 

“Tau tak pe..” Fieldtrip ke Jeju. Untuk kelas Illustrator Dr. Yongguk. Hmm, bukan Lina nak pergi sangat pun, tapi dah nak buat macam mana lagi, dia ada pegang jawatan besar dalam Kelab grafik. Lagi satu, Lina jugak salah seorang pelajar harapan, so.. Memang sah lah Dr. Yongguk nak Lina join trip tu.

Ahh, kalau ikutkan hati, memang tak lah Lina nak pergi. Bukan apa, dia tak ada kawan....
Lagi pun trip ni bukan wajib.

 

Yang join trip tu kebanyakkannya lelaki, dan kalau ada perempuan pun, geng-geng minah gedik je semua. Nak ajak berkawan, huh! Baik Lina sembang dengan dinding..

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Ahh! Seperti yang Lina agak lah, memang trip tu bosan gila nak mati! Dah lah yang pergi trip pun semuanya pelajar yang ‘bermasalah’. Maksud Lina bermasalah disini adalah... Diorang ni semua ada perangai yang menjengkelkan.

 

Urgh! Sumpah menyesal datang!

 

 

Tengok lah macam malam BBQ ni

 

“Awak... Tolong suapkan kiter, pweaseee??” Bang Min Ah dah mula membuka mulut mengharapkan Kai yang duduk disampingnya untuk menyuapkan daging bakar ke mulut gadis itu. Tahu lah adik Dr. Yongguk... Tapi, annoyed much!!

 

Kai apa lagi? Perempuan cantik memerlukan bantuan abang? Meh sini meh sayang....

 

“Say ‘Aahhhh’....” Kai perlahan-lahan menyuap daging bakar itu lalu selamat masuk ke mulut Min Ah. Kedua-duanya pun mula tersenyum. Seorang senyum gedik, dan seorang lagi senyum gatal! Bagus! Bagus sangattt!!!!!!! Huh!

 

 

 

“Comot lah awak..” Kai menegur lalu singgap tangannya mengelap bibir Min Ah yang comot sedikit.

 

Lina yang masih lagi membakar daging sambil melihat drama geli kedua manusia itu pun terus mengepalkan tangannya membentuk penumbuk.

Geram!

 

 

 

 

“Eiiii! Gediknya perempuan tu!!!!!!!!” Batin Lina menjerit. Tapi apakan daya, dia sedar dia siapa, sedangkan Kai sendiri pun tak pernah sedar kewujudan dia.

 

Yakk! Song Lina, berhentilah berharap... behentilah berangan....

 

 

 

 

 

Lelaki macam dia.. Pandang aku ke?

 

 

 

Nafas Lina dihembus kuat lalu dia segera menjulingkan matanya ke atas.

 

Ahh! Malas ambil tahu..

 

 

 

 

“Awakkkk!!! Jari kiter.... sobs..” Min Ah sengaja merengek. Nak tarik perhatian Kai lah tu. Tapi betul! Bukan setakat Lina je yang dah menyampah. Chen dengan Baekhyun, sabahat baik Kai sendiri pun dah naik jemu dengan drama geli tu. Masing-masing menjulingkan mata ke atas lalu beransur pergi dari situ.

 

“Kenapa? Jari awak kenapa??” Kelam kabut suara Kai. Cett! Bajet prihatin pulak laki ni! Cucuk dengan batang kayu BBQ ni kang! Urghh!!! Lina mendengus lagi.

 

 

 

“Jari kiter... kena gigit nyamuk.......nih.. tenok nih..” Min Ah memuncungkan bibirnya dengan muka mengada. Matanya dikelip kan berkali-kali sambil merenung dalam mata Kai.

 

 

 

 

Kena gigit nyamuk mengada macam tu? Uwekkk!! Jom muntah... Sedang Lina leka berlawan dengan perasaan, dia tak perasan langsung api perlahan-lahan dah mula marak pada pemanggang. Serentak dia sedar apabila api dah mula marak besar. Cawan kecil yang dia sangka berisi air itu segera dicampakkannya kedalam api.

