Missing You!!! (Part 2)

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

Hari itu tidak seperti hari-hari yang lain bagi Kyungsoo.Dia berasa kekosongan semasa berada di dalam kelas.Rakan-rakannya yang lain juga berasa hairan dengan perubahan Kyungsoo yang bagi mereka,lain daripada yang lain.

 

 

 

Semasa waktu rehat...

 

Kyungsoo tidak keluar untuk rehat bersama ahli EXO yang lain.Dia hanya mengirimkan sebungkus roti melalui Kai yang kebetulan singgah di kelasnya tadi.

Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah buku kecil a.k.a diari hariannya dari begnya.Buku itu dia sering bawa ke mana-mana sahaja untuk memudahkannya mencatit perkara yang berlaku sepanjang hari itu.

Tetapi tidak pada kali ini.Dia mendapat ilham untuk menulis sebuah lagu.Dengan pantas,dia mencoretkan segala ideanya di dalam buku itu sebelum tersenyum puas melihat lirik lagu itu.

"Nak tanya pendapat member yang lainlah nanti.Jumpa mereka dekat dorm la nanti,"bisiknya sendirian sebelum menyimpan kembali buku itu ke dalam begnya.Hatinya berbunga apabila dapat menulis lirik lagu untuk seseorang yang dia sedang rindu.

 

Tidak lama kemudian,Kai datang ke kelasnya untuk memberi roti yang dikirimnya tadi.Kai hairan melihat senyuman yang terlukis di wajah hyungnya itu. "Kenapa D.O hyung senyum-senyum seorang pulak nie?"tanya Kai perlahan kepada dirinya.

 

"Hyung,kenapa senyum-senyum pulak nie?"sergah Kai ketika berhadapan dengan Kyungsoo.

Kyungsoo pula terkejut dengan kehadiran Kai yang secara tiba-tiba muncul di hadapannya.Wajah seorang gadis yang muncul di mindanya pula hilang secara tiba-tiba akibat sergahan Kai.

"Yah!!Kamu nie buat terkejut hyung tahu tak?"marah Kyungsoo .Kai hanya tersengih mendengar suara Kyungsoo yang sedang marah.Suaranya tidak ubah seperti seorang ibu yang sedang memarahi anaknya yang nakal.

"Yang kamu tu pun.Tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa?Mana roti hyung?"balas Kyungsoo sambil mengemas alat tulis yang bersepah di atas mejanya itu.

"Tak adalah .Hyung nie,dah lama tak nampak hyung tersenyum sorang-sorang.Kenapa nie?Hyung tak nak kongsi apa-apa ke dengan saya?"ujar Kai sambil menghulurkan roti kepada Kyungsoo.

Kyungsoo mengambil roti dan membukanya dengan cermat sebelum makan dengan berhati-hati.Soalan Kai hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Kai pulak hanya memerhatikan cara Kyungsoo memakan roti itu.Dia kemudiannya membuat aegyo di hadapan hyung yang banyak membantunya ketika mereka sama-sama menjadi trainee dahulu.

Kyungsoo cuba mengalihkan perhatiannya ke luar kelas.Kai terus dengan aegyonya sehingga membuatkan Kyungsoo tergelak.

"Ok..ok..stop.Hyung akan beritahu,tapi tunggu dekat dorm nanti ya?"ujar Kyungsoo sebaik sahaja dia selesai ketawa .Kai pula berhenti membuat aegyo dan kembali bangun untuk ke kelasnya.

"Hyung janji ya?"balas Kai.Kyungsoo mengangguk dan menyuruh Kai segera kembali ke kelas setelah melihat jam di tangannya pukul 11:30 minit pagi.

Waktu rehat sekolah mereka agak pendek.Iatu hanya selama tiga puluh minit sahaja.Tidak lama kemudian,kelas yang tadi sunyi kini kembali bising apabila rakan-rakan kelas yang lain masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran yang seterusnya.

 

 

 

Di rumah Ah Mie...

 

Ah Mie bangun dari tidur apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah hari tepat.Dia turun dari  katil dengan perlahan-lahan .Rambutnya yang panjang diikat tinggi di kepalanya.Matanya kemudian mencari termometer untuk mengukur suhu badannya.

