Chapter 4

Strawberry Crush [Side Story of Vans and Converse All Star : Kai version]

Chapter 4

 

Cuma bunyi deru dan tiupan angin yang memenuhi suasana ketika itu. Okey Song Lina, kau dah kantoi. Lina masih menundukkan kepalanya tanpa sedikit pun memperdulikan kehadiran Kai disampingnya.

Masing-masing tidak bersuara.

 

 

“Err.. Lina.. err.. Sini aku bawakan Uppie masuk jumpa Kak Jannah, Jay tolong aku!” Naeun segera mendukung tubuh kecil Uppie sambil dibantu oleh Lee Jay.

 

“Jongin, aku bagi green light ni.. Sembang lah dengan dia.” Sempat juga Naeun berbisik pada Kai sebelum dia dan Jay sama-sama membawa Jongup masuk.

 

 

Awkward!

 

 

“Erm, Maaf...” Serentak Kai dan Lina berkata, Mereka berdua sama-sama memulakan bicara. Ahhh! Kenapa keadaan jadi kekok sangat ni??!
Sedangkan Kai tersenyum malu-malu, lalu menggaru sedikit belakang lehernya. Sumpah awkward gila dua orang ni!

 

 

It’s okay lah..” Lalu Kai ketawa. Kai tahu, mesti Lina minta maaf pasal tadi. Tak pe lah, aku tahu dia malu. Sumpah perempuan ni comel kot! Selalunya, takde perempuan yang malu dengan aku, menggedik lagi adalah... tapi dia ni lain.

“Hmm..”

 

 

 

 

“Adeh! Failed failed!! Lina failed! Kenapa lah aku dapat kawan macam ni?” Jay dah mula memegang kepalanya, tanda kecewa. Habis segala keluhan dilepaskan olehnya. Aih! Biar Lina sorang-sorang kat situ dengan Kai? Mati kebosanan lah laki tu.. Dan sekarang teka apa yang Lee Jay dengan Naeun buat? Of course la diaorang berdua ni mengendap. Tunggu lagi? Mana tahu kan, ini adalah permulaan untuk Lina... Haa, kan semua orang dah dapat bau nasi minyak sekarang ni...

 

Suara kekecewaan Lee Jay yang hampir serupa dengan Baekhyun itu pun didengari oleh Kai dan Lina, lalu kedua manusia itu berpaling kearah dua orang gadis itu.

Naeun segera menerkup mulut Jay dan menarik gadis itu tunduk, sebelum gadis itu membuat bising lagi. Aih, Mujur lah ada tembok disitu, ada juga lah tempat mereka bersembunyi.

 

 

“Shh... Jangan lah bising, nanti kantoi dengan diaorang, Kita tengok je lah dulu Jay.” Bisik Naeun memberikan amaran pada Jay.

 

Jay mengangguk. Dia pasrah. Aih, nasib kau lah Kai.. Kawan aku sorang ni memang slow sikit. Aku doakan kau tak bosan sudahlah..

 

 

 

 

Kai yang menyedari ada semburat merah dipipi Lina segera mengapai tangan gadis itu lalu ditariknya menjauh dari tempat tadi. Mereka perlukan privasi.. err.. sedikit..

 

 

“Err, Jom duduk sana kejap?” Kai masih menggengam tangan Lina erat lalu membawa Lina ke sebuah kerusi panjang, tempat budak-budak di Pusat jagaan Islam ar-Raudah lepak untuk bermain petang-petang.

 

 

“See? Jay!!! Ni semua pasal kau lah.. Kan diorang dah lari.” Naeun memarahi Jay sebab setelah kedua gadis itu bangun untuk sambung aktiviti ‘mengendap’ kedua manusia merangkap sahabat mereka itu, Kai dan Lina masing-masing sudah hilang dari pandangan. Naeun mendengus kuat. Marahnya pada Jay masih lagi tak hilang. Jay sekadar tersengih. Hihihi.. Dia tahu, Naeun takkan marah lama-lama punya. Peace!

 

 

 

Berbalik kepada Kai dan Lina.

 

“Kita tak pernah berkenalan kan?” Sambung Kai lagi. Kedua-duanya tangan dibiarkan dibelakang kepala, untuk dibuat alas dikepala.

 

“Hmm.. Saya Song Lina, kita satu kuliah.” Ucap Lina lalu memperkenalkan dirinya.

 

 

“Saya tahu... and i’ll bet, you’re also know my name.” Senyum. Sumpah, semua gadis cair beb dengan senyuman tu.

Lina sekadar mengangguk.

 

“Tak payah panggil ‘Kai’ tau, awak panggil Jongin okey? Sebab awak special!” Kai tersenyum lagi lalu merenung dalam wajah Lina yang terlihat sedikit terkejut.

 

 

 

“Saya? Special?” Jari telunjuk Lina menunjukkan kearah dirinya sendiri. Dia terkejut dengan pernyataan itu.

 

“Ha’ah, sebab.......” Kai sengaja tidak menghabiskan kata-katanya, sebaliknya dia menolak Lina laju untuk baring pada kerusi panjang itu. Terjerit kecil gadis itu, namun segera Kai meletakkan jarinya dibibir Lina, memberi isyarat untuk gadis itu diam. Kai sedikit menunduk, menghapuskan jarak diantara mereka.

 

Lina tak tahu harus berbuat apa. Sumpah, sekarang pandangannya kabur.

Diingatkan lagi, dia rabun.

 

 

 

Apa Kai nak buat ni? Opps! Apa Jongin nak buat ni?