 

 

 

“Lina! Itu minyak!!!!” Terdengar satu jeritan, tapi malangnya semua tu dah terlambat..

 

“Aaaaaaaaaaaahhhhhh!!!” Lina menjerit apabila api menyambar telapak tangannya sedikit. Mujur lah ada tangan yang sempat menariknya jauh dari tempat pemanggang. Kalau tak? Tapi pasal-pasal Lina jadi daging panggang spesis baru.

 

 

Tangan Lina bergetar menahan pedih. Muka putih mulus itu pun dah penuh dengan arang dari api yang menyambar tadi.

Tak tertahan, akhirnya air mata gadis itu jatuh juga ke bumi.

 

“Awak? Awak okey ke? Awak tak apa-apa kan??” Tanya satu suara yang membuatkan Lina tak berkelip dari tadi.

 

K-KAI?

Kai yang tarik aku tadi? Tapi... tapi..... bukan dia ada dengan Min Ah ke? Hati Lina berkata.

 

 

 

“Tangan awak cedera ni!! Kejap ye, Baek!!! Panggilkan team medik.. Ada orang melecur ni..” Kai menjerit lagi. Tangan Lina masih dipegangnya erat lalu perlahan-lahan Kai usap dan tiup sedikit udara dari mulutnya dikawasan yang melecur. Kononnya, Nak tolong kurang kan kesakitan lah..

Kurang lebih 5 minit, Team medik segera merawat luka yang dihadapi Lina itu. Tak parah sangat pun, tapi cukup sakit lah untuk Lina mengangkat barang. So, sejak dari itu, Lina diberikan rehat dari melakukan sebarang aktiviti.

 

 

Kai? Dia tak kenal pun siapa Lina.. Yang dia tahu dia nak tolong orang... Yang dia tahu, dia tolong perempuan....

Lagipun muka Lina penuh arang masa tu, manalah Kai dapat cam. Kai kan pandang perempuan cantik dan seksi je. Siapa lah Lina ni kan?

 

 

Fieldtrip di Jeju berakhir macam tu je. Sebab selepas peristiwa disambar api tu, Lina dah tak jumpa lagi dengan Kai. Dr. Yongguk ada cakap yang Kai terpaksa balik dulu sebab ada masalah dengan keluarga dia. Dengan cerita adik dia tak sihat..

So, cerita fieldtrip yang asalnya tiga hari dua malam dengan Kai, Opps! Bersama dengan beberapa orang budak AD tu berakhir disitu saja lah..

 

 

 

~(Strawberry Crush)~

 

 

 

Diari comel berwarna pink itu pun ditutup lalu dibiarkan diatas meja tulis. Segala ingatan pasal Kai dan fieldtrip tu diimbas kembali oleh Lina disebabkan diari ni lah. Diari yang menyimpan seribu satu rahsia dirinya. Baik keluarga, Sahabat mahupun Cinta.

 

Semuanya ada tertulis dalam diari tu.

Kalau hilang, Mahunya menangis tujuh hari tujuh malam lah Lina...

 

 

Perutnya dah mula berkeroncong. Wahh! Anak-anak cacing dah lapar ye Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian. Aih.. Menyesal pulak tipu Kai cakap dia puasa hari ni. Kalau tak, dah dapat dah dia makan strawberi segar dari ladang...

Hmm, Tak pe lah.. Yang penting Kai dapat ‘pelajaran’ sikit.

 

 

Memang Lina dapat ingat dengan jelas muka Kai lepas dia kembalikan bungkusan Strawberi tu. Muka dia masa tu? Wahahahha! Sumpah lawak..

 

Kriukkkkk....

 

 

 

 

“Ahh, lapar..” Perut rata itu diusap, lalu kakinya laju melangkah ke dapur.

 

 

“Ahh.. mwoya...” Keluhan dilepaskan tanda kecewa. Mana taknya, dalam peti ais ada tiga biji telur je? Sayur pun tak de. Lauk-lauk lain? Ha.. Lagi lah....