Termometer itu dijumpai di atas meja belajarnya daan dimasukkan ke dalam mulut.Selepas satu minit,termometer itu kemudiannya dikeluarkan dan.........

"Tingginya!!!"jerit Ah Mie perlahan.Dia terkejut melihat bacaan termometer yang mencatitkan suhu kepanasan suhu badannya melebihi 37 darjah Celcius.Bacaan suhu menunjukkan 38.5 darjah Celcius.Satu kepanasan yang melampau bagi Ah Mie.

"Baik aku mandi dulu,makan tengahari dan tidur balik,"ujarnya sendirian.Tanpa membuang dia segera mencapai tuala yang berada di hujung katil dan segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Usai mandi,Ah Mie menuju ke  dapur untuk memasak makanan tengahari buat dirinya sahaja.Ya.Untuk dirinya sahaja.

Dia membuka peti sejuk untuk melihat bahan yang sesuai untuk diamsak.Tetapi,bukan ikan atau ayam yang dia napak.Sebaliknya,mentega,telur,satu bar coklat.Dan untuk itu,masakan untuk makanan tengahari dibatalkan.Dia sudah merancang untuk membuat kek coklat setelah melihat bahan-bahannya cukup.

 

Tanpa membuang masa,Ah Mie menyarung apron dan mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek coklat kegemarannya.Buku resipi milik mamanya juga diambil dan diletakkan di tepi sinki.

"Perlahan -lahan telur sebanyak tiga biji dipecah dan digaul bersama tepung,"ujarnya sambil matanya membaca langkah-langkah membuat kek.Langkah yang seterusnya,matanya tetap setia pada buku itu.

 

 

 


 

 

Di Asrama XOXO,Seoul.

 

Semua ahli EXO berkumpul di ruang tengah asrama mereka selepas pulang dari sekolah.Masing-masing baring kepenatan kerana mereka semua terpaksa pulang berjalan kaki selepas van yang mereka naiki pancit di tengah jalan.

 

Kyungsoo yang terbaring keletihan itu juga menarik nafas lega selepas mereka semua selamat sampai ke asrama mereka.Dia kemudiannya teringat akan lirik lagu yang baru ditulisnya di dalam kelas tadi.

Dengan segera dia mengeluarkan diari kecilnya dari dalam beg.Kai yang memerhatikan kelakuannya itu bangun dan mendekati Kyungsoo yang leka melihat diarinya.

 

"Hyung ,lagu baru ke?"tanya Kai dengan suara yang kuat.Member EXO yang lain terus bangun apabila mendengar jeritan Kai.Kyungsoo pula tidak sempat untuk menyembunyikan buku itu apabila melihat member EXO yang lain sudah mendekatinya.

 

"Mana??Mana lagu baru?"tanya Baekhyun.

Kai kemudiannya merampas buku yang dipegang oleh Kyungsoo dan ditunjukkan kepada member yang lain.Kyungsoo pula hanya mampu berdiam melihat telatah membernya yang saling berebutkan bukunya itu.

"Kyungsoo,apa tajuk lagu nie?"tanya Suho.

"Missing You,"balas Kyungsoo.Semua member yang mendengar tajuk itu hanya tersenyum.

"Kenapa korang semua senyum?Apa yang kelakar?"balas Kyungsoo sambil memandang semua muka member EXO.

 "Kenapa tajuk Missing You?Kau rindukan siapa?"tanya Baekhyun.Semua mata member EXO memandang Kyungsoo yang kelihatan terkulat-kulat untuk menjawab soalan mereka itu.

"Seb...seb..sebab aku punya sukalah," balas Kyungsoo.Dia kemudiannya merampas kembali buku itu dan melihat kembali lirik yang ditulisnya itu sambil cuba mendendangkan lagu itu mengikut rentaknya.Semua member EXO hanya mendengar Kyungsoo menyanyikan lagu yang ditulisnya

Missing You-D.O Exo ft Ryewook Suju

 

edited by: angelily95

140508

 


 

A/N>>Missing You Part 3 akan diupdate malam nanti.Please stay tuned.Sila tegur jika ada kesalahan pada cerita saya ini..Selamat membaca.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)