 

 

“Sebab awak dah ‘pinjamkan’ saya, bibir Strawberi ni... Saya janji, saya akan pulangkan balik nanti..” Kai sempat menyentuh bibir Lina dengan menggunakan ibu jarinya, diusapnya lembut bibir itu, dan pandangan Kai tak lekang dari bibir Strawberi milik Lina lalu dia mengigit kecil bibir bawahnya sendiri tanda menahan rasa geram. Geram! Lama dah Kai geram dengan bibir tu, kalau boleh, memang dia nak terkam bibir tu. Tapi.. Sabar kejap Kim Jongin, permainan baru bermula. Lalu secepatnya Kai mengurungkan niat nakalnya itu dan segera berdiri.

 

DEGGGG! Jantung Lina hampir tercabut. Kai sentuh bibir aku?

 

Apa maksud dia buat semua ni?

Lina segera membetulkan kedudukannya kembali, dia masih lagi terpinga-pinga setelah apa yang terjadi, sedangkan Kai? Lelaki itu dah lama berdiri lalu mengaturkan langkahnya pergi.

 

 

“Bye! Saya datang lagi malam nanti.. Tolong jagakan Uppie okay Lina?”

 

 

Lina tersentak, dia membalas Kai dengan memberikan anggukan dan lambaian balik kepada lelaki itu. Kai cuma tersenyum kecil melihat tingkah Lina. Comel sangat!

 

“Oh ya! Song Lina!!” Panggil Kai dari jauh.

“Eh?”

 

 

“Awak cantik bila berhijab..”

 

“..tutt...............” Sila bawa Lina ke hospital sekarang. Dia dah mati. Mati disebabkan kata-kata Kai sebentar tadi. Kai puji aku cantik? Kyaaaaaaaaaa!!!!

 

 

“Assalamualaikum..” Tiba-tiba ada suara gadis menyapa Lina, bahunya disentuh lembut lalu gadis itu tersenyum.

Lina tersentak, dia berpaling dan segera menundukkan diri sedikit tanda hormat.

 

“Annyeong? Song Lina imnida..”

 

 

“Eoh? Awak bukan muslim ke? Maaf.. maaf, saya tegur awak dengan ‘Assalamualaikum’ sebab awak berhijab.” Sambung gadis itu lagi, lalu segera dia meminta maaf.

 

“Ehehe, Takpe lah.. ni sebab kawan-kawan saya.. Nama awak?”

 

 

 

“Jeon Syim.. Panggil Syim je.” Gadis yang dikira sebaya dengan Lina itu segera menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Lina pun apa lagi, terus sambut.

 

“Ahh, Panggil saya Lina! Best dapat kenal dengan awak..” Senyum. Manis je dua orang ni.

 

Syim yang sedang membawa satu bungkusan plastik berisi sayuran dan lauk itu pun segera meletakkan plastiknya ketepi. Mata Lina liar je tengok, perlukan pertolongan ke? Nampak macam berat...

“Nak saya tolong ke?” Lina menawarkan diri untuk membantu, namun gadis itu cuma dibalas dengan gelengan perlahan.

 

 

“Eh, awak selalu datang sini ke? Kenapa saya tak pernah nampak...” Tanya Lina lagi. Lina memang macam ni, kalau dengan orang yang tak pernah dia jumpa, memang ramah. Tambah-tambah pula perempuan, tapi kalau orang tu lelaki? Hmm, mintak maaf lah. Lina terus jadi pendiam. Macam dengan Kai tadi lah....

 

“Saya adik Akhi Azlan.. Saya baru je dekat sini...”

Wahh! Adik Akhi rupanya!!!  No wonder cantik!! Sempat Lina memuji dalam hati sebelum ada suara yang memanggil namanya.

 

 

“Lina!!” Panggil dua sahabat itu, siapa lagi kalau bukan Naeun dengan Lee Jay.

Dua orang gadis itu pun mendekati Lina dan Syim lalu salah seorang dari mereka memeluk bahu Lina erat.

 

“Eh, Naeun.. Jay.. Korang kenal Lina?” Syim yang melihat situasi itu mula rasa pelik.

 

 

“Lina ni kawan baik kitaorang.. And Syim! You’re a part of us! Kitaorang ingat nak kenalkan kau dengan Lina esok, sebab esok kau baru mula kuliah.. Tapi,dah korang jumpa dulu kat sini.. Senang lah keja, tak yah susah-susah nak kenalkan.” Jelas Jay ringkas, namun sudah cukup untuk menerangkan apa yang berlaku. Yup! Syim pelajar baru. Esok baru dia mula kuliah.

 

“Eh, Syim budak Art & Design jugak?” Mata Lina membuntang.

 

 

“Yup!”

Oh yeah! Means, dapat kawan baru lagi!! Lina dah mula melompat,

“Yehet!!! Dapat kawan baru!!!” Bukan sekadar kawan baru, adik Akhi Azlan kot!! Wahh, mesti best nanti..

 

Baru  beberapa jam saja kenal dengan Jeon Syim, Song Lina dah rasa macam kenal lama dengan adik akhi Azlan ni.

 

“Syim..” Satu suara mengejutkan sekumpulan gadis itu yang sedang berbual rancak.

“Ye abang.” Sahut Syim. Ya, suara tadi datang dari Akhi Azlan. Azlan yang berdiri dari atas balkoni tingkat dua bangunan Pusat Jagaan itu pun segera berkata...

 

“Ajak kawan-kawan tu tolong sediakan iftar lepas waktu Asar nanti, okey?” Sambungnya lagi.

 

“Baik abang.” Syim akhiri katanya dengan tabik spring pada sang Abang, lalu sambung dengan perbualan mereka. Gelak tawa pun tak lekang dari bibir, Aih! Entah apa lah yang mereka bualkan, Itu lah perempuan... Azlan langsung tak paham.

Sedangkan semua mereka leka dengan gelak tawa, Azlan tiba-tiba menegur
“Eh? Lina??”

“Ye Akhi..” Lina segera mendongak.

 

 

“Lina berhijab? Subhanallah..” Puji Akhi Azlan pada gadis itu, Lina pun apa lagi, terus pipi dia merah. Jangan mulakan! Tolong jangan mulakan...

 

 

“Cantik kan dia abang? Boleh jadi calon akak ipar Syim tak?” Syim bergurau.

 

“Aip Syim.. malu lah Lina.” Bisik Lina lalu tersenyum ke arah Azlan,

“Terima kasih Akhi.”

 

Naeun sempat menyiku kecil pinggang Syim.

“Syim syim.. Sorry hancurkan harapan kau, tapi aku dah cop Lina dulu.. Dia calon isteri sepupu aku, sampaikan salam maaf aku untuk Akhi okey? Ngee!” Naeun mula memandai-mandai. Main cop-cop pulak? Ingat Lina sampul surat ke ada cop? Grr..

 

 

 


 

Kai tiba difakulti dalam keadaan semua senior-senior Art & Design sibuk menghias booth masing-masing sebelum Design Exhibition bermula pada keesokkan hari. Ada yang menghias meja, ada yang cuba meletakkan langsir. Wahh! Suasana disini betul-betul meriah lah.

 

“Hati-hati sayang, nanti jatuh...” sempat pula Kai mengusik akak senior yang sedang memanjat tangga. Aih, dasar playboy. Senyuman tu! Hey!!! Tolong sesiapa bunuh laki ni!!!!!

 

“Weii Kai!!” Jerit Chen dari jauh, lalu segera Kai tinggalkan akak senior tadi dalam keadaan terpinga-pinga. Well, Perempuan-perempuan ni? Nae style aniya. Sekarang Aku cuma nakkan Song Lina. Yup, gadis tu... Aku cuma nak dia.

 

“Apasal lambat?” Baekhyun dah marah, tapi selamba ja Kai membalas..

Deting kejap.”

 

“Kau ni Kai! Setahu aku, kau tak pernah ada awek tau.. Bawak anak dara orang ke hulu ke hilir.. tapi seorang pun kau tak pernah nak buat serius, bila Kau nak berubah hah?” Wopps! Baekhyun betul-betul dah marah, tapi Kai sedap-sedap je melayangkan tumbukan hinggap dikepala Baekhyun.

 

“Kau kena tahu, aku deting dengan Uppie lah! Adik aku tu selamanya number 1, aku takkan pernah tinggalkan dia walau apapun berlaku.” Kai lepas geram. Aish, asal cakap deting je, mesti dengan perempuan ke? Oh kemon! Uppie terpenting dalam hidup aku!

 

 

“Sorry lah, aku tak tahu Kau mention Uppie,” Baekhyun meminta maaf sambil mengusap-usap sedikit kepalanya yang bengkak dek tumbukan dari Kai tadi. Omg! Dah bengkak kot!!

 

“Sabar Kai.. kang masuk ICU kawan kita ni..” Chen cuba meredakan keadaan.

 

 

 

“Chen, Baek, dia sakit lagi lah... Aku benci parents aku! Uppie sakit, dia rindukan diorang...” Akhirnya Kai meluahkan rasa. Dia kecewa dengan sikap orang tuanya. Sebagai Abang, dia jaga Uppie sehinggakan sedikitpun dia tak pernah fikir nak serius dalam perhubungan. Bagi Kai, Uppie lah yang terpenting. Kai sanggup kehilangan apa sahaja asalkan bukan Uppie.

Duit? Ya, dia akui ibu bapanya gilakan kerja. Cari duit untuk keluarga katanya... Tapi kalau betul untuk keluarga? Kenapa perlu endahkan Uppie, sedangkan anak bongsu mereka itu sedang sakit?! Hal ini betul-betul membuatkan Kai kecewa.

 

“Kai, parents kau.. Aish, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.” Baekhyun meremas rambutnya. Kalau bab keluarga Kai? Dia dah tak boleh nak kata apa. Cuma Baekhyun bersyukur dia dianugerahkan keluarga yang bahagia seperti sekarang.

 

“Haa! Ni Uppie sakit, kau tinggalkan dia kat mana? Rumah kau takde orang kan?” Kali ini Chen pula mencelah.

 

“Aku tinggalkan kat tempat Kak Jinny. Weii, ada kerja lagi tak yang kena aku buat? Seriously aku tak sedap hati pasal Uppie..”

 

 

 

“Kai, balik je lah.. Teman Uppie.. Barang-barang kat sini semua dah settle, tinggal perasmian esok je, lagipun semalam kau dah tolong banyak.. Aku rasa takpe kot kalau hari ni kau excuse, Tapi.... Esok kau kena ada, okey?” Chen memberikan cadangan lalu disokong oleh anggukan dari Baekhyun. Memang dua orang sahabat ni dah paham sangat perangai Kai, kalau dia susah hati pasal Uppie? Hurm, tak payah suruh dia buat kerja lah. Takkan menjadi punya! Percayalah! Kai ni memang dah boleh dapat anugerah abang mithali dah.

 

“Betul ni?” Ceria je muka Kai. Iyelah, dapat excuse balik kot. Boleh jumpa Uppie, dan of course la bila jumpa Uppie, boleh jumpa Lina sekali. Yehey!

 

 

 


 

“Lina, tolong potongkan sayur tau.. Syim pulak ambilkan akak bekas, Jay!! Awak siang Ikan semua tu dan Naeun.. Awak cuci beras.” Terdengar suara Kak Jannah sedang memberikan arahan pada keempat gadis itu. Dengan keadaan perut Kak Jannah yang memboyot, memang tak lah dia nak masak, or else suami dia, si lecturer calculus terhandsome diabad ini pasti akan marah kalau dia aktif beraktiviti. Tahulah Jin Ah ni kan lasak, tapi... kalau bab kandungan dia, kadang-kadang si Jin Ah ni terlupa yang dia ni dah mengandung. Chanyeol aka Ahmad Farhan juga lah yang selalu ingatkan dia. Aih, Jin Ah.. Jin Ah..

 

Haa! Now, giliran anak dara-anak dara sekalian lah yang memasak.

 

Dan setelah selesai bebel, Akhirnya semua juadah selesai dimasak oleh keempat-empat anak dara itu. Yehet! Tunggu maghrib je, pastu dah boleh iftar.

 

 

Kai melangkah kaki untuk masuk ke dalam Pusat Jagaan ar-raudah lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu maghrib. Masing-masing dah sibuk mengangkat dulang ke ruang hadapan dan makanan juga tersedia rapi.

 

 

Bulan rejab adalah bulan ibadah, bulan dimana umat Islam lazimnya melakukan banyak amal ibadah dimana, ibadah mereka pada bulan ini dipercayai mempunyai banyak keistimewaan dan pahala juga dilipat-gandakan.

Oleh itu, Pusat Jagaan Islam ar-Raudah sendiri mengajurkan satu aktiviti berpuasa dibulan rejab ini sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Selain itu, aktiviti beriftar juga turut dianjurkan supaya memberikan kanak-kanak ini peluang beriftar bersama rakan-rakan di Pusat ini sebelum tibanya bulan Ramadhan. Dan biasanya di bulan Ramadhan, kanak-kanak dibawah jagaan Pusat ini akan menghabiskan masa mereka beriftar bersama keluarga masing-masing. Jadi, menurut Akhi Azlan, baik pihak Pusat Jagaan ar-Raudah menganjurkan aktiviti seperti ini di bulan Rejab, selain dapat mencapai tujuan utama program, Aktiviti ini juga dapat menjana pahala yang menjadi aset diakhirat kelak.

 

 

“Abang Jongin!!” Jerit Uppie dari jauh setelah matanya tertangkap tubuh lelaki itu disaat kakinya melangkah masuk lagi. Jongup lalu segera berlari mendapatkan Abangnya. Patung Olaf pemberian Lina itupun diseretnya sambil berlari.

 

 

“Hey Uppie adik Abang! Macam mana sayang? Best main kat sini?” Tanya Kai pada Uppie. Lelaki berkulit hitam manis itu pun berdiri lutut dihadapan Jongup yang berdiri dihadapannya. Pipi tembam adiknya itu diusap lembut.

 

“Beshh! Uppie anyak kawan (Uppie banyak kawan)..”

 

“Ooo! Uppie anyak kawan? Tak ingat Abang Jongin dah lah ni? huh? Huh??” Kai sengaja mengajuk-ajuk cakap Jongup lalu mengelitik pinggang kecil adiknya itu. Mengusik.

Kai suka mengusik Jongup, kadang-kadang sampai naik lelah budak tu.

Terjerit kecil Jongup selepas terima ‘service gelitikan’ dari Kai, lalu kedua adik beradik itu ketawa bersama.

 

 

“Abang! Abang!! Akak tadi bagi Uppie patung Olaf.. Ni tengok!” Seronok je Uppie bercerita. Almaklum lah, Lina bagi patung Olaf pada dia. Giler tak happy!

 

“Kakak...” Jongup tiba-tiba berlari memeluk kaki Lina dikala gadis itu sedang sibuk mengangkat dulang berisi buah-buahan untuk iftar nanti.

 

“Eh, Uppie... Akak main dengan Uppie kejap lagi okey? Akak nak angkat barang-barang ni..” Pipi kanak-kanak itu diusap lembut. Namun, sebelah tangan Lina jadi kurang keseimbangan dan dulang yang dibawanya itu dah mula senget.

 

“Sini saya angkatkan...” Kai dengan segera hulurkan bantuan. Dia tersenyum manis apabila mendapat pandangan terkejut dari Lina. Hey, I’m not a ghost sweetheart. Stop scared of me, Song Lina. Please! Desis Kai sendiri, lalu dia tersenyum lagi.

 

“Kai? Awak kat sini?” Lina bertanya.

 

 

“Aip! Panggil apa? Jongin.. Bukan Kai... Ha’ah, kerja Exhibition dah settle.. Tinggal sikit-sikit je. Saya dah serahkan kerja-kerja tu untuk Baek dengan Chen, so takde hal lah kalau saya disini..” Kai akhiri kata-katanya dengan kerdipan kecil pada Lina.

“...”

Lina macam biasa lah bila depan Kai.. awk...ward........... a.w.k.w.a.r.d!

 

 

“Eh, meriahnya malam ni? Ada apa eh?” Tanya Kai lagi.

Belum sempat pun Lina nak membalas, Kak Jin Ah dah awal lagi menegur..

 

 

“Aii, Kim Kai!! Pantang betul nampak perempuan..”

“Apa Akak ni!! Lina ni kawan saya je lah..” Kai cepat-cepat berdalih. Malu lah tu.

 

 

“Akak tahu.. Saja je lah akak nak main-main tadi.. Hahah, dah! Kai pergi masuk, angkat semua juadah-juadah ni.. Dah tak lama dah nak Iftar. Kejap lagi boleh makan sekali.”

 

 

“Iftar? Yang macam akak buat dulu eh?” Kai tak habis-habis menyampuk. Yup, Kai tahu pasal Iftar, dulu Kak Jinny dah pernah buat event macam ni kat rumah dia. Kai, Baekhyun, Chen dengan semua budak Chemical Engineering dijemput. Almaklum lah, suami dia lecturer...

 

“Yep! Macam tahun lepas.. Dah, dah Kai.. cepat tolong.. Lina boleh pergi rehat dulu, dah sehari suntuk dah Lina buat kerja.. Masak, mengemas semua.. Dah, sekarang Lina cakap dengan Naeun, Jay dan Syim, korang semua boleh berehat dan sedia untuk iftar, tak lama lagi dah nak masuk waktu.”

 

“Baik Kak..” Lina sekadar mengiakan kata-kata Jin Ah, tahu lah Akak Jinny tu.. A yang dia cakap, A lah yang kita kena buat. Lagi pun, betul jugak kata Akak Jinny tu. Baru sekarang Lina dapat regangkan uratnya. Sebab dari tadi dah membanting tulang. Aih, dah macam suri rumah dah dia.

Sekarang masa rehat. Yey!

 

 

“Kak Jinny.. Kak Jinny....” bisik Kai tiba-tiba. Bukannya dia nak angkat dulang-dulang tu semua, tapi dia tak habis-habis nak kacau Jin Ah. Tanya macam-macam pulak tu. Aih budak Kai ni! Memang nak kena lepuk -.-

 

“Kenapa Kai?”

“Makanan ni semua Lina masak ke?” Ohh, rupanya itu soalan yang dia nak tanya. Oh Kemon lah Kai! Obvious sangat kau adore dia... Obvious! Obvious!!!!!

 

Jin Ah tersengeh, sengaja dia nak kacau Kai. Tau dah mesti ada orang tengah angau ni. Baik kacau! Hahaha..

 

 

“Kenapa? Nak ambil jadi isteri ke?” Kening Jin Ah diangkat-angkat. Menyakat Kai, well! Ini hobi Jin Ah, sakat budak-budak skates dari dulu... Hahahh, memang best!

 

 

“Apa akak ni!! Orang tanya lain, dia jawab lain.” Kai merajuk. Bibirnya sengaja dimuncungkan. Sumpah mengada!

“Dah!! Tak payah mengada depan akak.. Kang akak kahwinkan jugak dengan Lina satgi.. Aih, Kronik dah kau ni Kai..”

 

“Kahwin? Boleh eh Akak??? Jom!!” Ambik! Kai pun dah datang perangai ting tong dia. Layan je lah kerenah Jin Ah.

 

“Eh!! Datang dah lah demam dia.. Dah! Akak malas layan kamu Kai.. Tolong akak angkat dulang-dulang ni, budak-budak dah lapar dah tu.”

 

 

“Baik Kak! Demi masakan Lina, saya angkat! Acewah!! Lalalala~” Kai menggedik lagi, lalu dia segera mengangkat semua dulang dari dapur ke ruang utama. Buat kerja pun sambil tersenyum, nampak tak dia dah angau? Aih! Nasib baiklah ada Kai, sekurang-kurangnya tenaga kerja lelaki ada.
Akhi Azlan? Dia dah tolong apa yang patut dan sekarang dia bersiap sedia nak melaungkan Azan sebagai pertanda masuk waktu. Park Chanyeol aka Ahmad Farhan? Dia masih difakulti. Final dah nak dekat, jadi macam biasalah hidup sebagai lecturer.. Dia perlu banyak masa untuk marks kertas-kertas mid-term pelajar.

 

Jadi lecturer subjek Calculus bukan sesuatu yang mudah Tuan-tuan dan Puan-puan.

 

 

Malam itu, setelah semua aktiviti selesai, Kai putuskan untuk bermalam di Pusat Jagaan ar-Raudah sebab Uppie dah mula tak teringat nak balik rumah. Seronok katanya, disini ramai kawan. Tapi pada hakikatnya, Kai tengok Uppie cuma berkepit dengan Lina je. Entah kenapa lah kali ini Kai rasa lain sangat. Bukan dia cemburu ye... Dia tertarik pada Lina, Dia tertarik dengan sikap gadis itu melayan Uppie....

 

Itu adalah layanan yang sepatutnya ibu mereka berikan pada Uppie, tapi malangnya.. Uppie kurang kasih sayang dari orang tua mereka sendiri. Nasib baik lah Kai sentiasa ada untuknya, dan sekarang... Lina adalah tempat kedua Uppie untuk bermanja.

 

“Kakak... Olaf dengan Uppie, mana lagi omey?”

 

“Mesti lah Uppie!!” Pipi tembam itu dicubit kecil. Lalu Lina tersengeh, hujung hidungnya dimainkan dengan hujung hidung Jongup. Aww! Terjerit kecil Jongup setelah dipuji sebegitu oleh Lina.

Kai yang melihat situasi itu pun turut tersenyum. Pandangannya jatuh pada Lina.

 

“Kenapa sekarang baru aku sedar kewujudan kau eh Song Lina? Kenapa tak dari dulu?”

 

Jarum jam telahpun menunjukkan pukul 11 malam. Jongup dah mula mengusap-usap matanya tanda mengantuk. Penat bermain dengan Lina, Mulut kecil itu pun tak henti-henti terbuka. Menguap.

 

“Abang, Uppie nantok..” adu kanak-kanak berusia 4 tahun itu.

 

“Kai, bawa lah Uppie masuk tidur.. Kamu pun kena tidur awal kan? Dengar cerita esok kamu bertugas untuk perasmian Design Exhibition.” Kata Kak Jin Ah pula. Dia tahu Uppie dah letih sangat tu, lagi pun dah pukul 11? Ini memang waktu budak-budak masuk tidur..

 

“Akak, Jom tidoo..” Ajak Uppie dengan muka tanpa dosa, lalu menarik-narik tangan Lina untuk masuk kedalam biliknya dan Kai.

 

 

“Eh.. UPPIE!!!” Lina keliru, mahu ke dia mengikut? Atau menolak? Tapi... Uppie yang tarik tangan Lina.. Macam mana ni?

Ahh, Lina kalah. Dia sekarang didalam bilik bersama Jongup dan Kai.

 

“Uppie, Akak Lina tak boleh tidur sini.. Akak Lina perempuan...” Perlahan suara Kai memujuk. Dia tahu Lina kurang selesa berada disini. Ye lah, Lina perempuan, aku lelaki.. Aku tak risau sangat dengan Uppie, tapi aku risau diri aku ni! Aku takut aku tak dapat kawal.

Budak Strawberi ni comel sangat!!!

 

“Tapi Mama pun perempuan! Mama pernah tidur dengan Uppie! Uppie windu Mama..” Kanak-kanak itu mula mahu menangis. Lina bertukar pandangan dengan Kai sejenak, bagai menghantar telepati, renungannya itu pun berkata..

 

‘Takpe Jongin, Saya tidurkan dia sekejap, nanti Uppie dah tidur, saya keluar..’

lalu dia kembali menjatuhkan pandangannya pada Jongup.

 

Lina cepat-cepat memeluk Jongup lalu belakang kanak-kanak itu diusap lembut.

 

“Okey, akak teman Uppie sampai Uppie tidur okey?” Lina memujuk.

 

 

“Betul?” Air mata Uppie sudahpun menjadi takungan. Sikit lagi saja, memang akan banjir!

“Betul sayang...”

Lina mendodoikan Jongup tidur sehinggakan gadis itu pun terlelap sambil menepuk-nepuk lembut tubuh Jongup.

 

 

Kai cuma memerhati wajah Lina yang sedang tidur, tanpa sedar dia merapati wajah mereka lalu Kai mengucup lembut dahi Lina. Di ulangi. Dia tak sedar. Dia lakukan semua itu tanpa sedar.

“Terima kasih awak.. Terima kasih sebab bagi Uppie rasa kasih sayang yang dah lama dia rindukan dari seseorang yang bergelar ibu.. Terima kasih awak.”

 

Tiba-tiba Kai tersentak. Apa yang aku buat ni?!

 

 

Mata Kai berkelip berkali-kali setelah dia sedar apa yang terjadi. Tubuh Lina mengeliat kecil lalu gadis itu membukakan matanya. Singgap dia terbangun.

 

 

“Ahh, saya terlelap eh? Maaf..” Lina menggaru sedikit kepalanya. Kekok.

 

Kai masih terdiam. Dia cuba menutupi rasa gelabahnya. Fiuh! Kai, bertenang... Tarik nafas, hembus! Rileks! Lina tak tahu apa-apa.. Yang penting kau kena rileks! Yups, itulah yang Kai ulang kata. Ulang kata supaya dia tak gugup. Dan supaya dia tak terkantoi dah ‘sentuh’ Lina lagi.

 

“Saya keluar dulu..” Lina segera bangun lalu keluar dari bilik itu meninggalkan Kai dalam keadaan terpinga-pinga. Tapi yang penting rahsianya tak terbongkarkan? Ahh! Lega!!

 

 

Lina melangkah keluar dari bilik Kai dan Uppie dalam keadaan separuh sedar, dalam erti kata yang lebih ‘kampung’. Lina tengah mamai.

Sedang dia berjalan menyusuri koridor. Telinganya menangkap sayup-sayup suara yang sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Entah kenapa mata Lina tiba-tiba bagaikan cerah, dia segera rasa tertarik untuk mendengar ayat-ayat suci itu lebih dekat. Rupa-rupanya suara-suara itu datang dari surau Pusat Jagaan ar-Raudah.

 

Lina semakin mendekat lalu langkahnya terhenti setelah dia terlihat Akhi Azlan segak berbaju melayu dan bersongkok sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh perhatian.

Indahnya.

 

Merdunya..

 

 

 

Lina menangis. Mungkin bunyi sedu sedan dari tangisnya membuatkan Akhi Azlan berhenti dari teruskan pembacaannya.

 

 

“Lina?”

 

“Ye Akhi..”

“Buat apa kat situ? Mari masuk..” Panggil Akhi Azlan pada gadis itu.

 

 

“Kenapa Lina tak tidur lagi ni?” Sekali lagi Azlan memulakan perbicaraan apabila Lina terlihat tidak sedikit pun mahu bersuara.

 

 

“Lina tak apa-apa lah Akhi.. Lina cuma.. teringatkan keluarga Lina.. Akhi tahukan? Lina dah kena buang dari keluarga.”

Akhirnya, Lina berjaya mengungkapkan segalanya. Segala yang terbuku didadanya.

 

 

 

“Lina, Kitaorang kat sini kan keluarga Lina.. Lina jangan pernah rasa terasing okey? Akhi betul-betul nak ucapkan Terima Kasih sangat-sangat sebab Lina sudi mempertahankan Pusat Jagaan ni, kalau takde Lina.. Mungkin Pusat Jagaan ni dah lah berhenti beroperasi. Kami semua terhutang budi pada Lina.” Luah Akhi Azlan lagi.

 

Lina sekadar mengetap bibir, peristiwa lalu kini berulang disanubarinya.,

Peristiwa dimana dia sanggup mempertahankan Pusat Jagaan Islam ar-Raudah dari dirobohkan oleh syarikat Ibu bapanya sendiri. Ibu bapa Lina merupakan ahli koporat yang terkemuka di Korea, dan kurang bernasib baik-nya adalah kerana Ibu bapa Lina sangat anti dengan Islam. Lina sendiri sudah berkali-kali dipaksa berjauhan dari Naeun dan juga Jay, Cuma kerana mereka adalah gadis muslim.

Keluarga Lina tak dapat terima hal itu.

 

Lina tak mahu, dia lebih memilih untuk menyumbangkan wang yang banyak untuk proses membaik pulih Pusat Jagaan itu, nak suruh roboh? Oh please! Langkah mayat dia dulu.

Lina dah sayang sangat dah dengan Pusat Jagaan ini, disini dia bertemu insan yang boleh bergelar ‘keluarga’. Jadi, tak mungkin Lina nak biarkan ibu bapanya musnahkan tempat ni.

 

“Kalau Lina nak sebelah sangat diorang, Lina bukan lagi anak Appa! Lina boleh pergi!!!” Jerkah lelaki berusia sekitar 40 tahun itu. Dia marah, kerana Lina berkeras menyebelahi Pusat Jagaan Islam itu tanpa memperdulikan apa yang akan terjadi pada dirinya.

 

“Abang! Apa ni! Lina sayang.. Omma merayu nak, jangan pergi...”

“Omma, Lina minta maaf.. Lina mengaku, tinggal di Pusat Jagaan Islam ar-Raudah lebih baik dari Lina tinggal dalam rumah ni! Ada keluarga pun macam takde je!” Lina akhirnya mengambil keputusan untuk pergi dari rumah dan tinggal sendiri diluar. Wang? Dia tak perlu risau. Halmae-nya ada menitipkan Lina sejumlah harta yang banyak sebelum beliau meninggal dunia, dan semua harta itu dinamakan atas nama Lina. Jadi kalau urusan wang, Lina dah tak kisah sangat.

 

Memang dia pun yang selalu menjadi sumber kewangan di Pusat Jagaan Islam ini. Bagi Lina, orang-orang disini sudahpun dianggap keluarga olehnya. Jadi, kalau nak keluarkan duit untuk keluarga? Tak pe kan. Tak salah pun..

 

 

“Akhi tak payah nak berterima kasih.. Lina sayang keluarga besar Pusat Jagaan ni. Cuma... Lina harap orang semua dapat terima Lina disini, Lina dah takde orang lain selain ‘keluarga’ disini.” Sekali lagi nada suara Lina berubah sebak.

 

“Kami keluarga Lina, awak jangan risau okey?”

“Hmm, Akhi....”

“Ye?”

 

 

“Akhi, Boleh tak ajar Lina mengucap 2 kalimah Syahadah?” Lina perlahan-lahan bertanya.

“Lina.. Lina yakin?”

 

 

“Lina dah fikir lama dah Akhi.. Cuma agama yang membezakan Lina dengan semua orang disini.. Lagipun, Lina dah lama belajar mengenal Islam.. Kali ni Lina yakin akhi, Lina nak berubah.”

Lina cuba untuk menyakinkan Azlan dengan penyataannya. Dia mahu Akhi Azlan yakin, yang dia bukan main-main. Dia serius.

 

“Alhamdulillah Lina.. Kejap Akhi panggilkan Syim, dia perempuan, rasanya lebih elok dan manis kalau Syim yang bimbing Lina.”

 

“Baik Akhi..”

 

Sekitar jam 1 Pagi, Song Lina sudahpun menjadi saudara baru dalam Islam. Bukan Syim saja yang ada ketika itu, Naeun dan Jay pun sama-sama turun padang menyaksikan saat-saat berharga itu. Selesai Lina mengucapkan kalimah suci itu, dia segera mendapat pelukan dari Naeun, Jay dan juga Syim. Ketiga-tiga gadis itu tak dapat mengawal rasa terharu dan sebak didada mereka ketika mereka sudah diisytiharkan mempunyai saudara baru, dan saudara itu tak lain dan tak bukan adalah sahabat mereka sendiri Song Lina, atau nama lainnya adalah Nurul Ain Ellina binti Abdullah.

Sahabat baru yang dah lama mencintai cara hidup Islam.

 

Lina menangis lagi, dan kali ini menangis terharu. Naeun yang melihat wajah tangis Lina itu pun segera menghapuskan tangisan gadis itu.

 

Pertama sekali yang Lina lakukan setelah bergelar saudara baru adalah, Lina sempat sujud syukur selepas dia sah mengucap 2 kalimah syahadah. Naeun, Jay dan Syim sungguh terharu melihat tingkah Lina sebegitu. Dan kini, semuanya terbukti.. Lina betul-betul ingin berubah. Dia bahkan dah tahu banyak tentang Islam, sebelum mereka sendiri mengajarnya mengenai hal-hal itu.

“Korang, ajarkan aku solat boleh?”

“Ye Lina.. Kitaorang boleh ajarkan.. Kau jangan risau okey?”

 

Malam itu, penuh dengan tangisan syukur dari keempat-empat sahabat itu, Lina bersyukur dia telahpun dianugerahkan taufik dan hidayah dari Allah SWT. Dia kini tiada beza lagi dengan mereka. Mereka adalah sama.

Sama disisi Tuhan yang maha Esa.

 

 

 

Sebelum menjelang subuh, Lina masih lagi bertelekung sambil merangkak-rangkak untuk mengeja huruf-huruf arab dari isi Al-Quran nur Karim itu. Semalaman Lina ‘berkampung’ disurau, Dan gadis itu bersungguh-sungguh mahu belajar. Tak tahu bahasa Arab? Well, Lina baca terjemahannya.

 

“Lina...” Suara lembut milik Akhi Azlan sekali lagi menampar gegendang telinga Lina.

“Ye Akhi?”

 

“Mari Akhi ajarkan Lina mengenal huruf.. Sebelum masuknya waktu Subuh.” Lelaki itu tersenyum lalu mengambil papan rehal dan meletakkan buku Iqra’ diatasnya.

“Apa ni akhi? Iqra’?”

 

“Iqra’. Atau dalam bahasa bermaksud, ‘bacalah’. Maksud yang sangat luas sebenarnya. Bermulanya cara kita mendapat ilmu juga dengan membaca. Ini salah satu dari suruhan Allah SWT supaya umat Islam membaca, dan ubat bagi minda adalah melalui bacaan.. Kalau kita berhenti membaca, nescaya otak juga akan berhenti berfungsi. Di dalam Iqra’ ataupun Muqaddam ini, ada memperkenalkan pada kita, huruf-huruf dari bahasa Arab yang patut kita ketahui.. Dengan memahami Iqra’ ini, maka senang lah untuk kita memahami isi dari Al-Quran.” Jelas Akhi Azlan secara panjang lebar.

 

“Ohh, macam tu ye Akhi? Lina paham!” Song Lina. Yup! Gadis ini memang cepat belajar.

 

“Baik, mari kita mulakan..”

 

 

 


 

Kai yang terjaga dek bunyi bising apabila suara Kucing bergaduh menampar gegendang telinganya. Apa lah masalah kucing ni bergaduh pagi-pagi buta? Aih!

Tapi nasib baiklah bunyi itu berjaya mengejutkan Kai, kan dia ada Design Exhibition hari ni, at least, bunyi tadi dah jadi alarm percuma untuk dia. Terima kasih wahai kucing.

 

Huwarghhhh! Kai menguap sambil berjalan menyusuri koridor sehinggalah  telinganya mendengar suara yang tak asing lagi baginya.

 

 

 

Eh, Suara Lina...

 

Kai terdengar suara gelak ketawa dari dalam surau, lalu dengan singgapnya lelaki itu terus melangkah lalu mendekati kawasan surau itu.

 

Mata Kai membuntang apabila dia melihat Lina lengkap bersarungkan telekung putih dan dihadapannya ada Akhi Azlan yang sedang mengajar Lina mengenal huruf dari muqaddam.

Sesekali mereka berdua tertawa apabila Lina melakukan kesilapan.

 

“Maaf akhi.. Lina selalu konfius yang ‘kha’ dengan ‘fa’ ni.. adeh, Lina buat salah lagi..” Lina menggaru kecil kepalanya tanda malu.

Entah kenapa ketika itu, Kai diselubungi satu rasa yang aneh.

 

 

Dia senyum dan ketawa macam tu.

 

 

 

Dia ketawa lagi.

 

 

Tapi, itu semua bukan untuk aku....

Ahh hati.. Kenapa sakit ni?..

 

Aku cemburu ke?

Cemburu?

 

Kim Jongin, are you serious?! Are you just freaking kidding me? Hhahaaha..

 

Aku cemburu? Cet, tak mungkin.

 

 

 

 

“Dah nak masuk waktu Subuh ni, sampai sini dulu Lina belajar, ada masa Akhi ajarkan lagi okey?”

“Okey Akhi!” Senyum. Lina akhiri semua itu dengan senyuman. Dan senyuman bidadari tu semua untuk lelaki tu?!

Oh my god!

 

 

Yes yes yes! AKU MENGAKU AKU CEMBURU! SO WHAT?!

 

AKU MENGAKU AKU CEMBURU!  SENYUMAN LINA TU UNTUK AKU... BUKAN UNTUK LELAKI LAIN..............

.

.

.

bersambung..


 

25 pages dalam Microsoft Word. Aku patut dapat banyak komen right? Hmm.
Sudut perkongsian Ilmu...


Keistimewaan berpuasa dibulan Rejab.
1. Laksana puasa sebulan. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu surga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya.” Hadis Riwayat. At-Thabrani

2. Mencatat Amalnya selama 60 Bulan. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rejab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan.” Hadis Riwayat Abu Hurairah.

 

Aku nak komen. Kbye.

Salam Sayang,
-
LovelyIna.
 

p/s : Semua character masih related dengan fanfic "Of Vans and Converse All Star" by fixi_baby. Credit to her ^^

Syim, Lina dah mintak izin kan guna watak Alan? Sorry kalau Syim tak suka ><" Sorry sangat....


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyIna
Sila baca chapter 5 dan 6, then baca Of Vans and Converse all star chapter 11, then sambung baca chapter 7 ni... untuk dapat gambaran keseluruhan cerita.. :")

Comments

You must be logged in to comment
BokuGaIru #1
Chapter 8: Sila update --'
_shuhidah
#2
Chapter 8: Haaa update lagi kak!saya Suka!
thelucidream
#3
Chapter 8: Syukur, selamat jugak Lina. *lega*
Untuk kai, sabar je lah dengan dugaan DIA. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jungli_123 #4
Chapter 8: update soon \ o /
choitaejun_96
#5
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
choitaejun_96
#6
Chapter 8: Rindu Uppie TTMTT
Hundotlove
#7
Chapter 8: Air mata saya jatuh lagi baca chap ni. Wahai Khairul kau jaga lah Lina dengan baik huhu tu lah Kai ego tinggi sangat. Keep update unni kalau tak busy
Hundotlove
#8
Chapter 7: T^T Uppie aww uppie yang comel dah takde T^T, Eisyh Kai ni aku lepok kan hang ni tak kesian kat Lina ke.
galaxy_hanhan
#9
Chapter 8: wuuuu menangis part kai kata 'Ya Allah .. kerdilnya aku' T.T ...
Shimmieh
#10
Chapter 8: I miss baby Uppie T^T haaa kemain kau Joyah.. nak matikan sangat watak Lina! sahih idea overflow ni dalam otak. tau sangat dah! Yes Kai yes. Thats better. v.v Jangan nak gatal sangat pegang tangan anak dara org. faham!

/mak nenek Syim dah mengamuk//

dah nak ramadhan!!! Arggghh Tak sabar! in Shha Allah harap ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan T^T saya puasa di perantauan. T^T

Anyways, goodluck utk lastpayper!!!

lots of love
bini Dae