Lina bukannya selalu ada dirumah pun, sebab tu lah barang dapur dalam rumah ni jarang ‘diisi-semula’. Kalau habis tu, habis lah.. Lina kan selalu lepak kat ar-Rhaudah, tapi kali ni? Huwaa! Tak boleh jadi. Nak tak nak dia kena juga keluar pergi beli.

Menyelamatkan anak-anak cacing dalam perut ni lebih penting dikala ini sebab baru dia teringat, penderita gastrik macam dia ni mana boleh makan tak teratur.

Buatnya dia pengsan? Sorang-sorang pulak tu kat rumah ni??

Hah sudah! Baik dia pergi beli makanan dulu.

 

 

 


 

Lina pulang dari pasar raya dengan membawa dua buah beg plastik berisikan sayur-sayur dan sedikit barang dapur. Cukup lah untuk meniti hari-hari bujang dia dalam seminggu ni.

Kini langkahnya diatur menyelusuri taman yang agak meriah dan ramai orang.

 

“Kejap! Itu....” Mata Lina membuntang setelah melihat dua jejaka yang dia kenal sedang duduk berdua tapi masing-masing berdiam. Setelah dilihat semula, baru Lina perasan, langkah kakinya dah membawanya sampai ke sini? Ke Taman tempat budak-budak skates ni buat gila! Mana lagi kalau bukan Skates Park!

 

Apa yang Kai dengan Abang Alan bualkan tu? Lina dah mula tak senang duduk, tanpa lengah, dia segera bersembunyi lalu memasang telinga.

 

Nafasnya di hembus perlahan lalu matanya membuntang.

 

“Hey Akhi..” Kai tiba-tiba bersuara.

 

 

“Ada apa Kai?”

“Aku nak mintak maaf.. pasal minggu lepas..”

 

DEGGG!! Kai minta maaf. Woohoo! Patut catat tarikh bermakna ni! Bukan senang seorang Kim Kai, nak minta maaf. Ikhlas pulak tu...

Sumpah Lina rasa nak menangis. Lalu secara tak langsungnya Lina maafkan Kai atas semua yang terjadi.

 

 

Tak sangka, Kai baik juga ya?

 

 

 

“No hal lah, Aku dah lama maafkan.. Jangan fikir sangat okey?”

 

Kai sekadar mengangguk, tapi..

“Erm.. Selain tu, aku ada satu lagi....”

 

 

Mata Lina yang berair sedikit dihapusnya cepat lalu dia tersentak. Apa yang cuba Kai cakap ni? Tolong jangan buat gila Kai!!

 

“Hal apa?” Kali ini Azlan pula yang tak sabar ingin tahu.

 

 

“Hal Lina, Akhi.. We need to talk!”

 

Sudah! Apa lagi lah yang Kai nak buat ni? Abang Alan... Tolong, jangan keruhkan keadaan.. Tolong.. Lina cuma boleh berharap, tapi.........

 

“Ouh, hal Lina? Okey, kita perlu ‘bersembang’ panjang pasal ni.. Man to man...” Senyuman terukir dibibir Syaiful Azlan, begitu juga dengan Kai.

 

“Okey siapa takut? Deal! Man to man..”

 

 

 

Habis. Hancur harapan Lina.. Kalau lah ‘man to man’ yang mereka berdua maksudkan berakhir dengan satu ‘pertempuran’? Sumpah Lina tak tahu nak buat apa...

 

 

 

Kenapa semuanya jadi macam ni?

 

 

Kenapa?

.

.

.

Bersambung.. 


 

Chapter boring kan? luls! Chapter ni just nak cerita macam mana Lina suka Kai. Tapi kesian, Kai sikit pun tak sedar dia wujud -.-

Okey, imbas kembali masih lagi di diambil dari "Of Vans and Converse All Star" dan fieldtrip ke Jeju di ambil dari "Speak Now"

Both by fixi_baby. [[Credit to her.]]
 

 

 


Lina pun rindu Kai, Acewah! ><"

-LovelyIna.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae